Elektrik Dan Elektronik

Pengenalan Elektrik dan Elektronik akan membantu anda melaksanakan proses pengajaran pembelajaran dengan lebih berkesan mengikut matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bahagian ini merangkumi enam tajuk iaitu Asas dan Prinsip Elektrik, Konsep Asas Elektrik, Sumber Tenaga Elektrik, Komponen Elektronik, Litar Elektronik Asas serta Penyambungan Pemasangan Dan Pengujian Projek.

Hasil Pembelajaran Di akhir bab ini anda seharusnya dapat 1. 2. mengenal pasti jenis, fungsi dan simbol komponen elektronik; mentafsir dan menterjemahkan litar skematik kepada litar bergambar dan sebaliknya; memasang dan menyambung projek elektronik yang mudah; menghasilkan projek elektronik mudah berpandukan litar skematik; dan lukisan bergambar. mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja-kerja penyambungan dan pemasangan projek elektronik. melakukan ujian keterusan dan kefungsian menggunakan meter pelbagai

3. 4.

5.

6.

1-1

1.1

Asas dan Prinsip Elektrik a. Struktur atom pengalir dan penebat

Semua jirim terdiri daripada atom. Rajah 1.1 menunjukkan struktur asas suatu atom. Ianya terdiri daripada nukleus di bahagian tengah dan dikelilingi oleh elektron. Nukleus terdiri daripada proton dan neutron. Proton bercas positif manakala neutron tidak bercas. Kedua-dua zarah ini sentiasa kekal pada kedudukannya.

elektron proton (+) neutron P N orbit nukleus

Rajah 1.1: Struktur asas atom

Atom mempunyai elektron yang sentiasa bergerak mengelilingi nukleus dalam orbit (juga dikenali sebagai shell). Elektron membawa cas negatif dan beratnya ialah 1/1840 berat proton. Bilangan elektron bergantung kepada jenis atom, misalnya karbon mempunyai 6 elektron, kuprum mengandungi 29 elektron dan sebagainya. Dalam keadaan biasa bilangan elektron sesuatu atom adalah sama dengan bilangan proton. Atom mempunyai orbit berlapis-lapis. Setiap orbit mempunyai bilangan elektron dan paras tenaga yang tertentu. Orbit-orbit ini ditandakan dengan huruf K, L, M, N dan seterusnya. Orbit yang paling hampir dengan nukleus ialah orbit K dan orbit yang paling luar sekali dikenali sebagai orbit valensi. Elektron yang terdapat dalam orbit valensi dikenali sebagai elektron valensi. Bilangan maksimum yang boleh ditampung oleh setiap orbit ditentukan dengan menggunakan formula 2n2, di mana n mewakili nombor orbit mengikut kedudukan dari nukleus. Mari lihat satu contoh untuk memahami struktur suatu atom dengan lebih mendalam. Jadual 1.1 menunjukkan bilangan elektron bagi setiap orbit bagi atom kuprum yang mempunyai 29 elektron. Rajah 1.2 menunjukkan taburan elektron dalam atom tersebut

Orbit K L M N

Bilangan Elektron Setiap Orbit 2x(lxl)=2 2x(2x2)=8 2x(3x3)=18 1

Jadual 1.1: Taburan elektron atom kuprum Rajah 1.2: Atom

1-2

Elektron bergerak mengelilingi nukleus dalam orbitnya. Elektron-elektron ini kekal beredar dalam orbitnya kerana kesan daya tarikan di antara proton dengan elektron. Elektron yang berada hampir dengan nukleus lebih kuat terikat. Ianya sukar dikeluarkan dari orbit berbanding dengan elektron yang berada jauh dari nukleus. Jika elektron di orbit valensi dikenakan tenaga luar, ia akan keluar dari orbitnya dan menjadi elektron bebas. Terdapat berbagaibagai cara mengeluarkan elektron dari orbitnya. Antaranya adalah secara aruhan magnet, tindakan haba, kimia, cahaya, tekanan dan elektrik. Bilangan elektron valensi sesuatu atom menentukan ciri elektrik atom itu. Pertalian ciri elektrik dengan bilangan elektron valensi ditunjukkan dalam Jadual 1.2. Bilangan elektron valensi
1, 2 atau 3 4,5 5, 6 atau 7

Ciri elektrik
Pengalir Bahan separuh pengalir (Semikonduktor) Penebat

Contoh unsur
kuprum, emas aluminium karbon, silikon, germanium posforus, sulfur

Jadual 1.2: Kategori bahan berdasarkan bilangan elektron valensi Jika dua objek yang berlainan cas dihampirkan, objek tersebut akan menarik antara satu sama lain. Sebaliknya, jika dua objek mempunyai cas yang sama, ianya akan menolak antara satu sama lain Hukum ini digambarkan dalam Rajah 1.3. Hukum ini dikenali sebagai hukum cas elektrik dan menjadi asas penting untuk memahami bagaimana aliran arus elektrik terjadi.

Rajah 1.3: Hukum Cas Elektrik

1-3

b.

Sifat Pengalir dan Penebat

Pengalir

Ialah bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Aliran arus dalam suatu pengalir tidak dapat bergerak bebas kerana halangan daripada elektron dan atom-atom dalam pengalir ini. Dalam bidang elektrik dan elektronik halangan ini dikenali sebagai rintangan.

Suatu bahan pengalir dengan rintangan yang rendah adalah pengalir yang baik. Kebanyakan logam seperti kuprum, aluminium, emas besi dan plumbum adalah bahan pengalir elektrik yang baik.

Rintangan yang diberikan oleh pengalir bergantung kepada empat faktor penting: (1) (2) (3) (4) Panjang bahan; semakin panjang suatu bahan, semakin tinggi rintangannya, Luas muka keratan bahan; semakin besar luas permukaan suatu bahan, semakin rendah rintangannya Jenis bahan; bahan yang berlainan mempunyai kerintangan yang berbeza Suhu; kebiasaannya semakin tinggi suhu bahan, semakin tinggi rintangannya

Adalah bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Satu bahan penebat yang baik mempunyai rintangan yang sangat tinggi. Contoh bahan penebat ialah plastik, kertas, getah, PVC dan kain. Kebanyakan penebat digunakan sebagai bahan untuk menghindarkan kebocoran arus elektrik. Namun begitu, arus masih boleh melalui suatu bahan penebat jika dikenakan voltan yang cukup tinggi.

Penebat

1-4

Terdapat satu lagi kelas bahan yang dinamakan bahan separuh pengalir (semikonduktor). Sifat rintangan bahan ini adalah di antara pengalir dan penebat. Silikon dan Germanium adalah contoh bahan separuh pengalir dan sering digunakan dalam pembuatan komponen seperti diod dan transistor.

Jawab soalan dibawah

Latihan 1.Pernyataan manakah yang benar mengenai atom? (A) Nukleus bergerak mengelilingi atom (B) Proton bergerak mengelilingi nukleus (C) Elektron bergerak mengelilingi nukleus

(D) Elektron dan proton berada dalam nukleus
2. Kumpulkan maklumat berkaitan struktur asas suatu atom. Bina satu alat bantu mengajar struktur atom berdasarkan maklumat yang diperolehi.

3.

Takrifkan istilah: (i) pengalir (ii) penebat

1-5

2 menggunakan hasil projek “Penguji keterusan litar” yang telah anda bina.Penguji Keterusan Litar .2: Kategori bahan pengalir dan penebat .4: Projek Penguji Keterusan Litar Bahan kaca getah udara emas karbon perak Pengalir Penebat Bahan kuprum tembikar plastik air kertas kain Pengalir Penebat Jadual 1. Tandakan ( √ ) dalam ruangan berkaitan untuk menunjukkan sama ada bahan tersebut pengalir atau penebat bahan ujian prob A prob B 1kΩ Komponen dan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: Bongkah penyambung (5 A) Pemegang bateri 9V Diod pemancar cahaya (LED) Perintang tetap 1kilo ohm Wayar teras tunggal Bateri 9V Pena ujian + LED Rajah 1. 1-6 .4 Gunakan alatan tangan yang bersesuaian Lakukan ujian keterusan bahan dalam Jadual 1.Bina projek “Penguji keterusan litar” berpandukan litar bergambar dalam Rajah 1.

96 x 1018 elektron 1 coulomb ialah 6. Jika 1 coulomb cas mengalir melalui satu titik pada pengalir setiap saat.24 X 10 18 elektron Oleh itu: 24.96 X 1018 elektron bebas. Contoh: Seutas dawai tembaga mempunyai 24. pengalir tersebut membawa arus sebanyak 1 ampere.24 x 1018 proton (atau elektron).24 X 1018 elektron = Arus Arus elektrik (I) disukat dalam unit ampere (A). Satu coulomb cas ialah jumlah cas yang dipunyai oleh 6. Kuantiti cas elektrik (Q) ini disukat dalam unit coulomb (C). Jika objek itu mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama banyak. Kuantiti elektrik Cas Tenaga elektrik terdiri daripada cas positif yang dibawa oleh proton dan negatif oleh elektron.96 X 1018 elektron Cas (Q) = 6. I disukat dalam ampere. Kuantiti cas elektrik yang dibawa oleh satu proton dan satu elektron adalah sama besar. Q dalam coulomb dan t dalam saat . Hubungan tersebut boleh ditulis dalam bentuk persamaan berikut: Cas (Q) Arus = Masa (t) = 4 coulomb I = Q t di mana. Berapakah jumlah cas yang terdapat dalam wayar tersebut? Penyelesaian: Diberi: bilangan elektron ialah 24. dan bercas negatif jika mempunyai lebih bilangan elektron.1. Suatu objek dikatakan bercas positif jika mempunyai lebih bilangan proton. ianya dikatakan neutral.2 Konsep Asas Elekktrik a.

Contoh: Hitung nilai arus yang mengalir dalam satu litar elektrik apabila 75 coulomb cas elektrik melalui titik tertentu selama 30 saat. Satu bahan dikatakan mempunyai nilai rintangan 1 ohm apabila ianya dapat membenarkan arus 1 ampere mengalir dalam litar apabila voltan 1 volt dikenakan kepadanya. Arus akan mengalir melalui wayar Rajah 1.5 Litar asas arus terus . Pertalian ketiga-tiga kuantiti ini dinyatakan dalam Hukum Ohm. Semakin banyak elektron yang boleh dibekal dan diterima oleh terminal bateri tersebut. Pengaliran arus ini disebabkan oleh voltan (V). Kejadian ini boleh ditunjukkan dengan menyambung satu mentol kepada kutub positif dan negatif satu bateri melalui wayar kuprum seperti di dalam Rajah 1. arus elektrik akan mengalir. b. Rintangan Rintangan ialah suatu ciri bahan pengalir yang menghalang pengaliran arus elektrik di dalamnya.5 C/s 2. Voltan diukur dalam unit volt (V).5. atau beza upaya. Satu terminal akan membekalkan elektron melalui pengalir tersebut manakala terminal yang satu lagi menerimanya. Bagi satu nilai voltan (V) yang dikenakan pada suatu litar elektrik. semakin tinggi voltannya. kuantiti rintangan (R) dalam litar tersebut akan menentukan jumlah arus (I) yang mengalir. Arus Terus dan Arus Ulang Alik Arus Terus (AT) Arus elektrik ialah suatu pergerakan cas-cas. merentasi kedua-dua terminal bateri itu. Penyelesaian Diberi: Q = 75 C dan t = 30 s Cas (Q) Formula: Arus (I) = Masa (t) 75C Oleh itu: Arus = 30s = = 2. Kuantiti rintangan (R) disukat dalam unit ohm (Ω).5 A = Q t Voltan Apabila dua terminal suatu bateri disambungkan oleh pengalir.

Rajah 1. Mari kaji kejadian arus terus dengan lebih mendalam. arus lazim (arus konvensional) mengalir daripada kuitub ke kutub negative. elektron bebas dalam wayar pengalir (seperti kuprum) bergerak secara rawak. Rajah 1.dan filamen mentol menyebabkan mentol menyala. Apabila kutub negatif dan positif suatu bateri disambungkan kepada hujung wayar tersebut.4 adalah tetap sepanjang masa. pergerakan elektron sehala wayar kuprum arah pergerakan elektron Rajah 1.8: Bentuk Gelombang Arus Terus (AT) . Keadaan ini menghasilkan gelombang arus terus berbentuk garis lurus. Aliran elektron ini menghasilkan arus elektrik yang dikenali sebagai arus terus (AT). Arus (I) 0 Masa (t) Perhatikan arah aliran arus yang digambarkan dalam Rajah 1. Arus yang terhasil daripada bateri ini mengalir dalam satu arah sahaja dan dinamakan arus terus (AT). Dalam keadaan biasa.7: Aliran Kuantiti arus dalam litar seperti dalam Rajah 1. elektron bebas bergerak dari satu atom ke atom lain dalam satu arah seperti yang digambarkan oleh Rajah 1.6: Pergerakan elektron secara rawak arah aliran arus + bateri Rajah 1.6 Dalam kedua-dua rajah ini arus mengalir daripada kutub negatif ke kutub positif bateri. Rajah 6menunjukkan keadaan pergerakan ini.8 menunjukkan gelombang arus terus melawan masa. Mengikut satu ketentuan lain. Aliran arus seperti ini dikenali sebagai arus elektron.7.4 dan Rajah 1.

c. Contoh Pengiraan: Rajah 1. Hubungan V. kilang dan sebagainya mempunyai ciri aliran arus yang berlainan. V dalam volt dan R dalam ohm. Hukum ohm Hukum ini menyatakan bahawa arus (I) yang mengalir melalui satu beban dalam tertutup adalah berkadar terus dengan voltan (V) yang merentasi beban dan berkadar songsang dengan rintangan (R) beban tersebut dengan syarat suhunya tetap. nilai arus ini akan menuju tahap maksimum pada fasa negatif dan kemudian kembali ke sifar. Bentuk gelombang seperti ini dikenali sebagai gelombang sinus. Perubahan arah aliran arus ulang alik disebabkan oleh perubahan kekutuban punca voltan secara berselang-seli. I dan R ini dinyatakan oleh formula berikut: V I = R di mana: I dalam ampere. Rajah 1.9 menunjukkan bahawa nilai arus meningkat dari sifar ke maksimum pada fasa positif dan kemudian menurun ke sifar. Rajah 1. Arus (I) maksimum positif 0 Masa (t) maksimum negatif Rajah 1. Seterusnya.9 Gelombang Arus Ulang Alik Aktiviti: Buat bacaan lanjutan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis-jenis gelombang arus ulang alik selain daripada gelombang sinus.10 boleh membantu anda mengingati formula tersebut. Arus seperti ini dinamakan arus ulang alik (AU).5 menunjukkan gelombang arus ulang alik. sekolah.10: Segi Tiga VIR .Arus Ulang Alik (AU) Bekalan elektrik daripada stesen janakuasa ke rumah. Arah aliran arus ini sentiasa bertukar fasa dari positif ke negatif dan sebaliknya berulang-ulang. Rajah 1.

I = 0.4 A V Formula: R = I 12V Oleh itu.Contoh 1: Hitung arus yang mengalir melalui beban 24 Ω jika sebuah bateri 12 V disambung merentasinya.4 A. Pada hakikatnya. Langkah seterusnya ialah memahami cara bagaimana sekumpulan beban dalam suatu litar disambung – adakah ianya disambung secara siri atau selari. Kemudian membuat analisis atau pengiraan kuantiti-kuantiti mengikut jenis litar yang terlibat. Sebagai langkah pertama.4 A d. mari pelajari apakah yang dimaksudkan dengan litar elektrik. R= 24 Ω V Formula: I = R 12V Oleh itu. Litar Siri dan Selari Dalam tajuk ini anda akan pelajari jenis-jenis litar elektrik dan ciri-ciri penting setiap jenis litar. Sebagai permulaan. Rintangan (R) = 0. Sesetengah pelajar mendapati tajuk ini membingungkan kerana banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan melibatkan kerja-kerja pengiraan. Anda juga akan mempelajari cara menganalisis suatu litar khususnya yang berkaitan dengan tiga kuantiti elektrik yang telah dipelajari dalam Tajuk 3.5 A Beza upaya yang merentasi suatu beban ialah 12 V dan arus yang mengalir melaluinya ialah 0. Berapakah nilai rintangan beban tersebut? Penyelesaian: Diberi: V = 12 V. Formula Hukum Ohm juga akan digunakan dalam tajuk ini. anda perlu memahami ciri-ciri litar siri dan selari termasuk yang berkaitan dengan kuantitikuantiti elektrik. Arus (I) = 24 Ω = Contoh 2: 0.1. Penyelesaian: Diberi : V = 12V. = 30 ohm . tajuk ini tidaklah sukar untuk dipelajari.

kepada satu atau lebih beban dan kembali semula ke sumber bekalan melalui dawai pengalir. Contoh beban ialah: * peintang lampu alatan-alatan elektrik sumber elektrik pengalir beban Rajah 1. Oleh itu.12 dikatakan litar tertutup.Litar elektrik ialah laluan untuk arus mengalir daripada sumber elektrik. beban tidak boleh berfungsi.11: Litar Terbuka Litar tertutup suis Litar Rajah 1. Setiap beban mempunyai rintangan. pembesar suara dan sebagainya.12: Litar Tertutup Litar pintas Litar pintas berlaku apabila terdapat sentuhan di antara dua wayar terdedah (Rajah 1. elemen pemanas. dan mentol. Sambungan antara sumber elektrik dengan beban* adalah lengkap. Keadaan ini menyebabkan arus pengalir bersentuhan suis sumber elektrik pengalir beban Rajah 1. Sumber elektrik mempunyai daya gerak elektrik yang mewujudkan beza upaya merentasi beban supaya arus dapat mengalir dalam litar apabila suis di tutup. wayar. Tenaga elektrik dapat dimanfaatkan jika ianya ditukar kepada bentuk tenaga lain seperti tenaga cahaya.11 ialah litar yang terputus dan tidak lengkap. Sebab-sebab litar terbuka: (a) suis terbuka (b) wayar terputus (c) beban terbakar (d) sambungan yang longgar Nilai rintangan dalam litar ini adalah infiniti. haba. Penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan harian adalah bergantung kepada litar elektrik. Contoh beban ialah perintang. mentol. suis sumber elektrik pengalir beban Rajah 1. Litar terbuka Litar terbuka Rajah 1. (arus mengalir tanpa melalui beban). Anda boleh rujuk Rajah 4 . Satu contoh litar yang asas adalah terdiri daripada sel. Arus dapat mengalir dalam litar dan beban dapat berfungsi.13: Litar Pintas . Arus tidak melalui jalan asalnya. Sekarang mari pelajari istilah-istilah penting berkaitan dengan litar elektrik asas. suis. Arus tidak dapat mengalir melalui litar terbuka. bunyi dan sebagainya oleh beban dalam suatu litar.13).

suis. dan mentol. Litar elektrik penting kerana tanpanya tenaga elektrik tidak dapat digunakan dalam kehidupan harian.yang mengalir menjadi terlalu besar kerana wayar pengalir mempunyai rintangan yang sangat rendah. Rintangan dalam litar siri Jumlah nilai rintangan bagi perintang yang disambung secara siri dalam satu litar adalah jumlah semua rintangan. Litar elektrik ialah laluan untuk pengaliran arus.14: Litar selari . Arus elektrik tidak ada jalan lain kerana semua komponen elektrik disambungkan secara berurutan atau bersiri. Bagi mendapatkan jumlah rintangan dalam litar siri. S1 IR1 Vj Ij IR2 R1 VR1 Vj R2 VR2 Rajah 1. formula berikut digunakan: Rj = R1 + R2 + R3 + … + Rn Rj ialah jumlah rintangan R2 ialah perintang 2 R1 ialah perintang 1 R3 ialah perintang 3 Contoh: Suis. Sambungan litar siri membolehkan arus mengalir melalui setiap komponen. Arus yang terlalu besar boleh meningkatkan suhu wayar. wayar. Litar siri Litar siri adalah susunan litar elektrik dengan hanya satu laluan arus. Ianya terdiri daripada sumber elektrik. Litar elektrik yang mudah terdiri daripada sel. Arus elektrik tidak dapat mengalir dan litar tidak berfungsi jika mana-mana bahagian pada litar terputus atau terbuka. wayar penyambung. Litar pintas sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan kerosakan wayar pengalir dan kebakaran. dan beban atau perintang.

Bagi mendapatkan jumlah voltan dalam litar. jumlah rintangan dalam litar itu akan berkurangan kerana tendapat lebih laluan arus. Arus dalam litar selari Dalam litar selari. formula berikut digunakan: IJ = I1 = I2 = I3 …. semakin kurang jumlah rintangan.+ IRn Ij ialah jumlah arus Voltan dalam litar selari Dalam sambungan litar selari.. nilai voltan pada beban adalah sama dengan nilai voltan pada setiap laluan arus. Jumlah susutan voltan pada setiap beban itu adalah sama dengan voltan punca bekalan. In Voltan dalam litar siri Dalam litar siri. formula berikut digunakan: Vj = V1 + V2 + V3 + … + Vn Rintangan dalam litar selari Apabila perintang disambung secara selari. dan dalam perusahaan elektrik dan elektronik Bagi mendapatkan jumlah voltan dalam litar selari. Jumlah arus dalam litar selari boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:: Ij = IR1 + IR2 + …. terdapat beberapa laluan arus. arus yang mengalir berkurangan tetapi jika rintangan itu rendah. litar selari digunakan untuk litar elektrik rumah.Arus dalam litar siri Dalam litar siri. arus yang melalui mana-mana bahagian dalam litar adalah sama. Nilai voltan adalah sama pada setiap laluan arus dalam litar selari. arus yang mengalir meningkat. Kuantiti arus yang mengalir melalui setiap laluan bergantung kepada nilai rintangan pada laluan yang berkenaan. formula benikut digunakan: Vj = V1 = V2 = V3 . Jika satu laluan terputus. televisyen. Oleh itu. Kadar susutan bergantung kepada nilai rintangan dalam beban tersebut. litar siri-selari digunakan di dalam radio. Bagi mendapatkan jumlah arus melalui perintang dalam litar siri. nilai voltan pada setiap perintang akan susut. Jika rintangan laluan itu tinggi. Semakin banyak laluan arus. aliran arus masih boleh mengalir melalui laluan yang lain. Litar selari Litar selari adalah sambungan litar elektrik dengan dua atau lebih laluan arus.

dan IR2 jika R1 = 20 Ω. S1 Vj Ij IR1 R1 VR1 IR2 R2 VR2 Vj Rajah 1. Suis. 1 = Rj = 1 + 20 5 1 = 30 1 = 60 12 3 + 60 2 Rj = 12 Ω (ii) Beza upaya dalam litar selari adalah sama: V1 = V2 = Vj Oleh itu. tentukan: (i) jumlah rintangan Rj (ii) beza upaya VR1 dan VR2 (iii) jumlah arus Ij arus IR1.15. R2 = 30 Ω dan Vj = 5V.15 Litar selari Penyelesaian: Diberi: (i) R1= 20 Ω. R2 = 30 Ω dan Vj = 5 V Jumlah rintangan: Formula: 1 = Rj R1 1 + R2 1 + … + Rn 1 Oleh itu.Contoh pengiraan kuantiti-kuantiti elektrik dalam litar selari Berpandukan Rajah 1. V1 = V2 = 5V .

arus I1 = 5 V/20 Ω = 0.42 A Arus I1: Formula: I1 = V1/R1 Oleh itu. Kedua-duanya bersambung secara siri pula dengan perintang R1.16 menunjukkan bentuk asas suatu litar siri-selari. Kerosakan atau kebakaran sesuatu lampu atau alat elektrik tidak memberi sebarang kesan kepada perkakas yang lain. jumlah arus. Setiap lampu dan alat elektrik dapat dihidupkan dan dimatikan secara berasingan. Rintangan dalam litar siri-selari .16 Litar siri selari Litar siri-selari merupakan gabungan litar siri dengan litar selari dalam satu litar yang sama. Ij = 5 V/12 Ω = 0.25 A Arus I2: Formula: I2 = V2/R2 Oleh itu.(iii) Jumlah arus Ij: Formula: Ij = Vj/Rj Oleh itu. Voltan yang melintasi setiap perkakas elektrik adalah sama. arus I2 = 5 V/30 Ω = 0. Formula berikut digunakan untuk mendapatkan jumlah rintangan dalam litar selari: i. Litar siri-selari R2 R1 R3 Rajah 1. perintang R2 dan R3 bersambung secara selari. Dalam contoh ini.17 A Kebaikan litar selari (a) (b) (c) (d) Semua lampu menyala dengan kecerahan yang sama terang. Rajah 1.

R ialah I x R. oleh itu 10 ohm + 5 ohm = 15 ohm. Beza upaya merentasi setiap perintang 2.….. Rajah 17 menunjukkan contoh cara tiga perintang dapat digabungkan dalam litar siri-selari. 2. Arus yang sama mengalir melalui semua perintang. iaitu jumlah rintangan R2 dan R3 di atas Gunakan formula: 1 = Rj 1 = Rj 1 = Rj Rj 20 20 2 R2 1 + 20 1 + R3 1 1 = 20 / 2 Rj = 10 ohm (b) Kemudian campurkan 10 ohm itu dengan rintangan R1 = 5 ohm. Beza upaya yang sama merentasi semua cabang. +In 1/Rj = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3 + ….Rintangan dalam litar siri-selari dikira berdasarkan sambungan yang dibuat. + 1/ Rn Litar siri-selari Litar siri-selari terdiri daripada litar siri dan litar selari yang digabungkan bersama. 4. Kira rintangan dalam litar selari dahulu dan kemudian campurkan nilainya dengan rintangan dalam litar siri. 1. Litar selari Arus yang mengalir melalui setiap perintang adalah bergantung kepada rintangan masing masing. Vj = V1 + V2 + V3 + ………… + Vn 3. Rj = R1 + R2 + R3 + ………… + Rn 4. Perbandingan antara litar siri dan litar selari Litar siri 1. 3. . Cari rintangan dalam litar selari dahulu.. Untuk pengiraan. bahagikan litar siri-selari itu kepada litar siri dan litar selari. Ij = 11 + 12 + 13 + …………….

4. Suis juga digunakan untuk menukar aliran . R2 = 2Ω. R4 = 4Ω dan R5 = 3Ω hitungkan nilai jumlah rintangan bagi litar Rajah 18(a) dan 18(b). R2= 2Ω. Dalam penyambungan litar.3 Komponen – komponen Asas Sambungan Litar Elektrik Suis 1. R3 = 4Ω. suis digunakan untuk menyambung atau memutuskan aliran arus elektrik.17 Gabungan tiga perintang dalam litar siri selari Untuk mendapatkan nilai jumlah rintangan setara litar siri-selari. Rajah 1.= 1Ω 2+2 3. Contoh 6: Jika R1= 2Ω. langkah berikut boleh diikuti: (a) kenal pasti kumpulan perintang yang bersiri dan selari. (b) gunakan formula untuk menentukan nilai setara rintangan siri dan rintangan selari (RjA dan RjB).18(a) Rajah 1. (c) gabungkan RjA dan RjB untuk mendapatkan nilai jumlah rintangan Rj.18(b) Penyelesaian (a) Diberi: R1 = 2Ω. R3 = 4Ω dan R4 = 4Ω Formula: Rj = RjA + RjB 1/RjA = 1/R1 + 1/R2 R1 R2 Rintangan setara: RjA = ----------R1 + R2 2X2 = ----------.(a) (b) Rajah 1.

antaranya ialah suis pisau dan suis togol. Aktiviti 1. Untuk mengawal dua litar yang disambung kepada dua punca berasingan pada masa yang sama. Kuantiti Cas Arus Voltan Rintangan Simbol Unit Aktiviti 2 Senaraikan perbezaan antara arus terus dan arus ulang alik. Suis disambung secara bersiri kepada beban dalam litar dan dipasang pada wayar hidup. Untuk mengawal dua litar yang disambung kepada satu punca. Contoh suis pisau mengikut kegunaan tertentu adalah seperti berikut: Untuk mengawal hanya satu litar sahaja. Suis pisau Suis pisau biasanya digunakan untuk penyambungan litar voltan rendah sahaja seperti membuat eksperimen di makmal. Perbezaan Arus terus Arus ulang alik Sumber Pengaliran arus Bentuk Gelombang Kebaikan . 2. voltan dan rintangan dalam liatar siri dan selari. Anda dikehendaki memahami konsep aasas elektrik dan menghitung kuantiti arus. Terdapat berbagai-bagai suis. Untuk mengawal dua litar berlainan pada masa yang sama.arus melalui berbagai-bagai litar.

3. 1. Litar tutup ialah litar yang lengkap dan arus elektrik dapat mengaliur melaluinya. rintangan dan arus . Litar pintas sangat berbahaya kerana boleh merosakkan komponen dan menyebabkan kebakaran. Litar buka ialah litar yang tidak lengkap dan terputus. Bagi mencapai keinginan ini. 6. Arus yang mengalir dalam litar siri adalah sama pada mana-mana bahagian dalam litar. Rumusan 1. Litar pintas berlaku apabila arus mengalir secara terus dalam litar tanpa melaui beban atau jalan asalnya. Voltmeter mesti disambungkan secara selari dengan beban. 2. Suis digunakan dalam litar untuk menyambung atau meutuskan aliran arus elektrik. Litar selari adalah sambungan litar elektrik yang mempunyai dua atau lebih laluan arus elektrik. Litar siri selari adalah gabungan litar siri dan litar selari. Di samping barangan pengguna. Bincangkan. pelbagai barangan termasuk perkakas dan peralatan elektrik dan elektronik telah direkacipta. (a) Huraikan kosep struktur atom and hubungannya dengan penebat dan pengalir. beri satu contoh aktiviti di mana anda mengingkatkan kesedaran unsur keselamatan dalam sebuah bengkel. 7.3 Sumber Tenaga Elektrik Selain daripada keperluan asas untuk hidup. tenaga elektrik juga perlu . Jika satu laluan terputus. 8.) atau beza upaya di antara dua titik dalam unit volt. kepada murid. manusia ingin meningkatkan keselesaan hidup. (b) Bagaimanakah konsep ini memberi implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran elektrik? Selaku guru KH.Latihan 1. 4. aliran arus masih boleh mengalir melalui lauan yang lain. Voltmeter digunakan untuk mengukur daya gerak elektrik (d. terangkan cara penyambungan meter pelbagai di dalam litar untuk mengukur voltan. Litar siri selari digunakan dalam kebanyakan perkakas seperti radio dan televisyen. 5. Mengikut pengalaman anda. 2.g. 3. Suis disambung secara bersiri kepaada beban dan dipasang pada wayar hidup.e. Perkembangan ini menyebabkan permintaan terhadap tenaga elektrik meningkat dan menjadi semakin penting. Litar siri aadalah susunan litar elektrik dengan hanya satu laluan arus.Arus elektrik tidak dapat mengalir melaluinya.

e. f. Jenis arus elektrik sel kering ialah arus terus. Terdapat sel kering dan sel basah ii. Sel kering boleh didapati dalam berjenis bentuk dan saiz. b.19 Sel Kering a. Digunakan untuk alat-alat yang tidak memerlukan tenaga elektrik yang banyak . c. e. Sel kering Rajah 1. Sel basah . Tenaga elektrik untuk kegunaan harian banyak dihasilkan dengan tindakan kimia dan kemagnetan.dalam bidang industri dan perniagaan. Tenaga elektrik boleh dihasilkan daripada beberapa sumber tenaga lain seperti cahaya. f. Voltan sel kering yang biasa ialah 1. dan kimia. haba. Berikut adalah beberapa cara menjana tenaga elektrik Tenaga elektrik dapat dihasilkan melalui proses a. Dalam tajuk ini anda akan belajar mengenai pelbagai cara menghasilkan tenaga elektrik. d. b. tindakan kimia berlaku di dalam sel. d. c. a.5 volt. Tindakan kimia Tindakan Kemagnetan Tindakan Cahaya Tindakan Haba Tindakan Tekanan Tindakan Geseran Tenaga elektrik daripada tindakan kimia I. Apabila sel kering digunakan.

b. Sel basah boleh dicas apabila tenaga elektrik menjadi lemah. g. b.2 menunjukkan sel itu perlu dicas semula. boleh dipenuhkan dengan air suling. Tenaga elektrik daripada kemagnetan: i.Rajah 20 Sel basah a. c. Arus elektrik boleh dijanakan apabila a. Apabila paras elektrolit berkurangan. iii. Plat positif berbilangan ganjil dan plat negatif berbilangan genap. Bekas sel basah dibuat daripada plastik atau getah. h. Roda berpusing di dalam dinamo memutarkan magnet b. Voltan sel asid plumbum biasa ialah 2 volt. medan magnet bergerak memotong pengalir yang tidak bergerak Arus yang dihasilkan boleh ditambahkan sekiranya a. Putaran ini mengaruhkan tenaga elektrik di dalam gelung dawai yang . kelajuan pemotongan di antara pengalir dengan medan magnet ditambah ii. Sel asid plumbum ialah sejenis sel basah. Bacaan meter tumpat kurang daripada 1. e. satu pengalir memotong medan magnet yang tidak bergerak b. Penghasilan arus melalui aruhan ialah prinsip yang digunakan di Dalam sebuah dinamo: Rajah 21 Dinamo basikal a. f. magnet yang lebih kuat digunakan b. Sel basah dapat menghasilkan tenaga elektrik yang banyak. d. bilangan lilitan pengalir ditambah c.

ii. Arus elektrik boleh dihasilkan oleh dua logam berlainan yang dibelit dan dipanaskan. Kuasa elektrik yang dihasilkan bergantung kepada banyaknya tekanan dikenakan ke atas hablur yang terkapit di antara dua plat logam. Tenaga elektrik daripada haba: i. Rajah 21 Sel Solar a. selenium dan kalsium. iii. Tenaga elektrik yang dihasilkan seperti ini digunakan di dalam satelit. Sedikit arus elektrik boleh dihasilkan apabila tekanan dikenakan pada sejenis hablur seperti kuartz dan garam Rochelle . Arus yang dijanakan oleh dinamo adalah arus ulang alik c. natrium. Teras besi meningkatkan lagi arus yang dijanakan d. Tenaga elektrik daripada tekanan i. ii. Prinsip ini digunakan dalam alat penyala gas. Sedikit arus elektrik terhasil apabila cahaya memancar ke atas permukaan bahan tertentu seperti kalium. ii. . Alat ini disebut termokupel dan digunakan sebagai termometer untuk menyukat suhu haba dalam relau gas automatik dan oven. alat pemain piring hitam dan mikrofon. Sel-sel solar digunakan dalam kalkulator dan kamera. iii.dililit di sekeliling teras besi c. Tenaga elektrik daripada cahaya i. b. iv. Sel solar digunakan untuk menukar cahaya daripada matahari kepada tenaga elektrik.

lilin. Pergerakan cas elektrik ini dipanggil elektrik statik. elektron berpindah dari satu bahan ke bahan yang lain. bulu binatang dan nilon digeserkan. cas elektrik bergerak. Rajah1. iii. Apabila dua bahan yang berlainan cas disambungkan.Jangka galvani c. Bahan yang menerima elektron itu menjadi cas negatif dan yang menghilangkan elektron menjadi cas positif.23Tenaga elektrik daripada geseran Latihan 1. Apabila benda-benda tertentu seperti getah keras. kaca. iv. Rajah 22 Tenaga elektrik daripada tekanan Tenaga elektrik daripada geseran: i. ii. Nyatakan perbezaan antara sel primer dan sel sekunder Sel Primer Sel Sekunder .

4 Komponen Elektronik Sebagai seorang pelajar baru dalam bidang elektrik dan elektronik. Anda mungkin tertanya-tanya tentang apakah nama. kegunaan. Ianya tidak memerlukan sebarang input untuk berfungsi. Unit untuk menyukat rintangan ialah ohm (Ω). diod dan litar bersepadu. Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar kerana adanya rintangan. Kebanyakan komponen jenis ini dibina menggunakan bahan separuh pengalir. simbol dan fungsi beberapa komponen elektronik.2. binaannya dan pelbagai soalan lain mengenai komponenkomponen berbagai-bagai itu. Contoh komponen aktif ialah transistor. Komponen pasif ialah komponen-komponen yang tidak menyumbang kepada gandaan voltan. Komponen Pasif Perintang Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar elektronik. Contoh komponen pasif ialah perintang. pemuat dan pearuh. dan arus. 1. dan arus kepada suatu litar. Terdapat dua jenis perintang: Perintang tetap – perintang yang mempunyai nilai rintangan yang tetap Perintang boleh ubah – perintang yang nilai rintangannya boleh diubah-ubah Rajah 24: Contoh-contoh Perintang . Dalam tajuk ini anda akan diperkenalkan dengan jenis. Komponen ini juga boleh menghasilkan tindakan pensuisan dalam suatu litar.1 a. anda mungkin kebingungan apabila melihat komponen-komponen yang terdapat pada satu papan litar.4. 4. 3. 1. Perintang juga digunakan sebagai pembahagi voltan. Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehan an gandaan voltan. Komponen ini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. Apakah tenaga yang terhasil apabila arus mengalir melalui elemen pemanas? Apakah sebuah motor elektrik berputar. Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai komponen pasif dan komponen aktif. apakah tenaga yang dihasilkannya? Apakah tenaga yang terhasil daripada diod pemancar cahaya? .

Suatu perintang tetap jenis karbon biasanya ditandakan dengan 4 atau 5 jalur warna pada badannya.mewakili had terima Warna Hitam Perang Merah Oren Kuning Hijau Biru Ungu Kelabu Putih Emas Perak Tiada warna Jalur 1 Digit Pertama 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Jalur 2 Digit Kedua 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 10 2 10 3 10 4 10 5 10 6 10 7 10 8 10 9 10 -1 10 -2 10 0 Jalur 3 Pendarab 1 10 100 1000 10000 100000 1000000 10000000 100000000 1000000000 0. Rajah 1.mewakili digit pertama Jalur 2 . Jalur 1 .Contoh perintang tetap dan boleh ubah serta simbol skematiknya ditunjukkan dalam Rajah 1.mewakili digit kedua Jalur 3 .01 Jalur 4 Had Terima ± 1% ± 2% ±5 ± 10 ± 20 Rajah 1. 25.mewakili nilai pendarab Jalur 4 .25: Kod Warna Perintang Contoh: Terjemahkan kod warna perintang berikut: hijau 5 hitam kuning 0 104 emas ± 5% . Nilai perintang tetap dinyatakan dalam bentuk kod warna.25 menerangkan maksud jalur-jalur warna dan nombor yang diwakili oleh setiap warna. Mari kita pelajari cara menterjemah kod warna perintang yang terdiri daripada 4 jalur warna.1 0.

Jenis Pemuat Rajah 1. nilai rintangan nilai had terima Maka. Pemuat tetap Pemuat tetap ialah pemuat yang nilai kemuatannya tetap.27: Binaan Komponen kapasitor atau pemuat boleh didapati dalam banyak rupa bentuk dan saiz. Pemuat Jenis pemuat Simbol Pemuat merupakan satu komponen pasif yang dapat menyimpan cas elektrik.26: Jenis dan simbol pemuat Pemuat dibina daripada dua plat pengalir yang dipisahkan oleh bahan dielektrik seperti ditunjukkan dalam rajah 1. kertas.27. Anda perlu pastikan pemuat berkutub disambung pada kekutupan yang betul. Binaan Pemuat Rajah 1.26. Sebaliknya pemuat membenarkan arus ulang–alik mengalir dalam litar. Walau bagaimanapun kesemua kapasitor boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh ubah. Had terima maksimum Had terima minimum = = 500000 + 25000 = = 500000 – 25000 = = 525000 Ω 525 kΩ Ω 475000 Ω 475 kΩ Ω = = (50 X 10000) Ω ± 5% = 500000 ± 5% 500000 X 5% = ± 25000 Ω b. Jenis dan simbol pemuat ditunjukkan dalam rajah 1.25: Warna hijau mewakili nombor 5 Warna hitam mewakili nombor 0 Warna kuning mewakili pendarab 104 atau 10000 Warna emas mewakili had terima ± 5% Oleh itu. Pemuat jenis ini ada yang berkutub seperti pemuat elektrolitik. Pemuat mampu menghalang aliran arus terus apabila ianya dicas sepenuhnya.Penyelesaian: Berdasarkan Rajah 1. Bahan dielektrik adalah jenis penebat elektrik seperti udara. mika. dan seramik. Pemuat tetap jenis tidak berkutub seperti . Ia boleh dicas dan dinyahcas.

Dua digit pertama kod ini adalah nombor asas dan digit ketiga ialah pendarab. nilai kemuatan juga bertambah. Unit bagi kemuatan ialah farad. jenis bahan dielektrik – bahan dielektrik yang berbeza mempengaruhi nilai kemuatan sesuatu pemuat Penggunaan pemuat : Jenis Litar Litar Penapis Litar motor Litar penalaan Penggunaan pemuat Mengurangkan voltan riak atau meratakan gelombang untuk mendapatkan voltan malar Pembaik faktor kuasa litar Mengurangkan kesan gangguan hingar kepada alatan lain Menentukan kadaran frekuensi penjana dan frekuensi radio Spesifikasi pemilihan pemuat . Pemuat boleh ubah Pemuat boleh ubah ialah jenis pemuat yang nilai kemuatannya boleh dilaras. C. Jadi. Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sesuatu pemuat ialah: • • • luas permukaan plat – jika luas permukaan plat bertambah.28: Kod nombor 10 X 102 = 1000 piko Farad = 10 nano Farad = 0.pemuat seramik. nilai kemuatan akan berkurangan. F. mika dan kertas pula boleh disambung tanpa mengambilkira kekutupan sambungannya. jarak di antara dua plat – jika jarak di antara plat bertambah. Nilai kemuatan dapat diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang berkesan atau jarak antara plat.001 mikro Farad. Nilai kemuatan sesuatu pemuat dinyatakan pada badan pemuat itu dengan menggunakan salah satu daripada cara berikut: • • • Nilai sebenar dicetak terus pada badan pemuat Nilai dinyatakan menggunakan kod warna Nilai dinyatakan menggunakan kod nombor tiga digit Cara menterjemah nilai pemuat yang dinyatakan dengan kod nombor ditunjukkan dalam contoh berikut: Kod nombor bagi pemuat dalam rajah 28 ialah 102. nilai yang dinyatakan oleh 102 dalam rajah 28 ialah: Rajah 1. Kemuatan Kemampuan sesuatu pemuat untuk menyimpan cas dinyatakan dalam kemuatan.

Rajah 13 menunjukkan diod simpang dan simbol skematiknya. .4. H.2 Komponen Aktif Diod • • • • Diod ialah komponen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah. Pearuh / Gelung / Induktor Pearuh dibina daripada dawai pengalir yang dililit dalam bentuk gegelung.29: Simbol skematik jenis-jenis pearuh 1. Bahagian katod ditandakan dengan satu gelang yang tercetak berhampiran Rajah 1. Kebanyakan pearuh mempunyai rintangan yang rendah.Semasa memilih sesuatu pemuat untuk menyediakan sesuatu projek elektronik. Penentangan ini dinamakan regangan induktif. Pearuh menentang arus ulang-alik. spesifikasi berikut perlu diberi perhatian: Spesifikasi Nilai kemuatan Had terima pemuat Voltan kerja Keterangan Nilai kemuatan dinyatakan samada dengan menggunakan kod tercetak atau kod warna pada badan pemuat Had terima menunjukkan kejituan julat nilai sebenar pemuat iaitu nilai kemuatan minimum dan maksimum Voltan kendalian maksimum yang mampu diterima oleh pemuat sebelum pecah tebat dielektrik dilampaui. Cantuman ini menghasilkan diod simpang. Rajah 1. Diod dibina dengan mencantumkan bahan semikonduktor jenis-P dan jenis-N. Bahagian diod yang dibina daripada bahan jenis-P dinamakan anod (+) sementara bahagian bahan jenis-N dinamakan katod (-).29 menunjukkan simbol skematik pelbagai jenis pearuh. XL. Nilai kearuhan sesuatu pearuh disukat dalam unit Henry.30: Diod simpang dan simbol skematik • dengannya. Ianya biasa digunakan untuk menghasilkan voltan aruhan. Satu fungsi penting diod simpang ialah menukarkan arus ulang alik kepada arus terus. Teras udara Teras ferit Teras besi Pearuh boleh ubah Pearuh praset Rajah 1.

Rajah 1. LED biasa digunakan sebagai penunjuk. Perintang perlu disambung secara siri kepadanya untuk mengelakkan arus berlebihan mengalir melaluinya. LED membenarkan arus elektrik mengalir sehala. Rajah 32: Bentuk fizikal dan simbol skematik LED • Ada tiga cara untuk menentukan kaki LED: a.BJT • • • dicipta pada 1948 membuka era baru dalam bidang elektronik sumbangan transistor kepada bidang elektronik: litar menjadi lebih kecil litar beroperasi tanpa kuasa pemanas – menjimatkan tenaga menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah peralatan elektronik lebih tahan lasak Binaan dan Simbol transistor BJT Terdapat dua jenis transistor BJT • . c.• Diod mengalirkan arus apabila dipincang hadapan dan menghalang aliran arus apabila mendapat pincang balikan. b. LED beroperasi pada voltan rendah (sekitar 1. Kaki yang hampir dengan permukaan rata adalah katod. Bagi LED yang baru. Lihat rajah 31 pincang hadapan pincang balikan Rajah 31 Cara memincang diod Diod pemancar cahaya (LED) • • • • • • Diod pemancar cahaya (LED) adalah satu jenis diod yang dapat memancarkan cahaya apabila mendapat punca voltan positif pada anod dan negatif pada katod. kaki anod lebih panjang dari kaki katod Hujung kaki berbentuk bendera (di dalam badan LED) adalah katod Transistor (Simpang DwikKutub) . dan yang jauh adalah anod.5V).32 menunjukkan bentuk fizikal dan simbol skematik LED.

Beri perhatian khusus kepada kekutupan punca bekalan yang disambung kepada setiap kaki transistor.pincang balikan Memincang Transistor NPN • Cara memincang transistor NPN dengan betul ditunjukkan dalam rajah 1.satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-N diapit oleh bahan separa pengalir jenis-P NPN --. (Kesilapan semasa membuat sambungan ini akan menyebabkan transistor rosak atau tidak berfungsi).PNP --. .33.pincang hadapan ► pemungut dan pengeluar --.satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-P diapit oleh bahan separa pengalir jenis-N Kaji binaan serta simbol skematik kedua-dua jenis transistor dalam rajah 33 dasar dasar pengeluar pengeluar Simbol Struktur transistor PNP Simbol Struktur transistor NPN Rajah 1.33: Struktur asas dan simbol skematik transistor • • setiap bahan separa pengalir ini disambungkan dengan kaki (pin) nama dan fungsi kaki transistor adalah seperti dalam jadual 1: Nama Kaki tapak (base – B) pengeluar (emitter – E) pemungut (collector – C) Fungsi mengawal arus pemungut membekalkan cas-cas kepada pemungut mengumpulkan cas daripada pengeluar Jadual 1: Nama dan fungsi kaki transistor BJT • Memincang Transistor ► pengeluar dan dasar --.

5% arus IE mengalir ke tapak menjadi arus tapak. IB dan 95 . IB dan IC ialah IE = IB + IC . Sejumlah 1 .99% arus IE mengalir ke pemungut menjadi arus pemungut. Pertalian matematik bagi IE. Pergerakan elektron ini menghasilkan aliran arus tapak (IB). proses berikut akan berlaku: Elektron dari sumber bekalan VBE akan menolak elektron pada pengeluar ke arah simpang.0025 cm) dan mempunyai sedikit sahaja lohong Lapisan pengeluar dan pemungut lebih tebal dan mempunyai lebih banyak elektron. Sebahagian kecil daripada elektron ini diresap oleh lohong di dalam tapak manakala majoriti elektron di tarik masuk ke dalam pemungut kerana kesan tarikan cas positif punca bekalan VCE.E C B VCE pincang hadapan pincang balikan Rajah 1. arus pemungut (IC) dan arus pengeluar (IE). IC. Apabila transistor dapat punca bekalan voltan yang betul (seperti dalam rajah 34).34: Cara memincang transistor NPN Kendalian transistor NPN apabila dipincang dengan betul dapat diterangkan seperti berikut: Lapisan tapak sangat nipis (0.

proses berikut akan berlaku: Lohong pada pengeluar ditolak ke arah simpang oleh sumber bekalan VBE. arus pemungut (IC) dan arus pengeluar (IE). pemungut (C) disambung kepada punca bekalan negatif VCE. E C arus lohong B pincang hadapan pincang balikan Rajah1.35: Cara memincang transistor PNP Apabila transistor dapat punca bekalan voltan yang betul (seperti dalam rajah 1. Sebahagian kecil daripada lohong bergerak ke punca bateri VBE melalui tapak. perhatikan bahawa: arus dalaman transistor melibatkan pengaliran lohong arus luaran transistor melibatkan pengaliran elektron Fungsi Transistor Transistor berfungsi sebagai suis elektronik Komponen ini juga berfungsi sebagai penguat untuk menggandakan arus. • Merujuk kepada rajah 35. Pergerakan lohong ini menghasilkan aliran arus tapak (IB). Kaki pengeluar (E) disambung kepada punca bekalan positif VBE.Memincang Transistor PNP cara memincang transistor PNP dengan betul ditunjukkan dalam rajah 1. (Kesilapan semasa membuat sambungan ini akan menyebabkan transistor rosak atau tidak berfungsi). Manakala majoriti lohong di simpang di tarik masuk ke dalam pemungut kerana kesan tarikan cas negatif punca bekalan VCE.35).35 Beri perhatian khusus kepada kekutupan punca bekalan yang disambung kepada setiap kaki transistor. voltan atau kuasa .

Keadaan ini menyebabkan arus yang mengalir dari pengeluar ke pemungut menjadi terlalu kecil. Aliran arus output menyebabkan lampu menyala dan transistor bertindak sebagai suis tutup. Kesimpulannya: Transistor akan off jika tapak-pengeluar tidak dipincang hadapan Voltan yang mengawal arus tapak menentukan nilai arus output Transistor sebagai penguat (amplifier) Rajah 1. simpang pengeluar-pemungut mempunyai rintangan yang sangat tinggi dan menyebabkan transistor berada dalam keadaan tidak beroperasi. Rajah 1.37: Taransistor sebagai penguat . Kesannya. arus dapat mengalir dalam litar input dan menyebabkan rintangan simpang pengeluar-pemungut berkurangan. Ketika ini transistor beroperasi dan menyebabkan arus besar mengalir dalam litar output. tiada output dari transistor dihasilkan dan lampu dalam litar output tidak menyala.36 menunjukkan contoh litar transistor yang berfungsi sebagai suis. Apabila suis S1 ditutup.Transistor sebagai suis • Rajah 1.37 menunjukkan contoh litar transistor yang berfungsi sebagai penguat.36: Transistor sebagai suis Apabila suis S1 terbuka. Rajah 1.

Rajah 39 pula menunjukkan fungsi pin IC 555 dan simbol skematiknya. Isyarat output yang dihasilkan adalah sebanyak 3V p-p (disukat menggunakan osiloskop).38: Contoh pakej IC Rajah 1. yang diperolehi dari litar tersebut ialah : AV = = = (V keluar) /(V masuk) 3V p-p/0. Litar Bersepadu (IC) • • • • Litar bersepadu ialah komponen yang mengandungi transistor perintang.u.LSI. IC juga boleh dikategorikan sebagai: ▪ ▪ • • IC analog .Isyarat input a. diod yang disepadukan menjadi sekeping cip.02V p-p 150 Ini bermakna transistor Q1 mempunyai faktor penguatan sebanyak 150 kali ganda. dsb. Rajah 1.). kapasitor. (Contoh: IC Pentium III mengandungi 6 juta transistor di dalamnya).02V p-p dikenakan kepada tapak transistor Q1.39 Fungsi pin dan simbol skematik IC 555 .u. Gandaan voltan. AV a. bilangan komponen . Pemproses mikro adalah satu jenis IC yang sangat besar dari segi bilangan komponen yand ada di dalamnya.38.litar pensuisan 'on' atau 'off' Contoh pakej IC ditunjukkan dalam rajah 1.seperti amplifier radio IC digital . sebesar 0. IC boleh dikelaskan dengan berbagai cara (seperti bentuk pakej. VLSI.

40) digunakan untuk menyambung dawai dan komponen elektronik dalam pemasangan projek.Bahan Bongkah Penyambung • • • Bongkah penyambung (rajah 1. Kelebihan menggunakan bongkah penyambung dalam pemasangan projek ialah pemasangan komponen boleh diubah-ubah dengan mudah.40: Bongkah penyambung. Alat tangan yang diperlukan untuk memasang komponen kepada bongkah penyambung ialah pemutar skru mata rata bersaiz kecil atau pena ujian sahaja. Rajah 1. .

. 5.Rumusan 1. Nilai rintangan bagi sesuatu perintang bergantung kepada kod warna perintang dan juga kod tercetak. 6. 3. Jumlah rintangan dalam litar siri adalah hasil tambah setiap rintangan dalam litar tersebut. Jumlah rintangan dalam litar selari adalah lebih kecil daripada nilai rintangan yang terkecil dalam litar tersebut. Perintang yan mempunyai kestabilan tinggi dapat mengekalkan rintangan dengan perubahan suhu dan jangka hayat. 4. Saiz perintang menunjukkan kadar kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang. Had terima menunjukkan nilai minimum dan maksimum bagi perintang. 2.

a. Rajah 41 menunjukkan contoh rajah blok satu sistem audio.1. Rajah blok juga memudahkan kerja-kerja mengesan kerosakan. Contonya.5 Penyambungan. sumber bekalan AU Unit bekalan kuasa mikrofon 1 Pengadun audio mikrofon 2 Rajah 1. jika tiada isyarat keluaran daripada pembesar suara sedangkan isyarat keluaran daripada pengadun dapat dikesan. Dalam tajuk ini anda akan mempelajari caracara bagaimana simbol-simbol tersebut dapat disatukan untuk menghasilkan lukisan litar. rajah litar skematik dan rajah papan litar bercetak (PCB).41. Lukisan litar yang akan dipelajari ialah rajah blok. rajah litar bergambar.4 anda telah mempelajari jenis. Setiap blok litar atau peringkat dilabelkan berdasarkan fungsinya. Pemasangan dan Pengujian Projek Dalam Tajuk 1. . maka bahagian yang mungkin rosak ialah sama ada penguat kuasa atau pembesar suara. simbol skematik dan kegunaan komponen-komponen elektronik.41: Rajah Blok Sistem Penguat Kuasa Audio Penguat kuasa audio pembesar suara Dalam rajah 1. UNIT BEKALAN KUASA menukarkan bekalan voltan arus ulang alik kepada voltan arus terus yang diperlukan oleh sistem tersebut. Dengan demikian. Sesuatu blok disambung antara satu sama lain menggunakan garisangarisan anak panah untuk menunjukkan arah aliran isyarat atau pertalian di antara blok-blok. isyarat-isyarat masukan beraras rendah daripada mikrofon diadun oleh PENGADUN AUDIO. Ianya juga menunjukkan pertalian di antara peringkat-peringkat dalam suatu sistem elektronik. hanya bahagian penguat kuasa atau pembesar suara sahaja yang perlu dibaiki. Rajah blok amat berguna untuk menerangkan sesuatu sistem yang kompleks dengan mudah. Isyarat yang dikeluarkan oleh pengadun (masih beraras rendah) ini kemudian dimasukkan pula kepada PENGUAT KUASA AUDIO. Lukisan Litar Rajah Blok Rajah ini terbina daripada blok-blok berlabel yang mewakili suatu litar atau peringkat. Penguat ini mengeluarkan isyarat beraras tinggi yang dapat membunyikan pembesar suara.

rajah ini tidak jauh bezanya dengan peta jalan kerana kedua-duanya dilukis menggunakan simbol-simbol. pertalian di antara komponen-komponen semakin sukar dilihat. Rajah ini sesuai digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang elektronik. Ianya juga sesuai digunakan untuk membina projek elektronik yang kecil dan mudah. .43 menunjukkan rajah litar skematik bagi projek dalam rajah 1. Tambahan pula.42 menunjukkan rajah litar bergambar suatu projek yang di pasang menggunakan bongkah penyambung. rajah litar bergambar tidak sesuai digunakan untuk Rajah 1. ruang yang diperlukan untuk melukisnya lebih besar. Sebenarnya. Anda hanya perlu perbanyakkan latihan. Lukisan rajah litar skematik menggunakan simbol skematik piawai untuk mewakili sesuatu komponen tertentu.42 Rajah Litar Bergambar susun atur fizikal sebenar sesuatu litar. Label ini penting untuk pengenalan komponen. Rajah 1. Rajah 1.Rajah Litar Bergambar Binaan sesuatu sistem elektronik boleh dipersembahkan dengan menggunakan rajah litar bergambar. Rajah Litar Skematik Apabila sesuatu projek menjadi semakin besar. Jika litar kompleks dilukis menggunakan rajah litar bergambar. Dalam rajah ini komponen-komponen dilukiskan menyerupai bentuk fizikalnya yang sebenar. Oleh itu. rajah litar skematik kelihatan membingungkan. Jangan bimbang dengan keadaan ini kerana anda sudah mengenali simbol beberapa komponen elektronik dalam tajuk-tajuk yang lalu.43: Rajah Litar Skematik mempersembahkannya. Selain daripada simbol. Garisan-garisan digunakan untuk menunjukkan sambungan di antara komponen-komponen. Rajah litar skematik lebih sesuai digunakan untuk mempersembahkan suatu litar yang besar atau kompleks. Rajah ini membolehkan suatu litar besar dilukis dengan kemas dan dimuatkan dalam ruangan yang lebih kecil. kesabaran dan ketelitian. Biasanya satu rajah litar skematik disertakan dengan senarai komponen yang mengandungi maklumat penting mengenai sesuatu komponen.42 Bagi orang yang tiada latar belakang elektronik. komponenkomponen juga dilabelkan dengan huruf-huruf (seringkali berserta nombor) tertentu. Rajah ini membolehkan kebanyakan orang memahami suatu litar dengan mudah kerana kurang berbentuk teknikal. Bilangan dan jenis komponen yang terlibat juga bertambah banyak dan berbagai-bagai. litarnya akan menjadi semakin kompleks. Ciri penting rajah ini ialah ianya menunjukkan Rajah 1.

susun atur fizikal komponen-komponen yang bakal dipasang 2. Kedudukannya juga dilabelkan dengan label huruf (bernombor) untuk mengelakkan kesilapan semasa memasang komponen. Beberapa kebaikan PCB: Rajah 1. Dengan cara ini.44: Papan Litar Bercetak 1. Rajah 1. Ciri ini menyebabkan penjimatan ruang. Binaan litar biasanya kecil kerana kurangnya penggunaan wayar-wayar penyambung.44menunjukkan satu contoh projek elektronik yang dipasang menggunakan papan litar bercetak. 2. bentuk dan warna suatu komponen adalah berbeza-beza walaupun saiz simbolnya sama Bagi tujuan pembelajaran dan sebab-sebab yang lebih praktikal. anda perlu menguasai kemahiran menterjemah rajah litar skematik kepada rajah litar bergambar dan sebaliknya. 5. Ciri utama PCB ialah penggunaan balapan kuprum ‘tercetak’ menggantikan kebanyakan wayar-wayar penyambung komponen-komponen. saiz dan ruang yang diperlukan oleh sesuatu litar yang hendak dipasang kerana saiz. (Papan litar bercetak seringkali dipanggil PCB singkatan bagi Printed Circuit Board). Pemasangan litar lebih kemas dan komponennya tersusun rapi 3. Pastikan anda melakar satu lubang untuk setiap pin (kaki) komponen. 4. Pembinaan litar boleh dijalankan dengan cepat – cuma perlu letakkan komponen di tempat yang disediakan dan pateri. Kaedah yang ekonomik jika litar yang sama hendak dihasilkan dengan banyak.45 menunjukkan bagaimana suatu rajah papan litar bercetak disediakan berdasarkan rajah litar skematik. . Kedudukan suatu komponen di atas papan litar bercetak boleh ditunjukkan dengan lukisan bentuk fizikal komponen berkenaan atau simbol skematiknya. Kerja penting semasa melukis rajah litar jenis ini ialah menentukan susun atur komponen-komponen yang akan dipasang serta melakar balapan kuprum yang menyambungkannya. Rajah 1.Rajah skematik tidak memberi gambaran sebenar tentang perkara berikut: 1. Rajah Papan Litar Bercetak Peralatan elektronik komersial biasanya dipasang menggunakan papan litar bercetak. Kesilapan semasa memasang litar dikurangkan kerana pendawaian dan susunan komponen telah ditentukan lebih awal. kefahaman anda terhadap sesuatu litar juga akan menjadi lebih mudah. Saiz sebenar sesuatu komponen perlu diberi perhatian semasa melukis rajah papan litar bercetak.

Punarkan permukaan kuprum dengan merendamkannya dalam larutan ferik klorida. Langkah-langkah mencetak papan litar bercetak adalah seperti berikut: 1. Dapatkan sekeping bod berlapik kuprum untuk cetakan PCB.45 Rajah Papan Litar Bercetak Hasil lukisan rajah litar bercetak ini dipindahkan ke atas bod berlapik kuprum nipis untuk dicetak. Bersihkan permukaan kuprum dengan bahan penggilap logam atau atau berus keluli yang halus. 6. 3. Bersihkan dakwat kalis bahan kakis dengan bahan pelarut yang sesuai (seperti thinner) 9.Rajah 1. Cuci bod kuprum dengan air dan keringkan bod. 2. . Langkah selanjutnya selepas rajah litar berkaitan disediakan ialah pemasangan dan penyambungan. Buat lubang pandu pada setiap tempat untuk memasukkan kaki komponen. 8. 7. Pindahkan rajah papan litar bercetak yang telah disediakan ke permukaan kuprum. 5. (Larutan ferik klorida disediakan dengan melarutkan 250g hablur ferik klorida dalam 1 liter air). 4. Uji keterusan balapan dengan menggunakan meter pelbagai. Tebuk lubang pada lubang pandu menggunakan gerudi mini berdiameter 1mm. Surih semula rajah yang telah dipindahkan ke atas permukaan kuprum dengan pen berdakwat kalis bahan kakis. Berhenti menunar apabila semua bahagian kuprum yang tidak dikehendaki telah dikakis. Saiz lukisan rajah ini biasanya sama dengan saiz sebenar papan litar bercetak yang akan dihasilkan.

Pemasangan jenis kekal pula digunakan untuk membina projek yang telah mantap reka bentuknya dan biasanya melibatkan pematerian. Komponen-komponen boleh digunakan berulang-kali untuk beberapa projek yang berlainan.48: Pemasangan Projek Menggunakan Verobod .46 dan Rajah 1.46 .47 hingga Rajah 1. Pemasangan Projek Menggunakan Bongkah Kayu Berskru Atau Paku Rajah 1. Penyambungan dan pemasangan Menghasilkan Projek Elektronik Penghasilan projek elektronik boleh dilakukan dengan berbagai cara menyambung dan memasang komponen-komponen elektronik. ujian dan kajian makmal.48. Sesetengah cara melibatkan penggunaan bahan dan alatan yang murah dan mudah diperolehi.b. Rajah 1. Komponen-komponen sesuatu projek boleh dipasang secara sementara atau kekal. Pemasangan ini selalunya digunakan dalam kerja-kerja seperti mereka bentuk litar.47: Pemasangan Projek Menggunakan Bongkah Penyambung Rajah 1. Dalam tajuk ini anda akan pelajari cara pemasangan projek elektronik. Cuba anda kaji beberapa cara pemasangan projek yang biasa digunakan dalam penghasilan sesuatu projek elektronik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. latihan. Ada pula cara yang memerlukan peralatan dan kemahiran yang khusus. Pemasangan sementara melibatkan kerja pemasangan yang berubah-ubah serta pengujian dan pembaikan yang kerap.

Rajah ini perlu disesuaikan dengan cara pemasangan yang dipilih. . Perkaraperkara berikut perlu diberi perhatian semasa meyusun komponen di peringkat memasang (dan juga semasa melukis rajah litar): a. 6. Dapatkan bahan yang diperlukan berdasarkan kepada cara penyambungan yang dipilih serta komponen-komponen seperti yang dinyatakan dalam rajah litar dan senarai komponen yang disertakan. Beri perhatian kepada nilai dan jenis komponen yang diperlukan.Susun Atur Komponen Pemasangan projek elektronik melibatkan langkah-langkah kerja berikut: 1. Jika perlu. Kaki positif mestilah disambungkan ke punca voltan positif dan kaki negatif kepada punca voltan negatif. Setelah semua komponen dipasang. ubahsuaikan susun atur komponen dengan melukis semula rajah litar. b. Uji semua komponen untuk memastikan ianya berkeadaan baik sebelum di pasang. Sambungan yang salah bukan sahaja mengakibatkan litar itu tidak berfungsi bahkan boleh merosakkan komponen itu. Langkah ini dapat mengelakkan kesukaran semasa menyiapkan projek. pastikan kaki komponen itu disambung dengan mantap. goyangkan badan komponen untuk memastikan sambungan itu mantap. Anda perlu melakukan kerja pengujian litar. Anda perlu mengetahui cara-cara menalpasti kedudukan kaki komponen tersebut. diod pemancar cahaya dan buzer piezo) di sambungkan mengikut kutubnya. Jika perlu. Sambungan yang salah boleh merosakkan komponen. 2. 4. Setelah sesuatu projek siap dipasang dan disemak jangan tergesa-gesa untuk mengenakan sumber voltan. 3. Komponen lain yang berkaitan dengannya hendaklah disambungkan ke bahagian yang betul. Setiap kali suatu komponen dipasang. Komponen-komponen yang berkutub (seperti pemuat elektrolit. Anda perlu merancang susun atur komponenkomponen dengan teliti sejak dari peringkat awal pembinaan sesuatu projek. penerus terkawal silikon (silicone controlled rectifier – SCR dan litar bersepadu .IC) hendaklah disusun terlebih dahulu. Ambil satu komponen pada satu-satu masa dan susunkan mengikut kedudukan yang ditunjukkan dalam rajah litar yang dirujuk. 5. Sambungan yang longgar menyebabkan litar terbuka dan projek akan gagal berfungsi. Komponen-komponen berkaki tiga atau lebih (seperti transistor. Kaji susun atur komponen yang terbabit berdasarkan rajah litar yang disediakan. semak semula susun atur komponen berdasarkan rajah litar.

50 Alat Pemateri dan Pemegang . Elakkan timah pateri lebur daripada terkena sambungan lain kerana ianya boleh menyebabkan litar pintas. Hujung bit pemanas – bermuncung tajam atau rencung di satu sisi 3. Alat ini diletakkan pada pemegang khas yang disertakan dengan sejenis span apabila digunakan. Rajah 1.Pematerian Kerja memateri melibatkan penggunaan alat dan penguasaan kemahiran tertentu. Alat pemateri digunakan untuk meleburkan timah pateri. Kerja ini tidaklah begitu sukar untuk dilakukan. kegagalan untuk sesuatu projek berfungsi sentiasa sedia menanti. Fungsi bahan ini ialah: membantu mengalirkan timah pateri lebur mengelakkan pengoksidaan berlaku ketika kerja memateri mengasingkan lapisan oksida pada tempat yang dipateri Rajah 1. Timah pateri boleh didapati dalam beberapa saiz mengikut diameter.50 menunjukkan satu contoh alat pemateri elektrik yang sering digunakan dalam kerja elektrik dan elektronik. Kebolehan untuk menukar ganti bit apabila perlu Rajah 1. Kadar kuasa – 20 hingga 40 watt 2. Timah pateri yang baik mengandungi bahan lakur atau fluks di bahagian tengahnya. berusahalah untuk menguasai kemahiran memateri dengan baik. Oleh itu. Beri perhatian khusus kepada perkara-perkara berikut semasa memilih alat pateri: 1. Rajah 49 menunjukkan contoh timah pateri berserta bahan lakur.49 Timah Pateri Apabila melebur (pada suhu sekitar 370oC). Timah pateri ialah satu aloi yang terdiri daripada campuran timah dan plumbum pada kadar 60:40 (iaitu 60% timah dan 40% plumbum). timah pateri bertukar menjadi cecair yang kemudiannya melekatkan bahagian-bahagian logam yang hendak dicantum. Tetapi jika pematerian tidak dilakukan dengan sempurna.

52 untuk mendapat sambungan yang baik. Alihkan timah pateri dan kemudian alat pemateri. Di samping alat kelengkapan pematerian. Buat persediaan berikut: .Rajah 1.alat pemateri dipanaskan secukupnya . Dapatkan hasil pematerian yang baik seperti dalam Rajah 1. anda juga perlu mengenali dan menggunakan beberapa alat tangan lain dengan cara yang selamat dan betul. Beberapa alat tangan yang sering digunakan adalah seperti dalam Rajah 1. Panaskan kaki komponen dan balapan kuprum dengan hujung bit secara serentak kira-kira 2 hingga 3 saat.53 dan kegunaannya adalah seperti berikut: Playar Muncung Tirus memegang benda kerja kecil.52 Hasil Pematerian Langkah-langkah memateri: 1. 5. 3. membentuk dan menyerap haba semasa memateri memotong dawai elektrik Rajah 1. Amalan tabiat kerja yang baik bukan sahaja dapat mengelakkan kecederaan semasa bekerja tetapi juga dapat memastikan alatan tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik untuk satu tempoh yang lama.kaki komponen yang hendak dipateri digosok sedikit dengan kertas las 2. Kenakan timah pateri pada kaki komponen yang telah dipanaskan dan biarkan timah melebur (Lihat Rajah 51) 4.51: Teknik Memateri Rajah 1.span telah lembabkan dengan air .timah pateri disediakan secukupnya .53 : Alat Tangan Pemotong sisi memotong dawai elektrik dan kaki komponen .

Pemeriksaan Visual Semasa membuat pemeriksaan visual.Penjalur Wayar Spring menanggalkan penebat dawai elektrik Pemutar Skru melonggar dan mengetatkan skru dua jenis pemutar skru yang lazim digunakan ialah pemutar skru mata rata dan pemutar skru philip Penyedut Timah Pateri menyedut timah pateri yang hendak ditanggalkan daripada bod litar setelah lebur (digunakan serentak dengan alat pemateri) Beberapa lagi alat tangan lain mungkin diperlukan dalam kerja elektrik dan elektronik. Langkah ini perlu dilakukan sebelum bekalan sumber voltan dikenakan kepada projek yang siap dipasang. ujian ini juga dilakukan untuk mengesan keadaan litar terbuka dan litar pintas. Ujian Keterusan Ujian ini dilakukan untuk memastikan sambungan-sambungan yang dibuat mempunyai keterusan. Antara tanda-tanda yang perlu diperhatikan dan kesannya adalah seperti berikut: . tanda-tanda tertentu yang mungkin menyebabkan litar pintas dan litar terbuka dikesan melalui pemeriksaan dengan mata kasar. Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai alatan ini daripada bahan rujukan lain. Pada masa yang sama. Terdapat dua ujian yang perlu dilakukan iaitu ujian keterusan dan ujian kefungsian. Pengujian Litar Pengujian litar perlu dilakukan setelah pemasangan disemak. Ujian keterusan boleh dilakukan dengan dua cara: a.

Sentuhkan prob negatif dan positif kepada setiap punca penyambung bateri dan perhatikan bacaan nilai rintangan keseluruhan litar yang ditunjukkan oleh meter ohm. pilih julat yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm). Satu daripada tujuan pemeriksaan ini ialah untuk memastikan bahawa jumlah rintangan keseluruhan litar yang dipasang tidak sifar atau infiniti. Oleh yang demikian. Pastikan nilai rintangan yang ditunjukkan oleh meter itu tidak sifar atau infiniti. pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukan dengan menggunakan alat pengujian tertentu. Jika bacaannya sifar. Jika projek dipasang dengan suis. Perhatikan nilai rintangan yang ditunjuk oleh jarum penunjuk. arus elektrik tidak dapat mengalir ke dalam bahagianbahagian tertentu litar seperti yang sepatutnya. Pemeriksaan Menggunakan Alat Ujian Pemeriksaan visual tidak dapat mengesan beberapa keadaan tertentu pada sesuatu litar. Anda perlu menukar julat satu tahap lebih tinggi jika disyaki bahawa nilai rintangan keseluruhan litar melebihi bacaan maksimum yang boleh diukur oleh meter pada julat yang dipilih. Meter pelbagai adalah satu alat pengujian yang paling biasa digunakan dalam pemeriksaan ini.Tanda-tanda visual Sambungan kaki komponen longgar Kesan Kerosakan fizikal pada komponen yang dipasang Litar terbuka (seperti tanda hangus pada perintang tetap) Kaki komponen yang terdedah bersentuhan satu sama lain Timah pateri yang melimpah melepasi balapan lain Timah pateri menyambungkan dua komponen yang tidak sepatutnya bersambung Litar terbuka atau Komponen berkutub disambung dengan kekutuban litar pintas atau yang salah kerosakan komponen Apabila litar terbuka. ubah kedudukan tuil suis beberapa kali sambil memerhatikan kedudukan jarum penunjuk meter. Kejadian litar pintas pula bukan sahaja menyebabkan projek gagal berfungsi tetapi juga b. Litar pintas . Keadaan ini menyebabkan projek gagal berfungsi. Langkah-langkah berikut perlu dilakukan dalam ujian jenis ini: 1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm. 2. projek mempunyai litar terbuka. projek mempunyai litar pintas dan jika bacaannya infiniti.

Ulangi langkah 2 untuk memastikan masalah litar pitas telah diatasi. litar terbuka atau kerosakan fizikal komponen dibaiki. . Pastikan voltan sumber bekalan kuasa elektrik adalah seperti yang dikehendaki untuk sesuatu projek berfungsi dengan sempurna. Sentuhkan satu prob pada satu balapan dan prob yang satu lagi pada balapan bersebelahan. Projek yang memerlukan bekalan kuasa arus terus TIDAK boleh disambungkan ke soket bekalan kuasa elektrik 240 V arus ulangalik. Terbalikkan kutub prob dan ulangi langkah 2. 7. 8. 6. Wayar-wayar penyambung bateri telah disambungkan mengikut punca yang betul. Wayar merah adalah wayar positif (+) manakala wayar hitam adalah wayar negatif (-). . lalukan bit alat pemateri panas di sepanjang balapan untuk mencair dan membuang limpahan timah pateri. pilih julat yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm). Jika bacaan sifar ohm diperolehi. Setelah kedua-dua ujian keterusan telah dilakukan dan semua masalah litar pintas. ada kalanya pemeriksaan secara visual tidak dapat mengesan dua balapan kuprum bersebelahan yang pintas (kerana limpahan timah pateri yang terlalu kecil). anda perlu pastikan perkara-perkara berikut sebelum menyambung bekalan voltan kepada projek: 4. 5. Jika projek dipasang menggunakan verobod.3. Voltan yang lebih tinggi boleh merosakkan komponen manakala voltan yang rendah tidak akan memberi kesan yang memuaskan. Walau bagaimanapun. Bacaan meter ohm sepatutnya menunjukkan bacaan infiniti (kecuali jika balapan bersebelahan memang sengaja disambung menggunakan wayar pelompat). Keadaan ini boleh dikesan menggunakan meter ohm mengikut langkah berikut: Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm. barulah projek tersebut boleh dikenakan punca voltan.

Pematerian perlu dilakukan dengan menggunakan alat. • • • • • . Terdapat empat jenis lukisan litar dalam kerja-kerja elektronik iaitu: rajah rajah blok. Pemasangan kekal dibuat dengan memateri komponen pada verobod atau papan litar bercetak. Alat tangan perlu digunakan dengan cara yang betul dan selamat supaya kecederaan diri dan kerosakan alat serta projek yang dikerjakan tidak rosak. rajah litar skematik dan rajah papan litar bercetak. Komponen yang mempunyai tiga atau lebih kaki perlu dipasang dengan kedudukan yang betul dalam litar.Rumusan: Dalam tajuk ini anda telah didedahkan dengan isi-isi pelajaran yang berikut: • Suatu projek elektronik dipasang secara sementara jika bahan seperti blok kayu berskru/paku dan bongkah penyambung digunakan. Komponen berkutub hendaklah dipasang mengikut kekutuban yang betul supaya projek dapat berfungsi dan komponen tersebut tidak rosak. bahan dan teknik yang betul supaya sambungan komponen mempunyai keterusan yang dikehendaki dan tidak pintas. Susun atur komponen bagi sesuatu projek elektronik boleh dirancang dengan melukis rajah litar bergambar dan rajah papan litar bercetak berdasarkan rajah litar skematik. rajah litar bergambar.

Rajah ini mudah difahami dan digunakan dalam kerja memasang litar mudah. Rajah papan litar bercetak perlu dilukis berdasarkan rajah skematik untuk mencetak bod litar PCB. • • • • Litar Skematik Pengesan Lembapan Senarai Komponen: R1 & R2 R3 R4 R5 C1 TR1 IC1 LED1 S1 SP1 Perintang tetap 1 kΩ ½ W Perintang tetap 100 kΩ ½ W Perintang tetap 10 Ω ½ W Perintang tetap 220 Ω ½ W Pemuat seramik 0.01 µF Transistor CS 9013 (NPN) Litar bersepadu 555 Diod pemancar cahaya (sebarang warna) Suis SPST Pembesar suara (8Ω ½ W) Penyambung Bateri 9V Bateri 9V Plat sentuh Verobod Soket IC 8 pin . Rajah ini sesuatu untuk melukis litar yang besar dan lebih bersifat teknikal. Rajah litar bergambar menunjukkan binaan suatu litar elektronik menggunakan bentuk fizikal komponen. Rajah litar skematik juga menunjukkan binaan litar elektronik tetapi menggunakan simbol-simbol skematik. PCB dihasilkan dengan cara penunaran bod berlapik kuprum yang telah dilukis dengan rajah papan litar bercetak menggunakan larutan ferik klorida.• Rajah blok mewakili peringkat-peringkat dalam sesuatu litar dengan blok-blok berlabel yang dihubungkan dengan garisan anak panah dan membantu dalam memahami litar dan kerja mengesan kerosakan.

.

Contoh Rajah Litar Bergambar (Pemasangan verobod 17 lubang X 24 baris) S1 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X + J2 LED 1 a − k J1 1 TR e J3 b c 1 8 IC 1 5 J5 R1 C1 R2 J4 R3 4 R5 R4 SP 1 Plat Sentuh 1 5 10 15 Arah balapan kuprum Nota: Bahagian bertanta ‘x‘ menunjukkan balapan kuprum perlu dipotong .

NAMA: ________________________________________________ PROGRAM: _____________________________________________ NAMA PROJEK: _________________________________________ TARIKH: _________________________________________ Rajah Litar Bergambar (menggunakan verobod 14.5 cm X 6.5 cm) 1 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 60 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X .

.

SILA GUNAKAN ICON-ICON BERIKUT BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN Gunakan pita rakaman audio atau radio. Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir. Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan. Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’. . Gunakan bahan-bahan multimedia. Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

isu-isu penting dengan membuat ulasan. Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.Buatkan ujikaji. Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD. Buatkan catatan atau nota-nota penting. Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul. Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep. Senarai penerangan makna ba gi sesuatu istilah. Senarai semak. Rujukan surat khabar. .

Fikir mengenai soalan yang diberikan.. . lukisan).SELAMAT BERJAYA. rajah.. Aktiviti Tutorial Itu saja yang perlu anda lakukan.. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.. jadual.Panduan kepada pengguna. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.. Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep..

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful