You are on page 1of 16

PERMASALAHAN YANG DIHADAPI DALAM PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

OLEH

BAYREI B. ASRIN
JERED B. YUTUI
MOHD. NURUL FAISHAL B. AB. GHANI
KHAIRUL AZMI B. IBRAHIM
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
19 September 2008

PENGENALAN

Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu yang
penting dan sangat memerlukan. Teknologi maklumat juga dapat membantu manusia
memudahkan melakukan sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21 ini dapat
dilihat semakin melaus sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah kini yang
menjadi tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kerajaan
kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan
melalui matapelajaran yang diajar. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh
mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat maklumat dengan
berkesan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday
tasks are simplified”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan
tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja
pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.

Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan komputer dan justeru itu, penggunaan
komputer dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan. Kita kini dikatakan berada dalam
satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpa sempadan, IT,
ICT, e, siber, global, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagi istilah yang sekiranya
gagal untuk difahami menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain. Justeru itu,
penggunaan teknologi maklumat seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam
pendidikan. Menurut Ahmad Fuad (2003), menyatakan bahawa dalam konteks pendiidkan,
teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul,
menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak
untuk membbantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu juga, kejayaan ICT
dalam pendidikan khususnya bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga melibakan factor
lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar,
keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Pendekatan penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta
membolehkan pelajar-pelajar meneroka mencari maklumat.

Dalam menjayakan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
memerlukan gandingan semua pihak sama ada pihak sekolah mahu pun pihak masyarakat. Di
sekolah, guru terutamanya perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan
penggunaan ICT atau teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu
mempelajari serta diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT
secara cekap dan efektif. Kebanyakan sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang telah
lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih berada di tahap ‘perlu belajar’ dan ‘perlu
bimbingan’ untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Keupayaan seseorang
untuk menggabungkan teknologi maklumat dalam pengajaran bukan berlaku secara automatis,
tetapi memerlukan kepada usaha yang berterusan yang penuh dengan minat. Pengetahuan dan
kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga
pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk memuat persediaan yang mencukupi
agr dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam
pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu mempermudahkan proses peningkatan
kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

• Definisi teknologi maklumat


Teknologi maklumat merupakan satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin
terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang
penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk.
Teknologi maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi
yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat luas iaitu
berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat
dan mudahnya, penggunaan computer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira
tempat dan waktu.

• Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa


Pengintegrasian teknologi malkumat dalam pengajaran bermaksud proses pengajaran yang
melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar
berunsurkan ICT dalam pengajaran bahasa. Contohnya penggunaan korpus berkomputer
untuk mencari perkataan dan ayat yang berkaitan.

PERNYATAAN MASALAH

Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di bawa
ke dalam dunia pendidikan. Oleh itu, terdapat kelemahan-kelemahan yang timbul akibat daripada
kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan. Justeru itu, kajian ini ingin
membincangkan permasalahan dalam proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam
pengajaran bahasa. Perkara-perkara yang menjadi tumpuan dalam kajian yang berkaitan
permasalahan pengintegrasian dalam pengajaran bahasa antaranya,

• Tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat

Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran
dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru-guru.
Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan
kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa,
pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik
dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti
melalui komputer, internet dan sebagainya.
Dapat kita perhatikan bahawa, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu
perkara, oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa
di sekolah rendah terdapat beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan
guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam
bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT,
oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara
sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal
ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya di
kalangan pelajar.

• Penerimaan guru terhadap proses P&P menggunakan teknologi maklumat

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru
menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat
segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran
mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama
berkidmat dalan dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran
mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak
mempunyai alternative kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan
penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat
ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat.
Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian
kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan
bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam
pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan
pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di
sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana
merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.

• Kemudahan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi

Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan


prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan
penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang
mencukupi dan lancer. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang
tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta
tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-
sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses
pengintegrasian

OBJEKTIF KAJIAN

Pengintegrasian tekonologi maklumat dalam pengajaran bahasa dapat memberi kemudahan


bukan sahaja kepada guru malah kepada murid untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih
berkesan. Antara objektif kajian ini adalah untuk:

1.1 Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi dalam aspek pengintegrasian


teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa

1.2 Mengenal pasti tahap keberkesanan pengintegrasian tekolologi maklumat dalam


pengajaran bahasa.

1.3 Mengenal pasti pasti langkah-langkah yang sesuai dalam mengatasi permasalahan
pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di sekolah.
KAJIAN LITERATUR

Meskipun keberkesanan pengintegrasian teknologi maklumat atau pun penggunaan komputer


dalam pendidikan khasnya dalam pengajarabahasa di sekolah rendah masih terlalu awal untuk
dinilai namun terdapat beberapa kajian lepas yang membuktikan tentang keberkesanan serta
permasalahan yang dihadapi dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran bahasa.

• Nazri Bin Abu Bakar, Muhammad Salaebing, Shamsinah Bt. Salleh, Norizillah
Bt. Mohd. Rodzes Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak. Penggunaan Komputer Dalam
Pengajaran Bahasa.
• Yahya Othman, Roselan Baki. Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran bahasa:
Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan.
• Goh Ying Soon, Azman bin Che Mat, Tey Meng Kar. Cabaran, Peluang dan
ancaman Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran Bahasa.

Walaupun pada masa kini, masih belum terdapat lagi kajian khusus yang mendalam tentang
keberkesanan pengajaran bahasa berbantukan teknologi maklumat, namun kita percaya bahawa
melalui pengintegrasian teknologi, pengajaran bahasa akan menjadi lebih menarik, bermakna dan
produktif dengan pengabungjalinan penggunaan multimedia serta komputer. Hal ini demikian
kerana bahan teknologi maklumat biasanya mengabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video
serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baru disamping kaya dengan input
bahasa. Kelebihan ini tidak ada pada bahan bantu yang lain seperti buku teks atau bahan yang
lebih bersifat satu hala. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh
perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang microelektronik dan menghasilkan pelbagai
kemudahan teknologi seperti komputer peribadi. Telekomunikasi multimedia dan sebagainya.
Kemunculan internet juga telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi
bersepadu dan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan
video.

Antara kesan yang dilihat dalam pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa
adalah mampu menjana idea baru, kreativiti dan inovasi dalam memantapkan lagi penggunaan
bahasa contohnya bahasa melayu. Ketrampilan sesuatu bahasa di era siber adalah bergantung
kepada sejauhmana masyarakat bahasanya mampu menyesuaikan diri dengan perubahan-
perubahan persekitarannya. Sebagai contoh, bahasa Melayu. Pengalaman lalu membuktikan
keupayaan masyarakat berbahasa Melayu yang didokongi oleh bangsa Melayu telah dapat
mempertahankan dan mendaulatkan bahasa Melayu dengan cekap dan berkesan di arena
antarabangsa terutama di rantau Nusantara ini. Namun, pengalaman masa lepas belum pasti
menjamin kejayaan masa depan. Senario abad ke 21 jauh lebih mencabar dan penuh
ketidaktentuan serta amat berbeza dengan perubahan yang dialami sebelumnya. Ini ditambahi
lagi perkembangan pesat ICT dan penggunaanya di dalam masyarakat dunia.

Selain itu, melalui teknologi maklumat juga mampu memperkembangkan lagi sesuatu bahasa
tersebut contohnya bahasa Melayu. Bahasa Melayu bersifat keterbukaan dan berkembang dari
semasa ke semasa. Sejak dalam penjajahan Portugis, Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu telah
berkembang menyeresapi istilah-istilah asing dan lantas memperkayakan bahasa Melayu. Istilah-
istilah seperti lampu, almari, bendera, buku, bola dan meja merupakan contoh-contoh istilah
terbitan daripada bahasa-bahasa asing. Malah, sebelum penjajahan, bahasa Melayu juga telah
meminjam dari bahasa-bahasa Sanskrit dan Arab seperti istilah sastera, bulan, akhirat dan zahir.
Pengembangan bahasa Melayu akan lebih ketara apabila kita memasuki zaman baru seperti di
era ICT. Seringkali ada istilah-istilah baru asing yang diterbitkan dan diperkenalkan. Justeru itu,
untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama, bahasa Melayu harus berkembang dalam
menerbitkan istilah-istilah baru bagi menterjemaah istilah-istilah baru yang asing. Istilah-istilah
baru seperti tetikus, perisian, perkakasan, siber, laman, jaringan, internet dan batang bedek telah
berjaya diterbitkan dan digunapakai. Walaupun begitu, keterbukaan sifat bahasa Melayu
seharusnya sentiasa dipantau perkembangannya dengan ketat agar tiada penyelewengan dalam
memelayukan istilah-istilah asing.

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa juga mampu memasyarakatkan


sesuatu bahasa itu dalam alam siber contohnya bahasa Melayu. Keberkesanan untuk
melaksanakan penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT terletak di bahu masyarakat
bahasanya. Inilah masanya untuk masyarakat bahasa Melayu menempa nama di persada
antarabangsa dengan menggunakan dunia siber yang menghubungkan di seluruh pelusuk dunia.
Kegiatan-kegiatan yang telah dan akan dilaksanakan dengan kemudahan ICT seharusnya
mempunyai matlamat yang sejajar dengan arus pemodenan dan persejagatan masyarakat dunia
agar ia dapat memaparkan bahawa semua kegiatan yang diadakan adalah benar-benar
menggunakan dan menjiwai sepenuhnya bahasa Melayu. Usaha orang perseorangan dan
syarikat-syarikat masyarakat Melayu dalam men’dotcom’kan bahasa Melayu ke dalam alam
internet perlu diteruskan dan diberikan sokongan sewajarnya oleh masyarakat bahasanya.
Membawa bahasa Melayu dalam konteks masyarakat Melayu di peringkat maya adalah satu
usaha yang perlu dilakukan dengan tekad dan azam yang kuat. Dengan men’dotcom’kan bahasa
Melayu di dalam gerbang internet akan menyediakan ruang untuk pelunsur menggunakan bahasa
Melayu di internet dan seterusnya meningkatkan imej bahasa Melayu seiringan dengan bahasa-
bahasa seperti bahasa Inggeris, Peranchis, Jepun dan Cina. Ia suatu nilai yang penting untuk
menangkis segala tanggapan bahawa bahasa Melayu tidak mampu bersaing atau tiada tempat di
persada dunia.

Dari segi aspek pendidikan juga, menurut kajian yang telah dibuat menunjukkan, penggunaan
komputer dalam pengajaran dapat menambahkan minat pelajar terhadap pengajaran bahasa.
Walau bagaimanapun, mereka berpendapat pelajar yang pandai lebih berminat dalam pengajaran
apabila guru menggunakan komputer didalam pengajarannya. Bagi pelajar yang lemah pula,
mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan
komputer. Dapatan kajian tersebut juga menunjukkan penguasaan menulis karangan kurang
berkesan jika menggunakan komputer. Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan
pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan
yang lebih kepada pelajar. Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam
pengajaran.

Dari segi permasalahan pula, menurut kajian yang dibuat oleh Yahya Otman, dapatan
menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan
komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu. Antaranya adalah masih terdapat guru yang tidak
mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan.
Guru juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa
perlu diberikan dalam menyediakan bahan. Pelajar juga kurang berminat menggunakan
komputer dalam pengajaran bahasa. Komputer yang digunakan di sekolah juga sering rosak dan
ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi. Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem
selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah. Masalah bilik komputer juga sering
mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru bahasa yang
tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain.
Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran
berbantukan komputer. Minat mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak
ramai guru yang berbuat demikian.

Kesimpulannya bidang bahasa juga sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi
pandangan umum terhadap kepentingannya. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu
diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan.
Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa berupaya meningkatkan lagi
keupayaan pelajar dalam menguasai sesuatu bahasa itu dengan lebih baik. Oleh itu, aspek
latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan juga
penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan
semasa perlu diberikan perhatian.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi mengatasi masalah-masalah ini, kami telah membincangkan beberapa cara berdasarkan
peranan semua pihak.

• Peranan Kerajaan

Kerajaan memberikan kesedaran dalam penggunaan komputer untuk mempercepatkan


penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mahathir
Mohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober
1977. Kerajaan juga memastikan setiap sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan
makmal komputer yang cukup kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di
kawasan luar bandar. Selain itu juga, kerajaan perlu menyediakan kursus teknologi maklumat
untuk guru-guru yang bakal mejadi tenaga pengajar di sekolah sama ada di universiti ataupun
kursus-kursus semasa. Kerajaan haruslah peka terhadap keperluan semasa masyarakat dan
sentiasa peka terhadap perubahan teknologi global.

• Peranan Sekolah

Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya
semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan
pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan
sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai
pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk
menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan.
Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan
pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi
perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan
terdapat perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT
dibina berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa
dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang
pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi (Mohammed Sani
dan Mohd Jasmy, 2002). Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan
sekolah harus menyediakan pelan pembangunan. Heinrich (1995) menyatakan pelan ini
mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian; spesifikasi
tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum yang
digunakan dan perancangan untuk penggantian serta pembinaan peralatan secara berterusan.
Program pembangunan sekolah harus selari dengan matlamat dan prosedur yang telah
ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk
membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya.

Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan
secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah
mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan
kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantau
supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal
komputer digunakan. Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan
Kementerian Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu
mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan
berkesan. Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah
dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini akan
menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P.

Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin
sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua
bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan
murid. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran
kepada guru adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian
keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan
instruksional. Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru
menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan
bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul.
Program ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.

• Peranan guru
Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku
apabila seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan kemudiannya diberi
pengukuhan. Sementara teori kognitivisme menegaskan pembelajaran merupakan satu proses
maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini
menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid
(Newell, 1990). Di bawah kerangka behaviorisme dan kognitivisme, guru berperanan sebagai
penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia
ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif
pembelajaran tercapai.

Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah


pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran.
Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman
web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan
pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam
pembelajaran tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model
transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai
penerima (Merill, 1996). Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh
guru sebelum ianya dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian
yang sesuai sebelum menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam
penyediaan peralatan ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya
memudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan
diberi latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk
pengayaan. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran
masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.

Teori pembelajaran kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu oleh individu.
Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau menginterpretasi ilmu serta
mengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget, 1981; Brunner, 1990). Dengan kata lain teori
ini memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman
pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Melalui
pendekatan teori pembelajaran ini, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan
proses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran digunakan
untuk menjana idea serta meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan
maklumat yang telah dikumpul. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guru
untuk menghubungkan antara teori konstruktivisme dengan P&P. Kaedah pembelajaran ini
membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada ensaiklopedia
multimedia atau bahan-bahan daripada internet (Haynes & Holmevik, 1998). Melalui
pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan untuk menjana dan menguji
hipotesis dalam penyelesaian masalah.

Perhatian yang lebih perlu diberikan oleh guru apabila menggunakan kaedah pembelajaran
penerokaan. Ini kerana murid-murid mungkin menggunakan terus maklumat yang diperolehi
tanpa memanipulasi (mencari, membanding dan menilai). Dalam proses pembelajaran ini
guru perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran murid-murid dan
menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote learning). Peranan guru dalam memantau
penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu
untuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Guru
perlu memastikan bahawa penggunaan ICT adalah untuk membantu proses P&P seperti
menganalisis maklumat dan bukannya digunakan sebagai mesin taip elektronik.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam
perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan
ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk
membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan
berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio
video dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di
samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Namun begitu guru perlu menyediakan
garis panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaan
e-mail, chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif. Penilaian boleh
dijalankan oleh guru dan kumpulan pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas.
Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta
komunikasi murid-murid. Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras
dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran
yang diharapkan berdasarkan tahap murid.

• Peranan pelajar
Pelajar menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyediakan laporan-laporan aktiviti
untuk aktiviti pengayaan, tugasan serta projek. Pelajar boleh mengulangi tutorial mengikut
keperluan, kemampuan dan kadar sendiri. Aktiviti dijalankan sama ada secara individu
dengan akses kendiri atau dalam kumpulan kecil. Pelbagai projek di sediakan dalam muka
indeks laman web untuk membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada ‘World Wide
Web’ seperti tugasan mencari jurubina-jurubina terkenal di dunia, bangunan-bangunan
bersejarah yang menarik, mencari URL laman berkaitan dengan Seminar Teknologi
Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002 pelan dan dongakan serta
menulis satu sinopsis tentang bahan -bahan yang ada pada laman yang diperolehi untuk
dikongsi dengan rakan yang lain. Pelajar berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama
atau dari sekolah yang lain melalui e-mail untuk mengongsi maklumat yang ditemui sama
ada untuk tujuan perbincangan atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan /projek .
Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain. Misalnya
dalam pautan e-mail Pelajar dan Cadangan Pelajar.

• Peranan Masyarakat
Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus menggunakan pelbagai
perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti
setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan
untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT.
Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi
untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus
menggunakan peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan
dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT
dalam P&P secara berkesan.

PENUTUP
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar
yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa,
kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan.
Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada
terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun
pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit
sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-
kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan
teknologi canggih ini.
BIBLIOGRAFI

Ahmad Fauzi bin Mohamed. Pengintegrasian teknologi Maklumat dalam Pengajaran. Diperolehi
pada 21 ogos 2008 daripada http://72.14.235.104/custom?q=cache:
XKIubNnHofEJ:www.sahc.kedah.edu.my/esei_karya/Microsoft%2520Word%2520%252
0PENGINTEGRASIAN%2520KOMPUTER%2520DALAM%2520PENDIDIKAN.pdf+
pengintegrasian+teknologi+maklumat+dalam+pengajaran&hl=en&ct=clnk&cd=4&client
=google-coop

Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 44 (10), 1055-1062.

Goh Ying Soon, Azman bin Che Mat, Tey Meng Kar. Cabaran, Peluang dan ancaman
Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran Bahasa. Diperolehi pada 28 ogos 2008
daripada http://www1.tganu.uitm.edu.my/sitma06/PDF/sessi%204/s4b8.pdf

Mohd Feroz Abu Bakar, 1999. It dalam pendidikan. Diperolehi daripada


http://www.apdip.net/projects/miu/press/BeritaHarian_16081999.pdf

Mohd Feroz Abu Bakar. IT dalam pendidikan. Diperolehi pada 24 ogos 2008 daripada
http://www.apdip.net/projects/miu/press/BeritaHarian_16081999.pdf

Nazri Bin Abu Bakar, Muhammad Salaebing, Shamsinah Bt. Salleh, Norizillah Bt. Mohd.
Rodzes, Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak. Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Bahasa.
Diperolehi pada 25 ogos 2008 daripada http://compapplicationinlangandlit.
wikispaces.com/space/showimage/Penggunaan%2520Komputer%2520dlm%2520
pengajaran%2520bahasa.pdf
Noraini Attan (2002). Tahap Kesediaan Guru dalam Penggunaan Teknologi Maklumat
Berasaskan Komputer bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Master Of Ed. Thesis.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosnaini Mahmud (2008). Factors Influencing Ict Integration In The Classroom: Implications
To Teacher Education. Diperolehi pada 20 ogos 2008 daripada
http://www.cluteinstitute.com/Programs/Salzburg_Austria_2008/Article%20169.pdf

Sejauhmanakah keberkesananan penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan di Malaysia.


Diperolehi pada 24 ogos 2008 daripada http://www.geocities.com/gardner02_8/
ilmiah5.htm

Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Dewan Bahasa,
7(2), 32-35.

Yahya Othman, Roselan Baki. Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran bahasa: Penguasaan Guru
dan Kekangan dalam Pelaksanaan. Diperolehi pada 22 ogos 2008 daripada
http://eprints.utm.my/5968/ 1/08-yahya.pdf

You might also like