You are on page 1of 2

UNIT

Fokus

BERLARI
MASA

Berkebolehan melakukan kemahiran berlari dengan betul. Standard Pembelajaran 1.2.1 2.1.4 5.2.1 5.2.2

30 MINIT

Melakukan pergerakan berlari. Mengenal pasti arah pergerakan kiri, kanan, hadapan, belakang, atas dan bawah. Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam Pendidikan Jasmani. Menerima cabaran, kemenangan dan kekalahan dalam permainan. Cadangan Aktiviti

Memanaskan badan Penyampaian standard pembelajaran Permainan kecil atau persembahan Menyejukkan badan Pentaksiran

ALATAN Tilam, skital dan bangku panjang.

Aktiviti 1 : Berlari Bebas 1. Berlari bebas dalam pelbagai arah dan kepantasan dalam kawasan yang di hadkan. 2. Meniru larian seperti burung terbang, kapal terbang dan aksi memandu kereta.

Aktiviti 2 : Berlari Dengan Pelbagai Cara 1. Berlari anak. 2. Berlari lutut tinggi. 3. Berlari langkah panjang.

Aktiviti 3 : Berlari Pelbagai Arah 1. Berlari ke hadapan. 2. Berlari undur.


TIP UNTUK GURU Terdapat fasa kedua-dua kaki tidak menyentuh permukaan semasa berlari. Berlari di atas bebola kaki. Sendi siku difleksi.

Permainan Kecil: Berlari Melepasi Pelbagai Halangan 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan akan berlari dengan secepat mungkin melepasi halanganhalangan yang dibina. 3. Setelah selesai, murid tersebut akan mencuit rakan sepasukannya bagi melakukan larian seterusnya. 4. Pemenang adalah kumpulan yang paling awal menghabiskan larian ini.
Tilam

Skital

Bangku panjang

Murid

TIP UNTUK MURID


Lakukan pergerakan mengikut arahan yang diberi. Bunyikan suara mengikut aktiviti yang dilakukan. Elakkan perlanggaran.

You might also like