You are on page 1of 6

GAYA HIDUP LESTARI

1.0 Pengenalan Gaya hidup lestari adalah gaya hidup mesra alam yang perlu diaplikasi dalam semua aktiviti kita seharian. Ini bermakna kehidupan lestari diasaskan kepada amalan dan gaya hidup sesuai dengan keperluan generasi sekarang dan akan datang Gaya hidup yang lestari harus dijadikan struktur hidup baru bagi semua golongan terdiri daripada individu, komuniti, Negara dan dunia. Amalan hidup dan perubahan sikap manusia amatlah diperlukan bagi merealisasikan gaya hidup lestari . 2.0 Definisi Konsep Bagi mengadaptasikan Gaya Hidup Lestari dalam kehidupan, anjakan paradigma pada minda seluruh ahli masyarakat, atau dengan kata lain, pelestarian minda amatlah diperlukan dan hal ini merupakan inisiatif paling kritikal perlu diberi keutamaan segera . Secara ringkas, minda lestari bermaksud pemikiran, gaya fikir dan disiplin akliah yang menjadikan kesejahteraan masyarakat sebagai matlamat pembangunan menerusi alam sekitar yang bersih dan selamat, sistem dan pengurusan cekap, dan dasar serta amalan gaya hidup selari dengan fitrah insaniah. Minda lestari menjelaskan betapa gaya hidup mesra alam mestilah memenuhi pelbagai ciri pelestarian, antaranya selari dengan peraturan, perundangan, mesra warga, murah dan mudah. Berbasikal atau menaiki kenderaan awam ke tempat kerja, membayar bil pembetungan dan mengitar semula sampah adalah sebahagian amalan mesra alam yang tercerna daripada minda lestari. Dalam konteks pembangunan fizikal misalnya, minda lestari memberi penekanan kepada keseimbangan ekosistem dalam seluruh aspek seperti perancangan, utiliti mesra alam, kaedah pembinaan dan teknologi mesra alam. Jika anjakan minda lestari itu berjaya, maka barulah pelbagai dasar, inisiatif, tindakan, amalan, gaya hidup lestari dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, murah dan berkesan. 3.0 Gaya Hidup Lestari
Gaya hidup lestari adalah gaya hidup mesra alam yang perlu diaplikasi dalam semua aktiviti kita seharian. Ini bermakna kehidupan lestari diasaskan kepada amalan dan gaya hidup sesuai dengan keperluan generasi sekarang dan akan datang. Dalam konteks alam sekitar, penggunaan sumber perlu dilakukan secara optimum tanpa menjejaskan keseimbangan ekosistem dan pemuliharaan flora dan

fauna. Cara hidup lestari membabitkan penghayatan minda lestari dalam seluruh bidang kehidupan. Sebagai individu kita boleh mengambil beberapa langkah bagi memimumkan pencemaran alam sekitar. Antaranya jangan gunakan beg plastik kerana ianya memakan masa beratus tahun untuk mengurai dan reput. Gunakan bakul atau beg sendiri ketika membeli belah. Belilah produk mesra alam yang diktiraf, kerana ini menunjukan anda telah membantu mengurangkan beban kepada alam sekitar. Belilah barangan yang mempunyai bahan pembungkusan yang boleh diguna semula dan dikitar semula (kertas, kaca dan logam). Pengasingan sampah yang dihasilkan di rumah patut dibuat. Dengan cara ini kita boleh mengumpul dan menjual barangan ini

Anda mampu melakukan banyak perkara bagi membantu melindungi alam sekitar dan sekaligus membantu diri anda sendiri. Perkara yang paling mudah ialah mengamalkan cara hidup lestari dan mengamalkan konsep 5R iaitu Rethink (fikir semula), Reduce (Kurangkan), Repair, (perbaiki), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula). Konsep rethink atau fikir semula bukan hanya terhad kepada fikir dulu sebelum buang sahaja, malah sebagai pengguna hendaklah bertindak untuk mengetahui dan mengambil kira bungkusan produk yang kita beli itu boleh dikitar semula atau digunakan semula. Konsep R kedua adalah repair atau baik pulih iaitu memeriksa dengan teliti untuk tujuan membaiki atau memulihkan keadaan sesuatu supaya barangan tersebut dapat dilupuskan secara berkesan. Konsep seterusnya ialah reduce yang bermaksud mengurangkan penggunaan pelbagai sumber terutamanya sumber asli seperti kayu, petroleum dan sabagainya. Reuse atau guna semula pula bererti menggunakan semula barangan atau alatan yang terbuang untuk dimanfaatkan menjadi barangan lain yang berguna.

Kitar semula membawa maksud memproses barangan lusuh atau bahan buangan menjadi produk baru. Dengan kitar semula, kita sebenarnya banyak berjasa kepada bumi kerana sumbangan kita yang kecil ini begitu besar faedahnya kepada bumi. Dengan kitar semula, kita bukan sahaja menjimatkan kos, malah mengurangkan pembukaan tapak pelupusan yang baru. Ini kerana buat masa ini, kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Dan lebih membimbangkan lagi, kini timbul pelbagai masalah dan rungutan seperti isu keselamatan, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan sebagainya. Dengan kita mengamalkan kitar semula sebagai cara hidup kita kita dapat membina persekitaran yang lebih bersih dan sihat, mengurangkan pencemaran, menjimatkan kos, menjimatkan sumber asli dan tenaga dan memelihara hutan. Semua kepentingan ini berhubung kait dengan manusia kerana tanpa bumi dimanakah kita akan tinggal?

Gaya hidup yang lestari mengambarkan kita bersopan atau beretika dengan bumi. Etika alam sekitar ini sangat penting di dalam menjaga keharmonian dan kelestarian alam sekitar ini. Setiap individu mestilah menghargai alam sekitar sebagai sebuah sumber yang cukup penting di dalam kehidupan ini. Begitu juga dengan etika alam sekitar yang berhubungan dengan sampah sarap. Sampah sarap terhasil dari segala aktiviti manusia, baik yang bersifat individu dan berkolompok. Apabila setiap orang yang menghasilkan sampah tidak memperdulikan cara pembuangan dan pengurusan yang baik, maka ianya dapat menjejaskan alam sekitar yang akhirnya dapat menurunkan kualiti hidup manusia.

Pada asasnya, gaya hidup lestari mempunyai tiga tindakan utama, iaitu amalan bersederhana dalam kehidupan harian, kepenggunaan lestari dan pelestarian alam sekitar. a. Amalan Bersederhana Dalam Kehidupan Harian b. kepenggunaan lestari c. pelestarian alam sekitar. 3.1 Amalan Bersederhana Dalam Kehidupan Harian Amalan hidup sederhana merupakan ajaran agama bukan sahaja Islam, bahkan semua agama. Sederhana maksudnya tidak keterlaluan dan berlebihan dari segala segi, khususnya yang melibatkan perbelanjaan dan gaya hidup. Sederhana bermakna kita perlu mengkaji buruk baik sebelum melakukan setiap tindakan agar mencapai matlamat dengan efisien dan efektif dengan biaya optimum. Sebagai contoh, sederhana dalam berpakaian mestilah sesuai dengan keperluan kerja atau santai dengan matlamat untuk menurut aurat. Apalah gunanya kita berbelanja besar tetapi aurat masih terbuka. Dengan matlamat

jelas maka gaya hidup akan lebih terarah, tanpa perlu membazirkan wang berbelanja membeli pakaian mahal sehingga ada kalanya terpaksa pula berhutang. Jika demikian maka kita berbelanja tidak menurut kemampuan dan terkeluar dari definisi kesederhanaan Kita juga perlu bersederhana dari segi pemakanan. Matlamat asas pemakanan adalah untuk kesejahteraan tubuh badan supaya proses metabolisme menghasilkan tenaga diperlukan untuk melakukan pelbagai kerja dan amalan selari dengan tuntutan hidup. Bersederhana bermakna tidak makan secara berlebihan, tidak mengambil makanan tidak baik untuk kesihatan seperti yang memabukkan, tidak halal, lebihan kolestrol atau tidak bersih. Bersederhana dalam pemakanan bermakna tidak membazir dengan hidangan yang tidak dimakan khususnya ketika keraian acara rasmi. Hal ini selari dengan tuntutan agama. kepenggunaan lestari juga penting sebagai pemangkin pelestarian alam sekitar. Ketika ini banyak barang dan perkhidmatan mesra alam selari piawaian alam sekitar yang memudahkan pengguna memilih supaya dapat membantu melestarikan alam sekitar.

3.2 Kepenggunaan Lestari Kepenggunaan lestari juga penting sebagai pemangkin pelestarian alam sekitar. Ketika ini banyak barang dan perkhidmatan mesra alam selari piawaian alam sekitar yang memudahkan pengguna memilih supaya dapat membantu melestarikan alam sekitar Definisi penggunaan lestari bermaksud "menggunakan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih baik, pada masa yang sama meminimumkan penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran buangan dan bahan pencemar supaya tidak menggugat keperluan generasi akan datang". Penggunaan Lestari

Menggunakan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih baik pada masa yang sama meminimumkan penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran bahan buangan serta bahan pencemar, supaya tidak mengorbankan keperluan generasi akan datang. Melibatkan perniagaan, komuniti dan isi rumah yang menyumbang kepada kualiti persekitaran melalui pengeluaran dan penggunaan sumber yang efisien, mengurangkan bahan buangan dan mengoptimumkan produk dan perkhidmatan.

Ciri-Ciri Utama Penggunaan Lestari Amalan penggunaan lestari merupakan satu konsep yang amat mudah dan untuk dipraktikkan oleh golongan pengguna. Pengamalan ciri-ciri ini bukan sahaja dapat menyumbang ke arah persekitaran yang lebih sihat dan pengekalan kehijauan alam malah mampu menjimatkan perbelanjaan. Antara ciri-ciri utama amalan penggunaan lestari adalah: 1. Menggalakkan perbelanjaan berhemat 2. Menjimatkan penggunaan sumber tidak boleh diperbaharui seperti air, tenaga dan bahan bakar fosil. 3. Menggunakan bahan-bahan yang tidak menyebabkan impak negatif kepada alam sekitar. 4. Menggunakan teknologi yang bersih dan mesra alam. Amalan Penggunaan Lestari Yang Boleh Dilakukan Dalam Kehidupan Harian 1. Membawa beg sendiri untuk mengisi barangan yang dibeli ketika membeli belah. 2. Kumpulkan kertas yang telah digunakan dan dihantar ke pusat kitar semula. 3. Elakkan daripada menggunakan bahan berasaskan polisterin kerana ia tidak boleh dibiodegradasikan. 4. Beli tanaman keluaran tempatan. 5. Kurangkan pembuangan sampah sarap dan jangan gunakan produk pakai buang seperti pinggan dan cawan kertas. 6. Gunakan lampu kalimantang kerana ia kurang penggunaan tenaga elektrik dan tahan empat kali lebih lama berbanding mentol lampu biasa. 7. Elakkan membuka peti sejuk terlalu kerap kerana ia meningkatkan penggunaan elektrik. 8. Tutup televisyen, radio dan komputer apabila tidak digunakan. 9. Menjimatkan penggunaan air yang sekali gus dapat menjimatkan juga penggunaan tenaga elektrik, kerana proses membekalkan air dan menyaringkan sisa kumbahan menggunakan tenaga elektrik yang banyak. . 3.3 Pelestarian Alam Sekitar Pelestarian alam sekitar tidak akan berjaya tanpa keprihatinan dan sokongan masyarakat yang memiliki minda kelas pertama. Minda kelas pertama bermakna pemikiran dan sikap progresif, maju dan proaktif yang membentuk budaya dan amalan hidup berkualiti, setanding bangsa dan negara maju. Terlalu banyak isu alam sekitar yang diperkatakan dan direncanakan dalam melestarikan alam semulajadi ciptaan Allah Tuhan yang Maha Agung. Isu pembakaran terbuka masih berlesuasa, isu pencemaran sungai usah dikata, isu pembuangan sampah merata-rata tidak terkira hatta isu haiwan yang patut dilindungi juga menjadi

mangsa kerakusan dan ketidakbertanggungjawaban manusia. Masyarakat sudah lari dari fitrah asal yang mana sepatutnya diri yang dilantik oleh Allah sebagai khalifah menjadikan alam sekitar pentas untuk dijaga dan diharmonikan. Kita masih ragu-ragu, kenapa sungai yang kita pelihara dengan pelbagai kempen kesedaran serta pembersihan yang terurus tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan. Jika hari ini Majlis Bandaran membersihkan sungai pastinya esok kotor kembali apatah lagi masyarakat yang bergotong royong membersihkan kawasan perumahan, tetapi kesudahannya masih kekal kotor. Semua pihak berperanan sama dalam soal ini seperti pihak kerajaan, pihak industri dan peranan pengguna. Terlalu banyak program dan aktiviti kesedaran mengenai alam sekitar seperti seperti kempen sayangi sungai kita, pertandingan menulis esei alam sekitar, gotong royong, kempen kitar semula dan sebagainya. Permasalahan yang timbul adalah segala program dan kempen yang dibuat hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri masyarakat. Seharusnya masyakat bersama-sama berganding bahu menjadikan alam semulajadi ini sebagai satu medan untuk dilestarikankan. Masyarakat sememangnya mengerti kesan dan akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini, tetapi gerak kerja untuk memurnikannya masih kurang. Sewajarnya masyarakat harus sedar alam semulajadi yang dianugerahkan bukanlah satu benda yang boleh di recycle atau dikitar semula, tetapi ianya mestilah diharmonikan dan dijaga. Allah telah meletakkan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini dengan sikap kebertanggungjawaban, jadi masyarakat haruslah memainkan peranan untuk melestarikan alam ini agar ianya harmoni, aman dan makmur.

You might also like