You are on page 1of 6

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PADA ZAMAN SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS Secara umum pendidikan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris

berbentuk tidak formal. Mengikut Sejarah Melayu pada kurun ke-15, 16 dan 17, orang-orang Melayu termasuk golongan istana pun pelajar agama Islam melalui guru-guru Quran di surausurau ataupun di masjid-masjid. Pengajaran agama Islam pada masa itu tidak dikenakan apa-apa bayaran dan hanya mengharapkan supaya murid-muridnya sentiasa member khidmat dan pertolongan kepada gurunya seperti memmersihkan halaman rumah, mengangkut air, membuat kerja sawah dan mengankut kayu api. Wilkinson (1953) di dalam bukunya Malay Custom dan Belief mengatakan imam-imam tidak dibayar sebarang gaji, sebaliknya ibu bapa membekalkan tikar bantal, periku dan beras untuk guru berkenaan. Pada peringkat yang lebih teratur, terdapat system pendidikan agama yang disebut sekolah pondok yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam atau tuan guru yang terkenal. Kebanyakan guru pondok mempunyai pengaruh yang kuat dan mereka mengajar secara sukarela. Dengan pertolongan orang kampuna, rumah untuk tuan guru dan pondok untuk murid-murid didirikan berdekatan antara satu sama lain. Tempat ataupun tanah bagi mendirikan pondok biasanya dimiliki oleh tuan guru,ataupun diwakafkan oleh orang-orang yang berkenaan. Keadaan di Tanah Melayu pada masa itu seperti di Negara-negara lain contohnya di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Di Negara-negara ini, paderi-paderi yang mengajar kanak-kanak berkenaan agama Kristian dibekalkan dengan kayu, gandum, oat, barli oleh ibu bapa. Manakala kanak-kanak akan menolong mengangkut air dan mencari kayu api untuk memasak.

Tiga era: (a) Sebelum Kedatangan British; (b) Sewaktu Pemerintahan British; (c) Selepas Kemerdekaan Malaysia. ERA PERTAMA: Sebelum Kedatangan British - Pendidikan Agama: Pengajian Al-Qur'an oleh guru-guru Al-Qur'an. Juga disampaikan oleh mereka berketurunan Sayyid. Guru agama=Imam di masjid/surau kampung. Pelajaran - Pengiraan, Menulis Jawi, Tajwid Al-Qur'anul Karim, Fardhu 'Ain, Rukun Islam, Rukun Iman. Tiga pelajaran sehari(1 jam setiap pelajaran). -Sebelah pagi (selepas sembahyang Subuh); Selepas sembahyang Zuhur; Sebelah petang (sehingga ke waktu Asar). Tiada bayaran. Para pelajar membantu kerja-kerja guru mereka, (bersihkan tempat belajar, mencari kayu api, mengerjakan sawah) di antara waktu senggang pembelajaran. Proses Pengajaran-Pembelajaran: - Ulangi perkataan-perkataan Arab di awal dan akhir bacaan AlQur'an; - Setelah mahir, gunakannya untuk membaca Al-Qur'an dan jadi imam dalam sembahyang. Sekolah-sekolah agama awal (sekolah pondok) - di Terengganu dan Kelantan (abad ke-18); Kedah, Perak, Kelantan, Pulau Pinang - (penghujung abad ke-19). Pendidikan Tak Formal - Belajar daripada ibu bapa dan mereka yang lebih tua; - Kemahiran membuat dan baiki alatan pertanian; kemahiran pertukangan; kemahiran seni silat dan juga sihir. Pendidikan Istana - Pendidikan Islam di istana, dipelajari oleh sultan dan para kerabat diraja; - Pelajaran: * Terjemahan buku-buku bahasa Arab - bahasa Melayu (guna tulisan Jawi); * Bahasa Arab; * Bahasa pengantar-Bahasa Melayu. Penglipur Lara - Penyampaian cerita-cerita rakyat oleh tukang cerita (Tok Selampit, Awang Batil, Tukang Karut dan Pawang Ana); - Bentuk lisan; - Cerita-cerita legenda dan dongeng: Penyerapan nilai-nilai murni kepada para pendengarnya.
-

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA Kronologi Sejarah Sistem Pendidikan Di Malaysia:

SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS Sistem pendidikan pondok di Tanah Melayu bermula sejak awal kurun ke 19 atau akhir kurun ke 18 dengan pengaruh yang dibawa dari Patani, Sumatera, Jawa dan Acheh. Kaedah pengajarannya adalah mengikut kaedah yang dijalankan di Masjidil Haram di Mekah. Pendidikan tak formal dipercayai berkembang bersama-sama dengan penyebaran agama Islam di TM dan kepulauan Melayu pada abad 14. Pedagang-pedagang Arab Islam telah menyebarkan ke kawasan Asia Tenggara dan merupakan pelopor usaha pendidikan tak formal dengan cara membina sekolah-sekolah pondok di negeri Perlis, Kedah, Terengganu, Kedah dan Brunei. Antara ciri-ciri pengajian pondok ialah pengajian agama biasa diadakan di surau atau masjid pada waktu malam dengan dihadiri oleh orang dewasa lelaki dan perempuan. Pondok adalah sistem pengajian yang lebih sistematik. Didirikan atas usaha alim ulama dan masyarakat tempatan. Berhampiran adalah rumah tuan guru dan asrama pelajar. Lokasi pondok sering ditemui di kawasan berhampiran pantai dan sungai. Dibina daripada papan dan daun nipah atau rumbia dan kumudahan kelas hanya terdiri daripada papan (slate) dan galam. Meja dan bangku dibuat sendiri oleh pelajar. Pelajarpelajar menjalankan kerja seperti bertani, menangkap ikan, mencari kayu api, mengangkat air bagi membantu tuan guru menyara kehidupan mereka. Perkembangan pengajian pondok merujuk kepada Tanah Melayu, Kelantan dipercayai di antara negeri yang mula-mula mewujudkan sistem pondok. Pondok pertama yang didirikan di Kelantan ialah pada tahun 1820 M oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah (Tok Pulai Chondong) Selain dari pondok Pulai Chondong yang didirikan di Kelantan sebelum 1910 ialah Pondok Tok Bachok pada tahun 1900, Pondok Haji Abdul Malik Tumpat pada tahun 1907, Pondok Haji Yusuf Pulau Ubi, Geting Tumpat tahun 1908, Pondok Kubang Pasu Kota Bharu pada 1900, Pondok Sungai Budor, Pondok Kampung Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semian yang diasaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Tabal. Sistem ini mula berkembang pesat pada tahun 1909 sehingga Perang Dunia Kedua. Antara tahun 1910 hingga 1045 M boleh dikatakan zaman keemasan dalam perkembangan pengajian pondok di Kelantan.Pondok pada masa itu telah mencapai kemajuan yang gemilang dengan lahirnya ulama-ulama terkenal yang mengharumkan nama negari kelantan. Ada sesetengah pondok pada masa itu mempunyai penuntut lebih dari seribu orang. Pada sekitar tahun 1900, Pendidikan pondok telah mendapat persaingan dari sekolah berbentuk sekular yang ditaja oleh British. Sekolah sekular ini telah dibina di Kota Bharu pada tahun 1904. British telah menggunakan berbagai cara untuk menarik minat rakyat ketika itu kepada sekolah sekular. Antaranya dengan mengatakan sekolah berbentuk pondok itu adalah primitif kerana mata pelajarannya tidak sama dengan sekolah Inggeris.

Walau bagaimanapun, usaha-usaha British tidak begitu berjaya. Walaupun pada tahun 1950 1970 an, sistem pondok masih mendapat sambutan dari orang ramai, akan tetapi pada hakikatnya selepas tahun 1945, ia merupakan zaman kemalapan dalam sistem pengajian pondok. Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa selepas kedatangan Jepun, pengaruh pondok telah mengalami kemerosotan sedikit demi sedikit. Keadaan ini semakin berterusan hingga setelah negara mencapai kemerdekaan. Antara sebab utama yang membawa kemunduran institusi pondok ialah telah timbul perubahan-perubahan di dalam perkembangan pendidikan Islam di Kelantan. Ini kerana pada masa itu telah muncul sekolah-sekolah Agama (Arab) Majlis Agama Islam (MAIK), sekarang telah diambil alih oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar di bawah Kerajaan Negeri yang lebih teratur dan selesa daripada pondok. Pendidikan pondok banyak memberi sumbangan besar kepada sistem pendidikan terutamanya di Malaysia. Antaranya ialah dalam sejarah pendidikan Islam di Malaysia, Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan perkembangan pendidikan yang pesat yang telah melahirkan ulama-ulama yang berwibawa. Contohnya di Kelantan, para pemimpin negeri atau peringkat kawasan kebanyakan pemimpin daripada para ahli ulama. Maka dengan ini penerapan nilai murni dari segi rohani dan jasmani dapat diterapkan terus kepada rakyatnya. Seterusnya juga, sistem pengajian ini dapat melahirkan para pelajar yang berakhlak mulia dan berdisiplin dalam tatacara hidupan hariannya. Institusi pengajian agama yang amat disanjung tinggi oleh ibu bapa di samping mereka menaruh kepercayaan penuh kepada sistem ini kerana pelajar lepasan pondok amat dihormati dan mereka adalah alim ulama yang akan membimbing masyarakat. Institusi ini juga telah melahirkan ramai cerdik pandai yang terkenal di rantau ini

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 1990 ) ABSTRAK Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan. Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Lantaran itu kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia timbul bahawa betapa mustahaknya satu bentuk sistem pendidikan mengikut acuan kita sendiri. Maka dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) menjadi asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan 1976. Kertas kerja ini akan melihat evolusi sistem pendidikan kebangsaan yang sentiasa berubah dari awal hingga kini dan terjelmanya Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat. Sehubungan dengan itu seharusnya kita menyorot kembali sejarah perkembangan pendidikan di zaman silam, zaman penjajahan British, sebelum merdeka dan selepas merdeka. Akhirnya akan membawa kepada satu isu bersangkutan perlaksanaan dasar yang terbaru untuk dibicarakan dalam kertas ini iaitu pelajar-pelajar yang lulus PMR dengan sekurangkurangnya mendapat

Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan sekolah pondok. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu.

Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal.

You might also like