You are on page 1of 10

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN UNIT 1 TAJUK Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah pembangunan insan dan negara

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini menerangkan perkembangan pendidikan di Malaysia dari era sebelum Penjajahan Inggeris sehingga era selepas kemerdekaan dan seterusnya ke era milenium. 1. Sebelum Penjajahan Inggeris, ibubapa berperanan sebagai pendidik. Anak-anak lelaki dididik untuk menjadi ketua keluarga dengan membantu bapanya menjalankan kegiatan ekonomi keluarga manakala anak-anak perempuan dididik dan diasur dengan perkaraperkara berkaitan rumah tangga dengan membantu ibunya. 2. Semasa Penjajahan Inggeris, sekolah vernakular (Melayu, Cina dan Tamil) ditubuhkan. Semasa Perang Dunia Kedua, sekolah Nihongo dibuka oleh tentera Jepun dengan ajaran Jepun. 3. Sebelum Kemerdekaan, para pemimpin tempatan dan ahli politik membuat pelbagai persiapan ke arah sebuah negara merdeka. Jawatankuasa Pelajaran 1956 diketuai oleh Abdul Razak Hussein dan mengeluarkan Penyata Razak 1956. 4. Selepas Kemerdekaan, Jawatankuasa Rahman Talib dibentuk. Perpaduan kaum menjadi agenda utama. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Pendidikan percuma diberi untuk membasmi buta huruf. 1974, Jawatankuasa Kabinet diketuai oleh Mahathir Mohammed menegaskan 3M. 5. Era milenium, ICT menjadi agenda penting. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya 1. 2. 3. 4. Konsep Pendidikan sebelum Penjajahan Inggeris Pendidikan semasa Penjajahan Inggeris Pendidikan Era sebelum kemerdekaan Pendidikan Era selepas kemerdekaan Penjelasan Pendidikan tradisional yang bercorak warisan turun temurun melibatkan perkara-perkara budaya dan warisan. Pendidikan bebas. Sekolah vernakular (Melayu, Cina dan Tamil) ditubuhkan berasaskan etnik masing-masing. Pendidikan yang menyatukan budak-budak semua bangsa dengan satu peraturan pelajaran dan menggunakan bahasa kebangsaan. Pendidikan percuma. Sistem peperiksaan disamakan untuk memupuk perpaduan rakyat. Sistem pelajaran yang memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Pendidikan bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik. Penekanan kepada ICT dipentingkan.

5. Pendidikan Era Milenium

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang perkembangan pendidikan di Malaysia dan usaha tokoh-tokoh untuk menggubal sistem pendidikan supaya sesuai untuk negara berdaulat. Saya telah memahami lebih mendalam tentang pembangunan pendidikan sejak dulu sehingga sekarang. Didapati pendidikan adalah penting untuk melahirkan warganegara yang berpengetahuan, berketrampilan, berahklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri hingga seterusnya dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Sungguhpun negara kita berbilang kaum tetapi perpaduan rakyat diutamakan. Pelaksanaan pendidikan di negara kita amat berjaya disebabkan pembangunan insan telah menjadikan semua rakyat hidup dalam keadaan harmoni.

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN UNIT 2 TAJUK Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan penghayatan

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini menerangkan definisi, proses dan matlamat pendidikan di Malaysia dan elemenelemen dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1. Falsafah bermaksud mencintai kebijaksanaan atau kehikmahan. 2. Falsafah Pendidikan merupakan panduan terhadap perkara-perkara yang berhubung kait dengan pendidikan. 3. Cabang Falsafah iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. 4. Falsafah Umum Barat dibahagikan kepada aliran tradisional (idealisme dan realisme) dan aliran moden (pragmalisme dan eksistensialisme). 5. Falsafah Pendidikan Barat dibahagikan kepada aliran tradisional (perenialisme dan esensialisme) dan aliran moden (progresivisme dan rekonstruksionisme). 6. Falsafah Islam menjadikan ilmu wahyu sebagai sumber utamanya kerana keterbatasan kemampuan akal manusia. 7. Falsafah Pendidikan Islam berasaskan al-Quran. 8. Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, merealisasikan perpaduan kaum dan menghapuskan kemiskinan. 9. Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah panduan bagi semua aktiviti pendidikan. 10. Rakyat Malaysia yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara dengan mengamalkann sikap toleransi, saling hormatmenghormati dan bekerjasama bagi mencapai perpaduan, kesejahteraan dan kestabilan negara. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya Konsep 1. metafizik 2. epistemologi 3. aksiologi 4. eksistensialisme 5. rekonstruksionisme Penjelasan Persoalan-persoalan yang tidak dapat diselesaikan secara saintifik tentang hakikat realiti, kehidupan dan kewujudan tuhan yang ada. Teori ilmu pengetahuan yang merangkumi ilmu wahyu, ilmu empirikal, ilmu intuitif, ilmu autoritatif dan ilmu rasional, terutamanya kajian kritis. Teori nilai yang dibahagikan kepada nilai etika (nilai moral, tingkah laku dan adat) dan nilai estetika (keindahan dan kesenian). Mazhab dalam aliran moden yang mementingkan pengalaman dengan persekitaran. Mazhab ini memberi perhatian terhadap pembentukan semula masyarakat untuk perubahan dan reformasi sosial supaya mengenalpasti masalah dan mahir mengatasikannya.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selepas memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan, saya akan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sedaya upaya supaya hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai. Guru harus memperkembangkan potensi murid dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani sedangkan negara memerlukan rakyat Malaysia sihat, berkemahiran dan cergas tubuh badan untuk terus membangunkan negara dan bersaing di peringkat global.

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN UNIT 3 TAJUK Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan amalan profesion keguruan

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini merangkumi pemikiran dan amalan dalam profesion keguruan dalam Falsafah Pendidikan Guru termasuk pengetahuan, ketrampilan dan sahsiah guru. Guru diumpamakan sebagai lilin yang sedang menyala kerana pengorbanan terhadap murid-muridnya. Kaedah dan gaya pengajaran guru menjadi ilmu penting yang dilihat sebagai faktor utama mempengaruhi pengajaran berkesan. 1. Perguruan ialah proses menyediakan guru manakala keguruan ialah keadaan alam pekerjaan guru itu sendiri. 2. Pembinaan dan perkembangan profesionalisme perguruan yang merangkumi komponen ikhtisas, komponen akademik dan komponen perkembangan diri amat penting. 3. Kursus dalam perkhidmatan adalah program yang menyediakan latihan keguruan kepada guru-guru terlatih yang bermatlamat meningkatkan akademik den memantapkan profesionalisme keguruan. 4. Huraian kandungan Falsafah Pendidikan Guru yang mudah difahami. 5. Dimensi pendidikan guru ialah ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri. 6. Komponen pendidikan guru adalah ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai. 7. Standard Guru Malaysia merupakan piawaian yang menggariskan kompetensi profesional dan keperluan bagi membantu guru-guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya Konsep 1. Standard Guru Malaysia (SGM) 2. kompetensi 3. komponen ikhtisas 4. komponen akademik 5. Falsafah Pendidikan Guru Malaysia (FPG) Penjelasan Suatu piawaian yang ditetapkan untuk mengenalpasti tahap kompetensi profesional guru-guru di Malaysia. Keupayaan dan kecekapan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Komponen membina kemahiran,sikap dan pengetahuan asas menerusi kajian tindakan. Membina pengetahuan kandungan mata pelajaran untuk membantu perkembangan seseorang murid. Satu panduan ke arah pembentukan profesionalisme keguruan di Malaysia. Halatuju dalam pembinaan watak guru dari segi pemikiran dan amalan.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang ciri-ciri kualiti dan kompetensi yang perlu ada pada seorang guru. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untuk menyesuaikan diri supaya menjadi guru yang berkualiti untuk mendidik murid.Oleh itu saya akan menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan sedaya upaya sama ada meluangkan masa lebih untuk menyediakannya supaya memperbaiki kelemahan saya yang sedia ada.

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN UNIT 4 TAJUK Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini menerangkan dasar dan konteksnya dengan pendidikan, tujuan dasar-dasar pendidikan dan penilaian dasar pendidikan negara. 1. Tujuan utama dasar-dasar digubal ialah kawalan, penyelesaian masalah, kebajikan atau perkhidmatan dan inovasi yang bematlamat keharmonian , keadilan penambahbaikan dan pemantapan. 2. Dasar-dasar dalam perkembangan pendidikan di Malaysia, iaitu a) Dasar Pengekalan Warisan dalam Pendidikan Tradisional Melayu yang bertujuan untuk mengembangkan Warisan Melayu dalam bentuk yang halus. b) Dasar Peminggiran Pendidikan (1511-1800) lebih memberi tumpuan terhadap aspek ekonomi dan perkembangan agama Kristian. c) Dasar Polarisasi Pendidikan (1800-1957) membolehkan Inggeris terus menguasai pentadbiran dan ekonomi Tanah Melayu bertujuan supaya rakyat tidak bersatudan penentangan dapat dihindarkan. d) Dasar Reformasi Pendidikan (1957-1979) adalah ke arah kebangsaan dan perpaduan. e) Dasar Inovatif Pendidikan (1980-1990) mengubah kurikulum kebangsaan yang bersifat menyeluruh dan bersepadu yang beridentitikan Malaysia. KBSR dan KBSM diperkenalkan. f) Dasar Libralisasi Pendidikan (1990-2000), bahasa pengantar Cina dan Tamil dijamin kewujudan. g) Dasar Globalisasi Pendidikan (2000-2020) bertujuan melahirkan warganegara kelas pertama dan memacu kemajuan negara ke arah 2020. 3. Dasar-dasar dan hala laju pendidikan di Malaysia mengikut era ditentukan oleh kerajaan. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya Konsep 1. dasar 2. liberalisasi 3. polarisasi 4. sentralisasi 5. holistik Penjelasan Rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk sesuatu keputusan. Proses membebaskan diri daripada sekatan politik dan moral. Keadaan terdapatnya atau proses berlakunya dua pihak (prinsip, kecenderungan atau pendapat) yang bertentangan sama sekali. Perihal menyerahkan atau meletakkan kekuasan pemerintahan kepada pihak berkuasa pusat. Bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspekaspek tertentu sahaja.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang dasar-dasar dan hala laju pendidikan di Malaysia. Didapati proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik demi mencapai matlamatnya. Pelaksanaan dasar melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yang pakar dan bilangan yang ramai. Oleh itu, sebagai pelaksana perlu akur dengan dasar yang telah dibuat.

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN UNIT 5 TAJUK Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini menerangkan tentang rancangan pembangunan pendidikan di Malaysia. 1. Penyata Razak 1956 membangunkan sistem pendidikan sendiri dan memastikan kestabilan negara merdeka yang berbilang kaum. 2. Penubuhan jawatankuasa untuk mengkaji sistem persekolahan a) Laporan Barnes (1951) untuk menyemak kedudukan pendidikan orang Melayu. b) Lporan Fenn-Wu (1951) untuk melayan tuntutan kaum Cina yang merasakan penggunaan bahasa ibunda mereka tergugat. c) Ordinan Pelajaran (1952) yang mencadangkan penggunaan dua jenis bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. d) Laporan Razak (1956) bertujuan pembentukan perpaduan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta penggunaan kurikulum, sukatan dan peperiksaan yang sama. e) Jawatankuasa Rahman Talib (1960) bertujuan mengkaji semula syor-syor yang dicadangkan dalam Laporan Razak. 3. Selepas penubuhan Malaysia, rancangan pembangunan negara lima tahun dikenali Rancangan Malaysia. 4. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan diwujudkan untuk mencapai wawasan negara menjelang tahun 2020. Terdapat enam teras strategik dikenal pasti oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkukuh sistem pendidikan negara. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya Konsep 1. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2. Membina Negara Bangsa 3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan 4. Memartabatkan Profesion Keguruan 5. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan Penjelasan Perancangan pembangunan pendidikan yang merupakan pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang terdahulu yang bermatlamat untuk membangunkan modal insan dan memupuk minda kelas pertama. Membangunkan warganegara yang memperkasakan bahasa Melayu, berdisiplin, berbudi bahasa, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMIUP) dan aktiviti kokurikulum dan sukan. Melengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik, air bersih dan kemudahan ICT serta guru terlatih supaya menjadi pilihan utama masyarakat. Usaha bagi memastikan profesion sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. Dilakukan dengan cara kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik dan sukan atau bidang-bidang khusus.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia. Didapati pendidikan di Malaysia bersifat dinamis dan sentiasa berkembang pesat. Pelbagai perkara dilaksanakan melalui rancangan pembangunan negara bagi membekalkan modal insan yang mahir dan berpengetahuan yang mampu bersaing dan mendapat pengiktirafan di peringkat global kesan daripada dasar keterbukaan yang lebih komprehensif.

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN UNIT 6 TAJUK Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini menerangkan tentang kurikulum sebagai wahana menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1. Kurikulum Kebangsaan ialah program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi untuk mempertingkatkan nilai moral. 2. Elemen-elemen bagi kurikulum dilaksanakan menerusi pendekatan, kaedah, strategik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 3. Jenis kurikulum dalam sistem pendidikan Malaysia meliputi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. 4. Struktur dan prinsip kurikulum kebangsaan: a) Pra sekolah (setahun) dirancang untuk kemahiran komunikasi demi persediaan sosialisasi pendidikan rendah. b) KBSR (6 tahun) dirancang untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dalam bidang tugas asas. c) KBSM (5 tahun) dirancang untuk mengembangkan potensi individu demi melahirkan insan berakhlak mulia. 5. Kurikulum Standard Sekolah Rendah memberi fokus terhadap 4 kemahiran (membaca, menulis, mengira dan manaakul). Kemahiran menaakul diperlu supaya murid mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya Konsep 1. kurikulum 2. Kurikulum Kebangsaan Penjelasan Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah. Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta untuk menanam dan mempertingkatkan moral yang diingini dan menyampaikan pengetahuan. Kurikulum yang tersurat dan berfokus kepada matlamat, objektif dan struktur pengajaran. kurikulum yang melibatkan interaksi sosial-psikologikal (perasaan, sikap dan tingkah laku) antara murid dengan guru seperti kokurikulum (bertujuan berbentuk personaliti dan sahsiah) dan kurikulum tersembunyi (kemahiran generik melalui teknik infusi). Kurikulum terkini yang menggantikan KBSR untuk mencapai objektif untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi.

3. kurikulum formal 4. kurikulum tidak formal 5. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang kurikulum. Didapati kurikulum kebangsaan memberi kelebihan dari segi perancangan, pelaksanaan, kawalan, agihan dan penilaian kerana bersifat senterasasi. Guru harus melaksanakan KSSR dengan menggunakan pendekatan didik-hibur untuk menimbulkan minat belajar dan suasana menyeronokkan murid.

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN UNIT 7 TAJUK Reka bentuk kurikulum di Malaysia

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini menerangkan tentang reka bentuk kurikulum di Malaysia. 1. Peranan pendidik dalam perkembangan kurikulum iaitu perancang, pelaksana dan penilai demi membolehkan murid mempelajari ilmu, kemahiran, nilai dan budaya. 2. Prinsip dan model perkembangan kurikulum (Model Tyler) terlibat empat langkah: i) Menentukan matlamat dan objektif. ii) Memilih pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran bagi mencapai matlamat dan objektif. iii) Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran perlu disusun secara sistematik. iv) Hasil menggunakan kurikulum perlu dinilai bagi menentukan pencapaian objektif. 3. Prinsip penyusunan kandungan dalam reka bentuk kurikulum dipilih dengan susunan a) Kesinambungan d) Litupan b) Ketertiban e) Imbangan c) Kesepaduan 4. Kelemahan Model Tyler adalah terlalu tertakluk kepada objektif, terlalu linear dan terlalu terbuka. 5. Pola dan orientasi reka bentuk kurikulum berpusatkan akademik, pelajar dan masalah. 6. Model penilaian kurikulum CIPP merangkumi peringkat penilaian konteks, input, proses dan produk. 7. Pengaruh perspektif terhadap ilmu, perpektif objektif melaksanakan kaedah deduktif dalam pengajaran manakala perspektif konstruktivis melaksanakan kaedah induktif. 8. Perbandingan amalan dalam teori pembelajaran Behavioris, Kognitivis dan Humanis. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya Konsep 1. Prinsip Kesinambungan Kandungan 2. Prinsip Ketertiban Kandungan 3. Prinsip Kesepaduan Kandungan 4. Prinsip Litupan Kandungan 5. Prinsip Imbangan Kandungan Penjelasan Suatu kurikulum yang mempunyai kesinambungan dengan peringkat paling asas dan seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikannya untuk meneroka pada tahap yang lebih tinggi. Prinsip menyarankan pembelajaran yang berturutan dengan pengalaman lepas supaya murid mempelajari lebih mendalam. Prinsip menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan supaya pembelajaran lebih bermakna dan mendalam. Garapan keluasan dan kedalaman kandungan yang berkaitan tahap pendidikan supaya murid menguasaikannya mengikut tahap-tahap pendidikan dan kognitif. Prinsip yang merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesecocokan kandungan dengan masa pembelajaran.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang reka bentuk kurikulum di Malaysia. Didapati hasil kurikulum yang digubal membentuk kualiti akhir murid. Tugas pendidik adalah menentukan pengajaran dan matlamat selaras dengan falsafah, misi, visi dan amalan yang dipilih dan memaksimumkan koherens serta kesan positif dari kurikulum tersembunyi. Disedari guru berperanan penyampaian dan pemudahcaranya dalam pengajaran dan pembelajaran.

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN UNIT 8 TAJUK Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini menerangkan tentang penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan. 1. Kurikulum kebangsaan dikenali sebagai kurikulum rasmi negara yang mengandungi ciri-ciri idea yang dilaksanakan di Malaysia. 2. Kurikulum sekolah: i) bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala pengajaran dan pembelajaran. ii) bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum) 3. Peranan kurikulum kebangsaan ialah menghubungkan pendidikan dengan matlamat. 4. Penterjemahan kurikulum kebangsaan merupakan satu siri yang meliputi proses yang melibatkan empat kompenen yang berantai. i) asas pertimbangan pembinaan kurikulum ii) peringkat pelaksanaan kurikulum iii) amalan kurikulum bilik darjah iv) hasil pelaksanaan kurikulum 5. Matlamat dan objektif kurikulum mulai sejak lahir hingga lepas sekolah menengah meliputi domain kognitif, afektif dan psikomotor. 6. Hasil pembelajaran dinyatakan dengan kriteria menulis objektif pengajaran yang betul, penyusunan kandungan kurikulum sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran, tranformasi sukatan pelajaran kepada rancangan pengajaran tahunan, pengetahuan deklaratif dan prosedur, kriteria memilih kandungan kurikulum dan penglibatan guru. 7. Penyediaan RPH penting untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya Konsep 1. asas pertimbangan pembinaan kurikulum 2. peringkat pelaksanaan kurikulum 3. amalan kurikulum bilik darjah 4. hasil pelaksanaan kurikulum 5. Pengetahuan deklaratif Penjelasan Komponen yang meliputi pembangunan negara, perkembangan individu, teori pembelajaran, falsafah pendidikan kebangsaan dan empat rukun pendidikan. Komponen yang meliputi komponen mata pelajaran wajib dan program-program khas seperti pemupukan patriotisme dan pendidikan alam sekitar. Komponen yang meliputi strategik pengajaran dan pembelajaran dan penilaian. Komponen yang merangkumi pembangunan insan dan pembangunan negara. Intipati yang mengandungi fakta, konsep, prinsip, teori dan generalisasi serta ditegaskan menerusi Jadual Spesifikasi Kandungan.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan. Didapati pentingnya guru menyediakan rancangan pengajaran demi memaksimumkan keupayaan murid untuk beroleh pengetahuan. Unit ini menyedarkan saya bahawa pengetahuan deklaratif dan prosedural saling berkaitan dalam kandungan kurikulum.

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN UNIT 9 TAJUK Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini menerangkan tentang etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia. 1. Ciri-ciri guru profesional: i) bersemangat tinggi dalam perkhidmatan ii) bermatlamat yang jelas iii) berkemahiran mengurus bilik darjah iv) berkebolehan komunikasi yang baik v) jangkaan yang tinggi terhadap murid vi) berupaya memberi yang terbaik vii) pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam viii) hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan majikan 2. Etika profesionalisme keguruan ialah garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap, produktiviti dan displin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap aspek peraturan, peradaban, peranan nilai dan tingkah laku profesion dalam masyarakat. 3. Nilai-nilai utama kerja dalam perkhidmatan awam merupakan aspek intrinsik yang memantapkan kualiti organisasi dan perkhidmatn keguruan. 4. Etika kerja kementerian pelajaran Malaysia: i) niat yang betul ii) perlakuan yang baik iii) berdisplin dan beradab iv) penggerak ke arah kebaikan v) memperkota apa yang dikatakan vi) menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi 5. Kod etika profesionalisme dan tatasusila profesion serta akauntabiliti keguruan Malaysia untuk pastikan guru melaksanakan tugas sempurna. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya Konsep 1. Etika 2. Kod etika profesionalisme keguruan 3. tatasusila profesion 4. Akauntabiliti keguruan 5. Tunggak dua belas dalam perkhidmatan pendidikan Penjelasan Suatu sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku dan bersusilaan. Suatu garis panduan untuk bertingkah laku dan bertatasusila dalam profesion keguruan. Tanggungjawab profesion guru terhadap murid, ibubapa, masyarakat dan negara dan rakan sejawat dan profesion perguruan. Mengenai displin dan keperluan untuk memberi justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap keputusan yang dilaksanakan oleh seseorang guru. Penjelasan mengenai konsep nilai, norma dan etika dalam kehidupan manusia dan perlu menjadi amalan semua peringkat kakitangan awam disemua peringkat organisasi.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia. Dasar kerajaan mengharmonikan perjalanan kerja guru melalui etika amat berkesan. Didapati tatasusila profesion adalah panduan untuk membolehkan guru menyempurnakan profesion. Kesedaran kepada akauntabiliti menjadikan guru lebih bertanggungjawab.

REFLEKSI TAJUK PELAJARAN UNIT 10 TAJUK Akta Pendidikan 1996

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini menerangkan tentang Akta Pendidikan 1996. 1. Asas pembentukan Akta Pendidikan 1996, Penyata Razak 1956 menjadi asas kepada penggubalan Ordinan Pelajaran 1957 merupakan titik tolak kepada perkembangan dasar pendidik kebangsaan Tanah Melayu. Laporan Rahman Talib 1960 memungkinkan pembentukan Akta Pelajaran 1961 yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan sama diikuti oleh semua murid. Kemunculan alaf ke 21 memperlihatkan persaingan di peringkat antarabangsa mendokong pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan wujud pada 1989. Penetapan Wawasan 2020 sebagai matlamat negara menjadi negara maju, sitem pendidikan diperkemaskan dengan penggubalan beberapa Akta Pendidikan pada dekad 1990an. Salah satu daripadanya ialah Akta Pendidikan 1996. 2. Kandungan Akta Pendidikan 1996: a) Sistem Pendidikan Kebangsaan d) Pendidikan Menengah b) Pendidikan Prasekolah e) Pendidikan Lepas Menengah c) Pendidikan Rendah f ) Pendidikan Khas 3. Implikasi penting Akta Pendidikan 1996: i) Pendidikan Prasekolah ii) Pendidikan Rendah iii) Peruntukan Kuasa Menteri Pelajaran 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam tajuk ini dan berikan penjelasannya Konsep 1. Sistem Pendidikan Kebangsaan 2. Akta Pendidikan 1996 3. Akta Pendidikan 1996 Penjelasan Terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Satu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara Malaysia Peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan satu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saingn tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. Mengakui ilmu itu adalah penentu arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.

4. Akta Pendidikan 1996

5. Akta Pendidikan 1996

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang Akta Pendidikan 1996. Didapati Akta Pendidikan 1996 telah memastikan perkembangan pendidikan di Malaysia sentisa dinamik. Pendidikan guru diperkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan program pendidikan guru secara berkembar. Dengan kelancaran perkembangan pendidikan Wawasan 2020 pasti akan dicapai pada masa itu.

You might also like