You are on page 1of 1

PANDANG SERIUS ANCAMAN DALAMAN

Oleh AMIR SARIFUDIN


(wartawan utusan)

pada hakikatnya, sebelum merdeka dan selepas merdeka hinggalah ke hari ini, pelbagai
bentuk ancaman telah dilalui pasukan keselamatan kita. Namun, ancaman sebenar ialah
yang datang atau diwujudkan oleh pihak tertentu dari dalam negara sendiri.

Mungkin perkara ini kita tidak perasan, tetapi hakikatnya ancaman dari dalam telah wujud
silih berganti. Ancaman dalaman boleh dikategorikan secara meluas sama ada yang
berbentuk agresif, bersifat kritikan tidak membina, berniat jahat, menyentuh perasaan kaum
lain, menyentuh sentimen agama dan banyak lagi.

Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral
Datuk Mohd. Salleh Ismail berkata, ancaman dalaman sentiasa silih berganti dan boleh wujud
dalam pelbagai bentuk. "Isu-isu semasa yang menyentuh perasaan kaum dan agama, isu
politik semasa dan banyak lagi, semua ini boleh dianggap sebagai ancaman dalaman.

"Jika ancaman-ancaman dalaman ini berterusan berlaku, ia boleh menyebabkan


ketidakstabilan negara. Sudah tiba masanya rakyat sedar dan menolak bentuk-bentuk
ancaman dalaman ini kerana ia sebenarnya memusnahkan erti kemerdekaan dan
keharmonian yang telah sekian lama wujud di negara ini," katanya.

Ancaman-ancaman dalaman boleh wujud melalui tindakan provokatif, menyentuh sentimen


kaum, kritikan ahli politik dengan agenda tersembunyi, tuntutan melampau pihak tertentu,
rusuhan dan kekacauan jalanan.

Yang pasti, apa jua bentuk tindakan menyalahi undang-undang dan menggugat keselamatan
boleh dianggap sebagai ancaman. Ini kerana semua itu sebenarnya bukan cara penyelesaian
terbaik yang mengikut undang-undang sebaliknya lebih kepada mewujudkan ketidakstabilan.

Dalam hal ini, kita seharusnya memahami apa sebenarnya maksud kebebasan bersuara.
Dalam negara Malaysia yang majmuk ini, kebebasan bersuara tidaklah boleh disamakan
dengan kebebasan tanpa batas yang diamalkan oleh negara-negara Barat.

Memang benar kita boleh bersuara tetapi hendaklah secara berhemah, tidak menyentuh
sentimen agama dan kaum lain. Keadaan dan perkembangan tidak sihat ini seharusnya
dihentikan. Untuk itu, mana-mana ancaman dalaman hendaklah disekat dan ditangani
dengan tegas oleh pihak berkuasa.

Mohd. Salleh berkata, kebebasan tanpa batasan yang membawa kepada ancaman dalaman.

"Jika keadaan sudah tidak dapat dikawal ekoran ancaman dalaman, memang sukar untuk
kita wujudkan semula keselamatan.

"Bila ini berlaku, kita kena bermula dari awal seperti mahu mewujudkan satu kemerdekaan
baru untuk mengembalikan keyakinan semua kaum dan mewujudkan keharmonian," katanya.

UTUSAN MALAYSIA 22/10/2008

You might also like