You are on page 1of 22

Israiliyyat Dalam Tafsir Surah Yusuf: Kajian Terhadap karya Jamu al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid oleh Syeikh Dawud

bin Abdullah al-Fatani. Oleh: Mohd Aizul Yaakob1, Shahril Nizam bin Zulkipli2 & Mohammad Hasbullah bin Salim3 Abstrak Kewujudan unsur-unsur Israiliyyat dalam pentafsiran al-Quran sememangnya tidak dapat dinafikan. Unsurunsur ini banyak dikesan terutamanya ketika membahaskan perihal para anbiya ataupun kisahkisah yang terdapat di dalam al-Quran dan alHadith. Kertas kerja ini cuba menganalisis Israiliyyat yang terdapat dalam sebahagian tafsiran surah Yusof oleh Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani. Pengenalan ringkas mengenai karya ini serta bentukbentuk israiliyyat yang terdapat dalam tafsir akan ditonjolkan dalam tulisan ini. Unsur-unsur Israiliyyat yang terdapat dalam tafsir surah Yusof dalam karya ini akan dianalisis di akhir tulisan ini Pendahuluan

Pengaruh Israiliyyat dalam kitab-kitab tafsir bukan sahaja terdapat dalam karya-karya arab, tetapi juga menyerap masuk ke dalam karya-karya jawi di alam nusantara. Unsur-unsur ini telah banyak dikesan dalam penulisan tafsir di alam melayu, terutamanya ayat-ayat yang memaparkan kisah para anbiya, kisah umat-umat terdahulu, penciptaan makhluk dan perkara-perkara ghaibiyyat. Kemungkinan juga kerana sifat sosiologi masyarakat melayu ketika itu yang meminati penceritaan berunsur mitos dan perkara ganjil sehingga menyebabkan pengaruh ini mudah tersebar. Tidak hairanlah unsur-unsur Israiliyyat yang dibentangkan melalui penulisan-penulisan karya jawi juga mendapat perhatian dan tempat di hati mereka.

Definisi Israiliyyat, dan Sikap terhadapnya Israliyyat adalah kata jama, yang berasal daripada perkataan Israiliyyah, iaitu nisbah kepada Bani Israil. Perkataan israiliyyat adalah sinonim merujuk kepada cerita,
1 2

Pelajar Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Pelajar Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 3 Pelajar Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

maklumat, dan riwayat-riwayat yang diambil daripada bani Israil. 4 Namun begitu, kebanyakan para ulama meluaskan maknanya dengan merangkumkan kesemua ceritacerita lama yang mempengaruhi tafsir dan hadith yang bersumber daripada yahudi, nasrani, dan bangsa-bangsa lain di kalangan musuh-musuh Islam. 5

Para ulama mempunyai pandangan tersendiri terhadap kedudukan riwayat Israiliyyat dalam Islam. Sebahagian daripada mereka menolak periwayatan daripada sumber Israiliyyat dan sebahagian yang lain mengharuskannya. Kedua-duanyanya didasari dengan hujah-hujah yang tersendiri:

a)

Antara hujah kelompok yang membolehkan:

i.

Al-Quran membenarkan pertanyaan kepada ahl al-Kitab sekiranya didapati sesuatu yang meragukan terhadap wahyu yang diturunkan Allah s.w.t. kepada umat Islam:

Maksudnya: Oleh sebab itu, sekiranya Engkau (Wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turukan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang Yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali Engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu. Yunus: 94
6

ii.

Rasulullah s.a.w. membenarkan periwayatan daripada sumber israiliyyat:

4 5

Ramzi Nanaah, Dr. (t.t.), al-Israiliyyat wa Atharuha fi Kutub al-Tafsir, Beirut: Dar al-Diya, h. 73 Muhammad Husain al-Dhahabi (1986), al-Israiliyyat fi al-Tafsir wa al-Mawduat fi Kutub al-Tafsir, c. 3, T.T.P.: Maktabah Wahbah, h. 13; Salah Abd al-Fattah al-Khalidi (1997), Israiliyyat Muasarah, c. 2, Amman: Dar Ammar, h. 11-12 6 Abu Abd Allah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardibah al-Bukhari (2000), Sahih Bukhari dalam Syeikh Salih bin Abd al-Aziz bin Muhammad bin Ibrahim, Mawsuah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, Riyadh: Dar al-Salam, Cet. 3, Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dhukira an Bani Israil, no. Hadith: 3461, h. 282


Maksudnya: Dari Abd Allah bin Amru sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat, dan ceritakanlah dari Bani israil dan tidaklah menjadi kesalahan bagi kamu, Barangsiapa berdusta ke atasku, bersiaplah untuk menempah tempatnya di neraka. ii. Para sahabat pernah merujuk kepada ahl kitab:7 Ini dapat dibuktikan apabila Abd Allah bin Amr pernah berjumpa dengan dua orang sahabat di kalangan ahl kitab, dan meriwayatkan hadith daripada mereka. 8

b)

Antara hujah kelompok yang melarang:

i.

Larangan daripada al-Quran

Firman Allah swt:

Maksudnya: Dan janganlah Engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. Al-Isra: 36 ii. Larangan daripada Rasulullah s.a.w.

Teguran Rasulullah s.a.w. terhadap tindakan Umar al-Khattab yang membaca lembaran kitab yang diterima daripada ahl kitab di hadapannya:9

Rosmawati bt Ali@ Mat Zin (2004), Riwayat Israiliyyat: Pengaruhnya dalam Manuskrip Hadith di Alam Melayu, Ijazah Doktor Falsafah Usuluddin, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h. 84 8 Ahmad bin Abd Halim bin Abd Salam bin Abd Allah bin Muhammad bin Khidir bin Ali bin Abd Allah bin Taymiyyah (t.t.), Muqaddimah Ibn Taymiyyah fi Usul al-Tafsir, Damsyiq: al-Taraqqi, h. 26


Maksudnya: "Adakah kamu bingung terhadap apa yang terdapat di dalam kitab itu wahai Ibnu al-Khattab? Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, sesungguhnya aku datang kepadamu bersamanya dalam keadaan putih bersih. Janganlah kamu bertanya sesuatu pun tentang mereka. Mereka mengkhabarkan kepada kamu tentang kebenaran tetapi mereka sendiri mendustakannya, ataupun tentang kebatilan tetapi mereka sendiri membenarkannya. Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, sekiranya Musa a.s. masih hidup nescaya dia tidak melepaskan peluang mengikutiku

iii.

Larangan daripada Sahabat r.a.

Sebagaimana sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam Sahihnya:

:
Maksudnya: Dari Ibn Abbas r.a. telah berkata: Wahai kaum muslimin, kamu telah bertanya kepada ahli kitab, padahal kitab kamu yang diturunkan oleh Allah kepada nabiNya telah menceritakan berbagai macam cerita secara langsung daripada Allah yang kamu membacanya dan kitab itu (dijamin) tidak akan rosak. Allah telah menceritakan kepada kamu bahawa ahli kitab telah mengubah apa yang ditetapkan
9

Ahmad bin Muhammad Hanbal selepas ini Imam Ahmad (1995), al-Musnad li al-Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal tahqiq Ahmad Syakir, Kaherah: Dar al-Hadith, c. 1, j. 12, no. Hadith: 15094, h. 85. Hadith ini adalah hasan mengikut penilaian Ahmad Syakir.

Allah dan dengan kemampuannya mereka telah mengubah kitab-kitabnya, kemudia mereka menyatakan kitab itu dari Allah agar orang-orang menukarkannya dengan harga dunia yang murah. Apakah ilmu yang kamu terima itu tidak melarang kamu untuk bertanya kepada mereka? Tidak, demi Allah, aku tidak pernah melihat seorang pun di antara mereka bertanya kamu tentang kitab (al-Quran) yang diturunkan kepada kamu. Mengharmonikan di antara dua pandangan:

Pandangan serta hujah kedua-dua kelompok di atas adalah kuat. Tidak boleh mengambil kelompok pertama dan menolak yang kedua, atau sebaliknya. Langkah terbaik adalah mengharmonikan hujah daripada kedua-dua kelompok ini merumuskannya kepada satu kesimpulan yang menyeluruh. Justeru, dan bagi

mengharmonikan pandangan daripada kedua-dua kelompok ini, terdapat beberapa isi penting yang perlu diberi perhatian, iaitu:

a)

Mengenalpasti riwayat yang berunsur Israiliyyat supaya bertepatan dengan syariat.

Para Ulama telah membahagikan riwayat-riwayat Israiliyyat kepada 3 bahagian, iaitu:

i. ii. iii.

Bertepatan dengan Syariat Bercanggah dengn Syaiat Tidak dapat dipastikan, sama ada bertepatan atau bercanggah dengan syariat

Pembahagian ini jelas apabila kebenaran yang diberikan oleh Baginda s.a.w. bukanlah bersifat mutlak, iaitu hanya kepada riwayat-riwayat yang bertepatan dengan syariat, dan adapun yang bercanggah adalah ditegah: 10


Maksudnya: ...Ceritakanlah dari Bani israil dan tidaklah menjadi kesalahan bagi kamu, Barangsiapa berdusta ke atasku, bersiaplah untuk menempah tempat di neraka.
10

al-Bukhari (2000), Op.cit., Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dhukira an Bani Israil, no. Hadith: 3461, h. 282

Rasulullah s.a.w. juga adakalanya meminta para sahabatnya supaya mendiamkan sahaja sesuatu daripada Israiliyyat, tanpa membenarkan atau mendustakannya: 11

} {

Maksudnya: Jangan kamu membenarkan Ahli Kitab dan jangan kamu mendustakan mereka serta katakanlah, "Kami beriman kepada Allah, kepada kitab yang diturunkan kepada kami dan kepada kitab yang diturunkan kepada kamu. b) Memberikan keutamaan kepada riwayat-riwayat sahih daripada syariat, supaya tidak berhabisan masa dengan menyibukkan diri terhadap riwayat-riwayat yang belum tentu kesahihannya.

Melalui perbahasan di atas, dapat disimpulkan bahawa riwayat Israiliyyat dibolehkan pengambilannya selagi mana tidak bercanggah dengan syariat. Namun keutamaan perlu diberikan kepada riwayat-riwayat yang sahih. Pengenalan Ringkas Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani dan Jamu al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid

Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani adalah seorang yang dikenali dalam arena keilmuan Islam di nusantara. Nama penuh beliau adalah Dawud bin Abdullah bin Idris al-Jawi al-Fatani al-Malayuwi. Dilahirkan pada tahun 1131 H/1718 M di kampung Parik Marhum, iaitu berdekatan dengan kampung Kersik, kira-kira 7 kilometer daripada selatan bandar Patani. 12 Mengikut catatan sejarah, beliau dibesarkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ayahnya Syeikh Wan Abdullah dan datuknya Syeikh Wan Idris merupakan tokoh ulama besar

11

Bukhari (2000), Op.cit., Kitab Tafsir al Quran, Bab Amanna Billah Wama Unzila.Ilaina, No. Hadith: 4485, h. 368 12 Wan Mohd. Saghir (1991), Munyat al-Musalli Syeikh Daud al-Fatani Pengetahuan Sembahyang Masyhur, Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniah , h. 7; Ahmad Fathi al-Fatani (2001), Ulama Besar Dari Patani, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 23-24

di zaman mereka.13 Pendidikan awalnya adalah bermula daripada keluarganya dan diantara mereka yang pernah mengajarnya adalah bapa saudaranya sendiri iaitu Syeikh Safiuddin, iaitu seorang tokoh ulama di Patani.14 Selama 5 tahun menuntut ilmu di Patani, beliau berhijrah pula ke Acheh dan menuntut ilmu di sana selama 2 tahun. 15 Kemudian menyambung pengembaraannya ke Mekah selama 30 tahun dan akhir sekali ke Madinah selama 5 tahun. 16 Selain pernah menuntut ilmu di Mekah dan Madinah, dikatakan bahawa beliau pernah mengembara ke utara Afrika buat beberapa ketika untuk mendalami ilmu pengetahuan di sana. 17

Syeikh Dawud al-Fatani merupakan seorang yang sangat aktif menyampaikan dakwah Islamiyah di Nusantara, baik melalui lisan ataupun melalui tulisan. Keaktifannya dalam penulisan sehingga tergolong sebagai antara ulama yang produktif dalam menghasilkan karya dalam pelbagai lapangan ilmu.18 Pada tahun 1297 H/1879 M beliau telah dijemput oleh Ilahi, iaitu ketika usianya menjangkau 90 tahun dan disemadikan di sebelah kubur Abd Allah bin Abbas iaitu sepupu Baginda s.a.w. tetapi kemudiannya dipindahkan oleh sepupunya ke Mekah dan disemadikan di bawah pokok bidara di hadapan rumahnya. 19 Karya Jamu al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid merupakan salah satu daripada puluhan karya Syeikh Dawud al-Fatani yang membahaskan mengenai Tasawuf. Jam al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid ataupun diertikan oleh Sheikh Dawud bin Abdullah al-Fatani dengan perhimpunan beberapa faedah dan beberapa permata yang indah-indah lagi tinggi merupakan hasil tulisan beliau sendiri. 20 Karya ini siap ditulis pada hari jumaat, 27 jamadilawal tahun 1239 H dan dicetak untuk pertama

13

Rosni Wazir (2006), Hadith-hadith dalam Kasyf al-Ghummah Juzuk Pertama Karya Syeikh Daud alFatani: Takhrij dan Ulasan, Tesis Sarjana Usuluddin, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi pengajian Islam Universiti Malaya, h. 52 14 Ahmad Fathi al-Fatani (2001), Op.cit., h. 24 15 Ibid 16 Ibid., h. 24; Rosni Wazir (2006), Op.cit., h. 53 17 H.W. Saghir Abdullah (1990), Syeikh Daud b. Abdullah al-Fatani: Ulama dan Pengarang Terulung Asia Tenggara, Syah Alam: Penerbit Hizbi, c. 1, h. 25 18 Engku Ibrahim Ismail (1992), Syeikh Daud al-Fatani: Satu Analisis Peranan dan Sumabangannya Terhadap Khazanah Islam di Nusantara, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h. 34 19 Rosni Wazir (2006), Op.cit., h. 86 20 Syekh Daud Fatani (t.t), Op.cit., h. 3

kalinya di Mekah pada tahun 1303 H.21 Pada tangan penulis sekarang adalah daripada cetakan Muhammad al-Nahdi wa Awladahu, mempunyai sebanyak 332 helaian

bercetak dan telah ditashihkan oleh dua orang tokoh ilmuan nusantara iaitu al-Haj Abd Allah Ibrahim al-Qadahi dan al-Sheikh Ahmad Said al-Falfalani. Pengarang telah membahagikan karya ini kepada 50 fasal, yang dimulai dengan Bab pada menyatakan kelebihan minta berlindung dengan nama Allah dan diakhiri dengan Bab pada menyataku mawaiz yakni segala pengajaran. Penulis meletakkan karya ini sebagai salah sebuah karya tasawuf yang sangat berharga di alam nusantara kerana di dalamnya telah disajikan dengan nasihat-nasihat yang berunsur tarbiah rohaniah serta galakan melakukan amalan-amalan baik. Ini diakui sendiri oleh beliau sebagaimana yang terdapat di dalam muqaddimahnya: ...Dan kemudian daripada itu, maka inilah beberapa faedah yang amat nyata dan beberapa kalimah yang tinggi-tinggi dan beberapa nasihat yang amat nyata dan beberapa hikayat bagi ahli Allah dan solehin yang elok, telah mengasihani Allah Subhanahu wa Taala akan seorang yang mengira-ngira akan barang yang tersebut di dalamnya dan mengambil iktibar dan mengamalkan dengan barang yang terkandung padanya dan mencubakan daripada beberapa hikmah yang dibangsakan daripada Tuhan dan beberapa nasihat yang amat nyata, telah aku pungut akan dia daripada beberapa kitab kaum ahli tasawuf daripada beberapa hadith Nabi s.a.w. dan perkataan sahabat dan ahli al-Wilayat... Sebagaimana yang telah disebut oleh pengarang dalam muqaddimahnya, karya ini telah mendatangkan begitu banyak riwayat-riwayat berupa hadith-hadith Nabi s.a.w., athar, kata-kata Tabien, hikayat-hikayat para solehin, nasihat-nasihat serta kata-kata hikmah daripada ulama-ulama silam. Namun, setelah penulis meneliti kandungan karya ini, riwayat-riwayat yang berbentuk hadith adalah yang paling banyak didatangkan, sehinggakan penulis mengandaikan jumlahnya hampir mencapai ribuan hadith kesemuanya.

21

Ibid., h. 330; H.W. Saghir Abdullah (1990), Op.cit., h. 75; Fauzi Deraman (1997), Kedudukan Hadith Dalam Kitab Jawi: Satu Kajian Terhadap Karya-karya Syeikh Dawud Bin Abdullah al-Fataniy, Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Jabatan alQuran dan al-Hadith, h. 378

Sebelah tepi karya ini dicantumkan bersama karya al-Fawaid al-Bahiyah fi alAhadith al-Nabawiyah karangan Sheikh Nuruddin al-Raniri. Kemungkinan kedua-dua karya ini berkaitan dari sudut tema perbahasannya, lalu digandingkan bersama.

Ditulis dalam bahasa melayu lama dengan tulisan jawi lama kecuali pada beberapa ayat-ayat al-Quran atau doa-doa yang dikekalkan dalam bahasa arab. Tafsir Surah Yusuf Dalam Jamu al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid

Pada abad ke-17, penulisan tafsir al-Quran 30 juzuk dilihat sangat perlahan ataupun tiada jika dibandingkan dengan penulisan ilmu tauhid dan tasawuf. Sekalipun keadaanya begitu, unsur-unsur penafsiran al-Quran masih dapat dilihat secara tidak langsung dalam perbahasan ilmu lain, terutamanya apabila tafsiran tersebut ada kena mengena dengan tajuk perbahasan yang dilontarkan. Antara tokoh yang ada menyentuh tafsir al-Quran secara tidak langsung adalah Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani. Sepanjang pengetahuan penulis, terdapat dua buah karyanya membahaskan mengenai surah-surah tertentu yang dimuatkan dalam karyanya iaitu Ward al-Zawahir dan Jamu al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid. Dalam karya Ward al-Zawahir, pengarang telah menyentuh berkenaan tafsiran Surah Maryam, manakala Jamu alFawaid wa Jawahir al-Qalaid menyentuh berkenaan surah Yusuf. 22

Sedia maklum bahawa Surah Yusuf dalam al-Quran adalah sebahagian besarnya berkenaan kisah perjuangan kehidupan Nabi Yusuf a.s. Cubaan yang dilalui oleh Baginda a.s. bermula daripada kecil iaitu sejak dibenci oleh saudara-saudaranya, sehinggalah ujian ketika menjadi pembesar di Mesir. Oleh kerana kisah ini begitu penting, Allah s.w.t. telah merakamkannya di dalam sebuah surah yang khusus agar dapat dijadikan pengajaran buat hamba-hamba-Nya.

Sepertimana yang diketahui karya ini telah disusun sebanyak 50 fasal, dan pada fasal yang ke-4 telah dimuatkan dengan perbahasan mengenai Surah Yusuf yang diberi nama Baht Qisah Nabi Yusuf a.s. Bertepatan dengan nama fasal ini, pengarang telah
22

Lihat kajian Sarjana Sharifah Radziah bte Wan Mohamad Affandi (2005), Tafsir al-Quran di Alam Melayu: Kajian Terhadap Tafsir Surah Maryam Karangan Syeikh dawud bin Abdullah al-Fatani dalam Ward al-Zawahir, Tesis Sarjana Usuluddin, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h. 123; Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani (t.t.), Jamu al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid, T.T.P: Maktabah wa Matba Muhammad al-Nahd wa Awladahu, h. 16-60

memberi penumpuan kepada kisah-kisah yang dilalui oleh Nabi Yusuf a.s. berdasarkan Surah Yusuf dalam al-Quran. Terdapat beberapa metodologi perbahasan surah yang cuba digariskan oleh penulis:

i.

Memberi huraian terhadap satu-satu ayat dengan terperinci.

Kisah yang telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. dalam surah ini adalah dalam bentuk potongan-potongan ayat. Dalam karya ini, pengarang telah memperincikan setiap potongan-potongan ayat tersebut sehingga terpaksa memakan ruang yang banyak. Keadaan ini boleh dilihat pada kebanyakan ayat yang ditafsirkan oleh pengarang. Sebagai contoh, bagi ayat ke-4 yang diceritakan oleh Allah s.w.t. tentang mimpi Nabi Yusuf a.s. Pengarang telah memerincikan bagaimana keadaan Baginda a.s. bermimpi, dan peringkat-peringkat mimpi yang dialami oleh Baginda a.s. Selain itu, keadaan ini juga boleh dilihat dalam ayat ke-17 yang menceritakan saudara-saudaranya datang kepada Nabi Yaqub a.s. dan mengadu tentang kematian Yusuf dibaham serigala. Pengarang memerincikan keadaan ini sehingga Nabi Yaqub a.s. berbicara dengan serigala tersebut dan bertanyakan kepadanya akan kisah yang sebenar.

ii.

Tidak membahaskan kesemua ayat dalam surah Yusuf

Pengarang tidak membahaskan kesemua ayat dalam surah Yusuf a.s. Hanya ayat-ayat tertentu sahaja dibahaskan.

iii.

Meletakkan kurungan kepada ayat-ayat yang dibahaskan.

Bagi membezakan satu-satu ayat yang dibahaskan, pengarang mengasingkannya dengan meletakkan kurungan. Sebagai contoh:

...dan betapa tiada kulihat akan buah mataku pada pada kamu maka berkata sekaliannya hai bapakku

bahawa kami pergi berjalan berlumba-lumba dan kami maka memakan akan dia...

) (

10

iv.

Menterjemahkan ayat al-Quran

Apabila mendatangkan ayat al-Quran, pengarang akan menterjemahkannya. Contohnya adalah seperti contoh (iii) di atas.

v.

Tidak didatangkan Sandaran

Ketika membahaskan perjalanan kehidupan Nabi Yusuf a.s., pengarang tidak mendatangkan sumber rujukannya. Kalaupun terdapat sandaran, hanya sekadar ditulis petikan itu diambil daripada siapa, tetapi keadaan ini begitu jarang ditemui. Israiliyyat Kisah Yusuf dalam Jamu al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid Dalam membicarakan mengenai kisah-kisah Israiliyyat yang terpalit di dalam fasal ini, penulis tidak akan membahaskan kesemua catatan kisah yang didatangkan oleh pengarang melainkan hanya beberapa kisah yang dilihat sebagai ganjil dan aneh sahaja. Penulis juga hanya melakukan analisis terhadap penafsiran surah merangkumi ayat 1-43.

1. Nabi Yusuf bermimpi sebanyak tiga kali, keadaan Nabi Yusuf bermimpi serta jenis-jenis mimpinya: 23 (Firman Allah Taala) ... tatkala berkata Yusuf bagi bapaku bahawasanya aku lihat akan sebelas bintang dan matahari dan bulan aku lihat mereka itu bagiku sujud... (maka adalah) Yusuf bahawasanya ia mimpi tiga kali mimpi (pertama) bahawasanya adalah tidur pada riba ibunya yakni saudara ibunya kerana ibunya mati lagi ia kecil maka melihat ia bahawasanya ia keluar serta saudaranya kepada padang maka mengambil kayu dan memberkas tiap-tiap seorang akan berkasnya memberkas Yusuf akan berkasnya maka tiap-tiap sekali berkas saudaranya sujud bagi berkas Yusuf maka jika ia terkejut maka mengkhabarkan dengan yang demikian itu akan bapanya maka berka ia, hai anakku bahawasanya aku takut atasmu daripadanya dan tiada menyuruh akan sembunyi akan dia maka dikhabarkan segala saudaranya maka marahla

23

Dawud al-Fatani (t.t.), Op.cit., h. 20

11

ia pa hatinya dan masyuarah antara mereka itu pada kelakuannya... ...kemudian daripada setahun daripada mimpi tidur ia pada riba bapanya kerana bapanya kasih akan dia sebab mati ibunya lagi ia dalam nifas beranak akan Bunyamin dan adalah Allah s.w.t. telah memberi akan dia jamal setengah dan memberi 24akan yang lain sekaliannya setengahnya maka terkejut ia dan berkata hai bapaku aku lihat akan matahari dan bulan turun di langit maka datang antara dua tanganku kemudian aku lihat akan sebelas bintang sanya turun maka sujud dibagiku sekaliannya...lupa ia dikhabarkan akan saudaranya maka bertambah-tambah dengan mencita-cita dengan pekerjaannya dan bersyuarah mereka itu pada kelakuannya... (mimpi yang ketiga) dan yang demikian itu bahawasanya adalah ia bagi tiap-tiap seorang daripada saudaranya ada mempunyai tongkat dan adalah Yusuf mempunyai tongkat dan adalah Yusuf tidur ia pada setengah riba saudaranya maka berkata ia hai segala saudaraku aku mimpi adalah tongkatku aku tanam antara tongkat kamu dan kamu tanam segala segala tongkat kamu pada kelilingnya maka tinggi tongkatku dan berbuah dan mengas25 akan segala tongkat kamu hingga adalah segala tongkat kamu tiada ada maka tambah marah mereka itu dan bersangat-sangat marahan dan berseterunya... Ulasan:

Pengarang dalam huraiannya terhadap plot kisah ini, menambah bahawa terdapat 3 peringkat mimpi Nabi Yusuf iaitu ketika Baginda tidur di atas riba saudara ibunya, di atas riba Nabi Yaqub a.s. dan di atas riba saudaranya sendiri. Proses mimpi ini mengambil masa bertahun. Setelah menjelaskan ketiga-tiga mimpi tersebut, Nabi Yusuf a.s. telah menceritakan kepada saudaranya sehingga menyebabkan mereka marah dan memusuhinya.

Terdapat beberapa kemusykilan dalam plot ini, iaitu mengenai kewujudan peringkat mimpi Nabi Yusuf a.s. serta pemberitahuannya kepada saudaranya. Penulis cuba meneliti beberapa tafsiran terhadap ayat ini dan masih tidak menemui peringkat mimpi sepertimana yang dinyatakan oleh pengarang. Bahkan apabila diteliti mimpi
24 25

12

Baginda a.s. terutama pada mimpinya yang ke-3, bercanggah dengan al-Quran iaitu surah Yusuf ayat ke-4:

Maksudnya: Ingatlah, ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan kesemuanya sujud kepada ku. Surah Yusuf: 4

Al-Quran mengatakan bahawa mimpi tersebut diceritakan kepada ayahnya (Nabi Yaqub a.s.), tetapi peringkat mimpi yang ke-3 menjelaskan bahawa Nabi Yusuf a.s. menceritakan kepada saudaranya. Percanggahan lain juga ditemui apabila mimpimimpi tersebut telah dikhabarkan oleh Nabi Yusuf a.s. kepada saudaranya, sedangkan al-Quran menjelaskan pesanan Nabi Yaqub a.s. kepada Nabi Yusuf a.s. agar tidak menceritakan kisah tersebut kepada mereka: Maksudnya: Dia (ayahnya) berkata: Wahai anakku, janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudarasaudaramu, mereka akan membuat tipu daya (untuk membinasakanmu). Sesungguhnya Syaitan itu musuh yang jelas bagi manusia. Surah Yusuf: 5

Penulis masih tidak menemui tafsiran yang menjelaskan perkhabaran Nabi Yusuf kepada saudaranya sebagaimana yang dijelaskan, dan bagi penulis, Baginda a.s. pasti mentaati pesanan ayahnya itu, layaknya sebagai anak yang soleh yang akan diangkat menjadi seorang Rasul.

2. Penangkapan serigala yang dituduh memakan Nabi Yusuf a.s. serta dialognya dengan Nabi Yaqub a.s.:26 (

kami tangkap akan dia bawa kepadamu maka berkata Yaqub bagi mereka itu lepaskan olehmu akan dia maka dilepasnya maka jadilah harimau itu duduk mengkibas-kibaskan akan ekornya dan menghamparkan kepadanya dan Yaqub berkata hamparkan oleh kamu kepada aku maka menghamparkan
26

... maka

Dawud al-Fatani (t.t.), Op.cit., h. 24

13

harimau itu kepadanya hingga hampar lututnya dengan lututnya maka mengingatkan Yaqub itu akan tangannya ke langit dan berkata ia Tuhanku, perkenan olehmu seru aku dan kasihan ibrahku27 maka lepaskan bagiku lidah harimau itu dengan qudrah Engkau bahawasa engkau atas tiap-tiap suatu umat kuasa maka menutur Allah akan harimau itu maka berkata ia ( ) maka sahut ia ( ) hai harimau maka dengan apa dosa engkau terkejutkan padaku akan anakku maka berkata harimau itu tiada dan dam Allah dan sebenarmu tiadaku makan dagingnya dan tiada aku minumakan darahnya dan tiada kujatuhkan bulunya dan tiadalah bagiku dengan anak engkau janjinya28 dan bahawasanya aku ini harimau yang dagang dengan negeri kamu aku datang daripada pihak negeri Mesir menuntut saudara aku telah ghaib daripadaku beberapa tahun tiada ku ketahui hidup ia maka aku harap akan dia atau mati maka aku ihtisab kepada Allah... Ulasan: Allah s.w.t. merakamkan dalam al-Quran berkenaan sifat sabar Nabi Yaqub a.s. ketika menerima baju Nabi Yusuf a.s: Maksudnya: Dan mereka datang membawa baju gamisnya (yang berlumuran) darah palsu. Dia Yaqub berkata: Sebenarnya hanya dirimu sendirilah yang memandang baik urusan yang buruk itu; maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku). Dan kepada Allah saja memohon pertolonganNya terhadap apa yang kamu ceritakan. Surah Yusuf: 18

Ibn Jarir al-Tabari mendatangkan pandangan Mujahid dengan turuq yang pelbagai bahawa yang dimaksudkan dengan Fasabr jamil adalah tanpa merasa kegelisahan. 29 Merujuk kepada tafsiran ini, Nabi Yaqub a.s. begitu sabar, sehingga tidak merasa kegelisahan atas kejadian yang berlaku. Seraya Baginda a.s. menyerahkan urusannya hanya kepada Allah s.w.t. Kalaulah begitu sikap Nabi Yaqub a.s., maka tidak perlu baginya untuk menyelidiki kematian Nabi Yusuf a.s. sehingga bertanya kepada

27 28

29 Abu Jafar Muhammad bin Jarir al-Tabari (t.t.), Tafsir al-Tabari, Jami al-Bayan an Tawil Ayi alQuran tahqiq Mahmud Muhammad Syakir, Qaherah: Maktabah Ibn Taymiyyah, c. 2, j. 15, h. 584-586

14

serigala tersebut. Tambahan lagi, keperluan untuk bertanya kepada serigala adalah tidak releven apabila Nabi Yaqub a.s. sendiri telah mengetahui bagaimana sikap hasad dengki anak-anaknya terhadap Yusuf a.s. Bahkan mereka juga mengakui keadaan tersebut, Allah rakamkan dalam al-Quran:

Maksudnya: ...dan engkau tentu tidak akan percaya kepada kami, sekalipun kami berkata benar. Surah Yusuf: 17

Ayat yang lain: Maksudnya: ...Wahai anakku, janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, mereka akan membuat tipu daya (untuk membinasakanmu)... Surah Yusuf: 5

3. Syarat yang dikenakan ke atas pedagang untuk membawa Nabi Yusuf ke Mesir iaitu dengan merantai dan membelenggunya. Kami jual akan dikau dengan demikian dirham itu dengan syarat engkau tegahkan ikut30 yang kepercayaan dan engkau rantaikan dan belenggu dan suruh orang yang melihat akan dia hingga engkau bawa ke Mesir maka bahawasanya ia pencuri lagi pelari dan aku hanya takut lepas ia dan kembali kepada bapanya.31

Ulasan:

Merujuk kepada plot penceritaan kisah Nabi Yusuf sebelum petikan di atas, baginda telah difitnah di hadapan para pedagang sebagai pencuri dan cuba melarikan diri daripada saudara-saudaranya. Demikian itu, saudara-saudaranya juga turut

mengancam bunuh ke atas Yusuf kerana mereka telah memberitahu kepada bapanya Yaqub bahawa baginda mati dimakan serigala. Firman Allah s.w.t.:

30 31

Dawud al-Fatani (t.t.), Op.cit., h. 25.

15

Maksudnya: Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu ia dimakan oleh serigala dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar". Surah Yusuf: 17. Justeru Yahuza menyeru kepada Yusuf supaya mengakui dirinya sebagai hamba kepada saudara-saudaranya supaya baginda terlepas dari ancaman bunuh dan dijual kepada para pedagang. Setelah Yusuf mengakuinya, maka baginda dijual dengan harga 20 dirham. Hai saudaraku bahawasanya mereka itu telah mengkhabarkan kepada bapa engkau dimakan harimau. Jika engkau mengaku bagi mereka itu akan hamba dijualnya akan dikau dan lepas engkau daripada bunuh.32 Jika engkau hendak beli daripada kami jual akan dia kepada mu dan kata tajir tiada lagi serta kami dirham melainkan qadar 20 dirham kerana kami sudah belikan mata benda kami.33 Oleh kerana para pedagang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar melainkan 20 dirham sahaja, maka saudara-saudara Yusuf telah tetap untuk menjualnya dengan meletakkan syarat seperti petikan pertama yang dinyatakan di atas (Kami jual akan dikau dengan demikian dirham itu dengan syarat.) iaitu supaya Yusuf diikat dan dibelenggu. Malah plot ini turut menceritakan perjanjian yang dilakukan oleh para pedagang dan saudara-saudara Yusuf dalam melunasi syarat yang telah ditetapkan. "( ) ertinya dengan nama tuhan Ibrahim dan Ishaq dan Yaqub inilah budak yang dibeli oleh Malik b. Zair al-Khazaiy daripada anak Yaqub dan mereka itu si anu dan si anu akan sahaya mereka itu dengan dua puluh dirham dan telah memberi akan mereka itu janji Allah dan pada bahawa diikatnya akan dia
32 33

Dawud al-Fatani (t.t.), Op.cit., h. 25. Ibid.

16

dan belenggukan akan dia dan wakilkan dengan dia orang yang memelihara akan dia hingga dating ke Mesir.34 Plot yang dihuraikan diatas adalah merupakan penceritaan berdasarkan tafsir Surah Yusuf ayat ke-20. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya Dengan harga Yang murah, Iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan mereka adalah orang-orang Yang tidak menghargainya. Surah Yusuf: 20. Berdasarkan pemerhatian penulis dalam kitab tafsir muktabar, terdapat beberapa intipati yang menepati perbincangan ulama iaitu saudara-saudara Yusuf yang menjualnya kepada pedagang dan harga jualan yang sedikit sekadar 20 dirham sahaja. Ibn Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa kalimah merujuk kepada tindakan saudara Yusuf yang menjualnya dengan harga yang sedikit. Abu Jafar,35 Ibn Abbas, Mujahid dan al-Dahhak menambah bahawa perkataan adalah merujuk kepada saudara-saudara Yusuf.36 Kemudian kalimah pula sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Masud r.a. adalah sebanyak 20 dirham. Bagaimanapun terdapat pandangan yang menyatakan jumlahnya sebanyak 22 dirham sebagaimana yang dinyatakan oleh Mujahid dan 40 dirham yang dinyatakan oleh Muhammad b. Ishaq dan Ikrimah.37

Manakala mengenai syarat dirantai dan dibelenggu ke atas Yusuf, ancaman bunuh oleh saudara-saudaranya sebelum itu, dan teks perjanjian yang dinukilkan atas nama tuhan Ibrahim, Ishaq dan Yaqub adalah sama sekali tidak dibincangkan dalam manamana kitab tafsir. Malah ketua pedagang yang dikenali sebagai Malik b. Zair alKhazaiy juga tidak dapat ditemukan peribadinya. Wallahualam.

34 35

Ibid. al-Tabari (t.t.), Op.cit.,, j. 16, h. 16. 36 Ibn Kathir (2004), Tafsir al-Quran al-Azim, Riyadh: Dar al-Salam, c. 6, j. 2, h. 1446; Sebahagian tafsir menyatakan bahawa ayat ini menunjukkan tindakan para pedagang yang menjual Yusuf dengan harga yang murah di Mesir kerana tidak tertarik kepada Yusuf; Lihat Silah al-Khalidi (2007), al-Qasas al-Quraniy Ard Waqai wa Tahlil al-Ahdath, Damsyiq: Dar al-Qalam, c. 2, j. 2, h. 108; Lihat juga Ibn Jarir al-Tabari (t.t.), Op.cit., h. 18. 37 Ibn Kathir (2004), Op.cit.

17

4. Rintihan Nabi Yusuf a.s. di atas kubur ibunya setelah dijual oleh saudarasaudaranya kepada pedagang: Maka tatkala lalu ia atas kubur bondanya Rahil dan adalah di kubur pada kubur ahli Kanan maka melihat ia akan kuburan maka tiada kuasa memiliki ia akan dirinya di atas kubur ibunya Rahil maka berguling ia dan menangis dan memukul dan berkata ia hai ibuku angkat olehmu kepalamu daripada tanah hingga engkau lihat akan anakmu terantai dan terbelenggu. Hai ibuku di dalam telaga menjatuhkan dia aku dengan bapa ku diceraikan akan dia dengan sekurangkurang harga dijualnya akan daku dan tiada kasihan mereka itu akan kecilku dan sedikit umurku dan aku pohonkan Allah bahawa dihimpunkan antara bapaku di dalam tempat ketetapan rahmat bahawasanya ia tuhan arham alRahimin.38 Ulasan:

Kejadian ini berlaku ketika Yusuf dalam perjalanan pulang, setelah menemui kembali saudara-saudaranya untuk memohon maaf buat kali terakhir kerana dijual oleh saudara-saudaranya itu.39 Maka berkehendak memberi salam atas mereka itu akan salam yang tiada kembali kepadanya.40 Berkata Yahuza telah besarlah atas Yaqub berjalan engkau maka kerana apa datang kamu. Maka kata Yusuf aku datang supaya berjumpa dengan dikau dan supaya ku memberikan salam atas kamu. Maka berteriak Yahuza dengan segala saudaranya. Berdiri kamu dengan orang yang datang akan kamu dengan terikat dan terbelenggu supaya memberi salam atas kamu selama orang yang tiada melihat akan kamu selama-lamanyamaka jadilah Yusuf tunduk kucup atas seorang-seorang daripada mereka itu dan kucupnya dan peluknya tangannya dan dadanya.41 Seusai kemudian, dalam perjalanan pulang ke tempat perkhemahan, Yusuf melewati kubur ibunya di kawasan perkuburan ahli Kanan dan baginda terpanggil untuk menziarahi pusara ibunya. Maka berlakulah dialog yang dinyatakan dalam petikan
38 39

Dawud al-Fatani (t.t.), Op.cit., h. 26. Surah Yusuf: 20. 40 Dawud al-Fatani (t.t.), Op.cit., h. 36. 41 Ibid.

18

pertama di atas (Maka tatkala lalu ia atas kubur bondanya Rahil dan adalah di kubur pada kubur ahli Kanan maka melihat ia akan kuburan).

Berdasarkan logika akal, petikan tersebut adalah bertentangan dengan norma kehidupan anbiya yang dikenali sebagai segolongan hambaNya yang terpilih, dikalangan manusia yang paling hampir dengan Allah s.w.t. berbanding yang lain, serta diberi kemuliaan di sisi Allah s.w.t. Mereka diutuskan atas setiap umat untuk membimbing manusia melalui petunjuk wahyu yang mengandungi peraturan tertentu yang telah ditetapkan. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan) sembahlah Allah dan jauhi perkara taghut. Surah al-Nahl: 36.

Tidak mungkin seorang nabi merintih di atas kubur dengan seruan yang tidak layak baginya (maka berguling ia dan menangis dan memukul dan berkata ia hai ibuku angkat olehmu kepalamu daripada tanah hingga engkau lihat akan anakmu terantai dan terbelenggu) dan melakukan tindakan yang bertentangan dengan nilai-nilai keagamaan. Kubur adalah tempat untuk menginsafi diri dan bukannya tempat ratapan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:42

Maksudnya: Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil. Dalam beberapa keadaan, ianya dilihat bertentangan dengan sifat kebergantungan Yusuf kepada Allah s.w.t. ketika menghadapi setiap ujian hidup yang dilaluinya. Malah sebesar fitnah yang dilakukan oleh isteri al-Aziz ke atasnya juga didahului dengan pohonan doa dan rintihan kepada tuhannya sebagai tanda pengharapan,

42

Abdullah Abu Abdullah al-Hakim al-Naysaburi (1990), Mustadrak al-Hakim ala al-Sahihayn, tahqiq oleh Mustafa Abd al-Qadir Ata, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, c. 1, j. 1, h. 532. Sanad hadith dinilai sebagai hasan oleh Albani. Lihat Nasir al-Din Albani (1385), Ahkam al-Janaiz, t.t.p., h. 84.

19

bukannya dengan tangisan dan rasa putus asa. 43 Plot penceritaan yang digarap oleh pengarang ketika menafsirkan ayat 20 ini juga tidak ditemui dalam kitab tafsir muktabar. Kebanyakan kitab tafsir menukilkan bahawa setelah Yusuf dijual oleh saudaranya, baginda terus dibawa ke Mesir dan menetap dalam kehidupan yang baik di bawah pemeliharaan al-Aziz. Wallahualam.

5. Balasan Jibril a.s. ke atas mereka yang memperlakukan Nabi Yusuf a.s. dengan sedemikian rupa sehingga menyebabkan baginda bersedih dan berduka cita. Maka ditampar akan satu tampar yang keras pada mukanya maka tersembung rebah atas mukanya ke tanah dan pengsan ia atasnya kemudian maka siuman dan berkata baginya jangan engkau ambil atas ku maka bahawasanya aku tatkala lalu dengan kubur ibuku tiada kuasa memiliki diriku bahawa ku jatuhkan akan dia seperti barang yang engkau lihat dan tiada aku perbuat lagi kepada barang yang engkau benci akan dia segala-gala kemudian. Maka mengangkatkan matanya ke langit dan mengalir air matanya dan berlumur tanah pada mukanya maka berkata hai tuhanku jika ada bagiku kesalahan menyalahi mukaku daripadaMu maka pohonkan dengan sebenar-benar bapa-bapaku yang muliamulia Ibrahim dan Ishak dan Yaqub bahawa engkau ampunkan bagiku dan kasihani oleh Mu akan daku hai orang yang kasih sayang daripada segala orang yang kasih sayang. Maka gempa segala malaikat kepada Allah taala akan sebagai gempa hingga sampai ke arasy. Maka firman Allah taala hai segala malaikatKu, ini seorang nabi dan anak anbiyaKu dan telah minta tolong dengan Daku, Aku menolong akan dia dan segala orang yang minta tolong akan Daku. Hai Jibril, dapatkan dia maka turun Jibril a.s. dan berkata ia hai orang yang benar lagi siddiq, Allah tuhan kamu kirimkan salam dan berkata bagimu nanti sedikit dan telah menangis segala malaikat tujuh petala langit. Adakah berkehendak bahawa aku balikkan langit di atas bumi. Maka berkata ia hai Jibril, lemah lembut oleh mu adakah berkehendak bahawa aku balaskan dengan makhluk tuhanku. Maka bahawasanya ia halim tiada gempuh.44 Maka memukul Jibril akan bumi dengan sayapnya dan menjadikan ia memukul dengan sayapnya setengahnya maka bertiup angin yang merah dan gerhana matahari dan kelam kabut lagi berdebu lagi berkilat dan jadilah siang hari itu seperti malam dan kelam kabut yang sangat.45
43

Lihat Dawud al-Fatani (t.t.), Op.cit., h. 30-31; Lihat juga ibid., h. 26-27 dalam menyatakan penyerahan Yusuf kepada tuhannya dalam melalui setiap ujian yang ditimpakan ke atasnya. 44 45 Dawud al-Fatani (t.t.), Op.cit., h. 26-27.

20

Ulasan:

Kisah ini merupakan kesinambungan plot sebelum Yusuf di bawa ke Mesir seperti yang telah dijelaskan dalam menghuraikan isi penting ke 4 (rintihan nabi yusuf a.s. di atas kubur ibunya setelah dijual oleh saudara-saudaranya kepada pedagang). Petikan maka ditampar akan satu tampar yang keras pada mukanya maka tersembung rebah atas mukanya ke tanah dan pengsan ia atasnya adalah merujuk kepada marahnya seorang budak hitam46 di atas perbuatan Yusuf yang pergi ke kawasan kubur tanpa pengetahuannya.

Peristiwa ini seolah-olah sama seperti sirah Rasulullah s.a.w. ketika berdakwah di Taif. Baginda s.a.w. telah diherdik, dicerca, dan dicederakan dengan lontaran batu oleh penduduk Taif. Ketika baginda s.a.w. sampai di suatu tempat bernama Qiran Talib, Rasulullah s.a.w. telah didatangi oleh Jibril yang berkehendak untuk membalas perbuatan tersebut dengan menghempap gunung al-Akhsyabin ke atas mereka.47 Namun kisah yang dinyatakan oleh pengarang ini sama sekali tidak dijelaskan dengan sebarang nas sama ada dalam kitab tafsir mahupun hadith. Wallahualam. 6. Cara Jibril mewahyukan tabir mimpi kepada Nabi Yusuf: 48 Lalulah empat tahun daripada penjaranya telah mewahyukan Allah akan Jibril. Hai Jibril turun olehmu kepada hambaku Yusuf dengan tabir mimpi...Maka buka olehmu mulutmu maka membuka ia akan mulutnya maka dijatuhkan Jibril pada mulutnya lulu yang sangat jernih tatkala tetap pada rangkanya keluar daripada antara dua matanya nur seperti matahari maka mengetahui ia pada waktu itu tabir al-Ruya ... Ulasan:

46

Seorang pedagang yang ditugaskan untuk menjaga Yusuf sepanjang perjalanan untuk bertemu saudara-saudarnya. 47 Muhammad Said Ramadhan al-Buti (2003), Fiqh al-Sirah, terj. Mohd Darus Sanawi Ali, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, j. 2, h. 186; Peristiwa ini adalah berdasarkan kepada hadith yang dimuatkan dalam Sahih Bukhari. Lihat al-Bukhari (2000), Op.cit., Kitab Badi al-Khalq, Bab Idha Qala Ahadukum: Amin wa al-Malaikah fi al-Sama, no. Hadith, 3231, h. 262. 48 Dawud al-Fatani (t.t.), Op.cit., h. 34.

21

Antara kelebihan-kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Yusuf a.s. adalah kemahiran mantabir mimpi. Di dalam surah Yusuf terdapat dua tempat yang menceritakan kebolehan Nabi Yusuf a.s. dalam mentabir mimpi iaitu mimpi penghuni penjara dan mimpi raja. Peristiwa dalam petikan di atas dikatakan berlaku 4 tahun semasa Baginda a.s. berada dalam penjara. Allah s.w.t. mengajar Yusuf a.s. mengenai tabir mimpi sebagaimana firmannya:

Maksudnya: ...Dan begitulah kami memberi kedudukan yang baik kepada Yusuf, dan agar kami mengajar kepadanya takwil mimpi... Surah Yusuf: 21

Walaupun Nabi Yusuf diajarkan tabir mimpi oleh Allah s.w.t., namun tiada sedikitpun keterangan daripada al-Quran mengenai bentuk pengajaran yang diterima oleh Nabi Yusuf a.s. Unsur-unsur Israiliyyat kelihatan pada petikan di atas apabila penceritaan secara terperinci mengenai pengajaran yang diterima oleh Baginda, sedangkan tiada nas dari wahyu Allah s.w.t. dan hadith RasulNya yang menceritakan perkara tersebut. Setakat penemuan penulis, petikan di atas masih belum ditemui daripada mana-mana sumber yang muktabar. Wallahualam.

Rumusan

Kajian mendapati terdapat banyak kisah-kisah berunsur Israiliyyat dimuatkan dalam perbahasan kisah Yusuf dalam Jamu al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid. 6 kisah Israiliyyat yang ditonjol dalam kajian ini hanyalah sebahagian daripada kisah-kisah yang dibahaskan. Kisah-kisah ini didapati kesemuanya adalah termasuk dalam

kelompok yang mardud, kerana faktanya mempunyai percanggahan dengan nas yang sahih, bahkan ada yang menjatuhkan keismahan Baginda a.s. sebagai seorang utusan Allah s.w.t. Walaupun hasil penemuannya begitu, penulis tetap mengagumi dan

mengakui ketokohan pengarang sebagai seorang ulama yang tersohor. Karya-karya yang dihasilkannya mempunyai manfaat yang sangat besar dalam dunia Islam terutamanya di alam melayu. Namun, usaha-usaha mentahqiq serta penambahbaikan sangat diperlukan bagi menghidupkan kembali khazanah-khazanah nusantara yang kian tenggelam.

22

You might also like