You are on page 1of 7

Panggilan dan Sapaan Kesantunan Berbahasa Kesantunan berbahasa merangkumi cara sapaan sama ada secara lisan atau

bertulis dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kehalusan budi bahasa menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang perlu dikuasai oleh pelajar. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Kesantunan berbahasa terdiri daripada dua kategori bahasa iaitu bahasa sapaan dan bahasa tubuh. Bahasa sapaan dikategorikan kepada sapaan keluarga, sapaan masyarakat, panggilan hormat dan aturan sapaan. Manakala bahasa tubuh pula terdiri daripada gerakan anggota tubuh, gerakan mata, gerakan tangan dan mimik muka. Aktiviti Membuat Nota 1. Senaraikan ciri-ciri gelaran atau panggilan kehormat untuk kategori berikut: a) Gelaran keturunan b) Gelaran anugerah c) Gelaran ikhtisas 2. Senaraikan Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan 1. santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. 2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa

3. 4.

atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran,

rujukan hormat dan ganti nama. 5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan

6.

pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.'' 7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya. 8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. 9, Lihat contoh berikut:

Pak Mak

Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri. Digunaka utnuk orang perempuan yang kirakira sebaya dengan emak kendiri Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri. Digunakan untuk orang lelaki yang tidak

Tok

Abang Kakak

setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri. Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak

semuda kendiri. Digunakan untuk orang lelaki atau Adik permepuan yang lebih muda daripada kendiri.

10. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik 11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada: i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su. Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik. ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya. 12. Gelaran Pergaulan Bebas Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.

13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal) Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.

Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad. Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya. Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya. Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara. Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

14. Gelaran Warisan Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu). Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu) Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 16. Gabungan Gelaran (a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji (b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji (c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik. (d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik (e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji (f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

17. Rujukan Hormat Orang Yang Disapa Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Rujukan Hormat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Duli Yang Maha Mulia

Raja Permaisuri Balu Raja Raja Muda atau Tengku Mahkota Kerabat Diraja Karib Bergelar warisan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja Tun, Toh Puan Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal Ketua Hakim Negara Ketua Polis Negara Hakim, Kadi Mufti dan pemimpin Islam Ketua jabatan tanpa gelaran

Yang Maha Mulia Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia Yang Amat Mulia Yang Mulia Yang Amat Berhormat Yang Berhormat Yang Berhormat Mulia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Amat Arif Yang Amat Setia Yang Arif Sahibul Samahah Yang Berusaha

http://www.tutor.com.my/stpm/kesantunan_berbahasa.htm

TAJUK 2 Kesantunan Berbahasa SINOPSIS Pelestarian bahasa Melayu melalui fungsi dan penggunaannya adalah untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan melalui penekanan kepada aspek kesantunan berbahasa. Penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk

membentuk generasi yang berkualiti, berkeperibadian tinggi dan mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun bangsa. Aspek yang ditekankan dalam bab ini ialah bahasa sapaan dan bahasa tubuh. Bahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga, masyarakat, protokol panggilan hormat dan aturan sapaan. Bahasa tubuh merangkumi gerakan anggota tubuh, gerakan mata, tangan, dan mimik muka. Kesantunan berbahasa dalam komunikasi mampu melahirkan modal insan yang berkaliber dan berkualiti, selari dengan cabaran globalisasi demi kepentingan agama, bangsa dan negara. HASIL PEMBELAJARAN o Menggunakan bahasa Melayu yang bersopan semasa berkomunikasi dalam pelbagai situasi. KERANGKA TAJUK

Posted by keluarga at 1:37 PM 4 comments http://maimunasiyana.blogspot.com/

You might also like