P. 1
Rancangan Pengajaran Matematik Tahun 1 (Tertib)

Rancangan Pengajaran Matematik Tahun 1 (Tertib)

|Views: 225|Likes:
Published by Tow Teck Soon

More info:

Published by: Tow Teck Soon on Dec 04, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/02/2015

pdf

text

original

REFLEKSI PEMBELAJARAN MAKROPENGAJARAN PENGENALAN Saya menjalankan rancangan pengajaran Matematik ini di kelas 1K.

dalam kelas ini terdapat 38 orang murid. Pada akhir pembelajaran murid haruslah dapat menyusun kumpulan objek, kad gambar dan kad angka mengikut tertib menaik dan menurun. Murid telah mempunyai pengalaman sedia ada dalam kehidupan harian seperti mereka dapat mengira nombor dari 1 hingga 10 dan tahu membezakan nilai kecil atau besar. Ini telah memudahkan saya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

KEKUATAN Aktiviti permaianan kumpulan yang menyeronokkan merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya. Semua murid suka belajar melalui bermain . Mereka merasa terhibur apabila bermain . Permainan sebagai satu cara pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan serta mampu merangsang minda murid . Dalam aktiviti permaianan kumpulan tersebut , muridmurid menggunakan kad gambar dan kad angka untuk memperolehi pengetahuan untuk meningkatkan perkembangan dari segi psikomotor, sosioemosi dan kreativiti. Di samping itu, permainan kumpulan memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada murid menerusi penglibatan aktif , interaktif, koloboratif . Ini dapat mewujudkan semangat tolong-menolong dan menghargai pendapat sesama murid . KELEMAHAN Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makropengajaran ialah murid kurang berminat menyiapkan tugasan seperti lembaran kerja dan latihan dalam buku kerja Matematik. Ini telah mengakibatkan saya tidak dapat mengetahui tahap kefahaman mereka terhadap tajuk pembelajaran. LANGKAH MENGATASI

Saya membuat pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik seperti penyelesaian masalah matematik. Saya juga cuba menggunakan strategi pemusatan bahan, seperti radio, gambar, model, benda konkrit atau bahan bercetak dalam proses pengajaraan dan pembelajaran. Bahan pengajaran yang disediakan itu telah berjaya menarik minat murid untuk membuat tugasan dan juga mudah difahami oleh setiap murid. Tujuannya adalah untuk merangsangkan murid–murid supaya mereka dapat memberikan tumpuan dan minat terhadap kerja rumah. Di samping itu, murid tidak akan berasa bosan dan sebaliknya dia merasa sangat bangga sekiranya berjaya menyelesaikan tugasan, iaitu latihan dalam buku kerja Matematik. Pada pendapat saya, guru ialah seorang pelakon, dia mesti pandai menonjolkan kebakatannya supaya terdapat banyak penonton suka akan lakonannya. Manakala, murid ialah penonton dan dia akan menyaksikan pertunjukan yang disembahkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, guru mestilah pandai memilih dan mengurus strategi yang sesuai untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan. Penyelesaian ini juga berkesan untuk menyelesaikan masalah murid dengan baik.

Rancangan Pengajaran Harian Matematik Tahun 1
Bidang Pembelajaran Tajuk Standard Kandungan : Nombor dan Operasi : Nombor bulat hingga 10 : Murid dibimbing untuk: menama dan menentukan nilai. Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : ii. menentukan nilai nombor hingga 10. (d) menyusun kumpulan objek, kad gambar dan kad angka mengikut tertib menaik dan menurun. Masa : 30 minit (1 waktu)

Bilangan Murid
Fasa 1. Persediaan Pemerhatian dan Analisis

: 38 orang
Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi i Berapakah bilangan keping pemadam dalam setiap kumpulan?

1. Tunjukan kumpulan pemadam
(55 keping) yang mempunyai bilangan 1-10. i. Minta murid membilang bersama-sama bilangan pemadam.

2. Imaginasi Penjanaan Idea

1. Menerangkan konsep tertib
menaik dan menurun. 2. Minta murid menyusun kumpulan pemadam secara tertib menaik. 3. Minta murid menyusun kumpulan pemadam secara tertib menurun.

i Tertib menaik ialah susunan dari kecil hingga besar daripada nilainya. ii Tertib menurun ialah susunan dari besar hingga kecil daripada nilainya. i Berapakah bilangan objek dalam gambar? ii Susun gambar mengikut tertib menaik dari kiri ke kanan, iaitu kecil ke besar. (naik tangga) iii Susun gambar mengikut tertib menurun dari kiri ke kanan, iaitu besar ke kecil. (turun tangga)

3. Perkembangan 1. Edarkan kad gambar kepada Penambahbaikan murid seperti contoh di bawah:

2. Minta murid menyusun kad
gambar secara tertib menaik. 3. Minta murid menyusun kad gambar secara tertib menurun. 4. Tindakan Pelaksanaan Amalan Berterusan 1. Edarkan kad angka kepada murid dalam kumpulan dan minta murid: i menyusun kad angka secara tertib menaik. ii menyusun kad angka secara tertib menurun. Terapkan sikap bekerjasama dan bantu-membantu semasa aktiviti dijalankan. Pentaksiran Nilai dan Sikap Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja. Terapkan sifat bekerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti di bilik darjah. i Sila berdiri mengikut tertib menaik dari kiri ke kanan, iaitu kecil ke besar. (naik tangga) ii Sila berdiri mengikut tertib menurun dari kiri ke kanan, iaitu besar ke kecil. (turun tangga)

Strategi: berpusatkan bahan, guru dan pelajar Kaedah: soal jawab, koperatif Nilai: beri perhatian, bekerjasama, patuh arahan ABM: pemadam, kad gambar, kad angka KBKK: menjana idea, memahami Refleksi guru:

Lembaran Kerja 1. Isikan tempat kosong dengan angka ikut tertib menaik. 9 6 4 1 2. Isikan tempat kosong dengan angka ikut tertib menurun. 10 8 5 3

3. Susunkan nombor berikut mengikut tertib menaik.

26

28

25

27

4. Susunkan nombor berikut mengikut tertib menurun.

72

70

73

71

Murid pegang gambar sambil berdiri tanpa mengikut tertib menaik atau menurun

Murid susun gambar mengikut tertib menaik dari kiri ke kanan, iaitu kecil ke besar

Murid susun gambar mengikut tertib menurun dari kiri ke kanan, iaitu besar ke kecil

Murid berdiri tidak mengikut tertib menaik atau menurun

Murid berdiri mengikut tertib menaik dari kiri ke kanan, iaitu kecil ke besar

Murid berdiri mengikut tertib menurun dari kiri ke kanan, iaitu besar ke kecil

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->