You are on page 1of 25

Bujei atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz banyak menghabiskan masa di tebing sungai.

Di tebing sungai itulah Bujei berehat dan mengenang kisah pada zaman kanak-kanaknya. Satu per satu tragedi yang menimpa ahli keluarganya diimbas kembali oleh Bujei. Bapanya seorang tentera, manakala ibunya suri rumah tangga. Bujei amat bangga dengan tugas bapanya, malah dia ingin mengikut jejak bapanya apabila besar kelak. Malangnya, bapa Bujei terkorban dalam suatu kemalangan di Lebuh Raya Karak. Selepas kematian bapanya, dia dan ibunya, Fatimah berpindah ke kampong itu. Kemudian, ibunya telah berkahwin dengan Harun, duda yang bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit, tidak berapa jauh dari kampung itu. Perkahwinan antara Fatimah dengan Harun kurang disenangi oleh sesetengah pihak. Mereka kesal dan kecewa kerana Fatimah memilih Harun sebagai pengganti arwah suaminya. Setelah beberapa bulan berkahwin, Harun mula menunjukkan belangnya yang sebenar. Segala janji manis untuk menyayangi Fatimah dan Bujei hanya palsu semata-mata. Harta dan wang simpanan Fatimah habis dikikis oleh Harun. Malah, Fatimah sering menjadi mangsa deraan Harun. Kemuncaknya adalah apabila pada suatu hari Harun menerajang Fatimah sehingga pengsan kerana enggan memberinya wang dan seutas rantai. Bujei yang cuba menyelamatkan ibunya itu turut menjadi mangsa sebelum Harun menyepak pelita. Api pelita itulah yang menyebabkan berlakunya kebakaran di rumah mereka, manakala ibu Bujei gagal diselamatkan oleh orang kampung. Bujei dituduh oleh bapa tirinya sebagai punca kematian ibunya kerana suka bermain pelita. Kesan daripada peristiwa tersebut, Bujei mengalami gangguan jiwa dan tekanan perasaan. Adila yang baru sahaja tamat pengajian dari England membawa diri ke kampung bapa saudaranya, Sidang Saman. Selama dua bulan berada di kampung itu, Adila menunjukkan keprihatinannya terhadap nasib malang Bujei. Atas nilai kemanusiaan yang tinggi, Adila ingin memulihkan Bujei menjadi manusia yang normal semula. Adila yakin bahawa Bujei memiliki kelebihan yang tersendiri dan mampu dipulihkan. Dia juga tidak jemu-jemu memberi nasihat, dorongan, bimbingan, serta sokongan kepada Bujei. Walau bagaimanapun, hubungan yang terjalin antara Bujei dengan Adila kurang disenangi oleh Alias. Alias yang sering membuli dan mempersendakan Bujei cuba meracuni fikiran Adila dengan

mengatakan bahawa Bujei menghidap penyakit kulit yang berjangkit dan seorang maniac. Pada musim buah-buahan, Harun pulang ke kampung itu untuk mengutip hasil dusun. Tujuan sebenar Harun adalah untuk meminta Bujei menandatangani surat jual beli tanah sawah dan tapak rumah milik Fatimah. Harun ingin membeli tanah tersebut yang telah dijual kepada Wak Senen dan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi. Atas saranan Sidang Saman, Harun menemui Bujei di tebing sungai untuk mendapatkan cap jarinya kerana mereka berdua mempunyai hak ke atas tanah pusaka tersebut. Disebabkan Bujei sengaja merosakkan surat jual beli tanah tersebut, dia telah ditampar dan dibelasah oleh Harun sehingga pengsan. Adila agak gelisah kerana Bujei tidak datang menemuinya sepeti biasa lalu meminta sepupunya, Samsul mencari Bujei. Akhirnya, Sidang Saman membawa Bujei yang kesakitan ke rumahnya. Keesokan harinya, Bujei ke Bandar bersamasama dengan Adila, Sameah, Saniah dan Samsul untuk bergunting rambut. Bujei turut membeli pakaian, kasut, jam tangan, dan radio. Bujei sangat gembira kerana radio baharunya berfungsi dan bersemangat mengemas rumahnya. Ketika dia sedang mengemas, Alias datang ke rumah Bujei lalu mengejek dan merosakkan radio baharunya. Bujei yang naik marah telah menumbuk perut Alias dan menghayunkan parang karat ke arah Alias. Bujei juga meminta Alias membayar wang ganti rugi sebanyak RM80. Dengan campur tangan Sidang Saman, Alias terpaksa membayar ganti rugi tersebut. Keberanian Bujei menentang Alias itu menjadi buah mulut orang kampung. Menjelang sepuluh hari majlis perkahwinan Sameah, Pak Imam dan isterinya yang mewakili nenek Alias telah ke rumah Sidang Saman untuk merisik dan meminang Adila untuk Alias. Berita tersebut sedikit sebanyak melemahkan semangat Bujei untuk bercucuk tanam. Hal ini demikian kerana Bujei tidak mengetahui bahawa Adila telah menolak peminangan tersebut. Dalam pada itu, Bujei keliru akan perasaannya terhadap Adila. Pada malam majlis perkahwinan Sameah, Bujei diminta menyampaikan sebuah lagu atas permintaan seseorang. Ternyata Bujei mempunyai bakat terpendam dan berjaya menyampaikan lagu Bahtera Merdeka dengan baik dan mendapat tepukan yang gemuruh daripada para hadirin. Orang ramai turut memuji usaha murni Adila untuk memulihkan Bujei dan keayaannya membentuk jati diri Bujei menjadi pemuda yang mampu berdikari. Alias berpura-pura insaf atas layanan buruknya terhadap Bujei selama ini. Alias telah menyebarkan fitnah bahawa Adila mengamalkan gaya hidup kurang sihat semasa menuntut di luar negara sehingga menyebabkan dia menghidap penyakit AIDS. Adila juga dikatakan berbuat baik kepada Bujei kerana ingin memperalatkannya semata-mata. Bujei termakan kata-kata hasutan Alias. Sejak

itu, Bujei tidak berani bertandang ke rumah Sidang Saman kerana bimbang akan dijangkiti penyakit AIDS. Adila pula amat kecewa kerana menjadi mangsa fitnah melalui surat layang yang dihantarkan kepadanya. Adila kemudiannya membuat keputusan untuk menenangkan fikirannya di Kuala Lumpur buat seketika. Kepulangan Adila itu menguatkan lagi kebenaran kata-kata Alias. Namun, setelah mengetahui hal yang sebenarnya, Bujei dan Adila kembali akrab. Sementara itu, Alias melakukan pelbagai usaha untuk memiliki Adila. Tanpa diduga, Alias berubah menjadi seorang yang kurang siuman kerana tergila-gilakan Adila dan kecewa peminangannya telah ditolak oleh Adila. Adila menyuarakan hasratnya untuk memilih Bujei sebagai bakal suaminya kepada Pak Long dan Mak Longnya. Pada mulanya, Sidang Saman dan Mak Lamah kurang bersetuju kerana taraf Adila dan Bujei jauh berbeza. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa akur dengan pilihan hati Adila. Sidang Saman menyatakan bahawa Bujei masih belum bersedia untuk menjadi suami. Perbincangan itu menjadi rahsia antara mereka bertiga dan menunggu masa yang sesuai untuk disuarakan kepada Bujei. Sebelum meninggalkan kampung itu, Adila memberitahu Bujei bahawa dia telah ditawarkan pekerjaan sebagai pensyarah di sebuah institut swasta di Kuala Lumpur. Bujei pula sudah mampu berdikari tanpa bimbingan Adila. Ketika rancak berbual, mereka terpandang perlakuan Alias yang tidak siuman di luar pagar rumah Sidang Saman . Mak Lamah yang memerhati dari jauh mengharapkan yang terbaik buat Adila dan Bujei.

Tema
1. Tema bermaksud sesuatu atau subjek yang menjadi dasar sesuatu penceritaan. 2. Tema dianggap sebagai perkara atau idea pokok yang menjadi keutamaan kepada persoalan-persoalan lain yang terdapat dalam mana-mana cerita. 3. Tema novel Sutera Dalam Lukisan ialah ketabahan hidup seorang pemuda yang mengalami ketidaktentuan atau kecelaruan fikiran sebagai akibat kisah silamnya yang akhirnya kembali pulih menjadi insane yang mampu berdikari. 4. Bujei pada asalnya merupakan murid yang pintar dan bercita-cita tinggi. Namun begitu, tragedi demi tragedi yang menimpa keluarganya meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada Bujei sehingga dia berubah menjadi pemuda yang bodoh, dungu, dan tidak berakal. Di balik kekurangan itu, Bujei masih mempunyai nilai-nilai kemanusiaan sebagai insan biasa.

Persoalan
1. Sikap tidak berhati perut terhadap kaum wanita. a) Harun mengambil kesempatan untuk mengikis harta Fatimah, iaitu pampasan yang diterima daripada Angkatan Tentera, sumbangan pihak-pihak lain, dan tanah pusaka bekas suaminya. b) Harun tergamak menerajang Fatimah sehingga pengsan semata-mata kerana Fatimah enggan memberinya wang dan seutas rantai 2. Perasaan simpati atau belas kasihan sesama insan. a) Mak Som mengajak Bujei bersarapan selepas dia mencuci motosikal Alias dan memberinya wang sebanyak RM1. b) Pak Sulong sering memberi minuman dan kuih secara percuma kepada Bujei ketika dia melintasi kedainya.

3. Keinginan untuk menolong orang yang kurang bernasib baik. a) Adila berazam untuk membantu memulihkan Bujei yang dianggap tidak berakal kerana beranggapan Bujei mampu menjadi manusia yang normal semula. b) Adila turut mendermakan darahnya kepada Sahak yang terlibat dalam kemalangan sewaktu berlumba motosikal dengan Alias memandangkan mereka mempunyai jenis darah yang sama, iaitu jenis AB. 4. Sikap tidak mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain. a) Sesekali Wak Senen akan memberi wang kepada Bujei meskipun wang tersebut tidak pernah digunakan oleh Bujei untuk menyara hidupnya. b) Wak Senen ingin mengembalikan semula tanah sawah dan tapak rumah arwah ibu Bujei ynag dibeli daripada Harun kepada Bujei. 5. Cinta yang tidak mengenal darjat. a) Secara diam-diam, Bujei menyimpan perasaan cinta terhadap Adila yang telah banyak membantunya mengenali dirinya sendiri. Dalam pada itu, Bujei merasakan dirinya terlalu kerdil jika dibandingkan dengan Alias dan Faizal. b) Simpati Adila kepada Bujei bertukar menjadi perasaan sayang kerana terpikat oleh keikhlasannya dan kejujuran Bujei. Akhirnya, Adila meluahkan hasratnya untuk memilih Bujei sebagai bakal suaminya kepada Sidang Saman dan Mak Lamah.

Gaya bahasa
1) Novel Sutera Dalam Lukisan telah diolah dengan menggunakan pelbagai unsur gaya bahasa untuk menjadikan cerita menarik dan berkesan. 2) Antara unsur gaya bahasa dalam novel ini adalah seperti yang berikut. Diksi 1) Novel yang dikarang oleh Abd. Talib Hassan ini mengutarakan kisah masyarakat Melayu di sebuah kampung. Daripada aspek diksi, jelas pengarang berjaya memilih kosa kata yang sesuai dengan latar masa, tempat dan masyarakat dalam cerita. 2) Untuk menggambarkan masyarakat bandar yang berpelajaran tinggi dan kelulusan dari luar negeri, pengarang menggunakan bahasa Inggeris. Contohnya: a) Good morning. Good morning, balas Bujei kemudian ketawa gembira. (hal. 28) b) No, im serious! (hal.54) c) Dia tu bodoh. Stupid moron. (hal. 106) d) Please Faizal. The answer is no. (hal. 132) 3) Pengarang juga menggunakan pengaruh bahasa Arab. Contohnya: a) Dia sendawa (sengaja) lalu mengucapkan Alhamdulillah. (hal. 90) b) Seseorang yang hafaz al-Quran disebut al-Hafiz, ujar Adila memuji. (hal.94) 4) Selain itu terdapat juga penggunaan bahasa Indonesia seperti mikirkan dan dong.

Peribahasa 1) Peribahasa yang digunakan dalam sesebuah novel lazimnya ialah simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan bandingan.

2) Antara contoh peribahasa yang terdapat dalam novel ini termasuklah: a) Air muka Harun makin berubah, hampir merah padam. (hal. 69) b) Lembut dan menarik suaranya merendah diri. (hal. 72) c) Kalau Alias ada hati, dia pun ada hati juga. (hal.102 - 103) d) Alias minta diri lalu pergi dengan dada yang lapang dan hati yang senang. (hal.111) e) ditelan mati emak, diluah mati bapak. (hal. 218)

Simile 1) Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. 2) Perbandingan itu pula menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam, dan ibarat. 3) Antara contoh penggunaan simile dalam novel ini termasuklah: a) Sekali imbas kelambu itu seperti khemah tentera yang berceloreng. (hal. 20) b) Alias seperti seorang raja yang menguasai dirinya. (hal. 45) c) Jantungnya seperti nangka masak yang gugur. (hal. 81) d) Bujei memandang Samsul bagaikan mengharapkan pengertian dan simpati. (hal. 90) e) Direnungnya Faizal seperti merenung mangsa yang akan masuk ke rahangnya. (hal. 129) f) bagai alur air yang tersekat, berjaya dibetulkan dan mengalirkan air jernih. (hal. 137) g) Bujei seperti dipenjara dalam alam yang tidak pernah diingininya. (hal. 214)

Personifikasi 1) Personifikasi ialah pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek dan sebagainya. 2) Penggunaan personifikasi dapat menimbulkan kesan yang mendalam terhadap pembaca. 3) Antara contoh penggunaan personifikasi dalam novel ini termasuklah: a) Makin petang merangkak, makin galak agas-agas menghurunginya. (hal. 2) b) Rumahnya makin dibaham api. (hal. 12) c) Angin lembut bersih menjamah tubuhnya dan ledakan bunyi air membuai perasaannya. (hal. 113)

Metafora 1) Metafora merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya. 2) Antara contoh penggunaan metafora dalam novel ini termasuklah: Gerobok tua dan almari lama, peti televisyen dan radio (yang tidak berfungsi lagi) terletak bersesuaian mengikut apa-apa yang pernah dilihatnya di dalam rumah-rumah orang kampung. (hal. 18) Hiperbola 1) Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya. 2) Antara contoh penggunaan hiperbola dalam novel ini termasuklah: Demi cinta, ke lautan api kuturuti! ujar Sameah sambil menggayakan lagaknya. (hal. 134). Gambaran secara berlebih-lebihan ini digunakan oleh Sameah untuk menunjukkan betapa mendalamnya cinta Faizal terhadap Adila.

Sinkope 1) Sinkope bermaksud penyingkatan kata. 2) Antara contoh penggunaan sinkope dalam novel ini termasuklah: a) Aku tak percaya. Tengoklah, macam kita ni, tak mainlah nak menoreh getah. (hal. 46) b) Dahlah, usahlah kita risaukan Bujei tu lagi, bantah Sameah. Dah macam itu. Apa nak kita hiraukan. (hal. 53)

Repetisi 1) Unsur repetisi berlaku pada kata, ungkapan atau baris yang diulang dalam novel. 2) Ada tiga unsur repetisi, iaitu anaphora, epifora dan responsi. 3) Antara contoh penggunaan repetisi dalam novel ini termasuklah: a) Kebanyakan orang mengatakan dia bodoh, dungu, tidak berakal lalu seperti tertunai hasrat mereka begitu; dia merasakan dirinya bodoh, dungu dan tidak berakal. (hal.5) b) Bujei ketawa. Ketawa yang menyinggung perasaan Sidang Saman. Ketawa yang kebodoh-bodohan itu sebenarnya terasa membodohi dirinya pula. (hal. 15) c) Aku bunuh dia nanti Aku bunuh dia! kata Bujei keras dan marah. Aku bunuh dia!. (hal.38)

Inversi 1) Inversi ialah pembalikan kata atau frasa yang disengajakan oleh pengarang. 2) Antara contoh penggunaan inversi dalam novel ini termasuklah: Sekali lagi Mak Lamah merengus. (sepatutnya: Mak Lamah merengus sekali lagi.)

Imej/Unsur Alam 1) Imej atau unsur alam ialah penggunaan unsur-unsur alam seperti tumbuhtumbuhan, haiwan, dan alam semula jadi dalam sesuatu karya. 2) Antara contoh penggunaan unsur alam dalam novel ini termasuklah: Pandangannya ke atas, pada dahan-dahan dan daun-daun pokok yang tumbuh di kiri kanan tebing, bercantuman. Seperti memayungi sungai kecil itu, kelihatan juga corak biru langit serta putih awan yang kelihatan dari celahcelah daun pokok. Beberapa ekor burung merbah berterbangan. Entah daripada mana bunyi jeritan burung kaka dan dari arah bukit kedengaran ungka bersahut-sahutan. (hal. 113)

Teknik Plot
1) Pengarang menggunakan kepelbagaian teknik plot seperti pemerian, dialog, monolog, monolog dalaman, imbas kembali, imbas muka, kejutan, konflik dan saspens untuk menjadikan cerita lebih menarik. 2) Antara teknik plot atau teknik penceritaan yang terdapat dalam novel ini termasuklah teknik-teknik yang berikut. Teknik pemerian 1) Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan tentang sesuatu watak secara langsung oleh pengarang. 2) Antara contoh penggunaan teknik ini termasuklah ketika pengarang menggambarkan keadaan anak sungai di kampung Bujei. Contohnya: Anak sungai itu tidak begitu lebar. Hanya lebih kurang Sembilan meter jarak antara dua belah tebing, tidak dalam dan agak cetek airnya ketika itu. Airnya sentiasa mengalir walaupun pada musim kemarau. Mungkin berpunca daripada bukitbukau berhutan tebal yang jauh ke hulu. Airnya tidak sejernih dulu namun masih tetap dingin dan segar. Hampir setiap hari dia akan ke tebing itu. Ada beberapa ekor kerbau sedang berendam di sebelah hilir. Agas-agas menjadikan dia hurungan kedua selepas kerbau-kerbau tersebut. Dia tahu agas-agas itu mengganggu. (hal. 2)

Teknik Dialog 1) Dialog ialah pertuturan antara watak yang terpapar dalam cerita. 2) Penggunaan teknik dialog dalam sesebuah cerita menjadikan jalan cerita lebih realistik. 3) Antara contoh dialog yang terkandung dalam novel ini termasuklah perbualan antara Bujei dengan Mak Lamah di meja makan. Apa dia nak Mak Lamah? Aku tak tahu. Kamu jumpalah dia nanti. Alah, malulah saya Mak Lamah. (hal. 89) Teknik Imbas Kembali 1) Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialami. 2) Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula kejadian atau peristiwa yang telah berlaku melalui mimpi, kenangan, dan ingatan sesuatu watak. 3) Antara contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini termasuklah ketika Bujei mengimbas kembali kenangan pada zaman kanakkanaknya. Bujei begitu bangga dengan tugas bapanya sebagai tentera, kerap menceritakan hal bapanya kepada rakan-rakan sekolah dan bercita-cita untuk menjadi seorang tentera apabila dewasa kelak. Bujei juga mengingat kembali peristiwa bapanya terbunuh dalam suatu kemalangan di Lebuh Raya Karak, sikap bapa tirinya, Harun yang mata duitan, serta kematian ibunya yang berpunca daripada tindakan bapa tirinya yang menyepak pelita sehingga menyebabkan rumah mereka terbakar.

Teknik Imbas Muka 1) Imbas muka merupakan teknik atau cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. 2) Teknik ini mewujudkan keyakinan tertentu dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan terhasil. 3) Antara contoh teknik imbas muka ialah ketika Bujei membayangkan penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh Adila sebagai akibat penyakit AIDS.

Teknik Kejutan 1) Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca, inilah kejutan.

2) Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan kejutan yang diduga oleh pembaca. 3) Kejutan merupakan unsur yang mampu menjadikan plot cerita semakin menarik. 4) Antara contoh kejutan yang terdapat dalam novel ini termasuklah: a) Keberanian Bujei memaksa Alias membayar wang ganti rugi radio baharunya yang telah dirosakkan oleh Alias. Pembaca tidak menduga bahawa Bujei yang bersifat menurut perintah Alias selama ini akan bertindak sedemikian, malah berani menumbuk perut Alias, menghayunkan parang berkarat, dan menolaknya sehingga dihempap oleh motosikal. Gila kamu, Bujei. Walaupun masih berupaya untuk membantah, kata-kata Alias begitu lemah dan tidak bermaya. Kamu mesti ganti radio aku kamu mesti ganti, tegas Bujei. Parang sudah diangkat ke atas, menunggu saat untuk dilibas kepada Alias. Mengigil Alias dibuatnya. Tanggapan dan penilaiannya terhadap Bujei terhapus serta merta. Dalam berani-berani dahulu, sekarang dia tewas dengan kegilaan Bujei. Kamu mesti ganti! (hal. 201) b) Perubahan tingkah laku Alias, iaitu daripada seorang yang angkuh kepada seorang yang lemah. Alias juga mengalami kekacauan fikiran sehingga menyebabkan dia menjadi kurang siuman. Pembaca tidak menyangka bahawa Alias akan berubah sedemikian rupa gara-gara cinta bertepuk sebelah tangan. Bujei yang sudah sedia mengerti menjadi bertambah yakin bahawa Alias bukan lagi pemuda yang ditakutinya. Alias kini ialah seorang manusia yang sudah kehilangan harga diri. Fikirannya sudah dirasuk oleh kebimbangan yang seringg menghantuinya. Terlepas daripada menggunakan khidmat dukun untuk mendapatkan Adila, Alias sendiri harus dipulihkan oleh dukun yang sama. Makan minum dan tidur baringnya sudah terganggu. Siang dan malam sudah tidak dapat dibezakannya. (hal. 318) c) Keputusan yang diambil oleh Adila untuk memilih Bujei sebagai bakal suaminya. Pembaca tidak menyangka bahawa Adila yang berpelajaran tinggi akan jatuh hati kepada Bujei, pemuda kampung yang dipandang rendah oleh masyarakat. Sabar dulu ulas Sidang Saman dengan senyum seorang yang berwibawa. Ya Ila sudah memilih keinginannya. Kita harus menghormatinya. Kita harus menerima. Tetapi pak long mesti ingatkan Ila, Hafiz belum bersedia untuk menjadi suami kamu. (hal.323)

Teknik Monolog 1) Monolog bermaksud pengucapan sesuatu watak, sama ada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain. 2) Antara contoh monolog dalam novel ini termasuklah Bujei bercakap seorang diri ketika bersiap-siap untuk keluar mencari kerja, iaitu menunggu orang kampung mempelawanya menolong mereka di kebun getah di persimpangan jalan berhampiran jambatan. Nak pergi kerja ni, mestilah bergaya, katanya sendirian dan terus menyisir rambutnya semula. (hal.24) Teknik Saspens 1) Saspens dikenal juga dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. 2) Antara contoh monolog dalam novel ini termasuklah Bujei bercakap seorang diri ketika bersiap-siap untuk keluar mencari kerja, iaitu menunggu orang kampung mempelawanya menolong mereka di kebun getah di persimpangan jalan berhampiran jambatan. Nak pergi kerja ni, mestilah bergaya, katanya sendirian dan terus menyisir rambutnya semula. (hal. 24) Teknik Saspens 1) Saspens dikenal juga dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan yang tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. 2) Antara contoh saspens dalam novel ini termasuklah ketika kebakaran yang berlaku di rumah ibu Bujei yang berpunca daripada api pelita yang disepak oleh bapa tirinya. Dilihat bapa tirinya bergegas keluar sambil menjerit meminta tolong. Namun yang dapat dipastikannya, keadaan ibu telah dibiarkan ke peringkat paling sukar barulah kedengaran suara bapa tirinya meminta tolong. Kemudian seperti mendapat tenaga, dia bingkas bangun untuk melakukan sesuatu. Akalnya sudah dikerumuni oleh satu perkara. Dia cuba melawan api, cuba menerjahkan dirinya ke dalam bilik yang sudah menjadi sabak itu. Hatinya mendesak untuk menghampiri ibunya yang masih kelihatan antara kemaraan api dan asap tebal, namun haba tidak membenarkan. Dia menjerit-jerit tidak ketentuan. (hal. 10) Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Fatimah, bagaimanakah keadaannya, adakah dia akan selamat, dan sebagainya.

Teknik Konflik 1) Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. 2) Konflik luaran merujuk kepada konflik antara watak dengan watak lain ataupun antara watak dengan alam sekitar. 3) Konflik ini tidak semestinya melibatkan perlawanan fizikal tetapi boleh digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran. 4) Contoh konflik luaran ialah konflik antara Adila dengan bekas tunangnya, Faizal. Konflik ini wujud disebabkan kecurangan Faizal yang mengkhianati cinta mereka ketika Adila masih menuntut di England. Faizal telah memilih gadis lain sebagai isterinya. Adil membawa diri ke kampung Pak Longnya. Sebaliknya, Faizal terus menagih cinta Adila dan merayu Adila supaya kembali kepadanya. Adila tetap dengan pendiriannya, iaitu enggan menerima Faizal semula kerana hatinya telah terluka. Okey kausudah datang. Kausudah cakap apa-apa yang kauingin katakan. Aku sudah memberikan jawapannya. Aku rasa tiada apa-apa yang harus kita katakan lagi. Aku sudah pun menceraikan isteriku! Adila tersentak. Kalau pengakuan itu diharapkan oleh Faizal untuk mengubah pendirian Adila, Faizal salah. Adila serta-merta menjadi marah dan benci. (hal. 130) 5) Konflik dalaman pula merujuk kepada pertentangan dalam diri watak yang melibatkan fikiran dan perasaan watak berkenaan. Cerita yang banyak menonjolkan konflik dalaman kurang memaparkan aksi watak. 6) Contoh konflik dalaman ialah watak Bujei yang mengalami perasaan sedih, takut, dan kecewa apabila mengenangkan keadaan dirinya yang dipandang hina dan diperolok-olokkan oleh orang kampung terutamanya Alias. Bujei juga mengalami konflik dalaman apabila dia cemburu melihat Alias dan Faizal berbual-bual dengan Adila. Kini Adila pula. Setelah terbina dirinya semula, dia dihukum. Kemesraan yang ditunjukkan oleh Adila membuka pintu hatinya. Mulanya dia senang dan bahagia, dan dia terus mengidamkan hubungan yang lebih intim kemudiannya. Namun dari hari ke hari, dia disedarkan oleh kenyataan. Bersama dengan Adila, makin menyedarkan dirinya bahawa ada jurang antara mereka. Walau bagaimana tinggi harapannya untuk bersama gadis terpelajar itu, dirasainya gunung dan ngarai, luas lebar memisahkan. Makin mesra, makin rapat dan ramah Adila kepadanya, makin kabur bisikan hatinya. Daya fikir yang mampu dipulihkan oleh Adila membantunya mengenali dirinya sendiri. Lalu dia membuat rumusan sendiri, Adila tidak sepadan untuknya. (hal. 226)

Plot
Binaan Plot 1) Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi. 2) Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, pengarang memperkenalkan watak Bujei yang berehat di tebing sungai. Bujei teringat kembali kisah pada zaman kanak-kanaknya, iaitu pekerjaan bapanya sebagai tentera, kemalangan yang menimpa bapanya, perkahwinan ibunya dengan suami baharu. Kekejaman bapa tirinya, dan kebakaran yang meragut nyawa ibunya. Tragedi hitam itu telah mengubah tingkah lakunya daripada murid yang pintar kepada pemuda yang mengalami kecelaruan fikiran sehingga dianggap bodoh, dungu, dan tidak berakal oleh masyarakat kampung. 3) Cerita mula berkembang apabila Adila, anak saudara Sidang Saman yang membawa diri ke kampung itu menunjukkan belas kasihan dan prihatin terhadap nasib Bujei. Adila yang berkelulusan dari luar negara itu beranggapan bahawa Bujei tidak harus dibiarkan terus-menerus berkeadaan sedemikian lalu menyatakan hasratnya untuk memulihkan Bujei. 4) Konflik bermula apabila Adila menjemput Bujei ke rumah Sidang Saman untuk kajian manusia abnormalnya. Alias berasa cemburu melihat kemesraan yang terjalin antara Bujei dengan Adila kerana dia juga menyimpan perasaan terhadap Adila. Dalam pada itu, Bujei dihantui perasaan takut apabila mengetahui kepulangan bapa tirinya ke kampung itu. Meskipun cuba mengelak, Harun berjaya menemui Bujei di tebing sungai untuk memujuknya menurunkan cap jari pada surat jual beli tanah pusaka arwah ibunya. Malangnya, Bujei telah dibelasah oleh bapa tirinya kerana mencomotkan surat tersebut. Alias pula menghasut Bujei supaya menjauhi Adila yang kononnya menghidap penyakit AIDS. Adila membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur buat seketika kerana terlalu sedih selepas menerima surat layang yang berbaur fitnah.

5) Klimaks atau puncak cerita ini adalah apabila Bujei memperoleh kemenangan mutlaknya. Pada mulanya, Bujei mempercayai segala fitnah yang direka oleh Alias untuk memburuk-burukkan Adila. Ternyata muslihat Alias untuk merosakkan hubungan Bujei dan Adila gagal apabila Bujei mengetahui keadaan Adila sebenarnya setelah Adila kembali semula ke kampung itu. Disebabkan Bujei masih berhubungan dengan Adila, Alias memarahi Bujei kerana tidak takut dijangkiti penyakit AIDS. Namun, Alias tidak mengganggu Bujei lagi setelah dia mencabar Alias pergi bersama-samanya untuk menghalau Adila yang dikatakan berpenyakit AIDS itu keluar dari kampung mereka. 6) Pada bahagian peleraian, jiwa Alias semakin terganggu apabila Adila menolak cintanya. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk memiliki Adila juga menemukan jalan buntu. Sebagai akibatnya, Alias berubah menjadi pemuda yang tidak siuman. Adila kemudiannya menyatakan isi hatinya untuk memilih Bujei sebagai suami kepada Pak Long dan Mak Longnya. Mereka terpaksa akur dengan pilihan Adila, tetapi hasrat itu menjadi rahsia mereka bertiga. Hal ini demikian kerana Bujei masih memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya dan belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Sehari sebelum meninggalkan kampung, Adila bertemu dengan Bujei untuk memaklumkan bahawa dia telah menerima tawaran kerja sebagai pensyarah di institute swasta di Kuala Lumpur.

Bujei/Mohamad Hafiz
1. 2. 3. 4. Bujei merupakan watak utama dalam novel ini. Berusia 27 tahun. Ibunya bernama Fatimah dan bapa tirinya bernama Harun. Pintar semasa di bangku sekolah rendah tetapi tercicir dalam pelajaran selepas peristiwa kebakaran yang meragut nyawa ibu kandungnya. 5. Dianggap lurus bendul, dungu dan tidak berakal oleh masyarakat kampung. 6. Pemuda yang baik hati, jujur dan ikhlas. 7. Mengelak daripada bertembung dengan bapa tirinya kerana takut dituduh penyebab kematian ibu kandungnya untuk kali yang kedua. 8. Berasa rendah diri ketika berdepan dengan Adila yang berpendidikan tinggi. 9. Mudah percaya akan fitnah yang disebarkan oleh Alias tentang penyakit AIDS yang dihidapi oleh Adila. 10. Suka menolong orang lain seperti ketika majlis perkahwinan. 11. Secara diam-diam menyimpan perasaan terhadap Adila. 12. Berubah menjadi manusia normal berkat dorongan dan kata-kata perangsang Adila.

Adila
1. Berumur dalam lingkungan 20-an. 2. Anak kepada Pak Lang Dahlan anak saudara kepada Sidang Saman dan Mak Lamah. 3. Lepasan universiti dari England dan memiliki ijazah dalam bidang ilmu psikologi. 4. Kecewa apabila tunangnya, Faizal telah berkahwin lalu membawa diri ke kampung. 5. Bersifat ikhlas, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masalah orang lain seperti Bujei dan Sahak. 6. Tegas dalam membuat keputusan, iaitu ingin terus membimbing dan memulihkan Bujei serta enggan kembali kepada Faizal semula.

7. Mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan bersikap peramah terhadap masyarakat kampung. 8. Suka menolong orang lain terutamanya membantu mengurus majlis perkahwinan sepupunya, Sameah.

Alias 1. Berumur dalam lingkungan 20-an. 2. Anak tunggal Mak Som, cucu kesayangan Opah Arah, dan cucu saudara
imam Pak Imam. Berkelulusan SPM dengan pangkat dua. Pemuda kampung yang nakal, liar, dan suka berlumba motosikal. Bangga diri apabila dipuji oleh rakan karibnya, Sani dan Sahak. Suka membuli, mempersendakan, dan mengugut Bujei yang lebih tua daripadanya. 7. Bersikap mementingkan diri dan tiada belas kasihan terhadap Sahak yang cedera parah selepas berlumba motosikal dengannya. 8. Menjadi tidak siuman apabila pinangannya ditolak oleh Adila.

3. 4. 5. 6.

Sidang Saman
1. 2. 3. 4. 5. 6. Suami kepada Mak Lamah. Bapa kepada tiga orang anak, iaitu Sameah, Saniah, dan Samsul. Bapa saudara kepada Adila, iaitu abang kepada Pak Lang Dahlan. Ketua kampung yang dihormati ramai. Adil dalam menjalankan tugas. Bersikap baik hati, prihatin dan bertanggungjawab terhadap anak buahnya. 7. Bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul di kampung. 8. Taat pada perintah agama.

Harun
1. 2. 3. 4. Suami baharu Fatimah dan bapa tiri Bujei. Duda yang bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit. Panas baran dan bertindak zalim terhadap Fatimah dan Bujei. Tamak akan harta peninggalan arwah isterinya apabila sanggup menjual tanah sawah dan tapak rumah milik Fatimah kepada Wak Senen dengan harga empat ribu ringgit. 5. Pandai bermuka-muka dan bermulut manis ketika berunding dengan Sidang Saman. 6. Benci akan Bujei kerana menganggapnya sebagai sampah yang menumpang.

Watak-watak Sampingan yang lain


1. Fatimah ialah ibu kandung Bujei yang terkorban dalam suatu kebakaran di rumahnya sebagai akibat perbuatan kejam suami baharunya, Harun. 2. Mak Lamah, Sameah, Samsul dan Saniah banyak membantu Bujei dan mengambil berat akan keadaan dirinya yang sebatang kara. 3. Sani dan Sahak merupakan rakan baik Alias yang suka mengampu dan memuji demi kepentingan diri. 4. Wak Senen ialah orang yang membeli tanah sawah dan tapak rumah milik arwah ibu Bujei, Fatimah daripada Harun tanpa surat jual beli atau resit yang sah. 5. Kasim, Sulaiman, Husin, Mak Som, Opah Arah, Mak Usu Bakyah, Ucu Normah, Pah Gayah dan Kak Som merupakan antara Melayu lain yang tinggal di kampung Bujei. 6. Pak Lang Dahlan dan isterinya ialah ibu bapa Adila yang memahami perasaan Adila yang kecewa setelah bekas tunangnya, Faizal berkahwin dengan gadis lain.

Latar Latar Tempat


1) Di tebing sungai. Contohnya, Bujei dibelasah dengan teruk oleh Harun kerana merosakkan surat jual beli tanah pusaka milik arwah ibunya ketika menurunkan cap jari pada surat tersebut. 2) Di rumah Fatimah. Contohnya, kebakaran yang berpunca daripada pelita yang disepak oleh bapa tirinya telah meragut nyawa ibu kandung Bujei. 3) Di rumah nenek Bujei. Contohnya, Alias telah merosakkan radio baharu Bujei. Perbuatan Alias itu telah menyebabkan Bujei berani melawan Alias yang selama ini sering membulinya. 4) Di rumah Sidang Saman. Contohnya, Faizal berkunjung ke rumah Sidang Saman untuk memujuk Adila kembali kepadanya semula. 5) Di rumah Alias. Contohnya, Alias membuli Bujei supaya membasuh motosikalnya bersih-bersih tanpa dibayar upah. 6) Di pasar di pekan. Contohnya, Bujei membeli radio baharu dengan menggunakan wang yang diberikan oleh Wak Senen. 7) Di rumah Mak Usu Bakyah. Contohnya, ketika bermalam di rumah Mak Usu Bakyah, Adila menceritakan kecurangan bekas tunangnya yang telah berkahwin dengan gadis lain. 8) Di rumah ibu bapa Adila di Kuala Lumpur. Contohnya, Adila pulang ke Kuala Lumpur buat seketika untuk menenangkan fikirannya setelah menerima surat layang. Dia difitnah telah rosak dan melakukan hubungan sulit dengan Bujei.

Latar Masa
1) Latar masa novel Sutera Dalam Lukisan mengambil masa kira-kira dua bulan, iaitu bermula dari Adila membawa diri di kampung Pak Longnya, Sidang Saman sehingga sehari sebelum Adila pulang semula ke Kuala Lumpur selepas menerima tawaran kerja di sebuah institute swasta sebagai pensyarah. Buktinya: Kedatangan Adila di kampung itu, dua bulan yang lalu mempunyai alasannya yang tersendiri. Ada rahsia yang tersembunyi lebih daripada alasan yang diberikan. Begitu pun, Sameah atau keluarganya tidak pernah mendesak lantaran kehadiran Adila merupakan satu kemujuran yang diharapkan. Selama dua bulan itu Sameah dapat rasakan perhatian Adila pada Bujei. Walaupun belum ketara atau tidak kerana dorongan perasaan, Adila sering memperkatakan Bujei dari segi kemanusiaan dan sosialnya. (hal. 35) 2) Peristiwa-peristiwa dalam novel ini berlaku pada:

a) Waktu subuh, iaitu ketika Bujei terdengar azan subuh, dia segera bangun dan mandi sebelum keluar rumah. Subuh, ketika bilal melaungkan azan dari masjid, dia akan segera tersedar. Begitulah kebiasaannya. Seperti ada tugas penting yang menantinya pada hari itu, dia akan segera bangun dan mandi. Sesekali ada juga dia menumpang orang berjemaah. (hal. 22) b) Waktu pagi, iaitu ketika Adila kegelisahan dan risau kerana Bujei masih tidak muncul lagi ke rumah Sidang Saman seperti biasa. Pagi itu, Adila tidak dapat lagi menyembunyikan perasaannya daripada Sameah. Sameah senyum menyindir, mengusik Adila kerana terlibat dengan Bujei. (hal. 142) c) Waktu lewat petang, iaitu ketika Bujei rancak berbual Pak Lang Dahlan, Adila dihantar pulang oleh bekas tunangnya, Faizal. Lewat petang, sedang Bujei berbual dengan Pak Lang Dahlan, kelihatan sebuah kereta menghampiri halaman rumah Sidang Saman lantas bergerak hampir ke hadapan rumah.percakapan mereka terhenti, mereka menoleh. Bujei, terutamanya menunjukkan minat ketika terpandangkan Adila di dalam kereta. Adila segera membuka pintu dan keluar ketika kereta berhenti. Tanpa berlengah, Adila terus bergerak, menaiki tangga dan masuk ke dalam rumah. (hal. 247) d) Waktu hampir maghrib, iaitu ketika Sidang Saman menyuruh Bujei yang membenamkan dirinya ke dalam air sungai separas betisnya segera pulang. Heh! Sidang Saman merengus keras lalu menghidupkan enjin motosikalnya. Bunyi azan maghrib kedengaran dan mendesaknya untuk tidak berlengah. Naik lekas. Balik! gesa Sidang Saman deras dan keras. Segera dia menggerakkan motosikalnya pergi. (hal. 16) e) Waktu malam, iaitu ketika Bujei tersedar daripada pengsan sebagai akibat dibelasah dengan teruk oleh Harun di tebing sungai. Bujei tersedar daripada pengsannya. Membuka matanya, sedarlah dia malam sudah pekat. Cengkerik, katak dan belalang pelesit berbunyi tidak henti-henti. Sesekali kedengaran bunyi katak betung. Biasanya dia takut akan suasana malam begitu. (hal. 135)

Latar Masyarakat
1) Masyarakat yang dipaparkan dalam novel ini ialah masyarakat kampung beragama Islam. Masyarakat kampung diwakili oleh Bujei, Samsul, Sameah, Alias, dan sebagainya. Masyarakat Bandar pula diwakili oleh Adila, Faizal, Pak Lang Dahlan, dan ibu Adila. 2) Masyarakat yang suka menindas insane yang lemah. Contohnya, Alias sentiasa menyuruh Bujei mencuci motosikalnya tanpa diberi upah. 3) Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Contohnya, Adila melanjutkan pelajaran di England selama lima tahun.

4) Masyarakat yang mengamalkan nilai simpati atau prihatin. Contohnya, Adila cukup prihatin terhadap nasib malang Bujei dan berusaha untuk memulihkannya. 5) Masyarakat yang tamak harta dan wang ringgit. Contohnya, Harun mengahwini Fatimah, janda anak satu kerana tamak akan harta kekayaan Fatimah. Malah, dia tergamak menerajang Fatimah yang enggan memberinya wang dan seutas rantai. 6) Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan rintangan. Contohnya, Bujei cekal menerima segala ejekan dan cacian penduduk kampung terhadapnya. 7) Masyarakat kampung yang bekerja sebagai penoreh getah. Contohnya, Bujei mengambil upah membersihkan cawan getah dan mengumpulkan getah sekerap yang terdapat pada cawan tersebut daripada pekebun getah di kampungnya. 8) Masyarakat kampung yang saling membantu. Contohnya, Adila membantu menyiapkan persediaan untuk majlis perkahwinan Sameah seperti menolong membuat bekas bunga telur. 9) Masyarakat yang mudah mempercayai fitnah. Contohnya, Bujei mudah percaya akan fitnah yang disebarkan oleh Alias, iaitu Adila telah rosak dan menghidap AIDS serta memperalatkan Bujei agar menjadi suaminya. 10) Masyarakat yang sanggup berlaku curang. Contohnya, Faizal berlaku curang terhadap Adila yang masih menuntut di luar negara dan berkahwin dengan gadis lain.

Nilai
1) Nilai kesabaran. Contohnya, Fatimah, tetap bersabar meskipun dia sering dipukul oleh suaminya, Harun yang kaki kikis dan panas baran. 2) Nilai baik hati. Contohnya, Mak Lamah, iaitu, isteri Sidang Saman sering mempelawa Bujei makan dan minum di rumahnya serta melayan Bujei dengan baik. 3) Nilai ketabahan. Contohnya, Bujei tabah menghadapi pelbagai dugaan yang menimpa hidupnya selepas kematian ibu, bapa, dan neneknya sewaktu dia masih kecil. 4) Nilai simpati. Contohnya, Adila simpati dan prihatin terhadap nasi Bujei yang selalu diejek dan dipersendakan oleh orang kampung. 5) Nilai berdikari. Contohnya, Bujei hidup berdikari dengan menolong orang kampung membersihkan cawan susu getah dan mengumpulkan getah sekerap yang terdapat pada cawan tersebut. Upah yang diperoleh itu digunakan untuk menyara hidupnya. 6) Nilai hemah tinggi. Contohnya, Adila bersopan santun ketika bercakap dengan Bujei, Pak Long, Mak Long, dan Mak Usu Bakyah. 7) Nilai keinsafan atau mengakui kesilapan sendiri. Contohnya, Samsul yang suka mempermainkan Bujei, akhirnya insaf setelah mendengar keluhan Bujei yang dibelasah oleh bapa tirinya. 8) Nilai berani. Contohnya, Bujei berani menentang Alias dan meminta wang ganti rugi sebanyak RM80 kerana telah merosakkan radio baharunya. 9) Nilai tolong-menolong. Contohnya, Bujei menolong membuat astaka pelamin untuk majlis perkahwinan Sameah dan merobohkan balai memasak. Nilai gigih atau cekal. Contohnya, Adila begitu gigih membimbing Bujei yang dianggap pemuda yang dungu sehingga menjadi manusia yang normal semula.

Pengajaran
1) Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup. Contohnya, Bujei tabah menerima segala hinaan daripada orang kampung yang menganggapnya bodoh, dungu, dan tidak berakal. 2) Janganlah kita melakukan kekejaman terhadap kaum wanita. Contohnya, Harun sanggup berlaku kejam terhadap Fatimah, ibu Bujei apabila segala kemahuannya tidak dituruti. 3) Kita tidak harus bersikap tamak akan harta sehingga sanggup merampas hak orang lain. Contohnya, Harun bersikap tamak haloba dengan menjual tanah sawah dan tapak rumah milik arwah ibu Bujei kepada Wak Senen. 4) Kita mestilah berani bertindak demi menjaga maruah diri daripada terusmenerus dipandang rendah oleh masyarakat. Contohnya, Bujei berani melawan Alias yang mengejek dan merosakkan radio baharunya. 5) Kita hendaklah bersikap prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik. Contohnya, Adila mengambil berat akan masalah Bujei dan sentiasa memberikan dorongan kepada Bujei untuk menjadi manusia yang mempunyai harga diri. 6) Kita hendaklah rajin melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya, Bujei rajin bertanam sayur-sayuran di halaman rumah neneknya untuk keperluan hariannya. 7) Janganlah mudah terpengaruh oleh fitnah dan tipu muslihat seseorang. Contohnya, Bujei cepat percaya akan fitnah yang disebarkan oleh Alias, iaitu Adila menghidap penyakit AIDS sebagai akibat pergaulan bebas semasa menuntut di England. 8) Kita hendaklah bersedia memberikan bantuan kepada seseorang yang berada dalam kesusahan. Contohnya, Adila sanggup mendermakan darahnya kepada Sahak yang terlibat dalam kemalangan sewaktu berlumba motosikal dengan Alias.

SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU TERENGGANU KAJIAN NOVEL TINGKATAN 5 SUTERA DALAM LUKISAN NAMA: MUHAMMAD IRFAN BIN FADZLI

Belongs to unstraightable finger !!!

You might also like