You are on page 1of 9

Bergedil Maggi

Kiriman: Nur Syahirah Said


Hits: 8452 Rating: 6.87 Review: 1
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: Bahan A:
Sebungkus Mee Maggi
Sedikit tepung cucur udang segera ADABI (ikut citarasa) Bahan B:
Jintan Manis (ditumbuk halus)
Bawang merah (dihiris kecil-kecil)
Udang (dibuang kulit)
Cili hidup (dihiris kecil-kecil)
Daun bawang (dihiris kecil-kecil)
Sedikit telur (1 bungkus Mee Maggi 2 biji telur)
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Cara: Masukkan Mee Maggi ke dalam bekas besar. Hancurkan Mee Maggi itu
dengan menggunakan tangan. Selepas Mee Maggi itu dihancurkan di dalam
bekas, masukkan pula tepung cucur udang segera ADABI, jintan manis yang
ditumbuk halus, bawang merah yang dihiris kecil kecil, udang yang dibuang kulit,
cili hidup yang dihiris kecil-kecil, dan daun bawang yang dihiris kecil-kecil. Gaul
kesemua bahan-bahan itu bersama Mee Maggi tadi sehingga sebati. Kemudian,
renjiskan sedikit air untuk memudahkan proses pengepalan. Kepalkan Mee
Maggi yang telah digaul dengan bahan-bahan tadi menjadi bentuk bujur.
Kepalkan sehingga Mee Maggi itu habis. Setelah selesai proses pengepalan,
pukul telur (seperti memukul telur untuk membuat telur dadar). Kemudian,
celupkan kepalan-kepalan Mee Maggi tadi ke dalam telur. Setelah selesai
mencelup, masukkan kepalan-kepalan Mee Maggi tadi ke dalam minyak. Goreng
sehingga masak dan kekuningan. Setelah kepalan Mee Maggi tadi masak dan
kekuningan, hidangkan panas-panas.

Tambahan: Bergedil Maggi tadi enak dimakan panas-panas. Ia juga boleh


dicicah dengan sos cili dan mayones. Selamat mencuba!
Pai Ayam
Sumber: Koleksi Mingguan Wanita
Hits: 2569 Rating: 2.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 235 g tepung gandum
170 ml air mendidih
1 biji putih telur
Sedikit minyak jagung

Bahan inti:
200 g daging kisar 1 sudu besar minyak jagung
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu kecil ketumbar
1 kiub pati ayam
1 sudu kecil serbuk cili

Cara: Gaulkan tepung dengan air mendidih sehingga sebati. Masukkan minyak
jagung. Canaikan doh dan terapkan bentuk bulat. Isikan inti dan lapiskan dengan
sekeping lagi adunan bulat. Lekatkan hujungnya dengan putih telur dan kelim
kemas. Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan.

Begedil Ayam
Kiriman: Norhazura Binti Yahmin
Sumber: Keluarga
Hits: 7879 Rating: 7.00 Review: 1
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 1 kg ubi kentang (di kupas kulit)
300 gm daging ayam (dicincang halus)
20 gm jintan putih
20 gm jintan manis
20 gm lada sulah
50 gm bawang goreng (paket)
2 tangkai cili merah (dihiris halus)
2 tangkai cili hijau (dihiris halus)
4 batang daun bawang (ihiris halus)
3 biji telur (dipukul kembang)
100 gm tepung kentang(potatoe Starch)
sedikit garam dan perasa (mengikut citarasa sendiri)
Untuk menumis:
2 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
sedikit minyak zaitun

Minyak masak untuk menggoreng kentang

Cara: Potong kentang berukuran 1/2 cm. Panaskan minyak selama 15 minit
diatas dapur. Setelah itu bolehlah dimasukkan kentang. Goreng sehingga
kekuningan dan empuk. Setelah masak, boleh di tapis minyaknya. Kentang
hendaklah di tumbuk sehingga lumat. Kemudian ketepikan.

Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang merah kecil dan bawang putih
setelah kuali panas.Masukkan lada sulah, jintan manis dan jintan putih.
Kemudian masukkan hirisan daging ayam. Masak sehingga daging ayam masak.
Bolehlah dimasukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Gaul sehigga sebati.

Kemudian masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kentang yang sudah ditumbuk.


Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan daun bawang bersama dengan
bawang goreng. Gaul sebati.

Akhir sekali masukkan tepung kentang(potatoe starch)dan gaul semula.


Kepal dan bentukkan kentang menjadi bulat dan leper mengikut pilihan
anda.Mahu yang besar atau kecil bentuknya.

Cadangan Hidangan: Boleh dimakan begitu sahaja.... ataupun bersama dengan


nasi atau dengan mee soto. Pastinya hingga menjilat jari. Enak sungguh............
cubalah......

Tambahan: Daging ayam di ambil dari bahagian dada kerana isinya yang lembut
dan mudah dihiris

Tepung kentang digunakan untuk mengepal kentang supaya senang dibentuk.


Bergedil Kentang & Daging
Kiriman: Norizan Razali
Sumber: Sendiri
Hits: 15729 Rating: 9.09 Review: 3
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 6 biji kentang
½ kilo daging cencang
1 biji bawang besar - di cincang
sedikit daun sup - di hiris
sedikit lada hitam - di tumbuk halus
sedikit garam
2 biji telur - di pukul
minyak yang secukupnya untuk menggoreng

Cara: Panaskan minyak di kuali. Kentang di buang kulit dan di belah ikut suka.
Goreng kentang selama 10 minit,angkat dan toskan.

Bila telah sejuk, tumbuk atau lecek kentang tersebut hingga lumat. Kemudian
masukkan daging cencang, bawang, daun sup, lada hitam dan garam. Gaulkan.
Buat bulat-bulat dan celupkan ke dalam telur dan bolehlah di goreng hingga
kekuningan.

Cadangan Hidangan: Sedap di makan bersama-sama nasi,soto atau mee sup.

Biskut Merry Bermilo


Kiriman: Haniza Ayob
Sumber: Kawan se asrama
Hits: 1018 Rating: 9.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: Biskut Merry
Milo secukup rasa
Coklat masakan
Kacang Tanah di goreng dan di tumbuk kasar

Cara: Biskut merry di patah-patahkan dan disusun di atas dulang


pembakar.Tuangkan milo dan coklat masakan .(Milo dan coklat masakan telah di
cairkan terlebih dahulu).Taburkan kacang tanah dan sejukkan di peti
sejuk.Potong-potong ..Selamat mencuba

Cadangan Hidangan: Di makan waktu petang


Black Maggi
Kiriman: L|Ya
Hits: 443 Rating: 7.50 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 1 bungkus maggi
3 tangkai cili padi
1 biji bawang merah dihiris
¼ cawan kicap manis
¼ cawan sos cili
sedikit minyak masak untuk menggoreng

Cara: Tumiskan bawang dan cili padi yang telah di hiris sehingga naik bau.
Masukkan air (cukup-cukup untuk merendam sebungkus maggi) dan tunggu
hingga mendidih. Kemudian masukkan maggi, dan tunggu hingga separuh
lembut. masukkan kicap dan sos, sesuaikan rasa mengikut anda sendiri. angkat
apabila kuah anda hampir kering dan pekat.

Cadangan Hidangan: Sedikit hirisan daun saderi.

Tambahan: Sedap buat lauk untuk dimakan dengan nasi putih.

Bread Tuna Mayonis Chessy Simple


Kiriman: sharifah Aeisyah
Hits: 575 Rating: 9.67 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: Sebungkus roti gardenia
2 tin ikan tuna perisa original
bawang besar
lada sulah
mayonis
cheese
garam
telur

Cara: Gaulkan tuna+ mayonis+lada sulah secukup rasa+sedikit garam+ bawang


besar yang dihiris kecil.potong keju supaya menjadi hirisan halus.
Letakkan bahan-bahan yang telah digaul diatas roti. letakkan keju yang dihiris.
gulungkan roti tersebut.
goreng dengan minyak sapi atau minyak masak.

Cadangan Hidangan: sesuai dibuat sarapan dan minum petang bersama tea.
Pizza Maggi
Kiriman: Nita Yunan
Hits: 25717 Rating: 5.78 Review: 1
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 1 Bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)

Cara: Celur maggi, ketepikan. Pukul telur


sehingga agak kembang.

Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup,
cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi.
Gaul hingga sebati.

Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng


telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.

Cadangan Hidangan: Makan semasa panas dan boleh dicicah


dengan sos dan mayonis.

Coleslaw
Kiriman: sukhaironi b, kamaruddin
Hits: 4038 Rating: 7.17 Review: 1
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: Kobis bulat (banyak ikut suka)
Lobak merah (sedikit sahaja)
Sos coleslaw (ada dijual dikedai)

Cara: Cincang kobis halus - halus, kuantiti ikut selera anda.

Cincang lobak merah halus - halus, kuantiti agak - agak le - sebab untuk dibuat
penyeri coleslaw anda je.
Gaulkan kedua - duanya sekali dan tambahkan sos coleslaw dengan kuantiti
mengikut selera anda.

Siap untuk dimakan.

Cadangan Hidangan: Terpulang kepada imaginasi anda.


Tambahan: Lobak merah tu, kalu nak hiris kasar sikit pun takpa la, ikut selera
anda..tapi kalau nak serupa makan kat KFC, cincang le halus-halus.

Cheese & Mushroom Omelette


Kiriman: Jo
Hits: 713 Rating: 9.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 8 biji telur ayam bersaiz besar
1 sudu besar susu cair atau krim
½ sudu kecil lada sulah
½ cawan cendawan butang (dihiris nipis)
½ cawan keju parut
½ cawan udang (buang kulit)
1 sudu besar kucai dihiris halus
3 ulas bawang merah kecil diracik halus
3 sudu besar mentega
Garam secukup rasa

Cara: Panaskan satu sudu besar mentega didalam kuali. Masukkan cendawan
dan udang. Masak selama 2 minit. Angkat. Pukul telur bersama lada sulah, susu
cair dan garam (perlu diingat keju agak masin, jadi kurangkan sedikit garam).
Panaskan 2 sudu besar mentega dalam kuali (api sederhana). Masukkan telur
yang dipukul. Biarkan tanpa dikacau selama 1 minit. Taburkan keju parut,
kemudian campuran cendawan, udang dan kucai. Biarkan sehingga masak
(lebih kurang 2 atau 3 minit lagi).

Cadangan Hidangan: Sesuai untuk sarapan pagi. Makan begitu saja atau
bersama roti.
Potato Wedges
Kiriman: nora musa
Sumber: dari teman
Hits: 5136 Rating: 4.67 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 4 biji kentang
2 biji putih telur(tidak perlu dipukul)
Sedikit Garam

Cara: Panaskan oven kepada 425ºC.


Potong kentang kepada bentuk wedges.
Masukkan kentang yg telah dipotong kedalam putih telur yang tidak dipukul tadi
dan letakkan diatas non-stick pan.
Taburkan sedikit garam dan masak hingga 25 minit sehingga warnanya bertukar
menjadi coklat keemasan.

Jejemput Maggi
Kiriman: Lela
Hits: 206 Rating: 9.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 1 paket maggi (dicelur tanpa rempah)
sepotong ayam (disiat-siat)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 biji lada merah (dihiris)
3 biji telur (ditambah atau dikurangkan mengikut bahan)
garam
bahan perasa
minyak untuk menggoreng

Cara: 1. Campurkan semua bahan dan gaul rata.


2. Goreng dengan minyak banyak hingga masak dan keperangan.

Cadangan Hidangan: Enak dimakan bersama sos cili

Tambahan: Resepi ini sama seperti membuat jejemput biasa hanya tidak
menggunakan tepung dan digantikan dengan telur.
Kulit Popia Rangup Bersalut Gula
Kiriman: Onie
Sumber: Reka sendiri
Hits: 114 Rating: 9.50 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 1 bungkus kulit popia
Gula icing Minyak masak

Cara: 1) Kulit popia digulung memanjang sehingga membentuk seperti silinder.


2) Potong kulit popia kecil2 (2cm) secara menyerong dgn menggunakan pisau
lipat-cutter(ala, yg harga 10 sen satu tu)..
3) Kemudian, popia td digoreng dlm minyak banyak, api jgn terlalu bsr sehingga
bewarna coklat kekuningan dan rangup bila dimakan.
4) Toskan dahulu kulit popia td dan kemudian gaulkan dgn gula icing..
5) Dah siap!! Resepi paling mudah abad ini!!

You might also like