You are on page 1of 29

Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat (Bahagian 1)

Hampir 80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu
apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya
anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda
membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya?
Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan
terbuang begitu sahajai tanpa disedari.

Imagination is power than knowledge. Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang
benar, imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian
akan mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan. Impian yang sungguh-sungguh
akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan.

Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka yang
sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan. Pulang nanti, sekiranya anda
bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak
kalau waktu sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini
pakcik mungkin dah jadi doktor". Apa agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik
tahuuu". Lihat seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini
berpuashati hanya sebagai tukang kebun??? Inilah masalah anda. Anda tahu apa yang
perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak punya matlamat. Tidak punya impian
yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.

Selepas ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan soalan ini.

• Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?


• Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
• Kenapa aku mahukannya?
• Bagaimana aku boleh mendapatkannya?

Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan
di atas, syabas!!!... anda sudah punya matlamat.

Contoh matlamat:

Apa?
Aku mahu capai 8A dalam PMR.
Bila?
Tahun 1999
Kenapa?
Untuk buktikan pada rakan-rakan yang aku ada kebolehan.
Untuk memenuhi hasrat ibu bapa.
Bagaimana?
Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
Aku mesti melatih 20 soalan setiap hari.
Kerja sekolah mesti siap.
TV dan sembang-sembang mesti dikurangkan.
Pencapaian ujian bulan mesti memberangsangkan.

Cakap tidak serupa bikin. Inilah kelemahan anda. Anda begitu bersungguh-sungguh
memperkatakan tentang matlamat anda tapi apa pula tindakan anda?
Pastikan setiap kata dikota. Yang membezakan seorang doktor dengan
seorang budak kilang ialah tindakan yang diambil sewaktu persekolahan
mereka. Tanyakan semua rakan-rakan anda, "besar nanti nak jadi apa?".
Saya pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi budak kilang.
Semua nak jadi doktor, jurutera, peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita
mereka tetapi tindakan kosong!!!. Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di atas tadi,
pastikan susuli setiap perancangan dengan tindakan...tindakan...tindakan...

Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat (Bahagian 2)


Dalam artikel Bahagian 1 sebelum ini, saya telah membincangkan apa yang dikatakan
matlamat dan bagaimana untuk membentuknya. Kali ini mari kita lihat pula kenapa
matlamat itu perlu. Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80% pelajar tidak
bermatlamat dan ini adalah punca utama pelajar melayu gagal bersaing. Menyedihkan
tetapi itulah hakikatnya.

Matlamat memudahkan perancangan. Sekiranya anda ada matlamat, maknanya anda


telahpun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam suatu tempoh yang tertentu. Ini
pastinya memudahkan lagi untuk anda merancang tugas anda setiap hari, setiap minggu
dan setiap bulan.

Contoh:
Katakan anda mahu menghabiskan ulangkaji mata pelajaran Sains sebulan sebelum
tibanya peperiksaan PMR. Katakanlah, pelajaran Sains itu mempunyai 24 tajuk dan anda
kini mempunyai 6 bulan sahaja untuk menghabiskannya (iaitu sehingga sebulan sebelum
PMR). Ini bermakna anda perlu menghabiskan 4 tajuk Sains setiap bulan, atau lebih
kurang 1 tajuk setiap minggu. Sekiranya anda merancang untuk belajar Sains sebanyak 4
kali seminggu, gunakan 3 sessi yang pertama untuk menghabiskan satu-satu tajuk dan
gunakan sessi ke-4 untuk mengimbas semula tajuk tersebut dan menjawab soalan-soalan
yang berkaitan dengannya.

Matlamat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila anda punya
matlamat maka anda merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya.
Sebab sekiranya anda terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan
bermakna anda menggadai masa depan anda sendiri. Mata pelajaran Sains seperti di atas
tidak mungkin dapat dihabiskan hanya sekiranya anda meletakkan komitmen untuk
mengikut jadual harian anda sendiri.

Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi
terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya.

Matlamat membantu anda membuat keputusan. Dalam kehidupan


seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan
diri mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang mampu mengikut
jadual harian jumlahnya terlalu kecil, hanya sekitar 5% sahaja. Yang
lain, sama ada langsung tidak mempunyai jadual harian atau ada jadual
tetapi sekadar hiasan dinding dan tidak pernah diikuti. Kenapa ini berlaku? Jawapannya
ialan sebab kita bukannya robot dan bukannya mesin yang boleh dijadualkan untuk
berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari. Malah saya sendiri tidak
yakin bahawa jadual adalah penyebab kejayaan seseorang.

Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangka, misalnya
anda mahu belajar tetapi mak minta jaga adik, ayah minta pergi kedai. Sebentar lagi
ialah waktu untuk buat kerja sekolah tapi di TV pula ada perlawanan akhir bola sepak.
Semuanya ini antara penyebab kenapa anda sukar mengikut jadual belajar anda. Tetapi
dengan adanya matlamat anda pada bila-bila masa boleh mengubah perancangan harian
anda asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan jangka panjang anda. Anda
boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi anda perlu ganti semula dan
belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap
tajuk perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya. Be
flexible!!

Matlamat membantu anda mendapatkan pertolongan.


Apabila anda mempunyai matlamat anda mula mengatur perancangan. Apabila anda
bertindak melengkapkan perancangan, anda mula menyedari dan mengenali kelemahan-
kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan pertolongan.
Anda mungkin perlu berjumpa guru setelah mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu
dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak anda fahami. Anda mungkin bertemu rakan-
rakan dan berbincang dengan mereka. Ingat tidak ada rakan yang mahu membantu anda
disaat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi
peperiksaan.

Matlamat pengukur kejayaan. Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau
impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok
hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Apakah kayu
pengukurnya untuk memastikan yang setiap hari anda berjaya? Bagaimana anda tahu
bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah matlamat yang telah
dirancang. Sekiranya anda telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti
yang dirancang maka anda dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari tanpa anda sedari
anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna. Jadi pastikan
sekarang bahawa matlamat anda tidak terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak
pula terlalu besar hinggakan anda rasakan mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu
matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk
merealisasikannya.

Sikap Penentu Kejayaan


Lebih kurang 25 tahun yang lalu, iaitu 1974, masyarakat melayu telah gempar dengan
lahirnya seorang anak melayu yang telah mampu membaca akhbar pada usia tiga tahun.
Hampir kesemua media membuat liputan. Hari ini, perkara sebegini bukanlah sesuatu
yang mengkagumkan. Dengan adanya pelbagai kemudahan dan teknologi multimedia,
ramai anak-anak yang boleh membaca pada usia sebegini.

Tetapi pada 25 tahun yang lalu, diawal 70an pastilah kebolehan seperti ini dikira sebagai
menakjubkan. Hinggakan Prof. Diraja Ungku Aziz membawa anak ini balik ke
kampungnya untuk diberikan ujian IQ. Pengarah Jins Shamsudin pula menjadikannya
pelakun kecil. Begitulah hebatnya anak yang bernama Mohd. Sohkeri Hadapi Aziz ini.
Melihat kepada kebolehan dan kehebatan anak maka tidak hairanlah kalau hari ini beliau
menjadi doktor atau pensyarah muda. Tanggal 22 November 1997 masyarakat melayu
sekali lagi digemparkan. Kali ini oleh peristiwa seorang anak muda yang bekerja sebagai
pembuat roti canai telah didakwa kerana memiliki enam paket
kecil ganja. Beliau telah didakwa dibawah Seksyen Akta Dadah
Berbahaya 1952 (pindaan 1983). Inilah orangnya yang menjadi
tajuk perbualan 25 tahun yang silam. Inilah dia Mohd. Sohkeri
yang pernah dibanggakan dulunya. Beliau jauh sekali dari
dikatakaan berjaya. Malah apa yang beliau lakukan hari ini
langsung tidak menggambarkan kebolehan sewaktu kecil beliau.
Rendahkah IQ lelaki ini? Tidak sama sekali. Tidak berkebolehankah lelaki ini? Jauh
sama sekali. Yang silapnya kerana ia tidak pernah terdedah kepada ilmu kecemerlangan
diri dan pembentukan sikap.

Pastinya lebih ramai lagi. Saya yakin, kalau perkara seperti ini boleh berlaku kepada
seorang individu, ia juga telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku kepada
ramai lagi manusia lain. Berapa ramai lagi agaknya yang senasib beliau. Kita hanya
mendengar cerita Mohd. Sohkeri. Bagaimana pula dengan begitu ramai yang mungkin
waktu kecilnya cemerlang kini tidak mampu meneruskan kecemerlangan ini. Saya
sendiri telah menemui begitu ramai pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR, atau 8A
dalam PMR, akhirnya kecundang salam SPM. Mereka sekadar berpuashati dengan Gred
2 atau Gred 3 sahaja. Ada yang lebih teruk sehingga mendapat SAP.

Persoalannya adakah mereka yang gagal dalam kehidupan hari ini selayaknya gagal?
Atau mereka tidak tahu yang sebenarnya dalam diri mereka ada sebutir permata yang
tinggi nilainya dan belum digilap. Inilah yang dikatakan sikap. Tidak ada ertinya IQ
yang tinggi serta kebolehan yang luarbiasa tetapi malas berusaha. Sentiasa tangguh kerja,
main-main dan ambil mudah. Mereka ini berpenyakit tetapi tidak menyedarinya. Kalau
AIDS dan JE boleh membunuh diri, penyakit sikap ini pula boleh membunuh harapan
dan masa depan.

Bagaimana sikap terbentuk? Sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan,
pendengaran dan pengalaman. Dengan kata lain, sikap adalah tindakan dan tingkahlaku
diri berlandaskan cara fikir seseorang individu. Dua orang yang mempunyai cara fikir
yang berbeza akan bertindakbalas secara berbeza juga terhadap sesuatu peristiwa atau
persekitaran. Cara fikir merubah tingkah laku seseorang dan mempengaruhi sikap
seseorang. Cara fikir sebenarnya sesuatu yang dipelajari dan ditiru. Antara sumber-
sumbernya ialah:

• Orang sekeliling - Ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, idola


• Pengaruh media - TV, radio, internet
• Bahan bacaan - novel, majalah, akhbar, buku-buku.
• Persekitaran - Agama, bangsa, kebudayaan
• Peristiwa silam - besar atau kecil
• Pengalaman

Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan bapa borek anak rintek. Kalau bapa jenis
panas baran maka anaknya berkemungkinan juga demikian. Tetapi tidak pula semua
anak berkelakuan serupa seperti bapa. Mungkin anak yang lain pula cukup mengkagumi
gurunya dan kebetulan pula guru seorang yang penyabar.

Maka sikap panas baran bapa tidak ditiru oleh anak ini kerana dia dapat menilai bahawa
sikap itu tidak menguntungkan sesiapa. Dalam keadaan ini, pengaruh guru lebih besar
atas diri anak ini dalam konteks tersebut. Jadi seorang anak membesar dengan meniru
tingkah laku orang lain. Sikap-sikap negatifnya mungkin diperolehi daripada gabungan
pelbagai sumber. Pemarah macam ayah, boros macam emak, malas macam abang,
pakaian macam artis, buang masa macam rakan-rakan dan sebagainya. Begitu juga
dengan sikap positifnya juga ditiru dari orang lain. Berani macam ayah, bercakap benar
macam emak, suka mencuba macam abang, gigih macam artis pujaan dan hormat ibu
bapa macam rakan.

Satu kelemahan otak ialah ia menerima segala maklumat yang dilihat dan didengar ini,
sama ada positif atau negatif, tanpa sekatan. Apabila maklumat yang sama diterima
berulang-ulangkali maka sedikit sebanyak mula terbentuk kepercayaan dalam diri
bahawa tidak salah untuk menerima pakai atau meniru cara orang lain ini. Keadaan ini
berlaku di bawah kesedaran seseorang. Ia berlaku dalam tempoh masa yang panjang
sebelum menjadi lazim dalam pemikiran. Setelah ia menjadi kebiasaan segala tindak
balas kita menjadi spontan dan kerap kali tindakan kita diluar kawalan diri.

Bolehkah sikap diubah? Sikap yang negatif boleh diubah kepada positif hampir serta
merta. Misalnya anda membonceng motisikal rakan. Rakan anda membawa motisikal
dengan laju dan gopoh-gapah. Anda tumpang seronok. Akibatnya berlaku kemalangan
dan rakan anda mati ditempat kejadian. Ketika itu juga anda berkemungkinan besar mula
mengubah sikap anda apabila membawa motosikal. Walau pun ia berlaku hanya sekali
dalam kehidupan, tetapi pengalam tersebut cukup menyakitkan dan menyedihkan. Ia
mengubah cara fikir anda serta merta. Sikap anda juga berubah serta merta.

Sebenarnya untuk berubah anda tidak memerlukan masa yang panjang.


Masa yang panjang sebenarnya untuk kita mengumpul maklumat dan
membina keyakinan serta kepercayaan sememangnya perubahan diri itu
sesuatu yang mesti dilakukan. Setelah anda membuat keputusan,
perubahan berlaku serta merta. Masa yang panjang ini sebenarnya
boleh disingkatkan dengan syarat anda mendapatkan maklumat yang
diperlukan untuk menyokong kepercayaan anda untuk berubah itu
sekarang. Anda perlu mendapatkan maklumat dari orang yang boleh memberikannya
kepada anda. Sekiranya anda seorang pelajar, kursus Motivasi Alihan Pelajar salah satu
tempat yang terbaik untuk anda mendapatkan maklumat ini.

Ramai yang tidak menyedari bahawa sikap ibarat pakaian yang boleh dipilih untuk
disarungkan kebadan. Bagaimana mudahnya menukar pakaian begitu juga mudahnya
mengubah sikap. Dengan syarat tahu rahsia dan kaedahnya.

Untuk berubah sikap, setiap kepercayaan dan pegangan hidup yang negatif perlu digugat,
dicabar, dibenci dan kemudiannya digantikan dengan alternatif yang baru. Proses ini
lebih mudah dilakukan sekiranya dibantu oleh seseorang yang pakar dalam bidangnya.
Perhatikan sejenak, adakah sikap anda selama ini membolehkan anda menggunakan
sepenuhnya potensi diri yang ada pada diri anda? Setiap kali guru memberikan markah
ujian, cuba tanyakan diri anda, adakah ini yang terbaik boleh dilakukan oleh anda? Kalau
tidak, apa yang menghalang anda melakukan yang terbaik? Tiada yang menghalang
kecuali diri anda sendiri. Kalau anda tidak mengubah sikap dan cara fikir anda sekarang,
anda juga pastinya mencapai sesuatu yang serupa 5 - 10 tahun yang akan datang. Yang
berubah ketika itu mungkin lokasi anda, rakan-rakan anda dan fizikal luaran anda tetapi
dalamnya tetap sama. Kalau sekarang anda gagal di sekolah maka 5-10 tahun akan
datang anda bakal gagal pula dialam pekerjaan. Sebab itulah anda perlu berubah, dan
perubahan itu perlu dilakukan sekarang! Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya,
"tidak akan aku ubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka ubah apa yang ada
dalam diri mereka sendiri".

Tanggapan Diri Positif


Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang telah berlaku tetapi kita boleh mengubah
tanggapan dan cara fikir kita terhadap sesuatu itu. Perubahan tanggapan perlu dibuat bagi
meletakkan diri kita pada situasi yang menguntungkan diri kita sendiri.

Kejayaan adalah satu pilihan hidup. Ia bukan sekadar takdir dan jauh sekali berdasarkan
nasib semata-mata. Kebolehan seseorang mengharungi cabaran hidup, menyelesaikan
masalah, dan mengawal emosinya banyak bergantung kepada tanggapan
yang wujud dalam pemikirannya. Sekiranya tanggapan itu positif maka
baiklah natijahnya. Kalau tanggapan itu negatif maka buruklah pula
hasilnya.

Bagaimana tanggapan ini terbentuk? Bolehkah ia diubah? Persoalan ini


sering memeningkan kepala mereka yang bukan ahlinya.

Tanggapan terbentuk hasil daripada acuan ibu bapa sendiri. Pengalaman lampau,
peristiwa penting, pergaulan, bahan-bahan bacaan, media serta idola juga membentuk
tanggapan dalam diri kita. Apa yang kita percaya dan yakin sebagai benar akan
membentuk pegangan hidup kita dan seterusnya menjadi sumber rujukan kita apabila
berlakunya sesuatu peristiwa. Kerap kali kita berkata, "orang itu tak boleh dipercayai",
semata-mata kerana kita mengenali seseorang sebelumnya, yang mirip atau seiras dengan
orang itu, yang pernah membohongi kita. Tanggapan sebegini hanya merugikan kita dan
memerangkap diri sendiri.

Tanggapan kita terhadap kebolehan diri kita seringkali tersasar. Kita menilai diri kita
berdasarkan hanya tanggapan dan bukannya kebolehan diri sebenar yang ada.

Tanggapan ini pula merujuk kepada peristiwa lampau dalam sejarah hidup kita.
Misalnya, kalau kita diminta memberikan pidato umum, kita mungkin menolaknya dan
memberikan seribu alasan semata-mata kerana dulunya kita pernah ditertawakan kerana
pidato yang tidak menjadi. Sebaliknya, kalau kita tidak pernah langsung berpidato, kita
merujuk kepada pengalaman rakan yang ditertawakan dan menggambarkannya sebagai
diri kita sendiri.

Kenapa tidak pelajari pengalaman mereka yang berjaya? Dapatkan idola dalam setiap
bidang yang mahu diceburi. Misalnya, berani macam Anwar Ibrahim, bijak dan
berwawasan macam Dr. Mahathir Mohamad, baik pekerti dan takwa macam Nik Aziz.
Dengan gabungan beberapa individu di atas pastinya kita bakal menjadi orang yang jauh
lebih baik. Dan sebaik-baik idola itu ialah junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad
s.a.w.

Minda manusia ibarat sebidang tanah. Apa yang disemai itulah yang dituai. Kalau kita
sentiasa terdedah dengan unsur-unsur yang baik, bergaul dengan mereka yang berjaya,
hidup dalam persekitaran yang membina. Pastinya tanggapan kita terhadap kebolehan
diri kita mirip kepada kecemerlangan. Jadi semailah padi agar yang dituai nanti padi.
Jangan semai lalang nanti yang tumbuh nanti juga lalang.

Prinsip-prinsip Kejayaan.
(Bahagian 1)
Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Ia perlu bermula dalam fikiran
sebelum ia menjadi kenyataan. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui
sebelum sesuatu kejayaan itu mampu direalisasikan.

Bertanggung jawab sepenuhnya. Yang pertama, anda perlu bertanggungjawab


sepenuhnya terhadap siapa anda, apa yang anda capai dan dimana anda berada hari ini.
Anda perlu menerimanya, walaupun pahit, tanpa menyalahkan orang lain dan
persekitaran. Sekiranya anda tidak mencapai apa yang anda inginkan maka andalah yang
bersalah, kalau bukan anda maka siapa lagi? Maknanya kalau anda tidak mengawal
haluan hidup anda maka orang lain akan menggunakan segala kebolehan dan potensi
yang ada pada diri anda. Hanya dengan anda mengakui hakikat yang penting ini, maka
barulah anda boleh menjelajah kehidupan ini dengan lebih berkeyakinan. Anda tahu
yang anda punya pilihan lain, selain dari apa yang anda lakukan setiap hari. Ingat,
"Hanya anda sahaja yang boleh mengubah hidup anda, bukan orang lain".

Mari kita tinjau bagaimana Kolonel Sanders, orang yang mencipta resepi ayam goreng
Kentucky Fried Chicken mencipta nama dan kejayaan. Kol. Sanders bersara pada usia 65
tahun. Ketika menerima duit pencen pertamanya, Kol. Sanders merasa cukup kecewa.
Beliau tidak menyalahkan orang lain kecuali dirinya terhadap jumlah kecil yang
diperolehinya. Beliau seterusnya memutuskan untuk memajukan resepi ayam goreng
milik keluarganya kepada sebuah restoran. Malangnya, hasrat beliau
ditolak. Adakah beliau berputus asa?? Tidakkk... beliau terus mengubah
resepinya dan berjumpa dengan lebih ramai orang... orang ke-10 kata
tidakk.... orang ke-100 kata tidakkkk... orang ke-1000 juga kata tidakkk...
Tetapi orang ke-1008 kata ... "YA..RESEPI ANDA BAGUS". Sembilan
tahun kemudian, setelah bisnesnya maju, Kol. Sanders telah menjual
bisnesnya dengan harga US$2,000,000. Itulah ganjarannya bagi orang
yang gigih dan sabar. Ganjaran bagi mereka yang mula mengubah haluan
hidup setelah menyedari bahawa dialah yang bertanggung jawab atas siapa dirinya hari
ini; dan dialah juga yang bertanggung jawab untuk memperbaiki pencapaiannya. Tanpa
ciri-ciri ini Kol. Sanders mungkin merasa cukup sekadar menerima habuan pencen
bulanan semata-mata.

Anda juga pasti mahukan kejayaan. Adakah anda telah berusaha ribuan kali seperti cerita
Kolonel Sanders di atas??? Jauh panggang dari api. Ramai pelajar sekolah yang apabila
menyelesaikan masalah matematik, sains dan lain-lain yang agak susah, hanya
mencubanya setakat beberapa kali sahaja. Tidak sampai pun 10 kali. Inikah cara usaha
anda yang impikan kejayaan? Ingatlah setiap masalah itu datang dengannya
penyelesaian. Setiap cabaran itu datang dengannya habuan dan pulangannya. Teruslah
berusaha... bukan setakat sekali, sepuluh kali..malah ratusan dan ribuan kali...

Sedikit perbezaan membawa hasil besar. Yang kedua, untuk mendapat sepuluh kali
ganda kejayaan daripada orang lain bukanlah bermakna anda perlu sepuluh kali lebih
gigih, lebih kuat atau lebih bijak dari mereka. Anda hanya perlu berbeza sedikit daripada
mereka sekeliling anda. Berbeza cara fikir, berbeza cara bertindak dan berbeza dalam
menerima kenyataan hidup. Fokuskan minda anda untuk lebih baik sedikit daripada
manusia biasa. Ini membolehkan anda memperolehi pencapaian yang luarbiasa, yang
tidak terfikir oleh manusia biasa.

Cuba perhatikan peristiwa dibawah ini. Dalam satu perlumbaan


kuda, kuda yang memenangi tempat pertama akan mendapat wang
tunai RM100,000 ringgit. Kuda ditempat kedua pula mendapat
RM20,000 ringgit. Kuda ditempat pertama mendapat ganjaran lima
kali ganda lebih besar dari kuda yang kedua. Adakah ini juga
bermakna kuda pertama 5 kali ganda lebih laju dari kuda yang
kedua? Atau kuda pertama berlatih 5 kali ganda lebih bersungguh-sungguh dari kuda
kedua? Atau kuda yang pertama ditunggangi oleh orang yang 5 kali lebih mahir dari
kuda yang kedua? Jawapannya pasti sahaja TIDAK. Kuda pertama mungkin
mendahului kuda kedua sekadar satu langkah sahaja ke garisan penamat. Ada ketikanya
rakaman video perlu dilihat untuk menentukan pemenang. Mungkin kuda pertama
mendahului seinci sahaja dari kuda kedua. tetapi seinci ini memberikan pulangan 5 kali
ganda lebih besar!

Begitulah juga dalam hidup ini. Anda perlu berusaha lebih sedikit dari orang sekeliling
anda untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Persepsi membentuk diri. Yang ketiga ialah persepsi anda. Iaitu bagaimana anda
melihat sesuatu yang berlaku terhadap anda dan disekeliling anda. Kehidupan bukanlah
nasib tetapi lebih kepada pilihan. Anda boleh memilih untuk senang atau susah. Apabila
anda memilih untuk hidup senang, dan sanggup berkorban untuk kesenangan maka tiada
sesiapa pun yang boleh menghalang kehendak anda. Persepsi anda terhadap sesuatu
natijah pastinya mempengaruhi emosi anda. Seterusnya ia akan mempengaruhi tindakan
anda dan seterusnya pula menentukan hasil iaitu natijah dari tindakan tersebut. Turutan
ini boleh dilihat dalam carta alir dibawah.

Dalam rajah ini, emosi anda terhadap apa sahaja yang berlaku terhadap
anda bergantung kepada cara fikir yang terbentuk secara spontan. Apa
perasaan anda apabila rakan anda tidak menunaikan janjinya untuk hadir
dalam satu mesyuarat yang cukup penting? Saya yakin anda akan marah
dan kecewa. Ini disebabkan anda fikir bahawa rakan anda tidak boleh
diharap. Tidak berpegang pada janji. Suka menyusahkan orang lain dan
sebagainya. Tetapi cuba ubah cara fikir anda sekarang. Cuba fikirkan,
jangan-jangan ada kemalangan. Jangan-jangan ada yang jatuh sakit atau
kematian. Bagaimana emosi anda sekarang? Adakah anda masih marah
dan kecewa? Pasti tidak. Emosi anda kini berubah menjadi risau dan
bimbang. Tindakan yang anda ambil bergantung kepada emosi anda.
Emosi yang terbentuk pula dipengaruhi oleh cara fikir anda. Akhirnya
hasil yang anda perolehi sebenarnya tidak lain dan tidak bukan,
bergantung kepada cara fikir atau persepsi anda. Oleh itu, mulai saat ini
mulalah pilih cara fikir yang menguntungkan anda. Yang membuatkan
anda kelihatan hebat. Islam sendiri melarang kira berburuk sangka dan banyak bersabar.
Ingat setiap apa yang berlaku mengandungi hikmah Allah yang tersembunyi. Janganlah
lagi menjadi orang yang bertindakbalas secara spontan kepada keadaan dan persekitaran.
Sebab tindakbalas spontan ini kebiasaannya merugikan kehidupan anda.

Ingatlah, kehidupan yang tergambar dalam kotak fikiran anda adalah kehidupan yang
akan anda tempuhi. Ada orang tetap bersemangat walaupun berpuluh kali gagal sebab
mereka tahu setiap kegagalan itu datang bersamanya pengajaran yang cukup bermakna.
Ubah cara fikir anda. Ubah perancangan dan tindakan anda. Setiap kali gagal, cuba
SEKALI LAGI menggunakan pendekatan baru.

Ingat, Kolonel Sanders gagal lebih seribu kali. Apa yang anda perlu lakukan ialah
berusaha lebih sedikit daripada manusia biasa untuk menjadi manusia luar biasa.
Seterusnya mencapai kejayaan berlipat kali ganda seperti kisah lumba kuda tadinya.

Kuasa Persistensi
(Prinsip-prinsip Kejayaan, Bhg. 2)

Persistensi (persistency) adalah suatu sikap tidak mudah mengalah terhadap sebarang
halangan, dugaan, cabaran dan masalah dalam merealisasikan sesuatu matlamat.
Kejayaan sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Kalau ia sesuatu yang
mudah maka pastilah tiada manusia gagal. Sedangkan kajian menunjukkan 95% daripada
manusia, selepas usia 55 tahun hanya hidup bergantung kepada duit pencen. Itu bagi
yang bekerja kerajaan. Jauh sekali mereka ketika itu mencapai tahap yang boleh
dikatakan "financially independent". Begitu juga dengan pelajar, kajian menunjukkan
setiap tahun hanya 13% - 14% pelajar yang mampu melanjutkan pelajaran ke institusi
pengajian tinggi. Bagi yang kini berada di institusi pengajian tinggi pula, 80% daripada
mereka menamatkan pengajian setakat ijazah kelas kedua atau ketiga.

Fenomena di atas jelas menunjukkan ramai manusia gagal mencapai yang


terbaik kerana cepat berpuashati dengan pencapaian mereka. Ada
sesetengahnya cuba melakukan lebih jauh tetapi akhirnya merasa kecewa
hanya setelah beberapa kali sahaja mencuba. Saya teringat baris kata-kata
yang pernah saya terbaca dahulu, "When the going gets tough, the tough
get going", dan satu lagi, "Quitters never win and winners never quit". Kata-kata ini telah
sekian lama saya sematkan dalam hati saya dan dijadikan azimat bagi meraih kekuatan
setiap kali berhadapan dengan cabaran atau ketika berada diambang kegagalan. Dengan
sikap persistensi yang tinggi sesiapa sahaja boleh berjaya. Hanya faktor masa sahaja
menjadi penentu kejayaan itu.

Cuba kita lihat bagaimana persistennya Nabi Muhammad s.a.w dalam mengembangkan
agama Allah dizaman jahiliyah dahulu hingga terbentuknya sebuah negara Islam yang
digeruni lawan dan dihormati. Tidak seperti rasul-rasul sebelumnya, Nabi Muhammad
s.a.w mengembangkan Islam tanpa bergantung kepada mukjizat yang mencarik adat
selain daripada Al-Quran. Baginda memulakan syiarnya ketika berusia 40 tahun setelah
menerima wahyu pertama. Hanya kerana mahu membawa masyarakatnya beriman
kepada Allah, baginda telah diejek, dicemuh, dilontar dengan batu. Pengikut-
pengikutnya diseksa. Keluarga mereka didera dan dihina. Semuanya ini sedikitpun tidak
menjejaskan kemahuan baginda untuk melihat Islam tegak dibumi Allah ini. 13 tahun
dimekah dan 10 tahun di Madinah adalah satu masa yang bukan pendek. Sikap
persistensi sebeginilah yang perlu ada sekiranya seseorang itu mahukan kejayaan. Nabi
Muhammad s.a.w dan para sahabatnya membuktikan bahawa kebolehan seorang manusia
cukup luar biasa dan mampu menggoncang dunia selagi tidak lari dari matlamat
perjuangan, rela berkorban dan sanggup melakukan apa sahaja untuk berjaya. Kenapa
mesti berjuang 23 tahun sedangkan Allah boleh sahaja memberikan kemenangan mudah
kepada rasulnya? Sebabnya untuk manusia selepas itu menjadikan kehidupan dan
perjuangan itu suatu tauladan. Salah satu darinya ialah sikap gigih dan tidak putus asa
dari mengharap kemenangan dari Allah.

Seorang jurujual berjaya cukup faham dengan teori persistensi ini.


Fikiran mereka telah diprogramkan bahawa untuk melakukan satu jualan
yang berjaya mereka perlu menemui 10 orang pelanggan berpotensi.
Dengan fahaman matematik yang cukup mudah ini mereka berusaha
tanpa kenal erti jemu. Setelah satu kegagalan mereka merasa lebih
gembira kerana mereka cuma tinggal 9 orang lagi sebelum mendapat
kejayaan. Mereka terus berusaha dan kejayaan jualan pertama itu
mungkin terletak pada cubaan yang ke-5, ke-7 atau ke-10. Meski pun mereka gagal
membuat jualan dalam 10 cubaaan pertama, mereka tetap tidak putus asa. Sebab
kemungkinan pula dalam cubaan ke-11 atau ke-12 kejayaan mula menjelma.

Sejarah memang membuktikan bahawa hampir semua nama-nama besar dan terkenal
adalah mereka yang mencipta sejarah setelah mencuba ribuan kali. Edison mencipta
lampu setelah berusaha lebih 10,000 kali. Kolonel Sanders cipta kejayaan dengan resepi
ayam gorengnya setelah mencuba 1009 kali. Nelson Mandela menjadi presiden Afrika
Selatan setelah dipenjarakan hampir sesuku abad. Goodyear mencuba hampir 10 tahun
sebelum menemui kaedah untuk mengkomersilkan getah. Boon Siew, walau pun tidak
tahu membaca dan menulis mampu menjadi jutawan dan memberikan peluang pekerjaan
kepada ribuan pekerja hanya kerana persistensinya.

Kalau telah jelas, dari kisah-kisah di atas, bahawa persistensi adalah


senjata utama menuju kemenangan maka kenapa pula anda perlu cepat
putus asa? Dalam kehidupan ini kegagalan adalah pengalaman bagi
mereka yang persisten tetapi sebaliknya adalah kematian bagi mereka
yang putus asa. Kalau anda seorang pelajar, kini soallah diri anda
sendiri, adakah anda telah mencuba ribuan kali untuk menyelesaikan
satu soalan matematik atau sains yang mencabar? Ratusan kali? Puluhan kali?
Jawapannya pastinya tidakk... anda cuma mencuba beberapa kali dan akhirnya putus
asa. Kalau inilah cara anda bagaimana mampu anda letakkan nama anda sebaris dengan
mereka yang telah berjaya?
Air yang menitik secara berterusan itu mampu menghakis batu. Parang yang diasah
secara berterusan itu akan tajam. Begitulah juga dengan diri manusia. Oleh itu jangan
putus asa dalam usaha. Anda tidak boleh gagal walau atas alasan apa sekalipun. Jadikan
setiap kegagalan itu satu pengajaran untuk memperbaiki diri, untuk mengubah
perancangan, untuk lebih fleksibel dan lambat laun kejayaan itu milik anda kerana kuasa
persistensi yang ada dalam diri.

Sekian.

Petua 1: Jangkakan Kejayaan

Sikap terbina dari pelbagai faktor dan pengaruh. Diantaranya termasuklah faktor ibu
bapa, budaya, ugama, bahan media cetak dan elektronik, idola, pemakanan, dan
sebagainya (Lihat artikel Sikap Penentu Kejayaan). Atas dasar inilah maka kita dapat
lihat terdapat cara fikir yang berbeza dalam sesuatu kaum atau bangsa. Apa yang kita
lihat, dengar dan alami pastinya akan membentuk pegangan dan kepercayaan dalam diri
kita. Kepercayaan dan pegangan hidup ini akan mempengaruhi tindakan dan tindakbalas
kita.

Cuba perhatikan, apakah hanya secara kebetulan apabila orang menyebut perkataan
JANJI MELAYU? Memang tidak semua orang melayu mungkir janji tetapi majoritinya
begitulah. Apakah secara kebetulan juga apabila ada yang berkata AUTA KELING?
Memang tidak semua india begitu tetapi majoritinya kita sendiri tahu. Perkara tersebut
terjadi kerana adanya persamaan dari aspek pemakanan dan budaya dalam sesuatu
bangsa. Tambahan pula kita membesar dengan meniru mereka yang terlebih dahulu
dewasa dari kita. Bak kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi. Sekiranya positif pegangan hidup kita maka postif jugalah nanti natijah dari
tindakan kita. Seterusnya positiflah sikap kita.

Untuk membina sikap positif dalam diri, anda boleh amalkan 10


PETUA yang disenaraikan dibawah. Amalkannya setiap masa
dan dimana sahaja sehingga ia menjadi tabiat baru anda. Setiap
minggu dari sekarang saya akan bincangkan salah satu dari 10
Petua ini. Tetap bersama saya.

Petua 1: Jangkakan kejayaan.


Petua 2: Lakunkan watak orang cemerlang.
Petua 3: Ubah penampilan diri.
Petua 4: Berkawan dengan orang berjaya.
Petua 5: Dalami ilmu kecemerlangan.
Petua 6: Fokus kepada apa yang anda mahu.
Petua 7: Kejayaan silam membarai diri.
Petua 8: Saranan diri positif.
Petua 9: Soal diri dengan soalan yang positif.
Petua 10: Pelaziman minda.
Petua 1: Jangkakan Kejayaan.

Anda sebenarnya boleh memilih tindakan dan tindakbalas anda. Tindakan ialah apa yang
anda lakukan atau usahakan, tindakbalas pula ialah respon anda terhadap apa yang
berlaku atau terjadi atas diri anda. Sebahagian besar tindakan dan tindakbalas anda
sebenarnya berlaku secara spontan mengikut kebiasaan atau tabiat. Cuba fikirkan
kembali bagaimana anda butangkan baju anda setiap hari? Jalan mana anda ambil ke
tempat kerja setiap pagi? Air apa yang anda minum untuk sarapan? Tanpa anda sedari
arahan-arahan tersebut datang tanpa anda sedari dari minda bawah sedar.

Kejayaan dan kegagalan ditentukan oleh perkara yang anda lakukan setiap hari, bukannya
apa yang dilakukan sekali-sekala. Oleh itu sangatlah penting agar tindakan dan
tindakbalas spontan anda setiap hari menjana sikap positif dalam diri. Tindakan dan
tindakbalas anda menggambarkan sikap anda. Sikap anda pula berdasarkan cara anda
lihat kehidupan yang bakal anda lalui dalam fikiran anda. Kalau tindakan dan
tindakbalas spontan anda adalah negatif, maka ia tidak menguntungkan anda. Anda perlu
lakukan sesuatu untuk mengubahnya. Antara cara yang boleh
anda lakukan ialah sentiasa jangkakan kejayaan itu milik anda.
Lihat yang perjalanan usia anda membawa anda kepada sesuatu
yang besar dan bermakna kepada diri, keluarga dan masyarakat
anda.

Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya


kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan
erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif.
Malangnya dalam kehidupan ini kita lebih sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita
menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan
rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan.
HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.

Tidak lama dahulu satu kajian telah dilakukan di sebuah sekolah di California. Guru-
guru telah diberitahu, disebabkan kecemerlangan mereka dalam pengajaran dan
pembelajaran maka mereka hanya akan diberikan murid-murid yang mampu cemerlang
dan berIQ tinggi sahaja pada tahun hadapan. Buka sahaja sessi sekolah yang baru, para
pelajar yang akan menduduki kelas guru cemerlang tersebut terpaksa dipilih melalui satu
ujian IQ yang khusus. Satu kumpulan pelajar yang telah berjaya dalam ujian IQ ini dan
masukkan dalam kelas guru-guru tersebut. Mereka telah mengajar dengan bersungguh-
sungguh dan murid juga memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh. Walaupun
banyak rintangan dan cabaran, namun guru-guru tidak pernah patah semangat kerana
mereka yakin murid-murid ini mampu berjaya. Malah pengetua sekolah sendiri telah
memberitahu guru-guru ini iaitu walaupun para pelajar ini berIQ tinggi, mereka tetap
terpaksa bertungkus lumus disebabkan mempelajari sesuatu yang baru memerlukan usaha
yang gigih. Apabila peperiksaan dijalankan, hasilnya cukup membanggakan, para pelajar
telah menghasilkan pencapaian seperti yang dijangkakan.
Apa yang lebih dibanggakan lagi ialah sebenarnya guru-guru telah ditipu. Mereka
sebenarnya tidak diberikan pelajar yang berIQ tinggi. Ujian IQ yang diadakan hanya
sekadar gimik semata-mata. Para pelajar tersebut sebenarnya pelajar yang sederhana
sahaja pencapaiannya. Apa yang telah berlaku? Kenapa pelajar ini tetap boleh
cemerlang? Perubahan yang berlaku ialah JANGKAAN KEJAYAAN dalam diri pelajar
dan guru-guru. Guru-guru menjangkakan bahawa mereka pasti mencapai sasaran yang
ditetapkan. Ini disebabkan mereka sememangnya telah diakui sebagai guru cemerlang
dan diberikan pelajar yang bagus-bagus pula. Pelajar pula, setelah mengetahui keputusan
ujian IQ, merasakan yang mereka baru menyedari suatu kehebatan yang selama ini
mereka sendiri tidak pernah tahu. Mereka percaya bahawa otak mereka bijak. Mereka
bersungguh-sungguh untuk membuktikan sememangnya mereka bijak. Ditambah dengan
kesungguhan guru-guru tadi, segala harapan bertukar menjadi kenyataan.

Oleh itu jangan berputus asa mengharapkan rahmat dari Allah. Manusia biasanya
membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap
mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan.
Menjangkakan kejayaan itu milik anda membuatkan anda tidak putus asa. Kalau anda
perlu ubah perancangan untuk mencapai hasrat, maka ubahlah. Pastikan juga anda
bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan
kejayaan anda. Lihat diri anda yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Ingat! Jangkakan kehebatan dalam diri anda dan diri orang lain dan kehebatan itu akan
terserlah bila tiba masanya nanti.

Sekian.. bersambung minggu depan ke Petua 2.

Lakunkan Watak Orang Cemerlang


(10 Petua Membina Sikap Positif )

Untuk membina sikap positif dalam diri, anda boleh amalkan 10 PETUA yang
disenaraikan dibawah. Amalkannya setiap masa dan dimana sahaja sehingga ia menjadi
tabiat baru anda. Setiap minggu dari sekarang saya akan bincangkan salah satu dari 10
Petua ini. Tetap bersama saya.

Petua 1: Jangkakan kejayaan.


Petua 2: Lakunkan watak orang cemerlang.
Petua 3: Ubah penampilan diri.
Petua 4: Berkawan dengan orang berjaya.
Petua 5: Dalami ilmu kecemerlangan.
Petua 6: Fokus kepada apa yang anda mahu.
Petua 7: Kejayaan silam membarai diri.
Petua 8: Saranan diri positif.
Petua 9: Soal diri dengan soalan yang positif.
Petua 10: Pelaziman minda.

Petua 2: Lakunkan Watak Orang Cemerlang


Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya
tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model)
yang boleh ditauladani. Sebut sahaja tentang 'role model' ini, saya teringat akan sebuah
kisah kejayaan yang telah saya baca tidak lama dahulu. Kisahnya bermula sewaktu
perang dunia kedua. Terdapat seorang jeneral tentera Amerika yang begitu dikagumi
oleh semua disebabkan kejayaan demi kejayaan yang dibawanya dalam peperangan.
Ketokohan dan keberanian jeneral ini begitu dikagumi juga oleh seorang pemuda
berpangkat prebet. Suatu hari, prebet ini berpeluang bersemuka dengan jeneral lalu dia
terus bertanya, "Tuan, pada pandangan tuan adakah saya mampu, satu hari nanti. berjaya
seperti tuan". Lalu, jeneral itu berkata, "Jangan tanya saya soalan bodoh ini". Prebet
tidak berpuas hati lalu terus bertanya sebanyak tiga kali, dan tiga kali juga dia
memperolehi jawaban yang serupa. Lalu prebet bertanya kali ini, "Tuan, tiga kali saya
tanya tuan tetapi tuan tetap berikan jawapan yang serupa, kenapa begitu tuan?". Lalu
jeneral berkata, "Kalau kamu mahu jadi seperti saya, kamu mesti berfikir seperti saya,
berjalan dan bercakap seperti saya, dan tindakan kamu pastinya juga nanti seperti saya.
Kamu hanya boleh jadi seperti saya sekiranya kamu lalui jalan yang telah saya lalui.
Kalau kamu lalui jalan yang berbeza, kamu akan sampai ke destinasi yang berbeza juga".
Maka, pemuda itu mula faham. Mulai saat itu dia mula melakunkan setiap watak jeneral
dalam kehidupan hariannya. Iaitu termasuklah cara fikir, cara bercakap dan cara
berjalannya. 20 tahun kemudiannya, prebet itu berjaya merealisasikan matlamatnya
menjadi seorang jeneral di pasukan tentera Amerika.

Cuba anda lihat senario berikut pula, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah
dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan
pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukum
lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini
ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk
anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin
dan masa anda. Apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada
dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak
pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia
akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau
sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh yang akan memohon untuk berlakun.

Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula
meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal
skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya ratusan muka surat. Anda akan
mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda.
Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu
penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda
ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.

Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa
setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan
filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di
pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini.
Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar,
anda bertindak seperti pelajar cemerlang di sekolah anda. Mengurus masa, menglibatkan
diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang.
Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh
pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu
hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang
lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam
dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai
orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan memperolehi
pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.

Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini. Hayati
watak orang cemerlang. Fikir seperti mana mereka berfikir, bercakap, bergaya dan
bertindak seperti mereka. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan
kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka
disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal
anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali
kepada sikap negatif anda sekarang. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam
kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang
cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.

'Act As If....'
Motivasi Diri
Untuk membina sikap positif dalam diri, anda boleh amalkan 10 PETUA yang
disenaraikan dibawah. Amalkannya setiap masa dan dimana sahaja sehingga ia
menjadi tabiat baru anda. Setiap minggu dari sekarang saya akan bincangkan salah
satu dari 10 Petua ini. Tetap bersama saya.

Petua 1: Jangkakan kejayaan.


Petua 2: Lakunkan watak orang cemerlang.
Petua 3: Ubah penampilan diri.
Petua 4: Berkawan dengan orang berjaya.
Petua 5: Dalami ilmu kecemerlangan.
Petua 6: Fokus kepada apa yang anda mahu.
Petua 7: Kejayaan silam membarai diri.
Petua 8: Saranan diri positif.
Petua 9: Soal diri dengan soalan yang positif.
Petua 10: Pelaziman minda.

Petua 3: Ubah Penampilan Diri


Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali
mereka yang bersikap positif melalui percakapannya,
pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya.
tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya
iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif.
Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu
majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju
biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan
berseluar kasual. Sampainya sahaja anda di sana, anda lihat
hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau
berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin
walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa
bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda
sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda
pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri
dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana
perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih
bersemangat dan yakin.

Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian
dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu
kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu
ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau
imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau
anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk
bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang
dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai
jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk
berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan
mempunyai penampilan positif.

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:

1. Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan


menarik.
2. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa
serta 'matching'.
3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
5. Kasut - Kasut yang sesuai denga tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
6. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan
lain-lain.
7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
10. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.
Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam
masyarakat dan karier yang anda ceburi. Walau pun begitu anda tetap dinilai oleh
manusia lain melalui penampilan diri anda. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu
pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calun-calun secara
terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga
untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang.

Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk
pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.

Sekian.. bersambung minggu depan ke Petua 4.

Mengenali Tuhan melalui Syeikh


atau
Menakuti-Nya melalui al-Qur'an?

Terpanggil untuk menjawab mengenai tarekat atau tasawuf setelah beberapa pucuk e-
mail yang mengajak kepadanya diterima. Yang terbaru dikirim oleh seorang yang
menggelar dirinya kamal. Kandungan e-mail beliau adalah seperti berikut:

Mendalamilah dan mempelajari sesuatu kumpulan


sprt.TAREKAT,TABLIGH ATAU TASAUF.Barulah
memperkatakan buku Sheikh Abdul Kadir Jailani.
Contoh...
4 Orang minum air TEH,4 Orang akan memberitahu niikmat rasa
TEH.Rasanya berbeza-beza mengikut nikmat rasa yan dianugerah
oleh tuhan keatas seseorang.Tuhan tidak zalim.
Kita ambil contoh diatas tadi,sebagai cabang ilmu utk.mengenali
Tuhan (ALLAH)

Kerana tertarik dengan contoh hikmah pada air teh itu, maka sebagai sambutan,
diturunkan satu contoh yang lain pula. Contoh yang dimaksudkan juga berkaitan dengan
mengenali Tuhan. Namun, ia bukan sejenis minuman tetapi sesuatu yang dirasa jua.
Contoh itu ialah kulit manusia. Dan rasanya, gementar. Contoh diceduk daripada sebuah
ayat Allah, bermaksud:

"Allah menurunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, ....
dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara
mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka menjadi lembut pada
mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah," (39:23).
Sesetengah kulit manusia akan rasa gementar sementara yang lain tidak, bukan selepas
minum sesuatu jenis minuman tetapi apabila diingatkan dengan hadis yang paling baik
yang diturunkan Allah. Hadis yang dimaksudkan itu adalah ayat-ayat Kitab al-Qur'an.

Mengenali Tuhan

Mungkin ada yang menyangkal kerana perasaan takut kepada Tuhan adalah tidak sama
dengan mengenali Tuhan seperti dalam contoh yang pertama. Sebaliknya, penulis
berpendapat bahawa frasa mengenali Tuhan merangkumi perasaan takut kepada-Nya jua.
Kalau sudah kenal tentu akan takut kepada-Nya juga.

Sebenarnya, Allah tidak menyebut atau menyuruh, di dalam Kitab-Nya al-Qur'an, supaya
Dia dikenali. Tidak ada frasa mengenali Tuhan di dalam Kitab tersebut. Akan tetapi, Dia
ada menyuruh hamba-hamba-Nya supaya takut kepada-Nya, seperti bunyi sebuah firman,
"dan takutilah Allah agar kamu beruntung" (2:189).

Seperti yang dikatakan, perasaan takut akan timbul setelah mengenali-Nya. Iaitu takut
apabila diingatkan dengan "hadis yang paling baik" yang diturunkan kepada manusia.

Dengan itu, apa saja hadis yang didatangkan oleh manusia, sama ada daripada orang-
orang yang dianggap wali atau tidak, namun, mereka tidak sebaik apa yang diturunkan
Allah. Dan lagi, manusia diberitahu bahawa segala hadis yang selain daripada al-Qur'an
adalah tidak seharusnya dipercayai. (Sila rujuk ayat-ayat Allah 7:185, 45:6 dan 77:50.
Terima kasih.)

Lantas, bolehkah dikatakan bahawa hadis Syeikh tersebut lebih baik daripada hadis
Allah, lalu manusia disuruh untuk mencari jalan kepadanya melalui kitab-kitab tarekat,
tabligh dan tasawuf? Sungguh, suruhan itu tidak tepat kerana apa yang harus disuruh
ialah mengkaji Kitab Allah, terutamanya dalam bulan Puasa ini.

Satu contoh hadis Syeikh tasawuf itu telah dikirim (oleh seorang yang menamakan
dirinya dajjal!!). Kononnya terdapat sebuah koleksi tipu daya Iblis, di mana satu
daripadanya menceritakan Iblis telah berjumpa dengan Syeikh tersebut, seperti berikut:

koleksi tipu daya iblis ini saya sebarkan sebagai contoh tipudaya iblis
bacalah dengan menanam di hati ini semua hanyalah tipudaya. contoh
tipudaya syaitan ada banyak, sebagai misal kisah Syeikh Abd Qodir Al
Jilani kononnya pernah ditipu syaitan dengan kaedah diberi beberapa
keistimewaan kemudian diistiharkan ianya anugerah dari suatu suara.
kemudian suara itu mengaku tuhan. Beliau hampir terpedaya tetapi
menyedarinya itu adalah syaitan setelah terdapat percanggahan dengan
ilmu agama Islam. Percanggahan itu ialah suara tersebut menghalalkan
segala yg haram kerana memberinya taraf wali yang maksum tidak
berdosa. Sedangkan dalam ajaran Islam tiada siapa yg maksum selain para
nabi.
Koleksi tipu daya Iblis yang dimaksudkan itu didapati tidak seperti koleksi tipu daya Iblis
atau Syaitan di dalam al-Qur'an. (Sila rujuk artikel Syaitan di dalam al-Qur'an.) Peristiwa
Syeikh mendengar suara dan suara itu mengaku ia Tuhan adalah bukan pendekatan yang
dipakai oleh Iblis atau syaitan untuk menyesatkan manusia. Caranya lebih halus, seperti
yang telah dijelaskan Allah di dalam al-Qur'an, iaitu Kitab hadis yang terbaik sekali di
dunia. Tujuan utamanya membuat manusia tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, atau
petunjuk-Nya.

Tambahan lagi, kenyataan di atas yang berbunyi "dalam ajaran Islam tiada siapa yg
maksum selain para nabi" juga didapati berada di luar cahaya al-Qur'an. Kerana beberapa
orang Nabi Allah, termasuk Nabi Muhammad sendiri, didapati membuat kesilapan,
mengikut al-Qur'an. Maka apa yang dipercayakannya "dalam ajaran Islam" itu adalah
hanya suatu yang diada-adakan sahaja.

Mistik

Selanjutnya, cerita mengenai Syeikh tersebut daripada sebuah buku mengenainya,


didapati penuh mistik. Misalan, dia dikatakan telah naik ke mimbar tanpa dilihat orang
ramai untuk mengambil alih "khutbah" setelah disedarinya dari bawah bahawa kawannya
di mimbar berada dalam keadaan terdesak untuk ke sungai kecil. Atau, cerita dia
melemparkan capal yang terbang jauh untuk dikenakan ke atas orang jahat yang sedang
merompak di sebuah tempat lain yang jauh. (Sila betulkan penulis di sini kerana sudah
lama membaca kisah Syeikh tersebut.)

Syeikh itu dikatakan telah melakukan beberapa "mukjizat" (yang melebihi Nabi
Muhammad, dan maaf atas kegunaan kata mukjizat) dan cerita mukjizat-mukjizatnya
didatangkan supaya manusia percaya kepadanya, dan mistik yang berlegar
disekelilingnya adalah untuk menjadi bukti kepada kebenarannya.

Walhal, dalam agama Allah, bukti-bukti yang didatangkan kepada manusia untuk
membenarkan kebenaran-Nya adalah bersifat jelas dan nyata (2:99 dan 6:104).

Balik kepada soalan pokok iaitu mengenali Tuhan. Tidak ada satu ayat pun di dalam al-
Qur'an yang menyuruh manusia mengenali-Nya. Lalu, apa yang dikatakan jalan untuk
mengenali-Nya itu hanya rekaan sahaja. Atau, sesuatu yang diada-adakan, macam yang
disebut di dalam ayat berikut:

"Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan


daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-
indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara
kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah
mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)

Tentu sekali, kulit orang-orang yang takut kepada Allah akan rasa gementar apabila ayat
di atas dibacanya.
Mendekatkan diri dengan Allah

Apakah peranan Syeikh itu, yang dianggap sultan bagi semua wali Allah (sila betulkan
penulis di sini)? Adakah melaluinya seseorang dapat mendekatkan diri dengan Tuhan,
atau mengenali-Nya dengan sebenar? Sekiranya itu sebabnya, sila renungkan ayat
berikut:

"Dan orang-orang yang mengambil wali-wali selain daripada Dia - 'Kami


hanya menyembah mereka supaya mereka mendekatkan kami dalam
kedekatan dengan Allah' .... Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk
kepada pendusta, yang berdegil dalam ketidakpercayaan" (39:3).

Ayat itu melarang mengambil wali, selain daripada Allah, untuk mendekatkan diri
dengan-Nya. Dia menyifat perbuatan itu sebagai menyembah wali-wali tersebut. Sekali
lagi kulit orang-orang yang takut kepada Tuhan akan gementar apabila ayat tersebut
difahaminya.

Sehubungan itu, Allah telah pun mengajar cara-cara untuk mendekatkan diri dengan-Nya.
Dinyatakan-Nya tiga, seperti berikut:

1. Berjuang di jalan Allah (5:35)

Terutamanya, menyebarkan ayat-ayat-Nya. Sila rujuk


artikel Jalan Allah.

2. Menafkah (9:99)

Membelanjakan daripada apa yang Allah rezekikan, untuk


orang-orang miskin, misalnya. Sila rujuk Nafkah di jalan
Allah.

3. Percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan (34:37)

Percaya kepada ayat-ayat-Nya dan buat kerja-kerja baik.


Sila rujuk Syurga dan Orang Bertakwa. Terima kasih.

Oleh itu, mengambil wali daripada golongan manusia, atau yang selain daripada Allah,
adalah bukan ajaran Islam sebenar.

Atau, Syeikh yang dimuliakan itu seorang Rasul lalu dia harus ditaati? Seperti yang
sudah maklum, Allah hanya menyuruh mentaati-Nya dan Rasul-Nya. Dan Syeikh
tersebut bukanlah seorang Rasul. Mengapa pula dia harus ditaati?

Atau, adakah beliau menyuruh agar ayat-ayat Tuhan dipelajari dan ditaati? Malangnya,
daripada apa yang dikirim, suruhan itu tidak dibuat. Sebaliknya, disebut tasawuf, tarekat
(Syeikh), mengenali Allah, dan cerita-cerita palsu yang mengkhayalkan, yang tidak
diwahyukan Allah.

Takut kepada-Nya

Suruhan untuk mengenali Tuhan tidak disebut di dalam al-Qur'an. Akan tetapi, takut
kepada-Nya ada. Terdapat banyak ayat yang menyuruh agar Dia ditakuti, seperti dua
yang berikut:

"Wahai orang-orang yang percaya (atau beriman), takutilah Allah


sebagaimana Dia patut ditakuti," (3:102).

"maka kamu takutilah Aku, wahai orang-orang yang mempunyai minda."


(2:197)

Nabi turut disuruh takut kepada-Nya. Malaikat pun sama. Firman-Nya,

"Wahai Nabi, takutilah Allah, dan janganlah mentaati orang-orang yang


tidak percaya, dan orang-orang munafik." (33:1)

"Mereka (malaikat) takut kepada Pemelihara mereka yang di atas mereka,


dan mereka buat apa yang mereka diperintahkan." (16:50)

Takut kepada-Nya bererti buat apa yang diperintah-Nya. Perintah-Nya, atau dipanggil
Peringatan, didapati di dalam al-Qur'an. Firman-Nya,

"Kami tidak menurunkan al-Qur'an kepada kamu supaya kamu menjadi


sengsara, Tetapi hanya sebagai peringatan bagi orang yang takut." (20:2-3)

"Orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib,


dan ketakutan kerana Saat. Dan ini adalah satu Peringatan yang diberkati,
yang Kami menurunkan; maka adakah kamu sekarang menolaknya?"
(21:49-50)

"Kamu hanya memberi amaran kepada orang yang mengikuti Peringatan,


dan yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib;" (36:11).

Maka ayat-ayat al-Qur'an tetap menjadi jalan, atau tarekat, dalam Islam, walaupun ia
tidak berfaedah bagi orang-orang yang tidak mengamalkannya dan tidak takut kepada
Allah.

Pun begitu, manusia diingatkan supaya berada tegak di atas tarekat tersebut, dengan tidak
menyimpang atau berpaling daripada Peringatan, agar tidak dideritakan di akhirat nanti.
Ayat terakhir di sini tentu mampu menggerakkan kulit sesetengah daripada manusia
untuk menjadi gementar apabila dibaca, berbunyi:
"Sekiranya mereka tegak di atas jalan (tarekat), tentu Kami memberi
mereka minum daripada air yang melimpah," (72:16).

Justeru, apa yang dikatakan cabang untuk mengenali Tuhan, dengan contoh rasa air teh,
melalui tarekat tabligh, atau melalui tarekat seorang Syeikh tasawuf yang dimuliakan,
adalah bukan cara beramal yang dituntut dalam Islam agama Allah.

PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF

Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang
menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Justeru itu selalunya mereka
gagal dalam banayak perkara. Sebenarnya ini ini merupakan alasan semata-mata. Sebenarnya
manusia diperuntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya
atau tidak berjaya. Kita lihat tokoh-tokoh di dalam bidang masing-masing. Semuanya adalah
manusia biasa yang juga diperuntukkan masa yang sama dengan kita.

Keluhan-keluhan yang tidak membina itu sebenarnya adalah alasan untuk kita masih berada
pada tahap yang lama dan tidak bertindak. Oleh sebab itu alasan inilah yang menyebabkan kita
berada dikepompong tersebut dan sukar bagi kita meloloskan diri dari belenggunya. Di dalam
bab ini kita akan membincangkan bagaimanakah keadaannya untuk mengurus masa secara
berkualiti. Pengurusan masa yang akan dibincangkan nanti akan membawa kita supaya berfikir
tentang perkara-perkara yang selalunya kita anggap ianya adalah perkara remeh. Pengurusan
masa yang baik ialah apabila kita dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti
pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan dii sini adalah kita mesti melakukan jadual harian.
jadual itu termasuk:

1. Masa membaca buku atau mengulangkaji

2. Waktu bermain atau beriadah

3. Waktu menonton televisyen

4. Waktu menyelesaikan kerja sekolah

5. Waktu membantu ibu dan ayah

6. Waktu menziarahi rumah kawan

Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah
aktiviti atau perlakuan itu berlaku. Ianya perlukan disiplin yang jitu dari kita. Perkara ini bukan
peraka remeh. Untuk mendisiplinkan diri kita maka sewajarnya kita mencatat di atas kertas dan
ianya mesti dipatuhi.

Selalunya kita dengar keluhan di mana kita belajar 5 jam sehari tetapi merasa seolah-olah
kita tidak tidak mendapat apa-apa daripada pembelajaran tersebut. Berbeza kadang-kadang kita
mendengar ada individu yang hanya belajar 2-3 jam sehari tetapi mendapat keputusan tang
cemerlang. Perbezaan antara individu ini adalah hasil kualiti masa yang digunakan. Oleh sebab
itu seharusnya kita memberi perharian kepada kedua-dua perkara ini iaitu kuantiti masa dan
kualiti masa yang kita gunakan.

Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan prinsip asas pengurusan masa.
1. Mengubah tabiat lama yang negatif

Tabiat lama selalu juga disebut sebagai habit. Tabiat yang negatif mesti dibuang dari
ianya berada dalam diri. Jika selama ini kita merupakan seorang yang selalu menangguhkan
kerja maka kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Misalnya sebagai pelajar, tugas
yang diberi oleh guru perlu kita siapkan secepat mungkin. Selalunya kita menangguhkan tugasan
dan menyiapkan secara `minit terakhir' kadang-kadnag hingga larut malam, yang terlebih teruk
lagi apabila kita meniru kawan tanpa mendapat apa-apa pengajaran langsung. Maka tabiat
seumpama ini perlu diubah. Tabiat ini adalah tabiat negatif yang begitu dominan dalam diri
pelajar.

Oleh sebab itu kita mesti mengubah tabiat ini supaya kita lebih awal menyiapkan tugas-
tugas agar pada waktu yang lain kita dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada aktiviti
mentelaah pelajaran. Kita belajar semestinya lebih awal bukan melaksanakannya pada saat-saat
akhir.

Kita lihat kebanyakan orang mengatakan perasaan tertekan bila mendengar tentang
peperiksaan. Ini semua sebenarnya hasil daripada tidak membuat persediaan pada peringkat
awal. Kadang-kadang ini memberi kesan yanga lebih teruk jika kita merasa bahawa kita sudah
tuada masa untuk memberi tumpuan pada pelajaran. Tabiat ini perlu diatasi untuk berjaya.

Tabiat yang baik ialah apabila kita sentiasa melaksanakan tugas-tugas sekolah, mengulangkaji
pelajaran dan bertindak pada saat yang awal. Elakkan dari melakukan perkara-perkara yang
tidak baik dan melakukan pada "minit terkahir".

2. Komunikasi

Komunikasi adalah faktor yang amat penting dalam pengurusan masa. Komunikasi juga
memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan dan
terbaik.

Kita sering membazirkan masa kita, kerana kita sering berkomunikasi dengan cara yang tidak
baik. Sebagai contoh: Semasa guru tiada di dalam kelas, kita sering berbual-bual kosong dengan
kawan-kawan tentang hiburan, dan perkara-perkara yang sia-sia yang mana ianya tiada kaitan
langsung dengan pelajaran. Semasa ketiadaan guru juga kita sering bercerita tentang hal orang
lain yang tidak memberi faedah dalam pelajaran. Ini sebenarnya satu pembaziran masa yang
amat ketara dan begitu merugikan. Ramai pelajar tidak mengetahui dan menganggap ini satu
perkara yang ringan. Jika diterliti kita banyak membuang masa di dalam sehari tanpa mengaitkan
perkara yang kita bualkan itu dengan pelajaran. Kita sepatutunya melakukan tugas-tugas pada
masa terluang agar bila pulang ke rumah dapat kita membuat kerja-kerja yang lain atau
mengulangkaji pelajaran. Ini sebenarnya tidak memberi tekanan dan bebanan di rumah nanti.

Ramai antara kita mengatakan masa tidak cukup.Sesungguhnya masa mengcukupi tetapi cara
kita menguruskan masa yang menyebabkan kita rasa masa tidak mencukupi. Sebagai contoh
lagi, semasa berada di dalam bas atau tempat menunggu bas kita sering marasa bosan. Kerana
apa? kerana 30 minit misalnya adalah begitu lama untuk kita sampai ke rumah atau ke tempat
yang dituju.Sepatutnya semasa di dalam bas atau tempat menunggu bas, kita menggunakan
peluang ini untuk kita mengingat fakta atau apa yang diajar oleh guru. Pada masa ini juga kita
boleh membaca nota-nota kecil agar masa di dalam bas dan sebagainya digunakan dengan
berkesan dan terbaik.

Darii segi komunikasi perkara yang penting juga adalah atentang perasaan malu. Ramai
dikalangan kita yang bijak berkomunikasi dengan akawan-kawan tentang hal-hal yang tidak
berlaitan dengan hal pelajaran. Namun kelemahan komunikasi kita adalah kerana jarang sekali
kita menggunakan kelebihan komunukasi ini untuk bertanya kepada guru-guru atau rakan
tentang topik yang tidak diketahui. Kenapa ini berlaku? Sebenarnya terdapat dua perkara yang
berlaku iaitu wujudnya komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal (komunikasi dalam
diri).

Sebagai contoh apabila kita ingin bertanya guru, sebenarnya ini adalah satu perkara yang baik.
masalah yang wujud adalah apabila komunikasi intrapersonal negatif. Komunikasi intrapersonal
hadir dalam diri. Komunikasi intrapersonal seolah-olah mengatakan bahawa soalan ini soalan
bodoh. Jika kita bertanya, mungkin kawan-kawan menganggap kita pelajar lemah. Mungkin juga
menyebabkan orang lain memandang serong kepada kita. Ini yang membuatkan halangan dalam
membantu kita bermotivasi untuk belajar. Maka penggunaan komunikasi intrapersonal yang
negatif ini perlu dilawan dan ditentang.

Oleh itu gunakan komunikasi interpersonal (bertanya guru) dengan sebaik mungkin. Dengan
membuangkan komunikasi intrapersonal yang negatif itu maka akan wujudlah keyakinan dalam
diri.

3. Penumpuan

Selalunya kita akan merasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan
pelajaran. Apabila guru dan rakan-rakan bercakap tentang pelajaran kita sememangnya jarang
memberi tumpuan.Tetapi apabila kawan-kawan menceritakan tentang perkara yang kita minati
seperti hiburan dan sebagainya, semuanya itu kita dapat berikan tumpuan walaupun kita dalam
keletihan.Oleh sebab itu ubah suasana supaya kita dapat memberikan konsentrasi pada
pelajaran. Jika guru sedang memberikan pengajaran, berikan tumpuan. Gangguan yang lain
perlu dielakkan.

4. Rehat

Manusia perlu rehat di dalam setiap perkara. Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan
dengan tidur. Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup.

Kita sering mrenganggap bahawa tidur yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan.
Dalam hal ini terdapat banyak definasi tentang berapa jumlah masa untuk tidur yang baik dalam
setiap hari. Sebenarnya apabila kita berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur
juga memerlukan kualiti. Maksudnya kita tidur atau berehat adalah apabila kita bebar-benar
terasa bahawa kita perlu tidur. Kadang-kadang kita lihat ramai orang mengatakan bahawa
mereka perlu tidur pada petang selama 3 jam dan waktu malam selama 8 jam. Ini adalah kaedah
yang tidak begitu baik. Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan berkesan.

Sebagai contoh; kita perlu berehat selama 15 minit pada waktu tengahari bertujuan menyegarkan
kembali daripada keletihan. Setelah itu kita akan lebih bertenaga dan segar. Pada malamnya
pula kita tidur umpamanya pada 11.30 malam dan bangun pada awal pagi dan setelah kita
menunaikan solat subuh, maka kita mempunyai masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk
membaca buku-buku pelajaran. Kadang-kadang kebiasaannya pada waktu senggang seumpama
ini (selesai solat subuh) sebelum bersiap-siap pada waktu pagi selalunya kita tidak menggunakan
waktu ini untuk belajar, tapi kita melakukan perkara yang sia-sia. Ramai pakar mengatakan
bahawa belajar waktu pagi baik untuk mentelaah pelajaran mengingat. Pengurusan waktu rehat
dengan tidur adalah penting untuk kita belajar dengan lebih berkesan.

Jelaslah kepada kita sekarang bahawa prinsip asas kepada pengurusan masa perlu diketahui
oleh kita. Dengan yang demikian maka kita akan lebih bijak untuk mendisiplinkan diri dan
membuat jadual waktu untuk aktiviti Pembelajaran.
Berdasarkan kepada perbincangan tadi maka dapat disimpulkan di sini bahawa pengurusan
masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa dicapai dengan adanya
prinsip asas bagi kita menguruskan masa. Justeru itu aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan dan penuh bermakna.

Mengapa Mengantuk Apabila Belajar?


Ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang tak sampai 10 minit
berada depan buku mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar
itu sendiri. Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika
belajar dan bagaimana cara untuk mengatasinya.

Tidak cukup tidur. Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar
disekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1.00 pagi.
Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal. Ada yang tidur lewat kerana
menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti
yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan ber-IRC (chit chat) di internet sehingga pagi.

Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup
anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia. Kalau anda
tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini. Ingat
pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang 'study smart' bukan semata-mata 'study hard'.

Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda
mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari. Pastikan anda tidak tidur
lebih dari tempoh waktu ini.

Makan terlalu banyak. Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan maka
perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak
oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu
dalam kelas dan ketika mengulangkaji.

Badan terlalu letih. Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan
aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar
anda. Ada ketikanya andabersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola diwaktu
petang secara berlebih-lebihan. Berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini
memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.

Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki
matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya
bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit sehari adalah mencukupi.

Ada pula sesetengak pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang berlebih-lebihan.
Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk
mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Terlibat secara ala kadar. Pilih aktiviti yang
paling anda minati. Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan SPM
anda kecundang. Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati sekolah tapi akhirnya
bekerja hanya sebagai budak kilang.

Oleh itu pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan
ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan anda tetap segar dan tidak
mengantuk dimalamnya.
Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar. Sebelum saya pergi
lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih
dahulu? Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud
disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang
sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.

Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia
tak minat sejarah? Tidakkk! Oleh itu minat timbulnya apabila anda lihat dalam diri anda ada
potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula
menguasai sesuatu mata pelajaran.

Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri. Anda pelu
mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang
dipelajari.

Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku


pelajaran:

• Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca.


Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca.
Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu.

Perhatikan perkara-perkara yang berikut:

o Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain.
o Rajah-rajah.
o Jadual.
o Carta.
o Peta.

• Baca perenggan bahagian pendahuluannya.

• Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya.

• Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara
terperinci.

Membaca hanya satu hala. Ramai pelajar yang membaca dan mengharapkan 'input' semata-
mata. Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari buku ke dalam
minda. Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup menjemu dan membosankan.
Anda perlu berinteraksi secara interaktif antara anda dan buku yang dibaca. Untuk menjadikan
proses membaca lebih bersifat dua hala anda perlu lakukan perkara yang berikut:

• Dapatkan 10 - 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca sebelum anda membaca
teksnya. Fahami kehendak soalan ini. Apabila anda membaca kelak anda pasti
menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat anda.

• Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila?
Dimana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan anda sentiasa mencari
maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk anda.
• Selepas satu perenggan atau satu muka surat.... berhenti sejenak. Tanyakan diri anda
sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi. Cuba lakar-lakarkan pada
sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting yang anda ketahui. CUba ceritakan semula
pada diri anda apa yang telah anda baca. Ceritakan dalam suara yang boleh didengar
oleh telinga anda sendiri. Dengan cara ini anda menggunakan bahagian otak yang lain
untuk memproses maklumat.

Buat nota ringkas. Jangan sekadar membaca sahaja. Cuba kenal pasti kata kunci (lihat artikel
terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam bentuk nota ringkas. Dengan
melibatkan lebih banyak deria dalam satu-satu proses membaca membuatkan anda rasa
seronok. Dengan membuat nota ringkas anda sebenarnya menggunakan bahagian kinestatik diri
anda. Kalau sekadar membaca sahaja tanpa sebarang penghasilan nota anda cuma gunakan
bahagian visual dan auditori semata-mata. Penglibatan bahagian kinestatik penting kerana ia
mengukuhkan lagi ingatan anda terhadap apa yang anda pelajari.

You might also like