You are on page 1of 25

1.

PENGENALAN Apabila sesebuah negara semakin pesat membangun, populasi manusia semakin

meningkat. Ini menyebabkan kadar permintaan manusia terhadap sesuatu keperluan adalah tinggi. Gaya hidup manusia yang mahukan kehidupan yang lebih baik seperti rumah, bekalan elektrik dan air, kereta dan lain-lain menyebabkan permintaan terhadap sumber semulajadi semakin tinggi. Pengurusan sumber semulajadi yang tidak terancang seperti penggunaan bahan api fosil secara berleluasa, pelepasan asap hitam ke atmosfera, pembuangan sisa pepejal dan toksik yang tidak terkawal dan sebagainya akan menyebabkan pencemaran. Sekirannya pengurusan sumber semulajadi ini tidak diuruskan dengan baik, ianya akan menjejaskan kualiti hidup manusia dan alam sekitar. Setiap penduduk di dunia perlulah berkerjasama dan bertanggungjawab dalam menangani masalah ini. Sehubungan dengan itu, masyarakat dunia kini menghadapi dua cabaran utama, iaitu isu perubahan iklim dan keselamatan tenaga. Kedua-dua isu tersebut harus ditangani secara kolektif dan efektif. Satu pendekatan yang kritis amatlah penting. Berdasarkan keperluan ini, Teknologi Hijau telah menjadi portfolio Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, (KeTHHA) yang telah ditubuhkan pada 9 April 2009. Teknologi Hijau mempunyai peranan strategik yang lebih jauh daripada setakat mencapai autonomi tenaga dan menangani perubahan cuaca. Teknologi Hijau akan membantu pembangunan masyarakat berilmu yang mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup yang lebih baik. Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi seorang yang lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semulajadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar. Teknologi ialah satu penciptaan atau alat yang akan menambah baik kehidupan manusia. Teknologi berasal daripada perkataan Greek iaitu technologia. Penciptaan, pembangunan dan penggunaan teknologi telah meningkat dengan hebat sejak abad yang lalu, bermula daripada revolusi industri pada abad ke-18. Penerokaan sumber semulajadi yang berlebihan melalui teknologi menghasilkan produk sampingan seperti bahan buangan dan pencemaran. Maka sesebuah negara akan menghadapi cabaran untuk mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah penyusutan sumber semulajadi, perubahan iklim, bekalan tenaga dan jaminan bekalan makanan.

Aplikasi Teknologi Hijau dilihat sebagai salah satu penyelesaian yang digunakan oleh sesebuah negara untuk menangani isu tenaga dan alam sekitar secara serentak. Teknologi Hijau ini adalah suatu teknologi yang membolehkan sesebuah negara itu bertambah maju tetapi pada masa yang sama dapat meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang. 2.0 TEKNOLOGI HIJAU (ASPEK EPISTEMOLOGI) Penubuhan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mencerminkan keseriusan Malaysia dalam menyampaikan mesej bahawa bersih dan hijau ialah cara mewujudkan satu ekonomi yang berdasarkan penyelesaian mapan. Dasar Teknologi Hijau Negara akan menyediakan panduan dan memacu peluang baru untuk perniagaan dan industri untuk membawa kesan positif kepada pembangunan ekonomi kita. Ia juga menjadi asas kepada rakyat Malaysia untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik, selaras dengan dasar-dasar Negara termasuk Rangka Rancangan Jangka Panjang, supaya objektif pembangunan untuk rakyat diseimbangkan dengan aspek alam sekitar. 2.1 Definisi Teknologi Hijau Menurut KeTHHA, Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber-sumber yang boleh

diperbaharui. Menurut Wikipedia, Teknologi Hijau atau Teknologi Alam Sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. 2.2 Dasar Teknologi Hijau Dasar Teknologi Hijau Negara telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Abdul Razak pada Julai 2009 dan ianya menekankan tentang pemacuan pertumbuhan ekonomi negara ke arah pembangunan yang mapan di mana pembangunan hendaklah memenuhi keperluan masyarakat masa kini tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang. Dasar Teknologi Hijau Negara adalah berasaskan empat tunggak iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Dari aspek tenaga, teknolgi hijau akan mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama mempromosikan kecekapan guna tenaga. Dari aspek alam sekitar, kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara. Dari aspek ekonomi, Teknologi Hijau meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi . Dari segi sosial pula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan.

2.3

Objektif Teknologi Hijau Objektif Teknologi Hijau Negara adalah untuk mengurangkan kadar peningkatan

penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi. Selain itu,

untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara. Ianya juga dapat meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa. Objektif yang seterusnya adalah untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang serta meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau. 2.4 Teras Strategik Teknologi Hijau Terdapat lima teras strategik yang terdapat dalam buku panduan Teknologi Hijau bagi menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara iaitu pertama adalah mengukuhkan rangka kerja institusi terutama di kalangan Menteri manakala kedua mensasarkan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi Pembangunan Teknologi Hijau. Teras strategik ketiga pula akan menggiatkan lagi pembangunan modal insan menerusi pemberian latihan dan program pendidikan. Keempat adalah akan menggalakkan penyelidikan dan inovasi Tekologi Hijau menerusi pengkomersialan serta strategik kelima adalah memantapkan usaha mempromosi dan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap Teknologi Hijau 3.0 TEKNOLOGI HIJAU (ASPEK SOSIAL) Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup rakyat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima. Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita hasilkan.

Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan atau mengaplikasikan teknologi hijau sama ada dalam melaksanakan proses kerja atau amalan hidup seharian. Kita harus mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula dengan perkara-perkara mudah yang boleh kita laksanakan. Contohnya, kita boleh membawa air minum dalam bekas tanpa keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita membeli makanan untuk dibawa balik ke rumah, eloklah kita menggunakan bekas makanan sendiri daripada menggunakan bekas styrofoam atau plastik yang tidak mesra alam. Bawalah beg sendiri ketika membeli-belah. Kita perlulah berkongsi kereta atau berjalan kaki atau menunggang basikal atau menggunakan pengangkutan awam ketika menggunakan jalan raya. Kitar semula barang buangan sebanyak mungkin dan jadikan bahan buangan organik sebagai baja. Selain itu, jimatkan penggunaan elektrik dengan menggunakan peralatan elektrik yang efisien dan padamkan jika tidak menggunakannya. Kementerian memfokuskan kepada pewujudan persekitaran teknologi hijau yang kondusif. Justeru itu, bagi mencapai matlamat ini, kementerian sedang bekerjasama dengan SIRIM Berhad untuk melaksanakan Program Perintis Perolehan Hijau dan Pelabelan Eko. Program ini telah bermula sejak Ogos 2010 dan antara output yang disasarkan melalui program tersebut adalah penyediaan garis panduan pemeliharaan hijau kebangsaan, dokumen kriteria ekolabel, pembangunan produk eko-label, penyediaan manual perolehan hijau dan seterusnya pembangunan dalam bidang keusahawanan hijau. Secara keseluruhannya, pembangunan penglabelan eko ini akan membantu pengguna yang mengutamakan alam sekitar untuk memilih produk-produk yang mesra alam. Hal ini secara langsung akan mempengaruhi pihak industri untuk mencipta produk-produk yang mesra alam.

3.1

Bidang-Bidang Berkaitan Teknologi Hijau 3.1.1 Sektor Bekalan Tenaga

Tenaga ialah bahan utama bagi semua aktiviti. Bekalan tenaga yang mencukupi adalah penting untuk kemajuan ekonomi. Tenaga seharusnya dilihat sebagai salah satu daripada sumber strategi negara yang amat penting. Sungguhpun begitu, penggunaan tenaga secara berluasan dan tidak terkawal boleh menimbulkan beberapa kesan yang tidak diingini terhadap alam sekitar dan iklim. 3.1.2 Sektor Penggunaan Tenaga

Sektor ini mengaplikasikan Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga. 3.1.3 Sektor Bangunan

Binaan bangunan di Malaysia haruslah mematuhi Indeks Bangunan Hijau Malaysia (GBI Malaysia). Indeks ini bertujuan untuk memberi panduan kepada sektor pembinaan di Malaysia ke arah pembinaan yang bersifat mesra alam. GBI Malaysia ini direka bentuk untuk mengurangkan penggunaan sumber dan tenaga, menggunakan bahan kitar semula sebagai bahan binaan, mengurangkan jangka hayat kadar pelepasan bahan toksik di dalam bangunan dan mengharmonikan suhu persekitaran dengan alam sekitar. 3.1.4 Sektor Air dan Pengurusan Sisa

Sektor air dan pengurusan sisa merupakan antara sektor yang digalakkan untuk mengamalkan teknologi hijau serta amalan hijau atau green practices terutama dalam mengurus dan menggunakan sumber air, merawat kumbahan dan air larut resap atau leachate, mengurangan bau di kawasan pelupusan sisa pepejal, pengkomposan dan kitar semula. 3.1.5 Sektor Pengangkutan

Penggunaan pengangkutan awam seperti Light Rail Transit (LRT), komuter dan monorail adalah merupakan teknologi bersih dan menggunakan tenaga elektrik sebagai punca tenaga. Ianya bukan sahaja bersifat mesra alam tetapi juga membantu mengurangkan kesesakan lalulintas dan

mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera. Penggunaan tenaga alternatif bukan sahaja dapat mengurangkan kos pembelian dan penggunaan bahan asli malah ia bersih dari mencemarkan alam sekitar. 3.1.6 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) - ICT Hijau

ICT Hijau merujuk kepada amalan dari segi pengeluaran, penggunaan dan pelupusan komputer, pelayan (server) serta alat-alat aksesori seperti monitor, tetikus, pencetak dan peralatan rangkaian secara berkesan dan efektif dengan memberi kesan yang minima atau tiada kesan terhadap alam sekitar. Ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan berbahaya, menjimatkan tenaga elektrik dan memanjangkan jangka hayat penggunaan produk ICT. 3.1.7 Perancangan Bandar Hijau (green township planning)

Sebagai langkah awal ke arah pembangunan teknologi hijau secara mapan, kerajaan akan menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau dan, sekali gus sebagai perintis kepada pembangunan bandar hijau lain di seluruh negara. Salah satu aspek yang diberi fokus penting di bawah program ini ialah penjimatan 10% penggunaan air dan tenaga elektrik di bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya. Garis panduan ini akan menjadi perintis kepada pembangunan perbandaran dan komuniti hijau di negara ini. Kementerian percaya apabila garis panduan dan pelan tindakan perbandaran hijau ini dilaksanakan kelak, ianya akan menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar dan seterusnya akan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

4.0

TEKNOLOGI HIJAU (ASPEK ETIKA) Aplikasi teknologi hijau pada masa kini yang semakin meluas dilihat sebagai salah satu

penyelesaian yang digunakan oleh kebanyakan negara luar untuk menangani isu penggunaan tenaga, air dan alam sekitar. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah menghasilkan buku Amalan Hijau yang merupakan aplikasi daripada Teknologi Hijau Negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengamalkan Amalan Hijau sebagai amalan kita seharian bagi memastikan alam sekitar terpelihara. Apabila mengamalkan amalan hijau, kita akan dapat mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar disebabkan oleh aktiviti dan amalan seharian, menerapkan nilai-nilai hijau dalam diri dan menyebarkan serta memupuk kesedaran mengenai faedah amalan hijau kepada masyarakat. Antara amalan-amalan hijau yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia adalah pengurusan sisa pepejal yang efektif, menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan air, penggunaan alat elektrik cekap tenaga, menggunakan produk mesra alam dan penggunaan bahan api alternatif. 4.1 Pengurusan Sisa Pepejal Banyak negara di dunia ini sedang menghadapi masalah pengurusan sisa pepejal kerana jumlah penjaan sisa yang semakin meningkat setiap tahun. Di Malaysia jumlah sisa pepejal yang dijanakan adalah sangat tinggi setiap hari dan ini memerlukan langkah penyelesaian yang wajar dan berkesan supaya tidak berlakunya pencemaran kepada alam sekitar. Antara langkah yang digunakan untuk mengingatkan rakyat untuk mengurangkan penjanaan sisa pepejal adalah mengadakan kempen dan menyeru rakyat dengan slogan Fikir Dahulu Sebelum Buang. Selain itu, rakyat Malaysia digalakkan mengamalkan 3R (Reduce, Reuse and Recycle) dalam menguruskan sisa pepejal. Pencapaian Malaysia dalam pengurangan penjanaan sisa pepejal adalah rendah berbanding dengan sesetengah negara lain seperti Jepun, Belanda dan Canada. Langkah-langkah inovatif dan berkesan yang diambil oleh negara-negara terbabit patut dikaji dan dipelajari bagi memastikan Malaysia dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal. Contohnya, di Kyoto, Jepun, mereka melaksanakan satu sistem yang dikenali sebagai Pay As You Throw. Di bawah sistem ini, sisa dari rumah akan dikenakan bayaran sebanyak 1 yen (RM 0.035) untuk setiap liter sisa pepejal yang dibuang dari rumah untuk kutipan. Tong sampah yang biasa digunakan oleh rumahrumah yang bersaiz 120 liter akan dikenakan bayaran sebanyak 120 yen (RM 4.20). Sistem ini telah terbukti berkesan mengurangkan penjanaan sisa pepejal di Kyoto kerana penduduknya sedaya-upaya untuk melaksanakan 3R.

4.2

Penggunaan Tenaga Elektrik Dan Air Pelbagai cara boleh digunakan dalam menjimatkan pengguna tenaga sama ada di rumah

atau di pejabat. Amalan ini bukan sahaja dalam mengelakkan pembaziran dan mengurangkan bil elektrik, tetapi juga menggalakkan penggunaan sumber tenaga secara lestari. Berikut adalah di antara beberapa amalan yang boleh dilakukan di rumah dan pejabat bagi menjimatkan pengguna tenaga elektrik. Padamkan lampu di ruang yang tidak digunakan, meletakkan komputer peribadi ke sleep mode apabila tidak digunakan, gunakan peralatan elektrik mengikut keperluan, jangan buka tingkap apabila pendingin hawa beroperasi, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik apabila keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang dan sebagainya. Air bertindak sebagai salah satu keperluan utama untuk pertambahan dan pembangunan sejagat. Penambahan populasi manusia dan perindustrian menyumbang kepada kadar penggunaan air yang tinggi, faktor ini meningkatkan permintaan air. Semakin kita melangkah ke gaya hidup yang lebih moden, kita perlu bertindak untuk menjimatkan penggunaan air bagi menjamin bekalannya di masa hadapan. Berikut adalah langkah yang boleh dilaksanakan bagi menjimatkan penggunaan air iaitu mengumpul air hujan, memastikan menutup air pili setelah digunakan, gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang, perbaiki paip yang bocor, mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian dan sebagainya.

4.3

Penggunaan Alat Cekap Tenaga Melaburlah dengan membeli peralatan elektrik yang mempunyai kemampuan `Cekap

Tenaga. Wang yang dijimatkan melalui penjimatan tenaga ini dapat memulangkan kos pelaburan tersebut dalam beberapa tahun. Pastikan label "EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap. Jika peralatan tersebut buatan Malaysia, lihat label Cekap Tenaga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

4.4

Penggunaan Produk Mesra Alam Produk mesra alam kian mendapat perhatian orang ramai dengan kesedaran mengenai

pentingnya menjaga alam sekitar. Di Malaysia, konsep eko-enovasi telah diperkenalkan iaitu menjurus kepada penggunaan teknologi yang mesra alam dan amalan inovasi yang berteraskan pembangunan mampan dalam penghasilan sesuatu produk, proses ataupun sistem. Konsep ini telah diamalkan di beberapa buah negara maju seperti Amerika, Eropah dan Asia Timur. Contohnya, di Eropah, produk yang menggunakan konsep eko-inovasi akan diberikan tanda piawaian Eco-label bagi memudahkan pengguna yang prihatin terhadap alam sekitar memilih produk yang terhasil daripada bahan mesra alam. Contoh produk yang menggunakan konsep eko-inovasi adalah seperti beg plastik boleh urai yang diperbuat daripada sumber tumbuhan seperti jagung, ubi dan tebu dan penguraian bahan tersebut adalah dengan kehadiran oksigen, kelembapan mikroorganisma dan tanah. Perkakas dapur seperti pinggan, mangkuk, sudu dan dulang yang diperbuat daripada jagung, ubi kayu dan ubi kentang. Perkakasan ini boleh diurai selepas digunakan, dicampurkan sebagai makanan haiwan atau dijadikan baja kompos. Rangka plastik telefon bimbit dihasilkan menggunakan bahan plastik terpakai seperti botol air plastik. Ini boleh mengelakkan mengeluarkan bahan mentah plastik yang berterusan.

4.5

Bahan Api Alternatif Memandangkan harga bahan bakar yang meningkat secara berterusan dan pencemaran

alam sekitar yang semakin berleluasa, kerajaan Malaysia terpaksa mencari alternatif lain bagi memenuhi permintaan penggunaan tenaga yang semakin meningkat. Malaysia harus mempertingkatkan penggunaan tenaga alternatif seperti tenaga solar, biodiesel, biojisim dan tenaga air bagi membantu mengurangkan pergantungan kepada bahan semulajadi seperti petroleum, arang batu, gas dan kayu kayan dalam penghasilan produk dan penggunaan seharian. Contohnya, tenaga solar mesra alam, tenaga ini terhasil daripada cahaya matahari dengan

memasang panel solar seperti kaca di bangunan industri, komersial, perumahan dan bangunan awam. Panel ini berfungsi menghasilkan bekalan elektrik di unit kediaman atau bangunan berkenaan. Ianya dikenali sebagai sistem Pembinaan Bersepadu Tenaga Suria ImbasanVoltan (BIPV). 5.0 TEKNOLOGI HIJAU (ASPEK PENDIDIKAN) Bagi mencapai objektif Teknologi Hijau, setiap rakyat di Malaysia mesti menjadikan amalan hijau sebagai budaya hidup. Ibubapa mempunyai peranan yang besar bagi mendidik anak-anak mereka untuk mengamalkan budaya hijau. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang Teknologi Hijau dan amalan hijau adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah. Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang.

5.1

Program Teknologi Hijau 5.1.1 Program Sekolah Lestari

Pendekatan menerapkan budaya pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar sejak di bangku sekolah dilaksanakan menerusi Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar. Program adalah membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Program ini menekankan komponan penghijauan iaitu bahagian terpenting dalam memenuhi kriteria sebagai

Sekolah Lestari. Pihak sekolah sentiasa digalakkan untuk mengambil pendekatan holistik bagi meningkatkan aktiviti penghijauan di sekolah dan usaha ini perlu dijalankan secara sistematik dengan memasukkan aspek pelaksanaan oleh seluruh pelajar termasuk penjimatan sumber tenaga dan air. Penerapan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar di kalangan pelajar sangat penting bagi memastikan sikap cintakan alam sekitar terus kekal di kalangan generasi masa depan. Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar adalah : (A) Bahan Penerbitan Jabatan Alam Sekitar

(i) Edaran Siri Modul Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) yang terdiri daripada 7 modul. (ii) Majalah Era Hijau diterbitkan 4 kali setahun dan diedarkan ke sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia secara percuma. (iii) Risalah Bumi Kita, risalah dwibahasa ini mengandungi 7 tajuk kecil yang berbeza. (iv) Risalah Amalan Hijau yang terdiri daripada 3 kategori iaitu amalan di sekolah, pejabat dan rumah. (v) Poster-Poster Alam Sekitar. (vi) Bahan-Bahan Audio-Visual.

(B) (i)

Aktiviti Alam Sekitar Untuk Pelajar Sekolah Projek Wira Alam

Projek ini merupakan anjuran Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengiktiraf para pelajar yang aktif dalam usaha pelindungan dan pemuliharaan alam sekitar. (ii) Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS)

PRIAS merupakan suatu aktiviti kesedaran alam sekitar secara tidak formal memerlukan para pelajar membuat kajian/siasatan mengenai isu/pemasalahan semasa alam sekitar di sekitar sekolah atau mana-mana komuniti berdekatan.

(iii)

Program Eco Youth

Program ini memberi peluang kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah menjalankan aktiviti berbentuk alam sekitar secara berkumpulan. Projek penyelesaian masalah atau isu alam sekitar di sekolah dilaksanakan dengan kaedah Penyelesaian Masalah Kawalan Mutu (Quality Control Problem Solving Methodology) dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. (iv) Program Penghijauan Sekolah

Anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Japanese Chamber of Trade and Industry Malaysia (JACTIM). (v) Program KitS

Program Kitar Semula untuk Sekolah-Sekolah (KitS) adalah anjuran Alam Flora Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara aktiviti yang dilakukan termasuk ceramah, demonstrasi pembuatan kertas, seminar, pertandingan dan pameran alam sekitar. (vi) (vii) Kuiz Sains Alam Semulajadi Program "Renewable Energy and Energy Efficiency"

Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Putra Malaysia. Anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, Centre for Training on Re-newable Energy and Energy Efficiency (CETREE) dan Universiti Sains Malaysia. (viii) Kem Penyelidikan Sains

Anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). (xi) Program 3K

Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kumpulan Utusan Malaysia dan Tetra Pak (M) Sdn. Bhd.

5.1.2

Taman Mesra Alam

Membina taman di sekolah merupakan amalan mesra alam yang paling dinamik kerana ia membekalkan kandungan oksigen yang tinggi ke atmosfera melalui proses fotosintesis. Ianya merupakan satu pendekatan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum dalam menyemai pembelajaran penghijauan secara praktikal kepada pelajar. Membina Taman Mesra Alam merupakan salah satu amalan mesra alam yang boleh diterapkan di sekolah bagi memastikan pelajar menghargai alam sekitar dan mewujudkan masyarakat yang lebih proaktif dalam merealisasikan usaha kerajaan memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang. 5.1.3 Pertandingan Reka Cipta Teknologi Hijau

Usaha kerajaan untuk menerapkan Teknologi Hijau di kalangan pelajar adalah dari aspek inovasi iaitu mencipta atau membangunkan Teknologi Hijau dengan mengadakan pertandingan reka cipta teknologi mesra alam di peringkat sekolah. Pelajar-pelajar digalakkan mencipta suatu teknologi tanpa membazirkan sumber-sumber tenaga dan air. Guru juga memainkan peranan dalam memberi bimbingan kepada pelajar dalam penghasilan teknologi tersebut. 5.1.4 Program Kesedaran Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui

Bagi memupuk kesedaran membudayakan amalan hijau di kalangan generasi muda pula, kementerian telah bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia serta Centre for Education, Training and Research In Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE), Universiti Sains Malaysia, untuk melaksanakan bengkel sekolah rintis amalan hijau bagi pelajarpelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara program yang telah dilaksanakan oleh CETREE ialah Pameran program Kempen Penjimatan Tenaga & Alam Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM, Pertandingan Eureka, Kereta Solar dan Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan dan sebagainya. Selain daripada itu, CETREE juga telah membangunkan Modul Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga Merentasi

Kurikulum Sekolah Rendah di seluruh Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid sekolah di peringkat awal dalam Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga. 5.1.5 Kempen Kesedaran Di Sekolah

Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah bagi kempen kesedaran tentang amalan hijau dan teknologi hijau adalah semua warga sekolah perlulah mengamalkan amalan 5R (Rethink, Repair, Reduce, Reuse and Recycle, iaitu fikir semula, baik pulih, kurangkan, guna semula dan kitar semula). Selain itu, pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan sudut kitar semula, sudut bacaan dan sudut untuk menampal poster. Aktiviti gotong royong juga digalakkan dilaksanakan di sekolah selain daripada program pameran alam sekitar. Selain itu, mesej tentang kempen kesedaran ini perlulah disebarkan melalui perhimpunan sekolah.

5.2

Teknologi Hijau Dalam Pengajaran & Pembelajaran (P&P) 5.2.1 Aplikasi P&P di Luar Negara

Teknologi Hijau seharusnya diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Teknologi Hijau boleh diajar dalam setiap mata pelajaran di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan Teknologi Hijau ini telah lama dilaksanakan di luar negara. Di Negara Amerika Syarikat, U.S Deparment of Energys Office of Energy Efficiency and Renewable Energy dan Energy Education and Workforce Department serta U.S. Environmental Protection Agency bersama-sama menghasilkan beberapa modul panduan guru tentang tenaga diperbaharui dan kecekapan tenaga. Guru-guru perlu menggunakan modul ini untuk diaplikasikan dalam P&P mereka.

Contoh, Modul Energy Efficiency Ambassadors. Modul ini digunakan untuk pelajarpelajar gred 9 12. Topik dalam modul panduan ini adalah berkaitan dengan Pemuliharaan dan Kecekapan Tenaga. Modul tersebut dilaksanakan dalam subjek Sains, Bahasa Inggeris dan Teknologi. Aktiviti yang digunakan guru yang terdapat dalam modul ini adalah berdasarkan Save Energys Green Schools Program. Di dalam modul ini terdiri daripada pelbagai aktiviti yang boleh digunakan oleh guru untuk diaplikasikan dalam P&P. Aktiviti yang terdapat dalam modul ini adalah lebih kepada berpusatkan pelajar dan tugas guru adalah sebagai fasilitator. Pengajaran dimulakan dengan guru menyoal pelajar tentang bagaimana tenaga boleh dibazirkan dirumah dan kaedah untuk mengatasi masalah tersebut. Pelajar mendapatkan maklumat tersebut dengan melayari internet atau berhubung serta menemubual pakar tenaga tempatan tentang kaedah untuk mengurangkan pembaziran tenaga dan menjimatkan wang. Kemudian, pelajar dikehendaki menjalankan projek tentang kecekapan tenaga tersebut dengan membentuk kumpulan yang terdiri daripada 2 atau 3 pelajar. Projek ini perlu dipersembahkan dalam bentuk grafik dan juga poster. Selain itu, kumpulan tersebut perlu menulis jurnal tentang soalan kajian, pengumpulan data, analisis data dan hasil yang diperolehi. Setiap kumpulan juga perlu menulis skrip tentang projek kecekapan tenaga tersebut. 5.2.2 Aplikasi P&P di Malaysia

Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui & Kecekapan Tenaga (CETREE) dengan kerjasama KPM, KeTTHA dan USM telah menghasilkan Modul Panduan Guru dan Modul Aktiviti untuk murid sebagai panduan aplikasi tenaga diperbaharui & kecekapan tenaga semasa proses P&P dijalankan dan juga Modul Kokurikulum yang digunakan sebagai aktiviti kelab dan persatuan di peringkat sekolah rendah. Modul-modul ini telah diedarkan ke 3000 sekolah rendah terpilih. Modul ini dihasilkan bertujuan menerapkan pengetahuan dan kesedaran tentang tenaga diperbaharui & kecekapan tenaga di kalangan murid sekolah rendah. Contoh, aplikasi Teknologi Hijau dalam P&P subjek Sains Tahun 6. Topik, Pengurusan Sisa Pepejal. Guru memulakan set induksi dengan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan sampul surat yang mengandungi penunjuk kitar semula

yang telah dipotong kepada beberapa kepingan kecil. Murid dikehendaki menyelesaikan tekateki dengan menamakan dan menerangkan tentang penunjuk kitar semula tersebut. Setelah itu, guru menjalankan aktiviti dengan memberikan murid sarung tangan dan penutup mulut serta beberapa beg plastik sampah. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan diberikan masa selama 20 minit untuk mengutip sampah yang terdapat di persekitaran sekolah. Setiap kumpulan perlu meletakkan sampah mengikut tong sampah kitar semula. Kemudian mereka menghitung jumlah sisa pepejal yang telah dikumpul dan direkodkan. Aplikasi Teknologi Hijau dalam P&P subjek Matematik Tahun 5. Topik, Ukuran (Pembahagian). Guru memulakan set induksi dengan memberikan murid gambar rumah solar dan mengandungi jarak rumah. Guru meminta murid mengira jumlah rumah solar yang terdapat dalam gambar tersebut. Kemudian, guru bertanya kepada murid, bagaimana untuk membahagikan jarak dengan jumlah rumah solar yang terdapat dalam gambar tersebut. Guru bertanya kepada murid, bagaimana mereka mendapat jawapan tersebut. Kemudian, guru menerangkan tentang kebaikan rumah solar yang menggunakan tenaga matahari sebagai punca tenaga. Aktiviti yang seterusnya, guru menerangkan tentang konsep bahagi. Setelah itu, guru meminta murid menjawab soalan bahagi yang terdapat di dalam Modul Aktiviti murid. Aplikasi Teknologi Hijau dalam P&P subjek Kemahiran Hidup Tahun 4. Topik, Elektrik dan Elektronik. Guru memulakan set induksi dengan membuka lampu dalam bengkel. Guru bertanya kepada murid, dari manakah lampu tersebut mendapat sumber tenaga dan guru mengaitkannya dengan topik yang akan dipelajari. Aktiviti yang pertama, guru menerangkan tentang sambungan litar elektrik dan guru menunjukkan contoh litar siri yang mengandungi mentol dan sel suria. Guru menerangkan penggunaan sel suria yang menggantikan sel kering. Aktiviti seterusnnya, guru menunjukkan contoh projek topi bercahaya yang mengunakan sel suria. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan dikehendaki membina projek topi bercahaya. Murid dibekalkan kad kerja topi bercahaya beserta bahan dan alatan yang diperlukan. Di akhir pengajaran, guru menilai hasil kerja murid. Aplikasi Teknologi Hijau boleh diajar dalam subjek Fizik Tingkatan 5 dalam topik elektrik. Contohnya, guru mengajar subtopik tenaga dan kuasa elektrik. Sebagai set induksi, guru

memulakan pengajaran dengan memetik suis lampu atau kipas dan kemudian guru bertanya kepada pelajar, dari manakah lampu atau kipas tersebut mendapat tenaga. Guru menerangkan secara ringkas bagaimana untuk mendapatkan tenaga elektrik samada menggunakan sumber konvensional (tidak boleh diperbaharui) atau tidak konvensional (boleh diperbaharui / alternatif). Guru meminta pelajar menyatakan contoh bagi setiap sumber untuk mendapatkan tenaga elektrik di Malaysia. Guru juga menerangkan tentang kebaikan membeli barangan elektrik yang cekap tenaga. Kemudian, guru mengaitkannya dengan subtopik yang akan dipelajari oleh pelajar. Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan. Dalam kumpulan tersebut, pelajar dikehendaki membuat pemerhatian serta perbincangan terhadap situasi untuk mendapatkan idea mengenai tenaga elektrik serta kuasa elektrik. Selain itu, pelajar dikehendaki melakukan aktiviti untuk menyukat tenaga elektrik yang digunakan oleh alat elektrik di sekolah. Kemudian, pelajar dikehendaki membentangkan hasil perbincangan yang diperolehi di hadapan kelas. Strategi pembelajaran yang digunakan adalah secara koperatif dan kontekstual. Bekerjasama dan menghargai adalah nilai-nilai murni yang dapat diterapkan ke dalam diri pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik ini. Aplikasi Teknologi Hijau dalam subjek Kimia Tingkatan 4 dalam subtopik Polimer Sintetik. Set induksi adalah guru meminta pelajar memberikan contoh-contoh barangan yang diperbuat daripada plastik. Guru membincangkan maksud polimer. Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengumpul dan mentafsir data tentang polimer semula jadi dan polimer sintetik. Selain itu, pelajar perlu mengumpulkan maklumat tentang pembuangan bahan polimer sintetik di rumah untuk satu tempoh masa tertentu dan membincangkan kesan pencemaran yang diakibatkannya. Kemudian, setiap kumpulan perlu mempersembahkan di hadapan kelas. Setelah itu, guru menerangkan tentang isu berkaitan dengan penggunaan polimer sintetik dalam kehidupan harian dengan mengaitkannya dengan teknologi hijau. Contohnya, menggunakan plastik yang boleh terurai, membawa bekas makanan dan botol minuman ke kantin ataupun membawa beg ketika membeli belah. Di akhir pengajaran, guru mengingatkan pelajar tentang kitar semula, yang mana plastik yang tidak digunakan perlu diletakkan di tong sampah yang betul. Semasa mengajar topik elektrolisis, aplikasi Teknologi Hijau ini boleh dilaksanakan. Eksperimen atau aktiviti yang melibatkan penggunaan sel kering boleh ditukarkan kepada sel

suria / solar. Contoh eksperimen tersebut adalah elektrolisis leburan plumbum (II) klorida, elektrolisis asid sulfurik cair, penulenan logam dan penyaduran logam. Aplikasi Teknologi Hijau dalam subjek Biologi Tingkatan 4 dalam subtopik Ekosistem Terancam. Set induksi, guru meminta pelajar menyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh mengancam ekosistem beserta contoh. Setelah itu, guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan dikehendaki mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang langkah dalam pengurusan pembangunan dan pengurusan ekosistem untuk mengekalkan keseimbangan alam bagi menjamin kemandirian hidupan termasuk perkara berikut; penguatkuasaan undang-undang, penggunaan teknologi, pendidikan tentang pengurusan sumber yang meliputi pembaharuan sumber, penggunaan semula sumber, pengitaran semula sumber, pemikiran semula dan pengurangan penggunaan sumber, pemeliharaan dan pemuliharaan tanah, air, hutan dan paya bakau, amalan kawalan biologi, penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan kecekapan penggunaan tenaga dan mengekalkan sumber tumbuhan dan haiwan. Pelajar bagi setiap kumpulan perlu membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. Guru menilai hasil pembentangan tersebut. 6.0 KESIMPULAN Malaysia komited dalam melaksanakan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan teknologi hijau yang mendapat pelbagai reaksi, di mana teknologi hijau menjadi teras pembangunan ekonomi bagi semua negara. Teknologi Hijau merupakan satu teknologi yang mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia. Antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti keadaan cuaca panas yang sedang kita hadapi pada masa ini. Selain itu, kejadian bencana alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis flora dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesankesan fenomena perubahan cuaca dunia.

Oleh yang demikian, fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam masyarakat dunia pada masa kini. Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang. Walau bagaimanapun, usaha-usaha boleh dilakukan untuk melambatkan proses ini. Oleh yang demikian, aplikasi Teknologi Hijau merupakan salah satu langkah yang diambil bagi melambatkan proses perubahan cuaca dunia. Aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif, penjimatan penggunaan air merupakan antara perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita. Walaupun amalan-amalan hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada kita pada masa kini, kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan kita masih akan dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari ini dalam jangka masa panjang. Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat oleh kita pada hari ini akan menentukan masa depan yang akan dilalui oleh anak-anak kita di masa akan datang. Kajian dan inovasi Teknologi Hijau ke arah komersial harus dipergiatkan, dan insentif juga perlu ditawarkan bagi mewujudkan promosi besar-besaran dan kesedaran awam memandangkan ianya adalah sektor baru negara. Teknologi Hijau perlu diaplikasikan di semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Selain itu, institusi pengajian tinggi awam atau swasta juga perlu diterapkan dengan aplikasi ini. Ianya bertujuan meningkatkan kesedaran tentang teknologi ini yang seharusnya diamalkan oleh setiap golongan bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih baik tanpa mengancam alam sekitar. Penerapan tentang kesedaran ini boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran samada secara langsung atau tidak langsung. Generasi ini seterusnya akan mengaplikasikan Teknologi Hijau dalam kehidupan mereka dengan mudah dan berkesan. Di masa akan datang, Kementerian akan melaksanakan kempen Teknologi Hijau yang akan melibatkan orang awam dan Kementerian/ Jabatan Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan semua pihak mengenai kepentingan Teknologi Hijau dalam kehidupan kita. Ini bagi memastikan

program-program

yang

akan

dilaksanakan

oleh

Kerajaan

dalam

mempromosi

dan

membangunkan Teknologi Hijau tempatan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Teknologi Hijau banyak membantu dalam memuliharakan alam sekitar kita, maka sama-samalah kita menghayati budaya Teknologi Hijau dan menjayakan program teknologi hijau.

7.0

RUJUKAN Berita Harian (2011). Tenaga Solar Mesra Alam. Ekonomi. Rabu 16 Mac 2011. Buku Panduan Amalan Hijau KeTTHa (2010). Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau

dan Air, Malaysia. Buku Panduan Dasar Teknologi Hijau Negara (2009). Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Malaysia. Buku Panduan Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (2004). Asas Pembentukan Sekolah Lestari. Terbitan Jabatan Alam Sekitar. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa & Pustaka. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM), 2002. Huraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Empat. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM), 2002. Huraian Sukatan Pelajaran KIMIA Tingkatan Empat. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM), 2002. Huraian Sukatan Pelajaran FIZIK Tingkatan Lima. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. Majalah Era Hijau (2008). Menggerakkan Agenda Alam Sekitar. Terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Keluaran No.4. Majalah Era Hijau (2009). Kekayaan Manusia Kemiskinan Bumi. Terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Keluaran No.1. Majalah Era Hijau (2009). Amalan Hijau. Terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Keluaran No.4. Majalah Era Hijau (2010). Post Copenhagen. Terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Keluaran No.1. Majalah Holistik (2010). Mengekalkan Kehijauan Alam Sekitar. Unit Media & Komunikasi (Medkom). Mei 2010. Bil.16. Modul Panduan Guru (2009). Sains. Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui & Kecekapan Tenaga (CETREE). Pulau Pinang. Modul Panduan Guru (2009). Matematik. Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui & Kecekapan Tenaga (CETREE). Pulau Pinang. Modul Panduan Guru (2009). Kemahiran Hidup. Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui & Kecekapan Tenaga (CETREE). Pulau Pinang. Teknologi Hijau. http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau

ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 2.0 Pengenalan Teknologi Hijau (Aspek Epistemologi) 2.1 2.2 2.3 2.4 3.0 4.0 3.1 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 5.0 5.1 5.2 Definisi Teknologi Hijau Dasar Teknologi Hijau Objektif Teknologi Hijau Teras Strategik Teknologi Hijau Bidang-bidang Berkaitan Teknologi Hijau Pengurusan Sisa Pepejal Penggunaan Tenaga Elektrik & Air Penggunaan Alat Cekap Tenaga Penggunaan Produk Mesra Alam Bahan Api Alternatif Program Teknologi Hijau Teknologi Hijau Dalam Pengajaran & 1-2 2 23 3 4 4 45 67 8 89 9 10 10 11 11 12 15

Teknologi Hijau (Aspek Sosial) Teknologi Hijau (Aspek Etika)

Teknologi Hijau (Aspek Pendidikan)

Pembelajaran 20 6.0 7.0 Kesimpulan Rujukan 20 21 22 23

16

FAKULTI PENDIDIKAN ISU EPISTEMOLOGI, SOSIAL, ETIKA DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI ( MPS 1163 )

TUGASAN 2

ELLEYANTI BT MISLAN 790207-01-5234 MP091409

PROF. MADYA DR. MD NOR BIN BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI SESI 2010/2011/2

You might also like