KANDUNGAN

1.0 2.0

Pendahuluan Perbezaan Antara Jihad dan Qital 2.1 2.2 2.3 Perbezaan dari Segi Definisi.

……………………….. ………………………..

2 3

Perbezaan Pada Praktik Lapangan dalam Sejarah Islam Pendapat Ulama’ Kontemporer Tentang Jihad ………………….. 10

3.0

Menyelusuri Jihad Pada Zaman Rasulullah s.a.w 3.1 3.2 Jihad Ketika di Mekah Jihad Ketika di Madinah

4.0 5.0 6.0

Larangan-larangan Dalam Peperangan Prinsip Perang Perang-perang Dalam Islam

…………………

17 18 20

…………………………………………. …………………………………

Penutup Rujukan

……………………………….. ………………………………..

22 25

1

1.0

Pendahuluan

Agama Islam adalah agama sejahtera. Agama keamanan dan kedamaian, sesuai dengan namanya ‘Islam’ yang bererti selamat, sejahtera, aman dan damai. Atas dasar ini, Islam mengatur hubungan manusia sesama manusia, bangsa dengan bangsa, negara dengan negara. Semuanya hendaklah diasaskan hubungannya atas keselamatan dan kesejahteraan, bukan permusuhan dan kebencian. Nabi Muhammad s.a.w mengembangkan agama Islam dengan hati yang lunak dan hubungan yang mesra dengan semua manusia.

Peperangan adalah susulan dari dakwah Nabi Muhammad s.a.w pada zaman perkembangan Islam. Islam tidak pernah berdakwah dengan cara peperangan Umat Islam hanya menggunakan pendekatan ini apabila diancam atau diserang. Pemerintahan Islam selama 13 tahun di Mekah membuktikan bahawa penyebaran agama Islam tidak berkembang dengan cara kekerasan dan penindasan.

Peperangan adalah bahagian yang terakhir dari jihad, iaitu berperang dengan menggunakan senjata untuk meghadapi musuh. Makna inilah yang banyak difahami oleh
2

w. Dalam bahasa ahli mantik.a. 2. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Mahmud Syaltut. apabila kita ingin mendapatkan gambaran yang objektif dan jelas tentang latar belakang disyaric atkannya perang hendaklah dimulai dari pengungkapan zaman dakwah Rasulullah s.a.0 Perbezaan Antara Jihad dan Qital Dengan mengamati definisi jihad secara rinci dan praktik lapangan dalam sejarah umat Islam. diharap kertas kerja ini dapat memberi manfaat dan dapat menyelami pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.w dalam mengembangkan daulah Islamiyyah kerana disyaricatkan jihad dalam pengertian perang memiliki latar belakang sejarah dengan perkembangan dakwah Rasulullah s. mengatakan bahawa jihad itu umum dan perang adalah khusus. iaitu lapangan dalam sejarah umat Islam. dan praktik Secara etimologi (bahasa) jihad adalah: 3 . ( Yusuf Qardhawi 2009 : 4) Oleh itu. Dengan kata lain. tetapi tidak setiap jihad adalah perang. Melainkan perbezaan dalam ruang lingkup yang bersifat mikro dan makro. maka kita akan mendapatkan perbezaan antara jihad dan qital. Meskipun perbezaan yang dimaksudkan bukanlah perbezaan yang bertentangan “ikhtilafut tadadh”. bahawa jihad lebih umum daripada qital.1 1) Perbezaan dari Segi Definisi. Perbezaan tersebut dapat dianalisa dari dua sudut pandang. Definisi jihad: dari sudut definisi.ramai orang.w. Namun makna peperangan (al-qital) berbeza dengan jihad (al-jihad). Setiap perang adalah jihad jika ada niat yang benar. ( Rohimin 2006 : 41 – 42) 2. mulai dari awal misi dakwah Baginda sehingga disyaric atkan untuk berperang.a. dan qital adalah sebahagian daripada jihad.

al-Ankabut : 6 Q. al-Ankabut : 69 2 4 .1                 “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami. maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri”.t:        1    Q.w.S.‫ال ْمبال َغة واست ِفراغ ما في ال ْوسع والطاقة من قول‬ َ َ ُ ِ َ ُ َ ْ ْ َ ٍ ْ َ ْ ِ ِ َ ّ َ ِ ْ ُ .2 2) Adapun penyebutan kata-kata jihad di dalam ayat-ayat Madaniyah cenderung kepada makna qital dalam pegertian luas.S. Sebagaimana firman Allah s.‫أ َو فعل‬ ٍ ْ ِ ْ (bersungguh-sungguh dan mengerahkan segala daya dan kemampuan baik dari perkataan mahupun perbuatan). benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami”. Secara istilahnya jihad dimaksudkan sebagai berikut: Penyebutan kata-kata jihad didalam al-qur’an diklasifikasikan menjadi dua: 1) Penyebutan jihad pada ayat-ayat makkiyah lebih cenderung kepada makna lughawi seperti firman Allah:            “Dan barangsiapa yang berjihad.

                                 “Tidaklah sama antara mu’min yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai ‘uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya”. dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah”. an-Nisa’ : 95 Q. at-Taubah : 41 4 5 .S.S.3                      “Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat.4 Adapun definisi para ulama tentang jihad secara syaric ie adalah seperti berikut: • Mazhab hanafi: َ ‫ال ْجهادُ هو الدّعاءُ إلى الدين ال ْحق وال ْقتال مع من‬ َ َ ِ ْ َ َ َ ُ َ ِ َ ّ َ َ ُ ِ ّ ‫امت َن َع عن ال ْقبول بالن ّفس وال ْمال‬ ْ َ َ ْ ِ ِ ُ َ ِ َ َ ِ ْ 3 Q.

• Mazhab syafici: ‫القتال في سبيل الله مأخوذ من المجاهدة، وهي‬ ‫المقاتلة في سبيل الله‬ “ Perang di jalan Allah di ambil dari kata al-mujahadah yaitu peperangan di jalan Allah” • Mazhab Hambali: ُ َ ِ ‫قتال ال ْك ُفار‬ ِ ّ “memerangi orang kafir” Daripada pengertian di atas dapat kita simpulkan bahawa jihad mencakupi beberapa hal: 1.w. Menyeru untuk masuk atau tunduk kepada agama Islam 3.t”. Di dalamnya terdapat qital 2) Definisi Qital Secara bahasa qital adalah: 6 . Adanya usaha untuk Icla’u kalimatillah dengan mengorbankan nyawa dan harta 2.“ Jihad adalah menyeru kepada din yang haq dan memerangi ketika terjadi penolakan dengan jiwa dan harta” • Mazhab Maliki: َ َ ‫قال اب ْن عرفة قتال مسل ِم ٍ كافرا غي ْر ذي عهد ل ِعلء‬ ِ َ ْ ِ ٍ ْ َ ِ َ َ ً ِ َ ْ ُ ُ َ ِ َ َ َ َ ُ ِ ّ ‫ك َل ِمة الله‬ ِ َ Berkata ibnu cArafah: “ Perangnya muslim terhadap orang kafir yang tidak terikat perjanjian dalam rangka meninggikan kalimat Allah s.

Barangsiapa yang berperang di jalan Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 74:                            “Kerana itu hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu. lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar” FirmanNya juga dalam surah at-Taubah ayat 123:                        “Hai orang-orang yang beriman.Qital diambil daripada kata ً َ ِ ً َ ِ ُ َ َ َ ‫ .قات َل-ي ُقات ِل قتال وقي ْتال‬yang mana apabila ‫“ )حارب َه‬memerangi dan memusuhinya” ُ َ َ ditambah ‫ ه‬bermakna: (‫وعاداه‬ ُ ُ َ َ Secara istilah adalah: Penyebutan qital mempunyai makna pertempuran yang berakhir kepada kemenangan atau kekalahan. Dan qital secara istilah adalah: 7 . dan ketahuilah. perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu. bahwasanya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa”.

َ ‫ال ْحرب وال ْمدافعة بالسلح‬ ُ ْ َ ِ ُ َ َ َ ُ ِ “ peperangan dan perlawan dengan senjata” Syed Khattab berkata “makna qital dalam Islam adalah: memerangi musuh dalam rangka menjaga kebebasan penyebaran dakwah. Jihad: tidak selalu dengan pertempuran Qital: intinya adalah pertempuran 3. Kesimpulan perbezaan antara jihad dan qital: 1. Jihad: umum mencakupi usaha Icla’u kalimatillah Qital: sebahagian daripada usaha menegakkan kalimatullah 2. Sebagaimana pernyataan Syed Khattab bahawa makna qital adalah dalam rangka menjaga penyebaran dakwah.2 Perbezaan Pada Praktik Lapangan dalam Sejarah Islam 8 . Penyebutan qital mencakupi jalan yang benar dalam erti fi sabilillah dan jalan yang salah. yang berakhir pada kemenangan atau kekalahan. 2. dan melakukan rukun Islam. Jihad: penyebutannya lebih kepada usaha Icla’u kalimatillah Qital: penyebutannya mempunyai ma’na yang relative tergantung apa tujuan perang tersebut. Kesimpulan dari makna qital adalah: 1. Tergantung tujuannya dan praktiknya. 3. Terjadinya pertempuran pada dua pihak. 2. sedangkan dakwah itu sendiri merupakan rangkaian dari jihad namun tidak termasuk dalam qital. dengan tetap menjaga etika-etika dalam peperangan”. Qital dalam lingkup fi sabilillah khusus menjurus kepada pertempuran dan hanya merupakan sebahagian dari rangkaian jihad.

a.a. Rasulullah s. Ungkapan ini perlu difahami dengan cermat dalam kondisi apa yang penulis sedang mengungkapkan dan apa maksud dari ungkapan tersebut. Inilah merupakan praktik jihad dalam sejarah Islam. Oleh kerana itulah Rasulullah s. Tidak semua dari mereka menyertai pertermpuran. 9 . menjadikan kaum musyrikin gentar dan takut. 2.w pada setiap kali melancarkan jihad.a. “Jarba”.a. Rasulullah s. memberikan tugas masing-masing kepada para sahabat.w sangat berusaha untuk menghindari terjadinya pertumpahan darah. Namun beliau banyak bermain pada sisi politik dengan mengadakan perjanjian dengan kabilah-kabilah setempat. Baginda mengadakan perjajian dengan penduduk “Ailah”. Seluruh rangkaian usaha dalam meninggikan kalimah Allah yang sangat kuat menguatkan lagi antara satu dan lainnya.t. Sebagaimana yang banyak di ungkapkan dengan istilah (‫إذا‬ ‫) أطلقت كلمة الجهاد فهو قتال‬ apabila kalimat jihad disebutkan secara mutlak maka maknanya adalah Qital. Pada malam harinya.w. Baginda membuat strategi jihad yang mampu mengalahkan kaum muysrikin dengan meminimalkan pertempuran.w.Praktik jihad dalam sejarah Islam sangatlah luas mencakupi seluruh rangkaian usaha dalam menegakkan kalimah Allah. Demikian pula dalam Perang Tabuk. Rasulullah memerintahkan kaum muslimin agar masing-masing menyalakan obor.3 Pendapat Ulama’ Kontemporer Tentang Jihad Sebahagian ulama dalam beberapa buku menyebutkan kalimat jihad seakan membatasi hanya terbatas dengan Qital. Sedangkan qital adalah pertempuran yang terjadi antara kaum Muslimin dan kaum kafir dalam rangkaian jihad untuk menegakkan kalimah Allah s. dan “Daumatul Jandal. Dalam usaha pembebasan Mekah sendiri. Di antara mereka ada juga yang menjaga Madinah sebagaimana mereka yang disuruh untuk menetap pada perang tabuk bagi menjaga Madinah dan menjaga keluarga Rasulullah s. Sehingga dengan banyaknya obor yang menyala sehingga mencapai sepuluh ribu.” Taktik politik inilah yang menyebabkan orang-orang Romawi mengalami kekacauan dan kekalahan tanpa pertempuran. Mereka menganggap pasukan kaum Muslimin sangatlah besar dan tidak ada pilihan lain kecuali menyerah tanpa perlawanan.w tidak hanya mengendalikan pertempuran dalam melancarkan jihad.

hijrah. Seperti hadis dari Amru bin Abasah tentang seorang yang bertanya kepada Rasulullah tentang Islam. Jawapan ini benar. maka penulis 10efensiv definisi itu bukanlah ijma para ulama. Adapun dalil yang biasa digunakan untuk membatasi jihad hanya sebatas qital. Namun masih banyak malaikat-malaikat lainnya. maka dianggap sebagi jihad yang sebenarnya. Sebagaimana definisi jihad yang di ungkapkan oleh ulama mazhab Hanafi bahawa dakwah untuk menyeru orang kafir masuk ke dalam agama Islam merupakan jihad. Lantas dengan tidak adanya Qital apakah pembebasan Mekah tidak dianggap sebagai jihad?. kalau sahaja benar ada pendapat ulama yang hanya membatasi jihad hanya dengan Qital. Ungkapan hadis di atas lebih cenderung mirip dengan ungkapan ‫)من الملئكة؟ قال: جبريل‬ (siapakah malaikat itu? Ia menjawab: Jibril. iman. َ ‫ال ْجهادُ هو الدّعاءُ إلى الدين ال ْحق وال ْقتال مع من‬ َ َ ِ ْ َ َ َ ُ َ ِ َ ّ َ َ ُ ِ ّ ‫امت َن َع عن ال ْقبول بالن ّفس وال ْمال‬ ْ َ َ ْ ِ ِ ُ َ ِ َ َ ِ ْ “jihad adalah menyeru kepada din yang haq dan memerangi ketika terjadi penolakan dengan jiwa dan harta” 10 . juga perlu difahami secara cermat. Terdapat juga kenyataan bahawa jihad tidak dibatasi hanya dengan qital dikuatkan dengan sunnah fi’liyyah yang tersebut dalam sejarah pembebasan Mekah. Sebagai penutup. Rasulullah sangat berusaha menghindari Qital. Begitu juga penaklukan wilayah-wilayah yang akhirnya menyerah tanpa terjadi Qital apakah tidak disebut sebagai jihad?. namun bukan pembatasan bahwa malaikat itu hanya satu.Penulis mengungkapkan istilah ini dalam keadaan mengenengahkan pemahaman yang keliru Iaitu pemahaman yang terlalu bebas dalam memperluas makna jihad sehingga setiap amal asalkan terdapat padanya kesusahan dan kepayahan. iaitu Jibril. Ketika orang itu bertanya kepada Rasulullah: َ ْ َ َ َ َ َ ّ ‫وما ال ْجهادُ قال أ َن ت ُقات ِل ال ْك ُفار إ ِذا ل َقيت َهم‬ َ ِ ْ ُ ِ َ َ “Apakah jihad itu? Rasulullah menjawab: engkau memerangi orang kafir apabila menemuinya”. jihad.

1 Jihad Ketika di Mekah Wahyu al-Quran pertama kali diterima oleh Nabi Muhammad s. Menurut Muhammad Fuad c Abdul Baqi.(Rohimin 2006: 33) ayat yang turun ketika di Mekah.Sehingga dengan demikian pendapat seorang ulama tidak boleh menggugurkan pendapat ulama lain tanpa di landasi dalil dari nas yang jelas. hanya ada 4 ayat sahaja dan semuanya menggunakan terma jihad.a. Baginda mula menyebarkan misi keagamaan.w Sejarah perjuangan Rasulullah s. kemudian diikuti pula oleh Khulafa’ al-Rasyidin.a.w ketika di Mekah ialah pada tahun 650 Masihi dan pada tahun tersebut. 3.0 Menyelusuri Jihad Pada Zaman Rasulullah s. iaitu pada surah al-Nahl ayat 110 :                11 .a.w merupakan contoh jihad yang klasik dari permulaan Baginda diangkat sebagai Rasul pada usia 40 tahun sehingga terbina negara Islam di Madinah dengan pemerintahannya dan pentadbirannya sebagai Negara Islam sehingga wafatnya Baginda dalam usia 63 tahun. 3.(Rohimin 2006 : 32) Antara intipati wahyu yang diterima Nabi dan misi keagamaan yang disebarkan oleh Baginda pada ketika ini adalah ajaran yang berkaitan dengan akidah.

Kemudian pada surah al-Furqan.Kemudian. lagi Maha Mengasihani. ayat 52:         Oleh itu. dan berjuanglah Dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka Dengan perjuangan Yang besar dan bersungguh-sungguh. Seterusnya pada surah al-Ankabut. kemudian mereka berjihad serta bersabar.            12 . janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir. Sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik). ayat 6 dan juga ayat 69:              Dan sesiapa Yang berjuang (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri. Sesungguhnya Tuhanmu – sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan – adalah Maha Pengampun. Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.

mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas). ajaran jihad belum dibebankan sepenuhnya. dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya. jumlah ayat al-Quran yang turun. Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan). Ini memperlihatkan kepada prinsip-prinsip hukum Islam yang ditetapkan secara beransur-ansur dan tidak membebankan. Ketika di Mekah. Kenyataan ini menunjukkan bahawa pada permulaan awal Islam iaitu ketika berada di Mekah. baik di bidang politik mahupun ekonomi. keadaan agama dan juga umat Islam yang masih lemah. yang berkaitan dengan jihad adalah sangat sedikit jika dibandingkan ketika berada di Madinah. surah asy-Syura:          Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim.(Rohimin 2006: 34) Selain itu. Dalam al-Quran digambarkan bahawa keadaan umat Islam sebelum melakukan hijrah ke Madinah sangat menderita dan selalu mendapat cubaan. mereka tetap membela diri. Ajaran jihad yang diperkenalkan oleh al-Quran dilakukan secara beransur-ansur dan disesuaikan dengan pertimbangan dakwah itu sendiri serta keperluan dan keadaan umat Islam pada ketika itu. Keadaan umat Islam pada ketika itu masih di bawah tekanan kaum kafir. Walaupun mereka diperlakukan secara zalim.Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami. Ini berdasarkan pada ayat 39. 13 .

w. iaitu bersifat 14efensive5. ajaran jihad yang digambarkan pada ayat-ayat Makiyyah lebih bersifat vertikal iaitu perjuangan dan pengorbanan manusia dalam hubungan dengan Allah s. bertahan dan membela diri dari kezaliman. Walaupun umat Islam dianiaya dan diperlakukan secara zalim ketika itu. tetapi mengambil sikap berhijrah ke tempat lain.t. dan janganlah berdukacita kiranya ada Yang menolaknya). namun mereka tidak melakukan pembalasan melalui perang.t. kerana Sesungguhnya Engkau 5 Pertahanan diri 14 . bersabar.w. Dalam bentuk dakwah. Secara keseluruhannya. Ketika di Mekah Nabi Muhammad s. menghadapi tekanan(fitnah) dengan penuh kesabaran tanpa melakukan kekerasan adalah dipandang sebagai sikap yang lebih baik kerana sikap tersebut merupakan salah satu bentuk ibadah(perjuangan) untuk mendapatkan keridaan Allah s. kepada manusia.a. Bagi orang-orang Islam. pengendalian diri dan bertahan serta bersabar dalam menghadapi penganiayaan dari pihak kaum musyrik. Jihad yang dianjurkan adalah dalam bentuk dakwah.Maka pengertian jihad ketika di Mekah lebih kepada pembelaan diri.w lebih terbatas dalam menyampaikan khabar gembira dan juga peringatan. al-Quran ada menyatakan:                                   Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (Wahai Muhammad.

Pendekatan ini sesuai dengan keadaan umat Islam pada saat itu. misi al-Quran dinyatakan sebagai:                  Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam.a. -Maka Allah akan menyeksanya Dengan azab seksa Yang sebesar-besarnya. Sebagai pembawa misi dakwah. Nabi Muhammad s. al-Quran belum memberi pendekatan atau alternatif yang lebih tegas kerana ia masih dalam bentuk pengungkapan agrumentasi yang tegas dan benar (bi al-hikmah).S. Dalam melakukan dakwah. Sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.S. Selain dari itu. Iaitu bagi sesiapa dari kamu Yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) Yang betul. al-Ghasyiyah: 21-26 Q.hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan.7 Daripada dua ayat Makiyyah di atas.w adalah pengenalan sebagai Rasul dan pengenalan agama Islam sebagai agama yang benar. Ketika di Mekah. berjihad dalam mengembangkan agama Islam belum mungkin boleh dilakukan secara peperangan. al-Takwir: 27-28 7 15 . (Rohimin 2006: 37) 3. Bukanlah Engkau seorang Yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam Yang Engkau sampaikan itu). Akan tetapi sesiapa Yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar. Ini kerana umat Islam belum mungkin sanggup menghadapi ancaman dari puak kaum musyrik. Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka.6 Dalam bentuk dakwah. dapat disimpulkan bahawa pengertian jihad ketika di Mekah masih terbatas pada pengertian dakwah.2 Jihad Ketika di Madinah 6 Q.

Mengikat tali persaudaraan antara dua kaum di Madinah iaitu antara kaum cAus dan Khazraj dan menamakan mereka sebagai kaum Ansar (pembela Islam).w terus bermukim di kota mereka. Membangunkan prasarana khususnya masjid yang tercantum di dalamnya pusatnya pentadbiran. Mengatur dasar pertahanan dan hubungan luar(antarabangsa) menerusi pengutusan wakil. atas nasihat para sahabat yang amat bimbang dan mendapat petunjuk Ilahi. Baginda telah:- 1.a. berlaku perkembangan Islam yang amat pesat. maka Baginda memutuskan berhijrah ke Madinah.a. Mengatur pentadbiran awam meliputi bantuan kebajikan.Pada tahun ke-13 kenabian Baginda. surat menyurat dan perjanjian. Oleh kerana sudah ada penduduk Madinah yang telah memeluk Islam maka. 3. 5. mereka meminta supaya Nabi Muhammad s. Inilah piagam pertama dunia yang mengiktiraf hak asasi dan memberikan perlindungan kepada amalan beragama secara harmoni. Di Madinah. Falsafah di sebaliknya begitu luas untuk dijangkau. Mengatur perlembagaan iaitu Piagam Madinah yang merupakan asas pembentukan Negara. pendidikan dan social. hijrah merupakan satu lambing perubahan minda atau anjakan paradigm dalam seluruh perjuangan Rasulullah s. Oleh itu. 16 . 2. Dalam 10 tahun di Madinah. 4.w. Kemudian Ansar dipertautkan dengan pendatang dari Mekah iaitu kaum Muhajirin.

ancaman terus meningkat sama ada dari dalam dan juga dari sekeliling. terutama penduduk Mekah yang amat iri hati dan bertekad untuk menghancurkan Baginda dan umat Islam. diseksa dan dibunuh. Malah utusan Baginda ditangkap. mesej yang dibawa oleh Baginda bersifat damai dan menjurus kepada keamanan. Ini kerana. dakwah serta jihad Baginda amat teratur dan amat menurut perkembangan yang sesuai. Dalam konteks inilah turun wahyu yang bermaksud:                                              17 . maka berperang adalah merupakan pendekatan yang terakhir. Apabila tertubuhnya negara Madinah. Usaha Baginda untuk berbaik-baik dengan jiran-jiran sekeliling terus dibantah dan dihina. Mengapakah Baginda tidak memilih untuk mengumpulkan pasukan gerila di Mekah dalam melawan golongan kafir? Tentu ini merupakan pilihan Baginda yang baik dan sebagai salah satu alternatif dalam pendekatan dakwah dan jika tidak ada pilihan.Oleh itu.

Umat islam juga bukanlah umat yang suka berperang dan haus kepada darah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya Yang lain.a. dan juga masjid-masjid (orang Islam) Yang sentiasa disebut nama Allah banyakbanyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (ugama Islam).S. dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Peperangan yang dilakukan oleh umat Islam pada dasarnya untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Tindakan ofensif dilakukan untuk melindungi keadilan setelah keadilan itu diabaikan. dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi). (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan Kami ialah Allah”. lagi Maha Kuasa. Jihad perang dalam Islam tidak bersifat menyerang(ofensif) melainkan pertahanan diri(defensif). nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani). kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya.8 Maka ketika inilah jihad Baginda bersifat qital iaitu berperang dalam rangka membela diri. Namun. Namun Rasulullah s.             Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh). al-Hajj: 39-40 18 . Kejayaan Islam di Madinah yang dicapai setelah hijrah diwarnai dengan pelbagai peperangan. Maksud bela diri ialah umat Islam tidak memulakan perang tetapi bertahan menanti musuh.w menetapkan medan perang hendaklah jauh dari tempat singgah penempatan awam demi mengelakkan pembunuhan orang awam. Sesungguhnya Allah Maha Kuat. Iaitu mereka Yang diusir dari 18efensi halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang 18efensi Yang benar. bukanlah bererti Islam ditegakkan dengan perang atau pedang. (Rohimin 2006: 41) 8 Q.

w. Sekiranya kedua-dua itu ditolak juga.t. pihak Islam mestilah mengemukakan kepada musuh tiga perkara utama supaya dibuat plihan. Cukai yang dibayar adalah bagi kepentingan negara dan kemaslahatan umat manusia di tempat itu. Demikian menurut hadis Nabi Muhammad s. Sekiranya salah satu daripada perkara19 . 2. 3.w tidak pernah memerangi musuhmusuhnya tanpa mengemukakan ketiga-tiga perkara itu terlebih dahulu supaya mereka membuat pilihan. maka pilihan ketiga itu terpaksa diterima iaitu berperang. negara dan agama. Ini bermakna bahawa konsep peperangan dalam Islam ada kaitannya dengan pemerintahan atau suruhan dari Allah s.Ayat-ayat al-Quran sudah menjelaskan bahawa peperangan dalam Islam hanya tercetus apabila orang Islam mendapat isyarat atau keizinan daripada Allah s. Allah memerintahkan berjihad iaitu berperang kerana mempertahankan diri. 4. ia tidak boleh sama sekali dilakukan tanpa memberitahu terlebih dahulu pihak lawan. mereka masih boleh menerima yang kedua iaitu membayar cukai. Sekiranya pelawaan kepada agama Allah ditolak. Peperangan Sepanjang sejarah Islam.t menerusi wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s. Sebelum pengisytiharan perang dibuat. Dia(Allah) lebih mengetahui penderitaan yang dialami oleh orang Islam. Nabi Muhammad s. Oleh sebab itu.w.a.a. Membayar cukai supaya dikendalikan kemaslahatan(kepentingan) mereka. serulah mereka kepada salah satu daripada tiga perkara. Haron Din 2007 : 81-82) 1. (Dato’ Dr.0 Larangan-larangan dalam Peperangan Apabila peperangan hendak dilancarkan.a.w seperti yang direkodkan oleh Muslim: “ Apabila kamu berhadapan dengan musuhmu daripada orang-orang musyrikin. Mereka perlu menerima Islam sebagai agama mereka.w.

Janganlah kamu membakar tumbuh-tumbuhan kurma.” 5.”10 “ Punyai belas kasihan kepada mereka yang di dunia ini dan Dia(Allah) yang di Syurga akan belas kasihan kepadamu. Tidak menjejaskan orang awam dan harta benda. cukai ataupun peperangan. malah persekitaran.”12 9 Riwayat Tirmizi dan Abu Daud Riwayat Tirmizi dan Abu Daud 11 Riwayat Tirmizi dan Abu Daud 12 Riwayat Bukhari dan Muslim 10 20 . kanak-kanak kecil dan mereka yang telah berumur.”11 “Allah tidak akan memberikan belas kasihanNya kepada sesiapa sahaja yang tidak mempunyai belas kasihan terhadap sekalian manusia. Ini berdasarkan pada hadis-hadis tersebut: “ Jadi. janganlah kamu membunuh anak-anak kecil. hamba yang digaji dan perempuan…”9 “ Jangan membunuh wanita. 2.perkara itu mereka terima.0 Prinsip Perang Baginda telah menetapkan prinsip perang berdasarkan bela diri seperti berikut: 1. Malah sirah mencatatkan bahawa tawanan perang itu diberikan pilihan untuk terus di penjara atau melakukan amal kebajikan seperti mengajar membaca dan menulis. Melindungi nyawa tawanan perang yang sudah menyerah diri. selesailah dan layani mereka dengan baik sama ada Islam. mencabut tumbuh-tumbuhan serta memusnahkan rumah-rumah.

dilaksanakan kepsda mereka yang ditindas seperti hamba. Mufti Syeikh c Atiyyah Saqr. Peperangan seperti ini biasa berlaku pada awal perkembangan Islam.t telah berfirman:              13 Terjemahan petikan fatwa – “ Jihad di dalam Islam: Pencegahan atau Pertahanan?” dari Fatwa Bank. iaitu:1.B. kegiatan pembangkit Islam telah menggunakan pengganasan sebagai kaedah atau strategi mereka. 3.13 Allah s. terutamanya yang sering diperbesarkan oleh sejarawan asing bahawa kononya Islam mula berkembang melalui mata pedang dengan slogan “ Pedang: Jihad Islam”.(Mohamed Amara 1997: 144-145) Malangnya dalam zaman mutakhir. Ia terpaksa dilakukan jika tiada pilihan lain iaitu antara hidup dengan mati. Jadi. ataupun apabila musuh-musuh mempunyai rancangan untuk menyerang umat Islam.(1863-1943) seorang orientalis barat yang juga menyifatkan penyebaran Islam melalui mata pedang menjadi kefardhuan bagi seluruh umat Islam. harta benda dan wilayahnya 2. Namun salah faham berlaku. Perang pencegahan.net/fatwa.Tegasnya aspek qital bukanlah aspek utama dalam pengembangan Islam. http://www. 21 . diisytiharkan jika umat Islam mendapati pengkhianatan terhadap perjanjian damai bersama musuh.islam-online. diisytiharkan hanya jika musuh-musuh Islam menyerang agama. Mantan Ketua Lembaga Fatwa al-Azhar ada menerangkan di dalam fatwanya yang bertajuk. Jihad pertahanan. dakwaan para sejarawan asing itu menjadi mudah diterima oleh majoriti umat manusia yang bukan Islam. Kata-kata ini telah dilontarkan oleh Macdonalds D. maruah. Perang kebebasan. “ Jihad di dalam Islam: Pencegahan atau Pertahanan?” telah membahagikan peperangan itu kepada tiga kategori utama.w.

Dan bunuhlah mereka (musuh Yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka.                                                                                     Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang Yang memerangi kamu. kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang menceroboh. dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan). dan usirlah 22 .

al-Baqarah: 190-194 23 . Peperangan tersebut disebabkan usaha musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam.w. maka bunuhlah mereka. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kaum Quraisy dipimpin oleh Abu Jahal dan pasukan Muslim dipimpin oleh Nabi Muhammad s.0 Perang-perang dalam Islam Terdapat beberapa peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah s.mereka dari tempat Yang mereka telah mengusir kamu. oleh itu sesiapa Yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang Dengan pencerobohan Yang dilakukannya kepada kamu. dan tiap-tiap perkara Yang dihormati itu (jika dicabuli). kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang Yang zalim. Umat Islam terpaksa berjuang untuk mempertahankan agama suci mereka.1 Perang Badar Perang ini melibatkan 313 orang pasukan Muslim dengan 1000 orang kaum kafir Quraisy. kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. lagi Maha Mengasihani.S. 6.w.a.14 6.a. Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu). 14 Q. (Mencabuli) bulan Yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan Yang dihormati. ada balasannya Yang seimbang. dan (ingatlah Bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ).

wajib mengajar sepuluh orang anak Muslim. Tawanan perang yang lain diperintahkan supaya menebus diri mereka dengan membayar 4000 dirham per orang. Mereka adalah orang-orang munafik. Sebaliknya di pihak kaum Muslimin. Tentera Islam pada awalnya berjumlah 1000 orang. Bagi tawanan yang ingin bebas tetapi tidak mempunyai harta. 14 orang syahid dalam pertempuran ini. Mereka mengajar anak-anak ini membaca dan juga menulis. mereka menggabungkan kekuatan untuk memerangi umat Islam. tetapi kemudiannya sebanyak 300 orang anggota pasukan mundur dan menarik diri dari peperangan. Namun tentera Islam tetap bersemangat ke medan perang walaupun dengan jumlah tentera yang sedikit. 6. Di antara kaum Quraisy yang terbunuh adalah Abu Jahal dan Umaiyyah bin Khaif. Faktor utama tercetusnya Perang Uhud adalah kerana dendam orang-orang Quraisy atas kekalahan mereka dalam Perang Badar. Sebanyak 70 orang pasukan kaum Quraisy ditawan dan 70 yang lainnya terbunuh. Bukit Uhud terletak lebih kurang empat kilometer di Timur Laut Kota Madinah.Kemenangan berpihak kepada kaum Muslimin. Abdullah bin Ubay memerintahkan pengikutnya supaya mundur kembali ke Madinah. Bagi menebus kembali kekalahan. 24 . terjadi perang antara umat Islam dengan Kaum Quraisy Mekah. Perang ini dinamakan Perang Uhud kerana lokasinya yang terjadi di kaki Bukit Uhud. Golongan ini dipimpin oleh Abdullah bin Ubay.2 Perang Uhud Pada pertengahan bulan Syac ban atau Syawal tahun 3 Hijriah.

a. Dengan posisi strategik ini. (Ensiklopedia Untuk Anak-anak Muslim. Jilid 1 2007: 62-64) 25 . Dia menyusun strategi lalu menyerang pasukan pemanah Islam.w iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib. Tentera musuh telah melarikan dir dan meninggalkan banyak harta dan senjata. Musc ab bin Umair. Amru bin al-Jamuh dan Hanzalah bin Abu Amir. Mereka telah diperintahkan supaya tidak meninggalkan posisi mereka. Tentera Quraisy kembali semula dan menyerang pasukan Islam dari belakang.a.w telah menempatkan 50 orang pemanah yang handal di lereng-lereng gunung sebagai penyerang utama. Kekalahan ini mengakibatkan 70 orang tentera Islam telah gugur.Kawasan Bukit Uhud yang bergunung-gunung melengkapi dan memudahkan penyusunan strategi perang yang dilakukan. Nabi Muhammad s. tentera Islam dapat menyerang pasukan Quraisy dengan mudah. Kemenangan yang pada mulanya berpihak kepada tentera Islam kini beralih ke tangan tentera Quraisy. Antaranya bapa saudara Nabi Muhammad s. Dia telah mengambil kesempatan dalam kelekaan tentera Islam itu. Amru bin Thabit. Beliau telah dibunuh oleh Wahsy. Khalid al-Walid adalah panglima pasukan berkuda Quraisy. Selain itu antara tentera Islam yang gugur di dalam peperangan ini ialah Sac ad bin Rabi. Ini menyebabkan tentera Islam terleka dan pasukan pemanah telah meninggalkan posisi mereka kerana mengira perang telah berakhir.

janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir.t menegaskan bahawa seorang mukmin tidak seharusnya berputus asa dalam berdakwah(dengan al-Quran) kepada orang kafir sebagaimana firman Allah s. 26 . maka tiada pilihan lain selain tindakan ketenteraan yang bertujuan membela diri.w.w. Tetapi jika jalan damai tidak dapat diperolehi. Malah dalam berdepan dengan penceroboh atau pengganas. dan berjuanglah Dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka Dengan perjuangan Yang besar dan bersungguh-sungguh.Kesimpulan Allah s.t dalam surah al-Furqan ayat 52:         Oleh itu. Islam menyeru jalan damai.

Sayidatina c Aisyah r.w mensucikan Kaabah.a meriwayatkan jika ada dua pilihan terbentang kepada Rasulullah s.Dalam hadis Bukhari. 27 . Baginda akan meninggalkan pilihan yang sukar.w pada ketika itu bersama 10. Turunnya wahyu menyuruh Rasulullah s. Namun Baginda tidak menggunakan kuasa ketenteraan untuk membalas dendam. Malah ketinggian pekerti Baginda turut dinyatakan oleh musuhnya sendiri seperti Abu Sufyan sebelum beliau memeluk agama Islam.a.w memasuki Mekah.w telah menjadi ikutan umat manusia di serata dunia seperti dalam perjuangan Mahatma Karamchand Gandhi untuk memerdekan India daripada penjajahan dan gerakan menegakkan hak asasi kulit hitam Amerika oleh Dr Martin Luther King Jr. terdapat lebih 360 lebih berhala di sekitar Kaabah.000 perajurit Islam. Namun dalam suasana yang masih berkecamuk. tetapi menyampaikan seruan tauhid.a. Baginda sentiasa memilih jalan lembut dan aman demi merubah keadaan masyarakatnya. Rasulullah tidak terus menghapuskan berhala.w.a. Keseluruhan hidup Baginda memaparkan cara-cara pragmatik dalam menghadapi apa jua keadaan iaitu: • • • • Hindari sengketa dan bina keharmonian Utamakan rundingan dan hindari keganasan Menadpatkan kesepakatan dan jalin hubungan baik dan Sebarkan rasa persaudaraan sesama Islam dan sesame manusia.w. Konsep perjuangan damai Rasulullah s.a. Kehadiran Rasulullah s. Sewaktu Rasulullah s. Menurut Muhammad Hassanein Heikal dalam Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.a.

w dalam berjihad seperti mewujudkan badan bantuan hak asasi antarabangsa untuk membela insan yang ditindas dan teraniaya.Umat Islam wajib meneruskan cara damai Rasulullah s. 28 . Cara ini juga sebagai dakwah yang membuktikan salam damai Islam dan setiap adanya Islam. pasti keadilan dan pembelaan terpelihara.a.

PTS. 2007.com/2008/12/gagasan-definisi-jihad. Mesir http://ms. Melvi Yandra. Indonesia Rohimin. 2006. Islam: Jihad Sebagai Survival Insan. 2007.28/11/2011: 5.07PM 29 . Jihad: Makna dan hikmah. Ensiklopedia Untuk Anak-anak Muslim Jil.RUJUKAN Al-Quran al-Karim Lisanul Arab. Maktabah Syamilah: 16413 Dr. Syamilah: 375 Hadis Riwayat Ahmad.Haron Din. 2009.org/wiki/Qital http://an-nuur.04PM http://nasimfauzi. Penerbit Erlangga.html . juz 3. E-Media Publication Sdn. Fiqih Jihad: Sebeuah Karya Monumental Terlengkap Tentang Jihad Menurut al-Quran dan Sunnah. Malaysia. Maktabah Wahbah.org/2011/04/perbedaan-antara-jihad-dan-qital/ :28/11/2011: 5.blogspot.wikipedia. Indonesia Yusuf Qardhawi. hal: 135 Al-Munjid fi lughah: 607 Mucjam Lughatul Fuqaha’.Bhd.1.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful