You are on page 1of 8

Perbandingan dan perbezaan Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) dan Hikayat Raja-raja Pasai: Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin)

dan Hikayat Raja-raja Pasai merupakan karya sejarah yang meriwayatkan sesuatu keluarga diraja. Di dalam karya-karya ini pengarang membicarakan tentang asal-usul dinasti raja itu dari awal hingga akhir. Ia juga banyak mengungkapkan pemikiran berhubung masyarakat dengan pemimpinnya. Secara keseluruhannya, apa yang ditonjolkan oleh karya ini ialah sesebuah kerajaan itu boleh runtuh apabila pemimpinnya membelakangkan prinsip keadilan, sebaliknya pemimpin yang adil dan baik budi pekertinya akan disenangi oleh rakyat dan kerajaanya akan terus berada dalam kegemilangan. Ia sebenarnya memperlihatkan perkembangan peradaban tamadun manusia, maju mundur ataupun jatuh bangun sesebuah negara bangsa seolah-olah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Kerajaan yang gemilang itu akhirnya pincang dan tumbang angkara insan yang tidak beretika dan tidak bermoral. Kemerosotan nilai yang mendasari prinsip kemanusiaan dan serangan luar akhirnya menghancurkan sesebuah kerajaan. Perihal ini boleh kita lihat dengan lebih terperinci dalam pembukaan, perkembangan dan kemerosotan atau kejatuhan kerajaan Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) dan Kerajaan Raja-raja Pasai.

A. Pembukaan, Perkembangan dan Kegemilangan i. Terdapat wasiat yang mengandungi ilmu kepimpinan dan mendorong kepada kebaikan

Pembukaan dan perkembangan Melaka dimulakan dengan kisah negeri Melaka dibuka dan kisah Nabi Muhamad s.a.w. mengislamkan Raja Kecil Besar yang kemudian bergelar Sultan Muhamad Syah. Dalam Zaman kegemilangan Melaka, terdapat Wasiat dan waad. Waad merupakan perjanjian saling bekerjasama telah dibuat di antara raja dan keluarganya yang diwakili oleh Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun. Kandungan waad antara raja-raja itu menetapkan (h.19-20) a. Rakyat : Rakyat sedia jadi hamba raja. Raja hendaklah melihara mereka. Jika rakyat salah, jangan diberi malu. Kalau salah besar boleh dihukum bunuh menurut hukum syarak. b. Raja : Minta rakyat jangan derhaka kepada raja jikalau ia zalim sekali pun. c. Raja dan Rakyat: Jikalau raja tidak menurut janji maka rakyat juga tidak akan menurut janji itu. Dalam teks Sejarah Melayu ini dapat dikesan dengan jelas sejauh mana waad itu dipatuhi. Dalam zaman kebangkitan dan kegemilangan Melaka ternyata antara raja-rakyat adanya kerjasama yang kental dan konsisten demi kerana memelihara waad tersebut. Dalam kerajaan Sejarah Melayu, hampir tiap-tiap orang raja atau bendahara yang menyedari mereka akan meninggal dunia akan memberi wasiat kepada anak dan keluarganya sebelum meninggal dunia. Isi kandungan wasiat-wasiat di atas itu, semuanya berpesan supaya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Contohnya dalam wasiat Sultan Mahmud Syah berwasiat kepada pembesarnya supaya melantik anakandanya menjadi raja menggantikannya selepas kematiannya. baginda berpesan kepada anaknya supaya banyak-banyak bersabar. Jika membuat sesuatu pekerjaan hendaklah bermesyuarat dengan para pembesar. Jika menjalankan hukuman hendaklah berlaku adil kepada sekalian rakyat, jangan sama sekali mendengar fitnah dan hendaklah melakukan penyiasatan sebelum menjatuhkan sebarang hukuman (h.219). Begitu juga dengan wasiat Sultan Alauddin Syah kepada anaknya seperti di bawah: Adapun raja-raja itu umpama api, segala perdana menteri umpama kayu, kerana api itu jikalau tiada kayu tiada akan nyala..ra'ayat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya; jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. Demikian raja-raja itu dengan segala ra'ayatnya...jikalau kau bunuh ia (ra'ayatmu) dengan tiada dosanya, bahawa kerajaanmu binasa Begitulah puitis, mendalamnya dan bermaknanya mesej yang disampaikan oleh Sultan Alauddin Syah kepada anaknya Sultan Mahmud Syah yang bakal mewarisi takhta setelah ayahandanya meninggal.

Antara wasiat-wasiat yang lain tersebut adalah seperti berikut: a. Sultan Malikul Saleh member wasiat kepada anakanda baginda Sultan Malikul Tahir dan sultan Malikul Mansur (h.44) b. Sultan Malikul Tahir memberi wasiat kepada anakandanya Sultan Ahmad (h.50) c. Seri Nara Diraja memberi wasiat kepada Bendahara Paduka Raja supaya menjaga anakanaknya.(h.104) d. Sultan Mansur Syah member wasiat kepada anakandanya Raja Husin yang akan menggantinya memerintah Melaka(h.126) e. Wasiat Sultan Mahmud Syah kepada anakandanya sultan Alauddin Riayat Syah (h.218-219) Pembukaan kerajaan Pasai pula dimulakan dengan cerita pembukaan negeri Samudera dan Pasai dan asal-usul keturunan raja-raja Pasai. Mitos pembukaan negeri dan asal usul raja-raja Pasai menggambarkan betapa hebatnya raja-raja Pasai dan negeri Pasai itu. Oleh sebab kebijaksananan raja-raja yang memerintah Pasai, negeri itu berkembang maju dengan pesatnya. Kemasyuran Pasai ialah pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Perumudal Perumal yang sampai ke kemuncak zaman kegemilangannya.Tun Beraim Bapa anak Sultan Ahmad merupakan pahlawan Pasai yang amat masyur, gagah, bijaksana dan berperikemanusiaan. Dalam teks Hikayat Raja-Raja Pasai ini terdapat dua kisah wasiat. Wasiat Sultan Malikul Saleh kepada menteri dan cucu-cucunya dan wasiat Sultan Malikul Mahmud kepada puteranya Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Dalam wasiat-wasiat tersebut mengandungi pengajaran menurut perspektif ajaran Islam. Sebelum mangkat , Sultan Malikul Saleh berwasiat kepada dua orang menterinya. Sayid Semayamuddin dan Sayid Ali Ghiyatuddin supaya menjaga cucunya agar mereka tidak bergaduh ,mengajarkan mereka ilmu, dan jangan menderhaka terhadap mereka .Hendaklah memelihara rakyat, jangan aniaya dan jalankan pentdbiran negeri menurut lunas-lunas Hukum Islam kerana Barang siapa tiada menghukumkan dengan barang hukum Islam yang diturunkan Allah,maka bahawasanya mereka itu jadi kafir (h. 25) Wasiat Sultan Malikul Mahmud kepada Sultan Ahmad berbunyi, Hai anak ku, cahaya mata ku dan buah hati ku, baik-baik engkau memelihara dalam Kerajaan mu ini akan segala pekerjaan amar Allah dan amar Rasulullah ........., Hai anak ku, jangan tiada engkau turut seperti pesan ku ini; dan jika pada satu pekerjaan hendaklah engkau mesyuarat dengan segala menterinya yang tuha-tuha dan jangan segera engkau berbuat sesuatu pekerjaan hingga baiklah mesyuarat mu dengan segala menteri hulubalang mu.... Dan perbanyak oleh mu sabar mu pada segala pekerjaan yang tiada patut pada syarak dan jangan engkau meniayai dan membinasakan segala hamba Allah tiada dengan sebenarnya,.......karna dunia ini negeri yang fana tiada akan kekal adanya, akhirat juga negeri yang baka.. Petikan Hikayat Raja Pasai Dalam wasiat ini, diperlihatkan prinsip teguh yang mengutamakan integriti, diperkukuhkan pula dengan pegangan agama, telah mencorakkan sistem semak dan imbang terhadap kuasa Raja. Kuasa Raja dan kedudukan Raja tidak dipertikaikan selagi Raja memperlihatkan sifat-sifat yang dapat dihormati, tidak menyeleweng serta mematuhi perintah-perintah dan hukum-hukum yang telah dimaktubkan.
ii. Saling hormat-menghormati dan menjalinkan hubungan serta kerjasama yang baik

Kerajaan Melaka telah bersahabat dengan negeri-negeri Melayu yang menjadi jirannya melalui penaklukan atau perkahwinan, Contohnya bersahabat dengan Siam selepas Siam gagal menakluki Melaka dan telah bersahabat dengan negeri China selepas raja China terkena tulah disembah oleh Melaka. Perhubungan baik Melaka dengan China boleh dilihat dalam Era Zheng He dan Kesultanan Melaka .Pada 1409 Zheng He diutuskan pergi ke Siam untuk menegah persengketaan antara SiamMelaka.Tahun 1411, Maharaja Melaka Parameswara bersama permaisuri, putera dan pengiringpengiringnya melawat China di zaman Dinasti Ming. Selama sebulan Parameswara berada di China dan diberi jamuan besar-besaran. Maharaja Ming menghadiahkan Maharaja Melaka berbagai cenderamata kepada Melaka. Buku Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang ada mencatatkan perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka. Puteri Hang Li Po diislamkan. Mengikut Sejarah Melayu, hubungan Melaka dengan Inderagiri berlaku di masa Sultan Mansur Shah. Sultan Mansur Shah berangkat ke Majapahit berkahwin dengan Raden Galuh. Betara Majapahit telah bersetuju menganugerahkan Inderagiri kepada Sultan Mansur Shah. Selain itu Betara Majapahit menganugerahkan Jambi dan Tungkal kepada Hang Jebat serta Siantan kepada Hang Tuah.

Hubungan dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai dan memeluk agama Islam. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam.Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolong menolong. Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah mendapat bejalan seperti lada hitam, beras dan emas dari Pasai Rakyat biasa umpanya tetap mematuhi perintah ketua atau pembesar di atasnya. Umpanya apabila mengetahui Bendahara Tun Mutahir akan dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah, pengikutnya beliau cuba menentang pembunuhan ini tetapi dilarang oleh Tun Mutahir kerana menderhaka namanya. Pengikut ini kemudiannya tidak jadi menentang. Selain itu, seorang ulama juga sangat dihormati sehinggga Sultan Melaka sendiri menghormatimya. Hal ini berlaku apabila guru baginda Sultan Mahmud Syah iaitu Maulana Yusoff enggan membenarkan baginda mengadap guru tersebut degan menunggang gajah, akhirnya baginda mematuhi kehendaknya. Masyarakat pada kerajaan itu begitu kaya dengan budaya dan budi bahasanya. Hubungan masyarakat ketika itu adalah baik, terdapat rasa hormat-menghormati dan saling menyayangi di kalangan mereka .Ini digambarkan oleh Tun seri Lanag dalam Sejarah Melayu. Dalam kerajaan Pasai pula, pada masa pemerintahan Sultan Ahmad (Sultan Malik alTahirII ) Pasai berkembang pesat dan terus menjalin hubungan yang baik dengan kerajaankerajaan Islam di India mahupun Arab. Bahkan melalui catatan kunjungan Ibnu Batutah seorang utusan dari Sultan Delhi tahun 1345 dapat diketahui Samudra Pasai merupakan pelabuhan yang penting dan istananya disusun dan diatur secara India dan patihnya bergelar Amir. Kemajuan dalam bidang ekonomi membawa kesan positif pada kehidupan sosial masyarakat Kerajaan Pasai. Di samping itu juga kehidupan masyarakatnya diwarnai dengan semangat kebersamaan dan hidup saling menghormati sesuai dengan syariat Islam. Hubungan antara Sultan dengan rakyat terjalin baik. Sultan biasa melakukan musyawarah dan bertukar fikiran dengan para ulama, dan Sultan juga sangat hormat pada para tamu yang datang, bahkan tidak jarang memberikan tanda mata kepada para tamu. Kerajaan Pasai mengembangkan sikap keterbukaan dan kebersamaan. Salah satu bukti dari hasil peninggalan budayanya, berupa batu nisan Sultan Malik al-Saleh dan jirat Putri Pasai. Batu nisan tersebut berasal dari Gujarat (India). Hal ini berarti kerajaan Samudra Pasai bersifat terbuka dalam menerima budaya lain iaitu dengan memadukan budaya Islam dengan budaya India.
iii. Pemerintah dan pembesar berwibawa dan bijaksana serta rakyat yang bermoral

Pada zaman keagungan Melaka, ia telah diperintah oleh tiga orang Sultan yakni Sultan Mudzaffir Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah. Raja-raja Melayu yang berwibawa itu menjalankan pentadbiran negeri bersama Bendahara dan Laksamana. Mereka juga sanggup mendengar dan menerima nasihat daripada Bendahara dan Laksamana. Sultan Muzaffar Shah (1446 - 1459) telah berjaya menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan Tun Perak dan Bendahara Tun Ali. Sultan Muzaffar Shah juga bijak bertindak ketika menghadapi serangan Siam. Baginda juga mengadakan hubungan diplomatik dengan China yang Pada zaman pemerintahan baginda, Kepimpinan Sultan Mansyur Syah pula melahirkan beberapa pahlawan agung Melaka seperti hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Pada zaman pemerintahan Sultan Mansyur Syah, Melaka wujud sebagai negara terbesar kerana wujudnya ikatan serangkai yang sangat utuh antara Sultan Mansur Syah, Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Tokoh paling mashur yang sering dikaitkan dengan cita luhur taat setia feudal dalam sejarah kebudayaan Melayu adalah Hang Tuah. Walaupun beliau telah dua kali difitnah berlaku sumbang di dalam istana dan setiap kali itu beliau dikenakan hukuman bunuh tetapi beliau menerima hukuman dengan tangan terbuka atas sebab nyawa dan dirinya sememangnya hak tuannya dan boleh diperlakukan apa jua. Sememangnya itulah idaman Hang Tuah kerana baginya itulah segala pengertian kewujudannya. Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) seorang pemimpin yang mementingkan keamanan dan pentadbiran Negara. Kepimpinan baginda mencontohi pemimpin Islam Khalifah Umar al- Khatab. Baginda digambarkan sebagai seorang raja yang gagah. Baginda sanggup keluar menyamar pada waktu malam untuk meronda dan melihat sendiri keadaan dalam negerinya. Selain sultan-sultan yang berwibawa, kerajaan Melayu Melaka juga mempunyai pembesar-pembesar yang cekap dan berwibawa mentadbir Negara. Tun Perak adalah Bendahara Melaka yang berani dan bijaksana. Beliau telah meluaskan wilayahnya hingga digelar Pembina Empayar. Dalam kerajaan Pasai pula terdapat pemerintah yang menjalankan segala hal dengan mengikut perintah Allah. Baginda pada mulanya bergelar Merah Silu dan telah bertukar nama kepada Sultan Malikul Saleh selepas memeluk Agama Islam. Baginda adalah raja yang menerima ajaran dari Nabi Muhammad s.a.w. Beliau menjalankan pemerintahanannya berasaskan ajaran

Islam dan sentiasanya bertakwah untukNYA. Dalam catatan jurnal Ibnu Batutah, beliau berpandangannya, Sultan Mahmud adalah penganut Mazhab Syafie yang giat menyelenggarakan pengajian, perbahasan dan muzakarah mengenai Islam sehingga menyebabkan Samudera Pasai menjadi pusat tumpuan pengajian Islam ketika itu. Semasa peperintahannya, Pasai berkembang dengan baik dan berada dalam keamanan. Mengenai peribadi dan corak pemerintahan Sultan berkenaan, beliau menulis: Sultan sangat rendah hati dan berangkat ke masjid untuk solat Jumaat dengan berjalan kaki. Selesai solat, Sultan dan rombongan mengelilingi kota untuk melihat keadaan rakyatnya. Selain itu, terdapat juga pahlawan yang setia, gagah dan berani iaitu Tun Beraim Bapa. Tun Beraim Bapa boleh dianggap sebagai seorang tokoh superman melayu. Besar, tinggi dan gagah. Beliau mampu mencabut pokok besar dan melontarkan pada tembok setebal tujuh hasta dan merobohkannya. Sikapnya yang berani dan cinta akan tanah air ditonjolkan apabila baginda berani menunggang kuda terbang yang dikatakan gila dan belum pernah dikenderai oleh sesiapa. Baginda juga menunjukkan kepahlawanan kerana cintakan tanah airnya, supaya disegani dan tidak berani diserang oleh orang asing. Kisah seterusnya, Sultan Ahmad Perumudal Perumal ingin mengahwini anak perempuannya sendiri, yakni adik perempuan Tun Beraim Bapa. Dalam keadaan mencemaskan ini Tun Beraim Bapa terpaksa bertindak berani untuk melindungi adiknya daripada kerakusan bapa mereka. Tun Beraim Bapa dituduh menderhaka kepada raja dan dihukum bunuh. Segala cubaan membunuh gagal dan berjaya dipatahkan oleh keperwiraan dan kesaktian Tun Beraim Bapa. Akhirnya kerana nilai taat setia kepada raja atau bapanya, Tun Beraim Bapa memakan cucur peniaram yang beracun lalu mati. Tun Beraim Bapa mengambil keputusan membunuh diri ini atas dasar taat kepada raja. Watak Tun Fatimah pula terserlah sebagai seorang yang tidak mudah digoda, bijak berkata-kata dengan halus tetapi tegas, dan pandai bertindak menyelamatkan diri. Sebagai gundik iaitu isteri tidak rasmi kepada raja, kedudukannya tidaklah begitu dihormati seperti isteri rasmi, namun dia mempunyai harga diri serta maruah yang tinggi. Dia tegas menjaga maruah walaupun diusik oleh pahlawan muda yang gagah seperti Tun Beraim Bapa. Kata-kata penolakannya halus tetapi tajam. Dia bijak bertindak menyelamatkan diri iaitu melompat membawa bunga gubahannya ke dalam istana sehingga tidak tertangkap oleh Tun Beraim Bapa. Selain itu ,terdapat juga pembesar yang sentiasa rajin dan bijak menggunakan akal sebelum bertindak seperti Patih Suatang dan patih Ketemenggungan. Mereka telah membuat helah dengan mencari kerbau menyusu dan dibiarkan berhari-hari tidak menyusu. Dalam perlagaan anak kerbau Periaman menghisap buah pelir kerbau jantan Majapahit kerana lapar susu.Kerbau Majapahit kalah. Dalam jamuan perpisahan orang-orang jawa diberi minuman di dalam buluh tajam.Semasa minum.mereka ditikam dengan buluh itu. Inilah cara kedua-dua orang pembesar yang bijaksana dan tidak jemu menggunakan akal untuk menentang musuh. B. KEJATUHAN DAN KEMEROSOTAN i. Tidak mengikut wasiat. Dalam zaman pemerintahan sultan Mahmud, wasiat dan waad ini tidak dipedulikan lagi. Perhubungan antara raja-rakyat sudah tidak ada disiplin lagi. Ramai pembesar negeri yang tidak menghormati Sultan Mahmud. Mereka mengadakan protes secara individu dengan berbagai-bagai cara. Ini semua terjadi kerana perangai Sultan Mahmud yang sangat buruk, seperti berbuat jahat dengan isteri pembesar-pembesarnya yang menyebabkan hilangnya rasa hormat pembeaer-pembesar berkenaan kepadanya. Dalam Hikayat Raja-Raja Pasai, terdapat dua wasiat iaitu Wasiat Sultan Malikul Saleh kepada menteri dan cucu-cucunya dan wasiat sultan Malikul Mahmud kepada puteranya Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Walau bagaimanapun, wasiat ini tidak diikuti dengan sebaiknya dan ingkaran ini telah membawa kepada kecelakaan kepada Sultan dan kerajaan tersebut.
ii. Pemerintahn yang lemah, zalim, tidak berperikemanusiaan dan tidak bermoral

Sultan Mahmud Syah dan Sultan Ahmad Syah ialah raja-raja Melaka yang bukan sahaja tidak bijak tetapi kejam dan zalim. Zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (bersultan di mata dan beraja di hati) dengan Bendahara Seri Maharaja yang asyik dengan kekayaan dan Laksamana Khoja Hasan yang mata duitan. Akibat Sultan membunuh Bendahara kerana fitnah dan laksamana dibuang negeri kerana membawa fitnah. Implikasi daripada keadaan yang kucar-kacir dan harubiru itu negeri Melaka berada dalam keadaaan yang amat lemah di bawah Sultan Ahmad yang dibenci Nadim. Jadi

dapat diduga, sekiranya Feringgi tidak menyerang Melaka pun negeri itu kan hancur kerana sebabsebab lain lantaran pergolakan dalaman yang sangat buruk itu. Kelemahan-kelemahan Sultan Mahmud itu dilanjutkan oleh anaknya Sultan Ahmad. Baginda hanya menghormati sejumlah kecil pembesar yang muda-muda sahaja dan tidak menghiraukan pembesar yang tua-tua. Keadaan ini membuatkan ramai pembesar negeri benci kepadanya. Akibat tidak ada kerjasama antara raja-rakyat itu, Melaka,yang begitu gagah dan masyhur dapat ditewaskan oleh musuhnya dalam masa yang paling singkat sahaja. Barangkali, persoalan seperti inilah yang dikatakan oleh pengarang teks ini yang menjadi mutiara (mutiara) segala cetera dan cahaya segala peri umpamaan (h. 3) untuk menjadi contoh teladan dan iktibar kepada generasi kita orang Melayu zaman ini. Jika kita hendak mewujudkan kerajaan Melayu yang berkekalan hendaklah memenuhi waad tersebut. Betapa besarnya musibah menimpa kerajaan Melayu Melaka akibat tidak ada perpaduan antara raja-rakyat demi mematuhi waad yang termeterai antara raja-rakyat itu dapat dikesan. Asalnya negeri Melaka itu daripada mitos seekor pelanduk putih menendang anjing perburuan Raja Iskandar hingga jatuh ke air (h.54) menandakan Melaka akan menjadi Negara besar. Raja-raja Melaka berasal daripada raja Iskandar Zulkarnain, seorang raja besar dunia Islam. Jadi, kombinasi daripada dua fenomena ini mewujudkan raja dan negeri Melaka yang gagah. Tetapi kegagahan sedemikian itu tidak dapat bertahan lama jika kerjasama antara raja-rakyat tidak erat dan kukuh. Sebab itu Melaka hancur dalam masa yang sangat pendek berbanding dengan masa perkembangannya yang mengambil masa yang amat panjang. Apakah yang menyebabkan tidak adanya kerjasama yang erat dan kukuh antara pihak raja (Sultan Mahmud ) dan rakyat (Bendahara Seri Maharaja) pada zaman keagungan Melaka? Banyak faktor yang mempengaruhi ketidakstabilan perhubungan raja-rakyat pada masa itu tetapi dua persoalan yang penting iaitu kekayaan dan nafsu seks amat menarik untuk dibincangkan. Pada zaman itu Melaka telah mencapai puncak kegemilangannya kerana kemakmuran negerinya. Pada zaman itu, gambaran kemewahan, kesenangan dan kekuasaan yang dimiliki kadangkadang disalahertikan. Amalan hidup jelas jauh berbeza dengan pemerintah sebelumnya. Pelbagai tindakan Sultan dan pembesar yang memerintah yang terlalu yakin dengan kekayaan dan kekuasaan yang ada telah mengarahkan mereka kepada penyalahgunaan kuasa. Pembesar-pembesar negeri yang tamak seperti Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan lain-lain telah memonopoli Kekayaan tersebut. Beliau sanggup menerima rasuah daripada Nina Sura Dewana . Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir juga asyik dengan mengumpul harta sahaja dan orang-orang Temenggung melakukan penganiayaan kepada peniaga-peniaga untuk mendapatkan rasuah. Walaupun Bendahara Seri Maharaja digambarkan sebagai seorang yang berkaliber, namun tetap mengamalkan gaya hidup yang terlampau mewah, membazir harta yang dimiliki dengan jawatan dan sebagainya. Keadaan ini jelas seperti peristiwa di bawah; Tetapi akan Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya, lagi sangat berhias, pada sehari enam kali bersalin pakaian, bajunya yang hadir juga seribu banyaknya, pelbagai rupa dan warna, destar yang sudah terikat pada kelebut dua tigapuluh, semuanya sudah dipakai belaka; cermin besar setinggi sedia. Apabila Bendahara Seri Maharaja memakai, sudah berbaju, berkain, berkeris, bersebai, lalu naik duduk ke buaian. (W.G. Shellabear, 1977, hal. 155). Beliau juga menganggap Sultan dapat dibuat apa sahaja kerana Sultan itu anak saudaranya. Bendahara Paduka Raja telah berwasiat jika berfikiran demikian, dia akan dibunuh orang. Oleh sebab sangkaan yang demikian, Bendahara tidak menjodohkan anaknya Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud yang sedang duda sebaliknya dijodohkan dengan Tun Ali. Hal ini telah diperingatkan oleh Raja Dibaruh yang mengikut adat Melayu, anak Bendahara mesti menjadi isteri Sultan, tetapi Bendahara enggan menerima nasihat itu. Keengganan beliau itu dipengaruhi oleh sikapnya yang sombong kerana kekayaannya. Sultan Mahmud pula dipengaruhi dengan kejahatan nafsu seks. Baginda tidak dapat mengawal nafsunya. Sebab itu dia tidak dapat meletakkan nilai martabat dirinya pada kedudukan yang wajar. Baginda terlibat dengan berbagai-bagai skandals seks dengan Tun Dewi, Puteri Gunung Ledang, Seri Mas Ayu dan juga melakukan kezaliman serta kekejaman sewenang-wenangnya. Pemerintahannya yang tidak adil, pincang, rasuah, berdendam, hasad dengki, menyerahkan hal ehwal negara kepada orang terdekat atau pembesar semata-mata menyebabkan kerajaan ini mula lemah dan hilang arah tujunya. Sultan Mahmud digambarkan lebih suka hidup berfoya-foya, keluar waktu malam ke rumah pelacur, meniduri isteri pembesar sewaktu suaminya keluar menjalankan tugas negara dan sebagainya. Hal ini jelas apabila Tun Biajid bertembung dengan dengan Sultan Mahmud;

Sekali peristiwa Sultan Mahmud Syah bermain dengan isteri Tun Biajid, anak Laksamana Hang Tuah. Tatkala itu Tun Biajid tiada di rumah, pergi ke Morib kerana Morib pegangannya. Maka pada suatu malam Sultan Mahmud pergi ke rumah Tun Biajid. Telah hampir dinihari, maka baginda pun hendak kembali, bertemulah dengan Tun Biajid baru datang dari Morib diiringkan segala orangnya. Maka Tun Biajid pun tahulah Sultan Mahmud bermain dengan isterinya itu. (W. G. Shellabear, 1991, hal. 143). Pendek kata Sultan Mahmud terpengaruh dengan nafsu seks hingga hilang maruah dirinya sebagai Sultan. Pembesar pula menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi, keluarga, pengikut dan sebagainya. Contohnya; Maka segala orang muda-muda Tun Hasan Temenggung pun pergilah dengan pertanda merentang tali. Maka oleh segala orang muda-muda, pada tengah rumah saudagar kaya-kaya itu direntanginya tali, disuruhnya robohkan. Maka segala saudagar itu menyorong ada yang seratus, ada yang dua ratus, ada yang tigapuluh, empatpuluh kepada seorang. Maka diambilnya oleh segala orang muda-muda Tun Hasan Temenggong, diperbahaginya ramai-ramai dengan segala oertanda, itulah makanannya. (W.G. Shellabear, 1977, hal. 192). Rasuah dan pelbagai kelemahan pengurusan pemerintahan berlaku juga. Bendahara Seri Maharaja, Laksamana Khoja Hasan terlibat menerima rasuah, dan seterusnya membawa tragedi Bendahara difitnah ingin menderhaka lalu dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud yang memang berdendam kerana isu Tun Fatimah dikahwinkan dengan orang lain. Hal ini berlaku rentetan dari pertelingkahan antara Raja Mendeliar dan Nina Sura Dewana, pedagang di negeri Melaka. Golongan inilah biasanya yang boleh mempengaruhi beberapa keputusan penting dalam beberapa urusan negara, dan perbuatan inilah yang menjadikan teladan klasik pembunuhan dalam Sejarah Melayu. Misalnya peristiwa di bawah; Maka Raja Mendeliar dan Nina Sura Dewana pun bermohon pada Bendahara Seri Maharaja lalu kembali ke rumahnya. Telah hari malam, maka Nina Sura Dewana pun fikir pada hatinya, Adapun bahwa Raja Mendeliar itu orang kaya; kalau ia menyorong pada Datuk Bendahara nescaya alah aku. Jikalau demikian, baiklah aku pada malam ini pergi pada Bendahara. (W. G. Shellabear, 1977, hal. 192). Pada zaman itu juga, perasaan pilih kasih dan kepentingan sahabat handai telah mengatasi kebolehan dan kemampuan semasa perlantikan pembesar negara atau pegawai kerajaan. Pemilihan kerana kebolehan ataupun kewibawaan seseorang tidak dilihat sebagai penting sepertimana zaman pemerintah terdahulu, iaitu Tun Perak dinaikkan ke jawatan penghulu, perdana menteri dan jawatan tertinggi iaitu bendahara ialah kerana kewibawaan menguruskan pelbagai hal berkaitan dengan kepentingan kerajaan dan negara. Suasana aman damai, mewah maju dan seumpamanya menyebabkan manusia mula lalai dan hilang pertimbangan modal insan. Keputusan biasanya berlandaskan kepentingan individu ataupun puak semata-mata. Fenomena ini mula kelihatan sejak awal pemerintahan Sultan Mahmud. Hubungannya dengan pembesar tua renggang, hanya rapat dengan yang muda-muda sahaja . Baginda juga melayani pembesar dengan tidak sama rata; Adapun akan Sultan Mahmud tiada kasih akan segala hulubalang dan orang-orang besar, dan yang dikasihi baginda Tun Ali Hati seorang dan Tun Mai Ulat Bulu seorang, Tun Muhammad Rahang seorang, Tun Muhammad Unta seorang, Tun Ali Berudu seorang, Tun Ali Kesar seorang, dan segalaorang-orang muda tiga belas orang, segala hamba raja dua puluhtiga; itulah teman baginda bermain gurau jenaka. (W. G. Shellabear, 1977, hal. 201). Selain daripada itu, terdapat beberapa orang lagi yang disayangi oleh Sultan Mahmud, segala permintaan orang-orang ini biasanya akan diperkenankan, misalnya;

Maka Sultan Mahmud pun diam menengar kata hamba raja itu, kerana sangat kasih baginda akan Seri Dewa Raja, kerana zaman itu orang yang dikasihi raja, pertama-tama Seri Dewa Raja, kedua Tun Umar, ketiga Hang Isa Pantas, keempat Hang Husin Jong. (W. G. Shellabear, 1977, hal. 145). Oleh kerana hasad dengki, Sultan Mahmud telah mengarahkan Tun Isap supaya membunuh Tun Ali Sandang ( anak kepada Seri Nara Diraja). kerana didapati berdua-duaan di rumah Tun Dewi ,padahal ketika itu Sultan ada niat jahat dengan Tun Dewi. Petikannya seperti; Maka pada suatu malam, maka Sultan Mahmud pergi ke rumah seorang perempuan, Tun Dewi namanya. Maka didapatinya baginda Tun Ali Sandang ada di sana; maka Sultan Mahmud pun berbalik. Maka baginda menoleh belakang, dilihat oleh baginda Tun Isap, . Maka oleh Sultan Mahmud diambil baginda sirih daripada puan baginda, dianugerahkan pada Tun Isap. Maka Tun Isap fikir pada hatinya, Apa gerangan ertinya Yang Dipertuan memberi sirih dari puan ini? Pada bicara aku, entah Yang Dipertuan menyuruh membunuh Tun Ali gerangan? (W. G. Shellabear, 1977, hal. 144) Tragedi demi tragedi yang berlaku jelas melemahkan kerajaan Melayu Melaka, tiga waktu akan musnah sebuah kerajaan, si anak tidak lagi mentaati bapanya, bapa pula membunuh anak kerana percanggahan kuasa dan kepentingan. Ini jelas apabila Sultan Mahmud Syah mengarahkan agar anakandanya Sultan Ahmad dibunuh. Lihat petikan berikut; Adapun Sultan Ahmad itu, semuanya baik, lagi murah; tetapi suatu celanya, sebab tiada kasih akan segala pegawai dan segala orang besar-besar, melainkan orang muda-muda dan hamba raja tersebut itu juga dikasihi baginda. . . Maka segala kelakuan itu kedengaran ke bawah Sultan mahmud. Maka tiada berkenan baginda akan pekerti ananda itu. Maka disuruh baginda . yakni ertinya, apabila ajal seseorang mereka itu, tiada terkemudian seketika, dan tiada terdahulu seketika jua pun. Maka Sultan Ahmad pun mangkatlah, (W. G. Shellabear, 1977, hal. 205). Modal insan yang pincang, minda disaluti dengan fitnah merosakkan dan menumbangkan kerajaan Melayu Melaka. Tragedi Hang Tuah difitnah dan Hang Kasturi (dalam Hikayat Hang Tuah, disebut Hang Jebat) menyerlahkan hakikat bahawa unsur ini tidak mengenal batas nilai dan status diri seseorang insan itu. Hang Tuah difinah tiga kali angkara perasaan hasad dengki melihat kehebatan demi kehebatan yang dicapai mengikut prosedur yang normal, dan jalinan hubungan baik dengan golongan pemerintah (istana) khasnya raja dan para pembesar istana. Ketiga-tiga fitnah yang ditaburkan terhadap Hang Tuah dikaitkan dengan perbuatan bermukah dengan perempuan. Rentetan dari fitnah terhadap Hang Tuah, terjadi tragedi penderhakaan pertama dalam pensejarahan Melayu. Tragedi ini juga memperjelaskan bahawa perjanjian (waadat) kesetiaan dan ketaatan yang diikat kukuh antara Sang Sapurba, mewakili golongan pemerintah dengan Demang Lebar Daun, mewakili golongan rakyat terburai. (Lihat intisari waadat, 1977, hal. 20). Keruntuhan moral raja dan pembesarpembesar Melaka ini memuncak apabila Sultan Mahmud membunuh Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid ", membunuh Seri Nara Diraja,Tun Hasan Temenggung dan Tun Ali Suami Tun Fatimah kerana mendengar fitnah oleh Kitul, Laksamana Khoja Hassan dan Raja Mendeliar, kononnya Bendahara hendak menderhaka dan tidak mahu sembahkan Tun Fatimah yang cantik kepada Sultan. Kematiannya disebut "Marhum Padang Saujana. Pengganti Tun Mutahir lemah. iaitu Bendahara Paduka. Umurnya tua dan tak hiraukan masalah petani mahupun peniaga yang datang. Dengan kematian Bendahara tersebut, negeri Melaka tidak mempunyai pembesar yang bijaksana yang dapat menjalankan pentadbiran negeri dengan baik dan cekap. Seterusnya ,Melaka berada dalam keadaan yang amat lemah.Sultan Mahmud sangat menyesal kerana membunuh Bendahara Seri Maharaja yang tidak bersalah.Ia turun takhta dan melarikan diri di Ulu Melaka. Melaka pula diperintah oleh Sultan Ahmad dan Bendahara Tepuk yang hanya gagah makan nasi. Dalam suasana Melaka yang daif itu dengan mudah sahaja Feringgi dapat mengalahkanya. Sejak mengalami kekalahan,Melaka kehilangan kusasa kesultanannya buat selama-lamanya.

Akibat daripada pertembungan dua anasir keji ini yakni kekayaan dan nafsu yang tidak terkawal, mewujudkan dendam yang tidak berkesudahan. Demikianlah dahsyatnya malapetaka yang diakibatkan oleh kekayaan dan nafsu seks yang tidak terkawal. Kejatuhan dan keruntuhan Pasai juga berpunca dari sikap buruk dan nila moral yang rendah oleh pembesar dan Sultan ketika itu. Contohnya Sultan Malikul Mansur yang tidak mempunyai kesabaran dan juga tidak mengikut nasihat menterinya Sayid Semayamuddin. Semasa Sultan Malikul Mahmud sedang berburu, Sultan Malikul Mansur datang ke Pasai dan mengambil seorang perempuan dari istana Pasai. Sultan Maikul Mahmud juga bertindak terburuburu. Baginda tidak menyiasat dengan sebaiknya dan terus memarahi Perdana Menteri Sayid Semayamuddin kerana menyangka tidak menahan perbuatan sumbang adindanya itu. Oleh kerana perasaan tidak puas hati dan marah, Sultan Malikul Mahmud sanggup melakukan kekejaman terhadap adiknya sendiri yang hanya mengambil seorang gundik.Baginda mengadakan majlis berkhatan anaknya Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan menjemput Sultan Malikul Mansur dan Perdana Menteri Samudera Sayid Semayamuddin. Sultan Malikul Mansur ditangkap dan dibuang ke negeri Temiang. Sementara Sayid Semayamuddin dibunuh, kepalanya dibuang ke laut, badannya disula di Kuala Pasai. Namun, akhirnya baginda berasa amat sesal.
Walau bagaimanapun, bak kata sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Baginda semakin hiba dan jatuh sakit. Baginda berwasiat agar puteranya Sultan Ahmad

Perumudal Perumal menjadi raja Pasai. Baginda telah meninggal dunia di atas makam Sayid Semayamuddin. Sultan Ahmad Perumal Perumal pada mulanya mengikut wasiat bapanya, namun, oleh kerana tidak sabar dan amat mengikut nafu, wasiat itu ditinggalkan. Sultan Ahmad Perumudal Perumal mempunyai nafsu terlampau kerana berahi akan anak daranya sendiri iaitu Tun Takiah Dara dan Tun Medan Peria. Bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku, Tun Beraim Bapa membawa dua adik perempuannya itu ke Tukas untuk tinggal bersamanya. Ini menyebabkan Sultan Ahmad semakin marah dan mahu merealisasikan nafsu serakahnya. Terdapat beberapa lagi perkara lain yang membangkitkan kemarahan Sultan Ahmad terhadap anaknya Tun Beraim Bapa. Perkara tersebut ialah gendang perang dari Tukas mengganggu tidur Sultan Ahmad di Pasai. Tun Beraim Bapa telah bergurau sakan dengan Tun Fatimah Lempau semasa berada di istana ayahnya di Pasai hingga istana Pasai bergoncang . Sultan Ahmad Perumudal Perumal tersedar dari tidur dan mengatur strategi agar Tun Beraim Bapa dibunuh. Antara strateginya ialah menyuruh Tun Beraim Bapa menyelam di Sungai Pasai dan menyuruh hulubalang menetak sekiranya timbul. Sultan Ahmad menyuruh Tun Beraim Bapa membuang batang yang melekat pada perahu Sultan Ahmad dan menyuruh Tun Beraim Bapa makan cucur peniaram beracun .Walau bagaimanapun ,kerana kesaktian dan kegagahan Tun Beraim Bapa, ia berjaya melepaskan diri. Namun Tun Beraim Bapa yang tidak mahu derhaka , telah makan cucur peniaram yang beracun itu lalu jatuh sakit dan akhirnya mati . Terdapat lagi Kejadian lain yang menonjolkan kezaliman Sultan Ahmad. Tuan Puteri Gemerencang menyukai Tun Abdul Jalil .Tetapi Sultan Ahmad cemburu mendengar hal itu lalu membunuh Tun Abdul Jalil. Tuan Puteri Gemerencang berasa sedih dan memohon pada allah agar karamkan ghurabnya di Jambu air supaya dia dapat bertemu dengan Tun Abdul Jalil. Doanya dimakmulkan Allah. Perihal Sultan Ahmad membunuh anaknya Tun Abdul Jalil diibaratkan sebagi badak makan anak.Ratu Majapahit mengerah pendekar-pendekar menyerang Pasai. Kematian Tun Beraim Bapa akibat dari perbuatan jahat Sultan Ahmad telah menyebabkan Pasai kalah. Sultan ahmad Perumudal Perumal lari ke Menduga.

You might also like