You are on page 1of 11

Pemahaman

1. Jumlah Soalan. (a) Terdiri daripada dua petikan. (b) Setiap petikan mengandungi lima soalan. (c) Jumlah keseluruhan soalan ialah 10 markah.

2. Bentuk Soalan. (a) Berbentuk objektif. (b) Setiap soalan mengandungi empat pilihan jawapan a, b, c dan d

3. Jenis Petikan. Petikan merangkumi cerita, berita, rencana, syarahan, ucapan, perbahasan, surat kiriman, dialog, laporan, iklan, puisi, peta, jadual, dan catatan.

4. Kedudukan Soalan Petikan dan soalan pemahaman bermula selepas soalan tatabahasa iaitu soalan 31 hingga soalan 40.

5. Masa menjawab Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian pemahaman ialah 30 minit.

6. Umum Soalan pemahaman petikan merangkumi bentu soalan tersurat, tersirat dan aspek bahasa.

Contoh Petikan 1: Pemahaman Berita.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KULAI, 27 Mei- Dua orang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Sri Lanas, Kulai telah terpilih menerima anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan. Penganugerahan ini diterima pada majlis penutup Kejohanan Sukan Peringkat Negeri Johor di Stadium Mini Kulai yang diadakan bermula pada 21 Mei 2011. Acara sukan yang berlangsung selama lima hari itu disertai oleh sembilan pasukan yang mewakili daerah-daerah di negeri Johor. Kedua-duanya terpilih kerana kejayaan mereka mendapat tiga pingat emas bagi kategori individu. Di samping itu mereka turut membantu pasukan mereka memperoleh dua pingat emas untuk acara berpasukan. Mereka menyertai acara lompat tinggi, lari 100 meter, 200 meter dan menyertai acara lari berganti-ganti untuk kategori bawah 12 tahun. Menurut guru sekolah itu yang merangkap jurulatih peribadi mereka, Cikgu Ismail Kasim, kejayaan yang diraih oleh mereka turut meluahkan perasaan gembira. Latihan keras selama sebulan di padang sekolah telah membuahkan hasil. Adik Nazari Aziz, 12 tahun yang menerima anugerah Olahragawan Harapan memberitahu memberitahu pemberita bahawa dia berlatih dengan bersungguh-sungguh di

bawah tunjuk ajar jurulatihnya. "Disiplin semasa mengikuti latihan merupakan tunjang utama kejayaan saya. Sokongan guru-guru dan ibu bapa membakar semangat saya untuk menang dalam setiap pertandingan yang saya sertai," katanya yang ditemui selepas menerima anugerah itu. Adik Nur Syikin Khalid, 12 tahun ketika ditemui tidak menyangka bahawa dia akan menerima anugerah itu. "Kami akan kembali berlatih di bawah kendalian Cikgu Ismail sebelum menyertai latihan pusat bersama-sama peserta yang lain tidak lama lagi. Harapan kami semoga beroleh kejayaan seperti ini di peringkat kebangsaan pula," kata Nur Syikin.

Pada majlis penutup itu, Pengarah Pelajaran Negeri Johor menyampaikan anugerah kepada mereka. Mereka turut menerima Hadiah Galakan Sukan berupa wang tunai sebanyak RM1000 tiap seorang. Selepas ini mereka akan mewakili negeri Johor ke pertandingan sukan peringkat kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi.

1. Bilakah dua orang murid Sekolah Kebangsaan Sri Lanas menerima anugerah Olahragawan dan Olahrgawati Harapan? a. 21 Mei 2011 b. 25 Mei 2011 c. 27 Mei 2011 d. 28 Mei 2011

2. Apakah yang telah menyebabkan kedua-dua orang murid itu dipilih menerima anugerah tersebut? a. Berikutan kejayaan mereka memperoleh lima pingat emas. b. Berikutan kejayaan mereka meraih tiga pingat emas dalam semua cara yang disertai. c. Berikutan kejayaan mereka mendapat tempat pertama dalam acara lari berganti-ganti. d. Berikutan kejayaan mereka menyapu bersih semua pingat bagi kategori bawah 12 tahun.

3. Yang berikut merupakan sebab-sebab utama kejayaan mereka kecuali a. giat berlatih di bawah kendalian jurulatih pasukan daerah Kulai. b. menumpukan perhatian sepenuhnya semasa mengikuti latihan. c. berlatih dengan bersungguh-sungguh selama sebulan. d. dorongan ibu bapa dan guru-guru.

4. Apakah cita-cita kedua-dua orang murid itu setelah memenangi anugerah berkenaan? a. Mereka berhasrat mengharumkan nama sekolah dan daerah. b. Mereka berhasrat mewakili negara ke pertandingan yang lebih tinggi. c. mereka berhasrat dapat berlatih di bawah kendalian guru kesayangan mereka. d. Mereka berhasrat memperoleh anugerah yang sama di peringkat kebangsaan pula.

5. Rangkai kata membakar semangat dalam petikan bermaksud a. berkobar-kobar b. kemahuan tinggi c. berhasrat sangat d. menyemarakkan keinginan

Soalan Pemahaman 2. Pemahaman Iklan. Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pertandingan Melukis dan Mewarna Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, Plaza Maju dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Daerah dan Majalah Bestari menganjurkan satu pertandingan melukis dan mewarna. Pertandingan ini akan diadakan serentak dengan majlis pembukaan rasmi plaza ini. Kategori: Kategori A untuk murid-murid prasekolah (mewarna sahaja) Kategori B untuk murid-murid sekolah rendah yang berumur 7 hingga 12 tahun Kategori C untuk murid-murid sekolah menengah yang berumur 13 hingga 15 tahun

Syarat-syarat pertandingan: - Yuran penyertaan sebanyak RM5. - Para peserta dikehendaki membawa peralatan sendiri. Pihak penganjur hanya menyediakan gambar untuk pertandingan mewarna dan kertas lukisan untuk pertandingan melukis. - Bagi pertandingan mewarna, peserta dikehendaki melukis gambar bertemakan "Kemerdekaan Negara". - Karya mestilah asli. Sekiranya gambar yang dilukis mempunyai persamaan dengan mana-mana gambar, pengadil berhak membatalkan penyertaan. - Masa untuk kedua-dua pertandingan ini ialah dua jam. - Keputusan pengadil adalah muktamad. Hadiah: Pertama- Wang tunai RM500, hamper dan sijil Kedua- Wang tunai RM300, hamper dan sijil Ketiga- Wang tunai RM100, hamper dan sijil Keempat hingga kesepuluh- Wang tunai RM50, hamper dan sijil. Tunjukkan bakat anda dan jangan lepaskan peluang ini kerana hadiah-hadiah menarik menanti anda. Anda juga akan dihiburkan dengan lawak jenaka artis tempatan. - Semua peserta yang bertanding akan menerima sijil penyertaan. - Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Khadijah Ismail di talian: 03-2667000 atau 013-3299600

6. Apakah yang menarik perhatian seseorang murid untuk menyertai pertandingan ini? a. Hadiah yang hebat. b. Peserta akan mendapat sehelai baju. c. Dapat menyaksikan lawak jenaka artis tempatan. d. Dapat menyaksikan majlis perasmian Plaza Maju.

2. Siapakah yang tidak terlibat dalam menganjurkan pertandingan ini? a. Plaza Maju b. Jabatan Pelajaran daerah c. Artis tempatan d. Majalah Bestari

3. Antara yang berikut, siapakah yang tidak layak menyertai pertandingan ini? a. Murid yang berumur 14 tahun. b. Murid yang belajar di kelas tadika. c. Murid tahap dua sekolah rendah. d. Murid yang tidak membayar wang penyertaan.

4. Apakah kemungkinan pengadil membatalkan penyertaan seseorang murid? a. kerana gambar yang dilukis bukan hasil ciptaan sendiri. b. Kerana gambar yang dilukis tidak cantik. c. Kerana murid yang berkenaan hadir lewat ke tempat pertandingan. d. Kerana murid yang berkenaan tidak membawa kertas lukisan.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan keputusan pengadil adalah muktamad? a. Pengadil berhak menentukan pemenang. b. Keputusan pengadil tidak boleh dipertikaikan lagi. c. Pengadil diberi kuasa untuk menilai hasil karya murid. d. Hanya pengadil yang boleh menyelesaikan segala masalah yang berbangkit.

Soalan Pemahaman 3. Pemahaman Puisi

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sembilan bulan dalam kandungan, Tiba masanya anakanda dilahirkan, Ayahanda dan bonda penuh keriangan, Melihat anakanda penuh kesempurnaan, Bersyukur kepada Ilahi atas kurnia-Nya, Sebagai penyambung generasi.

Ayahanda masih ingat, Anakanda dibelai dan dimanja, Telatah anakanda buat bonda tersenyum gembira, Hilang penat apabila pulang kerja, Bahagianya melihat anakanda membesar, Kini, sudah bergelar remaja.

Anakanda, dengarlah pesanan ini, Anakanda sahajalah harapan kami, Berusahalah setiap masa, Rajin belajar agar terjamin masa hadapan, Apabila berjaya jangan lupa tempat berdiri,

Berbaktilah kepada masyarakat seikhlas hati, Carilah kehidupan yang diredai, Agar sempurna di dunia dan di akhirat nanti.

1. Siapakah yang menulis puisi ini? a. Seorang remaja. b. Seorang ibu. c. Seorang ayah. d. Seorang murid.

2. Mengapakah ayah dan ibu bersyukur kepada Tuhan? a. Kerana menanti kelahiran cahaya mata sulung. b. Kerana zuriat mereka dilahirkan dalam keadaan sihat. c. Kerana anak mereka membesar dengan cepat. d. Kerana anak mereka akan menjadi seorang remaja.

3. Manakah antara pernyataan yang berikut bukan nasihat penyajak? a. Berusaha dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu. b. Jadilah orang yang berbudi pekerti tinggi. c. Membalas jasa mereka yang membantu. d. Usah sombong apabila sudah berjaya.

4. Perkataan sempurna dalam puisis ini bermaksud a. cukup b. teratur c. kemas d. lengkap

5. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang puisi ini. a. Ibu bapa mestilah memberikan nasihat kepada anak-anak mereka menjadi orang yang berguna. b. Anak-anak hendaklah berusaha untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia sahaja. c. Anak-anak memerlukan kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa. d. Ibu bapa yang baik sentiasa memberi kemewahan kepada anak-anak.

You might also like