You are on page 1of 26

1 Pengenalan

1.1 Latar belakang Surat khabar Cina di Malaysia

Sejak kedatangan kaum Cina dari China ke Malaysia, persuratkhabaran Cina

telah diterbitkan demi keperluan kaum Cina untuk megetahui segala informasi dan ilmu

pengetahuan terbaru di negara kita.

Pada tahun 1815, surat khabar Cina pertama telah diterbitkan di Malaysia, iaitu

“Cha Shi Su Mei Yue Tong Ji Zhuan” ( 察 世 俗 每 月 统 记 传 ) yang berkaitan dengan

keagamaan kaum Cina. Pada tahun 1880 hingga tahun 1919, surat khabar seperti

“Guang Hua Daily” ( 光 华 日 报 ) yang mengutamakan unsur-unsur politik telah

diterbitkan. Pada tahun 1920 hingga tahun 1941, surat khabar Cina telah berubah titik

pengutamaan daripada unsur-unsur politik kepada unsur-unsur perniagaan.

Walaubagaimanapun, negara kita telah berlaku peristiwa penentangan Jepun pada

tahun 1942 dan seterusnya rakyat-rakyat Malaysia berusaha untuk mencapai

kemerdekaan. Sejak itu, kaum Cina baru menganggap Malaysia sebagai tanah air dan

memperjuangkan bersama-sama dengan kaum lain untuk mencapai kermerdekaan

Malaysia. Pada peringkat perjuangan kemerdekaan Malaysia, surat khabar Cina telah

berubah daripada cara pentadbiran, isi kandungan, fungsi, objektif, kemudahan modal

dan pengurus niaga penerbitan surat khabar Cina. Ini telah menunjukkan surat khabar

Malaysia telah mangalami revolusi yang hebat sepanjang 180 tahun itu. Surat khabar

Cina memainkan peranan media yang penting misalnya berperanan untuk

menyampaikan informasi, meluahkan isi hati rakyat kaum Cina kepada kerajaan,

mengemukakan pandangan rakyat, menyokongkan kesusateraan MaHua ( 马 华 ),


1
memperkembangkan pembinaan tempatan, serta memberi banyak bantuan pada masa

itu.

Selepas kemerdekaan Malaysia tercapai, penerbitan surat khabar Cina telah

dibahagikan kepada surat khabar Malaysia dan surat khabar Singapura. Surat khabar

yang berasal dari Singapura seperti “Nanyang Press” ( 南洋商报 ), “Sinchew Daily” ( 星

洲日报), dan “Sinming Daily” ( 新明日报 ) telah menjadi surat khabar yang diterbitkan di

Malaysia. Pada masa itu, surat khabar Cina digunakan untuk menyampaikan polisi-

polisi dan matlamat kerajaan kepada rakyat, dan juga menyampaikan pandangan dan

cadangan rakyat kepada kerajaan. Selain itu, surat khabar Cina juga memainkan

peranan yang penting dan istimewa dalam bidang sukan, ekonomi, budaya dan

hiburan.

Peningkatan tahap akademik rakyat kaum Cina menjadikan mereka memerlukan

lebih banyak informasi dan mementingkan isu semasa yang berlaku di Malaysia. Jadi,

bilangan pembaca surat khabar Cina telah bertambah dari semasa ke semasa.

1.2 Monopoli Suratkhabar Cina

Gejala monopoli surat khabar Cina iaitu monopoli organisasi “Nanyang Press”

telah mengalami dua peringkat. Peringkat pertama adalah pengambilalihannya oleh

Malaysia Chinese Assosiation (MCA) manakala peringkat kedua pula diambil alih oleh

organisasi media Sinchew.

2
Peringkat pertama berlaku pada 28 Mei 2001, MCA telah membeli saham

Nanyang Press sebanyak 42% yang bernilai 2.3 juta ringgit melalui Huaren Holdings

Sdn Bhd tanpa menghiraukan bantahan daripada komuniti Cina. Hal ini menyebabkan

MCA menjadi pemegang saham Nanyang Press yang terbesar. Faktor utama pembaca

akhbar Cina membantah keras terhadap persatuan MCA bercampur tangan dalam

Nanyang Press adalah akhbar Cina yang merupakan salah satu tunjang utama untuk

mengekalkan dan mewariskan kebudayaan bangsa Cina sejak kemerdekaan.

Pembantah mengadakan aktiviti “bantahan pembelian akhbar Cina 528” di mana aktiviti

tersebut pula disokong oleh sebanyak 240 buah komuniti Cina. Di samping itu,

organisasi swasta, pemegang saham Nanyang Press dan pembangkang lain telah

menulis sepucuk surat kepada pengerusi Huaren Holdings Sdn Bhd, Encik Kuok Ling

Chan agar beliau dapat mempertimbangkan kebajikan dan kepentingan kebebasan

media supaya tidak menjualkan saham Nanyang Press kepada parti-parti politik lain.

Peringkat kedua pula berlaku pada 17 Oktober 2006, Tan Sri Tiong Hiew King

telah membeli saham Nanyang Press melalui syarikat Ezywood Options sebanyak

21.02%. Beliau telah menjadi pemegang saham terbesar bagi Nanyang Press iaitu

sebanyak 40% daripadanya. Beliau digelar sebagai “Chinese Media King” kerana

beliau telah memonopoli empat buah akhbar Cina terbesar di Malaysia. Suatu

perjanjian antara Organisasi Media Sinchew Malaysia dan Organisasi MingBao Hong

Kong yang diwakili oleh Tan Sri Tiong Hiew King dengan Organisasi Nanyang Malaysia

telah wujud pada 23 April. Beliau menyatakan bahawa media Cina perlu menuju ke

arah internasional untuk menghadapi cabaran globalisasi dan perkembangan teknologi

maklumat yang pesat. Akhirnya, tiga organisasi iaitu Organisasi Media Sinchew,

3
Organisasi MingBao Hong Kong dan Organisasi Nanyang Malaysia telah disatukan

melalui perjanjian tersebut. Encik Liew Jian Quan sabagai pengurus Organisasi Media

Sinchew menyatakan akhbar-akhbar tersebut mempunyai cara penerbitan dan

keunikan masing-masing walaupun ketiga-tiga organisasi akhbar telah disatukan yang

juga sebagai suatu simbol penyatuan keusahawanan. Selain itu, Encik Leong Qi Siang

sebagai Pengerusi Organisasi Nanyang Press menyatakan bahawa penyatuan itu

dapat mengurangkan modal pengeluaran Nanyang Press serta memulihkan kerugian

yang dialami oleh Nanyang Press.

Pada tahun 2006, “Writer Alliance for Media Independence (WAMI)”, Persatuan

Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Du Li Xin Wen Zhong Xin (独立新闻中心)(CIJ)

telah mengemukakan bantahan mereka terhadap monopoli surat khabar Cina tetapi

aktiviti itu hanya diceburi oleh 47 komuniti Cina. Encik Zhuang Di Peng berpendapat

bahawa akhbar Cina di Malaysia hanya pada tahap oligopoli, bukan monopoli

sepenuhnya pada Du Li Mei Ti Zai Xian (独立媒体在线). Dua organisasi akhbar yang

besar takat ini telah beransur-ansur untuk melangkah dari tahap oligopoli kepada

monopoli tetapi sekarang masih pada peringkat mengharungi.

4
2 Reaksi dan tindakan Masyarakat Cina

Masyarakat Cina di Malaysia telah menentangkan gejala monopoli akhbar Cina dan

pemilikannya oleh parti-parti politik secara besar-besaran. Reaksi dan tindakan yang

diambil oleh masyarakat Cina untuk membantahkannya dibahagikan kepada dua

peringkat, iaitu peringkat pertama dan peringkat kedua.

2.1 Peringkat Pertama

Pada 28hb Mei 2001, MCA telah mengemukakan keputusannya untuk

mengambilalih Nanyang Press melalui syarikat pelaburannya, Huaren Holdings Sdn.

Bhd. Tindakan tersebut telah mendatangkan penentangan yang hangat daripada

masyarakat Cina kerana mereka berpendapat bahawa pengambilalihan akhbar tersebut

telah membahayakan kepentingan masyarakat Cina.

Mereka mengambil langkah seperti aktiviti “Reben Kuning” untuk menentangkan

perbuatan MCA untuk memiliki akhbar Cina. Aktiviti ini dijalankan oleh masyarakat Cina

dengan beberapa pernyataan, iaitu membantahkan pengambilalihan Nanyang Press

dan China Press oleh MCA, menyerukan pemimpin-pemimpin MCA agar menentang

pemilikan akhbar Cina oleh MCA, memproteskan untuk membeli akhbar dan majalah

Nanyang, MCA tidak patut mengabaikan kemahuan masyarakat Cina dalam masalah

tersebut, perasaan kesal terhadap “Sinchew Daily” dengan perbuatan mereka yang

tidak melaporkan pandangan dan perasaan masyarakat Cina kepada perkara tersebut.

5
Tindakan tersebut turut disokong oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti Huatuan,

penulis-penulis, mahasiswa-mahasiswi dan sebagainya. Mereka yang menyertai aktiviti

“Reben Kuning” telah mengikat reben kuning sebagai tanda memperjuangkan

kebebasan media dan menentangkan pemilikan akhbar Cina oleh parti politik.

Tambahan pula, sebanyak 90 orang penulis telah mengambil keputusan untuk

menghentikan pembekalan artikel-artikel kepada keempat-empat akhbar Cina iaitu

“Nanyang Press”, “Sinchew Daily”, “China Press” dan “Guangming Daily” sebagai

pembantahan terhadapnya.

2.2 Peringkat Kedua

Pada 17hb Oktober 2006, MCA telah bersetuju untuk menjualkan saham Nanyang

Press kepada pemilik akhbar “Sinchew Daily”, Tan Sri Tiong Hiew King. Urus niaga

tersebut telah memberi peluang kepada Tiong Hiew King untuk menjadi pemegang

saham terbesar Nanyang Press, iaitu 44.76 peratus daripadanya. Secara tidak

langsung, ini telah menjayakan beliau sebagai pemilik akhbar Cina terpengaruh di

Malaysia. Lain kata, monopoli akhbar Cina telah berlaku di negara kita.

Gejala monopoli tersebut telah mencetuskan ketidakpuashatian masyarakat Cina

dan pelbagai tindakan turut diambil oleh mereka untuk menghalangkannya.

Kebanyakan pembaca akhbar Cina telah berkumpul di depan pejabat Nanyang Press

pada 3hb November 2006 pukul 7 malam, begitu juga di Pulau Pinang dan Johor Bahru

untuk menentangkan monopoli akhbar oleh Tiong Hiew King. Mereka telah

6
memakaikan penutup mulut untuk menjalankan pembantahan secara sunyi, maksud di

sebelahnya yang disuarakan oleh mereka adalah kebebasan bersuara rakyat-rakyat

akan menghilang akibat daripada monopoli persuratkhabaran.

Slogan seperti “Keadilan ada keadilan, monopoli tiada alasan” dan “media menjadi

satu, kebebasan rakyat tidak hilang” telah disyorkan melalui aktiviti tersebut. Baju-T

yang dicetak dengan logo pembantahan monopoli akhbar telah dipakai oleh mereka

yang menyertai aktiviti tersebut.

Di samping itu, seorang pemuda dari Johor Bahru telah menyunting sebuah lagu

bertajuk “Hong Hua Yu” ( 红 花 雨 ) yang digunakan untuk membantahkan Presiden

Taiwan, Chen Shui Bian pada masa itu kepada lagu pembantahan monopoli

persuratkhabaran “Reben Kunig” ( 黄 丝 带 ) . Lagu tersebut bolehlah dikatakan

menandakan suara penentangan monopoli akhbar dari lapisan masyarakat Cina di

Malaysia.

Tambahan pula, jurnal-jurnal dan buku-buku diterbitkan dan blog seperti

“Antimonopoly.blogspot.com” telah ditubuhkan untuk mengemukakan pendapat dan

tentangan terhadap monopoli media.

Walaubagaimanapun, aktiviti penentangan tersebut tidak begitu marak berbanding

dengan aktiviti penentangan pada tahun 2001. Menurut pendapat Encik Huang Jin Fa,

hal ini demikian disebabkan pandangan dan reaksi dari masyarakat Cina telah jauh

berbeza berbanding dengan tahun 2001. Terdapat tiga jenis orang yang berpandangan

lain dalam gejala monopoli tersebut. Yang pertama sekali adalah mereka yang berasa

kecewa kerana menunduk kepada takdir dan berpandangan bahawa pembantahan

7
tidak membawa sebarang perubahan dalam gejala tersebut. Keduanya adalah

golongan yang benci akan orang yang berkuasa, malah mereka tidak berani untuk

menyuarakan isi hati mereka dan terpaksa menerima hakikat monopoli akhbar. Akhir

sekali adalah mereka yang berusaha untuk menentang gejala tersebut dengan

meluahkan ketidakpuashatian mereka melalui cara seperti mendesak kerajaan

menggubal undang-undang. Perasaan dan reaksi yang berlainan mengakibatkan

aktiviti penentangan secara tidak menyeluruh.

Selain itu, Encik Chen Ya Cai dan Encik Zheng Yun Cheng juga berpendapat

bahawa komuniti Cina telah menghadapi tekanan dalam mengendalikan perkara

tersebut. Mereka bimbang akan mengalami kerugian jika meneruskan pembantahan

kerana Tan Sri Tiong Hiew King yang memonopolikan akhbar Cina memainkan peranan

penting dalam perkembangan masyarakat Cina. Kekuasaan komuniti Cina dapat

dikekalkan melalui media Cina yang berpengaruh.

Mereka juga berpandangan bahawa kesuntukan masa merupakan salah satu faktor

kekurangan respon daripada masyarakat Cina terhadap aktiviti penentangan monopoli

akhbar.

Bermula dari tahun 2002, masyarakat Cina telah menetapkan 28 Mei sebagai hari

pengenangan monopoli akhbar Cina. Pada masa kini, ramai penulis masih menolak

membekalkan hasil karya mereka kepada akhbar Cina yang dimiliki oleh Tan Sri Tiong

Hiew King.

3 Faktor-faktor pembantahan gejala monopoli akhbar Cina


8
Menjelang zaman kini, gejala monopoli media telah berlaku di seluruh dunia.

Syarikat-syarikat yang berpengaruh bertindak monopoli dalam bidang-bidang tertentu

demi kepentingan sendiri.

Di Malaysia, pemilik koperasi akhbar “Sinchew Daily”, Tan Sri Tiong Hiew King

telah memonopolikan industri persuratkhabaran Cina pada tahun 2006. Gejala

monopoli tersebut telah menimbulkan perasaan ketidakpuashatian masyarakat Cina, ini

disebabkan beberapa faktor berikut:

a. Kebebasan media tersekat

b. Hak-hak rakyat terlucut

c. Hak-hak pekerja media terlucut

d. Persaingan antara pemasaran surat khabar yang kurang adil

a. Kebebasan media tersekat

Faktor perdana yang menimbulkan pembantahan daripada masyarakat Cina

untuk menentang monopoli persuratkhabaran Cina adalah kebebasan media akan

tersekat.

Menurut artikel yang dituliskan oleh Liew Chin Tong ( 刘 敬 文 ) dalam “Bao

Shang” telah menyatakan bahawa masyarakat Cina bimbang akan qualiti berita

akan menurun dan seterusnya kebebasan untuk bercakap tersekat sekiranya

monopoli persuratkhabaran berlaku. Beliau juga mengitikberatkan kesan buruknya

9
melalui pengajian dua orang sarjana Jerman yang mengkritikkan perlakuan Hitler

terhadap rakyatnya di mana media telah menguasai akal pemikiran masyarakat.

Ini telah menunjukkan sekatan kebebasan media akan membawa kesan buruk

iaitu akal pemikiran masyarakat terpengaruh. Keadaan ini memang

membimbangkan masyarakat Cina di Malaysia yang sentiasa menuntut kebebasan

dari segi media dan akal pemikiran.

Oleh demikian, masyarakat Cina telah berusaha untuk membantahkan monopoli

persuratkhabaran di negara kita agar kebebasan media dapat terpelihara.

b. Hak-hak rakyat terlucut

Kelucutan hak-hak rakyat menjadi penyumbang kepada pembantahan monopoli

persuratkhabaran di negara kita. Rakyat di negara kita berhak untuk memilih dan

mengetahui segala maklumat dan ilmu pengetahuan di batasannya. Kegiatan

monopoli persuratkhabaran telah memberi kesan di mana rakyat tidak berpeluang

untuk memilih jenis surat khabar, jenis maklumat dan pengetahuan yang mereka

hendaki.

Menurut artikel yang ditulis oleh Zhuang Di Peng(庄迪澎) dalam “Bao Shang”

telah menjelaskan bahawa keadaan yang mungkin terjadi pada bidang media

setelah monopoli persuratkhabaran. Beliau menyatakan bahawa monopoli

mengakibatkan koperasi media yang berlainan dikawal oleh majikan yang sama,

pekerja-pekerja dalam syarikat yang berlainan terpaksa menjalankan tugas di

10
bawah arahan pengurus yang sama. Polisi-polisi koperasi media adalah sama dari

pelbagai segi. Dengan itu, mesej dan maklumat yang dipaparkan pada surat khabar

yang berlainan turut menjadi sama.

Hal ini telah menyebabkan rakyat negara kehilangan hak dan kebebasan untuk

memilih dan mendapat sumber maklumat dan pengetahuan yang berlainan dari segi

isi kandungan, penggunaan bahasa, dan sebagainya.

Selain itu, Ou Yang Wen Feng ( 欧 阳 文 风 ) dalam “Bao Shang” memetikkan

patah kata daripada Milton C.Cummings dan David Wise bahawa kebebasan media

memainkan peranan penting untuk mewujudkan masyarakat yang demokrasi dan

adil, isi-isi yang dipaparkan pada surat khabar harus benar, betul dan tepat diterima

oleh masyarakat. Berdasarkan pandangan mereka, Ou Yang Wen Feng telah

membantahkan monopoli persuratkhabaran di negara kita secara hangat hati.

Deduksinya, masyarakat Cina di Malaysia bertindak untuk membantahkan

monopoli persuratkhabaran demi menjaga hak rakyat untuk memilih dan mendapat

sumber maklumat mengikut citarasa dan keperluan mereka.

c. Hak-hak pekerja media terlucut

Faktor ini saling berkaitan dengan kelucutan hak rakyat untuk memilih sumber

maklumat berdasarkan keperluan mereka masing-masing. Kesatuan media akibat

daripada monopoli persuratkhabaran menyebabkan pekerja-pekerja media terpaksa

11
menjalankan tugas mengikut arahan pengurus yang sama. Secara tidak langsung,

kepentingan dan hak pekerja turut terjejas.

Berdasarkan pendapat Zhuang Di Peng ( 庄 迪 澎 ) dalam “Bao Shang”

menyatakan bahawa manfaat pekerjaan pekerja media telah dilucutkan sekiranya

monopoli persuratkhabaran berlaku. Sebagai contohnya, beliau menjelaskan

bahawa kakitangan koperasi media tertentu tidak dibenarkan untuk bekerja di

koperasi media yang lain pada masa dulu. Akan tetapi, mereka akan kehilangan

manfaat untuk bekerja dengan majikan lain dengan gaji yang lebih menarik setelah

monopoli persuratkhabaran terjadi.

Tambahan pula, peluang pekerja media untuk bekerja di suasana yang

menyesuaikan juga terlucut. Mereka tidak dapat memilih untuk bekerja di koperasi

media yang mempunyai polisi-polisi yang sepadan dengan akal pemikiran mereka.

Oleh demikian, masyarakat Cina yang juga terdiri daripada pekerja-pekerja

media telah pun membantah gejala tersebut demi menjaga kepentingannya.

d. Persaingan antara pemasaran surat khabar yang kurang adil

Monopoli persuratkhabaran membawa persaingan antara pemasaran surat

khabar yang kurang adil telah mencetuskan ketidakpuashatian masyarakat Cina.

Mereka berpendapat bahawa monopoli persuratkhabaran oleh suatu koperasi media

yang berpengaruh mendatangkan kesan buruk kepada koperasi media yang lain.

12
Berdasarkan keratan berita yang dipaparkan pada laman web “Anti media

monopoly Zhoukan” (http://antimediamonopoly.blogspot.com/2006/11/blog-

post_1707.html) yang ditubuhkan oleh rakyat Malaysia telah meluahkan isi hati

masyarakat Cina. Dalam berita tersebut, pensyarah dari Kolej New era, Fu Xiang

Hong ( 傅 向 红 ) telah membandingkan koperasi surat khabar dari luar negara

dengan koperasi tempatan, beliau menyatakan bahawa persuratkhabaran Taiwan

iaitu “United Daily News” dan “Chinatimes” bersaing secara positif, mereka tidak

menggunakan cara tipu helah untuk menang dalam persaingan tersebut. Sebagai

contohnya, akhbar “Guangming Daily” telah ditindas oleh koperasi yang lebih

berkuasa dengan cara helah.

Ini telah menunjukkan ketidakadilan persaingan antara koperasi

persuratkhabaran. Keadaan ini amat membimbangkan kerana penubuhuan

masyarakat yang demokrasi dan maju tercabar.

13
4 Faktor-faktor pembantahan pemilikan akhbar Cina oleh parti-

parti politik

“Nanyang Press” telah diambilalih oleh MCA pada tahun 2001. Hal ini telah

mendatangkan respon yang hangat daripada masyarakat Cina. Mereka membantah isu

pemilikan akhbar Cina oleh parti-parti politik boleh diberikan faktor-faktor berikut:

a. Kebebasan media tersekat

b. Kebimbangan terhadap penerbitan akhbar Cina berhenti

a. Kebebasan media tersekat

Pengambilalihan akhbar Cina oleh parti-parti politik telah mendatangkan

pembantahan daripada masyarakat Cina. Mereka berpendapat bahawa parti-parti

politik tidak patut campur tangan dalam kegiatan media kerana bimbang akan

kebasan media tersekat.

Menurut artikel yang ditulis oleh Yong Sun Yong ( 杨 善 勇 ) telah memetik

pandangan Zhu Zi Cun ( 朱 自 存 ) dalam bukunya pada tahun 1994 yang

menyatakan bahawa pekerja media tidak dibenarkan untuk menentang kedudukan

politik dan manfaat majikan. Sekiranya kedudukan dan manfaat tersebut

bertentangan dengan kebebasan media, maka kebebasan terakhir bagi pekerja

media adalah meletakkan jawatannya.

14
Di samping itu, Zhuang Di Peng(庄迪彭)telah memberi pendapatnya bahawa

akhbar Cina menpunyai ruang yang lebih luas untuk memberi pelbagai pandangan

dan kritikan terhadap masyarakat berbanding dengan akhbar yang berbahasa

berlainan. Pengambilalihan akhbar cina oleh parti politik secara tidak langsung telah

menyekatkan kebebasan untuk bersuara.

Sebagai kesannya, “Dang Bao” (akhbar berunsur kepartian/politik) telah wujud di

negara kita.

Ini telah membuktikan betapa serius keadaannya pengambilalihan akhbar Cina

oleh parti politik. Maka, tidak hairan kejadian tersebut menerima pembantahan

secara hebat dari kalangan masyarakat Cina.

b. Kebimbangan terhadap penerbitan akhbar Cina berhenti

Masyarakat Cina di Malaysia membimbangkan bahawa penerbitan akhbar Cina

akan berhenti setelah akhbar tersebut diambilalih oleh parti politik merupakan salah

satu faktor pembantahan.

Berdasarkan pendapat Chen Mei Ping ( 陈 美 萍 ) dalam “Bao Shang”, beliau

telah memetikkan pandangan Ye Guan Shi(叶观仕)di mana “Tong Bao” (通报)

dikenali sebagai “Dang Bao” (akhbar berunsuran politik) setelah dikendalikan oleh

parti politik. Pada akhirnya, disebabkan penggunaan taktik berniaga yang kurang

baik serta masalah kakitangan, akhbar tersebut telah dihentikan penerbitannya pada

tahun 1994 akibat daripada defisit yang serius.

15
Kebanyakan orang bimbang akan akhbar Cina seperti “Nanyang Press” juga

menghadapi keadaan yang serupa dengan “Tong Bao” selepas diambilalih oleh

MCA. Bagi mereka, akhbar Cina memainkan peranan penting dalam masyarakat

Cina. Ia bukan sahaja sebagai medan penyebaran maklumat, bahkan juga

berperanan untuk mengekalkan kebudayaan Cina agar dapat diwarisi dari satu

generasi ke satu generasi yang lain.

Oleh itu, keberhentian penerbitan akhbar Cina secara tidak langsung telah

mencabar kedudukan masyarakat Cina untuk mengekalkan kebudayaan Cina di

negara kita.

5 Kesan-kesan monopoli akhbar Cina dan pemilikannya oleh parti-

parti politik

16
Monopoli persuratkhabaran Cina dan pemilikannya oleh parti politik telah

meninggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat Cina di Malaysia. Antaranya

adalah:

a. Kebenaran dan keadilan tersembunyi

b. Penyatuan akhbar Cina

c. Persamaan antara penerbitan akhbar-akhbar Cina

d. Kewujudan konflik, perselisihan dan persaingan antara pihak berkenaan

e. Kebajikan masyarakat ditindas

f. Peranan akhbar Cina berubah

a. Kebenaran dan keadilan tersembunyi

Setelah pengambilalihan akhbar Cina oleh parti politik, kebebasan akhbar Cina

untuk melaporkan kebenaran berita tersekat. Parti-parti politik menguasai dan

menyekat akhbar Cina agar melaporkan berita yang tidak membahayakan

kedudukan politik mereka. Perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan masyarakat

dan hak kaum Cina yang berlaku telah disembunyikan secara sengaja oleh akhbar

Cina. Sebagai contohnya, isu SJK Damansara, penyakit Libai ( 立 百 ) dan

penyekatan komuniti Cina Universiti Sains Malaysia tidak dilaporkan secara

menyeluruh dan benar dalam akhbar Cina. Secara tidak langsung, kebenaran dan

keadilan untuk menyuarakan perasaan masyarakat Cina telah pun tersekat.

17
Dengan itu, kita boleh melihat nasib akhbar Cina yang terserah kepada parti-parti

politik mengambil kesempatan untuk menguasai akal fikiran rakyat-rakyat melalui

media massa.

Selain itu, kapitalis yang memonopolikan akhbar Cina telah pun mengambil

peluang untuk mengawalkan hak media massa dan menikmati keuntungan yang

lumayan.

b. Penyatuan akhbar Cina

Setelah MCA menjual saham “Nanyang Press” kepada Tan Sri Tiong Hiew King.

Penyatuan akhbar Cina telah menjadi kisah benar dalam bidang media Malaysia.

Keazaman Tan Sri Tiong Hiew King untuk mewujudkan dinasti medianya bukan lagi

suatu rahsia.

MCA bertindak untuk menjualkan saham “Nanyang Press” kepada Tan Sri Tiong

Hiew King demi mengurangkan bebanan mereka. Walaupun MCA tidak menjual

kesemua sahamnya kepada Tiong Hiew King, malah ini telah mengakibatkan

penyatuan akhbar Cina di Malaysia berlaku.

c. Persamaan antara penerbitan akhbar-akhbar Cina

Akibat daripada penyatuan akhbar Cina di negara kita, penerbitan akhbar Cina

telah mengalami persamaan waluapun media akhbar yang berlainan. Keadaan itu

terjadi adalah disebabkan kuasa pengawalan dan pengurusan yang tertakluk


18
kepada satu pihak sahaja. Gaya dan bentuk penulisan, penyuntingan, pemberitaan

telah menjadi sama.

Seterusnya, hak pemilihan pembaca dan penaja iklan akhbar Cina turut terjejas.

Bagi pembaca, mereka tidak dapat memilih media akhbar yang berlainan manakala

penaja iklan hanya dapat berniaga dengan satu pihak sahaja. Hak untuk

mengetahui maklumat dan ilmu pengetahuan yang tidak sama bagi pembaca telah

hilang ketika hak penaja iklan untuk tawar-menawar juga tersekat.

d. Kewujudan konflik, perselisihan dan persaingan antara pihak berkenaan

Muslihat parti politik untuk mengambilalih akhbar Cina dipercayai adalah

bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Situasi yang sama kepada Tan

Sri Tiong Hiew King, kita tidak boleh menafikan bahawa beliau berniat untuk

menubuhkan Dinasti medianya dengan memonopolikan akhbar-akhbar Cina.

Akibat daripada monopoli persuratkhabaran dan pemilikannya oleh parti politik di

bidang media Malaysia, persaingan antara media yang kurang adil telah berlaku.

Konflik dan perselisihan antara pekerja media, akhbar, dan parti-parti politik turut

wujud.

Pada hakikatnya, suasana yang kelam-kabut telah wujud di bidang media negara

kita.

e. Kebajikan masyarakat ditindas

19
Kerjasama antara parti politik dengan pedagang membawa kesan yang buruk

kepada kebajian masyarakat. Gejala penguasaan dan penindasan kebajikan

masyarakat telah berlaku. Sebagai contohnya, struktur organisasi “Nanyang Press”

dan “China Press” telah berubah akibat daripada pengawalan keras dari kedua-dua

pihaknya.

Penyekatan kuasa dalam penerbitan akhbar boleh kita lihat dari pemindahan

jawatan bekas penyunting utama “Sinchew Daily”, Encik Ang Song Jian (洪松坚)

ke “Nanyang Press”. Gaya penulisan dan pelaporan akhbar “Nanyang Press” telah

pun mengalami perubahan. Situasi itu berlaku sama juga pada “China Press”.

Sebagai akibat daripada penguasaan penyuntingan Encik Ang Song Jian,

“Nanyang Press” dan “China Press” hanya memaparkan berita-berita yang

berkenaan dengan sumbangan MCA di masyarakat Cina. Gaya pelaporan demikian

menyerupai “The Star” yang juga dikuasai oleh MCA dan akhirnya dikenali sebagai

akhbar berunsuran politik.

Menurut pendapat Encik Shen Guan Yang ( 沈 观 仰 ) dalam “Bao Shang”,

beliau telah menyatakan bahawa berita tentang Dong Jiao Zong ( 董 教 总 ) dan

Huatuan ( 华 团 ) telah dipingkirkan dalam kedua-dua akhbar tersebut pada masa

yang sama.

Dengan itu, secara tidak langsung, kebajikan masyarakat Cina telah tertindas di

mana Dong Jiao Zong dan Huatuan memainkan peranan yang penting dalam

menjaga kebajikan masyarakat Cina di Malaysia.

20
f. Peranan akhbar Cina berubah

Setelah berlakunya gejala monopoli akhbar Cina dan pemilikannya oleh parti-

parti politik, bidang media Malaysia telah mengalami perubahan yang besar.

Peranan akhbar Cina yang berbeza telah pun berubah dari pelbagai segi.

Pengawalan parti politik dapat dilihatkan melalui peranan “Nanyang Press” yang

bertukar menjadi akhbar perdagangan manakala “China Press” wujud sebagai

“akhbar malam”(夜报). Di samping itu, “Guangming Daily” hanya menfokuskan

pada golongan pembaca yang berada di Utara Malaysia manakala “Sinchew Daily”

mengambil peranan yang paling penting dalam bidang media iaitu golongan

pembacanya meliputi keseluruhan negara kita.

Tambahan pula, akhbar-akhbar Cina juga menjadi alat publisiti bagi parti-parti

politik setelah diambilalihkan olehnya.

Sebagai kesimpulannya, monopoli persuratkhabaran Cina dan pemilikannya oleh

parti politik merupakan suatu tindakan yang mengundurkan demokrasi dan kebebasan

bersuara di masyarakat Cina. Kesan-kesan yang buruk telah pun terjadi akibat

daripadanya.

21
6 Penutup

Pada 9 Januari 2006, organisasi media Sinchew dan Nanyang Press talah

mengadakan mesyuarat Agung. Dalam mesyuarat Agung ini, Tan Sri Tiong Hiew King

menerima prosedur pergabungan dengan Mingbao. Beliau menjadi pemilik organisasi

media Cina terbesar di dunia dan berjaya memonopoli akhbar Cina. Nama organisasi

media tersebut bertukar kepada Syarikat Media Cina Dunia (世华媒体), harga pasaran

melebihi 13 ratus juta ringgit.

22
Monopoli suratkhabar Cina menyebabkan berlaku aktiviti “Reben Kuning” dan

aktiviti-aktiviti penentangan lain yang hangat untuk membantah monopoli tersebut di

Malaysia. Pembantah-pembantah menggunakan slogan “Keadilan ada keadilan,

monopoli tiada alasan”, “media menjadi satu, kebebasan rakyat tidak hilang”, memakai

baju-T yang mencetakkan logo pembantahan monopoli akhbar, menyunting lagu “Hong

Hua Yu” ( 红 花 雨 ) kepada lagu pembantahan monopoli persuratkhabaran “Reben

Kuning” (黄丝带) untuk memaparkan perasaan mereka terhadap monopoli ini.

Masyarakat Cina mengadakan penentangan yang hebat disebabkan kebebasan

media akan tersekat, hak-hak rakyat dan hak-hak pekerja akan terlucut, serta

persaingan antara pemasaran sura khabar menjadi kurang adil. Selain itu, mereka juga

bimbang tentang kebebasan media akan tersekat dan penerbitan akhbar Cina akan

berhenti jika surat khabar dimonopolikan oleh parti-parti politik.

Hal ini disebabkan monopoli persuratkhabaran Cina oleh parti-parti politik di

Malaysia akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada rakyat Malaysia termasuk

pembaca dan pekerja media massa. Kesan-kesan negatif monopoli surat khabar Cina

adalah kebenaran dan keadilan akan tersembunyi, akhbar Cina disatukan dan

penerbitan akhbar-akhbar Cina menjadi sama akan mewujudkan konflik, perselisihan

dan persaingan antara pihak berkenaan. Tambahan pula, kebajikan masyarakat

ditindas dan peranan akhbar Cina berubah juga merupakan kesan-kesan yang tidak

diharapkan oleh masyarakat Cina.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menafikan kualiti akhbar Cina dapat dikawal

dengan baik di bawah kuasa penaklukan syarikat yang sama. Sekiranya Tan Sri Tiong

23
Hiew King tidak memonopolikan akhbar Cina di negara kita, persoalan yang kita

prihatinkan adalah daya persaingan akhbar Cina yang kurang kuat di negara kita

berbanding dengan negara lain. Akhbar Cina tidak berupaya untuk bersaing dengan

akhbar Cina di luar negara jika hanya bergantung kepada pemimpin dan cendekiawan

berbangsa Cina. Tanpa modal kewangan yang mencukupi, qualiti akhbar tidak dapat

dikawal secara baik dan sempurna.

Sebagai kesimpulannya, monopoli akhbar Cina di negara kita telah menjadi kisah

yang benar. Aktiviti penentangan yang keras dan tegas tidak mendatangkan apa jua

faedah kepada semua pihak. Maka, apa yang boleh kita harapkan adalah Tiong Hiew

King tidak mengabaikan kepentingan kebebasan bersuara di kalangan rakyat melalui

media massa serta kebajikan pihak lain seperti pekerja media dan penaja iklan di

samping tidak menjadikan akhbar Cina sebagai alat publisiti parti-parti politik.

Bibliografi

Anonymous. (2001). Liang ge shi ji de jian zheng: Ma lai xi ya hua wen bao ye 180 nian

li shi. Retrieved September 9, 2008, from Zaobao.com Web site:

http://www.zaobao.com/chinese/region/malaysia/pages/malaysia_chinese260

701.html

24
Chen Hui Si. (2005). Pengenalan tentang Malaysiakini dan Reben Kuning. Retrieved

28, 2008, from Merdeka Review.com Web site:

http://www.merdekareview.com/news.php?n=290

Guo Shi Guang Qin. (2006). Guang ming shou da ya Xing Zhou bu gan heng hua she

nan ji wang “er huang di”. Retrieved Ogos 28, 2008, from Anti media monopoly Zhoukan

Web site: http://antimediamonopoly.blogspot.com/2006/11/blog-post_1707.html

Lin De Shun & Huang Jin Fa. (2001). Bao Shang. Petaling Jaya: Prometheus

Enterprise.

Mat Zahari Ali. (2001, May 30). Pengambilalihan Nanyang Publications oleh MCA –

Pengurusan lama termasuk Editor mula disingkir. Retrived Ogos 29, 2008, from

Cyberlink Tranung Kite Web site: http://www.tranungkite.net/lama/mei/harakah227.htm

Yang Kai Bin. (2006). Zhang Xiao Qin mei ti di guo hou shi kan tan. WAMI Journal, 2, 2-

3.

Zhang Mi. (2001). Akhbar Cina Malaysia menuju ke arah monopoli—MCA mengambil

alih Nanyang Press. Retrieved September 8 , 2008, from FreeMedia Website:

http://thefreemedia.com/index.php/alliance/1409

25
Zhou Ze Nan. (2006). Suo you bao ren zhi shi fen zi dou lun xian? Kong ju he tao bi bus

hi wo men de wen hua. WAMI Journal, 2, 17-18.

Zhou Ze Nan. (2002). Hua wen bao ye jin ru dan yi cai tuan long duan bin he qi zi you

hua gong gong hua cheng xin wen zi you yun dong jiao dian. Retrieved Ogos 31, 2008,

from MalaysiaKini Web site: http://www.malaysiakini.com/news/76973

26

You might also like