You are on page 1of 20

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG

Ke Politeknik Ungku Omar


Politeknik Premier Kepada semua pelajar baru Sesi Disember 2012
Buku panduan MSK ini hendaklah dibaca dengan teliti dan difahami sepenuhnya. Ianya hendaklah disimpan dengan baik kerana sebahagian daripadanya haruslah dijadikan rujukan dan panduan anda di sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku Omar.

Semoga anda sekalian menjadi warga/ pelajar PUO yang sentiasa patuh kepada semua disiplin dalam menuntut ilmu, komited dan bergiat cergas dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum, seterusnya berjaya cemerlang dalam bidang yang diceburi demi kerana agama, bangsa dan negara tercinta.

PIAGAM PELANGGAN
1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar. 2. Proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan. 3. Memastikan status siasatan maklumbalas pelanggan yang berkaitan dengan perkhidmatan pemberian pendidikan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dikendalikan dalam masa 14 hari bekerja. 4. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian berakhir.

VISI
Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015

MISI
Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.

LIRIK LAGU
POLITEKNIK UNGKU OMAR Politeknik Ungku Omar Megah Terbina di Lembah Kinta di Ipoh Bandaraya Perak Darul Ridzuan Menjunjung Wawasan Pertiwi Mendidik Ilmu Teknologi Membantu Membangun Industri Negara Berdikari Menyahut Segala Cabaran Bina Negara Perusahan Walaupun Seribu Halangan Maju Terus ke Hadapan Politeknik Ungku Omar Mendukung Cita-Cita Bangsa Prinsip Rukun Negara Menjadi Panduan Kita Tunjukkan Kepada Dunia Kita Juga Ada Upaya Menjadi Bangsa Berjaya Hidup Bebas dan Merdeka

LIRIK LAGU

POLITEKNIK MALAYSIA Politeknik Adalah Warisan Kita Membekal Tenaga Bidang Teknikal Bersama Membina Kemajuan Negara Malaysia Ku Tercinta Akhlak Mulia Asas Jaya Itulah Amalan Hidup Kita Di Mana Sahaja Politeknik Berada Harapan Tetap Sama Politeknik Ku Sanjung Jasa-Jasa Mu Mencipta Lembaran Sejarah Harapan Impian kan Menjadi Nyata Cekal Takwa Usaha Penentu Arah Maju Politeknik Ayuh Maju Semangatmu Merestui Perjuanganmu Teknologi Teras Pembangunan Negara Politeknik Malaysia

MS ISO 9001 : 2008


Politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah dianugerahkan persijilan MS ISO 9001:2000 pada 20 Februari 2004 (kelulusan oleh MAMPU) dan pada 07 Julai 2006 Politeknik Ungku Omar telah menggunakan sistem pengurusan kualiti (SPK) MS ISO 9001: 2000 yang dipantau oleh pihak SIRIM. Ini bermakna politeknik-politeknik KPTM diiktiraf melaksanakan sistem Kualiti dan Komited untuk sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan. Kini Politeknik Ungku Omar telah menggunakan sistem pengurusan kualiti (SPK) MS ISO 9001: 2008 yang baru dipantau oleh pihak SIRIM. Skop Perlaksanaan Sistem Kualiti Skop Sistem Kualiti Politeknik-politeknik KPTM adalah untuk melaksanakan proses Pemberian Latihan Separa Profesional peringkat sijil dan diploma dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitaliti bagi memenuhi visi dan misi penubuhan politeknik dalam memenuhi kehendak negara yang berdasarkan piawai MS ISO 9001:2008. Pelanggan Politeknik Pelanggan Politeknik adalah pelajar Politeknik. Dasar Kualiti Dasar kualiti Politeknik Ungku Omar adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. Politeknik Ungku Omar komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan. Objektif Kualiti Kecemerlangan Akademik 1. Memastikan kadar kelulusan bagi setiap kursus tidak kurang daripada 90% bagi setiap semester. 2. Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus mencapai HPNM 3.00 atau lebih untuk setiap kursus bagi setiap semester. Kecemerlangan Akademik 1. Memastikan staf yang dihantar berkursus/ menjalani latihan mencapai sekurang-kurangnya 70% daripada kriteria penilaian yang dinilai melalui kajiselidik keberkesanan kursus/latihan. 2. Memastikan Jadual Perancangan Latihan Staf dilaksanakan sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh setahun. Kecemerlangan Proses Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan/ mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.

KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru kerana berjaya mendapat tempat di Politeknik Ungku Omar ini.Saudara/ saudari merupakan golongan bertuah yang terpilih untuk memasuki politeknik yang paling awal ditubuhkan di Malaysia. Sesungguhnya, kecemerlangan yang diperoleh dalam peperiksaan SPM/setaraf yang lalu adalah hasil usaha gigih para pelajar selama ini. Justeru, diharapkan para pelajar akan terus berjaya untuk mengukir sejarah hidup yang lebih gemilang selepas memasuki Politeknik Ungku Omar. Kita sekarang berada dalam era transformasi Politeknik. Proses tranformasi ini melibatkan semua pihak dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan memperkasa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di negara kita. Transformasi ini boleh dijayakan melalui inovasi sistematik yang menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan dan latihan di politeknik. Ini bermakna bahawa semua warga politeknik perlu sentiasa memikirkan cara dan kaedah baharu untuk meningkatkan keberhasilan pendidikan dan latihan ini. Transformasi politeknik bergerak seiring dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan pengajian tinggi demi kepentingan pembangunan negara dan memartabatkannya di persada nasional dan antarabangsa. Transformasi ini juga diharapkan dapat melahirkan graduan-graduan yang mempunyai nilai-nilai kebolehpasaran yang tinggi disamping keupayaan keusahawanan yang cemerlang. Seandainya, graduan-graduan mempunyai nilainilai tersebut, sudah pasti politeknik ini akan menjadi institusi pilihan kepada para lepasan SPM/setaraf di Negara ini. Disamping kemahiran hard skill , kemahiran soft skill juga diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan kebolehpasaran dan keupayaan keusahawanan graduan. Oleh itu, kemahiran teknikal yang tinggi di samping penguasaan teori yang mantap dapat membantu graduan mengisi kekosongan jawatan sama ada di sektor awam atau swasta. Hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat yang berpendapatan tinggi juga mampu direalisasikan dengan menghasilkan graduan-graduan daripada politeknik yang mempunyai kemahiran tersebut. Politeknik Ungku Omar berharap agar saudara/saudari akan mendapat manfaat daripada Program Minggu Suaikenal ini dan seterusnya menjalani kehidupan sebagai pelajar politeknik untuk selama dua atau tiga tahun akan datang. Hindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan yang ditetapkan kerana saudara dan saudari adalah contoh kepada masyarakat. Peranan politeknik bukan sahaja menjadi tempat untuk menuntut ilmu tetapi di sinilah para pelajar perlu membangunkan keterampilan dan personaliti diri yang akhirnya dapat melahirkan modal insan yang hebat. Akhir sekali, kepada semua pelajar, saya mendoakan semoga anda semua mencapai kejayaan cemerlang dan akan menjadi graduan bereputasi tinggi demi kemajuan agama, bangsa dan negara.

PUO PENJANA GRADUAN BEREPUTASI TINGGI

HJ. KAMARUDDIN BIN HAMZAH Pengarah

Politeknik Ungku Omar Politeknik Premier

PENGURUSAN POLITEKNIK UNGKU OMAR


Pengarah Tuan Haji Kamaruddin Bin Hamzah Timbalan Pengarah (Akademik) Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Tuan Haji Salleh Bin Sahat Ketua Jabatan / Pegawai-Pegawai Kanan Kejuruteraan Awam Encik Mohd Salleh Bin Khalidin Kejuruteraan Elektrik Kejuruteraan Mekanikal Kejuruteraan Perkapalan Perdagangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Matematik, Sains Dan Komputer Pengajian Am Jabatan Hal Ehwal Pelajar Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan Hal Ehwal Pelajar (P&D) Hal-Hal Pelajar (K&D) Pengetua Asrama Penilaian Dan Peperiksaan Perhubungan & Latihan Industri Pengurusan Kualiti Pegawai Psikologi Kerjaya Pegawai Perhubungan Awam Latihan Dan Pendidikan Lanjutan Pembangunan Multimedia dan Sumber Teknologi Maklumat Perpustakaan Pegawai Eksekutif Tertinggi Penolong Akauntan Encik Wong Tuck Sung Puan Nor Resom Bt Buyong Cik Shamsuri Bt Mior Khalid Encik Ridzuan Bin Md. Daud Puan Noor Chaya Bt Kader Encik Haris Bin Abu Hassan Puan Arshidah Binti Mat Johor Haji Abdul Shukor Bin Abdul Wahab Cik Fatimahwati Bt. Abd. Hamid Cik Suhazni Binti Mohd Said Mohd Zuhaidi Bin Yaakop Haji Nor Azman Bin Ibrahim Puan Hasmiza Bt Hussin Puan Rakiah Bt Omar Encik Zullkofli Bin Ayub Encik Omar Bin Othman Puan Nur Azliza Binti Ali Encik Zainal Bin Ahmad Encik Muhamad Nasir Bin Mohamad Puan Nor Azura Binti Ismail 7 Hjh. Juhaida Bt Zakaria Haji Ab.Latif Bin Saad Haji Nidzar Bin Che Ani Hjh. Haslina Binti Yusof

POLITEKNIK PREMIER

CARTA ORGANISASI

MATLAMAT MINGGU SUAIKENAL


Persefahaman dan Penyesuaian (a) Mengatur rancangan dan bimbingan bagi membolehkan pelajar berinteraksi antara satu sama lain. (b) Memberi peluang pelajar memahami dan menyesuaikan diri. (c) Membimbing pelajar ke arah cara dan semangat hidup di kampus berasaskan etika dan moral serta persefahaman dalam usaha untuk memajukan perkembangan intelek dan kebijaksanaan pelajar, bagi mencapai matlamat menghasilkan pemimpin yang cemerlang yang serba boleh, berdikari dan beriman. Akademik (a) Memperkenalkan struktur Politeknik supaya pelajar dapat memahami perjalanan dan bidangbidang kursus yang ditawarkan olehnya. (b) Memperkenalkan struktur dan sistem perpustakaan supaya pelajar dapat menggunakan kemudahan yang disediakan tanpa kesukaran. Pentadbiran Politeknik (a) Memperkenalkan sistem pentadbiran Politeknik bagi memudahkan urusan pelajar. (b) Memberi maklumat mengenai para pegawai yang menerajui pentadbiran Politeknik. Pengurusan Pelajar (a) Memperkenalkan sistem perjalanan dan pengurusan Hal Ehwal Pelajar yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bagi memudahkan pelajar menjalani kegiatan kokurikulum mengikut peraturan Politeknik. (b) Mengutarakan Falsafah Politeknik : Menghasilkan insan serba boleh yang cemerlang dan beriman. (c) Memupuk dan menekankan pencapaian matlamat Hal Ehwal Pelajar ke arah : Menghasilkan Pemimpin Cemerlang. (d) Menggalakkan dimensi perkembangan pelajar yang mencakupi perkembangan keimanan, kendiri dan kemasyarakatan. (e) Perkembangan ini boleh diterapkan melalui kegiatan berpersatuan sama ada melalui badanbadan pelajar mahupun kegiatan Kolej Kediaman Pelajar. Kerohanian dan Keharmonian (a) Menggalakkan penghayatan nilai-nilai Islam sebagai asas kehidupan tanpa prasangka kepada lain-lain kepercayaan agama dan amalan. (b) Mendedahkan pelajar kepada kehidupan bermasyarakat berasaskan kepada kerjasama dan perpaduan di kalangan pelajar yang berbeza latar belakang ke arah mewujudkan bakal pemimpin yang peka kepada keperluan masyarakat yang bersatu padu. Kreatif dan Kesukanan (a) Menggalakkan pelajar baru menghormati serta mengikuti kesenian kebudayaan nasional. (b) Menanamkan semangat kesempurnaan jasmani bagi perkembangan intelek.

PERATURAN MINGGU SUAIKENAL


Sepanjang menjalani Minggu Suaikenal : 1. Pelajar mestilah berpakaian kemas semasa berada di dalam kampus. Syarat-syarat dan peraturan pakaian adalah seperti dalam Sahsiah Rupadiri Pelajar PUO. 2. Pelajar-pelajar hendaklah menggantungkan Kad Pelajar PUO mereka di sebelah kiri baju supaya mudah dilihat dan gambarnya menghala ke hadapan sepanjang masa. Ketetapan pakaian dan rupadiri ini adalah dikuatkuasakan di seluruh kawasan kampus PUO bermula dari tarikh 1hb Februari 1992. Arahan ini hendaklah dipatuhi sepanjang masa dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka yang ingkar mematuhi arahan ini. 3. Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar semasa aturcara Minggu Suaikenal dijalankan kecuali untuk ke surau dan bilik air. 4. Pelajar wanita Islam digalakkan memakai tudung dan berpakaian sopan. 5. Pelajar lelaki yang memakai baju berlengan panjang, lengan baju tidak boleh dilipatkan. Kemeja T tidak boleh digunakan melainkan ketika upacara tertentu sahaja. 6. Pelajar lelaki mestilah berambut pendek seperti ternyata dalam peraturan pelajar / Sahsiah Rupadiri Pelajar PUO. 7. Semua pelajar baru diwajibkan menghadiri semua aturcara Minggu Suaikenal melainkan setelah mendapat kebenaran rasmi daripada pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Hal Ehwal Pelajar atau Pengetua Asrama. 8. Pelajar baru tidak dibenarkan keluar dari kampus atau Kolej Kediaman Pelajar semasa Minggu Suaikenal melainkan dengan kebenaran pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Hal Ehwal Pelajar atau Pengetua Asrama. 9. Pelajar baru hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Urusetia Hal Ehwal Pelajar dan peraturan Kolej Kediaman Pelajar PUO. 10. Bagi pelajar yang menghadapi masalah, segala pengaduan tentang gangguan, kecederaan, kehilangan harta benda dan sebagainya boleh dibuat di bahagian Urusetia Hal Ehwal Pelajar, Pengetua Kolej Kediaman Pelajar PUO atau mana-mana Ahli Jawatankuasa Minggu Suaikenal. 11. Pelawat tidak digalakkan berjumpa pelajar baru semasa Minggu Suaikenal. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu dan terdesak, pelajar dibenarkan berjumpa pelawat di bilik rehat atau bilik tamu yang disediakan. 12. Sekiranya mana-mana pelajar yang ingin menarik diri dari PUO sama ada semasa atau selepas minggu suaikenal, mestilah memaklumkan terlebih dahulu perkara tersebut kepada pihak urusetia Hal Ehwal Pelajar atau berurusan terus dengan pejabat Hal Ehwal Pelajar. 10

AHLI JAWATANKUASA INDUK MSK SESI DISEMBER 2011


PENAUNG Tn.Hj. Kamaruddin Bin Hamzah Pengarah, Politeknik Ungku Omar PENASIHAT Tn.Hj.Salleh Bin Sahat Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PENGERUSI Cik Shamsuri Bt. Mior Khalid Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar NAIB PENGERUSI En.Haris Bin Abu Hassan SETIAUSAHA I Cik Siti Aishah Binti Ali SETIAUSAHA II En.Mohd Fadil Bin Abdullah JAWATANKUASA KECIL STAF 1. (JKA) 2. (JKM) 3. (JKP) 4. (JKE) 5. (JP)

JAWATANKUASA: 1. Tn.Hj.Mohd Yusof Bin Yaakob 2. Pn.Junaida Bt. Shaari (JKE) 3. En.Mizanur Rahman Bin Mohd Ali (JKP) 4. Pn.Norliza Bt. Mohamed Piah (JTMK) 5. Ustaz Mohd Azrul Bin Jaafar (JPA) 6. Pn.Siti Hawa Bt. Aziz (JMSK) 7. En.Khairul Nizad Bin Panior (JKM) 8. Pn. Junaidah Binti Abu (JKA) 9. Pn. Siti Hasmiza Bt. Hassan (JP)

6. 7. 8. 9. 10.

(JTMK) (JMSK) (JPA) En. Mohd Hisham Bin Mohd Hassan (JSKK) En. Mohd Arshad Bin Mohd Bakhtin (Unit Asrama)

11

PERATURAN LALULINTAS
Panduan penggunaan kenderaan dan peraturan lalu lintas
A) Kenderaan Rasmi Politeknik 1. Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan memohon dan mendapat kelulusan daripada Pengarah. 2. Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan, kemudahan yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku. B) Kenderaan Persendirian 1. Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus sekiranya dibenarkan dan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik. 2. Semua kenderaan bermotor yang dibenarkan dan digunakan untuk keluar masuk kampus mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh pihak politeknik. 3. Semua kenderaan yang dibenarkan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan dalam kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan untuk pensyarah/ kakitangan politeknik. 4. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi keledar) yang rosak atau hilang di dalam kampus. 5. Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. 6. Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut :a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah. b) Mematuhi had laju yang ditetapkan oleh politeknik. c) Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi bising yang kuat atau diubahsuai. d) Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal. e) Memakai baju pemantul cahaya semasa menunggang/membonceng motosikal adalah digalakkan f) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki. g) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan. 7. Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini. 8. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab terhadap Kehilangan kenderaan atau peralatan kenderaan.

12

TINDAKAN TATATERTIB
Kesalahan sahsiah diri
Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan sahsiah diri boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50 mengikut di bawah akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) kaedah 26 A.

Kesalahan Lalu Lintas


Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalu lintas boleh dikenakan secara pentadbiran. Atau, Pelajar akan dikenakan tindakan di bawah Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) Jadual Kedua, Bahagian IV Tatatertib Lalu Lintas Jalan.

Perlanggaran Peraturan Am
Mana-mana pelajar yang melanggar peruntukan selain daripada Tatatertib Lalu Lintas, boleh dikenakan tindakan berikut: 1. Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh Politeknik. 2. Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan (Kaedah 48, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)).

Hukuman Tatatertib Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali i) amaran; ii) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00); iii) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan; iv) penggantungan daripada mengikuti pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan; v) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau seluruh peperiksaan di institusi; vi) penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh ynag ditentukan; vii) pembuangan daripada institusi oleh pihak berkuatkuasa tatatertib.

13

KALENDER AKADEMIK TAHUN 2012


POLITEKNIK UNGKU OMAR
POLITEKNIK PREMIER

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

TARIKH 19.12.11 - 23-12.11 26.12.11 - 17.02.12 20.02.12 - 24.02.12 27.02.12 - 20.04.12 23.04.12 - 04. 05.12 07.05.12 - 06.07.12

09.07.12 13.07.12 16.07.12 17.08.12 20.08.12 24.08.12 27.08.12 - 09.11.12 12.11.12 23.11.12 26.11.12 14.12.12 17. 12.12 23.12.12

AKTIVITI SESI DISEMBER 2011 1 Minggu Aktiviti Suaikenal 8 Minggu Perkuliahan 1 Minggu Cuti Pertengahan Semester 8 Minggu Perkuliahan 2 Minggu Peperiksaan 9 Minggu Cuti Semester / Semester Pendek SESI JUN 2012 1 Minggu Aktiviti Suaikenal 5 Minggu Perkuliahan 1 Minggu Cuti Pertengahan Semester 11 Minggu Perkuliahan 2 Minggu Peperiksaan 3 Minggu Cuti Semester SESI DISEMBER 2012 1 Minggu Aktiviti Suaikenal

MINGGU

LATIHAN INDUSTRI

19.12.11 Sehingga 18.05.12

19.07.12 Sehingga 30.11.12

TAHUN 2012 Perkuliahan 16 Minggu Tahun Baru Cina 23 & 24 Januari 2012 Pesta Menuai- 30 & 31Mei 2012 Hari Gawai- 1 & 2 Jun 2012 Hari Raya Aidilfitri -19 & 20 Ogos 2012 Hari Deepavali 11 November 2012 Awal Muharam- 15 November 2012 Hari Raya Aidil Adha 26 Oktober 2012

14

TENTATIF PROGRAM MSK SESI DISEMBER 2011


TARIKH HARI MASA
08.00 pagi 12.00 tgh 08.00 pagi 04.00 petang

AKTIVITI
Pendaftaran dan Penempatan Siswa & Siswi Sem. 1 di Asrama PUO Pendaftaran Siswa & Siswi Diploma Lepasan SPM, Diploma Lepasan Sijil Politeknik, Diploma Lanjutan dan Diploma Lepasan Sijil Kolej Komuniti Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK Taklimat MSK Sesi Jun 2011 Taklimat Perpustakaan Taklimat Kaunseling

19 DISEMBER

ISNIN

20 SELASA DISEMBER

07.30 pagi

21 DISEMBER

RABU

09.00 pagi 10.30 pagi 11.30 pagi

02.15 petang

Taklimat PDRM/Orientasi Kampus

07.30 pagi

22 KHAMIS DISEMBER

09.30 pagi 11.00 pagi

Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK Taklimat MS ISO 9001 : 2008 Taklimat Pelan Integriti Nasional (PIN) Taklimat Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan Sukan - Senamrobik Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Pengambilan dan Data Taklimat Disiplin/Akta 174 dan Taklimat Bantuan Kewangan & Kebajikan Majlis Penutup MSK Sesi Jun 2011

02.15 petang 05.30 petang 07.30 pagi

23 JUMAAT DISEMBER

08.30 pagi 09.30 pagi 11.00 pagi

15

JADUAL TEMPAT DAN PAKAIAN MSK


SESI DISEMBER 2011
Minggu Suaikenal (MSK) akan bermula dari 21 Disember 2011 hingga 23 Disember 2011. Semua Siswa dan Siswi Semester 1, DLSP, Diploma Lanjutan dan Lepasan Kolej Komuniti Sesi Disember 2011 diwajibkan menyertai semua aktiviti yang dijalankan. Hari Tarikh Pelajar Kehadiran Pakaian / Aktiviti Baju Batik, seluar hitam/gelap , kasut hitam/gelap dan Topi / Tudung hitam / Skaf hitam Baju Sukan , seluar track hitam politeknik , kasut sukan dengan stokin dan topi/ Tudung hitam / Skaf hitam Baju Batik, seluar hitam/gelap , kasut hitam/gelap dan Topi / Tudung hitam / Skaf hitam Baju Sukan , seluar track hitam politeknik , kasut sukan dengan stokin dan topi/ Tudung hitam / Skaf hitam Tempat Dewan Jubli Perak (Kampus A)

21 DISEMBER 2011 Rabu (pagi) 1 21 DISEMBER 2011 Rabu (petang)

Semua Siswa & siswi

Wajib

Semua Siswa & siswi

Wajib

Dewan Jubli Perak (Kampus A)

22 DISEMBER 2011 Khamis (pagi) 2 22 DISEMBER 2011 Khamis (petang)

Semua Siswa & siswi

Wajib

Dewan Jubli Perak (Kampus A)

Semua Siswa & siswi

Wajib

Dewan Jubli Perak (Kampus A) Padang Kampus B

23 DISEMBER 2011 3 Jumaat (pagi)

Semua Siswa & siswi

Wajib

Baju Batik, seluar hitam/gelap , kasut hitam/gelap dan Topi / Tudung hitam / Skaf hitam (Majlis Penutup Minggu Suaikenal)

Dewan Jubli Perak (Kampus A)

16

NO.PENDAFTARAN:__________________________ HEP 6

AKU JANJI PELAJAR


Saya, ______________________________________________________________________________________, No. Kad Pengenalan _________________________________, dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar POLITEKNIK UNGKU OMAR, yang dibuat dari masa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar institusi ini. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain:(a) Akan mematuhi subsyeksyen 10(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174], untuk tidak menjadi ahli, atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah manamana undang-undang, sama ada ianya dalam Institusi atau di luar Institusi, dan sama ada ianya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri Pengajian Tinggi; (b) Akan mematuhi subsyeksyen 10(3) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 untuk tidak menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyokong, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti poltik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram; (c) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib am sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 termasuk(i) Tidak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan-larangan am, yang antara lain termasuklah(A) Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan dan nama baik Institusi, mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi; (B) Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada ketenteraman atau keselamatan awam, kesopanan atau tatatertib; dan (C) Tidak akan melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis; sama ada di dalam atau di luar kampus. Peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, latihan amali, pakaian dan penampilan diri, menduduki peperiksaan, sekatan mengenai penggunaan teks kuliah; 17

(ii)

(iii)

Peruntukan berkenaan dengan mengorganisasikan perhimpunan, penggunaan pembesar suara, panji-panji dan plakad-plakad; Peruntukan berkenaan dengan penerbitan, pembahagian dan pengedaran dokumen-dokumen; Peruntukan berkenaan dengan aktiviti pelajar di luar kampus dan penglibatan pelajar dalam apa-apa pekerjaan; Peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minum atau memiliki minuman keras, memiliki bahan lucah, memiliki dan menggunakan dadah dan racun; dan Peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus, kawasan larangan dan kad pelajar;

(iv)

(v)

(vi)

(vii)

(d) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama atau sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976; dan (e) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976. Saya sesungguhnya faham sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau arahan berkenaan, termasuklah disingkirkan daripada Institusi. * Tarikh: 23 Disember 2011 Tandatangan Pelajar Nama Pelajar No. Pendaftaran Program : : :

** Tandatangan Saksi Pelajar (Ketua Jabatan/ Pegawai JHEP) Nama Saksi Jawatan Saksi : :

*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 23 Disember 2011) **(Ditandatangani oleh Ketua Jabatan HEP/Pegawai HEP)

18

NO.PENDAFTARAN:__________________________ HEP 7

IKRAR PELAJAR
Kami faham bahawa/ Politeknik Ungku Omar/ mempunyai peraturan-peraturan tertentu/ untuk menjamin/ sistem pembelajaran dapat berjalan/ dengan baik dan sempurna. Oleh itu/ saya berikrar akan mematuhi/ semua peraturan yang ditetapkan/ oleh Politeknik Ungku Omar/ dari semasa ke semasa. Saya tidak melibatkan diri/ dalam apa jua aktiviti/ yang tidak diingini/ yang tiada kaitan dengan pelajaran/ dan yang boleh mencemarkan/ imej Politeknik Ungku Omar/ sepanjang menjadi pelajar/ di Politeknik ini. Jika saya didapati/ melakukan kesalahan di atas/ semasa saya/ masih menjadi pelajar di sini/ maka saya/ dengan rela hati/ sedia menerima sebarang hukuman yang diputuskan/ oleh pihak berwajib/ Politeknik Ungku Omar/ termasuk diberhentikan dari menjadi pelajar. Dan ibu bapa/ atau penjaga saya/ tidak akan membuat/ sebarang bantahan dan rayuan/ ke atas hukuman yang diambil/ oleh pihak Politeknik Ungku Omar/ terhadap saya. Ikrar ini saya lafazkan/ dengan penuh kesedaran/ di hadapan Tuan Pengarah/ dan Ketua Jabatan saya/ pada hari Jumaat/ Lapan Julai / Dua Ribu Sebelas/ di Dewan Jubli Perak/ Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

* ____________________________________________ Tandatangan Pelajar

Nama Pelajar No. Pendaftaran No. Kad Pengenalan Program

: ___________________________________________________________ : ___________________________________________________________ : ___________________________________________________________ : ___________________________________________________________ 19

*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 23 Disember 2011)

HEP 8

POLITEKNIK UNGKU OMAR


POLITEKNIK PREMIER

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA


BORANG SOAL SELIDIK KEBERKESANAN PROGRAM MINGGU SUAIKENAL SESI DISEMBER 2011
ARAHAN: Bagi kenyataan 1 hingga 8, sila bulatkan mengikut skala 1 hingga 5. 1. Amat Tidak Setuju Jantina : L / P
1. 2. 3. 4. 5. 6. MSK dapat memperkenalkan saya kepada kehidupan kampus. MSK dapat mempereratkan silaturahim di antara pelajar. MSk dapat menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk memulakan kehidupan sebagai warga politeknik. MSK dapat memperkenalkan saya kepada sistem politeknik. MSK dapat meningkatkan motivasi saya untuk belajar. Taklimat -taklimat di bawah berkesan :a.Taklimat Kaunseling. b.Taklimat Polis Diraja Malaysia. c.Taklimat MS ISO 9001:2008. d.Taklimat Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan. e.Taklimat Perpustakaan. f.Taklimat Pelan Integriti Nasional (PIN). g. Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Pengambilan dan Data h. Taklimat Disiplin/ Akta 174 dan Taklimat Bantuan Kewangan & Kebajikan. 7. 8. AJK MSK membantu dan memberi kerjasama yang baik. Susunan jadual aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian. 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5

2. Tidak Setuju

3. Tidak Pasti

4. Setuju

5. Amat Setuju

20

You might also like