You are on page 1of 14

Topik X Pengawalan

Jangkitan dalam Kesihatan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menerangkan konsep serta peranan bakteria, virus, kulat dan protozoa; Menjelaskan konsep rantai jangkitan; Membincangkan kepentingan mekanisme pertahanan; Menghuraikan kepentingan dan kegunaan teknik aseptik serta kaedah memusnahkan rangkaian jangkitan; dan Menerangkan aspek piawai pengawasan dalam kawalan jangkitan.

PENGENALAN

Anda pasti tertanya-tanya bagaimana anda jatuh sakit secara tiba-tiba seperti demam yang berlarutan, muntah-muntah dan sebagainya. Anda mungkin berfikir bahawa amalan kebersihan diri anda telah cukup bagus. Jadi, bagaimanakah agaknya anda dijangkiti? Setelah selesai membaca topik ini, anda akan ketahui jawapannya! Topik ini akan mendedahkan anda kepada jangkitan mikrobiologi yang membawa penyakit kepada manusia. Di samping itu, cara ia memasuki, menyerang serta memusnahkan sel-sel perumah juga dibincangkan. Konsep rantai jangkitan serta cara-cara mengawal dan mencegah diri kita daripada

TOPIK 9

PENGAWALAN JANGKITAN DALAM KESIHATAN

109

dijangkiti dijelaskan supaya kita dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, langkah-langkah piawai pengawasan yang berkaitan dengan pencegahan dan kawalan jangkitan seperti polisi, peraturan, latihan dan sebagainya diberi perhatian.

9.1

JANGKITAN MIKROBIOLOGI

Empat jenis mikrobiologi akan dibincangkan di bahagian ini iaitu bakteria, virus, kulat serta protozoa. Bakteria Bakteria adalah kecil iaitu, bersaiz di antara 0.3 ke 14 m. Bakteria tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop. Sebagai oganisma seni, bakteria boleh hidup dan membiak di mana sahaja seperti di tanah, air, debu serta habuk; tetapi dengan syarat tempat tersebut menyediakan sumber makanan dan tempat untuk ia membiak dan tumbesaran. Jika sebahagian spesies bakteria boleh menyebabkan penyakit berjangkit seperti Tibi, Kolera, Tifoid; sebahagian lagi membawa kebaikan kepada manusia. Bakteria dalam tanah menggunakan nitrogen yang terdapat di udara untuk tumbesarannya; dimana apabila bakteria tersebut mati, bahan organik akan dikeluarkan ke dalam tanah dan menjadikan tanah lebih subur untuk menampung tumbuhan dan hidupan lain. Ini disebabkan tumbuhan tidak berupaya menukarkan nitrogen daripada udara kepada bahan nutrien. Bakteria boleh dikategorikan berdasarkan kepada beberapa aspek iaitu bentuk atau morfologi, keperluan kepada makanan serta perbezaan struktur. Dari segi bentuk atau morfologi, bakteria boleh dibahagikan kepada: (a) (b) (c)

Cocci Berbentuk bulat dan berupa dalam rantaian (stretococci), clumps atau berkelompok (staphylococci) atau berpasangan (diplococci). Bacilli atau berbentuk batang (rod-shaped). Spiral atau berbentuk lingkaran.

Untuk tumbesaran atau hidup, bakteria memerlukan makanan, air serta asid amino. Dari udara pula, bakteria memerlukan karbon dioksida untuk hidup. Spesies bakteria yang menyebabkan penyakit atau kemudaratan kepada manusia dinamakan sebagai patogen. Di antara contoh-contoh bakteria yang menyebabkan keracunan makanan termasuklah Salmonella sp., Clostridium Perfringens, Clostridium Botulinum, Staphylococcus Aureus dan sebagainya. Spesies-spesis ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia apabila ia

110 X

TOPIK 9

PENGAWALAN JANGKITAN DALAM KESIHATAN

mencemari makanan yang diambil oleh manusia. Patogen seperti Clostridium botulinum juga mengeluarkan toksin beracun. Toksin ini dapat melemahkan dan merosakkan sistem saraf seseorang. Bakteria mempunyai sejenis mekanisme pertahanan untuk hidup dan membiak sekiranya bekalan makanan dan nutrien di persekitarannya menjadi semakin kurang atau tiada. Ini dilakukan dengan membentuk lapisan pelindung di sekelilingnya dan dikenali sebagai spora. Perlindungan ini membolehkan bakteria terus hidup tetapi dalam keadaan yang tidak aktif. Sekiranya tiada perlindungan seumpama ini, bakteria akan mati. Jika keadaan persekitaran sesuai dengan keperluannya, spora akan bertukar kepada bentuk bakteria biasa yang kemudiannya bercambah dengan cepat (Noryati Ismail, 2000). Virus Virus adalah lebih kecil berbanding dengan bakteria dan hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron. Virus adalah mikrob yang hanya dapat hidup dalam tisu-tisu hidup seperti dalam darah atau bendalir seperti dalam badan manusia atau haiwan. Virus mengandungi salah satu sama ada DNA atau RNA tetapi tidak mengandungi kedua-duanya sekali. Virus mengandungi teras iaitu Asid Nuklei (DNA atau RNA) dan dikelilingi oleh lapisan protein (Capsid). Ia melindungi Asid Nuklei dan merangsang pelekatan virus kepada sel hos atau perumah. Virus adalah sejenis parasit iaitu ia tidak dapat membiak di luar sel hidup dan kebanyakan virus tidak dapat hidup lama di luar sel hidup. Virus menggunakan kaedah tertentu untuk mengambil alih dan seterusnya memusnahkan sel hos atau perumah yang dimasukinya. Apabila ia masuk dan melekat kepada sel hos, ia menyuntik Asid Nukleiknya ke dalam DNA hos tersebut. Seterusnya, virus tersebut mengambil alih sel protein hos dan mula membuat partikel untuk pengeluaran virus yang baru. Virus terdapat di mana-mana, ada yang merbahaya dan tidak merbahaya. Sebahagian yang merbahaya boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti Influenza, cacar, HIV dan sebagainya. Virus menyerang atau memusnahkan sel-sel hos dengan tiga cara iaitu: (a)

Cytopathic Effect (CPE)

Berlaku apabila sesuatu virus menjangkiti hos/perumah dan seterusnya membunuh selnya. Sebagai contoh virus yang dikenali sebagai adenovirus. Satu peringkat di mana sesuatu virus kelihatan tidak menimbulkan apa-apa kesan kepada hos yang dijangkiti. Tetapi sebenarnya virus tersebut berada pada peringkat pendam (Dormant) dan berpotensi

(b)

Latency

TOPIK 9

PENGAWALAN JANGKITAN DALAM KESIHATAN

111

untuk memusnahkan sel hos. Sebagai contoh virus yang dikenali sebagai Virus Varicella-Zoster yang menyebabkan penyakit kayap. (c)

Transformation

Satu kaedah di mana virus boleh mengubah sel hos/perumah kepada bentuk Malignan (kanser) contohnya, jangkitan virus Hepatitis B boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit kanser hati (Liver Carcinoma).

Kulat Kulat atau dalam istilah perubatan disebut Fungi. Kulat adalah mikroorganisma bersel Eukaryotic. Kulat lebih kompleks daripada bakteria dan ia mengandungi nukleus yang mengandungi kromosom di dalam selaput membran. Dari segi pembiakan, kulat boleh dibahagikan kepada: (a) (b) (c) (d) Yis Sel berbentuk bulat membiak secara berpasangan. Sebagai contoh

Cryptococcus neoformans.
Fungi seperti yis Seperti yis, ia membiak dengan cara berpasangan dan sebahagian lagi membentuk filamen. Contohnya Candida Albicans.

Filamentous Fungi Dimorhic Fungi

Tumbuh sebagai filamen, contohnya kulat yang menyebabkan jangkitan kurap.

Tumbuh dalam dua bentuk iaitu sebagai yis di badan tetapi membentuk Mycelia di persekitaran atau di dalam kultur. Misalnya Blastomyces dan Histoplasma.

Penyakit berkaitan kulat atau Mycose terbahagi kepada: (i) (ii) Penyakit yang menjangkiti kulit seperti penyakit kurap. Penyakit yang menjangkiti keseluruhan sistem badan, misalnya penyakit sistem pertahanan badan yang lemah. Ini memberi peluang untuk serangan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jangkitan kulat yang berbentuk patogenik atau jangkitan opportunists. Sebagai contoh, jangkitan sekunder yang berlaku dalam kalangan pesakit AIDS dan pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kemoterapi.

Histoplamosis. Keadaan ini berlaku apabila hos mempunyai

Protozoa Protozoa merupakan mikroorganisma yang mempunyai Sel Eukaryotic. Protozoa adalah sel tunggal yang paling kecil dan bersaiz di antara 5 hingga 50 m. Ia adalah lebih besar daripada bakteria. Ia mempunyai nukleus yang dikelilingi oleh lapisan membran yang terdapat dalam Cytoplasm. Cytoplasm terbahagi kepada Endoplasm yang berkaitan dengan pemakanan dan Ectoplasm.

112 X

TOPIK 9

PENGAWALAN JANGKITAN DALAM KESIHATAN

Spesies

protozoa yang menyebabkan penyakit kepada manusia ialah Plasmodium (Penyakit Malaria), Entamoeba (Penyakit Amoebic Dysentery) dan Cryptosporidia (penyakit cirit-birit).

AKTIVITI 9.1
1. 2. Huraikan dan bezakan konsep bakteria, virus, kulat serta Protozoa. Senaraikan peranan Virus HIV dalam menyebabkan Penyakit AIDS. Terangkan peranan jangkitan sekunder oleh bakteria dan kulat dalam kalangan pesakit AIDS.

9.2

RANTAI JANGKITAN

Menurut kamus perubatan Oxford (1996), jangkitan bermaksud penaklukan badan oleh mikroorganisma yang merbahaya (patogen) seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus. Setiap organisma hidup mempunyai mekanisme pertahanan untuk mengelak atau menentang ancaman daripada organisma lain demi untuk kelangsungan hidup. Jika tiada mekanisme pertahanan, ia akan pupus akibat serangan penyakit. Salah satu andaian dalam teori evolusi yang dipelopori oleh Charles Darwin ialah bahawa setiap spesies perlu bersaing (survival) dan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran jika spesies tersebut ingin terus wujud.

9.2.1 Mekanisme Pertahanan


Mekanisme pertahanan manusia terbahagi kepada dua iaitu mekanisme pertahanan luaran dan dalaman. Mekanisme Pertahanan Luaran (a) Kulit Kulit berperanan sebagai pertahanan yang menghalang atau mencegah organisma luar memasuki tisu atau organ dalam badan. Di samping itu, ia juga boleh membunuh sebahagian spesies mikroorganisma apabila ia tersentuh dengan permukaan kulit. Sebagai contoh, permukaan kulit mempunyai keupayaan untuk mencegah kemasukan bakteria salmonella ke dalam badan sekiranya ia tersentuh dengan kulit. Membran Mukus Ia bertindak sebagai lapisan penghalang yang mencegah organisma daripada memasuki tisu di dalam badan. Ia boleh membunuh mikroorganisma yang

(b)

TOPIK 9

PENGAWALAN JANGKITAN DALAM KESIHATAN

113

tersentuh dengan permukaan Membran. Sebagai contoh, air mata, mukus hidung serta air liur mengandungi sejenis enzim yang dikenali sebagai lisozim yang mampu membunuh mikroorganisma yang dibawa oleh udara sekiranya tersentuh dengan permukaan hidung dan mata. Mekanisme Pertahanan Dalaman Terdapat beberapa cara mekanisme pertahanan dalaman berfungsi melindungi badan iaitu: (a)

Phagocytosis
Istilah ini merujuk kepada sel-sel tertentu dalam badan bertindak yang memakan mikroorganisma asing yang berjaya memasuki badan seseorang. Sel tersebut mengeluarkan enzim untuk membunuh dan menghadam mikroorganisma asing tersebut.

(b)

Bacteriolysis
Pertahanan jenis ini melemahkan dinding luar mikroorganisma asing. Apabila lapisan dinding tersebut berada dalam keadaan lemah dan rapuh, ia memudahkan air masuk ke dalamnya sehinggalah mikroorganisma itu berada pada peringkat dipenuhi air dan seterusnya pecah.

Kenalpasti Lingkungan Jangkitan Apabila Patogen telah memasuki badan seseorang dan hidup di dalamnya, seseorang itu dikatakan telah dijangkiti. Sekiranya Patogen itu membiak dan menyebabkan seseorang itu sakit, dia dikatakan telah menghidapi satu penyakit berjangkit. Lingkungan jangkitan sesuatu mikroorganisma dapat diterangkan dengan prinsip rangkaian jangkitan (chain of infection). Terdapat enam elemen utama dalam rangkaian jangkitan yang saling berkaitan dalam menyebabkan berlakunya sesuatu jangkitan. Enam elemen tersebut adalah: (a) Agen Penyebab Ia terdiri daripada mikroorganisma yang merbahaya, juga dikenali sebagai patogen. Patogen boleh wujud dalam bentuk virus, bakteria, Protozoa atau kulat tertentu yang merbahayakan kesihatan manusia.

(b)

Reservoir
Tempat di mana Patogen boleh hidup, tumbesaran dan membiak. Antara tempat atau sumber ini ialah manusia, serangga, makanan, air, objek serta peralatan.

(c)

Portal of Exit
Elemen ini merujuk kepada cara sesuatu Patogen itu keluar dari sumber atau perumahnya. Antara cara-caranya ialah melalui bendalir dalam badan

114 X

TOPIK 9

PENGAWALAN JANGKITAN DALAM KESIHATAN

manusia seperti darah, semen (air mani), air kencing, najis, mukus serta sebagainya. (d) Cara Transmisi Elemen ini menerangkan bagaimana Patogen yang keluar dari perumah mencari peluang untuk memasuki atau menjangkiti perumah yang lain. Terdapat lima cara utama patogen boleh memasuki perumah iaitu melalui: (i) Sentuhan Terbahagi kepada dua iaitu melalui sentuhan secara langsung dan tidak langsung. Sentuhan secara langsung melibatkan antara manusia dengan manusia. Patogen boleh berjangkit daripada orang yang telah dijangkiti kepada orang lain yang belum dijangkiti melalui sentuhan dengan berjabat tangan, hubungan seksual atau seseorang pesakit mendapat jangkitan daripada tangan pegawai perubatan yang telah tercemar dengan Patogen. Sentuhan secara tidak langsung melibatkan sentuhan dengan objek yang dikongsi bersama orang lain seperti barang permainan bagi kanak-kanak, tombol pintu, suis elektrik dan sebagainya.

(ii)

Air-borne atau melalui udara


Cara ini melibatkan patogen masuk ke dalam badan seseorang apabila udara yang tercemar dengan patogen itu masuk ke dalam saluran pernafasan apabila seseorang itu bernafas. Cara ini terbahagi kepada dua: secara titisan (Droplets) dan Titisan Nuklei (Droplet Nuclei). Secara titisan berlaku apabila patogen itu berpindah kepada orang lain melalui pemindahan titisan air liur semasa bercium (deep kissing), bersin, bercakap serta batuk, manakala dalam Titisan Nuklei, Patogen berada dalam titisan yang paling seni dan mudah disebarkan oleh udara. Cara ini memudahkan ia masuk ke dalam badan seseorang melalui saluran pernafasan.

(iii) Common vehicle atau bahan awam Pemindahan patogen melalui cara ini berlaku apabila bahan-bahan menjadi pembawa kepada patogen tersebut. Misalnya bahan makanan, air, bekalan serta produk darah tercemar atau peralatan perubatan yang tercemar dengan patogen. (iv) Vektor Patogen dipindahkan atau dibawa oleh haiwan (tikus, anjing) atau serangga (lalat, kutu, nyamuk, lipas). (v)

Blood-borne atau melalui darah Pemindahan Patogen melalui pemindahan atau sentuhan darah yang tercemar dengan Patogen seperti dalam jangkitan HIV dan Hepatitis B.

TOPIK 9

PENGAWALAN JANGKITAN DALAM KESIHATAN

115

(e)

Portal of Entry
Elemen ini melibatkan cara-cara Patogen memasuki badan hos atau perumah. Antaranya ialah melalui luka di kulit, membran mukus di mata, saluran pernafasan, alat kelamin, hidung dan mulut, saluran penghadaman dan sebagainya.

(f)

Susceptible Host
Elemen ini merujuk kepada kerentanan atau kesesuaian seseorang atau perumah kepada risiko jangkitan patogen. Ia berkaitan dengan faktor umur, genetik, status pemakanan, kebersihan diri, tahap stres, tahap imuniti badan serta keseluruhan tahap kesihatan seseorang. Misalnya, seseorang yang sihat mempunyai risiko yang kurang untuk mendapat jangkitan Patogen berbanding dengan seseorang yang sedang menjalani rawatan Kemoterapi bagi merawat penyakit kanser. Ini disebabkan pada peringkat ini, tahap imuniti pesakit kanser amatlah rendah.

Agen Pengawal Sistem pertahanan atau imuniti badan adalah umpama bala tentera yang mengawal sesebuah negara dari dicerobohi oleh musuh. Salah satu mekanisme sistem pertahanan badan ini dapat dilihat dalam kes seorang kanak-kanak yang mendapat penyakit Batuk Kokol. Seorang kanak-kanak tidak akan diserang penyakit Batuk Kokol pada masa hadapan kerana dia telah menjadi imun terhadapnya. Sistem pertahanan badan kanak-kanak tersebut telah menghasilkan sejenis bahan yang dinamakan antibodi. Antibodi adalah protein khas yang terdapat di dalam darah. Ia juga dikenali sebagai Immunoglobulin (singkatan Ig). Antibodi bertindak menentang organisma seperti Patogen yang menyebabkan penyakit atau toksin yang dihasilkan oleh organisma. Antibodi melekat pada organisma lalu membunuhnya. Ia juga boleh melekat pada toksin dan menghentikan tindakan bahaya toksin itu. Antibodi ini disebut antitoksin. Setiap antibodi dan antitoksin hanya menentang Patogen yang tertentu sahaja. Misalnya antibodi campak hanya menentang Patogen campak sahaja. Apabila seseorang kanak-kanak menghidapi demam campak, badannya akan menghasilkan antibodi khas untuk menentang virus campak sahaja. Ini menyebakan dia menjadi imun terhadap demam campak. Imuniti yang dihasilkan melalui proses ini dinamakan sebagai imuniti aktif semula jadi. Jika vaksin campak diberikan kepada kanak-kanak tersebut maka dia dikatakan mempunyai imuniti aktif buatan.

116 X

TOPIK 9

PENGAWALAN JANGKITAN DALAM KESIHATAN

AKTIVITI 9.2
1. 2. Terangkan kepentingan mekanisme pertahanan badan terhadap jangkitan penyakit. Terangkan peranan sistem pertahanan badan atau imuniti terhadap serangan penyakit. Bincangkan keberkesanannya dalam menentang penyakit Tibi (Tuberculosis) di Malaysia.

9.3

MENCEGAH DAN MENGAWAL JANGKITAN

Terdapat beberapa cara mencegah dan mengawal jangkitan penyakit seperti yang dibincangkan seterusnya.

9.3.1

Teknik Aseptik (Aseptic Technique)

Teknik aseptik ialah kaedah khusus serta prosedur tertentu yang digunakan dalam keadaan yang amat terkawal yang bertujuan mengelakkan dan mencegah pencemaran oleh patogen atau lain-lain mikroorganisma merbahaya. Teknik ini banyak digunakan dalam bidang-bidang klinikal seperti rawatan dan jagaan pesakit di klinik dan hospital. Keadaan bebas patogen disebut sebagai Asepsis. Keadaan ini amat berguna di hospital khasnya di dewan bedah. Keadaan Asepsis menjamin seseorang pesakit yang dibedah agar tidak mendapat jangkitan Patogen dari peralatan yang digunakan, tempat pembedahan atau daripada pakar bedah serta lain-lain kakitangan yang melakukan pembedahan tersebut. Antara kaedah Aseptik di hospital yang biasa dilakukan ialah mencuci tangan dengan sempurna, mengamalkan kebersihan diri yang maksimum, menggunakan sarung tangan pakai buang, mencuci peralatan perubatan serta membersihkan tempat seperti wad, dewan bedah, bilik rawatan dan sebagainya.

9.3.2

Musnahkan Rangkaian Jangkitan

Prinsip dalam kawalan jangkitan ialah mencegah jangkitan dengan cara memutuskan atau memusnahkan rangkaian jangkitan sesuatu penyakit. Sebahagian organisma tidak secara serta-merta menyebabkan sesuatu penyakit. Ia bergantung kepada tahap keganasan (Virulence) dan tahap menakluki (Invasiveness) sesuatu patogen itu.

TOPIK 9

PENGAWALAN JANGKITAN DALAM KESIHATAN

117

Tahap Virulence ialah ukuran berkaitan keupayaan dan kekuatan sesuatu Patogen menyebabkan sesuatu penyakit. Ia bergantung kepada struktur dan keupayaan sesuatu patogen untuk mengeluarkan toksin atau membunuh sel hos. Adakalanya, walaupun hanya sejumlah patogen yang kecil (memasuki badan) sudah cukup untuk menyebabkan penyakit manakala patogen yang kurang ganas memerlukan jumlah yang banyak untuk menyebabkan sesuatu penyakit. Tahap invasiveness pula bermakna kemampuan sesuatu patogen membiak dalam perumah. Penaklukan atau kolonialisasi adalah satu tahap kritikal dalam sesuatu rangkaian jangkitan di mana patogen sudah mula membiak dan boleh menjangkiti orang lain. Berikut adalah antara beberapa langkah kawalan aseptik yang digunakan untuk memutuskan dan memusnahkan rangkaian jangkitan di hospital atau lain-lain kemudahan kesihatan berdasarkan kepada elemen rangkaian jangkitan: (a) Sumber Patogen (Reservoir) Melakukan pemeriksaan tahap kesihatan seseorang personel kesihatan untuk memastikan dia bebas daripada penyakit berjangkit. Personel perubatan mesti mengamalkan amalan berjaga-jaga yang standard (standard precautions) dalam pengendalian pesakit dan peralatan. Misalnya menggunakan sarung tangan pakai buang, penutup hidung (mask), mencuci tangan dengan sempurna, membuang bahan buangan klinikal secara sempurna di wad/bilik rawatan mengikut kategori dan sebagainya. Tujuan kesemua perkara ini ialah untuk mengelakkan seseorang personel perubatan itu menjadi sumber yang dapat menjangkitkan patogen kepada dirinya, pesakit atau personel lain.

(b)

Portal of Exit
Amalan dan prosedur yang dapat mencegah jangkitan Patogen atau lain-lain mikroorganisma pada elemen ini ialah dengan mencuci tangan dengan betul dan sempurna (amalan tujuh langkah cuci tangan). Balutan atau dressing pada luka hendaklah dibuat secara bersih. Segala bendalir dan bahan buangan daripada pesakit hendaklah dikendalikan dengan sempurna supaya ia tidak mencemarkan peralatan atau Patogen dalam bahan tersebut dan tidak menjangkiti personel kesihatan atau pesakit lain.

(c)

Cara Transmisi Antara kaedah untuk mencegah dan memutuskan rangkaian jangkitan patogen atau mikroorganisma lain dalam elemen ini ialah dengan mengamalkan langkah-langkah yang termaktub dalam standard precautions. Antaranya ialah personel perubatan hendaklah mengamalkan amalan mencuci tangan dengan betul dan sempurna dan pengendalian bahan buangan klinikal yang selamat. Di samping itu, pesakit yang mempunyai penyakit yang berisiko tinggi untuk menjangkiti orang lain khasnya personel dan pesakit lain hendaklah diasingkan di wad

118 X

TOPIK 9

PENGAWALAN JANGKITAN DALAM KESIHATAN

pengasingan. Kaedah nyahkuman (sterilization) peralatan-peralatan dan bekalan perubatan juga merupakan salah satu langkah untuk mengelakkan pesakit lain mendapat jangkitan.

9.3.3

Piawai Pengawasan

Piawai pengawasan yang berkaitan dengan pencegahan dan kawalan jangkitan dapat dilihat dalam beberapa perkara seperti berikut: (a) Polisi dan Peraturan Setiap kemudahan kesihatan atau klinikal seperti hospital dan pusat perubatan mesti mempunyai satu garis panduan yang jelas berkaitan dengan objektif polisi serta kaedah untuk melaksanakannya atau untuk mencapainya. Polisi dan peraturan ini mestilah dimaklumkan dan difahami oleh setiap personel di sesebuah hospital tersebut. Polisi dan peraturan berkaitan amalan standard precaution hendaklah dipamerkan di tempattempat strategik di hospital. Dari aspek jangkitan kesihatan awam, peraturan kuarantin digunapakai untuk mengawal penularan penyakit. Misalnya dalam kawalan jangkitan Influenza A H1N1 dan Selesema Burung, pesakit serta mereka yang rapat dengan pesakit dikuarantin untuk mengelak pergaulan dengan orang lain yang akan memungkinkan jangkitan. Kumpulan atau Jawatankuasa Pelaksana Kawalan Jangkitan Mereka adalah kumpulan yang merangka, membuat, melaksana, mengawasi serta menilai keberkesanan sesuatu polisi atau peraturan yang dibuat. Pendidikan dan Latihan Pengetahuan, kemahiran serta sikap setiap personel merupakan perkara penting yang akan menentukan kejayaan dan keberkesanan sesuatu polisi atau peraturan. Oleh itu, aspek latihan dan pendidikan yang berterusan kepada personel perlu dijalankan secara berterusan dalam aspek seperti amalan standard precautions, prosedur aseptik, cuci tangan dan sebagainya. Aspek pendidikan dan latihan ini bukan setakat melibatkan personel klinikal tetapi juga dari khidmat sokongan seperti personel dari bahagian penyediaan dan penyajian makanan, pencucian, pasukan kecemasan, pemandu ambulans, penyediaan peralatan serta bahan buangan. Latihan dan pendidikan yang berterusan dapat memupuk dan menjadikan aspek kawalan jangkitan sebagai satu amalan dalam kalangan personel di sesebuah hospital. Kemudahan dan Kelengkapan Aspek piawai pengawasan yang melibatkan aspek kemudahan dan kelengkapan ialah penyediaan segala peralatan, kemudahan dan teknologi yang dapat menyokong dan membantu sesebuah hospital itu mencegah

(b)

(c)

(d)

TOPIK 9

PENGAWALAN JANGKITAN DALAM KESIHATAN

119

segala jangkitan patogen yang boleh memudaratkan pesakit, pelawat serta personel. Antaranya ialah penyediaan kemudahan wad pengasingan bagi kes pesakit yang disyaki menghidap penyakit berjangkit seperti Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD), Influenza A H1N1 dan lain-lain penyakit berjangkit yang mempunyai risiko tahap jangkitan yang tinggi. Di samping itu, penyediaan kemudahan dan teknologi pensterilan yang lengkap dan terkini dalam menyahkuman peralatan, linen serta lain-lain bekalan perubatan yang digunakan oleh personel dan pesakit amat perlu. (e) Persekitaran yang Bersih Adalah amat penting mengekalkan tahap kebersihan persekitaran yang tinggi di dalam dan di luar hospital. Sebagai contoh, wad pengasingan, dewan bedah, bilik mayat, dewan bedah post mortem, wad rawatan rapi dan sebagainya. Sanitasi yang sempurna dalam aspek persekitaran yang bersih di sesebuah hospital melibatkan sistem pembuangan dan pelupusan sampah dan bahan buangan klinikal yang baik, pencucian wad secara berkala mengikut teknik aseptik yang telah ditetapkan dan sebagainya.

Bakteria adalah mikroorganisma bersaiz kecil di antara 0.3 ke 14 m. Bakteria tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop. Virus adalah mikroorganisma dan hanya dapat hidup dalam tisu-tisu hidup seperti dalam darah atau bendalir dalam badan manusia atau haiwan. Kulat atau dalam istilah perubatan mikroorganisma sel Eukaryotic. disebut

Fungi.

Kulat

adalah

Protozoa merupakan mikroorganisma yang mempunyai sel Eukaryotic. Protozoa adalah sel tunggal yang paling kecil dan bersaiz di antara 5 hingga 50 m. Mekanisme pertahanan manusia terbahagi kepada dua iaitu mekanisme pertahanan luaran dan dalaman. Lingkungan jangkitan sesuatu mikroorganisma dapat diterangkan dengan prinsip rangkaian jangkitan (chain of infection). Terdapat enam elemen utama dalam rangkaian jangkitan yang saling berkaitan dalam menyebabkan berlakunya sesuatu jangkitan. Apabila Patogen memasuki badan seseorang dan hidup di dalamnya, seseorang itu dikatakan telah dijangkiti. Sekiranya Patogen itu membiak dan menyebabkan seseorang itu sakit, dia dikatakan telah menghidap penyakit berjangkit.

120 X

TOPIK 9

PENGAWALAN JANGKITAN DALAM KESIHATAN

Sistem pertahanan atau imuniti badan adalah umpama bala tentera yang mengawal sesebuah negara dari dicerobohi oleh musuh. Teknik Aseptik ialah kaedah khusus serta prosedur tertentu yang digunakan dalam keadaan yang amat terkawal yang bertujuan mengelak dan mencegah pencemaran oleh Patogen atau lain-lain mikroorganisma merbahaya. Prinsip dalam kawalan jangkitan ialah mencegah jangkitan dengan cara memutuskan dan memusnahkan rangkaian jangkitan sesuatu penyakit. Sebahagian organisma tidak secara serta-merta menyebabkan sesuatu penyakit. Ia bergantung kepada tahap ganas (virulence) dan tahap menakluki (invasiveness) sesuatu Patogen itu. Piawai pengawasan yang berkaitan dengan pencegahan dan kawalan jangkitan dapat dilihat dalam beberapa perkara seperti polisi dan peraturan, kumpulan atau jawatankuasa pelaksana kawalan jangkitan, pendidikan dan latihan, kemudahan dan kelengkapan serta persekitaran yang bersih.

Agen penyebab Asepsis Bakteria Cara transmisi

Portal of entry
Protozoa Rangkaian jangkitan

Reservoir Susceptible host


Teknik aseptik

Invasiveness
Mekanisme pertahanan Mikroorganisma Patogen Piawai pengawasan

Virulence
Virus

Cooke, E.M. (1991). Hares bacteriology and immunity for nurses. Churchill Livingstone.

London:

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2000). Garispanduan kawalan wabak penyakit-penyakit bawaan makanan dan air di Malaysia. Kuala Lumpur.

TOPIK 9

PENGAWALAN JANGKITAN DALAM KESIHATAN

121

Noryati Ismail, (2000). Keracunan makanan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. Oxford University Press. (1996). Concise medical dictionary. Oxford. Stucke, V. (1993). Microbiology for nurses. London: Bailliere Tindall.

You might also like