You are on page 1of 59

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

OLEH

MOHD. KHOLID HAMZAH

NAMA : SITI ZULAIKHA BINTI DAHALAN NO. K/P : 950306-06-5368 KELAS : 5 SETIA

PRAKATA
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana diatas kurniaNya, berjaya juga akhirnya saya menyiapkan folio Kabus Di Perbukitan. Walaupun pelbagai masalah saya hadapi seperti masalah teknikal, namun saya berhasil untuk mengatasi segala masalah tersebut. Pada kesempatan ini, ingin juga saya member sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan folio ini. Tanpa bantuan mereka, tidak mungkin saya dapat menyiapkan folio dan menghantarnya pada masa yang telah ditetapkan. Beribu terima kasih saya ucapkan kepada ibu dan bapa saya iaitu, En. Dahalan Ali dan Pn. Zainab Baba yang telah banyak membantu saya dari segi kewangan. Tanpa sokongan daripada mereka, mungkin sukar untuk saya menyiapkan folio ini. Selain itu, sekalung penghargaan kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu memberikan saya sokongan moral dalam usaha saya menyiapkan folio ini.

BIODATA PENGARANG MOHD. KHOLID HAMZAH Latar Belakang Novel ini ditulis oleh Mohamad Kholid Hamzah. Beliau dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Kebangsaan Dato' Manan Tanjung Karang dan Sekolah Menengah (lelaki) Bukit Bintang, Petaling Jaya. Mendapat Diploma Pembangunan Manusia di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1992 dan Diploma Psikologi(kaunseling) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001. Hasil Karya Beliau banyak menghasilkan karya cerpen dan puisi. Kebanyakan hasil karya beliau disiarkan di akhbar, majalah dan termuat dalam antologi. Beliau juga menghasilkan novel kanak-kanak bersiri iaitu Siri Penyiasat Ekstrovert. Selain menghasilkan Novel Kabus di Perbukitan , beliau juga telah menulis Novel Desir Angin di Pergunungan(DBP,2008), Rahang Maut (PTS Millennia) dan Mengejar Pelangi (DBP2010). Pencapaian Cerpen beliau Anugerah memenangi sagu hati Hadiah Sastera Berunsur Islam IX, 2005, manakala novel Kabus di Perbukitan memenangi sagu hati Sayembara Mengarang Novel Sempena Perayaan Jubli Emas DBP 2006. Novel kanakkanak beliau Pengembaraan Si Belimbing memenangi hadiah utama Peraduan Mengarang Cerita Bersiri Kategori Kanak-kanak Karyanet(DBP2006)

SINOPSIS NOVEL Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah. Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicitacitakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar. Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia

terus menetap di sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne. Melina berkenalan dengan Jabbar al Anbia atau dikenali sebagai Benny. Secara tidak sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya. Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah. Akhirnya, Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

SINOPSIS BAB DEMI BAB Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan MatanyaRahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam. Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.

Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak

Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk

mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha menyelamat.

Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada

Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu ialah Faridah mempunyai lesung pipit dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin , Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil. hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr. Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu. Tompoktompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkann leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu

ketika Rahayu di rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.

Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang Berguguran

Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius. Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apanila Suhaila yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin melayan Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya. Dr. susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada itu, Rahayu tetap mengingati kakaknya faridah yang nasih hilang.

Bab 5 : Bukit Kutu

Faridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial. Tempatnya agak eksklusif di sebuah kawasan peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu seorang lelaki kulit putih bernama Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia tidak berada di alam maya. Dia bertanya bagaimana dia berada di tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa tempat itu bernama Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta Faridah pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia yang berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr. Susan berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan untuk merawat Rahayu. Dr. Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang Faridah. Dr.

Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar antara Rahayu dan Faridah.

Bab 6 : Hanya pada Harapan

Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika dia melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes yang dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk membantunya mencari Faridah.

Bab 7 : Kabus di Perbukitan

Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu. Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka menghisap rokok gulung. Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit. Dia juga menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia berasa bersalah terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah lima jam mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. pemandangannya sangat indah. Kamarudin dan Buyung bermalam

di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan malam sangat gelap dan berkabus. suasana sangat dingin. Kamarudin bertanya pada Buyung tentang kemungkinan kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk halus. Hamidah menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan keadaan Rahayu. Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. Mereka cuba mencari kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada kaitan dengan kawasan orang asli.

Bab 8 : Terus Mencari

Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang. Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak. Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin Senik. Setelah mendengar cerita Buyung, Tok Batin Senik mengajak mereka ke rumahnya. Di situlah Kamarudinmendapati Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah. Tok batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di Sungai Dua. Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut Meor untuk meminta bantuan. Tok Batin Senik menyuruh anak buahnya menebas semak untuk dijadikan kawasan pendaratan helikopter. Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.

Bab 9 : Pekan Sungai Kubu

Bab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di Pekan Sungai Kubu. secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat tersebut dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empay buah kedai. Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang

menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil, bersebelehan bilik Amah Siti. Tuan Cicil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut.

Bab 10 : Kauhadir dalam Igauan

faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.

Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan

Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.

Bab 12 : Tekad

Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokongan bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu. Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya. Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang dirawat di hospital. Mereka berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana masa terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya. Namun Azrul menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar.

Bab 13 : Rindu

Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya. Salmah pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. namun

dalam jiwanya dia sangat rindu akan anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua tahun selepas Rahayu meninggal dunia. faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah. Faridah menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan arwah Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia mahu mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Bab 14 : Ibu, Angin Telah Menderu Pergi

Faridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud. Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah dia sedar bahawa ibunya telah meninggal dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.

Bab 15 : 25 Tahun Kemudian - Cintaku Abadi

Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan memiliki dua orang anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali pula meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat JKM untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh

dengan Soleh Johnsons. Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan Faridah. Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih kambing sebagai kerja sambilan.

Bab 16 : Mengejar Mimpi-Mimpi

Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengAnne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny meneruskan perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan berbincang tentang pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat demikian walaupun ibunya orang Malaysia. Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini Melina . Benny dan Melina pulang ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnsons.

Bab 17 : Penyembelihan Kambing

Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang dimiliki oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh johnsons dan bercadang untuk menghadirinya. Zain

seperti juga ayahnya, sangat meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln, hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering teringat akan pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air, ayahnya merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan pemandangan di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di pantai Kouikora. Menurut zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di New Zealand. mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemu Anne.Zain membantu Anne yang menghadapi masalah keretanya rosak. Pertemuan itu membuatkan Zain jatuh hati pada Anne.

Bab 18 : Tanah Tumpah Air Mata

Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di tempat yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur. Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodokannya dengan lagu Melayu ketika dia masih kecil.

Bab 19 : hati dan Warna Kanvas

Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke jalan Allah.

Bab 20 : Pendatang

Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan antara anggota masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga terbayangnwajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.

Bab 21 : Tak Ingin Tahu

Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tibatiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.

Bab 22 : Mengukur Usia

Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya. Bab 23:Melihat Dalam Diri

Perubahan Benny semakin dirasai isterinya, Melina. Bennya sering pergi ke luar daerah tetapi tidak pernah membawa bersama. Kali terakhir dia dibawa bersama ke Kuala Lumpur ialah pada tiga bulan lalu setelah dia merengek mahu membeli-belah pakaian baharu. Seperti biasa, Khadijah, anak gadis Haji Awang akan datang menemaninya. Melina berasa serba salah apabila dia kerap menemaninya namun Khadijah menerangkannya dengan memberitahu bahawa Haji Awang sering meminta dia menemani Melina. jauh di sudut hatinya, Melina sangat berterima kasih kerapa Haji Awang yang tulus membantunya. Melina dan Khadijah duduk di beranda sambil bercerita tentang pembunuhan yang dibacanya dalam akhbar akhir-akhir ini. Tiba-tiba Melina teringat akan ibunya yang menguruskan keluarganya dengan sempurna. Ibunya juga pernah menceritakan pengalaman hidupnya sewaktu kecil mengutip telur itik untuk digoreng sebagai makanan tengah hari. Tidak semena-menan Melina berhasrat melihat kampung halaman ibunya di Sungai Besar.

Bab 24: Lambaian Hati

Ketika Zain ke rumah Anne, dia berbual-bual tentang pelbagai perihal dengan Faridah. Faridah sangat gembira apabila mengetahui Zain berasal daripada Sungai Besar. Dia sangat merindu kampong halamannya. Dia teringat sawah padi dan ubi yang selalu menjadi sarapan mereka. Setelah berbual panjang, Anne mencadangkan agar mereka ke Malaysia cuti semester dan menumpang rumah Zain. Selain pulang ke kampong Faridah, mereka juga boleh pergi melawat Melina yang telah menerap di sana. Faridah sangat menyenangi persahabatan Zain dan Anne. Dia berharap agar persahabatan mereka berakhir dengan perkahwinan dam Anne akan kembali kepada susur galurnya, menetap di tanah ibunda.

Bab 25: Menghapus Dosa

Mehmood, Benny dan Mohamed Attar mengunjungi rumah Ustaz Hassan Syukri untuk bertukar pendapat. Ustaz Hassan Syukri yang sudah berumahtangga sudah tidak segan mengajak orang bertandang ke rumahnya. Sambil menjami hidangan, mereka mula berbincang mengenai pengamalan agama Islam di Negara kita ini. Ustaz Hassan Syukri berpendapat bahawa agama Islam boleh diamalkan mengikut budaya dan amalan masing-masing selagi tidak melanggar Syariat, sebagaimana yang berlaku di Negara ini. Beliau mengumpamakan agama Islam seperti sekeping roti. Mereka juga berbincang tentang budaya orang Melayu yang berbeza-beza. Beberapa tahun kemudian, mereka beransur pulang. Dalam perjalanan, mereka berbual tentang Ustaz Hassan yang dikatakan mempunyai pandangan yang agak berbeza. Mereka beranggapan bahawa untuk mahu, kita kena berjuang dan berpolitik. Mereka percaya bahawa tiada Negara Islam yang berkekalan tanpa peperangan dan politik. Mereka bertekad untuk menegakkan perjuangan bersama-sama agar musuh Islam merasakan keperitannya.

Bab 26: Hari Wanita

Soleh Johnsons dan Faridah sudah berada di tanah air dengan tujuan mahu bercuti, melawat Melina yang sedang sarat mengandung dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne. Soleh dan Faridah menginap di bunglo percutian di Cameron Highlands. Soleh telah berkenalan dengan ramai jemaah dalam seminggu ke masjid dan kebanyakan mereka sudah lama menetap di Cameron Highlands, antaranya Amir Mustor, Muslim, Arif Carlson bekas askar British, Ahmad Raffles, bekas Royal Australian Force yang mengusahakan kebun Strawberry manakala isterinya, Zaidah Hashim memasarkan hasil kebun di kedai kecil mereka. Musa Surray yang berbangsa Scot pernah menjadi penyiasat persendirian dan bekas anggota Sepcial Branch yang memerangi komunis dan seorang lagi kenalan Soleh, Yusuf Jensen berbangsa Belanda tetapi fasih berbahasa Indonesia kerana dia dilahirkan di Bogor. Soleh dibawa minum teh bersama Yusof Jensen dan menjemput dia untuk bersama-sama menerima

kunjungan daripada keluarga Datul Azrul. Zain bersama ayah dan ibunya, Datuk Azrul dan Datin Aishah bertemu dengan keluarga Anne. Datin Aishah khuatir Zain akan menetap di luar Negara selepas berkahwin. Datuk Azrul dan sekeluarga bertemu dengan keluarga Anne di banglo yang digelar The Golf View Cottage yang dahulunya dinamakan oleh pemilik asal The Fog Cottage. Majlis yang asalnya dirancang untuk membincangkan perkahwinan Zain dan Anne bertukar menjadi pertemuan bersejarah apabila Datuk Azrul bertemu dengan Faridah yang juga kakak kepada buah hantinya, Rahayu yang telah meninggal dunia kerana menghidap barah paru-paru.

Bab 27:

Benny memandu keretanya untuk ke Pulau Pinang setelah mendapat e-mel berbahasa Arab. Dia meninggalkan rumah awal pagi dengan hati libang-libu. Dia meninggalkan rumah sehelai sepinggang dengan hanya sebuah ciuman di dahi isterinya, Melina. Ketika Benny tiba di kawasan perbukitan di Awana berhampiran Genting, telefon bimbitnya menyampaikan pesanan supaya terus ke Pulau Pinang dan bukan menyusur masuk ke bandar Ipoh. Selepas itu, Mehmood yang menghubunginya dari Kuala Lumpur menggesa Benny supaya menyerah diri kepada International Police. Benny tidak menyangka bahawa Mehmood seorang anggota polis yang menyamar untuk menjejaki Mohamed Attar. Benny tidak mengendahkan pujukan Mehmood kerana dia tidak mahu ditangkap dan kemudian dihantar ke pusat tahanan. Dia memutuskan penggilan lalu mencampakkan telefon bimbit itu keluar tingkat. Hanya tiga minit yang diperlukan untuk mengesannya. Bennya memandu terus. Suara Melina kembali dalam ingatannya. Betapa isterinya tidak menyenangi teman-temannya. Pendapat Benny selalu bertentangan dengan Ustaz Hassan Syukri mahupun Haji Awang, jirannya. Haji Awang menjelaskan tentang Islam kepada Benny tetatpi Bennu tetap tidak sependapat dengannya. Sebuah kereta memotong laju memadamkan ingatanya. Dia memecut laju untuk sampai ke destinasi. Dia tidak menyangka begitu jauh tindakan Mohamed Attar. Benny kecewa kerana dia terpaksa meninggalkan Melina sendirian. Sebaik tiva di Pantai Miami dia berttemu dua orang lelaki. Mereka memperkenalkan diri mereka. Kemudian, dia menaiki bot menuju perairan antarabangsa.

Bab 28: Cerita Penghujung Usia

Faridah dan Datuk Azrul terkenang akan peristiwa silam 25 atau 27 tahun lalu. Faridah bercerita tentang kisah hidupnya dan Ayu, iaitu adik kembarnya yang penuh dengan cerita duka. Mereka terpisah kerana perceraian ibu bapa. Selepas itu, Faridah tertanya-tanya tentang kehilangannya begitu lama dahulu. Datuk Azrul berkata bahawa dia telah jumpa banyak orang dan mendapat pelbagai sumber. Antaranya, ada cerita tentang orang bunian, mitos dan sejarah yang sudah lama dilupakan orang namun dia hanya percaya kepada satu sumber iaitu akal. Dia percaya akal Faridah telah bergerak jauh, merentasi ruang dan sempadan masa. Faridah juga berkesempatan bertemu Ayu sungguhpun hanya dalam mimpi. Selepas itu, mereka berbual tentang rumah bangle yang dibeli oleh Soleh, Memandangkan kedua-dua anaknya akan menetap di Malaysia. Faridah juga berkata bahawa dia sepatutnya menulis tentang pengalamannya ketika koma. Selain itu, dia juga ingin pulang untuk menziarahi kubur Ayu, Ghazali dan ibunya.

Bab 29: Pasrah

Melina termenung memikirkan Benny yang sudah empat hari menghilangkan diri tanpa pesanan. Melina tahu suaminya seorang yang bertanggungjawab dan pasti ada sebab mengapa Benny pergi tanpa satu pesanan. Melina teringat akan peristiwa pertama kali dia melihat Benny begitu bersungguh-sungguh untuk berubah semasa mereka dalam penerbangan ke Kuala Lumpur. Azamnya itulah yang mengukuhkan persahabatannya dengan Ustaz Hassan Syukri, Mohamed Attar, Mehmood dan Noor Mohamad. Akhirnya, Melina pergi ke balai polis untuk membuat laoran kehilangan. Akhirnya terbongkar juga kisteri kehilangan Benny apabila Melina memberikan beberapa kad kepada Inspektor Radzi tetapi

Benny tidak terlibatd alam senarai tangkapan. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi dan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Hatinya berdetik.

Bab 30: Pangkuan

Sudah dua minggu Benny menghilangkan diri. Akaunnya sudah dipenuhi wang yang cukup untuk menyara hidupnya selama setahun. Rumah yang didiami Melina sekarang sudah ditukar ke atas namanya. Setelah menerima kereta daripada wakil Jaafar Al-Anbla, Khalid, Melina mengemaskan barangbarangnya dan bertolak ke Cameron Highlands setelah menolak permintaan Khalid untuk mengikutnya ke Dubai. Melina menuju ke Kuantan dan bergenti di sebuah kedai menjual cekera padat di Bandar Kuantan. Dia membeli sekeping CD Koleksi terbaikLOBG. Dalam perjalanan ke Cameron Highlands dia teringat kembali perbualannya dengan Inspektor Radzi tentang penglibatan Benny dengan pengganas. Dia juga terkenang bagaimana Benny secara tiba-tiba membrek bagi mengelak agar tidak terlanggar seekor kucing hutan. Melina tidak percaya Benny terlibat dengan keganasan. Melina berhenti di sebuah masjid di Pekan Batang Kali untuk bersolat Zuhor. Setelah tiga jam perjalanan Melina tiba di Pekan Ringlet. Melina terus menelefon mamanya, Faridah. Faridah sangat terharu, Faridah dan Soleh menjemput Melina di Maybank Tanah Rata.

Bab 31: Atas Nama Cinta

Anak Faridah, Anne Johnson berkahwin dengan Zain, anak Datuk Azrul. Perkahwinan Anne dan Zain dihadiri ramai tetamu terutamanya dari luar Negara. Perkahwinan tersebut begitu bersejarah kerana perkahwinan tersebut melibatkan pasangan dari dua Negara berlainan. Faridah sangat gembira kerana akhirnya dia dapat pulang ke kampong halamannya. Ramai orang lama kampong halamannya telah meninggal dunia, walau bagaimanapun, Faridah

Berjaya bertemu dengan Pak Talib. Pak Talib sudah tua dan hanya mampu baring serta tidak larat berdiri. Kedatangan Faridah disambut Sujak, anak Pak Talib. Mereka bersembang seketika tentang kehidupan Faridah dahulu yang telah pergi meninggalkan kampong dan tidak pernah kembali lagi selepas itu. Faridah, Anne dan Zain berjalan dan meninjau di sekitar rumah lama Faridah, sambil mengimbau kembali kenangan lama dan peristiwa silam. Faridah menyuruh Zain mencari anak Pak Ghaffur, orang yang memegang kunci rumah lama Faridah kerana dia ingin menunaikan solat taubat dan sujud syukur di dalam rumah tersebut. Di situ Faridah bersembang bersama Anne sambil memberinya nasihat bahawa wanita akan menjadi matang apabila dia bergelar isteri dan seterusnya menjadi ibu. Faridah juga menjawab soalan yang dilontarkan oleh Anne tentang sebab Faridah meninggalkan kampong halamannya suatu masa dahulu.

Bab 32: Bahagia Bersulam Air Mata (Sumbangan Cik Nor Ardiaty Azleen)

Soleh telah membawa Melina ke Dubai untuk bertemu dengan Benny. Sebaik tiba di Dubai mereka telah menaiki limousin terus ke Emirate Tower Hotel. Benny telah sedia menunggu mereka di sana. Benny telah insaf dan mengakui bahawa dia telah tersilap memilih kawan.. Benny bersyukur kerana telah selamat sampai ke Dubai atas pertolongan sahabat-sahabat setelah menempuh berbagai dugaan di lautan. Kata putus diambil Melina dan Benny akan terus menetap di Dubai dan Benny tidak akan belayar lagi . Dua hari kemudian Soleh terbang pulang ke Kuala Lumpur. Jauh di sudut hatinya, Soleh tahu Melina akan bahagia di sana.

Bab 33: Janji Pada Tanah Ini (Sumbangan Cik Nor Ardiaty Azleen)

Zain dan Anne telah menetap di New Zealand, mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons. Anne telah melahirkan anak perempuan kembar seiras diberi nama Melinda dan Rahayu. Melina pula telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Said al-Anbia.Soleh dan Datuk Azhar bersama-sama telah mengusahakan pusat peranginan di Tanah Tinggi Lojing. Faridah memilih untuk menjadi pemerhati dan penikmat alam. Memori di Bukit Kutu serta saatsaat indah bersama Ayu dalam alam bawah sedar tetap terpahat di hatinya. Faridah bersyukur berbaur sebak kerana akhirnya dia telah pulang dan kembali membina jati diri bangsa di tanah air ini.

TEMA Tema novel Kabus Di Perbukitan ialah jati diri bangsa Melayu. Jati diri bangsa dan kekuatan pegangan agama menjadikan seorang wanita Melayu berupaya menghadapi cubaan hidup dengan tenang tanpa terkikis nilai wanita Melayu dan penganut agama yang setia. Kekuatan diri membentuknya menjadi wanita glokal yang masih sedar akan asal usul diri. a) Faridah yang bermaustatin di Rosewood , New Zealand tidak pernah melupai tanah tumpah darahnya Malaysia walaupun sudah 25 tahun menetap di Rosewood. b) Faridah masih menggemari masakan Melayu iaitu kari yang juga merupakan masakan kegemaran anaknya Anne. c) Faridah masih mengekalkan panggilan namanya dengan nama Melayu iaitu Idah d) Faridah masih kuat berpegang pada agama Islam yang menjadi pegangan kuat bangsa Melayu. * Faridah dan Soleh Johnsons menerapkan ajaran Islam kepada anak-anak mereka iaitu larangan meminum arak. * Faridah dan Johnsons menghantar anak-anak mereka Anne dan Melina belajar di sekolah rendah Islam ketika berusia enam tahun di Christchurch yang terletak 30 km dari rumah mereka di Rosewood

PERSOALAN

Persoalan sayang akan bangsa dan tanah air Faridah amat menyayangi tempat asalnya , Sungai Besar , Selangor walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand

Persoalan keretakan rumah tangga yang memisahkan kasih sayang anakanak. Perpisahan Salmah dengan Kamarudin menyebabkan perpisahan anak kembarnya Rahayu dan Faridah. Mereka tidak bertemu lebih dari 20 tahun

Kasih sayang antara ibu, ayah dan anak i. Perasaan sayang Salmah tidak pernah pudar walaupun telah berpisah dengan Rahayu selama lebih 20 tahun ii. Mejar (B) Kamarudin meredah hutan belantara mencari anaknya yang Faridah yang hilang di dalam hutan Cameron Highlands walaupun selama lebih 20 tahun dia tidak pernah pernah bersua denga Faridah setelah berpisah dengan Salmah (ibu Faridah ) iii. Hamidah amat menyayangi Rahayu walaupun Rahayu hanya anak tirinya yang dibela bagai anak sendiri sejak berusia 7 tahun. Pelestarian alam semula jadi i Soleh Johnsons mengusahaknan sebuah kawasan peranginan di Lojing, Cameron Highlands tanpa menebang pokok-pokok balak merbau dan tualang dan pokok-pokok balak yang lain demi mengekalkan ekosistem Cameron Highlands. Kepentingan agama dalam kehidupan i. Faridah masih kekal sebagai Muslim yang taat walaupun telah tinggal di Nez Zealand selama 25 tahun. ii. Soleh Johnsons seorang Muslim yang kuat pegangan agama, anak-anaknya Anne dan Melina dihantar belajar di sebuah sekolah rendah agama yang jauhnya 30 km dari Rosewood semata-mata mahu anak-anaknya mendapat pendidikan Islam yang baik.

Pengamalan agama yang sederhana dan penuh unsur lemah lembut i. Melina amat terpesona dan kagum dengan cara pengamalan Islam yang ditunjukkan oleh Ustaz Hassan Syukri (Imam Masjid Marang )dan Haji Awang (jirannya) penuh berhemah dan berlemah lembut ii. Haji Awang tidak agresif apabila bercakap tentang agama Islam. Pendapatnya tidak terburu-buru berbanding Mohd. Attar rakan Benny (suami Melina ) yang sangat agresif iaitu menggunkan unsur keganasan yang menakutkan. Ketaksuban agama yang keterlaluan/ masalah kumpulan militan Islam i Mohd. Attar , rakan Benny memperjuangkan Islam secara agresif . Ditangkap ketika membawa bom di Singapura Semangat kental untuk memajukan sektor pertanian i. Azrul meneruskan usaha bapanya menjadi usahawan tani dan berjaya membina empayar perniagaannya sehingga mendapat penghargaan (bergelar Datuk ) kerana usaha gigihnya memajukan industri tani di Sungai Besar ii. Zain , anak Azrul meneruskan pengajian di bidang pertanian di New Zealand untuk meneruskan legasi perniagaan tani ayahnya. iii. Soleh Johnsons mengusahakan industri ternak kambing secara Islam di New Zealand dan usaha ini diteruskan pleh zain yang berkahwin dengan anaknya Anne. Sikap optimis terhadap sektor agrikultur/pertanian Azrul amat yakin akan keputusannya untuk memajukan sektor pertanian selepas tamat pengajian di UPM . 25 tahun kemudian dia bergelar Tokoh Peladang Jaya.

Perkahwinan campur pelbagai bangsa i. Faridah berkahwin dengan Soleh Johnsons seorang bangsa Inggeris New Zealand ii. Melina berkahwin dengan Benny berbangsa Arab iii. Anne berkahwin dnegan Zain berbangsa Melayu Amalan agama yang longgar dalam kehidupan masyarakat kini sehingga mudah dipergunakan oleh orang lain i Benny seorang lelaki yang longgar pegangan agama walaupun seorang Muslim dia masih minum arak dan sering berfoya-foya, akhirnya tanpa sedar telah diperalatkan oleh Mohd. Attar seorang anggota militan Islam sehingga terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Melina seorang diri di Marang. Prejudis terhadap agama Kegiatan vandalisme berlaku di An Noor Islamic Centre, Media yang memberi gambaran negatif tentang Islam Kepelbagaian budaya dan adat resam bersatu di bawah satu pegangan agama Benny seorang Arab, Melina dan Anne mengamalkan cara hidup Barat dan Timur Asraf penuntut Muslim dari Afrika. Orang Barat tidak suka mencampuri urusan peribadi orang lain seperti yang digambarkan oleh Zain tetapi Orang Melayu lebih terbuka apabila berbicara tentang keluarga/peribadi. Asraf berpendapat orang Afrika Muslim lebih berkongsi berbanding bahagian lain Afrika yang saling mencurigai.

Pemuliharaan khazanah Negara

Bukit Kutu diwartakan sebagai Hutan Rizab Hidupan Liar. Bangsa Maori di New Zealand dipelihara sebagai warisan unik New Zealand dan amat dihormati di New Zealand

WATAK DAN PERWATAKAN 1. Watak Faridah Faridah merupakan watak utama dan dia mempunyai saudara kembar bernama Rahayu. Ayahnya berkahwin kali kedua dengan seorang wanita bernama Hamidah. Dia terpisah daripada adik kembarnya semasa berusia tujuh tahun akibat ayahnya berpindah ke Pontianak, Indonesia. Faridah seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup. Contohnya, dia tabah menghadapi kematian adik kembar kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali. Faridah seorang yang sangat prihatin akan kanak-kanak istimewa. Contohnya, dia menganggap menjalankan khidmat kepada kanak-kanak istimewa dianggap sebagai satu ibadah. Faridah seorang yang beriman. Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Ayu dan ibunya. Dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud. Faridah juga mementingkan ilmu pengetahuan. Contohnya, dia sanggup menggadaikan tanahnya untuk perbelanjaannya semasa berkursus di New Zealand. Faridah seorang yang penyayang. Dia sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya, Anne dan Melina. Dia juga seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi. Walaupun hidupnya senang dan sudah 25 tahun di New Zealand, Faridah sanggup pulang semula ke Malaysia kerana terlalu rindu akan kampung halamannya. Dia juga berjanji akan mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia sampai bila-bila. 2. Watak Rahayu Rahayu ialah watak sampingan yang penting dan merupakan adik kembar kepada Faridah. Dia mengidap penyakit lelah dan dalam kalangan adik-beradiknya, dia dianggap lembik.

Seorang yang suka membaca. Dia dilihat sering menghabiskan masa di kedai buku dan digelar sebagai ulat buku oleh Azrul. Rahayu juga seorang yang rajin. Contohnya dia rajin memasak dan membantu ibunya di dapur sekiranya tiada kuliah. Rahayu seorang yang penyayang. Contohnya, disebabkan dia tinggal bersama ayah dan ibu tiri, hatinya amat rindu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah. 3. Watak Azrul Seorang graduan UPM dan bekas teman lelaki Rahayu. Dia seorang mahasiswa yang mencintai alam sekitar. Azrul dan rakan-rakannya telah menaja penubuhan Penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi pendedahan kepada murid tentang alam sekitar. Azrul seorang yang penyayang. Semasa Rahayu masih hidup Azrul amat menyayanginya dan sentiasa berada di sisi Rahayu ketika Rahayu sakit. Azrul juga seorang yang berdikari. Setelah tamat pengajian di universiti, dia tidak berharap untuk makan gaji, sebaliknya dia mahu menjadi penternak kambing. Seorang yang gigih berusaha. Dia berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan hasil usaha gigihnya itu. Seorang yang suka menolong orang. Contohnya, Azrul telah menolong Anne ketika kereta Anne rosak. Azrul juga seorang yang menghormati orang tua. Dia telah menunjukkan rasa hormat yang tinggi terhadap Pn. Faridah dan Encik Soleh ketika bertandang ke rumah mereka. Akhirnya dipaparkan Azrul memperoleh gelaran Datuk. 4. Watak Kamarudin Bapa kepada Rahayu dan Faridah. Kamarudin digambarkan sebagai lelaki yang kacak. Pada usia 21 tahun, dia telah berkahwin lain. Semasa ditugaskan ke Pontianak, Indonesia, dia sanggup memisahkan dan membawa salah seorang anak kembarnya Rahayu daripada ibunya. Dia berpangkat Mejar ketika bersara daripada angkatan tentera.

Seorang yang berjimat cermat kerana dia menyimpan sejumlah wang untuk masa hadapan anak-anaknya. Semasa mudanya, dia suka berfoya-foya. Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia tidak memberikan nafkah lahir dan batin kepada Salmah, isterinya. Kamarudin pandai menyimpan rahsia. Kewujudan Faridah dirahsiakan daripada isteri keduanya, Hamidah. Seorang yanag percaya kepada bomoh. Dia sering membawa Rahayu berjumpa dengan bomoh supaya Rahayu serasi dengan keluarga barunya dan tidak rindu kepada pasangan kembar dan ibunya. Akhirnya kehilangan Faridah telah menginsafkan Kamarudin tentang kesilapannya. Kamarudin menunjukkan rasa tanggungjawabnya dengan berusaha mencari Faridah. 5. Watak Salmah Ibu kepada pasangan kembar Faridah dan Rahayu. Isteri pertama kepada Kamarudin. Usianya menjangkau 50 tahun. Seorang yang rajin berdoa. Apabila ditimpa musibah kehilangan Faridah, dia memohon ke hadarat Ilahi agar menjauhi anak kesayangannya itu daripada sebarang bahaya. Setelah ditinggalkan oleh suaminya, dia menyara kehidupannya dengan bekerja di sawah. Dia sering berduka dan sakit selepas pemergian Rahayu. Seorang ibu yang penyayang. Walaupun dia tidak dapat memelihara Rahayu, dia masih tetap menyayangi Rahayu. 6. Watak Benny Berasal dari Dubai. Nama sebenarnya Jabbar al Anbia, tetapi dia lebih gemar dipanggil Benny. Seorang yang sangat gemar berlayar. Contohnya dia pernah belayar dari Doha hingga ke Sydney. Seorang Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Contohnya, dia minum arak di luar pengetahuan ibu bapanya.

Dia menunjukkan rasa tidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan Melina yang sarat mengandung tanpa khabar berita kerana takut ditangkap oleh polis Interpol. Dia berjumpa terus dengan Soleh Johnsons dan Faridah untuk melamar Melina

TEKNIK PLOT Terdapat beberapa teknik plot yang sering digunakan oleh penulis dalam novel ini 1.DIALOG Perbualan antara dua atau lebih daripada dua orang Contoh: Maafkan abang. Sebenarnya Rahayu ada kakak kembar. Namanya Faridah. Abang tak pernah beritahu begitu juga Rahayu...mungkin dia memendam rasa. Faridah tinggal bersama ibunya. Semalam dia kemalangan di Bukit Fraser, malangnya dia telah hilang. Kamarudin menceritakan seba sedikit, dia ingin ke tempat kejadian, memastikan apa yang sebenarnya berlaku. 2. MONOLOG Bercakap seorang diri /bercakap dalam hati Contoh: Selamat tinggal Melina. Benny berbisik perlahan yang hanya didengarinya sendiri. Muka suarat 214 Sayang, kita akan jumpa datuk dan nenek, bisik Melina. Muka surat 230

3.IMBAS KEMBALI Contoh: Faridah masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, dia membesar di kawasasan pantai Sungai Haji Dorani. Bramin dengan Rahayu mengutip lala dan kerang di

pantai ketika emak mereka berniaga menjual pisang goreng. Keindahan itu tidak lama, ayah datang dan kemudian membawa Rahayu pergi bertahun-tahun. 4.IMBAS MUKA Contoh: Air matanya menitis. Terlihat emaknya sedang termenung di tangga, menghadap kehijauan sawah yang permai. Wajah tua itu penuh sayu, barangkali menantinya pulang. Muka surat 12

5.PEMERIAN Contoh: Malam itu rumah Salmah terang-benderang. Lampu tambahan yang dipasang melimpahkan cahaya sehingga ke halaman. Rumah kayu di tengah sawah itu dikunjungi oleh orang kampung Parit Tiga. Muka surat 13 6.SUSPENS Contoh: Saya dengar kakak orang Selangor juga, kata Datin Aisyah memulakan perbualan. tentu datin tertanya-tanya, balas Faridah tersenyum senang. Saya berasal dari Sungai Besar juga. Dari Kampung Parit Tiga. Masya-Allah, sekampung rupanya kita, balas Datul Azrul kagum. Maafkan saya, seperti biasa saya kenal... . -Datuk Azrul berasa seperti pernah melihat Faridah sebelum ini.

Muka surat 205

E-mel berbahasa Arab itu tentunya amat mengejutkannya. Penuh dengan ayatayat yang merungkaikan maksud sebaliknya. Serta-merta dia memadamkan semua data yang penting dalamm computer peribadinya. Benny duduk terhenyak di hadapan meja kerja, merangka-rangka apa yang harus dilakukannya dan tindakannya. -Benny tiba-tiba panik apabila mendapat yang menggunakan bahasa yang simbolik. Muka surat 208 Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Hati Melina berdetik. Jantungnya berdebar-debar. -Melina mendapat panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenalinya. Muka surat 228

7.KEJUTAN Contoh Mungkin sudah takdirnya di sini, balas Datuk Azrul. Dia menghela nafas panjang. Kalau Faridah masih ingat pada arwah Rahayu... . Datuk kenal arwah adik saya? Datuk Azrul mengangguk lambat-lambat. Merenung wajah isterinya, meneliti jika ada riak-raiak kerisauan. Tentu Faridah ingat saya juga Azrul... .

Wajah Faridah bertukar rona, terkejut dan senyuman tersenyum indah. Tentu saya ingat, arwah adik saya meninggal kerana barah paru-paru dan Azrul yang setia menemanya. Sayang saya tidak dapat bersama... .

-Datuk Azrul kenal arwah adik Faridah mengejutkan Faridah. Muka surat 206 Hamidah memberitahu Kamarudin bahawa Faridah dilihat oleh Rahayu yang sedang sakit di hospital berada di perkampungan orang Asli -Kamarudin dan Buyung terkejut apabila diberitahu Faridah berada di perkampungan orang Asli sedangkan tiada perkampungan orang Asli di Bukit Kutu. Muka surat 68 Faridah dan Iqbal ditemui di perkampungan orang Asli Sungai Dua, jauh dari tempat kemalangan di Bukit Fraser dan Bukit Kutu -Faridah dan Iqbal berada jauh dari tempat kemalangan di Bukit Fraser Muka surat 73 Penduduk Pekan Sungai Kubu terkejut dan gempar apabila mengetahui empang tempat melombong bijih diletupkan oleh Tuan Cecil Renking -Tuan Cecil Renking berani meletupkan lombong timah untuk membunuh buaya putih yang keramat. Muka surat 83 8.GAMBARAN PERISTIWA SERENTAK Dua atau beberapa peristiwa yang berlaku serentak dalam sesuatu masa Dalam novel ini, teknik ini digunakan untuk menunjukkan hubungan jiwa yang kuat dalam diri pasangan kembar Rahayu dan Faridah yang berpisah selama 14 tahun.

KISAH 1 Rahayu terpandang skrin besar di hadapannya ketika berada di perpustakaan. Dia melihat dirinya menuju ke pengadang jalan. Pengadang jalan berkecai dan Rahayu terjunam ke dalamm gaung. Rahayu hanya melihat pucuk-pucuk kayu merimbun kehijauan lantas menjerit meminta tolong. Rahayu pengsan dan jatuh ke lantai. Pada masa yang sama Faridah yang sedang memandu van menuruni Bukit Fraser dengan laju. Tiba-tiba Faridah menekan brek van secara tidak sengaja. Van yang dipandunya bergerak ke nana tidak dapat dikawal. Faridah melihat pengadang jalan di hadapannya, pandangannya berpinar-pinar melihat van melanggar tembok pengadang jalan. Faridah menjerit sekuat hati dan dia berasa kepalanya dirempuh dahan-dahan kayu dan tidak sedarkan diri. Ketika Rahayu berada di kampus bersama-sama Azrul, Faridah berada di Bukit Fraser mengurus program anak-anak istimewa , pada pagi yang sama.

KISAH 2 Ketika Farisah pulang ke Sungai Besar menziarahi rumah pusaka yang ditinggalkan selama 25 tahun bersama-sama Anne dan Zain, Soleh Johnsons dan Melina berada di Dubai untuk menemui Benny bagi membincangkan masa depan Melina dan Benny.

PLOT 1. Perkembangan/pengenalan Peristiwa-peristiwa penting dalam permulaan i. Rahayu berasa sakit tekak ketika bangun pagi. Rahayu dan Azrul bertemu di kafeteria di Universiti Putera Malaysia. Kedua-dua merupakan mahasiswa tahun kedua. Mereka kemudian ke perpustakaan. Tiba-tiba Rahayu terasa dia sedang menuju pengadang jalan, dilanggar pengadang jalan tersebut dan dia jatuh ke dalam gaung. Rahayu meminta tolong kemudian jatuh pengsan. Pada masa yang sama, Faridah dalam perjalanan menuju Raub setelah mengurus program anak-anak istimewa di Bukit Fraser. Ketika memandu, tiba-tiba Iqbal, seorang kanak-kanak istimewa bertanya hala tuju mereka. Faridah terperanjat kerana tidak menyangka Iqbal boleh berada di dalam van sedangkan sebentar tadi dia bersama-sama Mastura , rakan sekerja Faridah. Malangnya dia tidak dapat mengawal van yang dipandunya. Van terlanggar pengadang jalan dan terjatuh ke dalam gaung. Pada masa itu, Faridah terkenang ibunya yang keseorangan di rumah..

2. PERKEMBANGAN Operasi mencari Faridah diteruskan oleh pasukan polis, RELA, PERHILITAN dan orang asli Senoi dari Pos Praak. Ayah Faridah Mejar(B) Kamarudin dimaklumkan oleh Cikgu Raduan tentang kehilangan Faridah. Mejar(B) Kamarudin memberitahu kisah Faridah kepada isterinya Hamidah iaitu Faridah ialah kembar Rahayu yang berpisah sejak berusia 7 tahun. Mejar (B) Kamarudin bertolak ke Bukit Fraser. Keadaan Rahayu semakin serius . Rahayu sering meracau tentang Faridah, tentang Bukit Kutu. Mejar (B) Kamarudin bersama-sama Buyung mesuk ke hutan Bukit Kutu untuk mencari Faridah berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui racauan Rahayu. Faridah dan Iqbal berada di Bulit Kutu dan tinggal di banglo milik Tuan Cecil Renking

seorang magistrate and collector. Suasana seperti tahun 40-an pada era P. Ramlee atau R. Azmi. Faridah diberitahu dia berada di Bukit Kutu yang berketinggian 3300 kaki dari aras laut. Faridah bertemu Rahayu dalam tidur dan mendapat tahu Rahayu menghidap penyakit kanser. Pada masa ini Hamidah ibu tiri Rahayu melihatnya meracau-racau dalam tidur. Semasa Rahayu sedang berjuang melawan sakitnya di HUKM, di Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Dareah Raub , ACP Ahmad dan bin Mokhtar selaku OCPD daerah Raub mengumumkan Ops PDK yang dilancarkan untuk menyelamatkan Faridah dan Iqbal ditamatkan. Mejar(B) Kamarudin mengambil keputusan untuk mencari Faridah dengan bantuan Buyung, mereka akhirnya berjaya mengesan Faridah dan Iqbal di Sungai Dua di kawasan perkampungan Orang Asli . Faridah dibawa ke HUKM dan Iqbal dengan helikopter . Semasa berada di bawah minda bawah sedar Faridah dibawa oleh Amah Siti ke Pekan Kubu. Aktiviti perlombongan amat aktif di Hulu Sungai Selangor dan dikawal oleh Penghulu Garang. Faridah juga menyaksikan kejadian Tuan Cecil Renking mengebom lombong timah yang dikatakan berpuaka ( buaya putih ). Pada masa itu sebenarnya Faridah telah berada di HUKM. Rahayu sedang menemaninya apabila tiba-tiba Rahayu mendengar Faridah meminta tolong dan Rahayu sedang merempuh dan menongkah air yang deras. Rahayu dapat menyelamatkan Faridah yang tersepit di bawah almari besar. Rahayu berpesan agar Faridah pulang menemui ibu mereka kerana sudah terlalu lama Faridah meninggalkan ibunya. Faridah menjerit nama Rahayu sekuat hati dan tersedar dari komanya. Tatapi pada masa itu Rahayu telah menghembuskan nafasnya. Salmah mengalami tekanan jiwa akibat kematian Rahayu. Dia sentiasa terkenang Rahayu. Salmah memberitahu Faridah tentang Ghazali dan berharap Faridah dapat menerima Ghazali sebagai suami. Azrul kekasih Rahayu, memilih untuk mencebur diri di bidang penternakan. Salmah terus mengalami tekanan jiwa . Dia sentiasa mengingati arwah Rahayu. Faridah melahirkan kebimbangannya terhadap kesihatan Salmah kepada Ghazali suaminya. Salmah akhirnya meninggal dunia setelah lama menderita kematian Rahayu. 25 tahun setelah berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan warga New Zealand, Faridah tidak pernah pulang ke kampung halamannya di Sungai Besar, Malaysia. Dia tinggal di Rosewood berdekatan Christchurch dan memiliki dua orang anak kembar , Melina dan Anne . Anaknya Melina berkahwin dengan Benny seorang bangsa

Arab warga Dubai dan mengikut suaminya berhijrah ke Marang, Terengganu. Melina meneruskan minatnya melukis. Benny mula merapatkan diri dengan Mohammed Attar kerna kagum dengan kehebatan pengetahuan agama Islam yang dimiliki Mohamed Attar Zain seorang penuntut bidang pertanian menjalinkan hubungan dengan Anne. Di Christchurch pula Soleh Johnsons amat risau akan kegitan vandalisme terhadap umat Islam di situ dan bercadang meredakan keadaan dengan mengadakan jamuan bersama-sama penduduk tempatan. Zain yang pulang bercuti ke Malaysia menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne kepada bapanya Datuk Azrul. Zain berkunjung ke rumah Faridah dan asal usul Faridah terbongkar. Zain dan Faridah berasal dari Sungai Besar. Zain menjemput Faridah pulang ke Sungai Besar. Mohammed Attar cuba mengembangkan pengaruh militannya kepada Ustaz Syukri. Melina mengingatkan Benny tentang sikap Mohammed Attar yang agresif tetapi disangkal oleh Benny. Benny beranggapan Mohammed Attar seorang yang warak dan mampu membimbing mereka ke arah kebaikan. Faridah dan Soleh Johnsons pulang ke Malaysia untuk menziarahi Melina yang sarat mengandung, membincangkan perkahwinan Zain dan Anne sambil bercuti di Cameron Highlands. Faridah mendedahkan kisah Rahayu dan dirinya kepada Datuk Azrul. Faridah ingin kembali melihat kampung halamannya di Sungai Besar. Benny menghilangkan diri setelah mendapat mesej penangkapan Mohammed Attar kerana kegiatan militannya. Melina ke Cameron Highlands untuk bertemu Faridah dan Soleh Johnsons. Faridah telah dimaklumkan tentang kehilangan Benny.

3. PERUMITAN Benny mula terlibat dengan kegiatan militan Mohammed Attar tanpa sedar. Melina mengalami tekanan perasaan apabila sering ditinggalkan oleh Benny berseorangan kerana kesibukan Benny. Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Syukri dalam cara mereka memperjuangkan agama Islam. Benny melarikan diri pada awal pagi meninggalkan Melina keseorangan di Marang , Terengganu setelah dimaklumkan Mohammed Attar telah ditahan kerana cuba meletupkan kasino di Pulau Sentosa. Benny menaiki bot di tengah

lautan yang disediakan oleh An Anbia Family Limited Company untuk membawanya ke lokasi rahsia. Melina tidak tahu tempat suaminya menghilang dan lebih merumitkan lagi apabila nama Benny tidak disenaraikan oleh polis Malaysia sebagai orang yang dikehendaki. Mejar(B) Kamarudin berlaku curang kepada isterinya Slamah dan berkahwin dengan Hamidah. Mejar(B) Kamarudin memisahkan Rahayu dengan Faridah apabila dia dipindahkan ke Pontianak menyebabkan Rahayu mengalami gangguan emosi pada awal perpisahan. Faridah mengalami kekecewaan apabil putus tunang dengan Azman. Rahayu pengsan di perpustakaan dan akhirnya disahkan menghidap kanser paru-paru. Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan hilang selama sebulan di dalam hutan tanpa dapat dikesan.

4. PUNCAK FARIDAH , SOLEH JOHNSONS DAN ANNE PULANG BERCUTI DI MALAYSIA UNTUK MELAWAT MELINA DAN MEMBINCANGKAN PERKAHWINAN ANNE DENGAN ZAIN. KEPULANGAN FARIDAH TELAH MEMPERTEMUKAN SEMULA FARIDAH DENGAN AZRUL DAN KERINDUAN FARIDAH TERHADAP KAMPUNG HALAMANNYA SUNGAI BESAR SEMAKIN MENDALAM. MUHAMMAD ATTAR DITANGKAP OLEH PIHAK INTERPOL KERANA CUBAAN MELETUPKAN SEBUAH KASINO DI PULAU SENTOSA. PADA MASA YANG SAMA MELINA MELAPORKAN KEHILANGAN BENNY KEPADA PIHAK POLIS DI MARANG, TERENGGANU. PERKAHWINAN ZAIN DAN ANNE YANG MELAKAR SEJARAH DUA BUAH NEGARA.TETAMU PELBAGAI BANGASA DARI LUAR NEGARA HADIR.HOTEL, RUMAH TUMPANGAN, RUMAH REHAT, CALET SEKITAR TELUK INTAN, SABAK BERNAM DAN SUNGAI BESAR HABIS DITEMPAH. PERKAHWINAN MENDAPAT LIPUTAN SEBUAH STESEN TELEVISYEN.....PERKAHWINAN DUA NEGARA. FARIDAH MERUPAKAN INSAN YANG PALING GEMBIRA. SOLEH DAN MELINA KE DUBAI UNTUK BERTEMU BENNY SETELAH DIHUBUNGI OLEH KELUARGA JAAFAR AL ANBIA YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBAWA BENNY KELUAR DARI MALAYSIA SECARA RAHSIA. BENNY TIDAK BOLEH MENINGGALKAN DUBAI KERANA TELAH

DISENARAIKAN SEBAGAI ORANG YANG PALING DIKEHENDAKI OLEH AMERIKA SYARIKAT. MELINA MENETAP DI DUBAI BERSAMA-SAMA BENNY

5. PELERAIAN Faridah pulang ke Sungai Besar . Pulang ke rumah ibunya. Menikmati dan mengenang semula kampung halamannya yang 25 tahun ditinggalkan. Soleh Johnsons dan Melina terbang ke Dubai untuk bertemu Benny . Segala persoalan terungkai. Benny menceritakan pelariannya selama dua minggu sebelum sampai ke Dubai melalui perancangan keluarganya di Dubai. Anne dan Zain pulang ke New Zealand dan megambil alih perniagaan penternakan Soleh Johnsons. Faridah dan Soleh Johnsons menetap di Camerons Hihglands. Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan kawasan peranginan ala Inggeris berkonsepkan agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing. Benny berjanji akan mempromosikan tempat peranginan tersebut di Dubai. Melina melahirkan anak lelaki pewaris An Anbia. Anne melahirkan anak kembar Melinda dan Rahayu ( nama pilihan Faridah). Bukit Kutu kekal menjadi hutan rizab binatang liar seperti Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Faridah bersyukur kerana telah kembali ke tanah air dan berjanji membina jati diri bangsa. Faridah berharap anak cucunya mewarisi jati diri bangsa dengan berpegang pada tali agama.

LATAR Latar Masa 1. 6.00 pagi Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akan tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu. 2. 8.00 pagi Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Azrul. 3. Waktu pagi Rahayu terjatuh dan pengsan di perpustakaan.Faridah terlibat dalam kemalangan. 4. Malam - Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca Yasin, memohon kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat kemalangan. 5. 1980 - Sepasang pelancong British hilang di Jalan Gap ketika berbasikal di Kuala Kubu Baharu ke Bukit Fraser. 6. 1989 - PKM meletakkan senjata di Hatyai. 7. Semasa bersarapan Kamarudin menerangkan isterinya, Hamidah bahawa kembar Rahayu, iaitu Faridah menemui kemalangan dan hilang di Bukit Fraser. 8. Waktu pagi - Satu jam selepas Kamarudin meninggalkan rumah untuk mencari Faridah, Hamidah menerima panggilan yang memaklumkan Rahayu pengsan dan telah dihantar ke hospital UKM. - Hamidah dimaklumkan oleh Dr Susan , kemungkinan Rahayu menghidap barah paru-paru. 9. 3.30 petang- Pihak polis menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari Faridah dan Iqbal selama dua minggu menemui kegagalan. 10. 25 tahun- Faridah telah meninggalkan kampung halamannya selama 25 tahun dan menetap di New Zealand selepas kematian ibu dan suaminya, Ghazali. 11. Dua minggu- Dalam masa dua minggu Benny dan Melina berkenalan, Benny sudah melamar Melina. 12. Satu pagi - Benny dan Melina tiba di rumah Soleh dan Faridah.

13. Waktu petang - Sebelum majlis perkahwinan Benny dan Melina, Zain berkenalan dengan Anne. 14. Dua petang- Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia.

Latar Tempat 1. Kafetaria di UPM - Rahayu dan Azrul sedang bersarapan 2. Perpustakaan di UPM - Rahayu dan Azrul belajar dan mencari maklumat di perpustakaan. - Rahayu pengsan. 3. Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser- Faridah dan Mastura membawa murid Sindrom Down seramai 10 orang ke Bukit Fraser. 4. Jalan ke Pekan Raub - Faridah yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam keretanya telah terlibat dalam kemalangan. 5. Smoke House - Rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam halusinasi Faridah yang koma selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya. 6. Bukit Kutu - Mejar (B) Kamarudin dan Buyung mencari Faridah dan Iqbal di dalam hutan sekitar Bukit Kutu. 7. Perkampungan orang Asli- Tempat Mejar (B) Kamarudin dan Buyong menemui Faridah dan Iqbal dijumpai selepas dua minggu hilang. 8. Parit Satu, Sungai Besar- Faridah bertembung dengan Azrul semasa dia menziarahi kubur Rahayu di Parit Satu. 9. Parit Dua, Sungai Besar - Kampung Azrul dia menjalankan projek penternakan kambing. 10. Rosewood, New Zealand - Rumah Faridah di New Zealand. 11. Cristchurch di New Zealand - Sebuah bandar di New Zealand. 12. Marang, Terengganu - Tempat tinggal Benny dan Melina.

13. Cameron Highlands - Tempat penginapan Faridah dan keluarganya ketika mereka pulang ke Malaysia untuk melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Anne dan Zain.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat pelajar universiti. Contohnya, Azrul dan Rahayu merupakan penuntut Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. 2. Masyakat yang cinta akan alam sekitar. Contohnya, Azrul dan temantemannya banyak mengadakan program pendedahan tentang alam sekitar kepada pelajar-pelajar. 3. Masyarakat yang mengambil berat terhadap kanak-kanak istimewa. Contohnya Faridah, dan Mastura yang bertugas di PDK Suria menganggap berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa ialah satu ibadah. 4. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Contohnya Faridah dan Salmah dipaparkan sentiasa berdoa apabila menghadapi tekanan atau masalah hidup. 5. Masyarakat yang suka bersedekah. Hal ini digambarkan melalui watak Soleh Johnsons yang suka bersedekah. 6. Masyarakat tentera. Contohnya, Mejar (B) Kamarudin bin Ahmad merupakan bekas pegawai tentera dari 4 RAMD. 7. Masyarakat orang Asli. Tok Batin Senik merupakan Tok Batin bagi masyarakat orang asli yang menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit Fraser. 8. Masyarakat yang rindu akan anaknya. Salmah sangat menderita kerana terlalu rindu akan anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akhirnya dia meninggal dunia. 9. Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran. Faridah yang kehilangan adik kembar, ibu, dan suaminya, tabah menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New Zealand.

10. Masyarakat yang berdikari. Azrul tidak mengharapkan kerja makan gaji, sebaliknya mengusahakan penternakan kambing dan tapak semaian untuk menampung kehidupannya. 11. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam memperjuangkan Islam. Hal ini digambarkan melalui watak Muhamed Attar, dan Benny. 12. Masyarakat yang mempercayai kemampuan bomoh untuk menyelesaikan masalah. Sarjan Yusof mencadangkan misteri kehilangan Faridah dan Iqbal diselesaikan oleh Bomoh setelah pihak polis gagal menemui mereka. 13. Masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus. Buyong menegaskan bahawa makhluk halus memang wujud dalam masyarakat kita.

GAYA BAHASA 1. Penggunaan Bahasa Inggeris Contoh: wind breaker, sindrom down, terrace garden, Smoke House

2. Peribahasa Contoh: Peribahasa Melayu Masa itu emas Peribahasa Arab - Masa umpama sebilah pedang tajam, boleh memenggal kepala jika kita lambat bertindak. - Perahu sudah di air, pendayung di tangan

3. Personifikasi Contoh : cahaya di sebalik kabus yang sentiasa memberi harapan cuaca yang begitu dingin menggigit Senja merangkak tua

4. Hiperbola Contoh: dosa-dosaku sudah melaut banyaknya tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung

5. Simpulan bahasa Contoh: buah mulut

6. Simile Contoh : bersambung seperti gajah menyusu dengan rumah agam tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung

7. Metafora Contoh: peti kenangan Lipatan ingatan

8. Sinkope (singkatan perkataan) Contoh: Cukup ke? Tak lapar nanati?

NILAI 1.KETEGUHAN JATI DIRI BANGSA DAN AGAMA Faridah masih kental jati diri Melayunya walaupun telah tinggal di New Zealand selama 25 tahun. Dia masih makan makanan Melayu iaitu kari malah anaknya Anne meminta dia memasak kari. Faridah masih mengekalkan panggilan nama Melayunya Idah- nama yang dipanggil oleh suaminya Soleh Johnsons. Faridah masih mendengar lagu-lagu Melayu melalui internet. Datul Azrul sering berpesan kepada anaknya Zain, agar tidak melupakan kampung halaman dan pulang ke kampung halaman setelah tamat pengajian di New Zealand. Melina dan Benny masih berpegang kuat pada ajaran agama iaitu mereka berkahwin setelah saling menyayangi alupun baru 2 minggu berkenalan. Faridah dan Soleh Johnsons menghantar Anne dan Melina bersekolah agama di sekolah rendah yang terletak 30km dari Rosewood pada sebelah petang. Datuk Azrul solat berjemaah subuh dan mendengar ceramah agama di surau kampungnya. Soleh Johnsons mengusahakan pusat penyelembihan untuk membekalkan daging halal kepada umat Islam di New Zealand.

2.KASIH SAYANG Salmah amat menyayangi anaknya Rahayu sehingga sering terkenangkenangkan Rahayu yang sudah meninggal dunia akibat kanser. Hamidah menyayangi anak tirinya Rahayu yang dibela sejak berusia 7 tahun, menjaga Rahayu yang sakit di hospital .

Benny amat menyayangi Melina. Melina dibawa tinggal di Dubai kerana Benny tidak lagi boleh keluar dari Dubai setelah tersenarai sebagai militant oleh Amerika Syarikat.

Faridah amat menyayangi keluarganya (Soleh Johnsons, Anne dan Melina) sehingga tidak pernah meninggalkan mereka setelah 25 tahun berhijrah ke New Zealand Faridah amat menyayangi ibunya Salmah sehingga terlalu sedih selepas Salmah meninggal dunia.

3.KETABAHAN/KECEKALAN Faridah tabah menjalani hidup selama 25 tahun di New Zealand tanpa pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.

4.KEBERANIAN Kamarudin berani meredah hutan tebal Bukit Kutu bersama-sama buyung semata-mata mahu mencari anaknya Faridah dan Iqbal yang hilang selepas terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke Raub. Melina berani memandu seorang diri dari Marang Kuala Terengganu ke Bukit Cameron Highlands untuk bertemu ibunya Faridah.

5.KEBIJAKSANAAN Datuk Azrul membuat keputusan yang bijak apabila menceburi bidang pertanian selepas tamat pengajian dari UPM.

6.BERTANGGUNGJAWAB Kamarudin seorang bapa yang bertanggungjawab. Walaupun hampir 14 tahun tidak bersua dengan Faridah, dia tetap berusaha mencari Faridah yang hilang dalam hutan.

Ghazali seorang majikan Faridah yang bertanggungjawab. Ghazali seorang pegawai JKM berada bersama-sama pasukan pemyelamat di Rumah Rehat Gap semasa poerasi mencari Faridah dan Iqbal.

7.KEPRIHATINAN Azrul amat prihatin dengan isu alam sekitar. Azrul menyertai kempen Save Our River- S.O.S di KLCC anjuran Persatuan Pencinta Alam Soleh Johnsons tidak mahu mengusahakan kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing kerana tidak mahu merosakkan ekosistem alam semula jadi sebaliknya membina kawasan peranginan berkonsep semula jadi iaitu kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga. Soleh Johnson amat pritahin akan keinginan Faridahuntuk ;pulang ke kampung halamannya di Malaysia. Dia, akhirnya berhijrah ke Cameron Highlands bersama-sama Faridah.

8.KESETIAAN Melina seorang isteri yang setia. Dia berhijarh ke Malaysia mengikut Benny yang bertugas di Marang Trengganu Melina seorang isteri yang setia, berhijrah ke Dubai kerana perlu berada di sisi Benny yang telah pulang ke Dubai kerana disyaki sebagai militan.

9. KETAATAN kepada agama Faridah taat akan ajaran agama. Bangun bersembahyang Subuh . Melina mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Benny selepas berkenalan selama 2 minggu kerana masih berpegang kuat pada ajaran Islam setelah dipelawa oleh Benny untuk ke Malaysia selama tiga bulan

10. BERBUDI BAHASA Zain seorang pemuda yang berbudi bahasa. Dia menziarahi Faridah untuk berkenalan dengan keluarga Faridah dan menyampaikan salam daripada keduadua orang tuanya di Malaysia.

11. KEPASRAHAN/KEREDAAN pada takdir tuhan Soleh memberitahu Anne, segala yang berlaku dalam keluarga mereka merupakan ketentuan Allh SWT apabila Anne bertanya sebab Faridah meninggalkan kampung halamannya 25 tahun dahulu. Penghijrahan Faridah menjadi penyebab kelahiran Anne ke dunia.

PENGAJARAN 1.Kita mesti mempunyai jati diri yang kental terhadap bangsa sendiri. Faridah masih mengekalkan idenditi bangsa Melayunya walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand iaitu masih menggunakan nama Idah.

2. Kita mesti meletakkan pegangan agama sebagai asas kehidupan untuk berjaya dalam hidup Soleh Johnsons berjaya menjadi pengusaha ternakan dan penyembelihan cara Islam di New Zealand . Dia amat dikenali dalam kalangan 30.000 orang Muslim di New Zealand.

3. Kita mesti memulihara alam semula jadi agar kerosakan ekologi dapat dikurangkan. Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu mengusahakan ladang sayur demi kelestarian Tanah Tinggi Lojing, sebaliknya mengusahakan pusat peranginan berkonsep agropelancongan. Bukit Kutu kekal menjadi Hutan Rizab Hidupan Liar yang telah diwartakan sejak zaman pemerintahan British.

4. Kita mesti berwawasan jauh untuk mencapai kejayaan Azrul seorang graduan yang berpandangan jauh tentang masa depan bidang pertanian di negara ini. Azrul menyatakan hasratnya untuk menternak kambing selepas tamat pengajian kepada ayahnya setelah melihat pasaran kambing yang tinggi bagi majlis akikah, korban, majlis menyambut kelahiran dan kegunaan masyarakat Hindu. 25 tahun kemudian Azrul bergelar Datuk Azrul setelah berjaya memajukan industri pertanian melalui ladang sendiri dan Pertubuhan Peladang.

5. Kita mesti berfikiran terbuka untuk mencapai kejayaan Datuk Azrul menghantar anaknya Zain belajar dalam bidang pertanian di New Zealand untuk mengalami sendiri perbezaan cara hidup masyarakat New Zealand yang jauh lebih maju di bidang pertanian dan membezakannya dengan sikap masyarakat tempatan yang tidak berubah walaupun negara sudah maju. Datuk Azrul terpaksa berusha gigih meyakinkan penduduk Merbau Berdarah agar menyatukan kebun-kebun mereka untuk membentuk mini estet kelapa sawit dan buah-buahan

6. Kita mesti yakin sektor pertanian mampu memajukan negara Datuk Azrul memberitahu Zain bahawa semaju mana pun negara jika tanpa hasil tani, rakyatnya tidak dapat meneruskan kehidupan. New Zealand, negara tempat Faridah bermaustatin merupakan negara pertanian dan penternakan biri-biri yang maju. Suaminya Soleh Johnsons mengusahakan industri penternakan dan penyelembihan yang berjaya di Christchurch.

7. Kita mesti beradab dan menghormati golongan tua/veteran Faridah menziarahi Pak Talib berusia 80/90 tahun pengusaha belacan semasa pulang ke Sungai Besar. Benny menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons untuk menyampaikan hasrat melamar Melina sebagai isteri Zain menziarahi Faridah untuk berkenalan dengan keluarga Anne setelah berhasrat untuk mengahwini Anne.

8. Kita jangan mengabaikan adat budaya bangsa dalam kehidupan Zain menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne gadis kacukan Inggeris Melayu kepada ayahnya bagi mendapatkan persetujuan bapa dan ibunya. Datuk Azrul dan Datin Aisyah menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons di Cameron Highlands untuk berbincang dan mengurus perkahwinan Zaindan Anne.

9. Kita mesti ingat asal usul keturunan kita Faridah sentiasa bercerita tentang sawah bendang, pokok kelapa di kampung halamannya Sungai Besar kepada Melina dan Anne. Melina ingin ke Sungai Besar untuk melihat kampung halaman ibunya dan menjejak warisannya yang dirasakan semakin hilang.

10. Kita mesti mengamalkan cara hidup yang sederhana dan harmoni demi keamanan negara/ berlemah lembut apabila menasihati maasyarakat Ustaz Hassan Syukri menyampaikan ajaran agama Islam dengan lemah lembut Ustaz Hassan Syukri memberitahu Mohamed Attar orang Melayu Islam di Malaysia mengamalkan cara hidup yang sederhana dan sentiasa berlemah lembut.

11. Kita hendaklah berhati-hati memilih kawan Benny terperangkap dalam kumpulan militan Mohammed Attar yang dikenalinya semasa bertugas di Marang. Kepetahan Mohammed Attar berhujah memikat Benny yang masih kurang ilmu pengetahuan Islam tanpa menyedari Mohammed Attar ialah seorang anggota kumpulan militan.

12. Kita hendaklah bijak membuat keputusan apabila berada dalam kesusahan Melina bertindak melaporkan kehilangan suaminya Benny kepada pihak polis dengan segera setelah Benny tidak pulang ke rumah selama empat hari. Tindakan bijaknya menyebabkan pihak polis mengeluarkan perintah perlindungan keselamatan kepadanya.

13. Kita mesti ada sifat tolak ansur dalam hidup berkeluarga Soleh Johnsons bersetuju untuk tinggal di Cameron Highlands setelah Anne berkahwin dengan Zain . Soleh Johnsons mengikut hasrat Faridah untuk tinggal di Cameron Highlands (menetap di Malaysia)

14. Kita jangan terlalu taksub dengan satu-satu pendapat dan pegangan sehingga menjejas keamanan dan keselamatan orang lain. Mohammed Attar seorang juruterbang helikopter di syarikat tempat Benny bertugas ialah seorang yang tahfiz Al Quran dari Madrasah al-Husaini, Islamabad , mahir tentang rukun Islam, tauhid tetapi amat benci akan Amerika yang dianggap petualang. Dia dipercayai oleh polis republik mahu mengebom kasino yang baru dibina di Pulau Sentosa tetapi berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa republik tersebut. Mohammed Attar tidak dapat menerima pendapat Ustaz Hassan Syukri yang menekankan unsur lemah lembut dalam berdakwah dan menegur orang lain.

15. Kita mesti prihatin akan kesusahan orang lain yang berada di sekeliling kita Azrul sentiasa menemani Rahayu yang sakit di HUKM Pasukan polis Raub menjalankan operasi mencari Faridah dan Iqbal yang hilang selepas kemalangan

Ghazali seorang majikan yang prihatin akan keselamatan Faridah dan Iqbal. Ghazali bermalam di Rumah Rehat Gap untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Faridah dan Iqbal.

You might also like