You are on page 1of 22

1.0 PENDAHULUAN Dalam bidang pendidikan, kurikulum merupakan sebahagian daripada komponen yang menggerakkan proses pendidikan itu.

dengan lebih berkesan. Kurikulum berkembang mengikut keperluan dan kesesuaiannya dari semasa ke semasa. Oleh itu, guru-guru perlu menguasai aspek-aspek yang berkaitan kurikulum, peranan sebagai pelaksana kurikulum yang cekap dan pemberi sumbangan dalam perkembangan kurikulum dapat dilaksanakan dengan berkesan pada masa akan datang. Selain menguasai bidang kurikulum, aspek pengurusan juga penting. Dengan menguasai aspek pengurusan, perjalanan sesebuah sekolah itu akan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kefahaman tentang kurikulum akan memberi kelebihan kepada golongan pendidik untuk melaksanakan program pendidikan

1 |MUKA SURAT

2.0 PENGURUSAN KURIKULUM

2.1 Konsep Dan Definisi Pengurusan Kurikulum Sebelum kita menyelusuri maksud pengurusan kurikulum, eloklah kita memahami apakah itu kurikulum. Kurikulum adalah perkataan biasa yang disebut oleh golongan pendidik. Walau bagaimanapun kurikulum biasanya dikenali sebagai suatu bidang Takrifan kurikulum bergantung kepada pengetahuan seseorang dan Kurikulum merupakan mata pelajaran.

bagaimana kurikulum diterjemahkan untuk penggunaannya. pendidikan dan struktur atau organisasi asas dalam pendidikan.

pelan perancangan dalam pendidikan yang melihat dua perkara utama, iaitu visi dalam

Di dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa soalan yang berkaitan sering ditimbulkan. Yang pertama, siapa yang mengajar? Sememangnya yang mengajar adalah guru. Yang kedua, mengajar siapa? Jawapan untuk soalan ini memangnya ialah murid. Yang ketiga, bagaimana mengajar? Soalan ini melibatkan kaedah dan teknik mengajar. Yang keempat, mengajar apa? Soalan ini adalah berkaitan dengan kurikulum dan bahan pelajaran yang akan dibincangkan selanjutnya. Kurikulum dan bahan pelajaran, dikenali pula sebagai isi kandungan pendidikan atau pengajaran dan pembelajaran, merupakan hasilan kebudayaan intelek, dan pengalaman manusia berlandaskan teori epistemology yang dikemukakan dari semasa ke semasa dan melalui pengajaran guru mengisi jiwa kognitif kanak-kanak dan remaja agar membolehkan pertumbuhan dan perkembangan mereka tanpa gangguan. Mengikut Kamus Dewan, kurikulum bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran. Mengikut Kamus Dwibahasa pula , perkataan kurikulum diertikan sebagai bidang pelajaran di sekolah.

2 |MUKA SURAT

Maksud kurikulum juga dapat diperjelaskan mengikut definisi yang dikemukakan oleh pakar-pakar kurikulum, misalnya Saylor et al. (1981) yang menyatakan kurikulum merupakan satu daya usaha yang menyeluruh untuk memenuhi tujuan yang diharapkan semasa berada dalam institusi itu. Manakala Inlow (1973) berpendapat, kurikulum adalah satu daya usaha institusi pendidikan yang dirancang bagi membantu pelajar merujuk kepada tujuan yang ditetapkan. Walker. D.(1978 ) pula menyarankan bahawa untuk membentuk kurikulum perlu ada kriteria, rancangan kurikulum, bahan-bahan pengajaran serta cara menilai yang akan digunakan oleh pihak pengajar. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 ( Kementerian Pendidikan, 1979) telah dinyatakan bahawa: i) Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan sesebuah sekolah atau institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum sekolah terbahagi dua iaitu kurikulum akademik ( pengajaran dan pembelajaran dan ko-kurikulum. ii) Kurikulum ialah suatu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan dan kemahiran, nilai dan norma. Unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diturunkan kepada ahli-ahlinya. Razali Aroff ( 1991) pula, memberikan tiga takrifan kurikulum, iaitu : i) ii) iii) Sesuatu yang luas dan besar meliputi segala pembelajaran yang berlaku di mana-mana di dalam kawasan sekolah. Segala pembelajaran yang telah dirancang dan ditentukan sahaja yang berlaku dalam kawasan sekolah, di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah; Kurikulum adalah sesuatu yang dirancang dan tidak terhad dalam bilik darjah sahaja.
3 |MUKA SURAT

Berdasarkan pelbagai definisi dan huraian oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum di atas, kita boleh rumuskan kurikulum sekolah sebagai rancangan yang merangkumi aktiviti-aktiviti akademik, misalnya sukatan pelajaran dan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti penyertaan murid-murid dalam kegiatan permainan dan sukan, kelab dan persatuan, unit beruniform di samping objektif, tujuan dan matlamat penilaiannya. Setelah kita memahami definisi kurikulum, marilah kita melihat siapakah yang mengurus kurikulum itu supaya dapat dilaksanakan dengan lancar di sesebuah institusi. Pengurusan sesuatu organisasi amat penting untuk kelancaran organisasi tersebut. Ini termasuklah pengurusan kurikulum yang perlu kita kaji maksudnya. Menurut Razali Arof,(1991) pengurusan merupakan aktiviti yang dilakukan untuk menentukan langkah-langkah kejayaan mengenai sesuatu projek untuk membolehkan pencapaian yang maksimum terhadap objektif projek tersebut. Constable, 1980 pula mentakrifkan pengurusan sebagai satu keupayaan membuat keputusan yang menentukan struktur jangka panjang dan aktiviti organisasi. Menurut Kamus Dewan pula pengurusan bermaksud perbuatan atau hal mengurus sesuatu. Kesimpulannya, pengurusan kurikulum bolehlah didefinisikan sebagai aktiviti yang dilakukan bagi menentukan langkah-langkah kejayaan dan aktiviti yang diambil sama ada membentuk, menyebar, menilai atau memperbaharui kurikulum supaya objektif dan matlamat yang ditentukan tercapai pada tahap yang maksimum dan sepenuhnya.

4 |MUKA SURAT

2.2 Pengurusan Dalam Proses Perkembangan Kurikulum. Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat atau 'centralized system of education.' Ini bermaksud segala urusan pentadbiran pendidikan adalah di bawah kelolaan sebuah badan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, bagi sekolah rendah dan menengah, dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi semua institusi pendidikan tinggi. Dalam konteks perkembangan kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab terhadap kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) atau 'Curriculum Development Centre' (CDC). Dengan demikian, proses perkembangan kurikulum adalah berbentuk 'top-down' dengan PPK bertanggungjawab terhadap perancangan, pelaksanaan dan penilaian kurikulum sekolah. Maka dengan itu, kurikulum yang digunakan di semua sekolah adalah seragam.

Dari segi perkembangan kurikulum, peranan guru sekolah lazimnya dilihat lebih kepada pelaksana kurikulum atau 'curriculum implementor.' Ini kerana, kurikulum dan silibus telah disediakan oleh PPK dan tugas guru adalah menjalankan tugas pengajaran dengan berpandukan kepada kurikulum dan silibus yang telah disediakan oleh PPK. Perlaksanaan kurikulum sebegini adalah penting kerana bilangan sekolah yang banyak dan murid yang begitu ramai dan pada masa yang sama memastikan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara tercapai.

Terdapat empat elemen pengurusan iaitu: i. Membuat keputusan. Membuat keputusan amat penting kerana seseorang pengurus itu membuat atau untuk membuat tindakan alternatif selanjutnya. Elemen ini timbul di dalam semua peringkat proses pengurusan.

5 |MUKA SURAT

ii.Menyelesaikan masalah. Membuat keputusan yang lebih rumit ketika memilih alternatif bagi mengatasi halangan atau masalah yang akan membantutkan pencapaian sesebuah organisasi. iii.Hubungan manusia. Digunakan untuk mendapatkan kerjasama dan penyertaan individu lain, menggunakan motivasi dan gaya kepimpinan yang baik. iv. Komunikasi. Satu kuasa penggerak dan proses dinamik dalam organisasi yang dapat membantu kerjasama dan kemajuan secara berkelompok ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Terdapat empat langkah pengurusan dalam proses pengurusan proses perkembangan kurikulum ini : 1. Planning ( merancang ). Ia terdiri daripada; - menentukan apa, bila, siapa dan bagaimana hendak dibuat. - mengenalpasti objektif dan menetapkan kaedah pencapaian keberkesanan yang paling maksimum melalui proses penetapan matlamat. - mengumpul serta menganalisis maklumat - mencari alternatif atau pilihan. - menyediakan atau menghubung perancangan dengan keputusan. 2. Organising ( mengelola ) - Mendapatkan peralatan, kelengkapan dan staf untuk mewujudkan rangka dasar yang baik untuk menjalankan segala aktiviti perancangan yang telah dirancangkan. - Mengumpulkan segala komponen pekerjaan ke dalam satu struktur yang baik. - Menyusun dan menjelaskan kaedah dan prosedur. - Memilih, melatih dan memberitahu staf serta mendapatkan sumber sumber lain yang perlu.
6 |MUKA SURAT

3. Directing ( Mengarah ) - Terdiri daripada membentuk rangka kerja untuk masa dan perbelanjaan. - Memperkenalkan dan memberi kepimpinan dalam pelaksanaan perancangan dengan cara membuat keputusan. - mengeluarkan arahan-arahan tertentu - memimpin, mengelola dan member motivasi. 4. Controlling ( mengawal ) - Menilai segala kerja yang dijalankan di peringkat perancangan. - melaporkan segala penyelewengan , kelemahan dengan segera supaya dapat dibetulkan. - menunjukkan jalan mengikut langkah-langkah yang betul dengan cara membentuk matlamat dan taraf. - menetapkan pencapaian dan memperbaiki penyelewengan dan kelemahan.

Di dalam proses perkembangan kurikulum terdapat beberapa prinsip yang perlu diambil kira oleh pihak pengurusan iaitu; 1. Ia hendaklah berpusatkan murid-murid. Kurikulum yang berpusatkan murid-murid akan mengambil kira keperluan dan minat murid-murid. Ini bermakna pelbagai aktiviti akan dirancang untuk melibatkan muridmurid dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti, murid-murid akan dapat memupuk nilai-nilai murid seperti bertanggungjawab, kerjasama, berkeyakinan tinggi, bertimbang rasa dan bertoleransi.

2. Ia hendaklah bersifat dinamik Kurikulum hendaklah berubah mengikut masa. Unsur baru hasil perkembangan sains dan teknologi hendaklah diterapkan dalam satu-satu kurikulum.
7 |MUKA SURAT

3. Ia hendaklah menyediakan pengalaman pembelajaran yang relevan Pengalaman pembelajaran yang dirancangkan untuk murid-murid hendaklah relevan dengan keperluan masyarakat dan negara dalam bentuk akademik atau bukan akademik seharusnya berupaya membentuk individu yang seimbang dan harmonis iaitu yang mengalami perkembangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

4. Ia sepatutnya mempunyai pertalian rapat dengan kehidupan seharian. Bahan pembelajaran yang terkandung dalam kurikulum hendaklah berkaitan dengan kehidupan seharian murid-murid agar pembelajaran lebih bermakna serta menyeronokkan.

5. Ia harus mempertimbangkan aspek ekonomi Bagi memajukan ekonomi sesebuah negara, tenaga rakyat hendaklah berkemahiran serta produktif. Dengan itu, latihan vokasional dan teknik hendaklah dititikberatkan dalam satu-satu kurikulum.

6. Ia seharusnya membekalkan pengetahuan yang menyeluruh Pengetahuan yang menyeluruh hendaklah dibekalkan kepada murid-murid. Ia dapat disampaikan melalui Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Kajian Tempatan dan lain-lain mata pelajaran serta aktiviti ko-kurikulum.

7. Ia hendaklah menitik beratkan sains dan teknologi. Dalam zaman yang serba moden ini, bidang sains dan teknologi amat diutamakan. Oleh itu, kurikulum yang disediakan hendaklah mengandungi mata pelajaran seperti Sains, Matematik, Lukisan Teknikal, Teknologi maklumat dan sebagainya.
8 |MUKA SURAT

8. Ia haruslah condong ke arah pemupukan pemikiran kreatif dan inovatif Kurikulum hendaklah inovatif. berupaya menghasilkan individu-individu yang kreatif serta

Individu-individu seperti ini mampu menangani pelbagai masalah dalam

kehidupan apabila mereka dewasa nanti.

9. Ia hendaklah mengandungi komponen pemupukan nilai-nilai murni dan sikap positif Selain daripada pengetahuan dan kemahiran, satu-satu kurikulum itu hendaklah juga menitikberatkan pemupukan nilai-nilai murni dan akhlak tinggi. Ini dapat dilakukan melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral.

10. Ia harus menekankan kesepaduan Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai dalam mata pelajaran. Selain itu kesepaduan antara unsurunsur intelek, rohani, jasmani dan emosi hendaklah ditekankan. Dengan ini, potensi individu dapat berkembang secara menyeluruh dan seimbang.

11. Perbezaan individu ditekankan Bahan pelajaran dan pengalaman hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan dan minat murid-murid.

9 |MUKA SURAT

2.3 MELANTIK DAN MEMBENTUK JAWATANKUASA Di bawah jawatan pengurus kurikulum peringkat tinggi,, terdapat dua cabang jawatankuasa iaitu : 1. Jawatankuasa induk - mempunyai kuasa tertinggi dan terbesar dalam proses pembentukan kurikulum. - Ahli-ahli terdiri daripada mereka yang berjawatan. - Memutuskan dan mengeluarkan dasar, memberi panduan dan garis kasar mengenai proses pembentukan sesuatu kurikulum tersebut. 2. Jawatankuasa kerja - Ahli-ahli akan melakukan segala aktiviti bagi mewujudkan kurikulum. Berpandukan arahan daripada jawatankuasa induk.

Aktiviti pengurusan dalam proses pembentukan kurikulum 1. 2. 3. 4. 5. 6 Mengkordinasikan hasil kerja di antara jawatankuasa kerja supaya faktor kelarasan dapat dicapai. Mengawasi kerjasama antara jawatankuasa dan ahli-ahli dalam setiap jawatankuasa. Menyedia kemudahan yang diperlukan oleh ahli jawatankuasa untuk menjalankan tugas. Merupakan pegawai perhubungan antara pihak pembentuk kurikulum dan agensi luar. Mengumpul semua maklumat dan menyimpannya untuk kegunaan akan datang. Bertanggungjawab mengemukakan kurikulum yang telah siap kepada pihak jawatankuasa induk.

10 | M U K A S U R A T

Aktiviti pengurusan dalam penyebaran kurikulum 1. Memastikan bahawa kurikulum yang disampaikan kepada para pelajar adalah kurikulum yang sahih dan sebenar yang dibentuk oleh jawatankuasa pembentukan kurikulum. 2. 3. Mengawasi bahawa tiada usaha mengubahsuai aspek-aspek kurikulum yang telah dibentuk. Menentukan kurikulum yang telah dibentuk oleh Jawatankuasa Pembentukan Kurikulum itu sampai kepada sekolah dan pengajar dalam masa yang ditetapkan. 4. Memastikan kurikulum yang telah dibentuk diterima oleh pengajar dan pihak luar seperti ibu bapa.

11 | M U K A S U R A T

STRUKTUR DAN FUNGSI JAWATANKUASA BERKAITAN KURIKULUM Setiap guru di sekolah adalah pelaksana kurikulum dan mengurus kurikulum dalam bidang masing-masing. Struktur Jawatankuasa Kurikulum di sekolah rendah adalah seperti jadual di bawah :

PENGERUSI ( Guru Besar )

NAIB PENGERUSI ( Guru Penolong Kanan 1) ( Guru Penolong Kanan HEM) ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum) ( Penyelia Petang )

SETIAUSAHA

AJK Ketua-ketua Panitia Mata Pelajaran Guru Pusat Sumber Setiausaha Peperiksaan

12 | M U K A S U R A T

Peranan dan tanggungjawab jawatankuasa kurikulum sekolah Menyelaras segala dasar kurikulum sekolah. Menyediakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja. Menetapkan kursus/pengajian di sekolah. Menetapkan kaedah penyediaan rancangan pelajaran tahunan dan harian. Merancang program pemantauan, memantau pengajaran dan pembelajaran, pengurusan panitia mata pelajaran dan pelaksanaan aktiviti rancangan tahunan. Menyediakan laporan pemantauan dan mengambil tindakan susulan. Menetapkan jadual waktu persekolahan. Menetapkan sistem pengurusan peperiksaan dan penilaian sekolah. Menyediakan anggaran belanjawan untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum sekolah. Menentukan panitia mata pelajaran berfungsi dengan berkesan. Memastikan pusat sumber diuruskan dengan baik dan dapat membantu program peningkatan akademik. Merancang dan melaksana program staf di sekolah.

Peranan Pengurus Kurikulum ( Guru Besar) 1. Pemimpin kurikulum - Menetapkan misi dan visi kurikulum - Menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum. - Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum - Memastikan sumber dan bahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi. - membudayakan ilmu 2. Pemantau Kurikulum - Visi dan Misi kurikulum sekolah dijayakan. - Amalan pengajaran dan pembelajaran dipastikan relevan.
13 | M U K A S U R A T

3.

Penilai Kurikulum - Mengubah suai program dan aktiviti kurikulum bagi mencapai visi dan misi. - Menilai keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran. - Menilai pencapaian murid.

Peranan dan bidang tugas Guru Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum 1. Urusan tenaga pengajar 2. Urusan Jadual waktu 3. Urusan pusat sumber sekolah 4. Urusan Penilaian 5. Urusan pengajaran dan pembelajaran. Peranan dan bidang tugas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 1. Urusan disiplin 2. Bimbingan dan kaunseling 3. Skim Pinjaman Buku Teks. 4. Rancangan Makanan Tambahan 5. Biasiswa 6. Asrama 7. Kebajikan 8. Kepemimpinan murid 9. Keceriaan 10. Kantin 11. Iklim dan budaya

14 | M U K A S U R A T

Struktur dan fungsi panitia mata pelajaran. PENGERUSI ( Ketua panitia )

SETIAUSAHA

AJK ( Guru-guru mata pelajaran )

Fungsi Panitia Mata Pelajaran Membaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk kegunaan panitia mata pelajaran dan pusat sumber sekolah. Menyedia dan memperoleh bahan bantu mengajar. Menyedia anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran. Mewujudkan kerjasama antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.

15 | M U K A S U R A T

2.4 Konsep Pengurusan Terlibat Dalam Aktiviti Kurikulum Ia boleh dibahagikan kepada beberapa perkara. 1. Konsep pemastian dan penentuan - memberi implikasi sikap kesungguhan - bukan dilakukan secara tergesa-gesa dan bukan mengikut apa yang terdapat sahaja. 2. Konsep melantik, membentuk dan menyimpan - perlu hubungan dengan pihak luar - Hubungan baik sesama ahli juga penting 3. Konsep kordinasi - Bidang kurikulum melibatkan berbagai bidang kumpulan kepakaran. - Ketiadaan konsep ini menyebabkan kekecohan dan menimbulkan kelemahan terhadap aktiviti. 4. Konsep pengawalan - Aktiviti kurikulum yang dilakukan diawasi dengan baik - Segala maklumat direkod dan disimpan untuk kegunaan seterusnya.

16 | M U K A S U R A T

2.5 Pengurus Dan Pendekatan Pengurusan Kurikulum. Pengurus Kurikulum Pengurus kurikulum tidak semestinya golongan pengetua atau pengarah sahaja yang boleh menjadi pengurus kurikulum. Orang bawahan juga boleh menjadi pengurus kurikulum sekiranya mereka terlibat dalam pelaksanaan konsep pengurusan yang terdapat dalam aktiviti kurikulum. Pengurusan memerlukan kepimpinan yang cekap dan berani. Strategi yang melibatkan jangka masa yang panjang akan memerlukan budaya perkongsian dan bekerjasama antara semua pengurus dalam sesuatu organisasi. seorang pengetua atau guru besar. Pengurusan kurikulum yang berkesan adalah pengurusan yang berjaya mengimbangi peranan bukan sahaja di sekolah tetapi juga dasar dan perancangan strategik di peringkat yang lebih tinggi. Guru sebagai tenaga pengajar memainkan peranan yang paling nyata. Rancangan yang baik akan membawa faedah besar kepada pelajar dan cuba menimbulkan minat terhadap pelajaran. Guru harus meningkatkan mutu pengajaran agar pelajar dapat mempertingkatkan prestasi yang lebih baik. Bagi mewujudkan suatu suasana yang sesuai serta menggalakkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru hendaklah bertindak sebagai pengurus yang cekap. Dalam alam pendidikan seperti persekolahan pula, tanggungjawab ini akan terserlah kepada

17 | M U K A S U R A T

Seperti yang kita maklum juga pelbagai pendekatan digunakan oleh pengurus dalam melaksanakan urusan mereka. Pendekatan yang digunakan adalah seperti : 1. Demokratik Pemimpin yang demokratik menggalakkan penglibatan dan penyertaan stafnya tentang tindakan dan keputusannya. Ia dibuat secara perbincangan. Keputusan juga adalah keputusan bersama di samping menghormati individu dan kumpulan lain. 2. Autokratik Pemimpin yang autokratik merupakan seseorang yang memerlukan stafnya untuk menurut perintah yang diarahkannya, dan memimpin mengikut kebolehannya untuk memberi atau rnenarik balik ganjaran kerja serta hukuman. Dia membuat semua keputusan dan tidak berbincang dengan orang lain. Pendekatan pelaksanaannya juga dibuat oleh seorang sahaja. 3. Laissez faire Penglibatan pengurus atau pemimpin yang terlalu sedikit . Dia menggunakan kuasanya dan memberi penuh kebebasan kepada orang bawahannya untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin ini biasanya memberi kebebasan staf bawahannya untuk menentukan matlamat mereka sendiri serta cara-cara mencapainya. Ia juga melihat peranannya sebagai memberi panduan kepada terlaksananya operasi-operasi stafnya.

Guru sebagai pengurus kurikulum Guru merupakan faktor paling penting dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah. Dia hendaklah memahami serta menghayati falsafah dan matlamat pendidikan negara. Setelah memahami falsafah pendidikan serta cita-citanya, barulah guru itu akan mempunyai sikap positif serta akan beriltizam untuk menjayakan satu-satu kurikulum itu. Berikut adalah peranan guru sebagai pengurus kurikulum.:
18 | M U K A S U R A T

1. Analisis kurikulum. Setiap guru sama ada berpengalaman atau tidak perlu membuat analisis kurikulum yang hendak disampaikannya. Sukatan pelajaran itu perlu diteliti dengan sebaikbaiknya. Setiap sukatan pelajaran disediakan oleh Kementerian Pelajaran dan tugas guru adalah menyampaikan isinya sebagaimana yang tercatat dalam sukatan pelajaran dalam masa yang ditentukan. Semasa mengkaji sukatan pelajaran , guru dinasihatkan supaya menggunakan buku panduan khas bagi setiap mata pelajaran. Buku panduan khas itu disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi sukatan pelajaran. 2. Menentukan Keperluan Pelaksanaan. Guru juga perlu memahami apa kandungan kurikulum yang terdapat dalam satu-satu mata pelajaran yang hendak diajar oleh guru. mendapat maklumat yang releven sahaja. Di dalam melaksanakan kurikulum, guru juga perlu menentukan keperluan mereka dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Oleh kerana pendekatan pengajaran adalah berpusatkan murid, maka penyertaan muridmurid seharusnya ditekankan. difikirkan. Dalam menentukan keperluan pelaksanaan beberapa kriteria penting diambil kira iaitu kemahiran guru, bahan dan alatan, pengetahuan, isi pelajaran, strategi dan teknik serta susunan dan pengendalian bilik darjah. 3. Perancangan Pengajaran Perancangan yang baik merupakan satu aspek penting dalam pengajaran yang berkesan. Setiap guru sama ada yang berpengalaman atau tidak perlu membuat perancangan yang teliti untuk mencapai kejayaan dalam pengajarannya. Pengajaran
19 | M U K A S U R A T

Ini bagi membolehkan murid-murid

Dengan itu kegiatan-kegiatan yang sesuai perlu

yang berkesan meningkatkan pencapaian akademik murid-murid dan mengurangkan masalah-masalah disiplin. Aspek rancangan pengajaran , bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta susunan bilik darjah adalah penting dalam merancang pengajaran. Proses pengajaran adalah kompleks. Ia merangkumi pelbagai perkara dan fungsi yang saling berkait dan hendaklah bertindak serentak agar mencapai kejayaan. Sekiranya satu atau beberapa fungsi tersebut dikawal, kejayaan yang diharapkan dalam pengajaran dan pembelajaran akan turut terjejas. Bagi mencapai matlamat ini, guru hendaklah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat murid-murid. 4. Pelaksanaan Pengajaran Pengajaran yang efektif melibatkan beberapa prosedur. Ia termasuklah penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, pengagihan masa yang baik, penggunaan sumber yang berkesan serta pengelolaan bilik darjah. Teknik mengajar mesti dipelbagaikan untuk menarik minat murid dan mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Penilaian Penilaian pencapaian dijalankan untuk menentukan sejauh manakah objektif-objektif pelajaran telah tercapai, iaitu sejauh manakah murid-murid telah memahami pelajaran serta dapat menggunakannya dalam situasi baru. berbentuk lisan atau tulisan. disampaikan oleh guru. Penilaian yang dijalankan boleh yang Ia harus berdasarkan perkara-perkara yang telah

Sebagai contoh, guru boleh menjalankan sesi kuiz

ringkas untuk menentukan aras kefahaman mereka. Dalam KBSR penilaian dijalankan pada tiga peringkat iaitu: 1. Penilaian serta merta. Cara ini dijalankan semasa pengajaran dijalankan. Melalui pemerhatian tindak balas serta kerja harian murid. 2. Penilaian kemajuan. Ia dijalankan selepas beberapa kemahiran diajar. Penilaian
20 | M U K A S U R A T

seperti ini bertujuan untuk mengesan penguasaan murid-murid terhadap kemahirankemahiran yang telah didedahkan. Lazimya ia dicatat dalam laporan prestasi dari semasa ke semasa. 3. Penilaian pencapaian. Ia disampaikan selepas beberapa unit pembelajaran telah disampaikan. Markah yang diberi kepada murid kemudiannya ditukar kepada gred dan seterusnya dicatat dalam rekod profil. Biasanya dijalankan pada setiap hujung penggal persekolahan. 6. Kajian semula dan tindakan susulan. Maklum balas dalam bentuk markah yang diperolehi oleh murid-murid dalam pelbagai jenis ujian akan dianalisis dan ditentukan kemerosotan atau peningkatan bagi setiap murid. Pencapaian murid yang meningkat baik hendaklah dipuji dan diberi peneguhan. Manakala bagi murid-murid yang telah merosot, satu alternatif hendaklah dicari. Muridmurid yang lemah hendaklah diberi lebih perhatian agar kelemahan-kelemahan mereka dapat diatasi. Hasil daripada analisis maklum balas, langkah-langkah pengubahsuaian seharusnya dijalankan. Sekiranya penganalisian maklum balas menunjukkan teknik pengajaran itu kurang sesuai maka, ia hendaklah diubahsuai agar murid-murid dapat menangkap konsep-konsep dengan lebih cepat lagi.

21 | M U K A S U R A T

BIBLIOGRAFI

1. Ee Ah Meng.( 1997). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam, Selangor. 2. Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2002), Kepemimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikul, Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Mok Soon sang, ( 2008). Pengurusan Kurikulum. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan. 4. Abdul Rahim Hamdan ( 2007), Pengurusan Kurikulum. Malaysia, Johor Universiti Teknologi

5. Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad ( 2006). Pedagogi : Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan, PTS Profesional, Kuala Lumpur. 6. Ishak Ramli, ( 2005). Inilah Kurikulum Sekolah . PTS Profesional, Bentong, Pahang. 7. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar Pelajaran 1979 8. Mook Soon Sang, Kursus PTK ( Pengajaran dan Pembelajaran ), Multimedia ES Resourses Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. 9. Mook Soon Sang, ( 2007 ) Nota Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran ), Multimedia ES Resourses Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. 10. Mohamad Daud Hamzah (1993). Penerokaan Teori Kurikulum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

22 | M U K A S U R A T

You might also like