You are on page 1of 15

1.

Pengertian masalah sosial remaja

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota


masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan
sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun
negara.

Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan


remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan
seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10
hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan
mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak
menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan
masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di
bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam
persekolahan

Pada lazimnya, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar
kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, merokok, melepak
dan seumpamanya. Mereka semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang
bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara. Namun begitu
apabila pelajar sekolah mulai bertindak lebih jauh daripada itu, sesuatu perlu
dilakukan segera untuk membendung mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara
yang tidak diingini.

Kes terbaru melibatkan pergaduhan antara pelajar yang menyebabkanpembunuhan di


dalam sebuah bas sekolah ketika dalam perjalanan ke sekolah. Dalam kes seperti ini
siapa yang patut dipersalahkan? Bagaimana ini boleh terjadi?
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya masalah disiplin:

i. Institusi Keluarga:

Faktor-faktor Penyumbang (dari aspek pembangunan keluarga)

James Becker mengatakan bahawa ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga akan


menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna.Ibu
bapa hendaklah membimbing, memahami kehendak jiwa remaja dan berfikiran
terbuka.Ibu bapa hendaklah menjadi ‘role model’ sekaligus sebagai perangsang. Ini akan
mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.

Kurang Kemahiran Mengawal Diri

Keluarga merupakan institusi paling asas yang terlibat dalam memberikan pengalaman
awal kepada seorang kanak-kanak. Ahli keluarga khasnya ibu bapa memainkan peranan
dalam membentuk kemahiran mengawal diri. Kemahiran mengawal diri memerlukan
kefahaman terhadap nilai sosial baik di samping perkara yang salah dan betul dan di sisi
peraturan mahupun undang-undang.

Gaya keibubapaan yang baik akan menurunkan nilai-nilai baik ini supaya dapat menjadi
teladan dan ikutan anak-anak. Ibu bapa sendiri perlu menjadi model yang terbaik untuk
anak-anak mereka.

Namun,berapa ramaikah di antara kita yang memiliki kemahiran keibubapaan ini? Jika
kita mempunyai kemahiran ini, adakah kita mempraktikkannya di kalangan anak-anak
kita?
Bagaiman dengan fungsi keibubapaan yang tidak kesampaian? Misalnya dalam kes ibu
tunggal. Ibu tunggal yang bekerja akan kesuntukan kesempatan untuk menurunkan nilai-
nilai ini kepada anak-anak.

Bagaimana dengan tanggungjawab seorang bapa? Keadaan menjadi lebih buruk jika
perkara ini berlaku dalam system keluarga nuclear. Sokongan daripada ahli keluarga yang
kembangan adalah kurang. Perkara beginilah yang dilihat sebagai penyumbang kepada
masalah social remaja masa kini.

Sikap masyarakat sekarang tidak lagi suka menjaga tepi kain oramg lain turut
menyumbangkan kepada mesalah ini. Kita hidup berkelompok tetapi saling dipisahkan
oleh tembok batu dan besi. Ciri-ciri individualistic jelas ketara. Kita enggan menegur slsh
lsku anak-anak jiran.

Kita jarang berkongsi nilai-nilai baik sosial seperti mana masyarakat dahulu. Budaya
saling tegur sapa, Bantu membantu, mesra serta prihatin terpaksa dilaungkan kerana
kemerosotannya di dalam gaya hidup masyarakat kini.

Dunia luar ibarat lorong, tempat hiburan dan mana-mana lubuk untuk remaja melepak
menjanjikan keseronokan yang lebih baik. Ditambah pula dengan tarikan daripada rakan
yag senasib dengan mereka. Perlakuan delekuan diperlihatkan sebagai satu identiti untuk
kumpulan mereka dan satu cara remaja melepaskan keinginan serta tekanan mereka.
Ketagihan keseronokan dapat mengatasi pengetahuan kemahiran hidup positif yang lain
apabila kumpulan ini berkumpul.

Kurang kemahiran mengawal diri yang berpunca daripada harga diri dan konsep kendiri
yang lemah tyryt menyumbangkan kepada merlakuan delekuan ini. Mari kita imbas
kembali bagaimana perlakuan remaja yang mempunyai harga diri serta konsep kendiri
yang negative. Mereka sering terlibat dengan aktiviti antisocial yang bertentangan dengan
nilai baik social, agama, peraturan atau undang-undang.
Kurang Masa Bersama Keluarga.

Meluangkan masa bersama keluarga merupakan salah satu sapek yang perlu diberi
perhatian. Banyak masalah social dikaitkan dengan ibu bapa yang tidak meluangkan
masa untuk anak kerana anak-anak terpaksa mencari jalan sendiri dalam menghadapi
perkembangan remaja tanpa bimbingan yang sepatutnya.

Remaja yang tidak mengalami masa bersama keluara kerana kesibukan ibu bapa juga
tidak dapat meluahkan masalah mereka kepada ibu bapa. Apabila mereka tertekan mereka
akan menggunakan cara yang tidak sepatutnya untuk memnatasi masalah mereka seperti
pemgambilan dadah dan lari dari rumah.

Masalah Ekonomi Keluarga

Keluarga yang miskin mungkin kurang mampu dalam menyediakan pendidikan sempurna
kepada anak, makan dan minum, tempat kediaman serta kebolehcapaian kepada
kemudahan dan sistem kesihatan yang sempurna.

Faktor kemiskinan ini boleh mendorong remaja untuk mencuri untuk memenuhi
keperluan mereka dan seterusnya berjinak-jinak dengan aktiviti yang lebih serius seperti
mengedar dadah dan melacurkan diri untuk mendapatkan kemewahan atau dalam
menanggung perbelanjaan pengajian mereka.

ii. Pihak Sekolah:

Tugas guru, disamping mengajar juga adalah sebagai role model yang utama bagi para
pelajar. Amalan demokrasi juga sepatutnya dilaksanakan dalam melaksanakan
meritokrasi. Konflik jiwa , pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati pelajar terhadap
undang-undang dan dasar pendidikanakan menyebabkan mereka melakukan perkara-
perkara diluar jangkaan. Pra pelajar juga hendaklah dilatih dan diasuh dalam suasana
budaya berbilang kaum supaya mereka tidak keterlaluan dalam kaum sendiri.

iii. Media Massa/ Internet:

Media massa dan internet sangat berpengaruh dan amat sukar untuk dielakkan pada
zaman ini. Paparan adegan-adegan negatif yang berunsur ganas, lucah dan seram sedikit
sebanyak telah mempengaruhi golongan remaja kita. Golongan remaja suka mencuba
tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka itu. Ibu bapa, guru dan pihak berwajib
hendaklah sama-sama membendung gejala ini.

iv. Rakan sebaya:

Peranan rakan sebaya turut menyumbang kepada berlakunya gejala sosial ini terutama
kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah
keluarga. Rakan-rakan dapat mencorak personality individu tertentu. Justeru itu, ibu bapa
patut tahu siapa rakan-rakan anak mereka, apa aktiviti mereka, di mana mereka berjumpa
dan lain-lain persoalan lagi.
Menurut teori fungsionalisme, ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa
saling berperanan dalam mengatasi masalah disiplin.

3.0 Definisi Modenisasi:


Modenisasi merupakan satu proses transformasi ekonomi dan sosial dalam masyarakat
sebagai kesan daripada bermulanya perindustrian. Modenisasi juga diterima sebagai
keadaan di mana masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap ,
autoriti , hubungan dan nilai-nilai lama kepada yang baru.
Gaya hidup yang tradisi telah berubah kepada cara hidup moden seiring dengan
pertumbuhan kilang-kilang, pusat-pusat membeli-belah, pusat-pusat hiburan dan taman –
taman tema. Sistem pendidikan juga telah mengalami modenisasi secara beransur-
beransur dengan adanya pertemuan gejala barat.

4.0 Menganalisis isu berdasarkan tiga konsep sosiologi:

4.1 Pendidikan dan Modenisasi:

Antara faktor penting yang menyumbang kepada masalah disiplin adalah disebabkan
proses modenisasi iaitu masyarakat telah mengalami perubahan-perubahan yang tidak
disertakan dengan perubahan dalam sistem persekolahan.
Terdapat perubahan dalam nilai dalam norma-norma dalam kehidupan kita disebabkan
oleh proses-proses modenisasi, perbandaran dan birokrasi. Taraf pendidikan ibubapa
juga telah meningkat. Kebanyakan ibu bapa keluar bekerja sama ada sebagai pekerja
profesional, sokongan atau buruh biasa. Keluarga yang kedua ibubapa mereka keluar
bekerja mempunyai kurang waktu untuk keluarga seperti laporan Harian Metro pada 30
November 1998 , melaporkan bahawa menurut Datuk Paduka Zaleha Ismail, kanak-
kanak dari keluarga nuklear kurang berkesempatan berinteraksi dengan keluarga
menyebabkan gejala sosial mudah mempengaruhi mereka. Sekali lagi, Harian Metro
bertarikh 1 Februari 1999 melaporkan Zaleha Ismail berkata bahawa gejala sosial yang
semakin menular berpunca dari keruntuhan institusi keluarga dan kurangnya kasih-
sayang dari keluarga.

Remaja yang terbiar dan ketandusan kasih sayang akan mencari rakan sebaya untuk
memenuhi kekurangan ini. Mereka berkumpul dan mencari hiburan di pusat-pusat
membeli –belah, pusat hiburan dan paling malang apabila mereka membentuk kumpulan
untuk melakukan jenayah. Infrastruktur, perkhidmatan awam dan sistem komunikasi
yang berkesan dan maju telah disalahgunakan oleh remaja kita.

4.2 Pendidikan dan Reproduksi Kelas sosial:

Seperti yang disebutkan oleh Datuk Paduka Zaleha Ismail tadi iaitu "… kurangnya masa
berinteraksi …" dan "… kurangnya kasih sayang …". Ataupun apa-apa kekurangan lain
yang seumpama dengannya. Pope, C.E. dalam artikelnya yang bertajuk "The Family,
Delinquency and Crime" menyebut, "… perceraian, keluarga induk, cara mendisiplin
yang tidak sesuai, kurang pengawasan, kurangnya ikatan positif dengan ibubapa, saiz
keluarga yang besar dan seumpamanya telah dikenalpasti berpotensi untuk mempunyai
perkaitan dengan tingkahlaku yang tidak sesuai."
Terdapat banyak kajian tentang hubungan antara latar belakang keluarga yang tidak
stabil dengan kerosakan akhlak di kalangan kanak-kanak sekolah dan remaja. Pelajar
yang datang dari keluarga bermasalah dengan taraf ekonomi yang rendah antara faktor
utama pelajar terjebak dalam masalah disiplin. Untuk mengatasi masalah kewangan yang
kian meruncing , bilangan ibu bapa yang keluar bekerja meningkat yang mana faktor ini
telah menyumbang kepada kurangnya masa untuk beriteraksi dan kurangnya perhatian
dan kasih sayang kepada anak-anak.
4.3 Pendidikan dan Kawalan Sosial:
Peranan sekolah sebagai agen perubahan sosial samada secara formal ataupun informal
sangat nyata. Kurikulum sekolah Malaysia yang disesuaikan dengan masyarakat
makro telah mengambil kira peranan sekolah sebagai agen kawalan sosial. Para pelajar
telah didedahkan dengan perlakuan-perlakuan patut dan tidak patut melalui penerapan
nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran.

Selain itu para pelajar secara mikronya tertakluk kepada peraturan-peraturan atau
disiplin yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Guru-guru akan memastikan pelajar-
pelajarnya mematuhi peraturan. Pujian akan diberikan kepada yang mematuhi peraturan
dan sebaliknya, teguran dan hukuman seperti di rotan, digantung atau dibuang sekolah
akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan.

Tidak semua pelajar dapat menerima hukuman secara positif, sebaliknya mencetuskan
konflik yang kompleks dalam jiwa mereka. Justeru itu pihak sekolah khasnya guru-guru
perlu lebig perihatin terhadap golongan pelajar seperti ini. Keintiman guru dengan
pelajar dan kesediaan guru mendengar masalah pelajar sedikit sebanyak dapat
membendung masalah disiplin dan salah laku dikalangan pelajar sekolah. Jika pihak
sekolah kurang peka terhadap ini semua berlakulah pelbagai masalah sosial termasuk
berani membunuh.

Keterikatan dengan sekolah dan kawan-kawan yang konvensional juga penting untuk
menjauhkan aktiviti delinkuensi. Begitu juga dengan kebolehan akademik, pencapaian
akademik serta sensitiviti terhadap kehendak guru.

5.0 Rumusan:
Secara keseluruhannya,secara sedar atau tidak, kebanyakan masalah yang melanda
pelajar pada masa kini adalah disebabkan konflik atau tekanan yang wujud di dalam
alam persekitaran . Proses modenisasi atau pembangunan yang pesat telah mengubah
cara hidup masyarakat kita khasnya golongan remaja. Begitu juga dengan institusi
kekeluargaan yang sudah tidak dianggap penting lagi justeru meningkatnya kadar
perceraian .

Sebagai contoh, Berita Harian bertarikh 20 Oktober 1998 melaporkan Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri Terengganu mendapati keruntuhan institusi keluarga adalah punca
utama kepada peningkatan masalah moral di kalangan remaja bawah umur di negeri
tersebut. Rata-rata masyarakat kita mula bersikap individualistik dan materialistik.

Dalam agama pula, ibubapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk menjadi
ahli masyarakat yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa. Sama ada ibubapa itu
senang atau susah, sama ada keluarga itu ada ibu dan bapa atau hanya ada ibu atau bapa
sahaja, penjaga tidak terkecuali dari tugas ini. Cuma mungkin dalam keadaan kemiskinan
dan keluarga induk, masa untuk mendekati dan mendidik anak dengan nilai-nilai yang
murni dan mulia agak terbatas. Namun jika kajian menunjukkan mendidik anak-anak
dengan nilai-nilai mulia ini amat penting untuk menjauhkan anak dari jenayah dan
delikuensi, maka pastinya usaha untuk mencari masa dan mendidik anak-anak dengan
apa yang mereka perlu tahu, bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Setiap ahli komuniti atau masyarakat mempunyai peranan masing-masing. Setiap


individu perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan
sempurna kerana setiap satu ada perkaitan. Kita perlulah merealisasikan konsep
Masyarakat Madani .
Setiap pelajar perlu didekati supaya mereka rasa diterima oleh masyarakat
khasnya dalam institusi keluarga dan sekolah. Hubungan dan kerjasama erat perlu
ditingkatkan antara ibu bapa, pihak pentadbir, guru-guru, guru disiplin dan kaunselor
amat penting untuk membendung masalah jenayah di kalangan pelajar remaja kita.
Cara Mengatasi Masalah

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar


remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada
golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:

1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang
serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap
gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa
mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta
sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga
seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-
anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai
kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan
sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan
memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah,
emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap
agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip
akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang
mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak.
Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-


aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-
kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik
pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar
dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di
peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di
samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu
bapa dalam pengawasan disiplin.

4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang


kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil
kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti


kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting
dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih
bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman
dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang
penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu
diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya
menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

7. Makan bersama erat hubungan ahli keluarga.Walaupun makan bersama


mungkin menjadi keutamaan pada sesetengah keluarga berbanding dengan yang
lain, namun tahap kekerapan makan bersama telah menurun.Gejala-gejala sosial
seperti kegagalan dalam sekolah hingga kerosakan akhlak yang timbul dikatakan
berpunca daripada kurang makan bersama dalam keluarga.
Remaja yang dibiar makan di luar akan berjumpa dan lama-kelamaan gemar
mencari kawan untuk bersama dan berbual kosong. Mereka bukan sahaja
memenuhi masa untuk berbual tetapi juga akan terlibat dengan permainan video,
snuker, merokok atau mabuk.

Punca mereka senang terjerumus ke dalam kancah maksiat ialah kerana mereka
akan lebih berminat untuk mencuba atau mahu menunjuk-nunjuk apabila berada
bersama-sama dengan kawan-kawan. Remaja memang suka meniru dan
mengikut gaya supaya diterima dalam kumpulan.

Masalah-masalah ini akan menjadi lebih buruk apabila mendapat tentangan


daripada ibu bapa. Mereka yang tidak tahan dengan tekanan akan mengambil
tindakan untuk lari dari rumah atau tinggal bersama kawan-kawan yang sealiran
dengan mereka.

Kepentingan makan bersama ialah ibu bapa akan dapat menentukan apa anak
mereka makan dan berapa banyak yang mereka perlu makan. Kajian
menunjukkan kanak-kanak yang makan bersama di rumah, kebanyakannya tidak
mengalami berat badan yang lebih berbanding mereka yang tidak.

Terdapat sepuluh kebaikan makan bersama, iaitu antaranya semua ahli keluarga
makan makanan yang lebih sihat, kanak-kanak tidak mempunyai masalah berat
badan atau obes, kanak-kanak kurang merokok, kanak-kanak akan kurang
minum minuman ringan atau yang memabukkan, mereka akan kurang terlibat
dengan dadah, pencapaian gred meningkat, perbualan ibu dan anak akan lebih
kerap, perbincangan mengenai masalah akan terdengar, kanak-kanak akan
merasa diberi perhatian dan dihargai dan stres dan ketegangan menjadi kurang di
kalangan keluarga.

Kesimpulan

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting:
ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi
masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun
langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa,
nescaya gejala ini sukar diatasi.

2. Kes Penculikan
Pihak polis mengumumkan bahawa mereka akan menguatkuasakan Akta Kanak-
Kanak 2001 terhadap mana-mana ibu bapa yang didapati cuai hingga
menyebabkan anak-anak mereka hilang atau diculik.

Mengikut peruntukan dalam akta itu, ibu bapa yang melakukan perbuatan
aniaya, abai, cuai, buang atau mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinan
kecederaan fizikal, mental dan emosi boleh didakwa di mahkamah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu, jika sabit
kesalahan, mereka yang terlibat boleh dihukum denda maksimum RM20,000
atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau menyifatkan tindakan itu wajar ekoran kes penculikan dan kehilangan
kanak-kanak didapati semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Berikutan dengan pengumuman itu, beberapa respons masyarakat telah


disuarakan dan yang terkini adalah sepucuk surat dari seorang pembaca Utusan
Malaysia yang disiarkan pada 30 April. Berikut disiarkan kembali surat itu:-

POLIS seperti mahu lepas tangan apabila mereka mengumumkan pelaksanaan


Akta Kanak-Kanak 2001.

Semua beban mengenai keselamatan kanak-kanak hendak diserahkan kepada


masyarakat secara total.

Kejadian seperti yang berlaku kepada Sharlinie merupakan kejadian yang


langsung tidak dikehendaki oleh ibu bapa mereka. Tiada ibu bapa yang waras
mahu membenarkan anak mereka diculik dan diperlakukan dengan
sewenangnya oleh penjenayah.

Pihak polis memberikan alasan kadar kes penculikan yang semakin tinggi
sebagai faktor untuk mereka melaksanakan akta ini.

Apakah dengan menghukum ibu bapa maka peratusan ini akan berkurangan
sedangkan masih ramai penjenayah di luar sana yang sudah cukup bersedia
dengan pelbagai taktik untuk melakukan kegiatan mereka?

Penjenayah mampu melakukan kegiatan apabila mereka melihat peluang yang


ada dan menjangkakan bahawa kegiatan yang mereka lakukan itu tidak
membawa banyak masalah kepada mereka.

Apabila kita berbicara tentang kejadian jenayah, kita tidak mampu lari
daripada membincangkan tentang kelonggaran sistem keselamatan kawasan
persekitaran yang turut disumbangkan oleh kelemahan pihak polis dalam
menjalankan tugas.

Kes-kes penculikan yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis juga menjadi
faktor kepada penjenayah untuk melakukan perkara yang sama berulang kali.
Penjenayah beranggapan bahawa taktik mereka sudah berjaya dan kegiatan
mereka seperti sukar dijejak oleh pihak polis.

Selain itu, pelaksanaan akta ini turut memberi gambaran kepada masyarakat
bahawa kawasan kejiranan di Malaysia sudah lagi tidak selamat untuk kanak-
kanak membesar.

Seperti yang berlaku pada Sharlinie, dia diculik di lokasi yang jaraknya 200
meter dari tempat kediamannya. Adakah sekarang anak-anak kita sudah
berada di zon bahaya apabila keluar 200 meter dari kawasan rumah? Apakah
punca kawasan kejiranan sudah tidak lagi selamat?

Kawasan kejiranan yang selamat selalunya dapat diwujudkan dengan


kehadiran pihak berkuasa secara kerap ataupun pihak berkuasa mampu
respons dengan cepat kepada segala aduan yang disampaikan penduduk.

Pihak polis seharusnya memastikan bahawa penjenayah mempunyai ruang


yang minimum untuk mereka bergerak sejurus mereka melakukan aktiviti
jenayah.

Sekiranya kita merujuk kepada Akta Kanak-Kanak 2001 yang membolehkan


ibu bapa dihukum maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 20 tahun
atau kedua-duanya sekali, pelbagai masalah tambahan akan timbul.

Sekiranya ibu atau bapa sudah dipenjara atau dikenakan denda maka
keluarga tersebut akan ditimpa dengan bebanan yang baru. Bagaimana pula
nasib ahli keluarga yang masih perlu ditanggung?

Langkah polis menempatkan balai polis di kawasan kejiranan sememangnya


satu langkah bijak namun melaksanakan Akta Kanak-Kanak 2001 yang
menjurus kepada menghukum ibu bapa dan bukan kepada penjenayah yang
melakukannya adalah suatu tindakan yang tidak wajar.

You might also like