You are on page 1of 11

FORMULA UNSUR

FORMULA SEBATAIAN

PENYEDIAAN LARUTAN KIMIA

TEKNIK ASAS KIMIA

PERSAMAAN KIMIA

MOL & KEMOLARAN

SIFAT KIMIA BHAN PEPEJAL & LARUTAN

#1 MENYEDIAKAN LARUTAN DARI BAHAN KIMIA PEPEJAL

#2 MENYEDIAKAN LARUTAN CAIR DARI LARUTAN PEKAT PENYEDIAAN LARUTAN KIMIA

#3 PENYEDIAAN LARUTAN PIAWAI ( STANDARD )

#4 PENTITRATAN ASID - BES

#1
Jisim pepejal = Kemolaran larutan x Jisim formula relatif x Isipadu larutan (g) (mol dm-3) (g mol-1) (dm3)

CONTOH: Anda dibekalkan dengan pepejal hablur kuprum(II) sulfat terhidrat, CUSO45H2O (jisim formula reletif = 249.6) sediakan 500 cm3 larutan kuprum(II) sulfat dengan kemolaran 0.5 mol dm3. Jisim CuSO45H20 yang diperlukan = 0.5 X 249.5 X 500 = 62.38 g 1000 timbang 62.38 g CuSO45H20 dan larutkan dalam air suling hingga menjadi 500 cm3. Gunakan kelalang volumetrik 500 cm3.

#2
isipadu asid pekat = kemolaran larutan X JMR X 100 yang diperlukan (CM3) (Mol dm3 Contoh; Asid sulfurik pekat H2SO4 Jisim molekul relatif = 98 Ketumpatan = 1.84 g/cm3 kepekatan = 96%

Sediakan 1 dm3 larutan asid sulfurik dengan kemolaran 0.5 mol dm3 =
0.5 X 98 X 100 = 27.7 cm3

1.84 X 96 Sukat 27.7 cm3 asid sulfik pekat dan alirkan perlahan-lahan ke dinding dalam kelalang volumetrik 1 dm3 yang mengandungi kira-kira separuh air suling (Peringatan : Jangan tuangkan air suling kepada asid pekat) tambahkan air suling hingga isipadu larutan menjadi 1 dm3.

#3
Jisim NaOH yang diperlukan = kemolaran X isipadu x jisim formula relatif NaOH 1000

Contoh: penyediaan 250cm3 larutan natrium hidroksida. NaOH, 2.0 Mol dm3. = 2.0 X 250 X 40 1000 Timbang 20.0 g (tepat) dalam sebuah bikar kecil yang kering dan ditutup. Sebuah kelalang volumetrik 250cm3 yang bersih diisikan dengan air suling kira-kira satu pertiga penuh 20.0 g natrium hidroksida tadi dituangkan melalui corong turas, bikar kecil tadi dibilas dengan sedikit air suling. Kemudian semua air bilasan dituangkan ke dalam kelalang volumetrik. Pembilasan diulangi beberapa kali . Corong turat ddibilas beberapa kali dengan air suling. Kemudian corong turas ditanggalkan. Kelalang volumetrik digoncangkan perlahan-lahan sehingga semua natrium hidroksida larut. Air suling ditambah dengan berhati-hati sehingga meniskus larutan berada pada senggatan 250cm3 . kelalang volumetrik ditutup dengan penutup sehingga ketat. Kelalang volumetrik digoncang dan ditelengkupkan beberapa kali supaya larutan bercampur sekata. = 20.0 g

PENTITRATAN ASID

kaedah analisis kuantitif untuk menentukan isipadu asid yang diperlukan bagi meneutralkan dengan tepat suatu alkali yang mempunyai isipadu tertentu dengan bantuan sesuatu penunjuk yang sesuai

Penunjuk(seperti fenolftalein atau metil jingga) berubah warna sebaik sahaja kuantiti asid yang ditambak secukup-cukupnya sahaja meneutralkan kuantiti asid yang digunakan

Pentitratan dihentikan sebaik sahaja warna penunjuk berubah iaitu apabila takat akhir tercapai.

PENTITRATAN UNTUK TENTUKAN KEPEKATAN ASID SULFURIK CAIR

25.0 cm3 larutan natrium hidroksida 0.4 mol dm3 dipipetkan ke dalam kelalang kon 250 cm3. Dua titik larutan fenolftelin ditambahkan ke dalam kelalang kon itu. Warna larutan menjadi merah jambu. Sebuah buret yang diapitkan pada kaki retort diisikan dengan asid sufurik cair. Bacaan awal buret dicatatkan.

Dengan cermat, asid sulfurik cair daripada buret dialirkan sedikit demi sedikit ke dalam kelalang kon sambil mengoncangkannya. Apabila warna merah jambu larutan dalam kon menjadi semakin pudar, asid sufurik cair dialirkan perlahan-lahan. Setiap kali asid sulfurik dialirkan, kelalang kon digoncangkan. Pentitrattan dihentikan sebaik sahaja larutan dalam kelalang menjadi tidak berwarna, iaitu apabila takat akhir tercapai. Bacaan akhir buret direkodkan

Pentitratan diatas diulangi dua kali untuk mendapat keputusan yang jitu

Keputusan Contoh

Keputusan ( Contoh ) Nombor pentitratan Bacaan akhir buret ( cm3 ) Bacaan awal buret ( cm3 ) 1 20.50 0.50 2 41.05 21.00 20.05 3 20.45 0.50 19.95

Isipadu asid sulfurik cair yang 20.00 digunakan ( cm3 )

formula

Purata isipadu asid sulfurik cair yang diperlukan


= 20.00 + 20.05 + 19.95 3 = 20.00 cm 3 Bilangan mol natrium hidroksida yang digunakan = mv

1000
= 0.4 x 25.0 1000 = 0.01 mol

PERSAMAAN TINDAK BALAS PENEUTRALAN

2NaOH = H2SO4

-----> Na2SO4 + 2H2SO4

Daripada persamaan ,2 mol natriun hidroksida memerlukan 1 mol asid sulfurik untuk penuetralan. Oleh itu bilangan mol asid sulfurik yang diperlukan = 0.01 x 1 = 0.005 mol 2 Kepekatan asid sulfurik cair yang digunakan = Bilangan mol H2SO4 Isipadu H2SO4(dm3) = 0.005 x 1000 20.00 = 0.25 mol dam-3

LARUTAN IODIN
CARA MEMBUATNYA: larutkan 20 g pepejal kalium iodida dalam 1 liter air suling . Masukkan 12.7 g pepejal iodin dan kacau hingga larut. Jika terlalu, cair dengan air suling mengikut keperluan

LARUTAN ASITIK ORCEIN

CARA MEMBUAT: Pepejal orcein boleh dilarutkan dalam asid asitik lalu menghasilkan larutan asitik orcein. Masukkan 45 cm3 asid asitik tulin ke dalam sebuah kelalang yang mempunyai kondenser refluks, campurkan 55 cm3 air suling ke dalamnya. Masukkan 3 gm pepejal orsein dan simpan dalam almari wasap. Jika menggunakan kondenser refluks, tak payah menyimpan kelalang dalam almari wasap. Selepas beberapa jam, masukkan manik-manik kaca dan didihkan kelalang perlahan -lahan selama 2 jam. ( jika ada kondenser reflux, didihkan selama 1 jam) Sejukkan dan kemudian turaskan. Bila perlu, campurkan 10 cm3 larutan simpanan itu dengan 12 cm3 air suling.

LARUTAN METHYLENE BLUE

CARA MEMBUATNYA: campurkan 1 g methylene blue dan 0.6 g natrium klorida dalam 100 cm3 air suling.

LARUTAN EOSIN

CARA MEMBUATNYA: larutkan 0.5g eosin dalam 100 cm3 air suling

LARUTAN SAFRANIN

CARA MEMBUATNYA: Larutkan 1 g safranin dalam 100 cm3 etanol 50 % . rendamkan tisu yang hendak diwarnakan itu ke dalamnya selama 1/2 jam. Keluarkan dan basuh dengan air suling dan sediakan larutan asitik - etanol dengan cara mencampurkan 1 cm3 asid astik dengan 99 cm3 etanol 70% . Selepas tisu dibasuh dengan air suling, rendam pula ke dalam larutan asitik - etanol untuk menanggalkan safranin

LARUTAN LAC TOPHENOL - COTTON BLUE

Cara membuatnya: Campurkan hablur fenol 20 g, asid laktik 20 gm , gliserol 40g, cotton blue (metil biru) 0.05 g dan air suling 20 cm3. Rendam tisu kulat dalam larutan itu selama 5 minit. Basuhkan dengan air untuk menamggalkan pewarna yang berlebihan. Periksa di bawah mikroskop

You might also like