You are on page 1of 14

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan Kemahiran Penggunanan Imbuhan Yang Betul Di Kalangan Murid-murid Tahun 4

Oleh: Pn. Teh Siew Khim SJK (C) Lian Hwa, Muar, Kg. Teratai, 85200 Pos Jementah, Muar
2009

Isi Kandungan
Penghargaan Abstrak 1.0 Refleksi P & P yang lalu 2.0 Isu keperihatinan 3.0 Objektif kajian 3.1 Objektif Am 3.2 Objektif Khusus 4.0 Kumpulan Sasaran 5.0 Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan yang dijalankan 5.4 Pelaksanaan Tindakan and Perhatian
5.4.1 5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 1 Pelaksanaan Aktiviti 2

5.5 Refleksi Kajian 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya Bibliografi Lampiran

Penghargaan Penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Kemanterian Pendidikan Johor dan Pelajaran

Daerah Muar kerana menganjurkan Kajian Tindakan di peringkat Sekolah dan daerah. Kerjasama daripada semua anggota sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung juga sangat bermakna dan dihargai, kepada Guru Besar SJK ( C ) Lian Hwa, PN.Wan Soo Gay , Penasihat kajian tindakan En. Wang Keng Mui dan semua guru Bahasa Melayu serta murid-murid yang terlibat. Semoga kajian tindakan ini akan memberi manfaat kepada semua guru dan murid-murid. Akhir kata Selamat Maju Jaya dan Cintailah bahasa Kebangsaan Kita.

Proposal Kajian Tindakan


SJK ( C ) Lian Hwa, Muar, Kg. Teratai, 85200 Pos Jementah, Johor. Teh Siew Khim

Meningkatkan kemahiran penggunaan Imbuhan yang betul di kalangan murid-murid tahun 4 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Sewaktu saya menanda karangan pelajar tahun 4. Saya rasa sungguh terkejut kerana didapati ramai di kalangan mereka silap menggunakan imbuhan. Ada sebahagian murid langsung tidak tahu menggunakan imbuhan. Mereka masih tidak dapat menguasai penggunaan imbuhan yang betul walaupun telah berkali-kali diajar dan diulang dalam pengajaran dan pembelajaran. Apabila saya tanyakan kepada para pelajar tentang masalah mereka, jawapan yang diberikan oleh mereka mudah sahaja iaitu tidak tahu dan tidak pasti serta lupa . Apabila disoal selidik, saya mendapati ramai di kalangan murid-murid tidak membuat ulang kaji dan latihan sendiri selepas P & P di sekolah. Justeru itu, mereka tidak dapat menguasai penggunaan imbuhan dengan tepat. Selain itu, ada guru menyatakan bahawa ramai pelajar hari ini malas membaca dan suka disuapkan apa-apa sahaja yang diperlukan untuk membolehkan mereka cemerlang apabila menjawab soalan. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini ? Saya telah berusaha mempelgabaikan kaedah P&P, namun masih ramai pelajar kurang cekap menggunakan imbuhan. Saya berpendapat kelemahan penguasaan imbuhan di kalangan mereka disebabkan kekurangan penjelasan serta tumpuan terhadap penggunaan imbuhan yang berbeza yang saya berikan sama ada semasa proses P&P atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada pengabaian guru termasuk saya. Sekirannya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti ramai pelajar tidak dapat menjawab, membina ayat and mangarang dengan baik. Ini akan menyebabkan kemerosotan pencapaian BM kertas 1 dan 2 di sekolah saya.

Fokus Kajian Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan imbuhan
4

Pelajar

saya

mempunyai

penggunaan imbuhan yang sangat terhad. Mereka hanya mampu menggunakan beberapa imbuhan yang biasa ditemui mereka semasa di kelas sahaja. Mereka melakukan banyak kesilapan penggunaan imbuhan apabila menulis ayat. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah : - kesilapan penggunaan imbuhan dalam ayat - Tidak menggunakan imbuhan
-

Salah taksir makna perkataan apabila berimbuhan .

Dengan membantu pelajar menggunakan imbuhan yang betul saya yakin pelajar dapat membina ayat yang betul, tepat, jelas dan gramartis serta membolehkan mereka menulis karangan dengan lebih baik. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam kertas Bahasa Melayu ( UPSR). Keaadaan ini juga pasti akan meningkatkan nilai GNP sekolah saya.

Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai objektif berikut:

I. Objektif Umum

Meningkatkan nilai GNP sekolah dengan peningkatan peratus kelulusan Bahasa Melayu

II. Objektif Khusus


Meningkatkan bilangan penggunaan imbuhan semasa membina ayat dan mengarang Meningkatkan keupayaan mengaplikasi perkataan selepas ditambah sesuatu imbuhan Membantu pelajar meguasai kemahiran belajar dengan merujuk kamus bagi meningkatkan penggunaan imbuhan yang berbeza Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang cemerlang bagi Bahasa Melayu dalam penulisan karangan.

Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 12 orang pelajar tahun 4 yang terdiri daripada 5 pelajar lelaki dan 7pelajar perempuan.

Tindakan yang dicadangkan


I ) Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjuaan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami

dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut. Ujian khas membina ayat berasaskan perkataan yang diberi bagi menganalisis kelemahan penguasaan penggunaan imbuhan. Latihan membina ayat mengarang bagi mengesan kesilapan penggunaan imbuhan dalam ayat/ karangan Ujian lisan berasaskan sekolah bagi mengesan penguasaan penggunaan imbuhan.

II )Analisis Tinjauan Khas


Ramai di kalangan murid-murid amat lemah dalam kemahiran penggunaan imbuhan Antara masalah yang dihadapi ialah: a) Tidak tahu maksud perkataan tersebut setelah ditambah sesuatu imbuhan. 3 orang = 23 % b) Menyalahguna imbuhan ( tidak tepat pada masa & tempat ) 3 orang = 23% c) Keraguan terhadap imbuhan yang patut digunakan dalam sesuatu ayat. 3 orang = 23% d) Tidak tahu langsung tentang kemahiran penggunaan imbuhan. 2 orang = 15% e) Tidak dapat menggunakan imbuhan dalam pembinaan ayat. 1 orang = 8% - Bimbingan guru dan latihan tubi yang berterusan perlu diadakan untuk mengatasi masalah-masalah di atas.

III) Program Sehari Selembar Benang


Cara pelaksanaan: a) Guru mengumumkan sepatah perkataan sehari dalam perhimpunan pagi. b) Pelajar mencatat dalam buku catatan khas c) Guru menampal perkataan pada papan kenyataan 7

d) Guru meminta pelajar mencari makna perkataan tersebut setelah ditambah dengan imbuhan yang berbeza-beza. e) Pelajar mengaplikasi penggunaan imbuhan yang berbeza dalam perkataan tersebut dengan membina ayat. f) Guru menyemak dan menganalisis ayat pelajar.

IV) Program 100-4 ( 100 perkataan dalam tempoh 4 minggu )


Cara pelaksanaan: a) Guru meminta pelajar mencatat perkataan sukar yang berimbuhan daripada teks yang dibaca serta mencatat perkataan tersebut dalam buku catatan. b) Pelajar merujuk kamus untuk mengetahui maksud dan mencatatkannya dalam buku catatan. c) Pelajar membina ayat berasaskan perkataan yang telah diberi maksudnya. d) Selepas 4 minggu, guru mengabungkan semua perkataan yang dikumpul oleh pelajar serta mencetakkannya untuk diedarkan kepada semua pelajar. e) Guru menguji pengetahuan and ingatan pelajar dengan mengadakan ujian khas. Aktiviti-aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal.

Jadual Pelaksanaan Kajian Tarikh Pelaksanaan


24-JAN-09

Bil
1

Aktiviti
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan

Catatan

2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

data awal Menulis proposal kajian Merancang tindakan ( individu/panitia) Melaksanakan tindakan aktiviti 1 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 ( dalam panitia) Melaksanakan tindakan aktiviti 2 Melaksanakan tindakan aktiviti 2 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 ( dalam panitia) Melaksanakan tindakan aktiviti 3 Membincangkam masalah yang timbul dalam tindakan 3 ( dalam panitia) Ujian untuk mengesan pencapaian murid Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian

25-JAN-09 26-Apr-09 27-JAN09 30-JAN-09 3-FEB-09 4-FEB-09 6-FEB-09 9-FEB-09 12-FEB-09 13-FEB-09 15-MAR-09 16-MAR-09 18-MAR-09

Kos Kajian
Bil 1 2 3 4 5 6 Jenis Bahan kertas A4 Printer Cartridge Kamus Dewan Potostat Bahan dan laporan kajian White Board ( 3' X 2" ) Buku Catatan guru Kuantiti X harga seunit 2 X RM 8.00 1 X RM 65.00 1 X RM 45.00 Jumlah Kos RM 16.00 RM 65.00 RM 45.00 RM 35.00 RM 45.00 RM 2.00 RM 208.00

1 X RM 45.00 1 X RM 2.00 Jumlah


9

Cadangan Kajian seterusnya


1. Menggalakan murid-murid membawa kamus Bahasa Melayu setiap hari. 2. Merujuk Kamus setiap kali menemui perkataan berimbuhan yang tidak difahami, kemudian bina ayat daripada perkataan tersebut tanpa diarahkan oleh guru. 3. Guru menyemak buku catatan khas tersebut sekurang-kurangnya seminggu sekali. 4. Pertandingan boleh dijalankan untuk meningkatkan ingatan pelajar terhadap perkataan berimbuhan yang telah dicatat. 5. Murid-murid dari tahap I juga digalakkan selalu merujuk kamus untuk meningkat kemahiran pengunaan imbuhan. 6. Di samping itu, murid-murid tahap 1 harus juga mencatatkan perkataan berimbuhan dalam buku catatan khas, termasuk cara pengunaan perkataan tersebut ( iaitu contoh ayat) .

Refleksi Kajian
Kedua-dua aktiviti amat berkesan untuk murid tahap II terutamanya muridmurid yang lemah dalam kemahiran pnggunaan imbuhan. Program ini patut dijalankan dari masa ke masa untuk meningkatkan kemahiran penggunaan imbuhan. Bimbingan guru amat penting dalam menjayakan program-program ini. Sudut PAK juga boleh diadakan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan imbuhan.

Bibliografi
Dr. Tenku Iskandar, Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991 10

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Bahasa Melayu Tahun 3 & 5, Kuo Liang Sdn Bhd, 1998 Zaiton Nordin Sri Latihan Topikal Bahasa Melayu, Pan Earth Sdn Bhd 1996 Zul Azmi Saad Y.J.Bong, Tatabahasa Pintar, Inti Cemerlang Sdn Bhd, 1999

Lampiran
Lampiran A

Program Sehari Selembar Benang Arahan: Cari Maksud setiap perkataan kemudian bina ayat 1. Sepak Maksud: _____________________________________________________ Ayat Disepak Maksud: _____________________________________________________ Ayat : _____________________________________________________ : _____________________________________________________

11

Menyepakkan Maksud: _____________________________________________________ Ayat : _____________________________________________________

Menyepak Maksud: _____________________________________________________ Ayat : _____________________________________________________

Bersepak Maksud: _____________________________________________________ Ayat : _____________________________________________________

Sepakan Maksud: _____________________________________________________ Ayat Sepak Maksud: _____________________________________________________ Ayat 2. Atur Maksud: _____________________________________________________ Ayat Teratur Maksud: _____________________________________________________ Ayat : _____________________________________________________ : _____________________________________________________ : _____________________________________________________ : _____________________________________________________

Mengatur Maksud: _____________________________________________________ Ayat : _____________________________________________________

12

Beratur Maksud: _____________________________________________________ Ayat : _____________________________________________________

Peraturan Maksud: _____________________________________________________ Ayat Aturan Maksud: _____________________________________________________ Ayat Diatur Maksud: _____________________________________________________ Ayat : _____________________________________________________ : _____________________________________________________ : _____________________________________________________

Program 100- 4
13

( 100 perkataan

dalam tempoh 4 minggu )

14

You might also like