You are on page 1of 12

Pandangan hidup

Islam

Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
Pursuing MBL ( UKM )

1
Ustaz Mahmood Zuhdi dalam wawancara untuk sebuah rancangan
televisyen berkata, ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan
sebagainya bukan ibadat yang sebenar. Ini kerana semua itu hanya
merupakan orientasi untuk menuju ke arah ibadat yang sebenar.

Allah s.w.t berfirman: Dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia
melainkan untuk beribadah.

Ini bermaksud manusia diciptakan untuk berabdi dan beribadat.

2
Prof. Mahmood Zuhdi berkata, perlu
memberitahu masyarakat bahawa yang
dimaksudkan ibadat itu adalah selangkah
lebih jauh daripada ibadat ritual itu.

3
Berdasarkan pandangan hidup Islam, manusia tidak
diciptakan sia-sia tanpa tujuan. Ia bukanlah kejadian
yang sengaja diciptakan tanpa fungsi dan tugas, kata
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad dalam bukunya ,
Pembangunan Islam Hadhari (muka surat 11-12).

Untuk membuktikan bahawa Allah tidak mencipta


manusia sia-sia, Nakhaie berhujah dengan ayat 115
daripada surah al-Mukminun dan ayat 56 daripada
surah az-Zariat.

Ayat pertama bermaksud: Adakah kamu sekalian


menyangka bahawa Kami mencipta kamu hanya sia-
sia dan kamu tidak dikembalikan semula kepada Kami.

4
Ustaz Nakhaie menjelaskan bahawa
manusia ditempatkan di bumi sebagai
pusat kegiatan kekhalifahannya. Ia
mempunyai kaitan yang rapat dengan
bumi dan bertanggungjawab
membangunkannya.

Allah s.w.t berfirman:

Dialah yang membentuk kamu dari bumi


dan menuntut kamu membangunkannya.
Segala yang terdapat di bumi, sama ada
di permukaannya, di perutnya
di segenap lapisannya, di lautan dan
langit, telah dipermudahkan atau
ditundukkan untuk manusia.

5
Dr. Mahamed Said Samadan al-
Bouti pula berkata, Al-Quran
bukan kitab agama dan ibadat
kecuali dari sudut
mempertanggungjawabkan
manusia membina tamadun.
(Manhaj al-Hadharah al-Insaniah
Fi al-Quran - Pendekatan
Tamadun Manusia dalam al-
Quran, muka surat 24).
Maksudnya ibadat dan agama
Islam itu dijadikan anutan umat
manusia adalah bertujuan untuk
membina tamadun.

6
Allah melengkapkan di dalam diri manusia, akal yang
dapat menjana kekuatan ilmu pengetahuan yang
membolehkannya menguasai bumi ini. Juga menguasai
makhluk di dalamnya, terdiri daripada haiwan,
tumbuh-tumbuhan, pelbagai bahan logam, sumber
tenaga dan bermacam lagi yang terdapat di bumi ini.
7
Pembangunan
tidak boleh
dilakukan
semata-mata
untuk
membangun
tanpa hala tuju
yang memberi
makna dan erti
kepada
kehidupan
di dunia dan
akhirat.

8
Manusia telah diberikan kekuatan dan
keupayaan yang cukup bagi menggerakkan
jihad untuk membangunkan masyarakat
hadhari. Kekuatan akalnya yang berupaya
menjana ilmu, kekuatan nalurinya yang
menggerakkan potensi dalaman dan keinginan
yang kukuh untuk terus mara ke
hadapan, dan kekuatan anggotanya yang
berupaya dilatih dengan pelbagai kemahiran.

9
Allah s.w.t tidak pernah menyatakan dalam al-Quran
bahawa dunia perlu dibahagi mengikut agama.
Begitu juga Rasulullah s.a.w.

Cuma ulama ada membuat pembahagian wilayah


atau negara kepada Darul Islam (wilayah atau negara
Islam) dan Darul Kufr (wilayah atau negara kafir),
Darul Silm/Darul `Ahd (wilayah atau negara
damai/perjanjian) dan Darul Harb (wilayah atau
negara perang).

10
Tanggungjawab tidak hanya terbatas kepada amalan-amalan
ritual dan ibadat khusus yang dilakukan dengan sikap
individualistik, semata-mata untuk menyelamatkan diri sendiri
dari neraka.Sudah lama masyarakat kita akibat kejahilan, melihat
Islam dari aspek ritual ini.

Sudah tiba masanya bangsa kita mengungkap kembali


kefahamannya mengenai Islam supaya sesuai dan seiring dengan
pandangan hidup Islam yang terpancar daripada petunjuk
Al-Quran, bahawa manusia ini bukan hanya dicipta melakukan
kerja-kerja ritual ini.

Manusia mempunyai tanggungjawab besar mengurus kehidupan


di dunia dalam pelbagai bidang dan membina peradaban
berdasarkan kepada sistem yang telah ditentukan oleh Allah.

11
Dalam kehidupan yang
sejahtera dan makmur
di dunia ini maka
manusia mempunyai
masa dan kesedaran
untuk bersiap sedia
melengkapkan dirinya
dengan bekalan di hari
akhirat.

Persiapan dan bekalan


yang cukup untuk
menuju akhirat,
merupakan jaminan
supaya kesejahteraannya
di dunia, bersambung
hingga ke akhirat dengan
kenikmatan dan
kebahagiaan yang
berganda. Insyallah.

12

You might also like