You are on page 1of 17

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA,103, JALAN TEMPLER

46700 PETALING JAYA,


SELANGOR DARUL EHSAN

Tajuk: Pendidikan, latihan dan maklumat koperasi

Disediakan untuk:

ENCIK syamsul khairi

Ahli kumpulan :

MOHD FAIZOL BIN HASAN


FATIN HAFIZAH BINTI MOHAMMAD SUKRI
HAMSYINUR BINTI YUSOF
NORZIYANA BINTI ABDUL RAHMAN
Nurul badriah binti zulkifle
Raja hamimah binti raja hamid
Rohaya binti abdul hamid
ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA M/S


1. SENARAI NAMA AHLI I
2. BIODATA AHLI ii/iii
3. SEKAPUR SIREH 1
4. MKM SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN 2-3
KOPERASI
5. KEPENTINGAN PENDIDIKAN, LATIHAN 4-8
DAN MAKLUMAT DALAM KOPERASI
6. DIPLOMA PENGURUSAN KOPERASI DI 9
MKM
7. IJAZAH SARJANA MUDA 10-11
PENTADBIRAN PERNIAGAAN-
PENGKHUSUSAN PENGURUSAN
KOPERASI

6. BIBILIOGRAFI 12
AHLI KUMPULAN

BIL. NAMA I/C NO MATRIKS


1. MOHD FAIZOL BIN HASAN 870121-10-5791 D0008060012F
2. FATIN HAFIZAH BINTI 900126-14-5752 D0008060055F
MOHAMMAD SUKRI
3. HAMSYINUR BINTI YUSOF 900825-05-5078 D0008070088F
4. NORZIYANA BINTI ABDUL 900420-01-6376 D0008060030F
RAHMAN
5. NURUL BADRIAH BINTI 901228-11-5516 D0008060039F
ZULKIFLE
6. RAJA HAMIMAH BINTI RAJA 901016-14-5668 D0008060037F
HAMID
7. ROHAYA BINTI ABDUL HAMID 900228-14-6422 D0008070084F

i
BIODATA AHLI
MOHD FAIZOL BIN HASAN ialah pelajar Maktab
Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasal dari
Raub, Pahang. Mendapat pendidikan menengah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Dong. Pernah
menjawat jawatan Warden di Resorts World Bhd.

FATIN HAFIZAH BINTI MOHAMMAD SUKRI ialah


pelajar Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya.
Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan
Seksyen 20, SAMT Kuala Kubu Bharu dan SMK TTDI
JAYA, Shah Alam. Berasal dari Shah Alam, Selangor.

HAMSYINUR BINTI YUSOF ialah pelajar Maktab


Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasal dari
Rembau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan dari
Sekolah Kebangsaan Kg.Tanjung, Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Undang Haji Adnan, dan Sekolah
Menengah Teknik (ERT) Dato’ Undang Haji Sharif.

NORZIYANA BINTI ABDUL RAHMAN ialah pelajar


Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasal
dari Rembau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan
dari Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin,
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Haji
Adnan.

ii
NURUL BADRIAH BINTI MOHAMMAD ZULKIFLE
ialah pelajar Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling
Jaya. Berasal dari Setiu,Terengganu. Mendapat
pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bari (Pantai)
Setiu,Terengganu. Pendidikan menengah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Penarek Setiu,Terengganu.

RAJA HAMIMAH BINTI RAJA HAMID ialah pelajar


Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasal
dari Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan rendah di
Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 2. Pendidikan
menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri
Wilayah dan Sekolah Menengah Teknik Setapak
Kuala Lumpur.

ROHAYA BINTI ABDUL HALIM ialah pelajar Maktab


Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasal dari
Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan rendah di
Sekolah Kebangsaan Sultan Hishamuddin Alam Shah
dan Sekolah Kebangsaan Sri Perak. Pendidikan
menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Perempuan Methodist, Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakob dan
Sekolah Menengah Sri Iskandar.

iii
SEKAPUR SIREH

ِ‫حمَنِ الرّحِيم‬
ْ ّ‫سمِ الِّ الر‬
ْ ِ‫ب‬

Dengan menyebut nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha


mengasihani, kami memanjatkan kesyukuran ke atas hadrat dan kurniaan-Nya
yang tidak ternilai memberi kami peluang untuk meneruskan perjalanan yang
penuh cabaran sehingga detik ini. Selawat dan salam ke atas junjungan beasr
Rasulullah S.A.W. Akhirnya, pada 20 September 2008 dengan izin-Nya buku
skrap yang bertajuk “Pendidikan, Latihan dan Maklumat Koperasi” telah siap
dihasilkan.
Pertama sekali, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pansyarah kami yang tidak putus-putus memberi sokongan
dan dorongan kepada kami iaitu Encik Syamsul Khairi, selaku pensyarah
Sejarah, Prinsip dan Falsafah Koperasi Semester 1 bagi tahun 2008. Syukran
jazilan!!!
Seterusnya, kepada seluruh ahli kumpulan; ijoy, fieza, anor, nozie, bard,
raja dan aya yang telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam
menjayakan tugasan yang telah diberikan ini. Nampaknya segala usaha dan jerih
perih sepanjang pembikinan tugasan ini akhirnya telah membuahkan hasil yang
memuaskan. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa-jasa kalian…
jazakumullah khaira!!!
Tidak lupa juga kepada Perpustakaan Maktab Kerjasama Malaysia yang
telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada kami khususnya dalam
pencarian bahan-bahan ilmiah yang sangat berguna dalam menyiapkan tugasan
yang telah diberikan.
Akhir kalam, semoga kalian memperoleh 1001 pengetahuan tentang
Pendidikan, Latihan dan Maklumat Koperasi. Sekian…wassalam 

1
MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA (MKM) SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN
KOPERASI

Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) adalah merupakan satu-satunya


institusi pengajian dalam bidang koperasi di Negara ini. Ia telah ditubuhkan pada
tahun 1956 dengan pembiayaan daripada “ Colonial Welfare and Development
Fund”. Kerajaan kemudiannya telah memberikan sumbangan dengan
menambahkan bangunan MKM di dalam tahun 1959,1964 dan 1982. Maktab
Kerjasama Malaysia telah diperbadankan sebagai Badan Berkanun pada tahun
1968.

Misi MKM ialah bagi menjadikan ia sebagai sebuah pusat kecemerlangan


dalam bidang latihan perkoperasian di peringkat nasional dan antarabangsa bagi
mewujudkan dan meningkatkan warga koperasi yang terlatih, professional dan
bermaklumat.

Objektif MKM adalah seperti berikut:-

• Meningkatkan kemahiran dan kecekapan di bidang pengurusan dan


kepimpinan melalui program latihan yang menyeluruh.
• Meningkatkan kefahaman berkoperasi dan memupuk sikap positif
serta nilai-nilai murni melalui program pendidikan yang berterusan.
• Meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan koperasi.
• Mewujudkan kelompok pemikir yang boleh dimanfaatkan oleh sektor
koperasi dan masyarakat umum sebagai tempat rujukan.
• Mengadakan rangkaian perhubungan dengan institusi tempatan dan
antarabangsa.
• Mengendalikan penyelidikan, khidmat konsultansi dan penerbitan bagi
menerap serta menyebarkan falsafah dan konsep koperasi.
• Menyediakan pusat sumber maklumat dalam bidang koperasi.
2

Falsafah pendidikan koperasi yang ditekankan oleh MKM ialah kearah


membentuk satu sistem ekonomi yang diasaskan di atas prinsip-prinsip dan
falsafah koperasi yang berlainan daripada yang diperlukan di dalam syarikat
swasta dan milik kerajaan. Ke arah ini MKM melihat pendidikan kopersi sebagai
suatu usaha sepanjang hayat bagi meningkatkan potensi koperasi dan anggota
secara “total”. Usaha ini diharap dapat mewujudkan koperasi yang cekap dan
berkesan di samping dapat melahirkan koperator yang seimbang dan harmonis
dari segi rohani dan jasmani. MKM bercita-cita untuk melahirkan generasi
koperasi yang bersatu, berilmu pengetahuan, cekap, dinamik, berakhlak mulia
dan bertanggungjawab.

Kelahiran ANGKASA diawal dekad 70-an, telah memperlihatkan


penganjakan paksi dalam penekanan program-program yang dianjurkan oleh
MKM. Kewujudan badan induk gerakan koperasi ini, sekurang- kurangnya
memberi ruang dan peluang yang lebih untuk MKM memberikan penumpuan
serta focus kepada program-program yang lebih memanfaatkan tenaga
pemimpin koperasi, yang terdiri daripada kalangan anggota lembaga dan
juruaudit dalam serta tenaga pengurusan koperasi.

Era pertengahan dekad 70-an hinggalah ke tahun-tahun yang membawa


kepada pengisytiharan “Era Baru Koperasi” telah menyaksikan MKM bergerak
cergas memperkenalkan program yang bercorak lebih khusus. Kebanyakan
daripada program yang diperkenalkan, khasnya yang berorientasikan
perniagaan, adalah diasaskan kepada bahan-bahan latihan yang disediakan oleh
pihak ILO MATCOM. Ini merupakan zaman pendewasaan bagi kebanyakan
tenaga akademik MKM. Zaman ini juga turut menyaksikan permulaan arah aliran
untuk memberi peluang kepada tenaga akademik untuk menimba pengalaman
serta memperolehi lulusan lanjutan dalam bidang yang berkaitan dengan sektor
koperasi.
3
KEPENTINGAN PENDIDIKAN , LATIHAN DAN MAKLUMAT DALAM
KOPERASI

Prinsip kelima iaitu pendidikan, latihan dan maklumat dalam koperasi


merupakan prinsip yang amat penting untuk kemajuan dan pembangunan
koperasi. Ahli Lembaga Koperasi (ALK) hendaklah merancang program
pendidikan, latihan dan cara menyampaikan maklumat koperasi untuk
anggotanya yang berubah setiap tahun demi memantapkan pergerakan koperasi
masing-masing. Pendedahan terhadap ketiga-tiga aspek yang terkandung dalam
prinsip kelima amat penting dalam mewujudkan anggota koperasi yang
berkualiti, berwawasan dan berpandangan jauh seperti mana yang ditekankan
dalam objektif jangka pendek Dasar Koperasi Negara (DKN).

Pendidikan koperasi yang merangkumi jati diri koperasi, tadbir urus


koperasi, perundangan koperasi, kepenggunaan dan sebagainya adalah satu
proses yang panjang untuk mengubah persepsi, meningkatkan pengetahuan,
kesetiaan, kemahiran dan membentuk pemimpin koperasi. Visi dan misi yang
terkandung dalam pendidikan koperasi dapat meminimumkan permasalahan
kefahaman koperasi dan merealisasikan perancangan pembangunan yang telah
digubal oleh pihak pentadbiran dan pengurusan koperasi.

Antara kaedah pendidikan koperasi ialah mengadakan kursus, bengkel


atau seminar yang dianjurkan oleh MKM dan ANGKASA yang diadakan
sepanjang tahun. Berasaskan senarai program pendidikan koperasi yang
dianjurkan oleh kedua-dua badan, anggota koperasi boleh bekerjasama dengan
ALK bagi menjayakannya sama ada waktu bekerja atau pada hujung minggu
demi manfaat bersama. Jika program ini dianjurkan pada waktu bekerja,
koperasi berdaftar boleh memohon kebenaran daripada majikan anggota
koperasi dan mendapatkan Cuti Tanpa Rekod untuk anggotanya daripada JPK
Malaysia.

4
Selain daripada program pendidikan sedia ada (Siri 1, 2, 3, KKB dan
PKS), program baru, iaitu Kursus Tatacara Minit Mesyuarat, Kursus Pemantapan
Pengurusan Koperasi dan Kursus Touch Typing telah dikenal pasti. Kursus-
kursus itu adalah sebahagian dari kursus yang dirancang untuk menambah baik,
mengukuh dan memperkasakan minda warga koperasi. Kepentingan kursus ini
tidak memberi apa-apa makna jika pemimpin koperasi tidak memberi kerjasama
untuk melaksanakannya di peringkat koperasi masing-masing. Walaupun
pelbagai kemudahan seperti tenaga pengajar, bahan pengajaran, perbelanjaan
makan minum dan sijil disediakan, ANGKASA masih mengharapkan kerjasama
yang menyeluruh untuk sama-sama merealisasikannya.

Dalam membangunkan koperasi ahli ANGKASA, Bahagian Pelajaran,


Penerangan, Penerbitan dan Perkhidmatan (B4P) telah memperhebatkan lagi
perkhidmatan dan penyelenggaraan yang dikendalikan oleh Unit PEKA, Pra
Audit dan SEKKOP. Unit PEKA bukan sahaja membimbing Lembaga Koperasi
dalam mempelbagai ?aktivitinya tetapi juga membantu koperasi itu dari segi
mendidik anggotanya tentang peranan dan tanggungjawab. Unit ini juga
membantu koperasi mendapat khidmat nasihat daripada pakar-pakar dalam
aktiviti yang dijalankan.

Dalam mengimbangkan program pembangunan pendidikan, B4P juga


telah memperhebatkan program seminar di setiap negeri. Program seminar
seperti zakat dan keusahawanan adalah usaha untuk memperkukuhkan
kerjasama antara ANGKASA Pusat, ANGKASA Negeri dengan koperasi di
negeri-negeri menjadi kenyataan. Pelbagai idea dan maklumat telah diperoleh
dan dibincangkan dalam Mesyuarat B4P bagi tindakan susulan pada tahun
depan.

5
Dengan mengambil kira dasar-dasar semasa Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi, B4P juga telah memperhebatkan peranan Pusat
Produk Koperasi. Selain menjadikannya pusat mempamerkan hasil-hasil
koperasi, B4P telah berusaha meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran
koperasi yang terlibat. Lantaran itu, B4P dari semasa ke semasa akan menjalin
kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti MARDI, LPP, RISDA,
FELCRA dan sebagainya agar produk koperasi dapat diketengahkan di pasaran
tempatan dan antarabangsa.

Maklumat gerakan koperasi juga mempengaruhi pemikiran, etika dan


budaya seseorang anggota koperasi. Maklumat yang tidak tepat dan lengkap
daripada kalangan pihak pentadbiran dan pengurusan koperasi perlu dielakkan.
Anggota koperasi yang prihatin dan aktif akan sentiasa berusaha mendapatkan
maklumat terkini dan tepat tentang gerakan koperasi daripada media cetak dan
media elektronik. Maklumat ini jika berkaitan dengan kepentingan dan aspirasi
bersama ia hendaklah dimaklumkan kepada ALK.

Selain itu, ALK juga perlu menyediakan papan kenyataan khas koperasi
untuk tatapan anggotanya yang sering berurusan dengan koperasi. Manakala
bahan bacaan koperasi seperti kertas kerja, bulletin, risalah dan majalah
daripada JPK (WAWASAN), MKM (DIMENSI KOOP) dan ANGKASA
(PELANCAR) atau mana-mana koperasi berdaftar disimpan di pusat sumber
koperasi. Untuk menjayakan dan memperkembangkan bahan di pusat sumber,
satu peruntukan khas diwujudkan bagi membolehkan anggotanya membeli
bahan tersebut terutama anggotanya yang kerap berada di luar negeri.

6
Anggota koperasi yang mempunyai maklumat terkini tentang pencapaian
sesebuah koperasi berdaftar sama ada dalam atau di luar negeri boleh
menyampaikan maklumat secara bertulis ke dalam peti khas untuk dimuatkan
dalam buletin koperasi dan dibincangkan oleh pihak pentadbiran dan
pengurusan koperasi dalam mesyuaratnya. Kemudahan teknologi maklumat di
pusat sumber memudahkan anggota koperasi melayari laman Web mana-mana
koperasi berdaftar dalam dan di luar negeri untuk mengetahui tentang perubahan
dan perkembangan dalam memenuhi kehendak anggotanya, maklumat ini
merupakan sebahagian daripada matlamat untuk melahirkan pemimpin yang
berilmu, prihatin dan berwawasan.

Perkembangan pendidikan dalam gerakan koperasi di Malaysia tidak


diberi kepentingan yang sewajarnya oleh pemerintah di awal penubuhannya di
Malaysia. Ini disebabkan koperasi mula diperkenalkan di Malaysia adalah atas
dasar kepentingan bagi membebaskan masyarakat petani dan pekerja dripada
belenggu keberhutangan yang meruncing. Koperasi digambarkan sebagai
medium alternative mudah bagi masyarakat mendapatkan pinjaman wang
dengan kadar faedah yang rendah.

Mengikut laporan The Government of Malaysia on Co-operativve


Education and Training, Internation Labour Officer Expanded Programme of
Technical Assistant, 1965 menyatakan terdapat lima sebab mengapa pergerakan
koperasi di Malaysia gagal iaitu:

i) Terdapat kekurangan kesedaan dan semangat untuk memajukan


persatuan
ii) Kekurangan para pegawai koperasi
iii) Kekurangan latihan dan jumlah pegawai koperasi
iv) Kekurangan pemeriksaan buku kira-kira dan kegagalan untuk
membentuk semangat berniaga
v) Memberikan pinjaman kepada ahli tanpa kawalan 7
Senario ini membawa kepada desakan di kalangan pengamal koperasi
supaya kerajaan menubuhkan sebuah pusat latihan bagi melatih pegawai
koperasi untuk melicinkan lagi perjalanan gerakan koperasi.

Pelbagai langkah telah diambil bermula di awal 1948 olah Jabatan


Pembangunan Koperasi dengan mengadakan kursus-kursus koperasi
khususnya di luar bangar. Kesan daripada kursus yang dijalankan ini amat
memuaskan dalam meninkatkan kecekapan dalam mentadbir dan menguruskan
perjalanan koperasi. Ini dapat dibuktikan apabila lima orang yang menghadiri
kursus di atas telah diberi jawatan sebagai “Honourable Co-operative Organiser”.
Walaupun kursus-kursus ini dijalankan secara tidak sepenuh masa dan
teratur,kursus ini menambahkan kecekapan pegawai-pegawai koperasi dalam
melaksanakan tugas mereka.

Pertambahan mendadak bilangan peserta yang mengikuti latihan-latihan


yang disediakan ini membuktikan wujud keperluan untuk menubuhkan sebuah
pusat latihan dan pendidikan koperasi. Pusat latihan ini diperlukan bukan shaja
untuk memenuhi keperluan latihan biagi peawai koperasi mlah untuk melahirkan
pemimpin-pemimpin yang berwibawa.

8
PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN KOPERASI DI MKM

Program Diploma Pengurusan Koperasi yang mula diperkenalkan pada


tahun 1991, dan kini berusia 17 tahun, telah menerrima seramai 84 orang pelajar
baru yang mendaftar bagi sesi pengambilan Jun 2008. sambutan yang begitu
menggalakkan ini merealisasikan matlmat MKM untuk menarik seberapa ramai
individu mengikuti program Diploma Pengurusan Koperasi yang diiktiraf oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysia Qualification Agency (MQA) ini.

Untuk melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti serta lebih banyak
koperasi mempunyai tenaga pengurusan yang terlatih dan berkaliber, MKM
dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) telah bersetuju
menganjurakan program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Pengkhususan
Pengurusan Koperasi, yang akan memulakan sesi pengajian sulungnya pada
Disember 2008 kelak.

Bagi memenuhi keperluan latihan koperasi-koperasi yang menjalankan


perniagaan runcit, MKM telah menganjurkan bengkel “Development of Consumer
Co-operatives in Malaysia” pada 1 dan 2 Julai 2008. bengkel ini adalah anjuran
bersama antara MKM dengan International Cooperative Alliance (ICA). Seminar
ini dikendalikan oleh pakar dari Japan Consumer Cooperative Union (JCCU),
yang telah memberi panduan dan pengajaran mengenai pengurusan perniaagan
runcit dengan berpandukan pengalaman dari Jepun.

Di samping penganjuran semanar, bengkel dan kursus-kursuss dalam dan


luar kampus, MKM mengorak langkah menerbitkan sebuah buku berjudul “
Gerakan Koperasi di Malaysia”, yang memperlihatkan senario perkembangan
dan kepentingan gerakan koperasi di Malaysia terhadap pembangunun Negara
dan boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap lapisan masyarakat.

9
IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN- PENGKHUSUSAN
PENGURUSAN KOPERASI

Satu program di bawah kerjasama Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)-


Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dilancarkan iaitu Program Ijazah Sarjana
Muda Pentadiran Perniagaan (Pengursan Koperasi). Program yang akan
ditawarkan pada hujung tahun 2008 ini bertujuan untuk mempertingkatkan
peranan MKM sebagai pusat pendidikan dan latihan bagi gerakan koperasi
dalam pembentukan modal insan bagi sector tersebut serta mengeluarkan lebih
ramai graduan di peringkat professional bagi mengisi jawatan-jawatan di
peringkat pengurusan atasan koperasi seperti saranan dalam Dasar Koperasi
Negara (DKN).

Sehubungan itu MKM dan UUM telah menandatangani memorandum


persefahaman (MOU) untuk mengadakna kerjasama dan berhasrat
mengendalikan program pengajian akademik secara bersama. Ia adalah untuk
kebaikan kedua-dua institusi dalam mengenal pasti peluang-peluang bagi
membangunkan program untuk menyediakan latihan, pendidikan dan aktiviti-
aktiviti berasaskan pengetahuan bagi gerakan koperasi, atas dasasr
persefahaman dan faedah bersama. Pemerteraian MOU ini diadakan sempena
Majlis Perjumpaan Bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
pada 4 Julai yang lalu.

10
Secara ringkas, Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
dalam Pengkhususan Pengurusan Koperasi yang akan dijalankan secara
sepenuhh masa yang akan mengambil masa 3 hingga 4 tahun pengajian iaitu
merangkumi 7-8 semester. Bilangan kursus yang ditawarkan adalah sebanyak
42 merangkumi 128 jam kredit dan secara purata setiap semester merangkumi 6
kursus termasuk satu semester yang dikhaskan untuk medium pengantar
bahasa Inggeris ini akan dapat ditawarkan kepada Negara ASEAN, Asia Barat,
Afrika dan lain-lain Negara sedang membangun yang sekaligus dapat
mempertingkatkan imej MKM selaras dengan visi untuk menjadi institusi latihan
koperasi bertaraf dunia.

11
BIBILIOGRAFI

• Buku

(i) Tajuk : Mengenali anggota dan koperasi


Nama pengarang : Ahmad Marzuki Ismail
Penerbit : Utusan Publications & Distributors SDN.BHD

(ii) Tajuk: Bicara Koperasi


Ketua editor : Hj. Shuib b. Ismail
Penerbit : Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia

(iii) Tajuk: Gerakan Koperasi di Malaysia


Ketua editor : Hayati Md. Salleh
Penerbit : Maktab Kerjasama Malaysia

• Majalah

(j) Tajuk : Info MKM


Edisi : 2
Tahun terbit : 2008
Ketua editor : Pn. Julia Bee Ramjan
Penerbit : Maktab Kerjasama Malaysia

• Internet

(i) http://www.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=451
(ii) http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=dec006-2007

12

You might also like