P. 1
kajian kes jawi

kajian kes jawi

|Views: 45|Likes:
Published by Kamisiah Bujang

More info:

Published by: Kamisiah Bujang on Dec 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/11/2011

pdf

text

original

inovasi

FRIDAY, MAY 6, 2011

Contoh Kajian Jawi
Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Pelajar Tahun 4: Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding Bab 1: Pernyataan Masalah 1.1 Pengenalan Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahan dan dipelihara. Pada satu ketika dulu, tulisan jawi menjadi antara medium bagi penyampaian ilmu di kalangan umat Islam di nusantara. Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan jawi juga digunakan bagi menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-undang, politik dan perhubungan antarabangsa. Antara bukti tulisan jawi digunakan secara meluas di nusantara ialah penemuan suratsurat perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan jawi, penemuan batu-batu bersurat yang dijumpai di Kedah dan Terengganu, Kanun Undang-Undang Negeri seperti Hukum 44 di Kedah, Majallah Ahkam di Johor dan Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di Melaka semuanya ditulis dan dibukukan dalam tulisan jawi lama. Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan tulisan jawi memainkan peranan yang sangat penting. Pada zaman dahulu kita dapat lihat, ulama’-ulama’ tersohor di rantau alam Melayu menulis kitab semuanya menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai medium penyampaiannya. Antara penulisan tersebut ialah Matla’ al-Badrain karangan Sheikh Ahmad al-Fathani, Furu’ Masail dan Munyatul Musalli karangan Syeikh Daud alFathani, Durr al-Thamin karangan Syeikh Abdullah al-Fathani, Faridatul Fara’id karangan Syeikh Abdussamad al- Palembangi dan Bahrul al-Mazhi karangan Syeikh Idris al-Marbawi. Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi agak berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan Melayu yang telah diterbitkan sejak sebelum merdeka lagi telah diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu, tindakan pantas Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menanggung sebahagian besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan akhbar ini terus diterbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk sisipan yang diterbitkan bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin. Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan rumi digunakan sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin hilang daripada masyarakat Melayu di Malaysia.

1. Kajian ini juga mengambil kira aspek-aspek kelemahan P&P. kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secara teratur oleh pakar-pakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakin tersusun. tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Kajian ini juga sebagai perintis kepada kajian-kajian yang lebih terperinci dalam bidang pengajaran dan pembelajaran jawi bagi memastikan tulisan jawi terus berkembang subur dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Justeru itu. Selain daripada itu. usaha bekas Perdana Mewnteri yang Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi memperkenalkan program j-QAF di sekolahsekolah rendah bermula pada tahun 2005 seolah memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi membugarkan semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu ketika dulu.2 Latar belakang Kajian Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi memastikan bahawa semua murid SKDN menguasai tulisan jawi menjelang 2015 bertepatan dengan misi sekolah. Wujudnya Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan bagi memartabatkan tulisan jawi. . kajian ini akan dipanjangkan ke Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pelajaran Selangor dan Bahagian PendidIkan Islam di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan dan kajian kes bagi masalah pembelajaran jawi di salah sebuah sekolah di Malaysia. Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi di kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding dan akan menjadikan SKDN sebagai sekolah sifar buta jawi menjelang 2015. kesediaan pelajar. SKDN Cemerlang Menjelang 2015. Melihat kepada pengalaman semasa sebagai guru.Namun begitu. suatu usaha yang bersepadu dan bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi kekal sebagai medium kepada penyampaian ilmu di serata nusantara. Selain daripada itu. Selepas selesai kajian tindakan ini. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu medium penyampaian ilmu pengetahuan. perlu ada kajian yang mendalam berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid sehinggakan menghilangkan minat untuk belajar tulisan jawi. bagi memastikan warisan tulisan jawi ini terkubur. Semoga kajian ini menjadi titik awal bagi memartabatkan tulisan jawi di peringkat sekolah rendah dan diteruskan diperingkat yang lebih tinggi demi memastikan tulisan jawi terus menjadi pilihan dan perhatian masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. motivasi rendah untuk setiap pelajar dan sukatan pelajaran sedia ada.

adalah disebabkan tahun 4 adalah tahun pertama di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang menerima program j-QAF di mana program ini membekalkan guru terlatih bersama dengan modul-modul khas terutamanya Modul Pemulihan Jawi. Sewajarnya murid telah menguasai kedua-dua asas ini sebagai persediaan kepada kemahiran yang seterusnya pada tahap dua.3 Latarbelakang Permasalahan Kajian Kajian ini akan memberikan penumpuan kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun empat. Murid yang lemah akan dijadikan sampel bagi aktiviti pemulihan jawi. Setelah data ini dikenal pasti murid akan dikelaskan mengikut tahap penguasaan jawi mereka seperti Amat baik. Pada akhir tahun akan diadakan penilaian sekali lagi sebagai persediaan kepada kajian tindakan selanjutnya. Latar belakang murid juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian . Manakala murid yang sederhana akan diberi latih tubi di dalam kelas harian. Selain daripada itu. adalah kerana tahun 4 empat adalah fasa peralihan daripada tahap satu kepada tahap dua.1. peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun semasa dan penilaian jawi 6 bulan yang termasuk dalam instrument j-QAF. 1. inilah masa yang sesuai menilai keberkesanan program ini dan jika terdapat kelemahan. Antara objektif mikro bagi kajian ini ialah: 1. Kajian ini akan mengumpulkan semua data pelajar tahun empat untuk dianalisis tahap pencapaian sebenar pelajar dalam tulisan jawi. kelemahan tersebut perlu ditampung mengikut kesesuaian bagi menjamin program ini terlaksana dengan jayanya. Ketiga. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. Sumber kepada data-data ini ialah peperiksaan akhir tahun ketika mereka berada di tahun 3. tahap perkembangan fisiologi murid juga berada dalam fasa yang berlainan daripada murid tahun 1 hingga 3. pertama. Kajian ini akan melibatkan semua murid tahun empat SKDN yang berjumlah 115 orang sebagai sampel kajian (soal selidik dan pengumpulan data) dan 7 orang Guru Pendidikan Islam terlatih sebagai responden untuk temubual dan 20 orang murid lemah jawi yang telah dikenalpasti melalui ujian yang dilaksanakan oleh GPI sebagai sampel kepada aktiviti pemulihan jawi. guru-guru ini adalah guru yang dilatih khusus bagi tujuan pemulihan jawi. Antara sebab tahun 4 dipilih dan dijadikan penanda aras dalam penilaian ini adalah berasaskan beberapa faktor. Guru GPI yang mengajar kelas tersebut akan dimaklumkan tahap murid. Justeru. Kedua. Justeru. kajian ini diperlukan bagi mengkaji bagaimana perubahan fisiologi dan kematangan murid mempengaruhi kemahiran sedia ada. Sederhana dan Lemah.4.1 Tujuan Kajian Tujuan kajian yang utama adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul data berkaitan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi yang bertujuan untuk memudahkan tindakan susulan dijalankan bagi memastikan SKDN sifar buta jawi menjelang tahun 2015.

Ini akan memudahkan guru menggunakan pendekatan yang sesuai.2 Persoalan Kajian Kajian ini cuba merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di kalangan pelajar SKDN. pengayaan dan pemulihan di dalam dan luar kelas. 1. 3.murid. 2. kita akan mendapat beberapa rumusan berdasarkan persoalan kajian yang telah diutarakan di atas dan selari dengan matlamat kajian ini dilaksanakan. 5. Ini amat penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid terhadap tulisan jawi. Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Perincian data mengenai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran adalah perlu bagi memudahkan guru melakukan aktiviti tambah nilai. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas. Mengenalpasti tahap bantuan yang diberi oleh ibu bapa dan penjaga terhadap kemahiran menulis dan membaca jawi. kajian ini pada akhirnya cuba menjelaskan kepada warga ibu bapa dan pendidik bagaimana membina minat n kecenderungan lam sesuatu matapelajaran khususnya jawi dan pendidikan Islam secara keseluruhannya. Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan murid. Diharapkan dengan lahirnya modul tersebut dapat memudahkan pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi dalam masa yang telah ditetapkan. Kem ini bertujuan melahirkan pelajar yang mampu menguasai kemahiran asas bagi bacaan dan tulisan jawi. Justeru menggunakan instrument temubual dan soal selidik. Kajian ini akan cuba melihat kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi daripada beberapa sudut yang berbeza. Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada masyarakat hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Murid yang lemah akan diwajibkan menyertai Kem Celik Jawi yang akan diadakan pada akhir bulan 12. Sebagai instrumen bagi menilai murid keupayaan asas jawi.4. Justeru itu. 4. Kajian ini dengan menggunakan instrumen yang dibina akan cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait yang telah dinyatakan. sederhana dan lemah. Jika penyelidik merasakan kajian ini sebagai kajian pertama dan . pada akhir kajian ini. Mengenalpasti jumlah murid bagi pengkelasan yang ditetapkan iaitu baik.

5 Hipotesis Kajian Pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmu adalah perkara asas dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah.memerlukan kajian lanjutan. apabila pelajar gagal menguasai kemahiran asas gurulah orang pertama yang dipersalahkan. Penulis mendapati ada trend yang berbeza daripada sudut pencapaian pelajar. luar bandar. sederhana dan baik. Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Dapat mengenalpasti secara tepat jumlah murid yang lemah. Dengan instrumen yang telah dibina kajian ini akan cuba mencari adakah wujud hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas. Ini memudahkan GPI untuk lebih memahami masalah murid dan cuba mencari pendekatan sesuai bagi mengatasi masalah tersebut. 2. Selain daripada itu. pedalaman dan pinggir bandar. Bagi murid yang lemah data sedia ada dapat membantu guru bagi melakukan pemantauan yang berterusan terhadap murid apabila berada di dalam kelas dan di Kem Celik jawi manakala bagi murid yang tahap penguasaannya sederhana akan memudahkan guru untuk membuat aktiviti tambah nilai dan dan pengayaan yang sesuai dengan aras pencapaian murid . Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang dinyatakan di atas. faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan alasan kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas. Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat murid antaraya latarbelakang murid dan keluarga dan pencapaian semasa murid. tetapi cuba mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan murid.6 Kepentingan Kajian Kajian ini perlu dilaksanakan atas beberapa sebab. kita sering mendengar. Selain daripada itu. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai GPI yang melihat bahawa adanya peningkatan dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru yang disenangi oleh murid. penyelidik akan terus membina hipotesis baru bagi memperincikan lagi aspek-aspek yang tidak diperincikan dalam kajian ini. 1. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pembacaan penulis berkaitan pencapaian UPSR di sekolah bandar. Umum juga di sajikan dengan beberapa kajian yang menyatakan bahawa minat dan kecenderungan murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Kajian ini cuba mencari formula yang sesuai terutamanya bagi GPI untuk menarik minat pelajar terhadap tulisan jawi. 1. Antaranya: 1.

Kajian ini hanya melibatkan semua pelajar tahun 4 SKDN.Program pemantapan Pendidikan Islam yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bermula tahun 2005. Namun sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai kajian tindakan.tersebut. kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka. Justeru kajian ini akan mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang dibincangkan. Bab 2: Tinjauan Literatur 2. Kemahiran membaca yang dimaksudkan adalah termasuk kemahiran menyebut dan mengingat huruf tunggal. 4. kemahiran menulis suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membina dan menulis ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka serta kemahiran menulis ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup.8 Definisi Istilah SKDN. perkaitan antara prestasi cemerlang dengan guru yang baik dan merungkai hubungan dan perkaitan antara minat dan kecenderungan pelajar dengan prestasi semasa pelajar. Manakala Kemahiran menulis yang dimaksudkan ialah kemahiran menulis huruf tunggal. Ini amat penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid terhadap tulisan jawi.7 Batasan Kajian Kajian ini hanya terbatas kepada penguasaan pelajar terhadap dua kemahiran asas tulisan jawi iaitu kemahiran membaca dan menulis . Pelajar tidak diperkenalkan bentuk-bentuk khat kerana kemahiran itu akan di ajar pada tahun 5 dan 6. Namun hasil tinjauan yang dilakukan masih . kemahiran membatangkan perkataan. kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup.Jawi Q-Quran A-Bahasa Arab dan F. 1. 1. 3. ibu bapa dan penjaga pelajar dan 7 orang GPI yang ditempatkan di SKDN.Fardhu Ain.Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding GPI . Dapat merungkai hubungan antara prestasi pelajar dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi. J.Guru Pendidikan Islam j-QAF. kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membaca buku cerita pendek. Kajian ini tidak menekankan penulisan khat sebagai medium.1 Pendahuluan Pada dasarnya kajian ini akan memfokuskan berkaitan masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun 4 SKDN. penulis telah menjalankan tinjauan literature berkaitan tajuk yang telah dipilih. Dapat Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi.

sudah pasti terdapat ruang dan jurang perbezaan yang amat luas dan ketara antara sekolah menengah dan sekolah rendah. Hassan Basri. Tesis Sarjana Pendidikan. 2005. Namun begitu. 4. Hassan Basri. namun ia dilakukan berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan khusus berkaitan penguasaan jawi di sekolah-sekolah menengah di Selangor. Penulis juga berkesempatan meneliti laporan kajian IRPA yang telah dilakukan oleh beberapa penyelidik daripada Universiti Malaya yang diketuai oleh Dr. 1998. Universiti Malaya.2 Kajian Yang berkaitan 1. Nik Rusila bt Yaakob. Ini kerana pada masa tersebut. Namun ia berkaitan dengan perlaksanaan keseluruhan j-QAF di Terengganu. kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian yang akan dilakukan oleh penulis. daripada aspek jawi. Ia melibatkan kajian terhadap modulmodul yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Namun begitu. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Justeru. Universiti Malaya. Kajian IRPA. Ishak Haron dan Hassan Basri. Penulis mendapati kajian ini secara detail menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan penguasaan jawi di kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar. 1991. Amri Daud.tiada kajian yang melibatkan masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi secara terperinci. 2. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Apa yang dapat penulis simpulkan ialah kajian ini secara detail menghuraikan berkaitan data dan fakta namun begitu kajian ini dilakukan sekitar hujung tahun 80an dan awal 90an dan penulis berpandangan masih ada ruang untuk menyemak semula kajian yang dilakukan kerana sifat dan sikap pelajar juga berubah mengikut peredaran masa dan suasana setempat. . Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. kertas kerja ini di dasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekolah rendah. Kajian IRPA.2001. 2. Universiti Malaya. 3. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kajian yang sangat berkualiti. Kajian yang baik yang dilakukan oleh penyelidik ini. modul ini memperinci dan menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan jawi yang dilaksanakan oleh guru j-QAF yang hanya melibatkan modul mengenal dan membaca huruf tunggal jawi. Jika diteliti. j-QAF baru diperkenalkan dan hanya bermula di tahun 1.

pengayaan mahupun aktiviti pemulihan sama ada aktiviti tersebut dilakukan di dalam kelas atau di luar daripada kelas.1 Pendahuluan Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan bagi membantu guru untuk membuat tindakan susulan sama ada untuk aktiviti tambah nilai. Mohd Azhan bin Abdul Halim.edu.5. Kaedah kedua adalah berasaskan kaedah soal selidik. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. pembinaan modul khusus bagi murid yang lemah jawi. peperiksaan awal tahun bagi tahun semasa (2009) dan instrumen penilaian 6 bulan Jawi. 2. dan modul . Kaedah ini digunakan bagi menganalisis prestasi lalu dan semasa bagi setiap murid dan mengenal pasti dimanakah kelemahan ketara bagi murid yang gagal untuk lulus. Ia melibatkan pembinaan item untuk soal selidik yang perlu diedarkan kepada ibu bapa bagi mengetahui latarbelakang responden bagi memudahkan aktiviti penyesuaian dilakukan oleh GPI di dalam kelas atau diluar kelas. penulis akan membentangkan kepada pembaca berkaitan dengan metodologi kajian yang diikuti oleh penulis bagi memastikan kajian ini benar-benar menepati kajian yang berbentuk ilmiah yang menjadi rujukan di SKDN.my. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid berkaitan kemahiran membaca dan menulis jawi.2 Reka bentuk Kajian Kajian ini akan menggabungkan beberapa kaedah. Kaedah pertama akan menggunakan instrumen penilaian yang melibatkan peperiksaan yang telah lepas iaitu peperiksaan akhir tahun bagi tahun lepas (2008).3 Kesimpulan Secara keseluruhannya. Kaedah ketiga adalah berasaskan temubual atau perbincangan profesional bersama rakan GPI bagi mengenalpasti aspek yang menyebabkan murid lemah dan kurang berminat untuk mengikuti P& P jawi di SKDN. 2006. 3. Justeru. penulis berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan oleh penulis adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi pendidikan Islam di SKDN khususnya dan di Malaysia amnya. Didapati dari atas talian http://jpnperak. Bab 3: Metodologi Kajian 3. Kaedah keempat. Namun ia adalah berkaitan penilain terhadap modul yang dibina dan dilaksanakan oleh guru cemerlang tersebut. Justeru bagi mendapatkan kajian yang benar-benar berkualiti.com. Penulis juga sempat meneliti sebuah kajian tindakan yang dilakukan oleh seorang guru cemerlang yang boleh didapati daripada laman web JPN Negeri Perak.

3 Populasi Kajian Kajian ini tertumpu kepada semua murid tahun 4. Peperiksaan akhir tahun 2008 b.4 Instrumen Kajian Kajian ini berasaskan beberapa instrumen: 1. Ia juga melibatkan ibu bapa dan penjaga responden beserta 7 orang GPI. b. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 c. Hulu Langat. Selangor. Jalan Hulu Langat 43100 Hulu Langat.tersebut akan dinilai keberkesanannya oleh GPI berdasarkan boring-borang penilaian yang telah disediakan.6 Pengurusan Data Data akan dikumpul dan akan dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi memudahkan . Hasil yang dirumus daripada ketiga-tiga instrumen yang terdahulu. Alamat sekolah ialah: SK Dusun Nanding KM 17. Kaedah Peperiksaan dan Penilaian a. Borang A: dihantar kepada ibu bapa respondenbagi mengetahui latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi responden yang telah dipilih.5 Lokasi Kajian Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang berada di bawah Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. Borang B: diberi kepada murid bagi menilai hubungkait-hubungkait kepada persoalan yang diutarakan dalam permasalahan kajian. Kaedah Temubual dan Perbincangan Profesional: kaedah ini digunakan sebagai medium untuk bertukar-tukar fikiran dan bagi melihat masalah yang berlaku daripada perspektif guru. 4. 3. Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding. Selangor. 3. Hasil daripada penilaian tersebut akan dirumus bagi menghasilkan dapatan kajian yang boleh digunakan sebagai rujukan dan penambahbaikan pada masamasa akan datang. modul akan dibina berasaskan kepada kelemahan pelajar sedia ada dan digunakan untuk memulihkan pelajar dan modul ini akan dinilai keberkesanannya dari masa ke masa. Instrumen Penilaian Jawi 6 bulan 2. Selangor yang merangkumi 144 murid. Kaedah Soal Selidik a. 3. 3. Pembinaan modul dan penilaian terhadap modul yang telah dilaksanakan. 3.

Alis bin Puteh. Rujukan 1. aktiviti menilai. Namun jika melibatkan kualitatif. min dan median bagi memudahkan penyelidik merumus kajian yang telah dijalankan. mentafsir dan merumus akan dijalankan oleh penulis sendiri. . Universiti Malaya. 6. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. bagi data yang bersifat kuantitatif atau kajian lapangan analisis data akan dibuat secara deskriptif iaitu dalam bentuk jadual dan peratus dan juga dalam bentuk statistik iaitu dalam bentuk graf bergantung kepada kesesuaian hasil dapatan. Kajian IRPA. Ishak Haron dan Hassan Basri. Kaedah Penyelidikan.8 Kesimpulan Kajian ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan semua objektif yang digariskan dapat dicapai dengan jayanya. Kaedah ini digunakan bagi menilai sesuatu data yang bersifat kauntitatif. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Abdul Majid Konting. Tesis Sarjana Pendidikan. Kedua. 8. analisis akan dibuat dalam bentuk mod.7 Analisis Data Analisis akan dibuat dalam beberapa bentuk: Pertama bagi data kualitatif. Semoga kajian ini menjadi kajian perintis kearah sifar buta jawi bagi mencapai visi SKDN Cemerlang Menjelang 2015. Amri Daud. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam.my. 2. 2006. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. 2005. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. 2008. 3. Nik Rusila bt Yaakob. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Hassan Basri. 3. 4. Idris Awang. Mohd Azhan bin Abdul Halim.2001. Didapati dari atas talian http://jpnperak. 1997. 3. Universiti Malaya. 1991. 1998. Universiti Malaya. 7. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kajian IRPA. 2002. Pure Honey Enterprise: Kuala Lumpur. 5.dan memastikan ketepatan rumusan yang dilakukan.com. Akademi Pengajian Islam Univerti Malaya: Kuala Lumpur.edu. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->