You are on page 1of 2

CONTOH KARANGAN CEMERLANG BAHASA MELAYU SPM

==> Huraikan persediaan remaja menghadapi Wawasan 2020.


Remaja ialah pewaris yang akan membantu negara memajukan sesebuah negara. Mereka ialah tonggak negara yang akan membantu negara merealisasikan matlamat neara untuk mencapai Wawasan 2020. Wawasan 2020 bermaksud matlamat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju dan terunggul pada tahun 2020. Namun, masyarakat pada masa ini terutamanya remaja kurang sedar akan cabaran dan persaingan yang perlu dihadapi di pentas antarabangsa pada masa akan datang. Remaja kini tidak dititikberatkan Wawasan 2020 negara kerana sikap mereka yang terlalu alpa dengan keseronokan teknologi moden tanpa mereka sedar bahawa teknologi inilah yang membolehkan negara kita maju. Sehubungan dengan itu, remaja perlulah membuat persediaan mental dan fizikal bagi membantu negara merealisasikan Wawasan 2020 kerana merupakan tulang belakang mencapai kemajuan. Sejajar dengan senario yang diutarakan, antara persediaan remaja menghadapi Wawasan 2020 adalah menguasai bidang sains dan teknologi. Dalam melangkah ke era globalisasi ini, bidang sains dan teknologi amat penting bagi menaikkan nama negara serta meletakkan negara setaraf dengan negara maju yang lain ibarat peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Oleh itu, remaja perlu mendalami serta menguasai bidang ini dengan lebih agresif seperti mengambil jurusan atau aliran yang lebih cenderung ke arah bidang sains dan teknologi. Remaja juga perlu bijak serta berfikiran luas dalam menyelasaikan sesuatu perkara ibarat menarik rambut di dalam tepung, terutama dalam bidang sains dan teknologi agar dapat mencipta kelainan dalam bidang ini. Konklusinya, bidang ini memainkan peranan dalam merealisasikan harapan negara ke arah Wawasan 2020 dan seterusnya dapat melahirkan remaja yang bersedia dengan Wawasan 2020. Salah satu persediaan remaja menghadapi Wawasan 2020 adalah dengan memperkukuh perpaduan kaum. Hal ini kerana, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya. Tambahan pula, agama Islam memang menggalakkan hubungan baik dan mesra sesama kaum. Oleh itu, pelbagai aktiviti yang melibatkan semua kaum seperti rumah terbuka dan aktiviti kemasyarakatan perlu diadakan bagi memperkukuh lagi perpaduan kaum. Di samping itu, semua kaum juga perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memperkukuh perpaduan kaum. Rentetan itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa memperkukuh perpaduan kaum merupakan persediaan remaja menghadapi Wawasan 2020. Di samping itu, mengekalkan keamanan dan kemakmuran adalah salah satu persediaan remaja menghadapi Wawasan 2020. Rentetan itu, remaja hendaklah mencegah gejala sosial seperti lumba haram, vandalisme dan melepak. Oleh itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting bagi mendidik anak-anak kecil kerana melentur buluh biarlah datipada rebungnya. Hal ini dapat mengelakkan negara menjadi huru-hara dengan pelbagai masalah sosial yang sukar diatasi. Oleh yang demikian untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran, konsep 1 Malaysia dan Rukun Negara mestilah dihayati serta diamalkan oleh

remaja. Maka, tegaslah di sini bahawa remaja haruslah bersama-sama menggembleng tenaga untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara bagai aur dengan tebing tanpa mengira kaum dan keturunan sebagai salah satu persediaan remaja menghadapi Wawasan 2020. Pada hakikatnya, mewujudkan masyarakat berkasih sayang juga merupakan faktor utama dalam persediaan bagi seseorang remaja untuk menghadapi Wawasan 2020. Hal ini demikian kerana amalan berkasih sayang dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Remaja sudah sedia maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India. Antara aktiviti yang efektif untuk mengeratkan silaturahim sekaligus memupuk kasih sayang antara remaja adalah aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim malah mengukuhkan ukhwah yang sedia terjalin. Remaja yang ringan tulang dan menggembleng tenaga dalam menjalankan aktiviti rewang dapat mewujudkan masyarakat berkasih sayang. Oleh itu, remaja haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam melahirkan masyarakat berkasih sayang agar persediaan remaja untuk menghadapi Wawasan 2020 tercapai. Konklusinya, persediaan remaja menghadapi Wawasan 2020 ini haruslah dipupuk dan disemai dari bangku sekolah lagi. Sehubungan itu, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk membantu remaja menghadapi Wawasan 2020, terutamanya para ibu bapa, rakan-rakan, media massa dan masyarakat sekeliling. Hal ini demikian kerana merealisasikan Wawasan 2020 ini mempunyai pelbagai halangan dan cabaran yang perlu diharungi oleh remaja untuk menaikkan nama negara ke persada dunia. Para remaja juga haruslah bersemangat untuk mencapai matlamat negara kerana remaja merupakan tulang belakang negara. Harapan saya agar tiada pihak yang hanya bersikap hangat-hangat tahi ayam dalam persediaan menghadapi Wawasan 2020 ini. Remaja haruslah bersungguh-sungguh dan berusaha gigih sehingga mencapai Wawasan 2020 kerana bara yang digenggam biar sampai jadi arang.

You might also like