You are on page 1of 4

http://azimatmate.blogspot.

com/

KOLEKSI AKHBAR
BERKONGSI ILMU PENGETAHUAN LEBIH BAIK DARIPADA BERKONGSI HARTA KEKAYAAN. CEMERLANG UNTUK GEMILANG

PENULIS : AZIMAT
HAK CIPTA TERPELIHARA

http://azimatmate.blogspot.com/

Perlu bijaksana guna hak berpolitik


Oleh : Wartawan Sinar Harian Tarikh : November 26, 2011

SHAH ALAM - Mahasiswa perlu bijak menggunakan hak berpolitik dan bukannya sekadar bertindak sebagai jurucakap di kampus semata-mata. Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Shamsul Bahar Abd Rani berkata, pindaan Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1974, adalah kesempatan terbaik mahasiswa membuktikan kematangan. Pindaan ini seterusnya menguji sejauh mana gerakan mahasiswa, bukan setakat bertindak sebagai jurucakap, malah perlu merangkumi isu nasional dan antarabangsa. Ini adalah kesempatan baik buat mahasiswa membuktikan kematangan dalam pemikiran, selain wajar diberi peranan yang sama penting dalam

pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belia dalam memberi input kepada kerajaan mengenai soal dasar negara, katanya dalam kenyataan, semalam. Menurutnya, masyarakat mengiktiraf pandangan dan posisi mahasiswa dalam kerangka tangga sosial. Pengiktirafan tersebut wajar memandangkan mahasiswa adalah generasi pelapis negara. GPMS Kedah, bagaimanapun, mencadangkan pendidikan politik diterapkan dalam silibus pelajaran di peringkat universiti. Masih ramai golongan mahasiswa tidak berminat mengambil tahu tentang politik, apa lagi untuk menyertai parti politik. Pihak universiti perlu menyediakan suasana kondusif ke arah melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja menjadi ahli parti politik tetapi juga pemikir politik, katanya. Komen Azimat Matematik. Tidak dinafikan hak dan kesamarataan lapisan masyarakat perlu diutamakan. Bijak berpidato dengan mengeluarkan fakta dan idea-idea yang bernas dapat menonjol kredibiliti seseorang mahasiswa ke dunia luar. Itu kesemuanya jika mahasiswa bijak membahagikan masa mereka. Mahasiswa juga dapat mencari sumber kewangan untuk menampung keperluan pengajian mereka. Mereka juga dapat mencipta nama dan terkenal kerana petah berhujah dengan mengutarakan pendapat yang bernas. Yang dibimbangi, mereka akan tertinggal core bussines kerana mengejar populariti disebab menghabiskan waktu dengan melaku rujukan ke bidang politik. Sebahagian besar akan tertinggal kuliah dan aktiviti harian secara tidak disedari. Sekiranya mereka bijak membahagikan masa di antara belajar dan berpolitik tidak mengapa. Yang dirisaukan apabila mereka diundang untuk menyampaikan ceramah oleh kepentingan parti tertentu, mereka sudah alpa dengan tanggungjawab asal iaitu menuntut ilmu.

Mahassiswa dapat menikmati ganjaran, upah dan ditonjolkan kepada umum mengenai kejaguhan mereka berucap. Yang dirungsingkan, mereka akan terhibur dengan kemudahan yang didapati daripada imbuhan yang dihulurkan. "Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran". Perumpamaan ini amat ditakuti oleh sebahagian besar ibubapa. "Ulat dalam batu boleh hidup, inikan pula kita manusia". Ucapan sebegini akan dirakamkan oleh mereka kepada keluarga. Dalam konteks ini, siapa yang untung? Pihakpihak berkepentingan yang mengaut segala keuntungan. "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian" Kesemuanya terletak di atas kearifan mahasiswa terutamanya mahasiswa melayu. "Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih". Gunakanlah akal dan hati sebelum menggadai waktu demi kepentingan pihak-pihak tertentu. "Genggam bara api biar jadi abu" Jika dirujuk dan dikaji kepada sejarahwan Islam, pemimpin dan tokoh-tokoh menggadaikan waktu dan masa mencari ilmu entah berpuluh tahun kemudian barulah mereka menyebarkan ilmu ke pelusuk dunia. Jangan dijadikan "Menang sorak, kampung tergadai". Perlu diingatkan "Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Negeri China". Wassalam.

HAK CIPTA TERPELIHARA

You might also like