You are on page 1of 26

KANDUNGAN

PENGHARGAAN SOALAN TUGASAN PENDAHULUAN PENGURUSAN BILIK SENI PENGURUSAN RUANG PSV BERKONSEPKAN FUTURISTIK PELAN LANTAI BILIK SENI HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI A. RUANG CETAKAN B. BILIK AKSES ICT C. STOR D. RUANG PEJABAT SENI E. BILIK AIR / TANDAS F. TAMAN ILHAM G. KORIDOR H. RUANG UTAMA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN I. BLOK PAMERAN

J. RUANG TEMBIKAR K. RUANG TEKSTIL IKLIM BILIK PSV DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL PENUTUP REFLEKSI BIBLIOGRAFI 1

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang memberikan

sumbangan, ilham dan idea serta buah fikiran untuk menyiapkan kerja kursus Kajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah PSV 3104 ini terutamanya pensyarah pembimbing iaitu Puan Rashihah bt. Muhammad. Tidak lupa kepada rakan-rakan PGSR ambilan November 2009 / 2013 yang telah memberi kerjasama yang baik ketika sesi perbincangan Sesi perbincangan banyak memberi sumbangan idea yang amat berharga. Ketika sesi perbincangan juga dapat meneliti beberapa kekurangan dan kelemahan. Kemudian, perlu kepada penambah baikan terhadap bahan rujukan dan olahan terhadap tugasan ini. Terakhir, kepada mereka yang sentiasa berkorban memberikan sokongan dan dokongan untuk mencari ilmu terutama isteri dan anak-anak yang sangat faham proses pembelajaran ketika cuti. Cuti perlu dikorbankan untuk diri sendiri. Tiada istilah untuk bercuti panjang ketika sebegini. Proses pembelajaran ketika cuti sudah pasti ruang untuk cuti sukar untuk diraikan secara bersama. Namun, demi kepentingan dan

harapan, maka ilmu perlu dituntut sepanjang hayat untuk masa hadapan bersama. Kesukaran akan dapat dirungkai sekiranya mendapat berkat dan restu daripada semua pihak. Antaranya pensyarah pembimbingan, ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan semua pihak yang memberi sokongan di sebalik tabir. Kesenangan akan dapat dinikmati setelah bebanan dapat dipikul di pundak. Kenikmatan akan dapat dirasa

setelah berjaya. Kepuasan akan terkesan di hati setelah melihat kejayaan yang telah menyebelahi.

PENGENALAN Kurikulum Bidang Pendidikan Seni Seni Visual disusun berdasarkan dan dua bidang Seni iaitu

Penghasilan

Visual

serta

Sejarah

Apresiasi

Visual.

Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagai pendidikan kemahiran keputusan mengaplikasi pengurusan. Bagi membolehkan murid menguasai bidang seni kemahiran-kemahiran ini visual, dalam kegiatan idea, ini guru perlu dan kemahiran. seni Antara ialah kemahiran kemahiran berkesan, yang akan dikuasai kritis murid dan melalui kreatif, dan dan

visual

berfikir

secara

berkomunikasi yang

secara

kemahiran mencari,

membuat

pilihan

tepat,

kemahiran kemahiran

menginterpretasi dan

maklumat,

bekerjasama

kemahiran

mengintegrasikan pembelajaran. penerokaan, terancang, Semua selepas

kedua-dua

pengajaran harus

Dalam

penghasilan idea, teknologi,

melibatkan secara tertentu. dan

pewujudan penggunaan seni

perkembangan alat dan

pembelajaran melalui sebelum, budaya teknik

bahan

kegiatan proses

mengutamakan Ini

kajian-kajian

semasa

penghasilan.

bertujuan

menerapkan

penyelidikan

di kalangan murid.

Dalam

mencapai

matlamat

Pendidikan

Seni

Visual

dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio dan dan untuk pembelajaran praktikal tetapi Pendidikan Pendidikan Seni Seni Visual Visual. dijalankan kepada domain dalam Pengajaran bentuk teori guru

pendekatannya asalkan

bergantung tiga

kebijaksanaan iaitu,

mengendalikannya

meliputi dan

pengetahuan, nilai.

kemahiran Perkara kegiatan yang kreatif ditegaskan yang dalam

bidang

penghasilan yang

seni

visual disentuh,

adalah dilihat

melibatkan

benda-benda

dapat

dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan Bidang minat terhadap dan dalam Pendidikan Seni Seni Visual dan Visual dapat dikembangkan. kepada

Sejarah seni

Apresiasi kehidupan seni dan

memberi dalam

tumpuan

pengalaman Perbandingan

harian

budaya

kebangsaan. bagi visual

dengan

budaya

luar dalam

juga

digalakkan seni

memperlihatkan

keseimbangan

pendedahan

bidang

termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya kebangsaan.

PENGURUSAN BILIK SENI Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti: unsur seni menggambar / melukis warna lukisan alam semulajadi seni huruf dan sebagainya.
7

Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia/guru kanan juga perlu mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut :
1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri

kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk.
2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya

ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus.
3. Bahan P&P - teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat

yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain=lain,


4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain 5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya

mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya.
6. Bahagian Pameran - bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang

kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk.
7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P. 8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan

P&P.
8

9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati

semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.


10. Papan Maklumat - iaitu Notis Board, maklumat notis semasa, jadual pengagihan

tugas dan jadual waktu penggunaan bilik seni.


11. Sebaiknya

di

bilik/studio

PSV

juga

terletaknya

pejabat

seni

kerana

memudahkan segala pengurusan PSV samada darisegi pengurusan Fail dan pengurusan P&P.

PENGURUSAN FUTURISTIK

RUANG

PENDIDIKAN

SENI

VISUAL

BERKONSEPKAN

Seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubah kearah kesenian yang lebih kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum melalui

peredaran masa dan zaman, telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa kita sedari. Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan tulisan mahupun melalui seni khususnya melalui subjek Pendidikan Seni dan Visual. Justeru, perlu ada satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat digilap. Untuk itu saya telah melengkapkan satu pelan lantai yang futuristik, dengan harapan dapat diterima pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan meluahkan hasil-hasil karya mereka apabila berada di ruang pendidikan seni visual futuristik ini. Konsep bilik seni yang saya bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan asas di dalam bilik seni. Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik seperti ruang

utama pengajaran dan pembelajaran, ruang cetakan , ruang tembikar, ruang tekstil, ruang pejabat seni, ruang akses ict, stor dan sebagainya. Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada pengkaryapengkarya yang menggunakan ruang futuristik yang saya ciptakan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap kejayaan yang dicapai itu memerlukan sokongan dari perkaraperkara yang lain iaitu ruang pembelajaran yang dapat mencetuskan idea-idea hebat melalui penggunaan ruang atau prasarana yang kontemporari.

10

HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI A. RUANG CETAKAN Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai alat cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat

konvensional disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak konvensional seperti 1) Cetak tinggi (relief print), wood cutprint, wood engraving print, lino cut print, 2) Cetak dalam (Intaglio) dry print, etsa, mizotint, sugartint 3) Sablon (Silk screen). Teknik cetak dengan teknologi moden adalah seperti offset dan digital print. Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan konvensional. B. RUANG AKSES ICT
11

Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa. Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum. Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan pengunjung-pengunjung yang berada di dalam bilik tersebut. Untuk menjaga kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pengunjung-pengunjung boleh meletakkan kasut pada arak kasut yang telah disediakan. Seperti yang telah dinyatakan tadi, bilik ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat dikawal hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Komputer-komputer yang digunakan juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. Begitulah juga sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini akan masuk semula ke dalam ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama lagi. C. STOR Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahanbahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz,
12

cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan

ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini. Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih, maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan mudah. D. RUANG PEJABAT SENI Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod, perkara ini dapat diatasi dengan begitu

penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal. E. BILIK AIR/TANDAS

13

Keperluan asas didalam bilik seni juga dititikberatkan. Bilik air dan tandas yang selesa disediakan untuk sesiapa sahaja yang menggunakan bilik seni. Semua tandas di sini juga berkonsepkan futuristik dan mesra pengguna. Revolusi reka bentuk kepala paip menunjukkan satu inovasi baru diadaptasikan di sini. Kepala paip diaplikasikan dengan teknologi sensor, pengguna cuma perlu menghulurkan tangan untuk mengeluarkan air. Kepala paip ini sungguh berkesan untuk mengurangkan pembaziran air ketika tidak digunakan dan juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu memusing kepala paip sekiranya tangan licin atau berminyak. Bilik air dan tandas ini juga dilengkapi dengan exhaustfan untuk menyedut udara panas. F. TAMAN ILHAM Ruangan ini terletak di kawasan luar bilik seni dan berfungsi sebagai kawasan untuk bersantai setelah penat bekerja atau membuat pelbagai aktiviti. Murid-murid atau pengunjung-pengunjung yang datang boleh berehat atau menenangkan fikiran melalui dua buah sudut alam yang disediakan di situ. Sudut alam itu merangkumi kawasan taman yang menghijau dan terdapat kolam ikan juga beberapa jenis haiwan seperti beburung, arnab juga serangga seperti rama-rama yang berwarna-warni. Suasana ini sudah pasti memberi ketenangan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir apabila melihat keletah arnab-arnab yang berlari-lari, beburung yang

berterbangan di dalam sangkar juga kilauan rerama yang dapat memberi inspirasi kepada semua. Tidak lupa juga dengan pergerakan ikan-ikan yang berenang-renang di dalam kolam yang lengkap dengan landskap yang cantik.

14

Di samping dapat berehat dan menenangkan fikiran, kawasan ini juga untuk mendapat kenalan baru apabila pengunjung-pengunjung datang ke ruangan ini sambil berehat dan bertukar-tukar fikiran tentang perkara-perkara yang ingin dikongsikan bersama. Ruangan ini mempunyai bumbung berkaca yang membolehkan cahaya dari atas menerjah masuk. Walau bagaimanapun di kawasan ini juga ada disediakan sistem pendingin hawa untuk memberi keselesaan kepada pengunjung-pengunjung. G. KORIDOR Dinding koridor ini boleh digunakan oleh pelajar melukis mural yang boleh dipadam dan digunakan kembali mengikut keperluan. Dengan ini mural-mural selalu bertukar ganti dan dibuat mengikut design atau ilustrasi terkini. Dengan adanya ruang khas untuk pelajar melukis mural, ianya memudahkan lagi hasil-hasil seni pelajar dipamerkan secara tidak langsung

.
H. RUANG UTAMA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ruang ini terletak di kawasan tengah bilik menjadi tempat berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Didalam ruang ini ditempatkan meja, kerusi, kabinet menyimpan barangan, tong sampah, pentas persembahan murid serta beberapa kelengkapan lain yang bersesuaian. Bilik ini boleh menempatkan lebih kurang 40 orang murid juga peserta dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana konsep bangunan ini bercorak futuristik maka perabot-perabot yang digunakan juga adalah yang canggih dan terkini. Sebagai contoh kerusi yang digunakan oleh murid15

murid boleh dilaraskan mengikut saiz dan ketinggian murid atau peserta-peserta yang menggunakan kerusi tersebut. Ini akan memberi keselesaan dan keseronokan apabila berada di atas kerusi tersebut. Kerusi guru juga tidak kurang hebatnya kerana selain daripada selesa, guru juga boleh bergerak dalam bilik tersebut tanpa berjalan kerana kerusi ini ada akses kawalan yang membolehkan kerusi ini bergerak dengan lancar. Walau bagaimanapun terpulang kepada guru tersebut sama ada mahu menggunakan akses tersebut atau tidak. Pentas di dalam bilik ini juga disesuaikan dengan baik sekali supaya semua murid yang menggunakan bilik tersebut dapat melihat dengan jelas sesuatu bentuk aktiviti yang dijalankan dari pelbagai sudut. Pentas ini juga digunakan untuk sebarang presentation daripada murid mahupun daripada tenaga pengajar. I. BLOK PAMERAN

Blok pameran ini berada di tengah-tengah bilik seni di dalam ruangan utama pengajaran dan pembelajaran. Ianya memudahkan sesiapa sahaja yang berkunjung untuk melihat hasil-hasil seni pelajar yang dipamerkan. Rak kayu yang diletak ditengahtengah ruang pameran dapat mempamerkan beberapa hasil 3 dimensi pelajar seperti arca, assemblaj, stabail, boneka, diorama, model dan origami. Selain itu juga guru boleh mempamerkan hasil kraf tradisional seperti tembikar, anyaman, seni ukiran kayu, gasing dan sebagainya. Seterusnya dengan adanya papan pameran gantung juga dapat mempamerkan hasil pelajar seperti mobail, topeng, model dan sebagainya. Objek-objek ini mampu untuk

16

meransangkan deria pelajar disamping memberi peluang kepada pelajar untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. J. RUANG TEKSTIL Tidak jauh dari ruang tembikar, terletak ruang tekstil. Ruang ini juga tidak jauh beza penggunaannya dengan ruang tembikar. Dari segi saiz dan struktur ruangnya adalah sama, cuma dari segi peralatan, proses dan produknya adalah berbeza. Di dalam bilik ini terdapat ketuhar pemanas, tempat mencelup kain, alat acuan menekap kain, meja untuk menekap kain, ampaian untuk menjemur kain juga peralatan lain yang bersesuaian. Proses untuk menghasilkan tekstil yang lengkap bermula di ruang ini. Dari sehelai kain putih yang kosong sehinggalah menjadi sehelai kain yang lengkap dengan pelbagai corak melalui proses menekap, melukis secara free hand dan pelbagai teknik terkini mengikut teknologi sekarang iaitu menggunakan komputer. Jika pada masa dahulu bilik memproses tekstil menggunakan cara manual, di ruang ini pula terdapat ke dua-dua cara sama ada secara manual atau menggunakan komputer. Ini bertujuan untuk menampilkan kelebihan dan juga kekurangan apabila kita menggunakan cara manual mahupun dengan menggunakan komputer. Ruang tekstil juga menggunakan tingkap automatik pada sebelah atas dinding untuk mendapatkan pengudaraan yang sistematik.
K. RUANG TEMBIKAR

Bilik seni ini juga dilengkapi dengan ruang tembikar. Ruang ini dilengkapi dengan alatalat untuk membuat tembikar seperti tanah liat, mesin acuan, mesin ketuhar, tanur
17

elektrik, batu-bata yang berasaskan aluminium silikat untuk tujuan pembinaan dan lainlain bahan yang berkaitan. Ruang ini khusus untuk peserta-peserta membentuk tembikar yang diingini.. Selain daripada alat-alat tembikar, ruang ini juga dilengkapi dengan sudut pameran tembikar untuk dipamerkan kepada pengunjung yang hadir. Oleh kerana ruang ini tidak sesuai untuk dipasangkan pendingin hawa maka tingkap kawalan automatik dibina di bahagian atas dinding dengan tujuan memberi ruang untuk pengudaraan yang lebih sistematik. Semua akses hanya dengan menekan butangbutang kawalan yang sangat mudah dioperasi. Ciri-ciri keselamatan juga sangat diutamakan di sini seperti pemadam api yang dikawal secara automatik dan pantas. Semua ini adalah antara konsep futuristik yang terdapat dalam ruang ini untuk kemudahan dan keselesaan murid-murid juga pengguna-pengguna yang menggunakan ruang ini. STRUKTUR BINAAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN Struktur binaan bilik hendaklah menekankan aspek-aspek keselamatan. Pada dasarnya struktur bangunan yang terdapat bilik seni mestilah mempunyai ketahanan yang baik dan dapat mengelak daripada kebakaran berlaku. Ini dapat dicegah melalui penggunaan bahan kalis api. Selain itu bahan binaan itu juga seharusnya dapat membataskan pergerakan api ke bahagian lain dengan cepat. Bahan binaan bangunan juga perlu mempunyai ketahanan yang tinggi dalam menyerap haba, ini penting kerana aktiviti di bilik seni terutama di ruang tembikar menggunakan banyak bahan api. Setiap ruang di dalam bilik seni ini dihalang oleh dinding. Dinding ini dibina dengan bahan yang kalis bunyi untuk mengelakkan daripada berlakunya

18

suasana bising yang boleh mengganggu setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik seni ini. Di dalam bilik seni ini juga ada disediakan sinki untuk membasuh alat-alat yang telah digunakan dan disimpan semula ke dalam kabinet. Bagi penggunaan sinki, pengguna hanya perlu menghulurkan tangan dan air akan keluar dengan sendiri sama ada air biasa atau air yang bersuhu panas dimana ianya menggunakan teknologi sensor. Sinki ini juga boleh disorokkan seandainya tidak perlu digunakan. Kabinet yang terdapat di sini akan masuk ke dalam dinding sewaktu tidak digunakan dan akan keluar semula seandainya perlu digunakan. Ini semua adalah untuk menjimatkan ruang dan memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna. Oleh kerana bilik seni ini merupakan kawasan yang berisiko tinggi berlaku

kemalangan, maka di sini juga disediakan peralatan kecemasan. Peralatan kecemasan yang disediakan bertujuan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku sewaktu proses mencanting dan seumpamanya. Ruang untuk menyimpan peralatan kecemasan ini adalah tahan daripada segala bentuk bencana seperti kebakaran dan sebagainya.

IKLIM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal
19

dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.
(a) Aspek fizikal

Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut: (i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan. (ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan. (iv) Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid. (v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

(b) Aspek Sosial Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam
20

pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat: (i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru; (ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif; (iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid; (iv) memudahkan komunikasi antara guru dan murid; dan (v) menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya. (c) Aspek emosi Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Anda boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan: (i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria; (ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir; iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan (iv) menghasilkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya. PENUTUP

21

Studio atau bilik seni visual futuristik amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni. Binaan yang unik serta kedudukan bilik yang jauh jaraknya dari kebisingan dan gangguan dari pihak luar amat sesuai dan menarik. Situasi teraputik ini jelas menunjukkan bahawa ketenangan dan kejauhan dari gangguan dan kebisingan dapat mewujudkan mood dan suasana pembelajaran yang memberansangkan dan dapat menarik minat pelajar ke arah PSV. Sebagai guru PSV kita boleh berusaha untuk mewujudkan suasana dan iklim bilik yang kondusif dan dapat meningkatkan lagi kreativiti pembalajaran dan pengajaran. Dengan empat bidang yang merangkumi menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan memuat binaan dan kraf tradisional diharap murid dapat menghayati warisan seni visual serta mengamalkan dalam kehidupan sehariannya. Pengurusan bilik seni penting dalam membantu peningkatan mutu pendidikan. Pengurusan bilik seni yang baik dapat membantu pelajar menguasai ilmu pendidikan visual dengan berkesan. Guru perlulah kreatif, inovatif dan kontemporari dalam mendidik pelajar selaras dengan arus kemajuan masa kini. Guru sebagai sumber aspirasi negara.

22

REFLEKSI Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya selesaikan tugasan yang telah diberikan. Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing saya iaitu kerana telah banyak memberi

dorongan dan sokongan kepada saya dalam usaha menyelesaikan tugasan ini. Saya juga begitu bertuah dan berbesar hati kerana mendapat rakan tugasan yang menunjukkan komitmen yang baik sepanjang menjalankan tugasan yang diberikan. Kerjasama, tunjuk ajar, mesra dan bimbingan yang diberikan memudahkan lagi usaha saya menyiapkan tugasan ini. Tugasan yang telah diberikan ini perlu dilakukan secara individu. Saya memulakan tugasan sebaik sahaja taklimat diberikan. Saya bertanggungjawab untuk mencari maklumat domain taksonomi bloom yang mana boleh digunakan oleh guru dalam proses penilaian terhadap pelajar mereka. Setelah mengumpul maklumat secukupnya dari buku dan internet, saya memulakan tugasan saya dengan menyediakan nota ringkas daripada maklumat yang telah saya dapat dan juga membuat Pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya dapat melalui tugasan yang telah diberikan. Antaranya ialah dari segi menilai aras atau peringkat kognitif sesuatu soalan. Domain taksonomi bloom juga banyak membantu dalam proses menyediakan soalan untuk menilai tahap kefahaman murid. Secara ringkasnya, domain taksonomi bloom
23

banyak membantu guru dalam proses penilaian terhadap murid-murid dan juga boleh diaplikasikan dalam pelbagai cara. Setelah mempelajari dan mendalami subjek ini, saya dapat simpulkan bahawa tugasan ini memberikan saya seribu satu maklumat dan pendedahan tentang taksonomi bloom dan peringkatnya. Dengan ini, saya amat berterima kasih kepada ahli kumpulan yang banyak membantu dalam usaha mencari maklumat tentang tugasan ini dan juga tidak dilupakan kepada pensyarah pembimbing kami, Encik Amir Hamzah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan garis panduan tentang tugasan ini. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh, . (Wan Mohd Khairu bin Wan Muda)


24

BIBLIOGRAFI pgsrpsv.webs.com sd15.edu.my/files/sp_pseni_kbsr.pdf itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/pengurusan-studiobilik-seni-di-sekolah.html norsaritanaini.com/2010/05/09/kursus-mencanting-batik/ shimnadazone.blogspot.com/2010/04/seni-mencanting-batik.html malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm cecimaginary.wordpress.com/2011/04/07/lawatan-ke-ikn-rawang/ bahagianrekaan.blogspot.com/2011/12/bengkel-rekaan-dan-operasi-pengeluaran.html albert.tembikar.blogspot.com/2009/11/seramik.html ikn.kraftangan.gov.my www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=11&title=pengenalanpsv&more=1&c=1&tb=1&pb=1 www.senivisual.com/2011/02/pendidikan-seni-visual-3-kod-26113.html www.scribd.com/doc/42317699/TOPIK-10 www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-Pendidikan www.scribd.com/doc/46051845/Proses-Mencanting www.prosestekstilmudah.com/hello-world/ www.scribd.com/doc/20577766/Seni-Tekstil-Dan-Contoh-Tekstil-Di-Malaysia

25

26

You might also like