You are on page 1of 2

Hubungkait Falsafah dalam Pendidikan Falsafah juga diertikan sebagai pertimbangan asas dan andaian terhadap perkara penting.

Fokus utama dalam perbincangan ini ialah hubung kait falsafah dengan pendidikan. Lazimnya dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana ilmu pendidikan yang digunakan mesti mengandungi ciri yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan, ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Pertimbangan yang dibuat harus berasas dan tepat sesuai dengan matlamat FPK yang menekankan pembentukan modal insan yang seimbang.

Selain itu, falsafah juga dikatakan sebagai pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan. Hal ini bermaksud falsafah sememangnya sesuai dijadikan sebagai cara bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku dalam kehidupan manusia (Abd Rahim Abd Rashid, 2003). Menurut Abd Fatah Hasan, beliau berpendapat bahawa, Falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah.

Falsafah

pendidikan

juga

adalah

pecahan

daripada

falsafah

umum

pendidikan. Falsafah umum pula terdiri daripada beberapa falsafah seperti idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Secara umumnya falsafah idealisme memberi fokus kepada kepentingan pemikiran, jiwa dan kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang memandang alam kebendaan adalah sebagai realiti hidup. 4

Pragmatisme dibentuk oleh ahli falsafah Amerika Syarikat yang mempercayai bahawa manusia memperoleh pengetahuan hanya melalui pengalaman dan penyelesaian masalah. Falsafah eksistensialis menjurus kepada falsafah yang

bersifat individualistik kerana menekankan aspek manusia bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan kehidupannya.

Daripada mazhab falsafah umum seperti yang dinyatakan, telah terlahirlah pelbagai falsafah pendidikan yang berasaskan kepadanya. Falsafah pendidikan terbahagi kepada empat iaitu perenialisme, esensialisme, progresivisme dan rekonstruksionisme.

Perenialisme membawa pandangan konservatif terhadap pendidikan kerana beranggapan bahawa prinsip pendidikan adalah tetap dan selalu berulangan. Esensialisme telah dibentuk oleh William C. Bagley yang memberi tumpuan kepada usaha mengkaji semula perkara-perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah.

Progresivisme pula telah diasaskan oleh John Dewey di Amerika Syarikat yang beranggapan sekolah berperanan menyediakan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah. Akhir sekali rekonstruksionis menekan kepada perubahan dan pembaharuan. yang

You might also like