You are on page 1of 10

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian. Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Memartabatkan Bahasa Melayu. Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman. Saudara saudari yang dihormati sekalian, Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila. Hadirin sekalian, Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti

perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasabahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini. Rakan-rakan dan hadirin sekalian, Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undangundang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita. Hadirin sekalian, Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian. Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu

tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Oleh: Cikgu Mohd Khir Kassim http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm 5 Disember 2011 ( Isnin)

Hiburan antara seni dan hedonisme


Ku semam Ku Hussain BIDANG hiburan yang tidak disokong dengan kemantapan seni dan falsafah keseniannya menjadi pemangkin menularnya fahaman hedonisme dalam kalangan masyarakat. Sebahagian besar pengamal hiburan di negara ini tidak dapat membezakan antara seni dan hedonisme. Mereka pun menganggap semua yang dilakukan dalam dunia hiburan itu sebagai seni, hakikatnya lebih menjurus kepada fahaman hedonisme. Apa itu hedonisme? Secara umumnya hedonisme diambil dari bahasa Yunani, hedonismos yang bermaksud kesenangan. Hedonisme muncul pada sekitar tahun 433 sebelum masihi yang memperjuangkan fahaman bahawa matlamat hidup manusia adalah kesenangan dan hiburan. Hedonisme mempromosi gaya hidup yang melanggar tata susila budaya dan garis agama. Ia tidak ada kena mengena dengan seni tetapi dikelirukan bahawa yang menghiburkan itu semuanya seni. Ini adalah gejala neokolonialisme yang disasarkan kepada generasi muda yang rata-rata menjadi pengagum budaya popular. Kesannya cukup serius apabila perkara-perkara yang melampaui batas susila dan agama dianggap biasa.

Hedonisme memperkenal dan mempopularkan pergaulan bebas, seks luar nikah, tuntutan hiburan yang melampau dan banyak lagi. Semua ciri-ciri ini ditonjolkan sebagai satu gaya hidup. Dengan lesen kononnya begitulah budaya kehidupan orang seni, mereka ini sebenarnya menjadi perosak seni. Beza antara hedonisme dan seni ialah seni menyuburkan pemikiran tinggi, hidup penuh dengan tata susila dan tidak melanggar batas agama. Tetapi hedonisme bertentangan dengan kehidupan berbudaya dan beragama. Malangnya inilah yang menjadi ciri-ciri utama dalam bidang hiburan. Dalam seni tidak ada kelonggaran untuk menongkah batas budaya dan agama. Dalam hedonisme, pengarah filem boleh mewajarkan adegan ranjang semata-mata untuk menyampaikan saranan kebaikan. Sebab itulah di negara kita pengarah yang gemar membuat adegan ranjang bukan sahaja tidak pernah ditegur malah dipuji kerana tinggi seninya. Pelakon yang sanggup melakukan adegan itu pula disanjung kerana keberkesanan lakonannya. Tidak ada yang mempersoalkan pelakon atau pengarah kenapa mementingkan hedonisme dan tidak batas susila dan agama. Kerana itu dunia hiburan tempatan mesti dibentuk semula. Jangan sama sekali membiarkan istilah seni diperalatkan untuk memangkin hedonisme. Barat telah lama sedar hedonisme meruntuhkan peradaban manusia dan kini mereka kembali kepada kepada kehidupan berbudaya melalui penghayatan seni. Di sebalik kisah gila-gila Lady Gaga, Barat mengungguli sastera, lukisan, teater dan muzik. Tetapi di sebalik gila-gila dunia hiburan kita, selainnya apa yang ada? Mujurlah TV AlHijrah memperkenalkan satu kod etika dalam hiburan. Tetapi peliknya banyak yang menganggap itu tidak masuk akal sebabnya akal mereka telah tepu dengan hedonisme.

Lebih ramai sedar bahaya diabetes


Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH adawiyah.koh@utusan.com.my

Kajian Pertubuhan Diabetes Antarabangsa (IDF) menunjukkan terdapat sekurangkurangnya 366 juta kes diabetes di seluruh dunia. Ini bermakna satu daripada setiap lima dewasa berpotensi menghidap penyakit itu. Pendedahan itu membuktikan diabetes menjadi ancaman kesihatan utama pada masa kini. Sesuatu perlu dilakukan segera bagi menghalang angka penghidapnya terus berada di tahap membimbangkan. Antara perubahan ketara yang biasa dilalui penghidap diabetes adalah sentiasa berasa dahaga, kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam, selera makan meningkat, letih, hilang berat badan, luka yang lambat sembuh serta penglihatan menjadi kabur. Dalam kes lebih kritikal, penghidap mengalami simptom seperti pedih di tapak kaki, hujung jari terasa bagai ditusuk jarum atau benda tajam. Kesakitan itu yang pada awalnya berlaku sekali-sekala, semakin lama menjadi lebih kerap hingga tidak dapat ditanggung. Menjelaskan lebih lanjut simptom ini Pakar Gastroenterologis Pusat Pakar Megah, Sime Darby, Dr. Loong Yik Yee berkata, hampir 50 peratus pesakit diabetes di negara ini akan mengalami satu atau lebih simptom tersebut. "Tetapi juga ada antara mereka yang langsung tidak merasai sebarang simptom. Manakala simptom-simptom seperti terasa kaki atau jari ditusuk jarum berlaku apabila si penghidap sudah mengalami kerosakan saraf. "Keadaan itu jika dibiarkan akan menyebabkan kemudaratan kepada pesakit itu sendiri. Sebab itu, adalah sangat penting untuk pesakit mendapatkan rawatan awal bagi mengelakkan ia menjadi lebih kronik," tambahnya. Kes-kes seperti ini juga telah meningkat hampir dua kali ganda dalam sedekad yang lalu. Dr. Yik Yee berkata demikian ketika membentangkan topik menarik bertajuk 'Apa masalah sekiranya sekiranya sangat manis?' di forum kesihatan anjuran Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sime Darby (KPKSD) bersempena sambutan Hari Diabetes Sedunia 2011 baru-baru ini. forum Selain menganjurkan forum kesihatan, KPKSD turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada orang ramai di dua lokasi yang berbeza iaitu Pusat Pakar Sime Darby Megah dan Sime Darby Subang Jaya. Lebih 100 orang menyertai aktiviti seperti pemeriksaan kadar kolesterol dan gula dalam badan, promosi barangan untuk pesakit diabetes, pemeriksaan kadar BMI

dan khidmat nasihat percuma tentang diet dan pemakanan seharian oleh pakarpakar pemakanan KPKSD. Selain itu, buku resipi 'Simply Delicious' yang mengandungi resipi-resipi makanan lazat bagi pesakit diabetes turut dilancarkan pada hari yang sama. Buku berkenaan mencadangkan sepuluh resepi makanan dan minimum sihat oleh pakar diet Sime Darby bersama Nestle Healthcare. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti anjuran Sime Darby Healthcare Group, layariwww.simedarbyhealthcare.com

Awas tempias bersin!


Oleh DATUK DR. ZULKIFLI ISMAIL Jangkitan virus influenza, ada kalanya dikenali sebagai "flu", sangat mudah berlaku dan menyebabkan gejala umum seperti demam, sakit kepala dan sengal otot, serta hidung tersumbat, sakit tekak, hidung berair dan batuk. Pada masa dahulu, masyarakat di negara tropika dan subtropika menganggap influenza hanya berlaku di negara barat yang beriklim lebih sejuk. Bagaimanapun, sistem pemantauan influenza di Malaysia dan negara jiran sentiasa menunjukkan bahawa influenza adalah punca utama penyakit di kalangan kanakkanak. Sejak virus influenza yang biasanya terdapat dalam burung (A/H5N1) menjangkiti manusia di Asia Timur pada 1997, kerajaan telah menambah baik dan meluaskan pemantauan. Selain mengenal pasti virus jenis baru yang boleh menyebabkan wabak global yang serius, sistem pemantauan ini memberi maklumat yang berharga tentang siapa yang mendapat influenza dan bila jangkitan paling banyak berlaku. Di Malaysia, jangkitan influenza berlaku sepanjang tahun dan memuncak antara Mei-Jun dan Ogos-September. Pengetahuan ini boleh membantu pihak berkuasa kesihatan dan doktor anda membuat keputusan yang lebih baik untuk mencegah influenza menerusi pemvaksinan dan untuk merawat jangkitan influenza di kalangan kanak-kanak yang lebih berisiko mengalami komplikasi serius. Kita perlu mengubah tanggapan umum bahawa influenza bukan penyakit biasa dan bukan pula penyakit teruk. Virus influenza sentiasa tersebar di seluruh dunia, menyebabkan berjuta-juta orang jatuh sakit dan kerugian ekonomi yang sangat besar, terutamanya dari segi kehilangan hari kerja dan sekolah, dan berjuta-juta kunjungan ke klinik. Dalam selang waktu yang tidak dapat diramalkan, virus influenza jenis baru boleh muncul, menyebabkan kebanyakan orang tidak mempunyai pelalaian untuk melindungi diri daripada ancamannya. Ini boleh mengakibatkan wabak global, seperti yang berlaku pada 2009 apabila virus influenza H1N1 muncul. Setakat Ogos 2010, lebih 214 negara telah diserang wabak H1N1, dengan lebih 18,449 kematian dilaporkan. Di Malaysia sahaja, sehingga

bulan Mei 2010, sebanyak 14,772 kes H1N1 disahkan dengan 87 kematian dilaporkan. Amalan menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dengan kerap, menutup mulut apabila bersin dan batuk, dan tidak keluar rumah apabila merasa tidak sihat, boleh membantu mengurang penyebaran influenza. Bagaimanapun, pada hakikatnya, tabiat ini sukar diamalkan, lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak dan dalam keadaan sesak. Cara paling berkesan untuk mencegah jangkitan influenza ialah dengan pemvaksinan tahunan. Tempias bersin Sebab utama influenza sangat mudah berjangkit ialah kerana ia boleh tersebar daripada seorang kepada seorang menerusi tempias daripada mulut apabila seseorang yang dijangkiti batuk, bersin ataupun bercakap. Tempias virus dalam udara boleh menjangkiti orang yang menyedut udara ini. Virus influenza boleh juga tersebar apabila seseorang menyentuh permukaan atau objek yang tercemar. Anda boleh menyebarkan influenza sebelum anda sendiri menyedari anda dijangkiti, kerana manusia boleh menjangkitkan virus ini kepada orang lain bermula satu hari sebelum penyakit ini menunjukkan gejalanya. Orang yang dijangkiti boleh terus menjangkitkan virus ini kepada orang lain sehingga 5 hari selepas mereka jatuh sakit, iaitu apabila mereka mula menunjukkan gejala penyakit. Kanak-kanak yang dijangkiti influenza selalunya mengalami gejala gastrousus seperti loya, muntah dan juga cirit-birit. Menjauhkan masalah Jika dibiarkan dan tidak dikawal, virus influenza sering menyebabkan wabak di rumah, sekolah dan dalam masyarakat. Pemvaksinan adalah langkah paling penting yang anda boleh ambil untuk mencegah jangkitan influenza. Disebabkan virus sentiasa berubah, vaksin influenza sentiasa dikemas kini untuk memastikan perlindungan daripada jenis virus yang sedang tersebar. Terdapat juga virus jenis utara dan jenis selatan, merujuk kepada wabak yang berlaku semasa musim sejuk di kedua-dua hemisfera. Inilah juga sebabnya kita perlu mengambil vaksin influenza setiap tahun. Vaksin influenza paling baru bagi 2010-2011 melindungi kita daripada tiga jenis virus influenza A (H3N2 dan H1N1) dan influenza B jenis yang paling biasa tersebar. Tahukah anda bahawa jangkitan influenza juga boleh menyebabkan komplikasi perubatan yang serius? Resipi rahsia Warong Soto Berlada Oleh Mariatul Qatiah Zakaria maria.zakaria@utusan.com.my Gambar HAFIZH KHOSMAT

Kualiti dan kebersihan hidangan amat dijaga di Warong Soto Berlada.

ADUNAN rempah ratus yang disebatikan dengan ramuan tersendiri akhirnya menjadikan soto menu istimewa di Warong Soto Berlada. Malah, tidak lengkap sekiranya soto tidak disajikan dengan bahan-bahan sampingan seperti isi ayam, begedil dan juga sambal cili kicap. Sajian tradisional tersebut bukan sahaja mampu membuat anda terliur malah tidak sah sekiranya tidak mencuba barang sepinggan. Warung terletak di Jalan AU 1A/2, Bengkel Mara, Taman Keramat, Selangor. Menurut Pengurusnya, Mohamad Ramadan, 31, resipi yang digunakan adalah resipi turun temurun. Katanya, perniagaan tersebut pada asalnya diusahakan oleh arwah bapanya, Ahmad Safari Yunus bersama ibunya, pelakon veteran, Ruminah Sidek, yang dikenali dengan panggilan Mak Mah. Tetapi kini ia diusahakan oleh adik-beradiknya yang lain dalam usaha mengingati usaha ibu bapa mereka itu. "Jika hendak berbicara tentang perniagaan ini panjang ceritanya. Ia sememangnya diusahakan oleh arwah bapa dan juga ibu pada awal 70-an.

"Mereka mula berniaga di pasar-pasar malam sekitar Kuala Lumpur dan juga di gerai di Dataran Merdeka yang ketika itu terkenal dengan gerai hidangan sate dan mi Jawa. "Kemudian ia terhenti lebih kurang lima tahun selepas arwah ayah meninggal dunia sebelum ia beroperasi semula di Jalan Enggang dan diusahakan oleh kakak dan abang," ujarnya ketika ditemui di warung sotonya, baru-baru ini. Tambahnya, selepas beroperasi selama tiga tahun di situ, gerai tersebut telah berpindah ke lokasi hari ini. Bercerita lanjut mengenai perniagaannya, mereka mempertaruhkan menu-menu berasaskan kuah dan sup. Sememangnya kesemua masakan yang disediakan di Warong Soto Berlada boleh diberikan pujian lima bintang. Cukup sekadar menyajikan hidangan seperti soto, mi Jawa, mi kari, laksa, nasi ayam, nasi lemak dan rojak buah. Ia sudah memadai bagi peminat-peminat hidangan berkuah seperti itu. Jelas Ramadan lagi, keistimewaan soto, mi Jawa dan mi karinya terletak pada kuahnya. "Kesemua kuah yang dihasilkan sememangnya resipi asli turun temurun daripada ayah cuma kami olah sedikit untuk menyedapkannya lagi. "Bahan-bahan yang digunakan sudah pasti yang segar dan berkualiti agar para pelanggan datang lagi pada masa akan datang. "Alhamdulillah setakat ini pelanggan-pelanggan yang datang tidak hanya yang tinggal di sekitar Lembah Klang malah boleh dikatakan dari seluruh negara termasuk pelancong-pelancong luar," katanya. Turut menjadi tempat persinggahan bagi selebriti-selebriti tanah air, Warong Soto Berlada memberi pelbagai pilihan soto kepada pelanggan seperti soto biasa, soto special dan juga soto taukeh. Begitu juga dengan mi Jawa di mana anda boleh memilih sama ada mahukan yang biasa ataupun yang special. Bagi hidangan nasi lemak pula, selain dibungkus dalam daun pisang, ia juga lebih sedap sekiranya dinikmati bersama paru goreng. Kesemua hidangan yang terdapat di warung tersebut ditawarkan pada harga serendah RM1.20 sehingga RM9. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menikmati karamel sebagai pencuci.

Tambah Ramadan, selain menerima tempahan, mereka kini dalam perancangan untuk menambah menu seperti sate dan juga pecal untuk memberikan kelebihan menu buat pelanggan. Bagi mereka yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi talian 0142345504 atau untuk maklumat lanjut boleh ke laman sosial facebook, warong soto berlada.

You might also like