You are on page 1of 45

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

TUGASAN TAKSIRAN

Sebagai seorang guru yang prihatin anda dikehendaki mengenalpasti masalah membaca dan menulis yang dihadapi murid dalam pembelajaran jawi dalam kelas anda dan.menghuraikan langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan untuk meningkatkan pembelajaran mereka.

Menulis satu esei pendek (2500-3000 patah perkataan) untuk menghuraikan masalah membaca dan menulis dalam pembelajaran jawi dan langkahlangkah pemulihan dan pengayaan.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

PENDAHULUAN

Sepanjang saya melaksanakan peranan sebagai guru j-Qaf di sek.keb. Jalan Paya Besar,Lunas; program Pemulihan Jawi adalah menjadi tanggungjawab kepada guru j-QAF untuk dilaksanakan seperti mana yang telah direncanakan di dalam buku panduan Perlaksanaan Model-Model pengajaran dan Pembelajaran dan Ko-kurikulum. Dalam seminggu hanya 2 waktu atau satu jam diperuntukkan untuk kelas pemulihan jawi.

Sepanjang tempoh satu jam, murid j-Qaf telah dipisahkan daripada murid yang lain untuk belajar dengan menggunakan silibus j-Qaf. Semasa aktiviti j-Qaf berlangsung, murid-murid memberikan tindak balas yang positif dengan memberikan kerjasama sepanjang aktiviti dilangsungkan.

Kumpulan yang terpilih akan diberikan tumpuan dan mereka adalah dalam kelompok kecil yang benar-benar bermasalah dan perlu kepada kelas pemulihan jawi!

ISU

Dalam pelajaran Jawi, menguasai setiap kemahiran mengenal huruf jawi amatlah perlu dilalui oleh setiap murid apatah lagi kepada murid-murid yang lemah, terutama dalam mengenal huruf jawi tunggal. Melalui pemerhatian yang

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

saya jalankan ke atas murid-murid kelas pemulihan jawi ini, didapati mereka mengalami masalah dalam banyak perkara.
PENDIDIK AN

Antara masalah-masalahnya mereka seringkali sukar mengingat kembali apa yang telah diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan bentuk-bentuk huruf jawi tunggal. Sehubungan dengan itu teknik dan metodologi yang berkesan perlu diajar supaya murid-murid ini dapat menguasai setiap kemahiran jawi yang menjadi sebahagian daripada mata pelajaran pendidikan islam.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

MASALAH

Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai I.Q yang rendah. Konsep pendidikan pemulihan di dalam KBSR dan KBSM tertumpu kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira. Justeru itu, sebelum melaksanakan aktiviti pemulihan, seseorang guru itu harus mengenal pasti apakah masalah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira yang seringkali dihadapi oleh murid-murid. (Mok Soon Sang, 2003)

Di sini fokus utama dalam masalah penguasaan membaca jawi bagi mata pelajaran pendidikan Islam. Contoh-contoh masalah penguasaan kemahiran membaca ialah :

1. Masalah mengenal huruf tunggal yang diimlakkan. Murid-murid sering kali keliru dengan huruf yang hampir sama, Contoh:

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

2. Masalah membaca suku kata terbuka daripada huruf-huruf.


PENDIDIK AN

Sukar menyebut suku kata terbuka yang diimlakkan Contoh:

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

3. Masalah membaca suku kata tertutup yang diakhiri dengan huruf. Sukar membaca suku kata tertutup yang diakhiri dengan huruf Contoh:

4. Masalah membaca perkataan-perkataan mudah dari suku kata terbuka dan tertutup.

Sukar menyebut perkataan-perkataan dari suku kata terbuka dan tertutup. Contoh:

5. Masalah menyebut perkataan dengan betul dan lancar.

Murid seringkali sukar membunyikan huruf-huruf yang diimlakkan dengan tepat dan lancar

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Contoh:

PENDIDIK AN ILMU

Beberapa masalah yang wujud berkaitan kemahiran menulis jawi di kalangan murid-murid pemulihan jawi ialah seperti berikut: Tulisan yang terlalu buruk sehingga sukar untuk dibaca atau tidak boleh dibaca langsung. Mengubah bentuk huruf dengan menambahkan garis-garis tertentu pada huruf.Contoh: ditambah ekor dihujung huruf tersebut menjadi Menulis dengan cara terbalik iaitu memulai dengan huruf terakhir ke huruf terawal, atau dari kiri ke kanan.Contoh: . Murid menulis huruf terlebih dahulu kemudian diikuti dengan huruf dan . Tulisan tanpa ketentuan dan ketetapan jarak huruf atau perkataan seperti menulis satu huruf dalam perkataan lebih jauh daripada huruf-huruf yang lain.Contoh: ditulis Tulisan tanpa ketetapan bentuk dan condong huruf seperti tulisan semakin lama semakin mengecil, atau semakin lama semakin membesar, atau terlalu condong ke bawah atau terlalu condong ke atas.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

Tulisan yang menaik dan menurun dan tidak selari dengan garisan yang ditentukan.

Tidak boleh membezakan bentuk huruf jawi ketika menulis huruf tunggal yang serupa.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Sukar menulis bentuk huruf jawi tunggal kerana keliru dengan cara penulisan jawi dari kanan ke kiri.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

Sukar

menulis

bentuk

huruf

jawi

bercantum

dan

keliru

ketika

menyambungnya sama ada di awal, di tengah dan di akhir perkataan. Murid tidak dapat membezakan matapelajaran jawi dan iqra. Murid-murid keliru dengan bentuk huruf yang sama dan bunyi yang hampir serupa. Murid-murid juga sukar mengingat huruf-huruf jawi yang terlalu banyak.

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Bagi memastikan pencapaian murid terus meningkatkan prestasi maka perlu diadakan program pemulihan dan pengayaan. Kelemahan murid yang telah dikenalpasti perlu diatasi melalui pemulihan dan kekuatannya perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan (Ahmad Mohd Salleh, 2008).

Ahmad Mohd Salleh (2008) menekankan bahawa aktiviti pemulihan adalah tindakan khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu. Selain itu, aktiviti pemulihan membantu murid mengubah sikap daripada negatif kepada positif serta sikap yakin diri dan minat terhadap pelajaran.

Manakala aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dari masa ke semasa melalui aktiviti pelbagai atau tugasan tambahan yang diberikan kepada murid untuk diselesaikan secara individu atau kelompok bagi membantu meningkatkan

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

kemahiran, meluaskan pengetahuan dan pengalaman.Melalui aktiviti pengayaan murid akan dapat mengembangkan minat, daya kreatif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan mereka.
PENDIDIK AN

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

Untuk mendapatkan maklumat mengenai apa itu pemulihan dan pengayaan serta mengetahui terperinci jenis-jenis aktivitinya, maka dijelaskan seperti;

PEMULIHAN JAWI

Dalam hal pemulihan jawi, Ia dilaksanakan dengan satu penyusunan jadual mengajar dengan mengikut jadual mengajar sedia ada, kanak-kanak pemulihan meninggalkan kelas Jawi dalam kumpulan yang tidak melebihi 10 murid untuk mendapatkan perkhidmatan khas pemulihan dalam sebuah bilik yang disediakan khas (Lampiran A).

Seorang guru pemulihan khas di tugaskan mengelola dan mengurus kelas bimbingan khas pemulihan ini .Apabila cukup waktunya, iaitu dalam lingkungan tempoh 45 minit , murid-murid pemulihan tadi akan pulang ke kelas biasa masing-masing.( Ahmad Mohd Salleh, 2008)

BAGAIMANA MENGESAN MURID PERLU PEMULIHAN JAWI

Menurut

Mok

Soon

Sang

(2003),

strategi

pengesanan

masalah

pembelajaran murid haruslah menitikberatkan perkara-perkara berikut yang mana sama caranya mengesan murid bermasalah dalam jawi.Iaitu;

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

1. Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis dengan menggunakan cara-cara berikut: A) PEMERHATIAN Melalui pemerhatian, guru boleh mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kemahiran membaca akan menunjukkan tanda-tanda berikut;
PENDIDIK AN

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

Tidak boleh langsung membaca satu-satu huruf, perkataan atau ayat. Tidak boleh menyebut bunyi huruf atau perkataan dengan tepat. Tidak boleh membaca ayat dengan lancar. Membaca sesuatu perenggan terlalu lama. Menggerakkan bibir semasa membaca apabila membaca berkumpulan. Menggunakan membaca. jari untuk menunjukkan setiap perkataan semasa

Menggerakkan kepala dari kiri ke kanan, kemudian kanan ke kiri semasa membaca.

Membaca dengan bunyi terlalu perlahan. Menutup muka dengan buku semasa membaca.

Manakala murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kemahiran menulis boleh diperhatikan dengan cara memegang alatulis, gaya anggota semasa menulis dan bentuk tulisan. Secara am, kelemahan-kelemahan penguasaan kemahiran menulis adalah seperti berikut; Bentuk huruf tidak ditulis tepat.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF


PENDIDIK AN

Huruf-huruf dalam perkataan ditulis tinggi rendah atau terlalu jauh. Perkataan-perkataan dalam ayat terlalu rapat, kecil atau condong. Jarak di antara perkataan-perkataan dalam ayat terlalu jauh. Ejaan perkataan seringkali salah.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

B) PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI Rekod prestasi merupakan satu bentuk senarai semak yang digunakan untuk mengesan murid dalam sesuatu unit pembelajaran. Borang rekod prestasi ini mengandungi kemahiran-kemahiran dan catatan atau tindakan yang disusun di bahagian atas dan senarai nama murid-murid yang disusun dari atas ke bawah di sebelah kiri seperti dalam jadual 1(Lampiran B).

Melalui rekod tersebut, mana-mana murid bermasalah akan dipantau sama ada boleh menguasai setiap satu kemahiran berdasarkan sukatan yang disediakan untuk program j-QAF. Penilaian dibuat berdasarkan tahap penguasaan iaitu menguasai cemerlang, sederhana dan belum menguasai.

C) UJIAN KERTAS DAN PENSIL/ LATIHAN HARIAN

Selain pemerhatian dan pentafsiran rekod prestasi, guru juga boleh mengesan masalah pembelajaran murid melalui pemeriksaan dan keputusan ujian murid atau latihan harian bertulis. Hasilnya akan memberi gambaran yang jelas tentang kelemahan penguasaan kemahiran menulis seseorang murid.

D) KUIZ ATAU SOAL JAWAB

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Soal jawab atau kuiz merupakan cara yang paling cepat untuk mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid. Melalui aktiviti soal jawab yang merupakan penilaian formatif di dalam kelas, bidang kelemahan penguasaan kemahiran membaca dapat dikesan dengan serta merta.Dengan cara ini guru dapat membetulkan kesilapan murid dan memberi aktiviti pengukuhan bagi kemahiran pembacaan di kalangan murid.
PENDIDIK AN

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

2. Senaraikan semua masalah pembelajaran yang dikenal pasti. 3. Mengesan punca masalah dengan menggunakan ujian diagnostik.

PROSEDUR DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN JAWI

Pengenalpastia n murid.

Penganalisian masalah.

Perancangan dan Penyediaan Bahan.

Pengajaran dan Pembelajaran

Ujian dan Penilaian Rajah A

Tindakan Susulan

Mok Soon Sang (2003) menyatakan bahawa peranan guru dalam merealisasikan aktiviti pemulihan dimulakan dengan langkah-langkah seperti yang tertera pada rajah A.

Di dalam proses pengelolaan sesi pemulihan guru perlu mengenalpasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dengan memerhatikan murid-

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

murid belajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, berkomunikasi dengan murid selepas pengajaran guru dan melihat hasil kerja rumah mereka.
PENDIDIK AN

Menganalisis masalah-masalah pembelajaran melalui ujian diagnostik. Selalunya ujian diagnostik bertulis sama ada secara objektif dan subjektif (Lampiran C).

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

Seterusnya rancangan program pemulihan dibuat antaranya aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan murid, penyampaian daripada konkrit kepada abstrak atau mudah kepada susah mengikut kebolehan dan bahan bantu mengajar digunakan secara berkesan.

Pelaksanaan pengajaran pemulihan seperti yang dirancang dengan memberi tumpuan kepada pengajaran satu kemahiran yang tertentu.

Guru melakukan penilaian setiap kali kelas dijalankan. Penilaian hedaklah menguji kemahiran mengenal , membaca dan menulis huruf-huruf dan suku kata yang dipelajari. Hasil penilaian hendaklah direkodkan dalam borang penilaian kelas pemulihan Jawi (Lampiran D).

Berdasarkan hasil penilaian dan analisis yang dibuat, guru boleh merancang tindakan susulan yang seterusnya melalui aktiviti pemulihan yang lebih berkesan.

STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Mok Soon Sang (2003) menambah yang aktiviti pemulihan mempunyai strategi-strategi berikut;.
PENDIDIK AN

a)

Strategi

pengajaran-pembelajaran

pemulihan

secara

berkumpulan. Aktiviti dijalankan apabila terdapat sekumpulan murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Murid-murid yang dapat menguasai kemahiran yang diajar akan diberikan aktiviti pengayaan semasa guru mengelolakan aktiviti pemulihan.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

b)

Strategi pengajaran-pembelajaran secara individu. Aktiviti dijalankan apabila terdapat sekumpulan kecil murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. Guru boleh memantau atau membetulkan murid-murid secara bergilir-gilir.

c)

Strategi bimbingan rakan sebaya Murid yang dapat menguasai kemahiran boleh membantu murid yang lemah.

d)

Strategi untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal yang lemah.

Guru mesti memastikan yang bahan-bahan permainan/alatan mengajar adalah cukup besar supaya murid-murid boleh memegang atau memanipulasinya dengan mudah.

e)

Strategi

untuk

murid-murid

yang

mempunyai

masalah

keupayaan visual yang kurang. Bahan-bahan pemulihan mesti menarik dan berwarna-warni supaya dapat menarik perhatian murid-murid. Guru juga perlu

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

menggunakan tulisan yang bersaiz besar supaya murid dapat membaca arahanarahan yang disediakan oleh guru dengan mudah.
PENDIDIK AN

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

f)

Strategi untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang lemah. Guru mesti memberi penerangan dengan suara yang kuat, terang dan jelas serta pastikan apa yang hendak disampaikan itu dapat di terima oleh murid-murid.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), bagi memastikan keberkesanan kelas pemulihan Jawi dan kesesuaiannya dengan kemampuan murid, guru dicadangkan banyak menggunakan kaedah yang sesuai dan memenuhi keperluan murid-murid. Antara kaedahnya adalah:

A) KAEDAH PERMAINAN Diambil daripada kata Musa Daia (1992), Ahmad Mohd Salleh mengatakan permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai manusia dan ia satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Apatah lagi permainan adalah sesuai dengan naluri kanakkanak. Sekiranya konsep main ini dicantumkan dengan belajar, maka istilah disebut main sambil belajar. Faedah bermain bukan sahaja murid akan berasa seronok tetapi mereka juga dapat membina perbendaharaan kata, bekerjasama, bertolak ansur serta berupaya menerima kekalahan.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Antara bentuk-bentuk permainan yang dicadangkan dalam model kelas pemulihan jawi adalah; a) Permainan Bagi Huruf Tunggal: Boling Tenteng Main kad Keretapi Main layang - layang Ahli Astronomi
PENDIDIK AN

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

b) Permainan Bagi Kemahiran Suku Kata : Sahiba Pancing ikan Harta karun Rumah merpati Tanda arah Cabutan misteri

B) KAEDAH NYANYIAN Salah satu cara gabung jalin seni dalam pendidikan ialah melalui lagu atau nyanyian. Irama lagu dapat menarik minat murid-murid untuk ikut sama dengan aktiviti dan menjadi mudah mengingati sesuatu kemahiran.Antara jenis nyanyian yang dicadangkan ialah (Lampiran E); Eja dan baca Rasa Sayang Jawi

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF


PENDIDIK AN

Vokal dan suku kata Irama lagu tanya sama hati Irama lagu aci-aci buka pintu Irama lagu wau bulan

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

C) KAEDAH PANDANG DENGAR ( AUDIO VISUAL) Penggunaan sebarang jenis audio visual seharusnya menjelaskan maksud yang hendak disampaikan. Alat audio visual seharusnya digunakan untuk mempamirkan imej huruf jawi dan menbunyikan sebutan yang betul. Dan lebih penting suara dan objek dan apa sahaja adalah berkaitan dengan tajuk atau masalah yang dipelajari. Ini bertujuan supaya segala yang dapat dilihat dan didengar boleh memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar.

D) KAEDAH DEMONSTRASI DAN TUNJUK AJAR Kaedah ini menuntut pemerhatian murid terhadap perlakuan guru dan kemudian murid akan mengikuti gerak laku guru. Cara ini dapat menarik minat kerana mereka turut serta mencuba sesuatu langkah pengajaran bersama-sama.

E) KAEDAH LATIH TUBI . Dalam Islam kaedah latih tubi mempunyai sejarah yang panjang. Malaikat Jibril sendiri telah menggunakan kaedah ini sewaktu mengajar Rasul Allah membaca ayat yang pertama turun ( . ) ' Baginda diajar membaca berulang kali. membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam latih tubi.

Latih tubi adalah satu cara penyampaian pengajaran yang mengulangulang fakta atau perlakuan untuk mendapatkan kemahiran. Cara ini adalah berdasarkan pengajaran cara deduktif di mana murid- murid diberikan satu-satu

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

rumusan, penyeluruhan atau aturan dan mereka diminta menghafalnya secara berulang-ulang untuk mengingat perkara-perkara yang diajarkan itu dan untuk digunakan pada situasi-situasi yang sesuai.
PENDIDIK AN

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

F) KAEDAH SOAL JAWAB Tujuan kaedah ini adalah untuk meransang pemikiran. Ia sebagai interaksi pengajaran-pembelajaran antara guru dengan murid. Ahmad Mohd Salleh (2008) menerangkan bahawa Rashidi Azizan dan Abd.Razak Habib (1995) berpendapat kaedah menyoal boleh digunakan dalam bentuk bacaan dan tulisan.

Diambil dari kata Salihan Sias (1993) pula, kaedah menyoal dapat membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan berfikir.Kaedah ini akan membuatkan murid menumpukan perhatian dan fikiran terhadap apa yang sedang diingati.Ia juga dapat mengelakkan daripada memikirkan perkara lain.

G) IMLAK Kaedah imlak berlaku selepas kertas dan tulisan dihasilkan, iaitu selepas kaedah hafalan diutamakan . Kaedah ini memerlukan murid-murid menulis apa yang direncanakan oleh guru yang mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan dan murid-murid mencatat setiap kata-kata yang didengari.

H) KAEDAH PENERANGAN DAN PEMAHAMAN. Guru terlebih dahulu menerangkan pembelajaran kepada pelajar, kemudian guru mengadakan mengadakan sesi soal jawab di dalam kelas Ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah kefahaman para pelajar. Persoalan akan diajukan

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

kepada pelajar secara rawak, kemudian pelajar yang dapat menjawab

akan

diletakkan dalam kumpulan berasingan daripada kumpulan yang masih belum memahami. Ini akan membantu guru untuk memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar yang kurang faham.
PENDIDIK AN

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

BAHAN BANTU MENGAJAR SEBAGAI BAHAN PEMULIHAN

Bahan bantu mengajar mesti menarik dan jelas dilihat oleh murid. Sebagai contoh penggunaan warna bagi membezakan suku kata. Bagi pelajaran konsep, guru boleh menggunakan benda-benda maujud yang boleh disentuh, dipegang atau dimainkan oleh murid. (Mok Soon Sang,2003). Berikut adalah contohcontoh bahan pemulihan bagi pelajaran jawi: 1. Kad Huruf Tunggal

2. Kad Huruf Tunggal dengan Ejaan.

Dal

Fa

Jim

Lam

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

3. Kad Suku Kata dan Perkataan

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

4. Kad Gambar

5. Kad Permainan

" "


6. Lembaran Kerja

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMULIHAN:

Ahmad Mohd Salleh (2008) telah mencadangkan langkah-langkah pemulihan seperti berikut;

MENULIS: MAIN KAD HURUF

Aplikasi yang digunakan ialah secara: 1) Penerangan 2) Soal jawab permainan

Bidang Tajuk Masalah Punca Masalah Kemahiran Kaedah Penyerapan

: Pemulihan Jawi : Menulis dan membaca huruf dan : Murid keliru dengan bentuk dan bunyi huruf dan : Murid tidak dapat membezakan bunyi huruf dan : Menulis dengan betul huruf tunggal jawi. : Penerangan, soal jawab dan permainan. : Bahasa melayu

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Aktiviti:

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

1.

Guru menunjukkan kad huruf

kepada murid-murid. Guru

membunyikan huruf itu dan diikuti oleh murid.

2.

Ulang langkah 1 dengan kad huruf

3.

Imbaskan kad

dan

satu

persatu

dengan

murid

membunyikan sendiri huruf-huruf tersebut. Ulang aktiviti ini beberapa kali.

4. 5.

Guru menjelaskan cara dan kaedah penulisan huruf yang betul. Guru meminta murid melakar huruf tersebut di angin dan di belakang rakan.

6.

Guru menyuruh murid mengenalpasti bunyi huruf dengan menunjukkan kad gambar yang mengandungi perkataan yang bermula dengan dan .

6.

Guru menyuruh murid memberikan perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf dan .

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

4.

Guru mengedarkan lembaran kerja. Kemudian guru meminta murid menulis huruf jawi sebagaimana yang ada pada lembaran tersebut.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

Berdasarkan aktiviti contoh 1, murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran menulis dan membaca jawi, aktiviti pemulihan yang sesuai dilaksanakan ialah dengan permainan kad huruf, supaya murid-murid boleh mengenal dan paling penting menulis huruf-huruf jawi tunggal. Di samping itu juga murid-murid akan merasa seronok untuk belajar membaca jawi.

Cadangan Aktiviti Penulisan Secara Terperinci

Aktiviti-aktiviti pemulihan melalui dua peringkat pemulihan iaitu : Pemulihan pratulisan (Persediaan). Pemulihan mekanis (Mendirikan asas).

1. Cadangan aktiviti-aktiviti pemulihan pratulisan a) Melakukan latihan-latihan khusus bagi perkembangan otot-otot jari dan tangan seperti: Senaman tangan dan jari Memerah span Memasukkan air ke dalam botol Menguli tanah liat

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF


PENDIDIK AN

Mengoyak kertas Menggunting kertas. Memasukkan manik ke dalam tali Menyusun blok dan bongkah mainan. Menampal kolaj. Membaling dan menangkap objek.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

b) Latihan menguasai gerak tangan yang bebas seperti: Cara duduk yangbetul. Menulis di awan. Cara memegang pensil Aktiviti mengacau adunan kuih. Latihan membuat garisan-garisan seperti lurus, lengkung, panjang, pendek tegak, condong dan sebagainya. Latihan membuat bentuk asas seperti bulat, bujur, segiempat dan sebagainya. Menekap huruf. Mengikut acuan (stensel plate). Mewarna.

c) Latihan-latihan pergerakan mata seperti: Mengerling ke kiri dan ke kanan, atas dan bawah. Mata mengikut arah yang ditunjuki oleh guru.

d) Aktiviti keselarasan (koordinasi) mata dan tangan seperti: Menyambung garisan putus-putus lurus dan bengkok dari kanan ke kiri, atas ke bawah dan membentuk bulatan. Mengecam bentuk huruf

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF


PENDIDIK AN

Mewarnai huruf yang sama bentuk. Membuat urutan Melakar perjalanan arnab untuk menyelamatkan dirinya daripada dimakan ular. Stensilan Menggunting Menekap

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

2. Cadangan aktiviti pemulihan mekanis (mendirikan asas) a) Menekap dan menulis mengikut huruf yang ditekap. b) Menulis huruf mengikut acuan-acuan huruf yang disediakan guru. c) Melukis bentuk-bentuk yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf mengikut teknik yang betul seperti: Melukis bentuk bulat mengikut arah pusingan jam. Melukis garisan menegak dari atas ke bawah. Melukis garis melintang dari kanan ke kiri. Campuran garisan menegak dan melintang.

d) Melukis gambar-gambar yang mirip kepada bentuk huruf seperti: Gambar tiang bendera bagi huruf . Gambar mangkuk bagi huruf dan Gambar mata kail bagi huruf -Gambar itik bagi huruf

e) Latih tubi menulis huruf yang dicontohkan. f) Menyalin urutuan-urutan huruf yang bersambung menjadi sukukata terbuka dan tertutup, dan seterusnya menyalin perkataan dan ayat

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

MEMBACA : MAIN PANCING IKAN


PENDIDIK AN

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

Aplikasi yang digunakan ialah secara: 1) Latih tubi 2) Bermain 3) Soal jawab

Bidang Tajuk Masalah

: Pemulihan Jawi : Mengenal dan mengeja suku kata terbuka daripada dan. : Murid keliru dengan bunyi huruf konsonan yang bersambung dengan huruf vokal.

Punca Masalah

: Murid tidak dapat mengenal huruf tunggal apabila bersambung.

Kemahiran Kaedah Penyerapan

: Mengenal dan mengeja suku kata terbuka. : Latih tubi, bermain dan soal jawab. : Bahasa melayu

Aktiviti: 1. Guru menyebut dan mengeja satu suku kata terbuka berpandukan kad suku kata terbuka. 2. Carta kad - madu (ejaan jawi), laju (ejaan jawi), mula (ejaan jawi) dan laci (ejaan jawi).

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

3.

Latih tubi menyebut dan mengeja suku kata terbuka tersebut dengan murid mengikut bacaan sehingga tamat berulang kali.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

4.

Guru sekali lagi memaparkan carta kad dengan; a) Murid membaca dan mengeja beramai-ramai (bacaan kuat) b) Murid membaca dan mengeja secara kumpulan (bacaan kuat) c) Murid membaca dan mengeja secara individu.

5.

Bermain permainan Pancing Ikan untuk menguji kemahiran murid. Alatan yang diperlukan; a) Objek ikat dikerat dua. b) Batang pancing c) Kad suku kata terbuka d) Lembaran kerja.

6.

Cara permainan; a) Permainan dijalankan secara berkumpulan/individu. b) Cantumkan kepala ikan dan ekor ikan bagi membentuk perkataan. c) Kumpulan yang berjaya memancing dan menyusun suku kata menjadi perkataan dengan pantas dikira pemenang. d) Kumpulan yang mendapat markah paling tinggi diberi hadiah.

7.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang cara menulis suku kata terbuka.

8.

Guru memberi lembaran kerja. Berdasarkan aktiviti pancing ikan, murid yang menghadapi masalah

membaca suku kata terbuka akan lebih tertarik untuk mencuba membaca huruf-

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

huruf jawi yang bersambung dan seterusnya merasa seronok untuk mempelajari bacaan jawi yang lebih sukar.
PENDIDIK AN

Apabila murid telah menguasai kemahiran yang ditetapkan dalam sesi pemulihan, maka murid-murid ini akan diberikan aktiviti sokongan, aktiviti pengayaan atau aktiviti pengukuhan.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

PENGAYAAN

Aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Biasanya, aktiviti pengayaan diberikan kepada murid selepas murid berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran tertentu. Dengan menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai, pengayaan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka.(Mok Soon Sang, 2003)

Rasionalnya aktiviti pengayaan kerana setiap orang murid dalam suatu kelas adalah berbeza pada keupayaan dan perkembangan mental dan biasanya di dalam satu-satu kelas, murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan; iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Kumpulan cerdas dan sederhana mungkin menghadapi masalah apabila dipaksa untuk belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang sama dengan kumpulan lambat sehubungan dengan itu, murid-murid kumpulan lambat seharusnya melalui proses pemulihan dan diberi aktiviti pengayaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Melalui program pengayaan ini, mereka akan sama-sama berpeluang menikmati pelbagai pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam aktiviti pembelajaran.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap murid bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan mengembirakan, tetapi juga mengembangkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan, daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh.
PENDIDIK AN

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

OBJEKTIF AKTIVITI PENGAYAAN

Eh Ah Meng (1998) menyatakan bahawa pengayaan bertujuan untuk: Membolehkan murid menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar. Memperluas lagi pengalaman dan pengetahuan mereka. Menggunakan masa lapang dengan bijaksana.

Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan pelbagai bahan / sumber.

Memupuk daya cipta dan semangat belajar sendiri.

LANGKAH-LANGKAH

UNTUK

MENINGKATKAN

PENCAPAIAN

MURID

MELALUI PENGAYAAN.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Menurut Mok Soon Sang (2003), biasanya aktiviti pengayaan juga terdapat dalam buku teks sebagai aktiviti pengukuhan selepas guru sudah mengajar kemahiran asas. Begitupun untuk memastikan konsep pengayaan mampu mencapai objektifnya maka beberapa langkah perlu dititikberatkan iaitu; Seorang guru mestilah membuat perancangan yang rapi sebelum menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti-aktiviti pengayaan mesti sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid.
PENDIDIK AN

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

Setelah pelajar menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran.

Setelah menguasai keseluruhan kemahiran dalam satu unit pembelajaran.

Ahmad Mohd Salleh (2008) memperjelaskan saranan Mook Soon Sang (2002) bahawa pengayaan juga boleh dikendalikan secara informal. Guru berperanan sebagai penggalak dan pendorong. Guru memberikan bimbingan kepada murid-murid yang lemah. Murid-murid cerdas dan sederhana memerlukan sedikit bimbingan guru.Pengajaran rakan sebaya digalakkan. Muridmurid cerdas akan akan mengajar murid-murid yang lemah. Ini memupuk sifat kerjasama serta bakat kepimpinan dan akhir sekali penghargaan diberikan kepada hasil-hasil kerja murid

CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGAYAAN JAWI

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Mok Soon Sang (2003) menyatakan bahawa aktiviti pengayaan mengikut konteks KBSR dan KBSM biasanya ditumpukan kepada;
PENDIDIK AN

1) Bacaan (Membaca) 2) Tulisan (Menulis) 3) Kiraan (Mengira)

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

Namun di dalam matapelajaran jawi, pengayaan ditumpukan kepada aspek bacaan dan tulisan. Masalah utama murid-murid pemulihan jawi adalah dari aspek mengenal huruf jawi, seterusnya membaca dan menulis huruf jawi yang telah bersambung. Justeru pendekatannya adalah;

1) AKTIVITI PENGAYAAN BACAAN (MEMBACA).


A tAktiviti - aktiviti Pemulihan ktivitiktiiti-aktiviKAktuk aktivitintuk

Aktiviti - aktiviti Pengayaan 1. Memadankan kad gambar yang ejaannya bermula dengan huruf yang ditunjukkan. 2. Menyesuaikan suku kata dengan gambar yang diberi. Memadankan gambar dengan perkataan yang diberi.

1. Membunyikan huruf yang ditunjukkan.

2. Membunyikan suku kata yang ditunjukkan. 3. Membaca perkataan yang ditunjukkan.

3.

Padankan Gambar-Gambar di Bawah

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

PENDIDIK AN

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

Bacaan tambahan Sumber-sumber bahan bacaan jawi terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku cerita, majalah-majalah berunsur pendidikan. Kad-kad bacaan boleh diperolehi daripada pasaran atau disediakan oleh guru sendiri. Kad-kad bacaan mengandungi tajuk atau tema yang pelbagai. Bentuk bacaan yang sesuai ialah bentuk rencana, pantun, teka-teki, dialog, cerita, iklan dan berita.

Contoh Pantun

, , , ,

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF


PENDIDIK AN

, . .

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

Contoh Petikan Cerita (Lampiran F )

2) AKTIVITI PENGAYAAN TULISAN (MENULIS)

Aktiviti pengayaan untuk tulisan biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja. Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan, aktiviti pengayaan ini disediakan dalam; Menulis huruf

Contoh : Menulis tunggal bersambung dan perkataan.(Lampiran H1 & H2 ) Uji minda bentuk silang kata.

Contoh : Silang kata Suku Kata Terbuka dan Tertutup.(Lampiran G1 )

3. AKTIVITI PENGAYAAN GABUNGAN BACAAN DAN TULISAN (MEMBACA DAN MENULIS)

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

PENDIDIK AN

Permainan dan rekreasi Aktiviti yang mengandungi permainan dan rekreasi mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Aktiviti ini boleh menjadikan murid berfikir bagaimana hendak menyelesaikan beberapa masalah yang timbul daripada sesuatu permainan dengan menggunakan pelbagai cara dan strategi.Aktiviti ini boleh dimainkan secara berkumpulan, perseorangan dan berpasangan mengikut kesesuaian seperti; a) Menyambungkan titik untuk membentuk huruf. b) Mencari tajuk sesuatu gambar ataupun cerita yang diberi. c) Teka-teki d) Sahiba.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

Contoh Teka-teki: I

, , , , , , . .

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Aktiviti pengayaan adalah variasi yang mana murid-murid berpeluang didedahkan kepada cabang ilmu pengetahuan yang pelbagai. Contohnya
PENDIDIK AN

serapan ilmu Bahasa Melayu seperti pantun, teka-teki dan sebagainya manakala Pendidikan Seni seperti mewarna dan sebagainya. Begitu juga lembaran kerja dan aktiviti pengayaan adalah cenderung kepada membina fikiran murid-murid supaya lebih kreatif dan kritis seperti uji minda silang kata. Aktiviti permainan dan rekreasi bagus untuk meransang minda dan membentuk semangat juang untuk menang contohnya permainan sahibba. Semangat setiakawan dan membantu orang yang lemah juga dipupuk di dalam aktiviti berkumpulan.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

REFLEKSI

Melalui pengalaman saya sendiri sebagai guru dalam latihan ( j-Qaf), pemulihan jawi amat berkesan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah bersesuaian sebagaimana yang terkandung di dalam Buku Panduan Pelaksanaan j-Qaf; Model Pemulihan Jawi. Semua aktiviti yang dicadangkan untuk setiap kemahiran yang ada di dalam sukatan pelajaran jawi amatlah membantu bagi mengendalikan aktiviti pemulihan.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Sewaktu saya mengendalikan kelas pemulihan tahun 1 Cempaka, didapati murid-murid ini gemar kepada aktiviti belajar sambil bermain. Malah kaedah latih tubi berulang kali dengan cara menunjukkan carta huruf dan bergambar dapat meransang minat mereka agar lebih cepat mengingat dan menguasai kemahiran mengenal dan membaca huruf jawi tunggal. Simulasi gambar dan huruf dapat menarik minat mereka untuk lebih fokus.
PENDIDIK AN

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

Manakala kaedah tunjukcara atau demonstrasi saya lakukan dengan cara melakar huruf di udara atau di belakang rakan mampu memberi keseronokkan dan belajar pada masa yang sama.

Di samping itu, murid-murid pemulihan ini saya dedahkan dengan aktiviti yang melibatkan latihan di dalam kumpulan. Sebagai contoh di dalam kemahiran mengenal dan membaca suku kata terbuka, saya berikan aktiviti pancing ikan yang mana 10 orang murid tadi dibahagikan menjadi 2 kumpulan. Kumpulan ini akan berlumba untuk menyusun suku kata daripada badan ikan dan membacanya.Mana-mana kumpulan yang pantas menyusun dan membaca suku kata paling banyak akan dikira menang.

Setiap aktiviti yang saya lakukan terhadap murid akan saya sudahkan dengan pemberian hadiah sebagai memotivasikan usaha dan inisiatif mereka di dalam menguasai setiap kemahiran.

Sebagai peneguhan dan pengayaan, saya berikan aktiviti yang pelbagai agar mereka dapat menambahkan pengetahuan ke aras yang lebih tinggi di atas satu-satu kemahiran. Lembaran kerja diberikan dengan bentuk yang kritis supaya mereka menjadi lebih kreatif untuk menyelesaikan latihan.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

KEBAIKAN PROSES PEMULIHAN DAN PENGAYAAN JAWI


PENDIDIK AN

Pelajar dapat mengenal dan menyebut huruf-huruf jawi tunggal. Pelajar yang tercicir daripada mengikuti pelajaran jawi akan dapat

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

mengenal dan menyebut huruf jawi mengikut tahap penguasaan mereka.

Pelajar dapat menyebut huruf-huruf jawi dengan makhraj yang betul. dengan betul seterusnya akan dapat membantu mereka dalam

Pelajar juga diberi penekanan dari aspek sebutan. Pelajar diajar menyebut huruf jawi mengaplikasikannya ketika bacaan al-Quran dan pembelajaran bahasa arab. Kesan positif ini seharusnya dijadikan satu panduan dalam membantu usaha untuk memantapkan lagi panulisan jawi.

Pelajar juga dapat menulis huruf-huruf jawi mengikut arah yang betul serta dapat membezakan bentuk-bentuk huruf jawi.

Pelajar dapat menulis huruf jawi seperti yang diajar. Penulisan yang betul iaitu daripada kanan ke kiri adalah sangat penting dalam penulisan jawi. Hal ini juga akan membolehkan pelajar membezakan bentuk huruf-huruf jawi yang dipelajari seterusnya memantapkan lagi ingatan dan pengenalan terhadap huruf tersebut.

Memberi pededahan kepada pelajar mengenai suku kata terbuka dan tertutup seterusnya membina perkataan-perkataan mudah.

Pelajar akan dapat membaca suku kata terbuka dan tertutup dengan cara mengeja. Pendedahan awal ini bertujuan menarik minat pelajar untuk mempelajari kemahiran jawi seterusnya membaca bahan penulisan jawi. Daripada perkataan kepada ayat pendek dan seterusnya kepada klausa yang membentuk satu petikan.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

PENDIDIK AN

Mengurangkan bebanan guru pendidikan Islam di sekolah dalam mencapai objektif pelajaran.

Guru mata pelajaran Menghadkan 6 hingga 10 orang pelajar bagi seorang guru pemulihan jawi (j-QAF) akan dapat memberi penumpuan yang lebih terhadap pelajar-pelajar yang lemah terutama dalam penguasaan huruf-huruf jawi. Ini kerana program tersebut memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar yang terlibat sehingga mereka mampu mengenal, menyebut dan membaca seperti pelajar-pelajar lain.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

KELEMAHAN PROSES PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Kaedah belajar sambil bermain Memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun sebelum dilaksanakan. Kebanyakan murid mengutamakan permainan yang dijalankan tanpa menghayati pelajaran yang cuba disampaikan. Oleh itu guru perlu merancang aktiviti yang menepati konsep belajar sambil bermain' bukan ' bermain sambil belajar '. Maksudnya pelajaran ialah matlamat manakala permainan pola cara untuk mencapai matlamat.

Tempat belajar yang terhad Perlaksanaan kelas pemulihan jawi yang dijalankan di bilik j-QAF yang terhad. Bilik pemulihan yang ada diletakkan di tempat yang tidak strategik apabila lokasinya ada kalanya terlalu jauh di hujung bangunan di tingkat paling atas. Begitu juga dengan saiz bilik yang kecil. Tanpa penyediaan tempat yang kondunsif dan sesuai akan menyukarkan program pemulihan.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Bahan bantu Mengajar dan Pengalaman Kekurangan bahan bantu mengajar sedikit sebanyak melemahkan usaha

pemulihan dan menjadi faktor kepada wujudnya suasana pembelajaran membosankan. Sebaliknya, apabila bahan bantu mengajar mencukupi tetapi guru pula tiada pengalaman dalam menggunakan bahan tersebut juga tidak memberi kesan terhadap pengajaran. Hal ini pastinya mengundang pemasalahan yang sama.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

Penyerahan tugas sepenuhnya kepada guru j-QAF

Masalah guru mata pelajaran menyerahkan tugas pengajaran kepada guru jQAF. Bilangan murid yang ramai sudah tentu menyukarkan guru untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar yang lemah dan memerlukan bimbingan walaupun mengikut giliran.. Kehadiran guru j-QAF telah diambil kesempatan oleh guru mata pelajaran dalam konteks ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Tumpuan yang khusus

Memberi tumpuan yang lebih untuk setiap orang murid. Semoga dengan cara ini, murid lebih mengambil berat dengan matapelajaran jawi dan dapat mengingati dengan lebih cepat.

Waktu Tambahan

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Menambah waktu untuk kelas pemulihan jawi, ini kerana peruntukan 2 waktu seminggu adalah tidak mencukup. Ini kerana silibus jawi hanya ditekankan pada 6 bulan pertama, manakala semester berikutnya matapelajaran jawi akan dikurangkan kepada 1 waktu dan akan ditambah dengan pendidikan syariah islam. Hal ini agak menyukarkan murid dan masih ramai murid yang tidak dapat menguasai jawi dalam masa 6 bulan.
PENDIDIK AN

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

Pelbagaikan kaedah dan teknik dengan

Aplikasikan pelbagai kaedah dan teknik supaya murid tidak bosan

pembelajaran dan pengajaran. Justeru, guru pemulihan dimestikan kreatif dan mempunyai inisiatif yang luar biasa berbanding guru kelas murid yang pandai dan pengayaan perlu disesuaikan dengan tahap murid pemulihan.

Kerjasama antara guru j-QAF dan guru mata pelajaran

Kerjasama erat supaya proses pemulihan dan pengayaan mencapai objektif. Di harap guru mata pelajaran dapat bersama memantau pelajar lemah dan juga memberi tumpuan kepada pelajar lemah yang masih menunggu giliran untuk mengikuti kelas pemulihan.

Tempat yang strategik dan kondusif

Pihak pentadbir sekolah dapat menyediakan satu tempat pemulihan yang lebih strategik mengikut fizikal sekolah supaya kelas pemulihan berjaya. Tempat yang luas dan kondusif member peluang agar aktiviti pemulihan berjalan lancar dan lebih ramai guru mampu melaksanakan kelas serentak.

RUMUSAN

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Kemampuan dan kecerdasan setiap murid adalah berbeza, justeru adalah perkara biasa apabila proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu kelancarannya.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

Fokus utama tugasan ini adalah mengenai masalah kemahiran membaca dan menulis dalam pelajaran jawi. Biasanya murid-murid bermasalah ini terdiri daripada mereka yang mempunyai IQ yang rendah. Keadaan ini berhubung rapat dengan punca-punca masalah pembelajaran sepertimana yang telah dikenalpasti.

Setiap masalah ada penyelesaiannya, oleh itu pendidikan pemulihan dan pengayaan perlu dilaksanaan oleh guru secara jitu. Tujuan utama pendidikan pemulihan ialah untuk membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi diri. Untuk menangani masalah pembelajaran membaca dan menulis ini, menjadi tanggungjawab guru dalam mengendalikan aktiviti pemulihan agar lebih berkesan dan dapat memberi perubahan yang positif kepada murid-murid, di samping melahirkan murid yang berkemahiran dan minat untuk mencari ilmu pengetahuan.

Aktiviti pengayaan diberikan kepada semua kategori murid agar mereka dapat mengaplikasikan kemahiran yang sedia ada ke aras yang lebih tinggi. Pada erti kata lain, andai aras 1 dikuasai oleh semua murid,dan aras 2 mampu dicapai lebih separuh jumlah murid maka aras 3 yang kurang daripada separuh perlulah didedahkan kepada murid lemah sebagai peneguhan setelah menguasai sesuatu kemahiran

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Secara keseluruhannya, program pemulihan jawi dan pengayaan berjaya dilaksanakan, akan tetapi ia masih perlu diperbaiki agar murid lebih mantap dari segi perolehan ilmu jawi itu sendiri.Kerjasama semua pihak sama ada guru, murid itu sendiri, ibu bapa dan pihak pentadbir mampu merealisasikan usaha ini!.
PENDIDIK AN

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

BIBLIOGRAFI

Ahmad bin Mohd Salleh (2008) Pengajian Agama Islam j-QAF, Metadologi dan Pedagogi Pendidikan. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti.

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Ee Ah Meng (2002) Pedagogi IV, Siri Diploma Perguruan.. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti.
PENDIDIK AN

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU

Buku Panduan Perlaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran Dan Kokurikulum j-QAF Tahun 1.

Mok Soon Sang (2003).Ilmu Pendidikan untuk KPLI: Psikologi Pendidikan & Pedagogi.Subang Jaya.Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

http://sesinarsuria.blogspot.com/2009_03_01_archive.html

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

PERMAINAN SAHIBA

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

BALING TIN

PANCING IKAN

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

PENDIDIK AN ILMU

KERETAPI

TENTENG

You might also like