You are on page 1of 3

Menurut Setiausaha PPSR, Khairul Anwar El-Syazalli Musa , keadaan sembilan

buah Sekolah Menengah Agama di Perak kini begitu uzur dan tidak lagi boleh
bertahan jika tiada bantuan diberikan.

Menurut beliau lagi, kesemua sekolah berkenaan hanya memperoleh bantuan


daripada Baitulmal Perak dengan peruntukan purata RM12 setahun setiap
pelajar.

“Daripada 38 sekolah agama di negeri ini, enam daripadanya telah ditutup dan
23 buah sekolah terpaksa diambil alih oleh kerajaan Pusat dan yang kekal cuma
sembilan buah, itu pun dalam keadaan uzur.

“Apa yang menyedihkan lagi, kebanyakan guru sekolah agama ini berada di
bawah paras kemiskinan sehingga ada yang terpaksa bekerja sambilan seperti
menjadi pemandu dan pengawal keselamatan untuk mencukupkan pendapatan,”
katanya kepada Utusan Malaysia di Ipoh, kelmarin

Sementara itu, Presiden Majlis Permufakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Nasional, Prof. Madya Dr. Mohd. Ali Hassan berkata, langkah kerajaan negeri
Perak itu membelakangi agenda pendidikan kerajaan Pusat yang memberi
keutamaan pendidikan kepada semua kaum.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar


Syed Mohamed pula berkata, tindakan itu menjurus kepada motif politik yang
jelas tidak mengutamakan keadilan kepada kaum lain.

Tentu banyak lagi ulasan-ulasan yang yang bersifat racist terhadap


tindakan Kerajaan Perak yang menganugerahkan 400 hektar tanah kepada
sekolah persendirian Cina di Perak supaya ia dapat mengusahakan tanah
berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk
membiayai kos pentadbirannya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dipetik


sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah
berkenaan pada masa ini tidak memadai.

Kepada persoalan tersebut , sila rujuk penjelasan Setiausaha Politik


kepada YAB MB Perak, di sini atau di sini

Umno dan spesis yang sewaktu dengannya mahu berlagak sebagai


pembela kepada SAR. Kenapa sebelum ini mereka membisu dan pekak
badak terhadap segala rintihan dan keluhan para guru dan pentadbir ,
ibubapa dan murid Sekolah Agama Rakyat ? Siapa sebenarnya yang
menzalimi SAR?

Peristiwa 11 September 2001 di mana berlaku sikap sangsi Barat secara


umumnya terhadap Islam dan ini termasuklah sistem pendidikan Islam.
Dalam menangani isu ini nampaknya Malaysia terlalu ke depan dan
seolah-olah takut dengan bayang-bayang yang dimainkan oleh Amerika.

Strategi pre-emption Malaysia lebih terkedepan apabila ia memutus untuk


memberhentikan bantuan per kapita kepada SAR pada 2002. Pembatalan
bantuan per kapita kepada SAR adalah pada 25 Oktober 2002. Strategi
pre-emption yang diusahakan oleh Dr. Mahathir melangkaui atau
mendepani strategi pre-emption oleh Amerika sendiri. Episod ini bolehlah
diumpamakan sebagai apabila Amerika bersin Malaysia yang demam
selsema!

Kalau inilah motif kenapa bantuan per kapita SAR dihentikan maka ianya
jelas bermotifkan politik.

Umno / BN jangan lupa bahawa merekalah sebenarnya yang mengkhianati


Sultan, rakyat dan Islam. Merekalah yang menzalimi bangsa Melayu dan
Islam

Antara tindakan zalim Pemimpin Umno/BN terhadap Sekolah Agama


Rakyat ialah :
• Tidak mengiktiraf Sijil Tinggi Ugama yang sebelum ini diiktiraf oleh
Universiti al Azhar Mesir
• Tidak memberi latihan perguruan kepada guru-guru dan tidak
memberi guru terlatih kepada SAR seperti yang diberi kepada
sekolah jenis kebangsaan (cina dan tamil )
• Tidak membina makmal komputer , makmal sains dan kemahiran
hidup di semua SAR.
• Memfitnah dan merendahkan kemampuan SAR
• Memberhentikan gran berkapita tahunan berdasarkan bilangan
murid dan kelas dengan kadar RM 130.00 setahun bagi setiap
pelajar
• Berusaha supaya tidak ada pelajar yang belajar di SAR dengan
mengugut untuk dikenakan denda dan tindakan kepada waris dan
pelajar.
• Ingin memastikan sekolah agama rakyat ditutup dan mati
• Menghapuskan usaha yang dipelupuri oleh Sultan Kedah dan ulamak
terdahulu.
Kesan tindakan zalim Pemimpin Umno / BN ialah :
• Gaji guru dan kakitangan sekolah tidak dapat di jelaskan mengikut
tarikh bayaran sepatutnya. Terdapat guru sudah 3 bulan tidak
mendapat gaji. Ramai guru terpaksa berhenti.
• Proses pengajaran dan pembelajaran lebih rumit dan pengajaran
akan membebankan guru
• Sekolah Agama Rakyat terpaksa ditutup
• Makin ramai pelajar akan buta tulisan jawi dan penguasaan agama
Islam yang tepat.

Sekolah- sekolah yang didirikan hasil wakaf ,zakat dan infak sumbangan
dari datuk dan ibubapa juga dari kita tidak dapat dimakmurkan lagi.

Tiada lagi generasi yang akan lahir sebagai ulamak 15 tahun akan datang.
Bantuan perkapita dengan kadar RM130.00 bagi setiap murid setahun,
bermakna cuma 38 sen sahaja sehari untuk seorang murid. Walaupun
jumlah ini terlalu kecil, namun ianya sangat bermakna kepada SAR ; tetapi
Umno / BN tergamak menafikan bantuan tersebut.

Apalah sangat bantuan 38 sen sehari itu jika mahu


dibandingkan dengan perbelanjaan untuk seorang
banduan di penjara sebanyak RM8 sehari, perbelanjaan
untuk setiap pelatih pusat serenti adalah sebanyak RM25
sehari dan perbelanjaan untuk seorang pendatang haram
adalah sebanyak RM10 sehari.
Ini bererti penarikan bantuan per kapita kepada sekolah SAR adalah
persoalan sekunder kerana persoalan primernya ialah untuk menghakis
dan seterusnya mematikannya (sekiranya suasana politik
mengizinkannya).

Sekiranya ada guru yang mengajar ‘ajaran salah’ maka guru itu yang
harus diambil tindakan bukan menjadikan sebagai alasan untuk
menghukum institusi ini secara keseluruhan. Ini nampaknya
memperjelaskan lagi keadah membakar kelambu disebabkan oleh seekor
nyamuk.

Hujah yang mengatakan terdapat murid SAR yang memijak-mijak gambar


pemimpin negara juga susah untuk dipertahankan atas hakikat bahawa
sekira SAR dilihat sebagai kilang untuk melahirkan kader-kader PAS, maka
sudah semestinya gambar-gambar pemimpin negara (baca UMNO) tidak
ada yang tergantung di dinding-dinding sekolah!!

Kajian menunjukkan pelajar SAR mempunyai tahap disiplin dan akhlak


yang tinggi. Perkara yang sebaliknya berlaku dikalangan pelajar SK dan
SMK kendalian kerajaan pusat. Mungkin sebab itu, Menteri Pelajaran
Malaysia (baca Menteri Pelajaran Umno) bertindak melarang gambar
Menteri Besar Pakatan Rakyat digantung di pejabat-pejabat pelajaran dan
sekolah-sekolah bagi mengelakkan gambar-gambar tersebut dipijak-pijak?

You might also like