You are on page 1of 19

1.

0 PENGENALAN Ekonomi asas merupakan salah satu mata pelajaran yang telah lama diperkenalkan di peringkat pendidikan sekolah menengah dan ia menjadi salah satu mata pelajaran yang menjadi pilihan pelajar-pelajar menengah atas. Hal ini kerana, mata pelajaran ekonomi ini merupakan salah satu mata pelajaran efektif. Selain itu, terdapat beberapa faktor penyebab kewujudan mata pelajaran ini dalam pendidikan di negara kita. Antaranya adalah disebabkan oleh ekonomi dan kehidupan adalah sangat berkait rapat maka melalui mata pelajaran ini pelajar akan diberi pendedahan mengenai ekonomi negara dan ekonomi dunia yang serba sedikit akan mempengaruhi kehidupan mereka. Terdapat pelbagai pandangan yang diutarakan mengenai tahap kesukaran mata pelajaran ini. Oleh itu, ia menjadi satu cabaran kepada guru-guru dalam menyampaikan mata pelajaran ini di sekolah. Biarpun mata pelajaran ekonomi ini telah lama diperkenalkan di peringkat sekolah tetapi cabaran-cabaran ini perlu dihadapi oleh setiap guru dalam menyampaikan ilmu terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung. Hal ini kerana, cabaran-cabaran ini akan mendatangkan masalah dan kekangan kepada guru dalam penyampaian subjek ekonomi. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh guru di sekolah ialah dari segi penggunaan alat bantu mengajar, penguasaan isi kandungan, pengetahuan berkaitan ekonomi semasa dan personaliti guru itu sendiri. Perkara-perkara ini menjadi satu cabaran kepada guru dalam menyampaikan ilmu ekonomi kepada pelajarnya bagi memastikan subjek ini mudah difahami dan dapat menarik minat pelajar untuk mempelajarinya. Bagi memastikan keberkesanan P&P dalam subjek ini, maka setiap cabaran ini perlu diatasi dengan sebaik mungkin. Oleh itu, semua pihak terutama guru sendiri perlu mengenal pasti setiap cabaran yang mungkin akan mereka hadapi disepanjang proses P&P berlangsung. Tindakan sewajarnya perlu dilakukan dengan segera bagi memastikan cabaran-cabaran yang wujud dapat dikurangkan serta diatasi dengan sebaik mungkin. Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan mutu pendidikan negara setanding dengan mutu pendidikan negara lain.

2.0 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DAN LANGKAH MENGATASINYA. Subjek ekonomi merupakan salah satu subjek penting yang diajar di sekolah menengah. Subjek ini memberi pengetahuan yang meluas kepada pelajar mengenai perkembangan serta istilah-istilah yang terdapat dalam ekonomi. Namun, guru yang mengajar subjek ekonomi turut menghadapi beberapa cabaran semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek ekonomi di sekolah. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru ini mungkin akan menganggu proses P&P serta menyukarkan pelajar untuk memahami subjek ini. Ditambah pula dengan mentalitili pelajar yang menanggap subjek ekonomi merupakan subjek yang susah untuk difahami. Di bawah menunjukkan beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru subjek ekonomi berserta langkah untuk mengatasinya. 2.0.1 Menarik Minat Pelajar Mata pelajaran Ekonomi Asas dikategorikan sebagai subjek yang kurang mendapat perhatian dikalangan segelingtir pelajar. Hal ini kerana terdapat sebilangan pelajar yang menganggap mata pelajaran elektif ini tidak begitu penting dan lebih menumpukan pembelajaran terhadap mata pelajaran teras. Selain itu, pihak sekolah juga lebih mengutamakan pelajar-pelajar dari kelas yang menguasai mata pelajaran Sains dan Matematik. Keadaan ini mengurangkan lagi motivasi dan minat pelajar untuk terus mempelajari subjek Ekonomi Asas. Sebagai guru yang perihatin, kita perlulah bijak dalam menarik perhatian pelajar dalam subjek ini dengan membuat persediaan awal sebelum mengajar serta mengajar mengikut tahap pengetahuan dan aras pelajar dengan memilih kaedah dan bahan yang sesuai. Penggunaan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kandungan pelajaran turut menyumbang kepada keberkesanan proses pengajaran. Menurut Atan Long (1982), sesuatu alat penyampaian terutama alat yang baru bagi pengalaman pelajar akan dapat menimbulkan rasa minat dan seterusnya menggerakkan pelajar untuk belajar. Sehubungan itu, penyediaan bahan pengajaran yang bertepatan dengan isi pelajaran akan

membawa dimensi baru dalam pembelajaran para pelajar bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka. Walau bagaimapun tidak semua sekolah dapat menyediakan segala kemudahan berikutan masalah kekurangan peruntukan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah bermula dengan suatu kemahiran yang dinamakan set induksi. Kebanyakan guru tidak menggunakan kaedah ini apabila mula bertugas di sekolah. Set induksi ini penting bagi menarik minat dan memotivasikan pelajar untuk menerokai isi kandungan bagi sesuatu tajuk yang baru. Penyediaan set induksi ini juga perlulah kreatif, mudah difahami dan tidak telalu abstrak. Unsur-unsur seperti menghairankan, ingin tahu, menyeronokkan dan suspense dapat diwujudkan apabila guru dapat menjalankan set induksi ini dengan sempurna. Seterusnya, pelajar akan lebih berminat intuk mempelajari subjek Ekonomi Asas di sekolah. Selain itu juga, suasana persekitaran yang terlalu panas, kurang selasa, bising dan ganggu-gangguan lain, akan menyebabkan pelajar kurang berminat untuk berlajar. Iklim pembelajaran yang kondusif mampu mempengaruhi tingkah laku pelajar di samping membentuk kemahiran intelektual serta membina semangat pelajar. Terdapat beberapa elemen penting yang perlu diberikan penekanan bagi mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif supaya pelajar lebih seronok untuk belajar, antaranya adalah keadaan fizikal kelas yang ceria, bersih dan selamat, suasana tidak terlalu bising serta komunikasi yang berkesan di antara guru dengan pelajar. Komunikasi yang berkesan ini lebih merujuk kepada cara penyampaian yang dilakukan oleh guru. Guru perlulah bijak menggunakan nada suara, sentuhan, bahasa yang jelas, gerak geri dan juga memek muka yang bersesuaian. Guru perlulah bertutur dengan jelas dan lantang dengan kelajuan yang sesuaian dan nada intonasi yang pelbagai. Justeru itu, pelajar akan lebih faham, yakin dan seronok untuk terus belajar subjek ini. Untuk menarik minat pelajar, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang menarik serta menyeronokkan. Pelbagai aktiviti mencabar boleh dijalankan secara berkumpulan ataupun berpasangan. Contoh aktiviti yang menarik boleh diadakan seperti latih tubi, lakonan, simulasi, kajian kes, perbincangan kumpulan dan sebagainya. Kaedah

ini memberi pelajar peluang untuk bekongsi maklumat sewaktu mengendalikan aktiviti pembelajaran. Selain itu, guru boleh memberi nota ringkas kepada pelajar agar pelajar lebih memahami tajuk yang dipelajari. Guru tidak digalakkan memberi lembaran kerja yang terlalu banyak kepada pelajar dalam satu masa. 2.0.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) Kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia telah disediakan alat dan bahan bantu mengajar untuk kegunaan para guru. Bahan bantu mengajar yang dimaksudkan adalah seperti komputer, Liquid Crystal Display (LCD), Overhead Projector (OHP), Vcam Image Projector, dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir sekolah-sekolah di kawasan luar bandar terutamanya, masih belum dapat memenuhi keperluan ini di sekolah mereka. Masalah sebegini menyukarkan pihak guru untuk menjalankan sesi pengajaran di dalam kelas dan tidak dapat menyampaikan maklumat pengajaran secara berkesan. Hal ini kerana penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian banyak membantu pelajar memahami sesuatu tajuk, mendalami isi pengajaran dan juga menarik minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya. Guru perlu bijak menggunakannya untuk mengaplikasikan teknologi ini dalam proses pengajaran. Walau bagaimanapun, tidak semua guru di Malaysia mahir menggunakannya. Walaupun ianya hanya sebilangan kecil, tetapi kesannya adalah jelas sekali terhadap tahap pencapaian pelajar. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan pelbagai program latihan untuk meningkatkan kemahiran guru dalam penggunaan komputer. Sehingga tahun 2005 sahaja, seramai 200,000 guru telah dilatih dalam bidang ini. Menurut satu pendapat yang telah dikemukakan oleh Dale di dalam teori pembelajaran manusia yang mana dikenali sebagai Cone of Experience, menyatakan bahawa kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah. Bagaimanapun ini

dapat diatasi melalui penggunaan media pengajaran dan pembelajaran terutama melalui bahan multimedia. Melalui teknologi multimedia ini, penggunaan animasi, gambar statik, suara, muzik, teks, gambar bergerak filem dapat disampaikan secara serentak bagi membantu kefahaman pelajar.

Rajah 1: Kon Pengalaman Dale Pemilihan bahan pengajaran yang sesuai dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan tepat dan tidak perlu menggunakan banyak perkataan untuk membuat huraian. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti carta, graf, bahan edaran dan sebagainya dapat menjimatkan masa kerana guru tidak perlu menulis maklumat yang banyak di papan tulis. Seterusnya, guru dapat mempercepatkan proses pengajaran di dalam kelas. Penggunaan bahan pengajaran ini terbukti dapat merangsang minat murid untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran. Penggunaan sumber-sumber pengajaran ini perlulah teratur, menarik, dan sesuai dengan objektif dan isi pelajaran. Reka bentuk visual juga perlu diteliti menerusi penggunaan elemen dan prinsip grafik, pemilihan warna, dan pertimbangan huruf iaitu dari segi stail huruf, bilangan stail huruf, huruf besar dan kecil, warna huruf, saiz, jarak antara 5

huruf, jarak antara baris. Penggunaan dengan cara yang betul dapat melancarkan lagi perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran ini. 2.0.3 Persediaan Guru Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek ekonomi di sekolah. Cabaran-cabaran yang dihadapi guru mungkin mengganggu proses P&P sehingga menyebabkan pelajar tidak dapat menerima atau memahami apa yang disampaikan oleh guru. Individu yang berbeza mempunyai tahap kesediaan belajar yang berbeza. Tidak semua pelajar di dalam satu kelas itu mempunyai tahap kesediaan belajar yang sama. Sebagai seorang guru, perlu mengetahui tahap penerimaan pelajar bagi membolehkan guru mengenalpasti apakah masalah yang dihadapi pelajar terhadap subjek ekonomi dan di bahagian mana pelajar lemah untuk menguasainya. Pelajar mungkin berbeza daripada aspek kecerdasan, kadar kematangan, berbeza latar belakang keluarga dan pengalaman. Oleh itu, kemungkinan terdapat pelajar yang memahami apa yang diajar oleh guru dengan mudah. Namun, terdapat juga sesetengah pelajar yang kurang berminat dengan subjek ekonomi, merasa sukar untuk memahami dan menerima apa yang diajar oleh guru. Kebanyakan pelajar memrasakan subjek ekonomi sukar kerana terdapat banyak pengiraan dan perlu memahami keluk-keluk. Oleh itu, guru menghadapi cabaran untuk mengubah persepsi pelajar agar mereka tidak takut mempelajari subjek ekonomi dan memupuk minat pelajar untuk meminati subjek ini. Guru menghadapi cabaran semasa P&P disebabkan kurangnya persediaan guru terhadap subjek dan topik yang hendak diajar. Ekonomi memerlukan guru mengetahui mengenai aspek ekonomi semasa dan pelbagai lagi. Kurangnya persediaan guru untuk proses P&P menyebabkan guru menghadapi cabaran untuk mengajar subjek ekonomi di sekolah. Tanpa persediaan yang rapi, guru tidak dapat menyampaikan dengan baik mengenai ilmu ekonomi, pengiraan dan sebagainya. Disebabkan pemikiran pelajaran yang menganggap subjek ekonomi merupakan subjek yang sukar, pelajar memerlukan

penerangan yang baik daripada guru dan contoh-contoh berkaitan ekonomi semasa masa kini. Namun, guru merasakan wujudnya cabaran untuk proses P&P subjek ekonomi kerana kurangnya persediaan sebelum mengajar. Guru mungkin merasa sukar untuk memberikan contoh-contoh mengenai ekonomi negara atau dunia, sukar untuk menjawab soalan pelajar jika pelajar bertanya mengenai jawapan pengiraan dan pelbagai lagi. Tanpa persediaan dan maklumat yang banyak, pelajar mungkin merasa bosan dan sukar memahami subjek ekonomi. Oleh itu, proses P&P menjadi sangat membosankan dalam kalangan pelajar dan guru juga sukar untuk menarik perhatian pelajar untuk memberi tumpuan terhadap pengajaran. Guru sebegini akan menghadapi kesukaran untuk memasatikan pelajar memahami konsep-konsep dan istilah berkaitan ekonomi. Pelajar mungkin hanya bertindak mendengar tanpa memahami apa yang diajar oleh guru. Guru yang kurang persediaan untuk mengajar mungkin hanya akan membaca buku rujukan serta memberikan jawapan tanpa penerangan yang jelas serta contoh jalan kira untuk menyelesaikan masalah tersebut. Keadaan seperti ini merupakan faktor yang menyebabkan pelajar menjadi kurang fokus serta malas untuk mempelajari subjek ekonomi. Mereka akan berterusan menganggap subjek ekonomi sukar dan membosankan. Untuk mengubah persepsi pelajar ini, guru ekonomi menghadapi cabaran yang besar untuk memastikan pelajar memupuk minat dalam subjek ini. Guru ekonomi menghadapi cabaran untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam ekonomi, meningkatkan tahap pengajaran agar lebih berkesan dan perlu mengubah persepsi pelajar agar lebih berfikiran positif terhadap subjek ekonomi. Guru yang kurang persediaan untuk mengajar subjek ekonomi mungkin akan menyebabkan proses P&P kurang berkesan, membosankan pelajar dan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru. Disinilah wujudnya cabaran yang dihadapi oleh guru ekonomi untuk memastikan subjek ekonomi sebagai satu mata pelajaran yang digemari pelajar dan untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman dan pencapaian pelajar terhadap subjek ini.

Cabaran yang dihadapi guru ini perlulah diatasi bagi memastikan proses P&P dapat berjalan lancar. Langkah yang boleh diambil oleh guru bagi memastikan masalah ini dapat diatasi iaitu guru perlulah meningkatkan tahap persediaan sebelum proses P&P dijalankan. Sebagai seorang guru, sememangnya pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi untuk memastikan pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Namun, guru perlulah sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik agar kedua-dua pihak mendapat manfaat dan dapat mencapai objektif yang diinginkan. Bagi mengatasi cabaran ini, guru subjek ekonomi perlulah meningkatkan lagi tahap persediaan mengajar, menyediakan bahan-bahan mengajar yang secukupnya, memberikan maklumat yang menarik berkaitan ekonomi semasa kepada pelajar selain itu persediaan guru untuk menarik minat pelajar pada subjek ekonomi juga perlu ditingkatkan. Guru yang mempunyai pengetahuan yang banyak akan lebih mudah memberikan ilmu dan contoh-contoh kepada pelajar. Selain itu, persediaan yang rapi oleh guru akan memudahkan guru menjawab soalan pelajar berkaitan ekonomi. Apabila guru mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek ini dengan penerangan yang berkesan, secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap subjek ekonomi. Persepsi pelajar terhadap subjek ekonomi akan berubah, di mana sebelum ini mereka merasa takut dan menganggap ekonomi adalah subjek yang susah akan bertukar kepada sebaliknya. Cabaran guru adalah besar dalam menyampaikan ilmu serta mampu mengubah minat dan persepsi pelajar. Guru yang mempunyai tahap persediaan dan pengetahuan yang baik dalam subjek ekonomi, dapat memudahkan pelajar berminat untuk mengikuti proses P&P. Proses P&P mungkin tidak membosankan jika pelajar menerima banyak maklumat baru serta memahami apa yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, guru perlulah peka terhadap keperluan pelajar dan berusaha mencari langkah penyelesaian bagi memastikan cabaran yang dihadapi dalam P&P subjek ekonomi dapat dikurangkan.

2.0.4 Penguasaan Isi Kandungan Keberkesanan dalam proses P&P turut bergantung kepada guru yang mengajar. Guru merupakan faktor penting dalam memastikan proses P&P berjalan lancar. Namun, terdapat juga cabaran yang dihadapi oleh guru dalam P&P subjek ekonomi di sekolah. Cabaran yang dihadapi oleh guru ialah kurangnya penguasaan terhadap isi kandungan subjek ekonomi tersebut. Sebagai seorang guru, penting bagi mereka agar menguasai isi kandungan atau ilmu ekonomi sebelum bertugas atau memulakan sesi pengajaran. Jika guru sendiri tidak memahami serta menguasai isi kandungan bagi subjek tersebut, semakin besar cabaran yang dihadapi oleh guru untuk memastikan pelajar memahami mengenai bidang ekonomi tersebut. Cabaran besar yang dihadapi oleh guru ialah, apabila guru sendiri tidak dapat menguasai asas dan bidang ekonomi, guru akan mengahadapi cabaran untuk mengajar serta memastikan pelajar memahami apa yang diajar. Bakal guru yang berada di institusi pengajian tinggi juga menghadapi masalah untuk menguasai dan memahami istilah ekonomi, terutama istilah dan konsep yang baru digunapakai. Kebanyakan daripada mereka hanya mengetahui istilah asas sahaja sehigga ada bakal guru sendiri tidak mengetahui makna bagi perkataan ekonomi seperti e-dagang, k-ekonomi, dan beberapa istilah baru. Keadaan seperti ini biasa berlaku, cabaran akan wujud apabila bakal guru ini mula memasuki alam pekerjaan yang sebenar iaitu menjadi guru di sekolah. Guru-guru ini mungkin masih kurang ilmu berkaitan ekonomi dan kurangnya tahap penguasaan terhadap isi kandungan. Keadaan ini akan menyebabkan guru sukar untuk memastikan proses P&P berjalan lancar dan pelajar mungkin hanya mendapat sedikit maklumat berkaitan ekonomi. Guru juga mungkin akan terlalu terikut dengan sukatan pelajaran yang disediakan sehingga menyebabkan pelajar kurang pendedahan tentang istilah-istilah ekonomi yang baru. Pelajar kurang mendapat pendedahan berkaitan ekonomi semasa dan hanya berfokus kepada keinginan untuk lulus dalam peperiksaan. Keadaan ini akan menyebabkan pemikran guru terbatas, dimana guru tidak cuba untuk menerokai ilmu ekonomi yang lebih luas dan hanya bergantung kepada rujukan yang disediakan. Pelajar akan merasa bosan dan malas

untuk mengikuti proses P&P yang dijalankan oleh guru. Proses P&P akan menjadi sangat membosankan jika guru hanya bertindak sebagai penyampai maklumat tanpa mempedulikan sama ada pelajar memahami atau tidak apa yang disampaikan. Guru yang tidak menguasai isi kandungan dengan baik akan mewujudkan suasana pengajaran yang perlahan. Dimana, guru mungkin cenderung menggunakan buku teks semasa proses P&P, membaca nota tanpa menerangkan sesuatu topik dengan lebih terperinci, dan lebih teruk lagi guru tidak dapat menjawab soalan yang ditanya oleh pelajar mengenai sesuatu topik yang diajar. Hal seperti ini akan menyebabkan pelajar hilang rasa minta untuk mempelajari subjek ini, pelajar tidak menghormati guru serta pelajar tidak memberi tumpuan semasa guru mengajar. Untuk mengatasi masalah ini, sebagai seorang guru yang baik perlulah menguasai isi kandungan sesuatu subjek untuk memastikan guru dapat menjalankan proses P&P dengan lancar. Seorang guru perlu peka terhadap sebarang perubahan, terutama bagi guru subjek ekonomi. Guru perlulah peka jika terdapat pelbagai istilah ekonomi yang baru. Penguasaan isi kandungan akan membantu guru meningkatkan lagi tahap kefahaman pelajar semasa guru menerangkan kepada pelajar. Guru juga tidak akan terlalu bergantung kepada buku teks dan bahan-bahan rujukan. Cabaran yang dihadapi oleh guru juga semakin berkurangan, dimana guru yang menguasai isi kandungan akan dapat menjawab soalan yang diberikan oleh pelajar, memberikan contoh-contoh yang releven serta mampu meningkatkan tahap keinginan pelajar untuk mendalami ilmu ekonomi. Seorang guru yang dapat memastikan proses P&P berjalan lancar dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar terhadap guru, selain itu guru juga dapat menunjukkan kewibawaannya dalam kelas dan dalam subjek yang diajar. Pelajar akan lebih memberi tumpuan terhadap guru dan meningkatkan rasa hormat pelajar terhadap guru. Sebagai seorang pendidik, perlulah mencari pelbagai alternatif dalam meningkatkan lagi keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pelajar memahami serta menguasai subjek tersebut. 2.0.5 Pengkhususan Mata Pelajaran

10

Masalah dalam bidang yang hendak diajar di sekolah turut menjadi masalah yang besar terhadap pengajaran guru di sekolah. Guru yang mengikuti bidang pengajian dalam pengkhususan yang ditetapkan semasa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berbeza dengan bidang yang diajar di sekolah. Masalah ini akan menyebabkan guru belum bersedia sepenuhnya terhadap mata pelajaran yang diterima di sekolah. Hal ini disebabkan kemahiran yang diperolehi terhadap mata pelajaran semasa di IPT tidak sama dengan mata pelajaran yang baru diterima di sekolah. Masalah ini wujud adalah disebabkan oleh kekurangan guru dalam mata pelajaran tertentu menyebabkan guru yang lain terpaksa mengajar subjek yang bukan bidang mata pelajarannya. Dalam mata pelajaran ekonomi asas contohnya, guru yang asalnya mengajar dalam bidang sastera iaitu bahasa melayu ditukar kepada guru ekonomi asas akan mengalami sedikit masalah kerana pengetahuan yang lebih dominan terhadap mata pelajaran bahasa melayu. Guru yang baru memulakan pengajaran dalam pengkhususan subjek baru akan mengalami masalah seperti kurangnya kemahiran untuk mengajar mata pelajaran yang baru. Selain itu, guru yang telah ditukarkan bidang subjek asalnya mempunyai kelemahan dalam penguasaan isi kandungan seperti istilah dan fakta dan ini menyebabkan guru mempunyai masalah dalam pengajaran ekonomi asas dalam bilik darjah Walau bagaimana pun, masalah ini dapat diselesaikan melalui beberapa kaedah yang berkesan iaitu mengadakan kursus bagi guru mengenai bidang baru yang hendak diajar agar guru tersebut dapat menyediakan diri untuk mengajar mata pelajaran yang baru. Di samping itu, bakal guru harus sentiasa menyediakan diri , menimba seberapa banyak pengetahuan dalam mata pelajaran yang lain agar tidak menghadapi masalah pengajaran subjek baru di sekolah. Demikian itu juga, aspek penyediaan diri amat penting kepada seorang guru sebelum memulakan profesion sebagai seorang pendidik di sekolah. Masalah bidang mata pelajaran yang baru tidak akan menjadi masalah sekirannya bakal guru telah menyediakan diri sepenuhnya menjadi seorang pendidik. Pelbagai cabaran seperti masalah mata pelajaran yang hendak diajar akan dapat diatasi sepenuhnya. Guru hanya perlu mengaplikasikan sepenuhnya pengetahuan sebagai seorang bakal pendidik semasa di institusi pengajian tinggi dan dipraktikan apabila mengajar disekolah bukan sahaja dalam

11

subjek pengkhususan tetapi dalam subjek yang lain juga. Dengan ini, masalah dalam pengajaran ekonomi asas akan mudah diatasi dengan lebih berkesan. 2.0.6 Penyampaian Isi Kandungan Masalah penyampaian isi kandungan seringkali menjadi masalah dikalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap mata pelajaran tertentu terutamanya mata pelajaran ekonomi asas. Penguasaan isi kandungan yang lemah menjadi antara salah satu sebab kegagalan seorang guru menyampaikan ilmunya ( Hunter:1987). Kelemahan penguasaan isi kandungan menyebabkan pengajaran tidak dapat berjalan dengan lancar contohnya seperti guru tidak menguasai istilah ekonomi dan konsep-konsep ekonomi dan guru-guru cenderung untuk menggunakan buku teks di dalam bilik darjah, membaca nota serta tidak dapat menerangkan dengan lancar dan teratur menyebabkan pelajar tidak menghormati guru kerana guru tidak menunjukkan kewibawaannya di dalam kelas. Kegagalan menyampaikan isi kandungan pembelajaran sekaligus menyebabkan pelajar tidak memahami isi pelajaran yang disampaiakan oleh guru. Selain itu, guru yang tidak mempunyai persediaan yang rapi turut mengundang masalah penerimaan pelajar terhadap isi kandungan ekonomi asas yang diajar. Persediaan yang kurang rapi menyebabkan penerangan yang dibuat oleh guru kurang jelas dan tidak teratur. Pelajar juga menjadi satu faktor wujudnya masalah dalam pengajaran ekonomi asas. Segelintir pelajar yang kurang minat terhadap mata pelajaran ekonomi menyebabkan mereka sukar untuk menerima isi kandungan yang diajar oleh guru, sikap seperti malas, sikap tidak mempeduli apa yang diajar oleh guru turut menjadi punca masalah penyampaian pengajaran dalam mata pelajaran ekonomi kurang berkesan. Segelintir guru tidak dapat menguasai objektif pembelajaran menyebabkan penguasaan pembelajaran tidak tercapai. Guru yang tidak dapat merancang isi pembelajaran dengan sebaiknya sebelum menyampaian pengajaran akan mendatangkan pelbagai kesan terutamanya kepada pelajar. Keadaan ini sekaligus menyebabkan matlamat sebenar pengajaran dan pembelajaran iaitu penguasaan pembelajaran tidak akan tercapai.

12

Untuk mengatasi masalah yang wujud ini, beberapa kaedah penyelesaian yang dilihat berkesan boleh dijadikan sebagai panduan seorang pendidik dalam mencapai matlamat sebenar proses pengajaran dan pembelajaran. Antara salah satu alternatif yang boleh digunakan ialah penggunaan pendekatan kaedah yang pelbagai dalam proses penyampaian ilmu kepada pelajar dalam bilik darjah. Pelajar yang berbeza kebolehan memerlukan kaedah penerimaaan yang berbeza. Oleh itu, seorang bakal guru harus menggunakan pendekatan kaedah pengajaran yang berbeza untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dalam bilik darjah. Oleh itu, seorang pendidik harus terlebih dahulu mengetahui dan dapat menilai sikap, kecederdasan dan kebolehan pelajarnya. Maka dengan ini, guru dapat memilih kaedah pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kebolehan dan kecerdasan pelajarnya. Pendekatan kaedah pembelajaran dalam bilik darjah adalah seperti kaedah pembelajaran Mastery ( Penguasaan ), kaedah koperatif, kaedah kolaboratif, dan pendekatan lain untuk diaplikasikan dalam pengajaran tajuk-tajuk ekonomi asas kepada pelajar. Kemahiran untuk membuat penerangan yang jelas merupakan antara salah satu aspek penting kepada pendidik untuk menyampaikan isi kandungan dengan berkesan ( Prehn: 1980). Kelancaran dan nadi suara amat penting agar suatu isi kandungan dapat disampaikan dengan berkesan kepada pelajar-pelajar. Di samping itu, guru boleh menggunakan aspek kelucuan dalam bilik darjah pada ketika tertentu kurang pentingnya untuk mewujudkan suasana emosi yang baik. Peluang berjenaka di dalam bilik darjah yang telah dirancang dengan baik amat banyak. Kegunaan kelucuan dan jenaka adalah bertujuan untuk mengurangkan suasana emosi yang tegang, untuk mengeratkan perhubungan antara guru dan pelajar untuk memudahkan pembelajaran dan memulihkan suasana yang muram. Kelucuan ketika pengajaran akan memudahkan penerimaaan terhadap perkara yang diajar.

2.0.7 Pengetahuan Isu-isu Semasa

13

Seseorang guru mata pelajaran ekonomi pada masa kini juga harus mengetahui isu-isu semasa yang berlaku terutamanya dalam sektor ekonomi. Pengetahuan dalam isu semasa ini merupakan satu cabaran kepada guru mata pelajaran ekonomi. Hal ini kerana mata pelajaran ekonomi ini adalah berhubungkait dengan apa-apa isu atau aktiviti yang berlaku dalam sektor ekonomi. Contohnya seperti isu mengenai pengangguran, kadar bunga yang ditawarkan oleh bank, simpanan rizab dan sebagainya. Guru mata pelajaran ekonomi kini sangat bergantung kepada isi-isi yang terkandung dalam buku teks sahaja. Mereka tidak berusaha untuk mendapatkan maklumat yang terkini mengenai topik yang hendak diajar. Hal ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tidak berkesan. Pelajar hanya mendapat input-input daripada buku teks dan pelajar tidak didedahkan kepada situasi pasaran yang sebenar. Contohnya dapat dilihat apabila guru mata pelajaran ekonomi mengajar topik mengenai kadar pertukaran asing. Topik ini memerlukan guru untuk mengetahui kadar pertukaran yang terkini. Hal ini kerana kadar pertukaran mata wang asing antara dua buah negara yang mempunyai mata wang yang berbeza adalah berubahubah mengikut keadaan pasaran. Oleh itu, boleh dikatakan maklumat yang diberikan kepada pelajar merupakan maklumat yang tidak tepat. Selain itu, pelajar pada masa kini adalah berpengetahuan luas. Perkembangan dalam teknologi menyebabkan setiap pelajar mudah untuk mengakses maklumat mengenai isu-isu yang berlaku dalam sektor ekonomi. Kegagalan guru dalam melengkapi diri dengan isu-isu semasa sebelum masuk kelas akan membawa kepada kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Hal ini kerana pengajaran atau maklumat yang disampaikan kepada pelajar adalah bercanggah dengan maklumat terkini yang diperlolehi oleh pelajar di luar kelas. Keadaan sebegini akan menyebabkan pelajar kurang berminat dengan pengajaran guru dan menyebabkan pelajar ini membuat satu persepsi yang negatif ke atas guru tersebut. Era teknologi pada masa kini telah mengubah struktur pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ekonomi dalam kelas. Perkembangan dalam teknologi ini merupakan salah satu isu semasa yang hangat kerana ia membincangkan bagaimana seseorang guru itu

14

mengubah corak pengajarannya daripada tradisional kepada moden. Hal ini kerana pelajar kini lebih tertarik dengan pengajaran yang lebih kepada penggunaan teknologi seperti slide power point kerana gambar atau graf yang dipersembahkan adalah menarik, berwarna dan boleh diaplikasikan dengan kesan bunyi dan animasi. Mengikut Berget dan William (1983), telah membuat kajian tentang keberkesanan penggunaan Pembelajaran Berbantukan Komputer dengan menggunakan sampel pelajar seramai 48 orang pelajar. Dalam kajian ini, didapati 39 orang pelajar yang menggunakan cara ini memperolehi markah yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang menggunakan kaedah tradisional. Kegagalan guru dalam mengubah corak pengajarannya akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ekonomi dalam kelas tidak berkesan dan sukar untuk menarik perhatian pelajar. Oleh yang demikian, seseorang guru mata pelajaran ekonomi haruslah sedar bertapa pentingnya untuk mengetahui isu-isu semasa dalam sektor ekonomi sebelum melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Pengetahuan yang mendalam mengenai isu yang berlaku adalah penting bagi menjawab setiap persoalan yang dikemukakan oleh pelajar. Guru haruslah melatih diri untuk membaca akhbar setiap hari atau pun melayari internet untuk mengetahui perkembangan dalam ekonomi. Selain itu, guru juga perlu mengambil kira dengan setiap isu yang timbul agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Guru perlu mengubah corak pengajarannya mengikut perkembangan dalam teknologi. Oleh itu, guru perlu belajar untuk mengendalikan peralatan teknologi yang digunakan dalam kelas seperti OHP, LCD, komputer dan sebagainya kerana ia memerlukan kemahiran yang khusus. Justeru, seseorang guru mata pelajaran ekonomi mahupun mata pelajaran lain haruslah peka dengan isu-isu semasa yang diutarakan pada masa sekarang. 2.0.8 Ragam Ibu Bapa Cabaran yang akan dihadapi oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ekonomi ialah ragam ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa biasanya mengharapkan anak-anak mereka memperolehi keputusan yang baik dalam semua subjek atau mata pelajaran termasuklah dalam mata pelajaran ekonomi. Dalam mata pelajaran ekonomi, ibu

15

bapa mengharapkan anak-anak mereka agar dapat mengetahui perkembangan dalam bidang ekonomi semasa melalui pengajaran yang diberikan oleh guru ekonomi dalam bilik darjah kerana subjek ekonomi ini adalah berkaitan dengan kehidupan manusia. Malangnya, terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai usaha untuk mengetahui isu-isu semasa yang berlaku dalam ekonomi. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar ini tidak boleh menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ibu bapa apabila berada dalam rumah. Ibu bapa masa kini adalah berpelajaran tinggi, sudah tentu mereka mengharapkan anak-anak mereka juga berpengetahuan luas. Selain tu, guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ekonomi kurang menunjukkan keratan akhbar mengenai ekonomi dalam kelas. Biasanya guru hanya menghuraikan apa yang terkandung dalam buku teks. Hal ini menyebabkan pelajar tidak terdedah kepada situasi sebenar dalam ekonomi. Contohnya dalam topik penentu permintaan. Biasanya guru hanya menyampaikan isi-isi penting dalam topik berkenaan mengikut apa yang terdapat dalam buku teks tanpa menggunakan contoh-contoh isu yang bersesuaian yang mana isu ini sedang berlaku dalam situasi yang sebenar. Keadaan ini menyebabkan ibu bapa tidak berpuas hati dengan pencapaian anak-anak mereka kerana anak-anak mereka hanya mengetahui teori-teori dalam ekonomi, tetapi mereka tidak berupaya untuk mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Ragam ibu bapa adalah pelbagai. Lebih menakjudkan lagi apabila anak mereka gagal dalam peperiksaan bagi subjek ekonomi. Hal ini akan menyebabkan ibu bapa menyalahkan guru ekonomi tanpa ingin menyiasat punca sebenar anak mereka gagal dalam peperiksaan tersebut. Guru akan ditegur oleh ibu bapa dan kadang kala ada juga segelintir ibu bapa yang menggunakan bahasa yang agak kasar terhadap guru yang berkaitan. Guru ini hanya boleh bersabar dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Oleh yang demikian, seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ekonomi haruslah memberikan komitmen yang tinggi. Guru ini harus mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam isu ekonomi masa kini. Selain itu, guru juga boleh menetapkan satu masa pengajaran yang mana pelajar akan membawa satu keratan akhbar yang berkaitan dengan ekonomi dan membincangkan keratan akhbar

16

tersebut dalam kelas atau pun guru sendiri yang menggunakan keratan akhbar dalam kelas sebagai satu langkah dalam alat bantu mengajar agar pelajar lebih memahami topik yang disampaikan oleh guru. Contohnya seperti dalam topik penentu permintaan. Guru boleh menunjukkan keratan akhbar yang berkaitan dengan harga minyak meningkat sabagai salah satu faktor yang menyebabkan perubahan dalam kuantiti barang yang diminta. Justeru, secara tidak langsung pelajar akan terdedah kepada situasi ekonomi yang sebenar. Hal ini akan menyebabkan ibu bapa berpuas hati dengan apa yang dipelajari oleh anak-anak mereka dalam bilik darjah kerana anak-anak mampu mengaitkan teori ekonomi yang dipelajari dengan keadaan ekonomi yang sebenar. Selain itu, bukan guru sahaja diberi perhatian tetapi juga ragam ibu bapa. Ibu bapa tidak harus menyalahkan guru sepenuhnya sekiranya anak mereka gagal dalam subjek ekonomi. Ibu bapa harus menyiasat terlebih dahulu sama ada ia berpunca daripada pengajaran guru yang tidak efektif atau pun diri anak mereka yang bermasalah. Cara ini adalah adil kepada dua-dua pihak agar tidak mewujudkan sebarang konflik antara ibu bapa dan guru tetapi ianya mewujudkan kerjasama antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ekonomi dalam bilik darjah akan lebih berkesan kerana ia memenuhi piawai yang dikendaki oleh guru iaitu pelajar memahami dan menunjukkan pencapaian yang baik disamping memenuhi kehendak ibu bapa yang mana mengharapkan anak-anak mereka memperolehi keputusan yang baik dalam mata pelajaran ekonomi.

3.0 Kesimpulan

17

Ekonomi asas bukanlah satu mata pelajaran yang boleh dianggap mudah biarpun ia hanya berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat dalam proses P&P agar pelajar dapat mengaitkan kandungan isi pelajaran ekonomi dengan kehidupan harian mereka dengan sebaik mungkin. Hal ini penting agar ilmu yang diperolehi dalam proses P&P dapat digunakan oleh pelajar dengan sebaik mungkin dan bukan hanya untuk digunakan di dalam kelas sahaja. Bagi memastikan pelajar memperoleh maklumat yang secukupnya, maka setiap cabaran yang telah dikenalpasti perlu diambil perhatian yang serius oleh setiap guru dan bakal guru agar cabaran-cabaran ini dapat diatasi. Hal ini penting bagi memastikan masalah atau kekangan di dalam kelas tidak akan mengganggu proses P&P. Masalah atau kekangan yang datang dari pihak guru seperti kekurangan pengetahuan berkaitan ekonomi semasa, persedian mengajar, mutu penyampaian, penguasaan isi kandungan dan kemahiran dalam menggunakan bahan bantu mengajar perlu diatasi oleh guru dan bakal guru dengan sebaik mungkin dengan memberikan pendedahan awal kepada mereka. Latihan ataupun kursuskursus yang berkaitan perlu diberikan bagi membolehkan guru bersedia sepenuhnya di dalam kelas dan ini akan memantapkan lagi mutu pengajaran guru agar proses P&P dapat disampaikan dengan berkesan dan efisien. Peranan guru dalam proses P&P di dalam kelas adalah amat penting dan perlu diambil perhatian oleh semua guru. Hal ini kerana, mutu pembelajaran guru dari segi penyampaian, penggunaan bahan bantu mengajar dan personaliti dapat mempengaruhi minat pelajar dalam mendalami ekonomi asas. Malah sekiranya cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru ini diatasi dengan menggunakan langkah yang sesuai maka tidak mustahil seorang guru itu dapat melahirkan seorang pakar ekonomi kelak yang mampu memberi sumbangan kepada ekonomi negara.

Bibliografi Atan Long (1982), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar

18

Bakti. Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Quantum Books Tanjong Malim. Kamaruddin Hj Husin (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kayazano Enterprise Kuala Lumpur. Parag Joshi & Anand R. Marri. (2006). Journal of An Economic Methods Course? Challenges of Teaching an Economics Education Methods Course for Secondary Social Studies Preservice Teachers. 97,6. pg.197 Pendidikan guru di Malaysia masa kini: perkembangan profesionalisme dan peningkatan yang berkualiti oleh mohd salleh lebar http://www.scribd.com/doc/9530893/Jurnalan-Profesionalisme-Dan-Peningkatan-Yang-BerkualitiMd-Salleh Penyeliaan dan pencerapan. Diperoleh pada April 5, 2009 dari www (http://members.tripod.com/ppdtr/penyeliaan_dan_pencerapan.htm) Principles of Teaching, Bloomsbrug University (2003). Cone of Experience. Diperoleh pada April 5, 2009 dari www (http://teacherworld.com/potdale.html) Siti Jamilah dan Rosliwati. Pengajaran dan Pembelajaran Bantuan Komputer, Bahan Bantu Mengajar (BBM) Sekarang. Diperoleh pada April 3, 2009 dari www http://www.geocities.com/siti_ros/t2.htm?20095#%C2%A0Bahan%20Bantu %20mengajar20(BBM)%20Sekarang The Negotiation Academy. [On-Line]. From The World Wide Web: http://www.negotiationeurope.com

19

You might also like