You are on page 1of 14

1.0 Definisi moral, nilai, akhlak dan etika.

Keempat empat konsep ini saling berkait dalam memahami konsep moral secara umum.

1.1

Definisi moral

Ia dipercayai bahawa tiada tedapat satu pengertian moral yang boleh dianggap satu dan diterima oleh semua. Terdapat pelbagai persepsi terhadap pengertian moral. Di dalam Moral Education, Eow Boon Hin (2002), merumusakan bahawa moral merupakan persoalan yang praktikal namun tidak semua persoalan praktikal adalah moral. Moral membicarakan persoalan yang betul atau salah, dan selalunya berasakan pertimbangan seseorang. Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Pertimbangan ini selalunya berasakan sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Melalui pertimbangan yang dibuat, perlakukan seseorang akan terhasil. Walau bagaimanapun, untuk memahami konsep moral dengan lebih praktikal ia dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan seterusnya. Tambahan lagi moral sering kali dikaitkan dengan etika. Moral merupakan bahan yang dikaji manakala etika merupakan ilmu yang dikaji.

1.2

Definisi nilai

Nilai merupakan satu standard yang diguna pakai dalam apa sahaja yang manusia pertimbangkan. Ia boleh berkait dengan keperluan atau pun keinginan. Nilai nilai inilah yang menunjukan halatuju sesuatu keputusan dan perlakukan yang dilakukan. Namun, kerana terdapat manusia yang mempunyai keperluan dan keinginan yang berbeza, maka nilai nilai yang dijadikan asas dalam keadaan yang berbeza bertukar berasakan individual tersebuat. (Eow Boon Hin, 2002). Seorang individu itu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara. Justeru, wujudlah pelbagai kegunaan, antaranya ialah nilai instrumental (ekstrinsik) berbanding nilai instrinsik, nilai subjektif berbanding nilai objektif dan nilai relatif berbanding nilai mutlak (absolute).

1.3

Definisi akhlak

Dalam memahami definis akhlak, Eow Boon Hin (2002) menyatakan bahawa akhlak adalah sains yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan serta cara untuk mempraktikkan kebaikan dan menolak keburukan. Akhlal berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud budi pekerti, perangai, tingak laku atau tabiat. Ada yang mengkaitkan akhlak dengan kejiwaan. Oleh itu ada yang mentafsirkan akhlak sebagai ilmu yang menyarankan cara-cara membersihkan jiwa dengan tumpuan kepada apakah itu kebaikan dan keburukan; apakah kriteria yang dapat menilai sesuatu itu sebagai baik dan buruk; dan apakah motif dan nilai di sebalik sesuatu perlakuan tersebut. Akhlak sering kali di kaitan dengan nilai keagamaan. Agama Islam merumuskan bahawa akhlal sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip- prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. Dalam agama Kristian, akhlak dikaitkan dengan unsur kasih sayang dan belas kasihan antara manusia.

1.4

Definisi etika

Etika yang berasal dari perkataan Greek ethos bermaksud watak atau budaya. Dari segi moral, etika merujuk kepasa sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Sidi gazalba dalam buku beliau Sistematik Filsafat merumuskan bahawa etika ialah teori mengenai perbuatan manusia dipandang dari segi baik dan buruk dan sejauh mana pula dapat ditentukan oleh akal. Seperti yang dinyatakan, moral dan etika dikaitan bersama. Dalam pengertian yang lain, moral menerangkan cara bagaimana manusia harus bertingkah laku yang baik,manakala etika pula mengenai mengapakah manusia mesti mengikuti arahan moral tersebuat. Terdapat dua penyataan yang sering timbul apabila etika dibincangkan. Teori etika dengan penyataan deskriptif memberitahu dan menerangkan bagaimana tingkahlaku manusia atau sesuatu masyarakat serta peraturan etika mereka. Manakala, teori etika dengan

pernyataan normatif memberitahu kita apakah tindakan yang patut dibuat dan apakah tindakan yang betul.

2.0 Peta Minda

PERTIMBNAGAN NORMATIF

ETIKA

MORAL DAN ETIKA DAN

TIDAH BERETIKA

BETUL BAGUS

AKHLAK

SALAH TIDAK BAGUS

PERTIMBANGAN DESKRIPTIF

NILAI

JENIS NILAI NILAI INSTRUMENTAL (EKSTRINSIK) BERBANDING NILAI INSTRINSIK, NILAI SUBJEKTIF BERBANDING NILAI OBJEKTIF NILAI RELATIF BERBANDING NILAI MUTLAK (ABSOLUTE).

3.0 Isu isu moral 3.1 Gejala Mat Rempit Salah satu masalah sosial yang sering dikaitkan dengan isu moral ialah Mat Rempit. Ia berkaitan dengan aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab. Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Isu moral ini bukan satu isu yang baru tetapi masih bermaharajalela di negara kita. Malah, gejala ini telah di agung agungkan dengan memberi publisiti keterlaluan. Oleh itu, golongan Mat Rempit telah mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah tersebut.
4

Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Mereka beraksi pada waktu senja, malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun. Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. Ia bukan sahaja berleluasa di kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya dengan basikalnya. Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182 penunggang motosikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun. Pada tahun 2005, sebanyak 3,175 kematian dicatat bagi kelompok itu, berbanding 3,088 (2004), 3,166 (2003), 3,034 (2002), 2,972 (2001), 3,118 (2000) dan 2,960 (1999). Daripada Januari 2007 hingga Julai 2007, didapati bahawa sebanyak 242 tangkapan dilakukan, 200 daripadanya di sekitar Kuala Lumpur. Statistik keseluruhannya menunjukkan 2005 hingga Julai tahun ini (2008) sebanyak 1,557 pelumba haram berjaya ditangkap di bawah Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 3.2 Isu Membuli Isu moral yang mendapatkan perhatian ialah isu buli. Pelakuan buli merupakan satu fenomena yang kompleks (Collins et al., 2004). Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira jantina. Terdapat pelbagai definisi tentang pelakuan buli diberikan oleh para sarjana. Definisi pelakuan buli yang paling banyak diterima pakai oleh para sarjana ialah definisi pelakuan buli yang diberikan oleh Olweus (1993a) yang mengatakan pelakuan buli ialah tingkah laku agresif yang dilakukan secara berulang kali terhadap orang lain secara individu atau secara berkumpulan.

Pelakuan buli merupakan juga satu bentuk interaksi sosial dimana individu yang lebih dominan (pembuli) akan menunjukkan tingkah laku aggresif yang cenderung menyebabkan ketidak selesaan kepada individu yang kurang dominan atau lemah (mangsa buli). Menurut Wikipedia, Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

Pembuli Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan Empat, Lima, dan Enam. Manakala, di sekolah rendah terdiri daripada pelajar tahun Empat, Lima, dan Enam. Bertubuh besar, tegap, dan tinggi. Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya. Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah. Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak. Dibuli Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah. Bertubuh kecil. Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran. Pelajar baru di sekolah.

Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:
6

Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar. Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka. Mereka pernah menjadi mangsa buli. Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan. Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik.

Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.

Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin. Akibat perceraian ibu bapa. Terlalu dimanja oleh ibu bapa. Sekadar mahu berseronok. Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain Merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan. Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

3.3 Isu Seks Bebas Isu yang seterusnya ini juga telah mula menanamkan benihnya dikalangan remaja di negara ini. Isu seks bebas telah mula menjadi isu moral dikalangan remaja. Perkara seperti ini sudah menjadi trend dan jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks dikatakan kolot dan jumud. Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks, dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta. Remaja kini beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara yang enteng dan tidak perlu diperbesarkan. Memanglah kita katakan bahawa gelora seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu sedar bahawa gelora seks ini perlu disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah digariskan Islam itu sendiri bukan berdasarkan hawa nafsu kita. Antara jalan yang paling tepat untuk menyalurkan keinginan nafsu ini ialah dengan pernikahan.
7

Antara komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden antaranya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebagai STD. STD bermaksud sexually transmitted disease, dan penyakit ini kerap menjangkiti individu melalui seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikenal pasti antaranya ialah syphilis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, ifeksi cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah kaum wanita (sumber perubatan islam dan bukti sains moden). Dan kos yang diperlukan bagi merawat dan mencegahnya menjangkau $10 Billion. Antara komplilasi yang timbul melalui penyakitpenyakitini ialah: mengandung diluar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy barah kemandulan infeksi dan sakit puan 3.4 Isu Ponteng Sekolah Isu moral yang juga menjadi isu yang hangat secara bertahun tahun. Sudah ramai penyelidik sama ada dalam kalangan guru atau pensyarah di institusi pendidikan guru dan universiti menjalankan kajian mengenai permasalahan ponteng dalam kalangan murid sama ada di sekolah rendah atau pun sekolah menengah. Masalah ponteng bukan berlaku dalam kalangan murid lelaki sahaja, malahan murid perempuan juga ponteng sekolah. Terdapat dua kategori ponteng iaitu: 1. Ponteng Sekolah (tidak hadir ke sekolah) 2. Ponteng Kelas (Tidak masuk ke kelas semasa guru mengajar, tetapi mereka hadir sekolah) Kedua-dua kategori di atas adalah berbeza daripada segi faktor penyebabnya, namun terdapat beberapa faktor yang sama menjadi punca ponteng. Contohnya murid tidak berminat untuk bersekolah, mereka akan ponteng sekolah dan seterusnya mereka ponteng kelas. Namun sekiranya murid hanya tidak suka kepada guru-guru tertentu atau subjek tertentu, mereka hanya melakukan ponteng kelas. Lokasi ponteng juga berbeza, ponteng sekolah - murid akan berada di lokasi yang terletak di luar kawasan sekolah, manakala ponteng kelas pula, murid
8

masih berada dalam kawasan sekolah, cuma mereka bersembunyi di tempat tertentu yang tidak diketahui oleh guru. Ponteng sekolah dalam kalangan murid ini tidak mengira lokasi sekolah, ia boleh berlaku di sekolah bandar dan luar bandar atau pinggir bandar. begitu juga sekolah di pedalaman, masih menghadapi masalah yang sama. Faktor penyebab di sekolah yang berlainan lokasi ini adalah sangat berbeza. Contohnya, di sekolah pedalaman, ibu bapa yang bertanggung jawab dan menyebabkan murid tidak hadir ke sekolah. Ibu bapa membawa anakanak mereka ke ladang di musim menuai untuk membantu mereka di ladang. Bagi sekolah di bandar terutamanya bandar besar, murid tidak berminat untuk ke sekolah disebabkan oleh suasana atau persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif. 3.5 Isu Vadelisme Isu yang juga menjadi masalah antara remaja pada zaman sekarang ialah vandalisme. Vandalisme ialah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang. Vandalisme mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak. Vandalisme boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan. Remaja yang terlibat dengan vandalisme biasanya menghadapi masalah peribadi sejak kecil dan tidak mendapat rawatan yang sepatutnya. Masalah peribadi yang tidak dirawat boleh mengakibatkan tingkah laku anti sosial Masalah-masalah ini mungkin melibatkan aspek emosi, mental, sosial dan fizikal. Remaja yang aktif melakukan vandalisme akan mudah menjadi penjenayah apabila dewasa kelak, dan mungkin juga akan terlibat dalam keganasan. Remaja yang melakukan vandalisme biasanya terlibat dalam lain-lain salahlaku seperti gangguan seksual, pencerobohan, kecurian dan pencemaran alam persekitaran (contohnya pembuangan sampah sarap di tempat yang tidak sesuai). Remaja yang melakukan vandalisme selalunya menghadapi masalah dengan pihak sekolah. Remaja yang melakukan vandalisme selalunya mendapat laporan buruk dari pihak sekolah, keadaan ini boleh mengurangkan peluang untuk mereka berjaya dalam hidup. Ini akan menimbulkan lebih banyak masalah ketika mereka sudah dewasa kerana ianya menjuruskan mereka kepada aktiviti jenayah mereka akan menjalani kehidupan yang kurang
9

sihat. Vandalisme akan mengakibatkan kerugian besar dan menyusahkan masyarakat terutamanya apabila kemudahan awam (contohnya telefon awam) tidak dapat digunakan di waktu kecemasan. Vandalisme terhadap harta benda dan perkhidmatan awam mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa pada waktu kecemasan yang kritikal. Gangguan fizikal dan emosi boleh membawa kepada masalah peribadi dan sosial seperti tekanan, tingkahlaku agresif serta putus hubungan persahabatan. 3.6 Cara Mengatasi Masalah Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan: Anataranya adalah sebagai seorang guru, kita harusnya melibatkan ibu bapa dalam mengatasi masalah remaja pada zaman sekarang. Peranan Ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anakanak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Sebagai seorang guru, ia adalah penting untuk melakukan pendekatan secara akademik. Pendekatan ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktivitiaktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. Banyak lagi perkara yang boleh
10

dilakukan oleh guru dan pentadbir sekolah dalam mendepani masalah remaja dengan bijaksana. Dalam bahagian seterunya, isu- isu akan dibincangkan.
4.0 Asas pertimbnagan moral

Situasi: Seorang guru memberikan ganjaran kepada murid yang hadir ke sekolah dengan kehadiran yang penuh bagi satu bulan hari persekolahan. Asas dalam Sebab atau alasan tindakan Sebab atau alasan tindakan adalah pertimbnagan moral Kesan adalah baik tidak baik Semua pelajar akan bersungguh Pelajar akan datang ke sekolah hanya sungguh hadir ke sekolah dan untuk ganjaran. seterusnya Motif mengurangkan mempunyai Guru menggunakan wang atau masalah ponteng. Kerana guru itu

motif yang baik untuk menyedari ganjaran untuk menarik perhatian pelajar terhadap tanggungjawab selain daripada secara akedemik. setiap pelajar untuk menghadiri Tindakan sekolah. Kerana merupakan obligasi guru Guru telah memwujudkan motif yang untuk menggalakkan pelajar ke berasakan kewangan atau ganjaran sekolah. kepada sekolah. Situasi :Guru menyuruh murid murid yang melakukan vandelisme untuk mencuci tandas sekolah. Asas dalam Sebab atau alasan tindakan Sebab atau alasan tindakan adalah akan terasa malu pertimbnagan moral Kesan adalah baik tidak baik Supaya murid akan mematuhi Murid murid peraturan melakukan Motif dan tidak kelakukan pelajar untuk hadir ke

akan terhadap murid lain.

vandelisme. Guru tersebuat mempunyai motif Guru menimbulkan perasaan benci yang baik untuk menunjukkan murid murid terhadap sekolah dan kepada murid murid bahawa guru. merosakan bukan satu cara untuk
11

Tindakan

meluakan perassan. Tindakan ini merupakan satu Guru murid murid kesan

telah

menyebabkan

murid

cara untuk guru mengingatkan berasa malu dan segan. Ini juga boleh atas menyebabkan murid marah dan benci untuk ke sekolah. tindakan murid murid tersebut.

Berdasarkan asas pertimbangan moral dengan memfokuskan kepada motif, tindakan dan kesan seperti yang dinyatakan oleh Prof. Madya Chang Lee Hoon (2005), sesuatu masalah boleh dilihat dan dikaji secara seluruh. Ia juga dapat membantu guru guru untuk mengatasi atau mengurangkan masalah masalah yang timbul.

5.0 Kesimpulan Secara kesimplulan, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak lebih penting. Sebagai seorang guru, memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja amat penting. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada guru, nescaya gejala ini sukar diatasi . ini kerana seorang gurr dapat menanam nilai moral melalui pengajaran di sekolah.

12

Rujukan
1) Eow Boon Hin. 2002. Moral Education. Petaling Jaya. Pearson Education.

2) Mohd Hasbie Muda, Isu Mat Rempit @ Samseng Jalanan Online di Mei 17, 2009. hasbiemuda.wordpress.com/2009/05/17/isu-mat-rempit/ 3) Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 2008. 4) Pautan: Samseng Jalanan @ Mat Rempit. http://pmr.penerangan.gov.my. 5) Pautan: Buli. ms.wikipedia.org/wiki/Buli 6) Pautan: Statistik Kemalangan Jalanraya dan Kematian.http://www.rmp.gov.my
7) Prof. Madya Chang Lee Hoon 2005 bertajuk Konsep Asas Dalam Pendidikan Moral).

http://pendidikanmoral.um.edu.my/uploads/rujukan/kertas%20konsep%20moral.pdf

13

14

You might also like