You are on page 1of 33

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2011

AMALI SAINS HBSC 3303 TEACHING SCIENCE FOR LOWER SECONDARY I / PENGAJARAN SAINS UNTUK MENENGAH RENDAH I

PENYELIA AMALI

PUAN HJH ROHANA BTE HUSSIN

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

NORIZAM BIN RAHMAT 770622016463002 770622-01-6463 0197696050 nirnjar@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN OUM IPTHO BATU PAHAT

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

ISI KANDUNGAN LAPORAN EKSPERIMEN AMALI Muka Surat 2

Bil 1

Eksperimen 1

Tajuk Untuk mengenalpasti bahagian-bahagian mikroskop dan fungsinya serta mempelajari cara yang betul untuk mengendalikan mikroskop

Untuk mengkaji persamaan dan perbezaan antara sel tumbuhan dan sel haiwan menggunakan mikroskop

Untuk menyiasat struktur tipikal bunga dan organ pembiakan jantan dan betina yang diperlukan untuk pembiakan seksual dalam tumbuhan berbunga.

Untuk membanding dan membezakan pembiakan seks dan aseks haiwan.

15

Memahami peranan neuron deria, antara neuron dan neuron motor

19

6 7

8 9

Mengira kadar denyutan nadi 1. Untuk mengkaji perbezaan di antara unsure dan sebatian 2. Untuk mengkaji perbezaan di antara sebatian dan campuran. 3. Untuk mengkaji perbezaan antara perubahan kimia dan fizikal.

21 24

8 9

10 11

Untuk menyiasat tindak balas oksigen dengan unsur-unsur lain Untuk menguji sama ada ketumpatan air yang berbeza berkaitan dengan ciri bagi air tersebut.

26 29

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EKSPERIMEN 1 Tujuan : Untuk mengenalpasti bahagian-bahagian mikroskop dan fungsinya serta mempelajari cara yang betul untuk mengendalikan mikroskop.

Bahan dan Radas

: Mikroskop, Slaid Kaca, Kertas Bercetak dan Gunting

Langkah Eksperimen: Persediaan Sebelum Menggunakan Mikroskop 1. Letakkan mikroskop di tempat yang terang. 2. Laraskan kanta objektif berkuasa rendah hingga berada di atas lubang pada pentas. 3. Lihat melalui kanta dan laraskan cermin supaya paparan menjadi terang. 4. Letakkan slaid di atas pentas dan kukuhkan kedudukan slaid dengan klip.

Cara Menggunakan Mikroskop 1. Lihat slaid melalui kanta mata. 2. Putarkan tombol fokus kasar untuk menggerakkan kanta berkuasa rendah ke bawah sehingga kanta berada hampir pada slaid. 3. Lihat ke dalam kanta mata dan putarkan tombol fokus kasar untuk menggerakkan kanta objek ke atas sehingga spesimen pada slaid boleh dilihat dengan jelas. 4. Jika perlu, tukar kepada kanta berkuasa tinggi. 5. Laraskan tombol fokus jitu sehingga imej menjadi jelas.

Keputusan dan Perbincangan Mikroskop dan Fungsinya

1. Mikroskop adalah satu alat yang digunakan untuk memeriksa spesimen yang sangat kecil seperti sel dan mikkroorganisma. 2. Terdapat beberapa mikroskop dengan kuasa pembesaran dan fungsi seperti mikroskop cahaya, mikroskop elektron dan mikroskop elektron imbasan. 3. Di makmal sekolah, mikroskop cahaya (kadangkala dikenali sebagai mikroskop kompaun) biasanya digunakan. 2

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

4. Bahagian-bahagian mikroskop dan fungsinya

Rajah Mikroskop Cahaya

BAHAGIAN Kanta mata Salur Badan Tombol pelaras kasar

FUNGSI Untuk memerhati spesimen dan membesarkan imej spesimen. Untuk memegang kanta. Untuk menaik dan menurunkan salur badan bagi tujuan memfokus. Digunakan apabila kanta kuasa rendah dipilih. Untuk menaik dan menurunkan salur badan ketika kanta kuasa tinggi dipilih. Untuk memegang mikroskop. Untuk menyokong mikroskop. Untuk memfokus dan membesarkan imej spesimen. Untuk menyokong slaid kaca. Untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk ke kanta objek. Untuk memfokus cahaya ke atas spesimen. Untuk memantulkan cahaya ke kanta objek. 3

Tombol pelaras halus Lengan Tapak Kanta objek Pentas Diafragma Kondenser Cermin

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Penjagaan Mikroskop Cahaya 1. Simpan dan letakkan mikroskop di atas permukaan datar. 2. Simpan dan letakkan mikroskop dalam kedudukan menegak. 3. Memegang mikroskop dengan kedua-dua belah tangan. Sebelah tangan seharusnya memegang badan mikroskop manakala sebelah tangan lain seharusnya menyokong tapak mikroskop. 4. Pastikan mikroskop sentiasa kering dan bersih dan bersih untuk mengelakkan pertumbuhan kulat. 5. Sentiasa bersihkan kanta mikroskop dengan kertas tisu atau larutan pembersih kanta. 6. Tutup slaid kaca yang mengandungi spesimen dengan penutup kaca apabila menggunakan kanta objek pada kuasa tinggi. 7. Sentiasa putarkan tombol fokus kasar dalam arah antijam. 8. Buka kedua-dua mata semasa melihat melalui mikroskop.

Kesimpulan :
1. Kita perlu mengenali bahagian-bahagian mikroskop dan fungsinya terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya dengan betul. 2. Pelarasan mikroskop yang betul akan memudahkan kita melihat sampel yang halus. 3. Kitajuga perlu didedahkan dengan kaedah sebenar penjagaan dan penyimpanan mikroskop kerana ia merupakan antara radas yang mahal terdapat di makmal sekolah.

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EKSPERIMEN 2

Tujuan

: Untuk mengkaji persamaan dan perbezaan antara sel tumbuhan dan sel haiwan menggunakan mikroskop.

Bahan dan Radas

: Mikroskop, Sisip Kaca, Slaid Kaca, Larutan Iodin, Bawang, Pencungkil Gigi dan Larutan Metilena Biru.

Langkah Eksperimen Mengkaji Sel Bawang

1. Sel bawang merah diperolehi dengan memotong bawang besar terlebih dahulu. 2. Lapisan epidemis disiat daripada daun sisik bawang menggunakan forsep dengan cermat. 3. Epidermis diletakkan dalam setitik air di atas slaid dan ditutup dengan kaca penutup. 4. Perwarnaan dilakukan ke ke atas epidermis daun sisik bawang dengan menggunakan larutan iodin dan kemudian diperhatikan menerusi mikroskop. 5. Lapisan epidermis daun sisik bawang diperiksa menerusi mikroskop dengan menggunakan kanta objek kuasa rendah dan diikuti dengan kanta objek kuasa tinggi. 6. Sel epidermis dilukis dan dilabelkan setiap bahagiannya.

Mengkaji Sel Pipi Manusia 1. Mulut dikumur dengan air yang banyak untuk membuang sisa makanan didalam mulut. 2. Pencungkil gigi digunakan untuk mengguris keluar lapisan nipis daripada bahagian dalam pipi. 3. Lapisan bahagian dalam pipi dilekapkan dalam setitik larutan metilena biru di atas slaid. 4. Sel pipi diperiksa menerusi mikroskop dengan menggunakan kanta objek kuasa rendah dan diikuti dengan kanta objek kuasa tinggi. 5. Langkah 1 3 diulangi untuk menyediakan slaid bagi sel pipi menggunakan larutan iodin. 6. Sel pipi dilukis dan dilabelkan setiap bahagiannya.

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Gambarajah dan pemerhatian Sel Bawang

Rajah Sel Bawang

1. Protoplasma (sitoplasma dan nukleus) sel tumbuhan tersebut diselaputi oleh membran sel. 2. Protoplasma adalah bahan yang kelihatan seperti separuh pepejal atau seperti agar-agar. 3. Sel tumbuhan dikelilingi oleh dinding sel selulosa tebal. 4. Protoplasma terdiri daripada bahagian nukleus dan sitoplasma. 5. Sel tumbuhan yang matang mempunyai vakuol sel yang besar. 6. Protoplasma sel daun sisik bawang mengandungi pigmen ungu yang disebut antosianin.

Sel Pipi Manusia

Rajah Sel Pipi Manusia 6

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

1. Sel pipi berbentuk bulat. Bentuknya berubah menjadi poligon apabila tersusun rapat. 2. Setiap sel itu mengandungi nukleus dan sitoplasma. 3. Protoplasma diseliputi oleh membran sel atau dikenali sebagai dinding sel.

Persamaan Antara Sel Tumbuhan dan Sel Haiwan PERSAMAAN 1. Kedua-dua mempunyai sitoplasma, nukleus dan membran sel. 2. Kedua-dua menjalani proses hidup seperti respirasi, perkumuhan dan sebagainya.

PERBEZAAN Sel Tumbuhan Bentuk selnya tetap Mempunyai dinding sel yang terbina daripada selulosa. Mempunyai kloroplas yang mengandungi pigmen klorofil. Menyimpan bintil-bintil kanji. Meyimpan pigmen berwarna. Bersaiz besar dalam sel matang. Sifat Bentuk Dinding Sel Sel Haiwan Bentuk selnya tidak sekata Tiada dinding sel.

Kloroplas Leukoplas Kromoplas Vakuol Sel

Tiada kloroplas.

Tiada leukoplas. Tiada kromoplas. Tiada vakuol sel namun sekiranya ada, biasanya sangat seni.

Kesimpulan:1. Sel ialah unit asas tumbuhan dan haiwan. Setiap benda hidup terdiri daripada sel. 2. Sel tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Ia boleh dilihat menggunakan mikroskop. 3. Wujud keharmonian penyelarasan antara struktur sel dan fungsi bahagian sel dalam proses fisiologi. 7

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EKSPERIMEN 4

Tujuan

: Untuk menyiasat struktur tipikal bunga dan organ pembiakan jantan dan betina yang diperlukan untuk pembiakan seksual dalam tumbuhan berbunga.

Bahan dan Radas

: Bunga segar, Jarum bedah, Kanta tangan, Mikroskop, pisau belah atau pisau cukur,Kertas biasa, Forsep , Pita jernih danPembaris meter.

Langkah Eksperimen: 1. Skuntum bunga dipetik dan perhatikan setiap bahagiannya dengan teliti. 2. Ketika memeriksa bunga, dengan berhati-hati dikeluarkan bahagian luar sehingga pistil secara berhati-hati bermula dengan pusaran. Setiap pusaran dalam bentuk bulatan di atas kertas bermula dengan sepal disusun sebagai bulatan terluar paling besar. Semasa pembelahan dilekatkan setiap pusaran bahagian bunga pada kedudukannya secara berhati-hati dan labelkannya. 3. Dengan perlahan-lahan, pisahkan sepal dan lekatkannya di atas kertas dan kemudian labelkan. 4. Kelopak bunga boleh didapati secara terus di bawah sepal. Dengan perlahan-lahan, pisahkan kelopak bunga (petal), lekatkan di atas kertas dan labelkan bahagiannya. 5. Perlahan-lahan pisahkan stamen, lekatkannya di atas kertas dan labelkan. 6. Secara cermat dan berhati-hati keluarkan pistil dengan memotongnya daripada batang betulbetul di bawah ovari. Dengan menggunakan pensel, buat lakaran keseluruhan bahagian pistil di tengah-tengah kertas dan labelkannya. Potong style yang hanya berada di bahagian atas ovari, lekatkanya di sebelah lakaran anda dan labelkan stigma dan style. Dengan menggunakan pembaris, ukur panjang style dalam milimeter. Potong nipis bahagian rentasan ovari dan lekatkan di bawah stigma dan style. Label dinding ovari, locules dan ovules. Dengan menggunakan jarum pembedahan, pilih ovules daripada salah satu locules dengan berhati-hati. Berdasarkan pemerhatian, anggarkan bilangan ovules yang terkandung dalam satu locule.

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Label bahagian rentas bunga Kelopak , korola, androesium, ginoesium, pistil/karpel, stigma, stil, ovary, ovul, stamen, anter, filament, tiup pendebungaan, sepal, petal, pudu

Anter Stamen filamen Stigma Tiub debunga Stil androesium ovari Pistil /karpel

Ginoesium

Sepal Petal korola Kelopak

Ovul pudung

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Perbincangan

1. Apakah yang dihasilkan dalam jumlah kuantiti yang lebih banyak oleh tumbuhan bunga dalam eksperimen: ovul ataupun butiran debunga? Terangkan kepentingan jumlah kuantiti ini dalam konteks pembiakan. Butiran debunga dihasilkan dengan lebih banyak oleh bunga. Hal ini kerana, lebih banyak debunga yang dihasilkan, maka lebih tinggilah kebarangkalian untuk sesuatu tumbuhan untuk menyebarkan kod genetiknya ke kawasan yang lebih luas. Selain itu, peratusan untuk disenyawakan juga dalah lebih tinggi kerana sesetengah butiran pendebungaan dibantu oleh penyebaran serangga, binatang, dan angin.

2. Apakah contoh penyesuaian pada kelopak debunga bagi membantu menarik perhatian pendebunga? Sama ada satu atau berdozen, warna putih ataupun fuchsia yang menyala, kelopak bunga menarik pehatian agen pendebungaan. Tumbuhan bunga dan pendebunga mendapat

manfaat secara mutual. Tumbuhan dunga menggunakan kurang tenaga untuk menghasilkan debunga yang didebungakan dengan jayanya. Pendebunga mendapat nektar dan dapat mencari mangsa dengan mudah. Penyesuaian kelopak yang berjaya dapat mengelakkan berlakunya penghibridan. Tumbuhan bunga juga dapat mengekalkan ciri-ciri spesis. Agen pendebungaan termasuklah burung, serangga, kelawar, rama-rama, lebah bumblebee, lebah biasa dan kumbang. Bentuk kelopak bunga melalui proses penyesuaian untuk membenarkan hanya sesetengah pendebunga untuk mendebungakan bunga. Tumbuhan bunga boleh menarik perhatian hanya sejenis spesis pendebunga atau banyak spesis pendebunga. Tumbuhan bunga seperti Golderod mempunyai bentuk kelopak bunga yang mampu menarik perhatian beberapa spesis pendebunga. Sesetengah kelopak bunga menarik perhatian pendebunga yang tertentu dengan cara membuka kelopak bunga pada waktu tertentu- siang ataupun malam ketika pendebunga tersebut keluar untuk mencari makanan.

10

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

a. Bentuk kelopak Bentuk kelopak disesuaikan mengikut pilihan cara makan, bauan, pandangan dan cara hinggap pendebunga. Bentuk kelopak yang biasa termasuklah bentuk loceng/cawan seperti bluebell, bentuk tiub seperti trumpet vine, formasi kelompok bunga kecil seperti butterfly bushes, dan kelopak tiub panjang seperti bunga cardinal. Kelopak bunga juga boleh berbentuk roda pin leper, kelopak terbalik seperti columbine, dan bentuk seakan bibir seperti kelopak snapdragon. Sesetengah tumbuhan bunga juga mempunyai satu kelopak yang lebih besar daripada kelopak-kelopak yang lain. Bentuk kelopak berbeza-beza dari satu spesis bunga ke spesis bunga yang lain. Sesetengah kelopak bunga meniru bentuk sesetengah serangga untuk mengelirukan pendebunga. Satu spesis tebuan mendebungakan satu spesis orkid yang mempunyai kelopak yang bentuk, baud dan rasanya seakan-akan tabuan betina. Kelopak bunga juga menyesuaikan diri untuk membentuk tempat hinggap untuk serangga pendebunga, bagi menyesuaikan dengan saiz lidah, paruh dan badan pendebunga tersebut. Kelopak bunga membentuk laluan melengkung yang member laluan kepada hanya satu spesis pendebunga yang tertentu sahaja memasuki bahagian dalam bunga. Sebagai cotoh, bunga Snapdragon menyesuaikan diri kepada berat seekor lebah bumblebee. Lebah bumblebee hinggap pada kelopak yang berbbetuk tersendiri dan kelopak tersebut terbuka dengan berat lebah bumblebee tersebut. Burung kelicap pula mengambang untuk makan nektar bunga dan lebih suka kelopak bunga dengan bukaan luas dengan bentuk tiub melengkung. Kelawar pula mendenbungakan bunga dengan kelopak yang utuh dan mempunyai bukaan luas bagi menampung berat kelawar yang lebih besar.

b. Warna kelopak Pendebuga hanya dapat melihat spectrum warna yang terhad. Untuk itu, kelopak tumbuhan bunga menyesuaikan diri dengan mempunyai warna tertentu bagi pendebunga yang tertentu. Lebah tidak dapat melihat warna merah, tetapi dapat melihat warna kuning, biru, dan ultra violet. Burung kelicap pula mudah tertarik kepada kelopak bunga berwarna merah seperti bunga catmint. Rama-rama dapat 11

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

melihat warna merah dan juga ungu. Bunga-bunga berwarna putih dapat dilihat oleh pendebunga yang hanya keluar pada waktu malam seperti kelawar dan kupukupu. Kelopak bunga kadangkala mempunyai dua warna, contohnya kuning dan merah, untuk menarik perhatian lebih daripada satu jenis pendebunga. Corak warna yang menyerupai garisan landasan memberi tunjuk arah kepada pendebunga untuk mencapai debunga.

c. Bauan kelopak Bauan kelopak terhasil daripada minyak pati yang diperbuat daripada ester. Minyak pati ini menarik perhatian lebah, rama-rama, kupu-kupu dan serangga-serangga lain. Lebah mendebungakan bunga-bunga yang berbau manis dan ringan seperti bunga sage/kendur , mint/pudina dan clover/semanggi. Kelopak bunga yang mempunyai bauan manis yang kuat dapat menairk perhatian pendebunga yang keluar malam terutamanya kupu-kupu. Kelopak bunga juga menyesuaikan diri untuk mengeluarkan bauan seakan-akan daging busuk yang dapat menarik minat pendebuga seperti kupu-kupu dan lalat.

3. Bagaimanakah bahagian stigma pada bunga menyesuaikan diri untuk menangkap dan menahan debunga? Bahagian stigma pada bunga telah menyesuaikan diri untuk menjadi melekit bagi menahan debunga. Bahagian stamen telah berkembang cara bagi mengarahkan bahagian stigma kepada posisi tertentu yang membolehkannya bergesel dengan pendebunga. Pada

tumbuhan yang didebungakan oleh angin, bahagian stamen lebh panjang menjadikan bahagian stigma terkeluar lebih jauh dimana ianya lebih mudah untuk menangkap debunga. Bahagian stigma tumbuhan selalunya menyesuaikan diri dengan mempunyai bentuk tersendiri bagi memudahkan proses menangkap debunga. Sesetengah tumbuhan mempunyai bahagian stigma luas dan ringan, atau bahagian stigma dengan bulu-bulu halus. Penyesuaian bahagian stigma sperti ini amat berguna terutamanya bagi tumbuhan yang didebungakan angin. Tumbuhan yang didebungan angin seperti rumput lalang tidak boleh menarik perhatian pendebunga. Rumput lalang perlu menangkap debunga yang 12

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

diterbangkan oleh angin secara rawak. Lebih besar luas permukaan bahagian stigma, lebih besar kebarangkalian untuk menangkap debunga seterusnya membiak.

4. a. Pada organ pembiakan jantan, di bahagian manakah butiran debunga dihasilkan? Bahagian organ pembiakan jantan yang menghasilan butiran debunga adalah anter.

b. Pada organ pembikan betina, di bahagian manakah sel-sel telur dihasilkan? Bahagian organ pembiakan betina di mana sel-sel telur dihasilkan adalah ovul.

c. Melalui proses nuklear yang manakah gamete dihasilkan? Proses nuklear di mana gamete dihasilkan adalah proses meiosis. 5. Bagaimanakah teras sperma dalam satu butir debunga mencapat nucleus telur dalam avum Setiap butir debunga menghasilkan dua gamet jantan.salah satu daripadanya akan berpadu dengan ovum (gamet betina) di dalam ovul.apabila butir debunga berpindah ke stigma, butir debunga di suburkan oeh bahagian bergula pada permukaan stigma.setelah itu tiub debunga akan tumbuh keluar daripada butir debunga menuruni stil ke ovul dalam ovary. Apabila tiub debunga pecah dan membebaskan gamet jantan melalui mikropil,iaitu liang kecil pada permukaan ovul.Zigot terbentuk dan berkembang menjadi embrio tumbuhan.Zigot di dalam ovul membahagi untuk membentuk embrio.

6. a. Bahagian bunga yang manakah menjadi biji? Bahagian yang menjadi biji adalah ovul. b. Bahagian manakah yang menjadi buah? Bahagian yang menjadi buah adalah ovari. c. Bahagian buah yang manakah mengandungi embrio? Bahagian buah yang mengandungi embrio adalah ovul. 13

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Kesimpulan

Setiap tumbuhan mempunyai sistem pembiakan yang terdiri daripada sel jantan dan sel betina yang akan bergabung untuk menghasilkan biji benih untuk mengekalkan spesies.bahagian organ pembiakan tumbuhan terdiri daripada anter, ranggi, stigma, stil, ovari, ovul, sepal, tangkai,pudung, filament yang mempunyai fungsi yang tertentu.Pendebungaan penting untuk tumbuhan dan mempunyai dua cara iaitu pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk. Untuk memastikan pendebungaan berhasil maka agen agen pendebungan ada lah penting iaitu angin, serangga, haiwan dan air.Oleh itu setiap tumbuhan yang ada di dunia ini akan melakukan pembiakan untuk memastikan kemandirian spesies agar tidak pupus.

14

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EKSPERIMEN 5 Tujuan : Untuk membanding dan membezakan pembiakan seks dan aseks haiwan.

Bahan dan Radas

: Gambar haiwan/organisma pada helaian kerja (aseks dan seks), gam

Langkah Eksperimen : 1. Gambar-gambar yang dihelaian kerja dipotong selepas dikenalpasti cara pembiakannya. 2. Gambar gambar tersebut dikategorikan kepada dua kumpulan, iaitu yang membiak melalui seks dan aseks 3. Gambar-gambar ini ditampal pada helaian kertas bersaiz A4 mengikut kategori pembiakan seks dan aseks. 4. Ciri-ciri pembiakan seks dan aseks direkodkan. Data dan pemerhatian : Definisi Pembiakan seks Ciri ciri pembiakan seks - Proses menghasilkan progeni(zuriat) baru melalui pencantuman gamet jantan dengan gamet betina. Bilangan Induk Variasi progeni Kadar pembiakan Peringkat organisasi - Dua induk : jantan dan betina akan mengeluarkan gamet. - setiap individu mempunyai genetik berbeza - masa yang lama untuk menghasilkan progeni - peringkat tinggi seperti vertebrata ; contoh cicak,burung , paus

Definisi Pembiakan aseks

Ciri ciri pembiakan aseks - Proses menghasilkan progeni(zuriat) baru tanpa kehadiran gamet atau sel pembiakan.

Bilangan Induk Variasi progeni Kadar pembiakan Peringkat organisasi

- satu induk sahaja diperlukan untuk proses ini - menyerupai induk secara mutlak. - masa yang lebih singkat untuk menghasilkan progeni - peringkat rendah seperti Ameba dan paramesium. 15

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

GAMBAR HAIWAN YANG MEMBIAK MELALUI PEMBIAKAN SEKS

16

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

GAMBAR HAIWAN YANG MEMBIAK MELALUI PEMBIAKAN ASEKS

17

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Perbincangan dan kesimpulan : 1. Haiwan-haiwan yang bersaiz besar tidak boleh membiak tanpa seks kerana proses pembiakan memerlukan gamet dari induk jantan dan betina. Sperma dari induk jantan dan ovum dari induk betina perlu disenyawakan melalui persenyawaan dalam atau luar. Pensenyawaan akan menghasilkan zigot dan berkembang menjadi fetus sebelum lahirnya progeni yang baru.

2. Organisma-organisma kecil tidak membiak melalui seks kerana dikategorikan sebagai organisma peringkat rendah seperti Ameba dan Paramecium. Organisma kecil membiak melalui pembiakan aseks yang hanya memerlukan sel dari satu induk sahaja. Antara proses yang terlibat dalam jenis pembiakan aseks ialah belahan dedua, pembentukan spora, pembentukan vegetatif dan penjanaan semula.

18

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EKSPERIMEN 6 Tujuan Bahan dan Radas Gambarajah : Memahami peranan neuron deria, antara neuron dan neuron motor. : Tiga bikar besar ( 1000ml ) atau cawan besar dengan susu yang berbeza. :

Langkah Eksperimen : 1. Bikar (A) diisi dengan tiga suku penuh dengan air panas (50C) dan bikar (C) pula diisi tiga suku penuh dengan air yang sangat sejuk ( 5C), anda boleh memasukkan ais untuk mendapat suhu yang bersesuaian. 2. Mengisi bikar ketiga (B) dengan air suhu bilik (20C), dan meletakkannya di antara bikar suhu rendah dan bikar suhu tinggi. 3. Rendamkan tangan kiri anda dalam air panas selama 1 minit, dan pindahkan tangan ke bikar B. Adakah rasa air itu panas? ( ya ) 4. Rendam tangan kanan anda dalam air sejuk selama 1 minit, kemudian pindahkan ke dalam bikar B. . Adakah anda rasa panas atau sejuk? ( Sejuk )

19

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Perbincangan

1. Adakah air dalam bikar pusat (B) mengalami perubahan suhu? Tidak

2. Mengapa air dalam bikar. (B) rasa panas dengan satu tangan dan sejuk dengan yang lain? Kerana haba dari air panas telah dipindahkan ke bahgian yang sejuk

3. Apakah yang memberi kita rasa panas atau sejuk dalam badan kita? Perubahan suhu dalam badan.

4. Apa keadaan yang serupa yang menggunakan prinsip ini? Pengawal perubahan suhu dalam badan manusia

5. Peranan tak khusus kulit dalam mempertahankan dan menentang jangkitan. Untuk melindungi badan dan menghalang mikroorganisma masuk ke dalam badan.

20

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EKSPERIMEN 8 Tujuan : Mengira kadar denyutan nadi

Bahan dan Radas

: Jam randik

Langkah Eksperimen: 1. Kadar denyutan jantung diukur menggunakan nadi di pergelangan tangan. 2. Kedudukan tangan dengan tapak tangan dihala ke atas. 3. Jari diletakkan di pergelangan tangan sebelah kanan. Jangan gunakan ibu jari kerana ia mempunyai denyutan. Jari ditolak perlahan-lahan ke bawah sehingga merasa nadi. Gambar di bawah menunjukkan di mana anda perlu meletakkan jari anda.

4. Dengan berhati-hati kira bilangan denyutan yang dapat dirasa dalam 15 saat dan darab dengan 4 untuk mendapatkan kadar denyutan jantung. 5. Keputusan ekspeimen dimasukkan ke dalam jadual. 6. Setelah memperolehi kadar denyutan jantung rehat, lakukan aktiviti lompat bintang selama satu minit. Kadar denyutan jantung diukur.

21

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Keputusan

: Degupan jantung rehat Saya mengira kadar denyutan nadi dalam 15 saat. Kadar degupan jantung berehat 80 denyutan setiap minit.

Degupan jantung latihan Saya mengira kadar denyutan nadi dalam 15 saat. Kadar degupan jantung latihan 120 denyutan setiap minit.

NAMA 1. Norizam 2. Norhalina 3. Zurina 4. Siti Zubaidah 5. Rosmawati

REHAT 80 85 75 80 74

LATIHAN 120 101 103 114 102

BEZA 40 16 28 34 28

Degupan jantung rehat 80 Degupan jantung latihan 120 Beza degupan jantung 40

Perbincangan

: Semasa latihan, kadar degupan jantung berdenyut dengan cepat. Ini kerana apabila seseorang melakukan latihan/senaman berlaku

peningkatan rembesan hormon adrenalina yang menyebabkan jantung berdegup kencang.

Kesimpulan

: Aktiviti latihan/ senaman menyebabkan berlakunya peningkatan kadar degupan jantung yang pantas.

22

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Graf kadar denyutan nadi

23

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EKSPERIMEN 9

Tujuan

: 1. Untuk mengkaji perbezaan di antara unsur dan sebatian. 2. Untuk mengkaji perbezaan di antara sebatian dan campuran. 3. Untuk mengkaji perbezaan antara perubahan kimia dan fizikal.

Bahan dan Radas : Kertas , paku , player , tabung uji , minyak , lilin , NaCl, CuSO4 , 5H2O , AgNO3 , HC1 ,Mg,Fe , S,baking soda dan cuka.

Langkah Eksperimen: 1. Ikut arahan seperti dalam jadual. 2. Rekodkan pemerhatian dan kelaskan mengikut perubahan fizikal dan kimia. 3. Jelaskan keputusan anda.

Jadual Keputusan Eksperimen : Eksperimen Pemerhatian Perubahan Fizikal atau Perubahan Kimia ? Perubahan kimia Jelaskan Keputusan

Contoh : Bakar Kertas

Kertas putih bertukar menjadi hitam dan terbakar Paku bengkok

Kertas bertukar sepenuhnya kepada bahan baru. Paku berubah bentuk kepada yang baru dan kekal Air dan minyak mempunyai ketumpatan yang berbeza. Air lebih tumpat daripada minyak

1.Bengkokkan paku menggunakan 2 player.

Perubahan fizikal

2. Di dalam tabung uji yang mengandungi ml air,tambahkan 5 titis minyak.Goncangkan.

Air dan minyak tidak bercampur.

24

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

3. Nyalakan sumbu lilin

Lilin terbakar dan mencair

Perubahan fizikal

Pembakaran lengkap berlaku kerana wujud bahan api,haba dan oksigen. Haba menyebabkan pepejal berubah kepada cecair apabila dipanaskan. Daya tarikan dikenakan. NaCl(s) adalah sebatian. Air adalah sebatian. Campuran air dan NaCl(s) membentuk larutan garam (campuran) Tindakbalas berlaku di antara asid dan alkali. Larutan berasa sejuk. Haba diserap ( proses indotermik) Kandungan air dalam kuprum terhidrat ke udara. Air terhidrat daripada bahan. Menghasilkan bahan campuran secara fizikal. Haba dibebaskan(proses eksotermik) Campuran boleh diasingkan. Bertukar menjadi kuprum sulfida ( kelabu)

4.Panaskan lilin

Lilin mencair

Perubahan fizikal

5. Kertas dikoyakkan 6. Larutkan NaCl(s) in water

Kertas terkoyak NaCl(s) larut dalam air

Perubahan fizikal Perubahan kimia

7. Tambahkan satu spatula baking soda ke dalam tabung uji yang mengandungi 5ml cuka

Larutan berbuih

Perubahan kimia

8. Hancurkan CuSO45H20 dengan menggunakan lesung batu. 9. Panaskan CuSO45H20

10.Tambahkan satu spatula NaCl to AgNO3(aq) 11.Tambahkan 1ml HC1(aq) ke dalam Mg(s) 12.Campurkan iron(Fe) dan Sulfur(S). 13.Panaskan campuran Fe dan S

CuSO45H20 hancur dan berubah warna menjadi lebih cerah Berubah warna menjadi putih. Wap air terhasil. Kedua-dua bahan bercampur Menghasilkan buih (gas) Berasa panas Bahan bercampur Bau hangit Asap kekuningan dibebaskan. Bahan berbara menjadi kelabu. Bahan terlarut di dalam air.

Perubahan fizikal

Perubahan kimia

Perubahan fizikal

Perubahan kimia

Perubahan fizikal Perubahan kimia

14.Tambahkan satu spatula Kristal ke dalam 5ml air dan dikacau

Perubahan kimia

Menghasilkan campuran

25

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EKSPERIMEN 10

Tujuan

: Untuk menyiasat tindak balas oksigen unsur-unsur yang lain

Bahan dan Radas

: Tungku kaki tiga dan pelita alkohol, piring penyejat, serbuk kuprum, serbuk zink, serbuk besi,

Langkah Eksperimen: 1. Perhatikan sifat-sifat serbuk tembaga. Rekod mereka dalamjadual data 1 pada halaman seterusnya. 2. Piring penyekat diletakkan di atas tungku kaki tiga dan pelita alcohol. Dimasukkan kira-kira satu sudu teh serbuk kuprum ke dalam piring penyejatan. Pelita alkohol dihidupkan dan serbuk dipanaskan dalam 5 minit. Buat pemerhatian semasa dan selepas pembakaran. 3. Piring penyejatan dibiarkan sejuk dan dikeluarkan kandungannya di atas sekeping kertas. Bandingkan serbuk kuprum sebelum dan selepas pembakaran. Apakah perbezaannya? Persamaan kimia untuk tindak balas ini ialah: (Bahan tindak balas) (Hasil)

Kuprum + Oksigen = Kuprum oksida. 4. Dari manakah oksigen datang? Udara 5. Apakah unsur-unsur yang digabungkan daripada sebatian di atas? unsur Kuprum dan unsur oksigen 6. Apakah sebatian yang terbentuk? Kuprum oksida 7. Ulangi langkah 1 3 dengan serbuk zink dan serbuk besi.

26

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Keputusan Jadual 1 :

BAHAN

PEMERHATIAN SEBELUM PEMBAKARAN Berwarna coklat.

PEMERHATIAN SEMASA PEMBAKARAN Serbuk

PEMERHATIAN SELEPAS PEMBAKARAN

Serbuk kuprum

kuprum Kuprum oksida dihasilkan. bertukar menjadi

terbakar tetapi kadar Warna tindakbalas agak perlahan. Serbuk zink Berwarna kehitaman. kelabu Serbuk zink terbakar Zink

berlaku kehitaman.

oksida

dihasilkan.

dan kadar tindakbalas Ketika panas, serbuk zink berlaku pantas. dengan yang kuning menjadi terhasil tetapi warna berwarna bertukar putih

apabila ia mula sejuk. Serbuk besi Berwarna kecerahan. kelabu Perubahan warna dan Besi wap Kadar berlaku pantas. air oksida dihasilkan.

kelihatan. Bara merah dihasilkan. tindakbalas dengan

27

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Keputusan Jadual 2 :

BAHAN

PERBANDING AN ANTARA TINDAK BALAS DAN PENGHASILAN

SUMBER OKSIGEN

UNSUR-UNSUR GABUNGAN

SEBATIAN TERBENTUK

Serbuk kuprum Kuprum oksida Serbuk zink Zink oksida Serbuk besi Besi oksida

Unsur Sebatian Unsur Sebatian Unsur Sebatian

Udara Udara Udara Udara Udara Udara

Kuprum + Oksigen

Kuprum oksida

Zink + Oksigen

Zink oksida

Besi + Oksigen

Besi oksida

Keputusan

: Didapati semua logam zink, besi dan kuprum bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk oksida logam

. Perbincangan : Kadar tindak balas logam (kuprum, zink dan besi) adalah berbeza-beza. Logam yang lebih reaktif bertindak balas lebih cepat dengan oksigen daripada yang kurang reaktif.

Kesimpulan

Zink merupakan logam yang paling reaktif berbanding besi dan kuprum. Berikut adalah susunan logam yang paling reaktif kepada yang kurang reaktif. Zink, serbuk besi, kuprum.

28

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

EXPERIMEN 11 Tujuan : Untuk mengkaji bagi jumlah air yang berlainan sama ada air mempunyai ciri ketumpatan atau tidak. Bahan dan Radas : Air silinder besenggat (50ml), silinder besenggat (100m). :

Langkah Eksperimen

1. Letak silider besenggat (50ml) diatas penimbang, catat data jisim dalam jadual 2. Sukat (50ml)air dalam silinder bersenggat (50ml) letak di atas alat penimbang. Catat berat silinder besenggat berisi (50ml) air dalam jadual. 3. Tolak berat silinder kosong dengan silinder berisi (50ml) air untuk mencari berat (50ml) air. Catat jumlah dalam jadual data. 4. Catat jumlah isipadu (50ml) air dalam jadual data. 5. Bahagi berat (50ml) air dengan isipadu (50ml) air untuk memperoleh ketumpatan air. 6. Ulang langakah-langkah 1-5 mengunakan silinder besenggat (100ml) dan100ml air. 7. Banding ketumpatan 50ml air dengan ketumpatan 100ml air.

Jadual dan Keputusan OBJEK Silinder Penyukat Silinder penyukat + air Berat silinder - air Bahagi berat 50ml air

: BACAAN (50ML) 72.86 121.30 49.44 49.44 50ml = 0.9888 BACAAN (100ML) 131.11 229.72 98.39 0.9839

29

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

Perbincangan : Meramal bagaimana kemasinan akan menjejaskan ketumpatan air dengan sedikit penyelidikan tambahan pelajar akan dapat mengaplikasikan pengetahuan ini ke lautan terbuka dan untuk kegunaan tentera laut tentang keapungan kapal selam. Teknologi kapal selam menggunakan prinsip ketumpatan untuk beroperasi.

a) Secara praktikalnya kapal selam menggunakan tangki-tangki balast untuk mengawal jisimnya samada untu timbul kepermukaan air atau tenggelam ke dasar laut. b) Jika air dipam keluar dari tangki-tangki balast, jisim kapal selam pun berkurang. LAMPIRAN Hal ini bermakna jika mahu mengapungkan kapal selam, air laut dipam keluar daripada tangki-tangki ballast. c) Apabila kapal selam menjadi lebih ringan, kapal selam timbul di permukaan laut. d) Air dipam ke dalam tangki-tangki balast untuk menambahkan jisim kapal selam. e) Apabila kapal selam menjadi lebih berat, kapal selam tenggelam ke dalam laut.

30

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

31

HBSC3303 teaching science for lower secondary I

32

You might also like