You are on page 1of 15

PENGENALAN 1

Mengajar itu seni, akan diperkatakan beberapa ketrampilan dan persiapan agar menghasilkan penmdidikan yang bermutu. Dalam pendidikan, para guru dilatih agar dapat menyessuaikan diri dengan berbagai macam lingkungan sekolah dan pelajar. Pendidikan bagi guru pula dirancang untuk memenuhi harapan tertinggi profesyennya. Guru harus menguasai ilmu pengetahuan, di mana mereka menjadi pengantaranya. Tujuannya agar pelajar tidak hanya mempelajari pengetahuan mentah, tetapi belajar bagaimana menerapkan dan menghubungkan pengetahuan tersebut dalam kehidupan. Daoed Yoesoef menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas pokok, iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan. Jika dikaitkan dengan pembahasan tentang kebudayaan, tugas pertama berkaitan dengan logika dan estetika, sedangkan tugas kedua dan ketiga berkaitan dengan etika. Tugas profesional - dari seorang guru adalah meneruskan atau mentransmisi ilmu pengetahuan, ketrampilan, dan nilai-nilai lain yang sejenis, yang belum diketahui anak dan seharusnya diketahui oleh anak didik. Tugas manusiawi dari seorang guru adalah membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas utama dan menjadi manusia yang sebaik-baiknya. Tugastugas manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri, dan pengertian tentang diri sendiri. Usaha membantu ke arah ini seharusnya diberikan kepada manusia dalam satu unit organik dari keseluruhan intergralitinya. Hal ini bererti bahawa tugas tersebut harus dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu. Melalui pendidikan, guru seharus mampu membantu anak didik untuk mengembangkan daya fikir. Dengan demikian, diharapkan anak didik mampu turut serta secara kreatif dalam transformasi kebudayaan ke arah peradaban demi kebaikan hidunya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat di mana mereka hidup. Tugas kemasyarakatan - merupakan konsekuensi guru sebagai warga negara yang baik, turut mengembang dan melaksanakan apa-apa yang telah digariskan oleh bangsa dan negara.

Kita mengetahui cara manusia berkomunikasi dengan orang lain tidak hanya melalui bahasa, tetapi dapat juga melalui gerak. Contohnya, berupa tarian, melalui suara (lagu dan nyanyian), melalui warna dan garis-garis (lukisan), melalui bentuk berupa ukiran, atau melalui simbol-simbol dan tanda-tanda yang biasanya berupa rumus-rumus.

KONSEP KREATIF DAN KREATIVITI Kreativiti adalah suatu potensi dan kebolehan asasi yang dimiliki oleh semua manusia. Tidak ada seorang manusia pun di dunia ini yang tidak kreatif. Cuma keupayaan seseorang itu mengetengahkan kreativitinya bergantung kepada faktor diri, persekitaran, dan jenis masalah yang dihadapi. Dalam pada itu, bakat kreatif mesti dipupuk dan dibajai. Kreativiti merupakan suatu kebolehan berfikir dan bertindak yang tidak berasaskan logik biasa kerana, logik bersifat penilaian (judgemental). Ini tidak bermakna kreativiti tidak memerlukan pemikiran kritis dan analitis. Kreativiti tahap tinggi amat memerlukan pemikiran logik-kritis kerana idea yang asli belum tentu boleh berjaya jika ia dipsaarkan. Kewujudan pemikiran kreatif adalah seusia dengan kejadian manusia. Manausia telah mengaplikasikan bentuk pemikiran kreatif dalam kehidupan tanpa mereka sedari Banyak penyelesaian masalah dan membuat keputusan oleh manusia menggunakan akal dan idea kreatif. Edward de Bono (1995) menyatakan, terdapat 5 premis yang menyebabkan kreativiti sebagai kebolehan yang perlu dimiliki oleh individu, organisasi dan masyarakat. Antaranya ialah: i. ii. iii. iv. Untuk perubahan dan pembaikan. Untuk menyelesaikan masalah. Untuk memberi nilai dan peluang baru. Untuk masa depan.

v.

Untuk motivasi.

Menurut kamus Websters (1976) pemikiran kreatif ialah, The ability to bring something new existence. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada tiada kepada ada. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.

Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat menghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia memperlihatkan kemampuan manusia mencipta sesuatu daripada tiada kepada ada. Sekali imbas, definisi kreatif seperti ini seolah-olah menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang manusia yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Menurut John (2002); Only God could create, and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.

Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin creare yang bermaksud membuat (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, Krainein yang membawa makna memenuhi. Dalam bahasa Inggeris create atau cipta dalam bahasa Melayu.

Dapat dikatakan kreativiti ialah kebolehan seseorang menyalurkan sebahagian daripada pengalaman lalu, dan dijelmakan kembali dalam bentuk yang baru.

Setiap pengalaman itu tidak semestinya baru, tetapi baru dari segi konsepsi dan gaya persembahannya. Pada asasnya setiap insan kanak-kanak dan remaja mempunyai bakat kreatif. Hanya corak perkembangannya sahaja yang berbeza. Bakat kreatif berkembang, bergantung kepada peluang, latihan dan kecerdasan. Jika latihan yang berterusan dapat diberikan, langkah itu boleh membantu memajukan bakat dan pengalaman mereka dengan berkesan. Bakat kreatif boleh dikembangkan mengikut tahap dan proses tertentu, bermula dari tahap yang mudah kemudian maju ke tahap yang sukar. Untuk menghasilkan karya kreatif, proses, masa, dan latihan perlu dirancang. Dalam hubungan ini, hasil kreatif (sastera, tarian, drama, seni kraf dan sebagainya) yang bermutu perlu dijadikan model penelitian bagi mendapatkan pengalaman kreatif daripada karya tersebut. Dalam soal ini, guru dan ibu bapa harus berperanan iaitu memilih buku-buku yang bermutu supaya dapat dijadikan rujukan membina bakat kreatif kanak-kanak dan remaja. Sehingga hari ini, banyak persoalan manusia tentang kehidupan dapat diselesaikan dengan kreativiti manusia. Pada zaman prasejarah, tempat kediaman manusia amat ringkas. Pada waktu itu, kediaman manusia hanya berbumbungkan langit dan terhad hanya di atas tanah, pokok, salji, kemudian gua. Kemudian manusia mendapat dan mula pandai membina tempat kediaman bersumberkan daun, kayu dan tanah. Apabila terbinanya kebudayaan dan tamadun, tempat kediaman manusia menjadi lebih sempurna dengan mempunyai bilik, ruang tamu, bilik mandi dan sebagainya.

FALSAFAH KREATIVITI

1. .

Pendekatan Barat Secara mudah, falsafah kreatif mula muncul apabila mula mencabar alam, diri, dan kuasa supernatural termasuk Tuhan. Kebebasan (freedom), semangat inkuiri dan pelepasan diri (escapism) menyebabkan manusia mula membuat penyesuaian hidup dengan faktor alamiah dan supernatural. Apabila manusia mula mampu berkreasi dan melihat akan perlnya berlaku perubahan dalam kehidupan maka mereka mula mepersoalkan sesuatu yang telah dan belum pasti. Semangat dialektika dan fahaman empirikalisme telah mendorong manusia mencari dan mengubah diri, alam, dan kepercayaan. Terdapat banyaka aliran yang amat berpengaruh dalam falsafah kreatif ini. Antaranya ialah: a. Aliran Neo-sophisme b. Aliran Intuisionisme a. Aliran Neo-sophisme Kreativiti barat berpegang kepada prinsip Machiavellianisme yang menghalakan setiap cara demi menuju matlamat. Kreativiti Barat juga menolak nilai dan kebenaran dalam idea, pemikiran, an tindakan. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah seseorang itu tidak seharusnya terikat dengan norma, nilai, dan kepercayaan yang dogmatik. Sebenarnya kreativiri Barat banyak diresapi semangat golongan sofie klasik seperti Protogoras, Plato dan Herodotus. Dalam bentuk baru, golongan neo-sofis ini meletak asas-asas seperti berikut dalam pemikiran dan tindakan mereka, iaitu: i. Relativistik golongan ini beranggapan bahawa dunia, idea, pemikiran dan tindakan adalah bebas nilai. Tingkahlaku dan pemikiran bergantung kepada tanggapan individu itu sendiri. Nilainilai teras fahaman relativistik ialah: a. Prinsip menolak nilai - nilai baik, jahat dan positif atau negatif bergantung kepada niat dan matlamat yang hendak

dicapai. Bagi mereka, nilai boleh ditafsir secara relatif dan bersifat neutral. b. Tiada hukum yang pasti - apa sahaja hukum yang bersifat rigid, mengongkong dan mengekang kebebasan mengenepikan hukum mutlak yg akan berfikir dianggap akan membunuh kreativiti. Maka kreativiti akan mengurangkan nilai kebebasan berkreasi. c. Nilai kebenaran adalah sementara dan relatif kebenaran bersifat relatif dan sementara. Kebenaran mengikut keadaan, masa dan tempat. Maka, tidak ada satu idea kreatif yang dapat bertahan lama kerana ia akan diganti dengan idea yang lebih baik. d. Idea dan alternatif - idea dikatakan berguna dan berkualiti apabila idea itu dapat diperluas, diperbesar dan diperbanyakkan. Idea adalah aset kepada pemikiran kreatif. Otak kanan amat dititikberatkan. ii. Skeptik Fahaman keraguan ini menyebabkan manusia berasa

sangsi dan mempersoalkannya. Rasa sangsi terhadap alam, diri manusia serta perkara-perkara lain akan membangkit rasa ingin tahu dan cuba mencari jawapan secara konkrit atau literal. Rasa sangsi atau ragu akan timbul setiap kali kita menyaksikan sesuatu fenomena. Maka, penambahbaikan amat penting untuk menjadikan fenomena itu lebih baik daripada sebelumnya. iii. Utiliti manusia percaya bahawa kepuasan dapat dicapai apabila

terpenuhnya nikmat utiliti dalam diri seseorang. Idea kreatif dikira bermanfaat sekiranya ia dapat memberi nilai kebergunaan kepada individu. Dalam keadaan tertentu sesuatu idea dapat diubahsuai dan disimpan untuk masa depan.

iv.

Pragmatik -

Elemen ini memberi keutamaan kepada sesuatu

yang parktikal. Idea kreatif mesti bersifat prgamatik dan realistik. Dengan cara ini ia mampu memberi kepuasan secara realistik. Jika sesuatu idea bersifat abstrak ia mampu direalisasikan secara abstrak. Ia tidak boleh bersifat idealistik dan utopia. v. Generatif Usaha yang dilakukan untuk memperolehi kuantiti

idea. Kuantiti idea dapat menerbitkan kualiti idea. Idea kreatif yang berkualiti terjelma menerusi pelbagai ramuan idea (songsang, terbalik, lama). Kualiti idea ialah idea yang luar biasa, bilazim dan tidak pernah wujud sebelumnya.

Aliran Intuisionisme Pelopornya ialah Plato. Dianggap bahawa kebolehan kreatif adalah sesuatu yang misteri, iaitu tidak dapat ditanggapi oleh akal fikiran yang rasional. Kreativiti berlaku secara kebetulan tanpa ada perancangan. Kreativiti berlaku dalam inda bawah sedar (subconscious) dan mengaku kreativiti ialah inspirasi ketuhanan. Ia bersifat luar biasa dan tidak masuk akal. Dianggap juga sebagai kreativiti sejarah. Contoh: lukisan Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci. Melihat idea kreatif bersifat subjektif. Ia boleh dilihat sebagai berguna & boleh dinilai sebagai baik atau tidak, boleh ditokok tambah atau dikurangi.

PENDEKATAN ISLAM kebolehan kreatif sebagai suatu kebolehan asasi yang dipinjamkan oleh Allah. Kebolehan kreatif merupakan amanah yang wajib dipikul. Mengikut Hamka:

segala sesuatu yang baru ditemui oleh manusia sebenarnya adalah sesuatu yang tidak diketahui dan tidak ditemui oleh manusia sebelumnya. Islam melarang pendekatan Machiavellianisme (matlamat menghalalkan cara) dalam kreativiti. Pendekatan ini memisahkan kreativiti dengan konsep ketuhanan. Dalam Islam, segala idea dan invensyen yang dihasilkan mestilah berlandaskan hukum agama. Dilarang kreativiti untuk kepentingan peribadi atau merosakkan alam. Dalam zaman pascamoden, banyak idea kreatif bukan sahaja memusnahkan manusia malah meruntuh sesebuah tamadun. dunia (peluru berpandu). Falsafah isme yang sekular dan songsang meletakkan nilai kreativiti dan inovasi sebagai gaya hidup ranggi, iaitu menonjolkan kemewahan, berfoya-foya, membazir, hipokrit dan nafsu serakah. Masyarakat terlingkung dengan falsafah dedonisme dan nihilisme. Albert Einstein mengingatkan Amerika supaya berhati-hati dengan teori e=mc2, kerana ia mampu memusnahkan

KULIAH 2

PENDEKATAN DAN TEORI DALAM SENI 1. PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME Pendekatan kontruktivisme lahir daripada cara manusia belajar. Murid akan membina makna mengenai dunia dengan cara melakukan sintesis daripada pengalaman baru terhadap perkara yang mereka telah fahami sebelumnya. Menurut Vgostsky, pelopor teori konstruktivisme, kanak-kanak berkembang secara sistematik, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. Pelajar akan membina ilmu pengetahuan secara aktif terutama bagi yang berfikir. Sebarang ilmu tidak akan ditafsir secara pasif terutama sebarang ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Seseorang murid akan cuba menyesuaikan sebarang maklumat baru yang diperolehinya dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pengetahuan baharu dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan guru. berasaskan pengalaman yang dilaluinya Ausubel (1963), fakitor paling penting dalam proses menerima maklumat adalah pengetahuan yang sedia wujud pada seseorang individu. Pengetahuan ini menjadi asas pemprosesan maklumat dalam pemikiran pelajar. Prosedur Pembelajaran Gur akan mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar. Menurut Jonessan (1991), melalui prinsip kontruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara aktif olerh setiap individu

Sumber ini memberi peluang kepada guru untuk merancang kaedah pengajarannya. Guru harus ingat, pengetahuan yang dimilki pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh mood. Oleh itu, proses asimilasi berlaku terhadap maklumat baru yang diterima. Pelajar membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada selain mengaplikasikannya kepada situasi baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Ilmu pengetahuan itu dimiliki seseorang

10

adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, bukannya sesuatu maklumat yang diterima secara pasif dari luar kerana ilmu pengetahuan itu tidak boleh dipindah dari pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Ciri pembelajaran secara konstruktivisme ialah: dan a. Menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan guru. b. Menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. c. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar. d. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar mempelajari sesuatu idea. e. Menggalak proses inkuiri melalui kajian dan eksperimen. f. Menganggap pembelajaran sebagai satu dengan hasil pembelajaran. g. Menyokong pembelajaran secara koperatif. h. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar. i. Memberi peluang kepada pelajar membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dalam keadaan dunia sebenar. 2. TEORI GESTALT DALAM SENI Gestalt, dalam bahasa Jerman bererti pola atau konfigurasi, adalah keseluruhan yang diintergrasikan dan mempunyaim indentiti dan makan yang tersendiri. Maka, bahagian-bahagian tertentu dapat diidentifikasikan unsur dan bahagian-bahagiantertentu dihubungkan berbentuk konfikguratif. Wertheimer memanfaatkan psikologi Gestalt untuk merumuskan garis-garis besar pngajaran. Baginya, sinar-sinar berkekuatan tinggi, kerangka, kontras dan teknik ilustrasi dapat digunakan untuk membuat rangsangan visual. Inid dapat menyedarkan pelajar terdapat hubungan antara unsur-unsur yang dapat disimpan sebagai ilmu pengetahuan yang tersusun dan teratur. sebagai dalam pola-pola yang proses yang sama penting

11

Jiwa manusia adalah suatu keseluruhan yang tersendiri dari bahagaian-bahagian atau unsur-unsur. Unsur-unsur itu berada dalam keseluruhan menurut struktur yang tertentu dan saling berinteraksi satu sama lain. Contohnya, kepala manusia, telinga, hidung, dagu, mata, dahi adalah suatu keseluruhan yang bermakna dan terletak pada struktur masing-masing. Struktur itun dapat berfungsi sebagaimana semesteinya. keseluruhan. Bahagian-bahagian ini hanya bermakna dalam hubungan

Hamalik (1980) memberi prinsip-prinsip belajar Gestalt, yakni belajar dimulai dari suatu keseluruhan. Keseluruhan merupakan permulaan, baru menuju ke bahagian-bahagian dari hal-hal yang kompleks, kemudian menuju ke hal-hal yang sederhana. Jadi, keseluruhan memberi makna terhadap suatu bahagian, individu adalah bahagian-bahagian dari keseluruhan. dengan dengan teori trial and error. Pendekatan adalah persamaan

Prosedur Pembelajaran

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, ia

mengaitkan hakikat makna sehingga muncul nilai Gestalt yang diakibatkan oleh pertemuan atau sesuatu hasil. Dengan Gestalt sesuatu hasil karya itu dihubungkan dengan latar belakang penciptaan, proses kreatif, konsep estetika, latar sosial budaya dan landasan falsafah. Gestalt merupakann suatu keseluruhan yang hidup dalam sesuatu karya. Kesan ini kemudiannya hidup, bergerak dalam hati, bergemuruh dan berada dalam diri pelajar. Dalam bilik darjah, pendekatan Gestalt ini boleh diserapkan melalui beberapa kaedah berikut: a. Kita harus melihat karya itu secara keseluruhan dengan menghayati hasil karya itu. Hasil karya mesti difahami dan dihayati. Guru pula meminta pelajarnya menceritakan serba sedikit dengan karya yang telah dihasilkan. b. Kita analisis tema, motif, gambaran penghasilan karya itu. c. Berikan interpretasi. Kegiatan di kelas isikan diskusi untuk menyimpulkan terhadap karya yang dihasilkan. atau mesej . Perhatikan struktur

12

d. Pelajar ditugaskan mencari sendiri karya orang lain, membaca dan mengapresisasikannya. Pembelajaran mnggunakan pendekatan Getalt bertujuan: a. b. c. d. Memudahkan pelajar memahami mkakna, baik yang berbentuk konventional atau kontemporari. Pelajar dapat membacadan memhamai karya dengan dengan cepat dan baik. Pelajat dapat mengubah karya itu. Pelajar mendapat bekalan yang memadai dan lebih trampil.

3.

TEORI SOSIAL-INTERAKSI PIAGET Jean Piaget ialah pakar biologi yang berpendapat manusia mempunyai skema yang boleh membantu mereka mengatur dan memahami rangsangan yang diterima dari persekiataran. Maknanya, manusia mempunyai hubungan interaksi dengan persekitaran.

Diperingkat bayi, didapati merke mahir dengan aktiviti menghisap. aktiviti mereka.

Bayi

dideahkan kepada pengalaman yang dapat membezakan dan mengorganisasikan

Skema pemikiran mental kanak-kanak

Asimilasi

Akomodasi

13

Asimilasi ialah proses mendapatkan pengetahuan sebagai pengetahuan yang baru untuk dimasukkan atau digabungkan dengan skema yang memang telah ada dalamdiri kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman yang dibina dari semasa ke semasa.

Proses akomodasi pula

adalah satu proses

apabila kanak-kanak

terpaksa

membuat pengubahsuaian kepada skema pemikiran yang memang telah sedia ada kerana pengetahuannya yang baru. Dengan pengalaman baru, kanak-kanak terpaksa mengakomodasikan maklumat yang ada dalam skema yang telah sedia ada untuk memahami keadaan yang sebenar. Menurut Piaget, terdapat EMPAT peringkat perkembangan intelektual kanakkanak, iaitu: a. Peringkat sendori motor b. Peringkat praoperasi c. Peringkat operasi konkrit d. Peringkat operasi formal

Berikut ialah ciri perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori ini: Peringkat Sensori motor Praoperasi Operasi Umur 0 2 tahun 2 7 tahun 7-12 tahun Ciri-ciri Keupayaan Kognitif Pemikiran terhad kepada skema dan penggunaan deria untuk mengetahui dunia sekeliling. Pemulaan pemikiran simbolik. Pemulaan pemikiran logik yang terhad kepada objek

14

konkrit Operasi formal

12 ke atas

maujud Pemikiran abstrak, meramal dan hipotetsikal.

Teori ini, mekanikal.

menganggap seni kreatif adalah fenomena pemikiran dan bukan Kanak-kanak mempunyai suatu daya penguasaan kognitif yang

bertindak melalui hipotesis dan cuba uji. Dalam seni kreatif, kanak-kanak boleh memilih bentuk-bentuk yang diterima dan menolak bentuk-bentuk yang bukan struktur

15

You might also like