P. 1
LINGUISTIK

LINGUISTIK

|Views: 89|Likes:
Published by mahaniamir
LINGUISTIK
LINGUISTIK

More info:

Published by: mahaniamir on Nov 28, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/28/2011

pdf

text

original

Soalan: Antara fungsi bahasa Melayu ialah sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Bincangkan sejauh mana bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa ilmu. Yang kurik itu kundi Yang merah itu saga Yang cantik itu budi Yang indah itu bahasa Indahnya Bahasa Melayu, begitu halus sehingga menusuk kalbu. Daripada banyak faktor, bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan daripada begitu banyak bahasa, Bahasa Melayu yang terpilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam ucapan rasmi dan surat-menyurat. Bahasa Melayu suatu masa dahulu pernah wujud sebagai lingua franca yang digunakan oleh pelbagai bangsa. perdagangan mereka. Bahasa Melayu juga memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat. Bahasa Melayu kemudian diterima sebagai bahasa rasmi pada tahun 1968. Ketika itu Bahasa Melayu begitu penting untuk dikuasai oleh pedagang-pedagang asing bagi melancarkan urusan

Bahasa Melayu telah sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti-universiti di Malaysia. Ia juga menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah. Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Ratusan tesis pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu, dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa Melayu. Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu dalam dunia abad ke-21. Namun, kejayaan Bahasa Melayu dalam tugas ini amat bergantung pada kesediaan pengamal Bahasa Melayu untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa di negara ini, Bahasa Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu. Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya. Berdasarkan perancangan dan usaha-usaha yang dipaparkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikam (PIPP) ini, jelas usaha memartabatkan Bahasa Melayu tetap menjadi agenda utama. Hal ini kerana Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam pendidikan sewajarnya terus diperkasakan dan dimantapkan agar

kedudukannya terus utuh dan peranannya sebagai alat perpaduan juga semakin berkesan. Rentetan ini dijelaskan oleh Dr. Awang Sariyan (2005) iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan, sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa penghantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Nik Safiah Karim (1984) pernah mengatakan bahawa pencapaian taraf keintelektualan bahasa Melayu akan menjadi lebih nyata apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmiah. Dalam hal ini, kita sedia maklum bahawa institusi pengajian tinggi merupakan institusi yang menjunjung ciri-ciri keilmiahan sama ada dari aspek pengajaran dan pemelajaran mahupun dari aspek penyelidikan. Universiti memainkan peranan utama dalam penyelidikan dan sewajarnyalah bahasa Melayu digunakan agar dapat mengangkat martabat dan kemampuan bahasa Melayu itu sendiri memperkatakan hal-hal yang lebih abstrak secara tepat dan tegas. Akta Pendidikan 1961 yang memberikan fokus utama mengembangkankan pendidikan melalui bahasa kebangsaan sebagai medianya dan menggantikan bahasa Inggeris telah berjaya (Abdul Ghani Awang 1997). Akta tersebut memainkan peranannya selama tiga dekad setengah dan didapati mampu melaksanakan matlamat dan falsafah dasar pendidikan negara. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai dan Malaysia diakui sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu dengan menggunakan dan menempatkan bahasa Melayu dengan sewajarnya. Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan selama ini telah banyak membawa kemajuan kepada pembangunan negara dan dapat menerapkan perpaduan di kalangan rakyatnya. Oleh itu, wajarlah keyakinan dan kepercayaan kepada kemampuan bahasa Melayu diteruskan dalam sistem pendidikan negara. Sebagai bahasa rasmi, komunikasi dalam bahasa Melayu ditetapkan menjadi saranan pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan

bidang

Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua

urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991). Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang

mencerminkan penggunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribadi yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan. Bahasa Melayu sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah milik semua warga tanpa memihak kepada kaum tertentu. Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan yang memiliki lima fungsi utama iaitu Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, Bahasa Ilmu Pengetahuan dan Bahasa Pendidikan atau Bahasa Pengantar. Bahasa ilmu digunakan dalam bidang ilmu, sains, teknologi komputer, saintifik, ilmiah dan berusaha mewujudkan bahasa Malaysia setaraf dengan Bahasa Inggeris dan menjadi bahasa antarabangsa. Pembinaan ilmu dalam bahasa Melayu dapat dilakukan melalui penghasilan karya-karya ilmiah, sama ada melalui penulisan asal atau terjemahan. Hanya setelah terjemahan berlaku, maka barulah ilmu berkembang. Keperluan menterjemah dan menuliskan ilmu ini membawa implikasi besar kepada bahasa Melayu juga. Para perancang bahasa dan para ilmuan harus sedar bahawa penterjemahan hanyalah alat untuk membawa ilmu masuk ke dalam bahasa Melayu. Buah fikiran dan hasil-hasil kajian ilmu dalam bentuk bahsa Melayu yang sempurna akan menjadi tatapan umum masyarakat kita.

Sebagai kesimpulan Bahasa Melayu penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan, secara tidak langsung telah mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat keperkasaannya semenjak zamanberzaman. Pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri, ini telah terbukti yang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa sesuatu bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.

Rujukan

:

1.

Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, dan esei-esei lain, Abdullah Hassan. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006. Pelan Induk Pembangunan 3. Abdul Hamid Mahmood 1996. “Kemampuan bahasa Melayu sebagai Bahasa Akademik di Universiti” dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 40:8 Ogos hlm. 715-726.

1997, Fajar Bakti, Shah Alam.
2.

Pendidikan 2006

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas kurnianya, maka dapatlah saya meneruskan pengajian hingga Semester 5 ini. Pengantar Linguistik Bahasa Melayu merupakan subjek yang perlu dipelajari pada semester ini. Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa maksud 'bahasa'. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau "linguistik". Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat.

Setelah mempelajari Ilmu Linguistik ini, saya dapati ilmu linguistik ini sangat penting untuk dipelajari khasnya kepada guru-guru Bahasa Melayu yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang bahasa. terutamanya tentang unsur-unsur yang terkandung dalam sebuah bahasa. Istilah-istilah yang terdapat dalam bidang ini ada yang pernah dipelajari tetapi banyak juga istilah baru bagi saya. Dengan mempelajari ilmu bahasa ini saya berharap dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu bahasa itu.

Mahani binti Mohd Amir 640419-01-6024

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->