You are on page 1of 19

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR

PEMARKAHAN 1. 2. REFLEKSI ESEI: (a) (b) 3. FORUM JUMLAH

TAJUK

FALSAFAH DAN DASAR

ESEI ILMIAH
KUMPULAN EL A22 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

KALYANI A/P RENGA @ RENGANATHAN

D201020043520

016-5391016

NAMA TUTOR E-LEARNING: MOHD ARIFIN BIN GHAZALI TARIKH SERAH: 04.12.2011

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR NO. SOALAN MARKAH

(a) Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap 10 Markah isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan

Unit 2: Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan Penghayatan

1.0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepeadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berimu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memebri sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa implikasi terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah 2

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR


kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, perubahan positif ini telah mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan sahaja setakat memeproleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang.Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka.Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita ini. Antara implikasi yang memberi kesan terhadap saya sebagai seorang pendidik adalah seperti berikut:

i.

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu. Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, usaha membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu dan harmoni adalah prasyarat utama kepada keupayaan kita untuk memacu kemajuan negara ke tahap yang lebih tinggi. Tidak ada sebuah negara pun yang boleh bergerak maju ke hadapan jika rakyatnya tidak mampu untuk membulatkan tekad dan bergerak seiring selangkah untuk membangunkan 3

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR


negara bangsa. Keupayaan untuk membina negara bangsa pula amat bergantung kepada sejauh mana nilai-nilai patriotisme, toleransi serta sikap saling hormat menghormati dapat dipupuk dan dikongsi secara bersama oleh setiap lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Nilai-nilai yang seharusnya dikongsi secara bersama ini sudah tentu perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Justeru, dalam usaha kita untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu, di bahu para gurulah terletaknya satu amanat besar untuk menyemai nilai-nilai patriotisme, perpaduan dan rasa saling hormat-menghormati di kalangan anak bangsa. Jika berjaya guru-guru dalam menyemai nilai-nilai murni ini, berjayalah kita dalam membina sebuah negara bangsa yang aman, maju dan makmur. Dalam pendidikan,pendidik atau guru perlu memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai yang membangkitkan semangat satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia di kalangan murid-muridnya bermula dari usia yang muda, guru dapat memainkan peranan dalam beberapa cara seperti dinyatakan bagi mencapai hasrat Pembinaan Negara Bangsa. Dalam usaha meningkatkan perpaduan berbilang kaum, di peringkat awal persekolahan lagi guru-guru telah memupuk jati diri murid melalui kurikulum, program ko-kurikulum dan sukan. Sehubungan itu, guru sebagai pendidik perlu memastikan diri mereka bersedia untuk berusaha lebih inovatif, proaktif, mampu mencipta kelainan dan menjadi contoh teladan yang baik untuk memupuk nilai-nilai jati diri kepada murid-murid menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini tentunya menuntut perancangan dan pelaksanaan yang cekap daripada para guru agar pendidikan mampu menjadi wahana perpaduan yang berkesan. Di samping itu, kecekapan dan keberkesanan guru juga dituntut menerusi aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan semangat patriotik, menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Pelaksanaan program-program ini menuntut kerjasama dan komitmen guru untuk menerapkan elemen perpaduan dan ini membuktikan bahawa sekolah adalah tapak semaian yang terbaik untuk menyuburkan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Semangat ini amat penting agar kaum-kaum yang terdapat di negara sentiasa bersatu padu, bertoleransi, bertimbang rasa dalam merealisasikan hasrat tersebut. Dengan perpaduan kaum akan timbul keamanan kepada negara, secara tidak langsung kestabilan ekonomi, politik dan sosial akan berlaku. Kesedaran perpaduan kaum akan menyelamatkan negara kita dari sebarang ancaman anasir luar. 4

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR


Sebagai seorang guru, peranan saya amatlah besar dalam memupuk semnagat perpaduan dan semangat patriotisme dalam diri pelajar. Ini kerana mengikut JERI setiap pelajar harus diberi perhatian yang secukupnya demi membangunkan sahsiah mereka ke tahap yang tinggi dalam membangunkan negara dan bangsa. Nilai-nilai mulia juga harus dititikberatkan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan para pelajar mengendalikan diri mereka ke arah insaniah yang medani. Sebgaai seorang pendidik dalam menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan saya perlu menjadi role model kepada para pelajar dalam memberikan tunjuk ajar dan bimbingan membangunkan diri mereka dengan nilai-nilai mulia.

ii.

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Guru atau pendidik bukan sahaja sekadar menyampaikan ilmu

pengetahuan dan memberi kefahaman terhadap pelajaran yang diberi,malah peranan mereka lebih jauh dari itu iaitu mereka perlu memastikan pelajar dapat melaksanakan setiap pelajaran yang diterima dengan baik dan memupuk keperibadian yang tinggi berdasarkan pendidikan yang diberi. Oleh itu,guru harus mempunyai keperibadian yang tinggi supaya menjadi ikutan dan contoh teladan bagi pelajar-pelajar samada dari segi perkataan,perbuatan dan gerakgeri. Oleh kerana itu,guru harus berpegang teguh dengan ajaran agama dan berakhlak mulia serta berbudi luhur serta pengasih dan penyayang kepada pelajar-pelajarnya. Guru yang bersahsiah tinggi bukan sahaja dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan bahkan dapat menawan hati pelajarnya. Guru juga penasihat yang berkesan membimbing pelajar ke arah kebaikan. Peranan guru cukup besar dalam membentuk akhlak, nilai murni dan jiwa pelajar. Guru adalah unsur penting dalam dunia pendidikan dan mempunyai pengaruh besar terhadap keberkesanan sesuatu pendidikan. Keperibadian dan amalan pengajaran guru mempunyai pengaruh besar kepada minda, akhlak dan jiwa pelajar. Pada usia muda mereka akan melihat dan mengikuti segala tingkah laku, pergerakan, perbuatan dan pergerakan guru. Oleh itu, pada setiap kesempatan di awal dan di akhir pengajaran dan pembelajaran, guru boleh memberikan nasihat yang baik, cerita, kata hikmat, petikan hadis, kata-kata daripada tokoh Negara dan tokoh agama. Tokoh islam Gamal (2003) berpendapat guru perlu berusaha meletakkan diri mereka pada kedudukan 5

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR


yang lebih baik dan terhormat di kalangan pelajar bagi menimbulkan rasa hormat mereka terhadapnya dalam suasana penuh kasih sayang. Keseimbangan adalah penting bagi memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan ada pula aspek tertentu yang terabai. Manusia yang sejahtera merupakan manusia yang pembangunan dirinya berlaku secara menyeluruh melibatkan semua potensi diri. Dalam hal ini, ia boleh jadi insan yang berjaya dalam kerjayanya, bersyukur dengan nikmat yang diterima tetapi pada masa yang sama sedia berhadapan dengan segala cabaran dan rintangan yang dihadapi, bertingkah laku baik, tidak mementingkan diri sendiri dan sedia membantu orang lain serta prihatin. Sebaliknya, seseorang yang bijaksana dan mampu menjawat jawatan yang memberikan pendapatan lumayan belum tentu kehidupannya harmonis jika pada masa yang sama tidak berbudi pekerti mulia, tidak menghormati orang lain dan tidak menunaikan tuntutan agama. Falsafah Pendidikan Kebangsaan jelas menegaskan bahawa pembangunan insan hendaklah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan harmonis; seterusnya membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang aman dan damai. Oleh hal demikian, seorang guru perlu mewujudkan keseimbangan dari segala aspek untuk memajukan diri generasi masa depan yang masih di bangku sekolah.Guru atau pendidik juga bukan setakat memberi ilmu pengetahuan,kemahiran dan amalan tetapi dia harus menanamkan keagamaan untuk mendidik pelajar tentang ketuhanan supaya menjadi pelajar yang kamil dalam semua aspek:ketakwaan pemikiran,sikap,akhlak,cara hidup dan perhubungan sesama manusia dan makhluk illahi yang lain. Guru-guru perlu menerapkan nilai murni dalam semua matapelajaran yang diajar. Penerapan nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik murid-murid agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. iii. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mendidik insan yang bergelar pelajar sebagai persediaan untuk menjadi sumber tenaga manusia. Dari bangku sekolah lagi, pelajar harus dididik untuk menyiapkan diri dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi sebelum melangkah kedunia luar iaitu kealam pekerjaan kelak. Keperluan sumber tenaga manusia adalah sangat penting untuk memastikan kemajuan negara dapat dikecapi selaras dengan misi wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Dalam 6

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR


mencapai matlamat ini, guru tidak seharusnya hanya mengajar berdasarkan silibus dalam buku teks tetapi perlu menerapkan pengalaman-pengalaman sebenar yang wujud dalam dunia yang penuh cabaran dan globalisasi. Dengan cara ini, barulah seorang pelajar itu tahu akan situasi sebenar kehidupan dan mampu untuk berfikiran jauh ke hadapan. iv. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Semua rakyat Malaysia seharusnya diberikan peluang pendidikan yang sama rata tidak kira bangsa, agama, dan status. Dengan cara inilah rakyat Malaysia dapat menikmati ilmu yang berkesan dan berguna untuk memajukan diri dan masyarakat mereka disamping dapat mengubah taraf kehidupan. Hal ini disebabkan, hanya melalui pendidikan seseorang itu dapat mengubah diri dan kehidupan mereka kearah yang lebih gemilang dan berjaya. Tambahan lagi, guru tidak boleh memberi layanan yang tidak adil ataupun pilih kasih kepada pelajarnya. Sebagai insan yang bergelar guru, tanggungjawab untuk mendidik pelajar sepatutnya dilakukan seperti mendidik anak-anak mereka sendiri dengan penuh semangat dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Tidak kira dimana sahaja pelusuk Malaysia mahupun yang terpencil ataupun jauh di pedalaman, guru perlu ikhlas dan tabah untuk menghadapi cabaran dan menolak semua kelemahan dan kekurangan bagi mencapai hasrat untuk menyalurkan maklumat dan pendidikan yang sepenuhnya kepada semua rakyat Malaysia. Sebagai seorang guru saya dapat menghayati prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ianya bukan hanya sebagai wahana pendidikan dalam melahirkan insan yang berpendidikan tetapi ia merupakan aset negara dalam melahirkan insan yang mulia dan bermoral. Oleh hal demikian, sebelum menunding jari kepada para pelajara atas keruntuhan akhlak mereka, setiap guru haruslah mempunyai sahsiah yang tinggi selaras dengan etika perguruan Malaysia dalam melahirkan anak murid yang bertakwa dan berbakti. Seorang guru juga perlu mempunyai nilai tidak berkontroversi dan memilih kasih terhadap anak murid mereka.

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR

NO.

SOALAN (b) Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

MARKAH

10 Markah

1.0 Pengenalan Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik sosial, keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu kementerian pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan warganegara yang bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan warganegara 8

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR


yang berpengetahuan dan berkemahiran. Seperti yang dinyatakan pelbagai saranan etika keguruan dapat disimpulkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tetapi terdapat juga pelbagai rintangan dan cabaran dalam seorang guru melaksanakan atau mengamalkan prinsip-prinsip tersebut dalam meningkatkan peribadinya. Seorang pendidik peru mempunyai sahsiah peribadi yang mulia dalam mengaspirasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan sejurus dengan pembangunan sahsiah murid. Ini bukan suatu perkara yang boleh dikecapi dalam masa yang singkat. Ini memerlukan masa, tenaga dan juga inisiatif yang banyak. Dengan ini, untuk mengamalkan prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti, Pendidikan ialah satu usaha berterusan, Memperkembangkan lagi potensi individu, Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, Mewujudkan insan yang harmonis, Mewujudkan rakyat yang berilmu pengetahuan, Membina rakyat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab, dan Mereka rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, setiap guru harus memiliki segala akhlak mulia, bersabar, dan juda dedikasi berserta inovatif dan inisiatif dalam menjadi role model kepada para pelajar. Sebagai seorang guru saya juga memang mengalami kesusahan dan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam mengaspirasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, FPK (1989) di Malaysia menekankan pendidikan sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta negara. FPK ini jika dihayati sepenuhnya menunjukkan guru telah diamanahkan memikul tanggungjawab yang berat. Mereka perlu berwibawa, peka kepada perubahan dan bijak menangani masalah terutama disiplin pelajar. Secara amnya, guru dianggap sebagai pakar dalam segala bidang (Shamsudin Haron et al.2002) Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan profesional yang melaksanakan tugas ke arah mencapai matlamat pendidikan untuk merealisasikan dan mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat bagi membina Negara yang bertamadun tinggi. Dalam usaha untuk merealisasikan sistem pendidikan itu, beban tugas dan tanggungjawab kerja dalam kalangan guru-guru perlu diambil kira. Begitu juga setiap kali perubahan kurikulum berlaku maka setiap kali itulah juga kewibawaan guru tercabar. Dengan keadaan ini akan menyebabkan ramai guru menghadapi tekanan emosi akibat daripada perubahan tersebut. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru ( Abd. Rahim 1997). Sebeginilah 9

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR


keadaan saya sebgai seorang guru tergugat apabila Kurikulum Standard Sekolah Rendah diamalkan pada tahun ini bermula dengan tahun satu. Memang tidak boleh dinafikan bahawa setiap guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam KSSR ini mengalami tekanan emosi yang berpanjangan dan berturutan sehingga meletakkan jawatan sebagai seorang pendidik. Mereka rela berbuat demikian kerana beban tugas yang dihembapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ke atas diri warga pendidik memang tidak boleh dipikul. Siang dan malam tidak dapat lena kerana takut akan sistem online SAPS mahupun SKPM tergendala dan tidak boleh memasukkan markah pelajar. Tarikh akhir untuk menghantar maklumat secara rangkaian adalah singkat tetapi pengguna rangkaian sampai pukul 5 pagi adalah beribuan dan kena berhadapan dengan skrin komputer berjam-jam. Manakah adilnya mengamalkan nilai mulia yang tinggi di sekolah keesokan hari? Stress dan tekanan yang begitu mendalam menyebabkan emosi terganggu dan menunjuk muka kepada para pelajar. Secara tidak sengaja setiap guru tidak boleh menjadi role model kepada anak murid mereka dalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ramai guru berpendapat beban tugas guru adalah sangat membebankan. Beban tugas yang banyak sebenarnya merupakan fenomena biasa dalam kehidupan pendidik. Kenyataan ini perlu dihadapi dan sedia diketahui sebelum guru tersebut memilih profesion perguruan. Beban tugas yang tidak diuruskan dengan sistematik akan menyebabkan berlakunya tekanan dan seterusnya menghasilkan mutu kerja yang mengecewakan apabila dibuat penilaian. Guru perlu pandai membuat perancangan dan strategi, membahagikan keutamaan urutan tugas dan tanggungjawab yang perlu dipelajari melalui pengalaman, pemerhatian dan bertanya kepada guru yang berpengalaman. Guru haruslah sedar atau beringat bahawa setiap langkah mereka sebenarnya dalam pemerhatian dan sentiasa dinilai. Pelajar kini semakin bijak dan boleh memberi penilaian dan tindak balas atas tindakan guru. Perkembangan dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada pengalaman yang dicurahkan oleh guru. Walau bagaimanapun beban tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan atau tidak banyak bergantung kepada individu guru itu sendiri. Selaras dengan perkembangan sistem pendidikan sekarang ini seperti persediaan pengajaran pembelajaran, kegiatan ko-kurikulum dan juga tugas-tugas berkaitan dengan perkeranian. Guru juga perlu memastikan kelicinan program sekolah yang telah dirancang sama ada pada peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan. Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, menyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan atau ujian, mengawas peperiksaan, menghadiri 10

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR


mesyuarat, menghadiri kursu dan sebagainya. Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga bertugas sebagai kerani dalam mengendalikan urusan sampingan seperti urusan buku teks murid, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelab murid, kegiatan sukan dan ko-kurikulum murid dan berbagai lagi. Menurut Faridah & Zubaidah (1999), bebanan kerja guru bukan sahaja mengajar tetapi juga melaksanakan kerja penkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja persatuan ibubapa dan guru (PIBG). Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan. Oleh itu, guru memerlukan kompetensi pengurusan masa sbagi melaksanakan tanggungjawab tersebut. Antara kriteria guru berkesan ialah guru yang dapat mempamerkan mutu pengajaran yang baik dan dapat menjalankan tugas yang berkaitan dengan perngurusan dengan cara yang berturutan dan semula jadi dalam kedudukannya. Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami stress. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999) yang mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru. Lebih-lebih lagi pada waktu yang sama seorang guru itu perlu berhadapan dengan murid untuk menjalankan P&P, sesudah itu mereka juga perlu berhadapan dengan ketua jabatan dalam melangsaikan tugasan di pejabat. Sesudah muncul sistem KSSR pada tahun ini menyebabkan setiap guru berada di sekolah berjam-jam sehingga kerja mereka habis disiap; tetapi masih ada yang berlonggok perlu dibawa balik ke rumah untuk dibereskan. Memang mereka tidak mempunyai masa untuk luangkan dengan suami atau isteri mereka mahupun dengan anak-anak mereka. Keadaan semakin hari semakin mencabarkan dan membunuhkan naluri dan sikap mulia seseorang guru dan meninggalkan kesan kebencian dan juga kebebanan dalam diri warga pendidik. Dalam hal ini memang mereka tidak boleh mengaplikasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam kerjaya mereka. Dengan ekoran daripada itu, tahun ini satu sistem persiswazahan guru (PPG) telah memberi peluang kepada para pendidik untuk meninggikan taraf kerjaya mereka. Ini juga menjadi satu bebanan yang tidak terhingga kepada warga pendidik. Dalam konteks ini, sebagai seorang pendidik diri saya juga tidak boleh berkompromi dengan kedua-dua bebanan ini. Tetapi kewajipan saya bekerja di samping meninggikan taraf profesion aku. Ini agak merungsingkan fikiran sehingga lupa akan

11

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR


membuat rancangan harian untuk keesokan hari. Dalam pada hal ini, saya memang tidak berkemampuan menunjukkan sikap berseronok dalam P&P saya. Guru memainkan peranan penting dalam memastikan pendidikan di sekolah berjalan dengan lancar. Guru sepatutnya mempunyai potensi dalam mendidik pelajar relevan dengan zaman dan keadaan sekarang. Robiah sidin(1994) ada mencadangkan beberapa kriteria yang sepatutnya ada pada seorang guru agar bersedia dalam mengajar dan mampu mengajar seiring dengan perubahan zaman. Kriteria yang disenaraikan ialah Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas,mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya, sentiasa mengikuti peredaran masa, memahami perkembangan teknologi dan mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif. Guru merupakan contoh kepada pelajar. Akhlak dan kualiti guru adalah sangat penting dalam memperbaiki akhlak pelajar. Pelajar sangat menghormati guru yang berakhlak mulia kerana guru adalah sumber ilmu dan semangat mereka. Guru juga akan dijadikan contoh yang baik kepada mereka. Bagaimana pula jika guru menunjukkan sikap yang kurang baik kepada pelajar? Sudah tentu generasi pelajar itu akan sama seperti guru tersebut. Ini akan mencerminkan sikap guru yang tidak berakhlak dan mempunyai sahsiah atau moral yang baik. Guru bukanlah sebagai robot atau alat untuk menyampaikan ilmu tetapi ia berperanan lebih luas dari itu (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Antara peranan lain guru ialah memberikan ilmu yang cukup dari segi jasmani mahupun rohani kepada pelajar bagi mengembangkan potensi diri dan dapat ilmu yang disampaikan dapat berfungsi dengan baik. Guru adalah pendidik dan mursyid disamping menyampaikan ilmu. Maka guru perlulah memiliki kualiti peribadi yang tinggi serta mampu menyampaikan risalahnya sebagai pendidik (Al Ghazali, t.t). Memang terbukti bahawa kini guru-guru dianggap sebagai robot yang berkemampuan untuk menyiapkan semua hal dalam masa yang singkat. Adakah ini wajar? Memang tidak, ini kerana guru adalah insan yang berjiwa naluri dan mempunyai penat letih dan juga perasaan; tetapi robot tidak begitu. Dalam alaf baru ini, ramai yang berpendidikan tidak mahu memilih profesion keguruan ini kerana bebanan dan slogan guru serba boleh oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap manusia ada batasan untuk melakukan sesuatu dan akal fikiran mereka juga tidak akan berkonsepkan mengarusi semua bidang. Pandangan Kementerian Pelajaran Malaysia yang agak tidak relevan ini menyebabkan ramai guru mengalami pelbagai penyakit emosi sehingga meletakkan jawatan ini. Bekerja sebagai sebuah mesin menyebabkan mereka cepat tua dan tidak berdaya. Dalam pada hal,

12

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR


ini merupakan satu cabaran yang serius yang dihadapi oleh warga pendidik seperti saya dalam memiliki etika keguruan yang berpositif. Guru mesti mempunyai kebersihan peribadi iaitu dari segi percakapan, perlakuan, tindakan atau perasaan. Kebersihan meliputi jasmani dan rohani. Guru juga mestilah bebas daripada perasaan hasad dengki,riak, tamak, pemarah dan sebagainya. Hati seorang guru yang menyampaikan ilmu mestilah bersih dan ikhlas. Ini kerana keikhlasan seorang guru dalam menyampaikan ilmu terpancar melalui tindakannya. Perkembangan bidang sains dan teknologi pada masa kini menjadikan bidang pendidikan semakin bertambah canggih dan mencabar. Keadaan ini seterusnya menjadikan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Tambahan pula masalah sekolah turut bertambah berikutan pertambahan pelajar di dalam bilik darjah. Situasi ini seterusnya memperlihatkan persediaan seorang guru untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan yang sering berubah. Salah satu cabaran dalam memartabatkan profesion perguruan adalah sekolah yang berkualiti. Sekolah berkualiti memerlukan satu usaha pembangunan sumber pendidikan seperti guru dan prasarana untuk sekolah melalui beberapa pendekatan yang strategik. Antara cabaran tersebut adalah penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap dan terkini untuk semua peringkat sekolah dan program pendidikan mengikut perancangan dengan memastikan matlamat pendidikan dan Rancangan Malaysia tercapai. Selain itu, peningkatan keberkesanan proses pengajaran dengan penyediaan tenaga pengajar yang berkualiti serta iklim persekolahan yang kondusif supaya bahan pelajaran bukan sahaja boleh diperolehi daripada buku teks semata-mata malah boleh didapati melalui jaringan internet dan juga kemudahan multimedia turut menjadi cabaran dalam menghasilkan sekolah berkualiti. Keadaan ini menyebabkan suatu tekanan kepada para pendidik yang tidak masak dengan ICT. Ini menyebabkan mereka terlalu stress dan tidak boleh mengamalkan etika keguruan dalam perkhidmatan mereka. Bukan itu sahaja, dalam memartabatkan prosfesion perguruan, guru itu sendiri berhadapan dengan cabaran untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pendidikan khasnya dalam bidang kurikulum, pengajaran, pembelajaran dan penguasaan supaya mencapai matlamat untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan. Misalnya untuk meningkatkan kualiti sekolah, guru haruslah sentiasa berusaha untuk meningkatakan taraf profesionalisme melalui latihan dalam perkhidmatan, pelaksanaan penyelidikan tindakan kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efesien. 13

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR


Jumlah pelajar yang semakin bertambah pada setiap tahun juga merupakan salah satu beban yang harus ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Setiap tahun, jumlah pengambilan pelajar baru semakin bertambah dan secara tidak lansung mewujudkan suasana bilik darjah yang melebihi kapasiti yang telah ditetapkan. Dengan itu maka wujudlah rungutan daripada pelajar berkenaan dengan situasi pembelajaran yang kurang selesa. Bilangan guru yang tidak mencukupi dalam sesebuah sekolah juga menyumbang kepada peningkatan tahap beban guru-guru yang sedia ada di sekolah tersebut. Guru terpaksa mengawal bilangan murid yang terlalu ramai dan perkara ini bakal menjejaskan prestasi seseorang guru dan guru tidak dapat memberikan tumpuan sepunuhnya ketika waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Akibat terlalu penat dengan urusan dalam bilik darjah, guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan BBM bagi sesi pengajaran dan pembelajaan (P&P) yang seterusnya. Semenjak Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan secara rasmi di seluruh sekolah di negara ini mulai pada tahun 1989 maka sering kali kedengaran suara rungutan daripada sebahagian besar para guru di sekolah menengah tentang beban tugas mereka pada hari ini semakin hari semakin bertambah dan tercabar. Para guru juga mendakwa bahawa KBSR yang dilaksanakan telah menyebabkan beban tugas mereka bertambah, di mana jumlah waktu mengajar di dalam bilik darjah semakin bertambah dan mereka terpaksa pulang lewat ke rumah. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibuat oleh Shafie (1994), mengenai kesan KBSR ke atas beban tugas guru beliau mendapati bahawa sejumlah 90% dalam kalangan responden mengatakan bahawa KBSR itu adalah membebankan khususnya dari segi persediaan guru. Mereka berpendapat bahawa KBSR terlalu memerlukan alat bantu mengajar sehinggakan ia sangat menyusahkan, menghabiskan banyak masa dan membosankan. Mereka mendakwa bahawa KBSR menambahkan tanggungjawab para guru serta berat dari segi kawalan kelas dan perlaksanaannya. Apatah lagi dengan KSSR yang telah diamalkan serentak di Malaysia pada awal tahun ini? Membebankan dua kali ganda lebih daripada KBSR. Cabaran lain adalah guru-guru terpaksa berkerja pada musim cuti persekolahan. Situasi ini sangat berkait rapat di mana guru-guru dikehendaki mengawas peperiksaan awam, memeriksa kertas jawapan calon, mengadakan kelas tambahan, kelas pemulihan, kelas intensif dan sebagainya. Oleh yang demikian, pada dasarnya cuti persekolahan tidak dapat digunakan oleh guru-guru untuk berehat bersama-sama keluarga akan tetapi mereka dikehendaki bertugas lebih masa sepanjang cuti persekolahan pada setiap tahun. Menurut Shahbudin (1986), cuti guru yang terdiri daripada 77 hari (11 minggu) hanya tinggal lebih kurang 33 hari sahaja dalam setahun. Keadaan ini jelas menampakkan bahawa cuti sebenar

14

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR


para guru semakin berkurang kerana kerja-kerja tambahan yang perlu dilakukan dilaksanakan ketika waktu cuti persekolahan. Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991). Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Contohnya apabila ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau di peringkat kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru. Bebanan ini bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid (Harian Metro, 2005). Para guru masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan aktivitiaktiviti kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa mengikut ketetapan masa tidak kira pada waktu persekolahan mahupun di luar waktu persekolahan. Akibatnya, guruguru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka iaitu mengajar di bilik darjah. Mengikut kajian yang dilakukan pleh Shahbudin (1986), didapati masa sebenar guru bekerja adalah 44.28 jam seminggu manakala masa rasmi di sekolah ialah 28.35 jam sahaja seminggu (jumlah masa kerja rasmi bagi 1 hari adalah 5.67 jam.) Justeru itu, guru-guru masih memerlukan sebanyak 15.93 jam lagi bagi menyempurnakan kerja-kerja mereka seperti mengajar dan menyemak latihan buku pelajar. Natijahnya keadaan cabaran sebegini menyebabkan para pendidik penat dengan tugas mereka dan mereka memaksaan diri mereka menghadiri tugas setiap hari. Ini kerana tekanan dan bebanan yang kuat dalam sistem pendidikan masa kini. Dengan ekorannya, mereka langsung tidak boleh mengubah diri mereka dengan ciri-ciri yang diterapkan dalam FPK dan juga SGM.

15

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR

Keesimpulannya, Jatuh bangun institusi sosial seperti sekolah terletak di tangan guru, bukannya orang lain. Di tangan warga pendidiklah tergenggam segala permasalahan pendidikan sejak sekian lama, dan di pundak guru jugalah disandarkan harapan untuk mewarnakan dunia pendidikan. Bagi mencapai agenda negara, pendidikan menjadi wahana utama. Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna. Dalam hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti kata bekas Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan 2006-2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 16 Januari 2007:

Di tangan warga pendidik hari ini kita serahkan untuk melahirkan generasi cemerlang, yakni generasi celik minda dan mempunyai kekuatan mental bagi menghadapi cabaran lebih kompetitif pada masa depan.... (Berita Harian, 17 Januari 2007)

Seorang guru juga haruslah mempunyai ciri-ciri personal, ciri interpersonal, ciri profesional, ciri intelektual yang baik, berkemahiran dalam pengurusan, kreatif dan inovatif, menguasai ilmu pedagogi, dapat mengaplikasikan teori kepada amalan dan mengamalkan pembelajaran ilmu sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, tanggungjawab mendidik bukan terletak di pundak guru semata-mata sebaliknya setiap individu masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing supaya pembinaan negara bangsa lebih sistematik dan mencapai objektifnya. Justeru, dalam usaha untuk mencapai wawasan membina negara bangsa, semua pihak harus bersatu padu dan bekerjasama. Dalam perkara ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan garis panduan

utama yang boleh dijadikan rujukan oleh guru sebagai satu kod etika yang mampu memberikan pemikiran dan amalan profesionalisme keguruan yang mantap dan stabil. Oleh itu, setiap guru seharusnya mempunyai kesedaran serta semangat yang tinggi bagi memartabatkan profesion perguruan pada tahap yang tinggi dan sepatutnya di mata masyarakat. Sebagai konklusinya, pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia. 16

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR


Semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan profesionalisme guru dan bukan untuk membebankan lagi tugasan guru serta tidak mengharapkan sebelah pihak sahaja. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru. Profesion perguruan merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan bidang ini sebagai pilihan terakhir untuk diceburi adalah satu tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar cabaran dan bebanan yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah golongan ini. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini.

17

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR

Bibliografi
1. Nazirmuddin Ahmad (2005). Pengantar Etika Edisi Ketiga. Batu Caves. Kuala Lumpur. Pustaka Salam Sdn Bhd. 2. Prof. Dr.S.Nasution. M.A. (1995). Didaktik Asas-Asas Mengajar. Jakarta. Bumi Aksara 3. W.A.Dodd (1977). Guru Dengan Tugasnya : Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. 4. Marzita Abdullah, Utusan Malaysia. Pengambilan guru diperketatkan 2007. m/s 4-7. 5. 17.10.2011. Elemen Kasih Sayang Pendidikan. m/s 1-3 6. Syuhada Choo Abdullah. Berita Harian. 16.05.2006. Memartabatkan profesion keguruan. m/s 2-5 Semakin Terhakis Dalam Dunia

7. Ab. Aziz Yusof. 2000. Perubahan dan kepimpinan. Sintok: Penerbitan Universiti Utara Malaysia. 8. Ayers W. 1990. Pethinking the professional of teaching: A progressive option. Action in Teacher Education Journal.Vol.,XII,No.,1 9. Harrison, R.H & Gowin, L.E. 1966. The elementary teacher in action. San Francisco: Wadsworth Publishing Company. Inc. 10. Ishak Haron & Koh Boh Boon. 1985. Asas-asas dalam amalan pedagogi.Kuala Lumpur: Utusan Publication &Distributor Sdn. Bhd. 11. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. 1979. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
18

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR


12.Mohd Salleh Lebar. 2000. Pentadbiran pendidikan dan pendidikan di Malaysia.

Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. 13. Mok Soon Sang. 1996. Pendidikan di Malaysia . Subang jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. 14. Mok Soon Sang, & Lee Sok Mee. 1988. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 15. Moore, K.D. 1995 Classroom teaching skills. New York: McGraw-Hill, Inc. 16. Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob. 1993. Guru dan perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. 17. Noor Azmi Ibrahim. 1994. Profesionalisme dan pengupayaan dalam

pengurusan.Jurnal Guru. Keluaran 6. 18. Rahimah Ahmad. 1992. Peningkatan produktiviti guru saranan dan tindakan. Jurnal Masalah Pendidikan. Jilid 16: 33-43. 60 19. Sharil @ Charil Marzuki & Habib Mat Som .1999. Isu pendidikan di Malaysia, Sorotan dan cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

19

You might also like