You are on page 1of 20

TAJUK: MAKLUMAT TENTANG TUN DR.

MAHATHIR BIN MOHAMED

Latar Belakang

TUN DATO' SERI DR MAHATHIR BIN MOHAMMAD DK(Joh) DK(Perlis) DK(Kel) DK(Ked) DK(Sel) DKNS DUK SMN SSAP SPCM SSMT SPNS SPMJ SPMS DSBS DUNM DUPN SPDK DP DSDK PIS
Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Pendidikan
Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Gambar lama Tun Dr Mahathir Mohamad (duduk di kanan) dan rakan sekelas Kolej Sultan Abdul Hamid pada 1940. Dari kiri: Azizi Husin, Syed Ahmad Shahabudin and Mashahor Mohamad (Abang Tun Mahathirs). Duduk di kiri ialah Osman Bakar yang menyumbang gambar ini.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan kelulusan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya, Singapura. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkahwinan

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956.

Anak-anak beliau ialah : 1. Marina Mahathir (kini Datin Paduka Marina), 2. Mirzan Mahathir, 3. Melinda Mahathir, 4. Mokhzani Mahathir (kini Datuk Mohzani),

5. Mukhriz Mahathir( kini Datuk Mukriz), 6. Maizura, 7. Mazhar

Kerjaya

Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat. Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.

Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang teguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah

dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society.

Penglibatan Politik

Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat dalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.

Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya Council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau memberi peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusatpusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Kementerian Pendidikan.

Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau. Pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan

parti Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" atas perjuangannya yang tidak mengenal lelah untuk memartabatkan Malaysia ke arah Wawasan 2020 dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 iaitu selama 22 tahun.

Pencapaian dan Sumbangan

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satusatunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan nilai matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang

saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebanan kewangan kerajaan diantaranya Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Telekom telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat seperti penubuhan industri otomotif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Usaha beliau ke arah meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB. Masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal. Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.

Dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan 888perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi. Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya Multimedia [Multimedia Super Corridor (MSC)]. Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa pentadbiran beliau antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One dan Menara Berkembar Petronas(KLCC). Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia.

Anugerah

TAHUN 2008 2006 2006 2005 2004

NAMA ANUGERAH Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) Certificate of Execellent Dari Multimedia University Anugerah Minda Agung Dari Malaysian Invention & Design Society (MINDS) Grand Fellow Dari Institut Kelautan Malaysia (IKMAL) Grand Fellow Dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) Honorary Doctor of Philosophy in Development Studies Dari University Malaysia Sarawak Wira Perdana Negara Dari Persatuan Kebajikan Keluarga Bekas Polis dan Tentera (POLTERA) WP dan Selangor

STATE Wilayah Persekutuan Malaysia Malaysia IKMAL (Malaysia) DPMMKL (Kuala Lumpur) UNIMAS POLTERA (WP& Selangor)

2004 2004

2004 2004 2004

FIABCI Award of Distinction 2004 for Nation Building Honorary Doctor of Philosophy in Economics Dari University Malaysia Sabah

Malaysia UMS, Sabah

Honorary Doctor of Philosophy in Leadership and HumanityUPSI, Perak Development Dari University Pendidikan Sultan Idris, Perak Honorary Doctor of Philosophy in Science Dari University Sains Malaysia, Penang Honorary Doctor of Philosophy in Knowledge Science Dari Multimedia University, Cyberjaya Honorary Doctor of Philosophy in Science Dari University Putra Malaysia, Serdang, Selangor Honorary Doctor of Philosophy in Management of Development Dari University Utara Malaysia, Sintok, Perlis Honorary Doctor of Philosophy in Law Dari University Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Institute of Engineers Distinguished Honorary Fellow Dari Institute of Engineers Malaysia USM, Penang MMU UPM UUM

2004 2004 2004 2004

2004 2004 2004

UKM IEM

Honorary Doctor of Philosophy in Government and Political UiTM Science Dari University Teknologi MARA (UITM), Shah Alam, Selangor Honorary Doctor of Philosophy in Engineering and Technology Dari University Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak Sports Personality Award 2003 Dari National Sports Award 2003 Doctor of Islamic Thought Honorary Degree Dari University Malaya, Kuala Lumpur Honorary Degree of Doctor of Letters Dari International Islamic University of Malaysia Honorary Fellow Dari Acedamy of Science of Malaysia Kuala Lumpur The Father of Modern Malaysia Dari Malaysian Government Honorary Doctorate of Management and Engineering Dari University Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor S.M.N Seri Maharaja Mangku Negara D.K UTP

2004

2004 2004 2004 2003 2003 2003 2003 2003

Malaysia UM IIUM Kuala Lumpur Malaysia UTM Malaysia Selangor

Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Selangor 2003 2003 2003 2002 1997 1997 1996 1996 1995 1994 1992 1991 1989 1988 1985 1985 1982 1982 1982 1981 1981 1981 The Father of National Unity Award Dari Parti Bersatu Sabah D.S.B.S. Darjah Satria Bintang Sarawak D.K. The Most Honourable Order Of The Royal Family Of Kedah D.K. The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of Kelantan Tuanku Syed Putra Of Perlis Royal Outstanding Award S.S.A.P. Knight Commander Of The Sultan Ahmad Shah Fellowship of The International College of Surgeons Anugerah Cemerlang D.K. The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of Tuanku Syed Putra Wira Keadilan Melaka Historical Citys Honorary Citizen Award Wira Nusa Raya D.K.(I) The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of Johor D.U.K. Kedah Order Of Merit FAR, Father of Modern Development By the Pasir Salak UMNO Division P.I.S Sultan Ibrahim Medal I D.U.N.M Knight Grand Commander Of The Most Honourable Order Of Melaka S.S.M.T Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu D.K.N.S The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of Negeri Sembilan D.U.P.N Knight Grand Commander Of The Most Honourable Order Of Pulau Pinang Sabah Sarawak, Malaysia Kedah, Malaysia Kelantan, Malaysia Perlis, Malaysia Pahang, Malaysia Malaysia Perlis, Malaysia Perlis, Malaysia Pasir Mas Foundation Melaka UMNO, Sabah Johor, Malaysia Kedah, Malaysia Pasir Salak Johor, Malaysia Melaka, Malaysia Terengganu Negeri Sembilan, Malaysia Pulau Pinang, Malaysia

S.P.N.S Knight Commander Of The Most Honourable Order Of Negeri Sembilan, Negeri Sembilan Malaysia S.P.D.K Sabah, Malaysia

Seri Panglima Darjah Kinabalu 1981 1980 1979 1978 1977 1977 1976 1965 S.P.C.M Seri Paduka Cura Si Manja Kini D.P.Sarawak Dato Patinggi Bintang Kenyalang S.P.M.J. Dato Seri Paduka Mahkota Johor S.P.M.S. Seri Paduka Mahkota Selangor D.S.D.K. Seri Setia DiRaja Kedah, Kedah SSAP The Second Tun(Dr) Ismail Oration Academy of Medical Pingat Perak Perak, Malaysia Sarawak, Malaysia Johor, Malaysia Selangor, Malaysia Kedah, Malaysia Pahang, Malaysia Malaysia Perak, Malaysia

Anugerah Antarabangsa

TAHUN NAMA ANUGERAH 2007 2007 2006 2005 2005 2005 2005 2005 2005 2005 Honorary Membership Dari IIUM Alumni Chapter of Bosnia and Herzegovina

NEGARA Bosnia and Herzegovina

Honorary Doctorate Dari Universitas Syiah Kuala Darussalam, Banda Indonesia Aceh Mother Teresa Award Gaddafi International Prize for Human Rights Huesped de Honor Dari Alcalde de Medellin Orden Del Congress Grado Orden De La Democracia Simon Bolivar En El Grado de Gran Cruz Extraordinaria Con Placa de Oro Diplome-Pocasnog Clana Nastavnickog Vijeca Skole Honorary Citizen of the Municipality of Travnik Dari the Municipal Council Travnik India Libya Republic of Colombia Republic of Colombia Republic of Colombia Sarajevo Travnik

The Linus Pauling Award Dari the International League of Humanists Bosnia for Peace and Tolerance Herzegovina

Kronologi Tun Dr. Mahathir

1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember. 1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union. 1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan. 1953: Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan King Edward (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura; 1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Star, Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis. 1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik di Alor Setar. 1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi. 1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO. 1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi. 1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina" apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi dalam pilihanraya; o Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman; o Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September. 1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak. 1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac; o Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA). 1973: Dilantik sebagai senator.

1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional; o Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding; o Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September. 1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas memenangi dengan majoriti sebanyak 47 undi. 1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac. 1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada 15 September; o Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981); 1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan; o Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping memegang jawatan Perdana Menteri; o Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi pemulauan barang UK ("Buy British Last"); o Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk menyeleraskannya dengan Malaysia Timur; o Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum; o Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma) o Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah pertaniankepada rakyat Malaysia. 1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan, supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-masing; o Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional. 1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 27 Februari; o Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia; o Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang jawatan Perdana Menteri; o Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan rasmi Chaim Herzog, Presiden negara Israel. 1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April; o Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia. 1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Salleh Abas kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh Makhamah Tinggi); 1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri. 1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;

o Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas peristiwa Douglas Gomez; o Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC. 1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi Krisis Kewangan Asia 1997. 1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan dalam UMNO pada 2 September; o Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat dan penyalahgunaan kuasanya; Anwar dihadapkan ke mahkamah pada 2 November; o Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di Persidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia. o Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri; o Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion; o Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia; o Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME. 1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997; o Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia. 2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri. 2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003; o Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan. 2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama perkhidmatannya; o Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. 2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk Seri Utama".

Rujukan :

___,(1975). Dr. Mahathir Mohamad : a brief biography. Kuala Lumpur : Jabatan Penerangan Malaysia. ___,(2004). Biografi Dr. Mahathir. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia. http://www.ipdm.uum.edu.my/Tun/BiodataTun.htm Sumber: : Buku Majlis Konvokesyen Khas Sempena Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan) Kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kerja Sosial) kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali. http://tirmidzi.diaryland.com/balaiwaris.html http://sejarahmalaysia.pnm.my/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad Dr. Mahathir masuk semula ke ICU, Utusan Online. Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta, Bernama. Dicapai 19 Mei 2007 [1], Malaysian Insider, 19 Mei 2008 Musa: 'Duri dalam daging sudahpun terkeluar', Malaysiakini, 19 Mei 2008 Nur Jazlan, The Umno curse strikes, again, Malaysian Insider, 19 Mei 2008 http://dr-chedet.blogspot.com/, Blog lama.

Victor A. Pogadaev. 20 Tahun Yang Mengubah Wajah Malaysia. Berita Harian, 13. 3. 2002

You might also like