You are on page 1of 3

Jenis Karangan Soalan

: :

Dialog / Temuramah Temu ramah dengan tokoh murid

PENUTUP Harapan tokoh

- terus berjaya dengan lebih cemerlang -ucap terima kasih kerana sudi ditemu ramah

- Memberi salam -perkenalkan diri - menyatakan tujuan ingin menemu ramah

PENDAHULUAN

ISI 1 Biodata diri tokoh

-ucapan tahniah -Latar belakang diri tokoh

Tokoh Murid
ISI 2 Perasaan tokoh murid - bangga dan gembira -berterima kasih kepada semua ISI 3 Rahsia kecemerlangan tokoh
Akademik Sahsiah Kokurikulum

ISI 4 Nasihat tokoh

- meneladani yang baik - aktif dalam semua bidang. - motivasi kepada rakan-rakan supaya boleh berjaya

Temu ramah seorang tokoh murid


Ahmad Salina Ahmad : Assalamualaikum, apa khabar? : : Waalaikumusalam, khabar baik. Saya Ahmad dari buletin sekolah ingin menemuramah saudari kerana saudari dinobatkan sebagai tokoh murid sekolah ini. Salina Ahmad Salina Ahmad Salina : : : : : Boleh apa salahnya. Pertama sekali, saya dengan besar hatinya ingin mengucapkan tahniah kepada saudari kerana telah berjaya menjadi tokoh murid 2009. Terima kasih. Bolehkah saudari menceritakan serba sedikit tentang latar belakang saudari? Baiklah. Nama penuh saya Salina bt Halim berasal dari Ipoh, Perak. Saya merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik. Sebagai anak sulung banyak juga tanggungjawab yang terpaksa saya pikul bagi membantu ibu bapa saya. Ayah saya hanyalah bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat mengedar barangan runcit. Manakala ibu saya hanyalah seorang suri rumah tangga sahaja. Apakah perasaan saudari apabila bergelar tokoh pelajar? Semestinya saya berasa bangga dan gembira. Saya amat bersyukur kerana usaha saya selama ini membuahkan hasil. Saya juga dapat berkongsi kegembiraan ini bersama keluarga saya. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepda guru, keluarga dan rakan-rakan kerana tidak jemu memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha sehingga berjaya mencapai kecemerlangan ini. Apakah rahsia kecemerlangan saudari sehingga berjaya menjadi tokoh murid ini? Sebenarnya sesiapa pun boleh menjadi tokoh murid. Semuanya bergantung kepada dua prinsip sahaja iaitu disiplin dan usaha yang gigih. Di samping itu, kita hendaklah sentiasa mengerjakan suruhan Allah dan sentiasa berdoa kepadaNya. Mengikut pandangan saudari, apakah yang harus dilakukan oleh seseorang murid itu agar boleh terus berjaya? Sesetengah pelajar tidak sanggup berkorban masa dan tenaga untuk mencapai sesuatu yang mereka idamkan. Sebenarnya, sikap yang sentiasa telus dan kesedaran tentang kepentingan pelajaran perlu ditanamkan dalam diri kita Untuk pengetahuan saudara, saya sentiasa berusaha bersungguhsungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik. Saya juga mementingkan sahsiah diri dan ketatasusilaan yang tinggi. Hal ini sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan saya dengan guru dan sesama rakan-rakan di sekolah

Ahmad Salina

: :

Ahmad Salina

: :

Ahmad Salina

: :

Ahmad Salina

: :

Bolehkah saudari ceritakan kejayaan yang telah saudari capai dalam bidang kokurikulum pula? Sebenarnya, saya memang suka bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum ini. Aktiviti-aktiviti kokurikulum sebenarnya banyak juga membantu mencerdaskan pemikiran kita di samping dapat mencergaskan tubuh badan . Saya merupakan wakil sekolah bagi Pertandingan Pidato sehingga berjaya menjadi johan bagi peringkat negeri. Selain itu, saya juga terlibat dengan pertandingan secara berkumpulan seperti koir, Pertandingan choral speaking , wakil sekolah bagi permainan bola baling, permainan sofbol dan sebagainya. Lantaran itu, saya telah dilantik pula menjadi pengerusi persatuan Sains dan Matematik, Pengerusi unit Pengakap dan pengerusi bagi permainan sofbol. Memandangkan banyak pengetahuan dan pengalaman yang sudah saudari timba di sekolah ini, bolehkah saudari berikan serba sedikit nasihat yang patut diteladani oleh semua murid di sini? Oh, boleh, boleh tidak menjadi masalah. Untuk menjadi pelajar yang dicontohi, seseorang itu seharusnya melakukan semua perkara yang baik dan menghindari segala yang buruk. Selain itu, bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan kokurikulum atau apa jua bidang sekalipun adalah sangat penting. Tidak ketinggalan pula, sokongan dan kata-kata semangat daripada semua golongan amat diperlukan . Kita harus saling menasihati sesama sendiri agar dapat mendorong kita untuk terus berusaha. Kita jangan sesekali mengamalkan sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Akhir sekali, saudari apakah harapan saudari untuk masa hadapan? Saya harap saya akan terus berjaya dan maju ke hadapan. Sekiranya, saya berundur satu tapak ke belakang, saya akan berusaha sedaya-upaya untuk maju dua tapak lagi ke hadapan. Saya tidak akan berhenti berusaha untuk menjadi murid cemerlang sekaligus memberi contoh kepada murid-murid lain untuk bersaing secara sihat. Putus asa tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya. Baiklah setakat itu sahaja temu ramah kita pada hari ini. Terima kasih kepada saudari kerana sudi diwawancara. Semoga saudari terus berjaya dengan lebih cemerlang lagi dan mencapai segala yang diinginkan. Saya wakil dari pihak buletin sekolah sentiasa memberi sokongan kepada saudari untuk terus maju jaya. Sama-sama. Saya gembira kerana dapat membantu

Ahmad

Salina

Ahmad Salina

: :

Ahmad

Salina

You might also like