You are on page 1of 38

Pendawaian Elektrik dan Peralatan Elektrik Domestik Kuliah 7

Pemeriksaan & Pengujian Pendawaian Elektrik

October 31, 2011

1.1 Fungsi Pemeriksaan & Pengujian


i. Memastikan kebolehfungsian dan keselamatan sistem pendawaian ii. Menguji komponen & peralatan dalam pendawaian iii. Memastikan pendawaian dilakukan berdasarkan piawaian IEE, TNB & JKR iv. Mengesan kerosakan (trouble shooting)

1.2 Keperluan Terhadap Pemeriksaan & Pengujian


Pemasangan baru (untuk pastikan kebolehfungsian, ketepatan & keselamatan) Pemasangan penambahbaikan atau pengubahsuaian (untuk pastikan kebolehfungsian, ketepatan & keselamatan) Pemasangan elektrik sedia ada (untuk pastikan keselamatan & tiada kerosakan)

1.3 Jenis-Jenis Pengujian


i. ii. iii. iv. v. Pemeriksaan penglihatan Ujian keterusan pengalir & pengalir litar gelang Ujian kekutuban Ujian pembumian Ujian rintangan penebatan

2.0 Pemeriksaan Penglihatan


qKaedah pengujian adalah melalui penglihatan mata kasar bagi mengesan sebarang kerosakan atau kesilapan. qTujuan Pengujian: i. Memastikan sambungan pengalir betul, ketat dan baik ii. Pemilihan kod warna & saiz kabel yang betul iii. Memastikan bahan & perkakasan yang dipasang mengikut piawaian iv. Memastikan perkakasan pendawaian yang dipasang bebas dari kerosakan fizikal

3.0 Ujian Keterusan


q U j i a n k e t e r u s a n d i j a l a n k a n s e c a r a l i t a r m a t i menggunakan alatan seperti meter pelbagai, meter ohm atau loceng penguji. qTujuan Pengujian: i. Memastikan keterusan sesuatu kabel (bebas dari kerosakan jenis litar buka) ii. Memastikan sambungan kabel (hidup & hidup, neutral & neutral, bumi & bumi) berterusan dari satu poin ke poin yang lain iii. Memastikan keterusan sambungan litar gelang iv. Memastikan perkakasan seperti fius, MCB, suis utama, ELCB, mentol dan lain-lain berada dalam keadaan baik

Penggunaan Meter Pelbagai dalam Pengujian Keterusan


i.
buzzer ACV DCV

x1000 x100 DCmA x10

Laraskan multimeter ke julat (x10 atau x100) ii. Pastikan jarum multimeter terpesong iii. Sentuhkan satu prob pada bahagian hujung kabel dan satu prob lagi pada penghujung yang satu lagi pada kabel yang sama iv. Sekiranya jarum multimeter terpesong menunjukkan keterusan kabel berada dalam keadaan baik (tidak terputus atau tiada litar buka

3.1 Ujian Keterusan Pengalir Life & neutral Tujuan: memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan yang baik disepanjang litar. (tidak terputus atau tiada litar buka). Alat pengujian: meter pelbagai atau meter ohm Langkah-langkah: i. Suis utama, ELCB dan MCB dilitar-buka (Switch Off) ii. Semua beban hendaklah ditanggalkan. iii. Suis hendaklah di litar-tutup ( Switch On ).

Rajah Pengujian: (keterusan pengalir hidup)

Rajah Pengujian: (keterusan pengalir neutral)

3.2 Ujian Keterusan Pengalir perlindungan (bumi) Tujuan: memastikan setiap pengalir perlindungan (pembumian) disambung dengan betul dan berkesan Alat pengujian: meter pelbagai atau meter ohm Langkah-langkah: i. Suis utama, ELCB dan MCB dilitar-buka (Switch Off) ii. Semua beban hendaklah ditanggalkan. iii. sambungkan prob penguji seperti rajah; iv. nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Rajah Pengujian: (pengalir pelindung)

3.3 Ujian Keterusan Litar Akhir Gelang Tujuan: memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan disepanjang litar gelang. Alat pengujian meter pelbagai atau meter ohm Langkah-langkah:
i. Tanggalkan kedua-dua punca konduktor hidup dari MCB, konduktor neutral dari terminal neutral dan konduktor bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan. ii. Sambungkan prob penguji seperti gambarajah ( E-E). iii. Ulang tatacara bagi (L-L) dan (N-N). iv. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Rajah Pengujian: (pengalir litar gelang)

3.3 Ujian Keterusan pada peralatan perlindungan atau perkakasan tambahan Tujuan: mamastikan peralatan pelindungan seperti fius, MCB, suis utama, ELCB srta mentol lampu berada dalam keadaan baik (berfungsi Alat pengujian meter pelbagai atau meter ohm Langkah-langkah:
i. ii. iii. iv. Tanggalkan peralatan perlindungan daripada KFA Sambungkan prob penguji seperti gambarajah Peralatan dilitar-tutup (switch-on) Sekiranya jarum penunjuk terpesong menunjukkan bahawa peralatan tersebut berada dalam keadaan baik dan sebaliknya.

Rajah Pengujian: (Peralatan pelindungan)

Pengujian keterusan fius

Pengujian keterusan MCB

4.0 Ujian Kekutuban


qUjian keterusan dijalankan secara litar mati atau secara litar hidup qTujuan Pengujian: i. Memastikan setiap alat kawalan kutub tunggal (suis, termostart dan fius) serta peranti perlindungan disambung pada konduktor fasa (kabel hidup) sahaja ii. Memastikan sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung pada konduktor fasa iii. Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap konduktor fasa, neutral dan bumi disambung pada terminal yang betul.

4.1 Ujian kekutuban litar mati Dijalankan dalam keadaan bekalan elektrik diputuskan Alat pengujian meter pelbagai atau meter ohm Langkah-langkah:
i. ii. iii. iv. v. Pastikan bekalan elektrik diputuskan terlebih dahulu (switch-off suis utama) Semua beban hendaklah ditanggalkan. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on ). Lakukan pengujian seperti pada rajah Pastikan jarum penunjuk meter pelbagai terpesong (bacaan kurang dari 1ohm)

Rajah Pengujian: (Kekutuban fasa / life) - litar mati

4.1 Ujian kekutuban litar Hidup Dijalankan dalam keadaan bekalan elektrik mengalir melalui litar pendawaian Alat pengujian meter pelbagai dan lampu penguji 240V Langkah-langkah: i. Bagi PENGALIR HIDUP, satu punca dari penguji disentuhkan pada neutral suis utama dan satu punca lagi disentuhkan pada tempat yang hendak diuji kekutuban pengalir hidupnya. Contohnya soket, suis, lampu dan sebagainya. ii. Jika menggunakan alat penguji seperti lampu, ia kan menyala manakala jika menggunakan meter volt, ia akan menunjukkan bacaan voltan bekalan (240v).

iii. Bagi PENGALIR NEUTRAL pula, satu punca dari penguji disentuhkan pada punca hidup suis utama dan satu punca lagi disentuhkan pada tempat yang hendak diuji kekutuban neutralnya. iv. Alat penguji akan berkendali sekiranya kekutuban neutral berada pada pemasangan yang betul.

Rajah Pengujian: (Kekutuban Fasa) - litar Hidup

Multimeter

Rajah Pengujian: (Kekutuban Neutral ) - litar Hidup

Multimeter

5.0 Ujian Pembumian


5.1 Ujian Rintangan Elektrod Bumi qTujuan Pengujian: i. Menguji nilai rintangan elektrod bumi, ii. Mengetahui kesesuaian kedudukan elektrod yang ditanam, iii. Memastikan elektrod yang ditanam itu tidak berada dalam kawasan rintangan bertindih dengan elektrod lain.

Alat pengujian Penguji Rintangan Bumi (Earth Resistance Tester).

Langkah-langkah: i. Terminal E meter penguji disambungkan ke elektrod yang hendak diuji (konduktor hijau) pada kedudukan X. ii. Terminal P disambungkan pada pancang voltan (spike potential) (konduktor kuning) dengan jarak 10 meter daripada elektrod bumi (kedudukan Z).

iii. Terminal C disambungkan pada pancang arus (spike current) (konduktor merah) pada jarak 20 meter daripada elektrod bumi (pada kedudukan Y).

iv. Tekan suis penguji & laraskan pelaras ohm sehingga bacaan meter
menjadi nilai 0 iii. Ambil bacaan rintangan yang ditunjukkan oleh pelaras ohm (= Z1 )

vi. Ujian ini perlu diulangi sebanyak 3 kali vii. Peringkat ke 2 Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan bacaan kedua (Z2) viii. Peringkat ke 3 Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan bacaan ketiga (Z3)

Daripada ketiga-tiga nilai rintangan, dapatkan nilai purata bagi menentukan nilai rintangan elektrod bumi yang diuji Z = (Z1 + Z2 + Z3) 3 Nilai galangan yang sesuai untuk menempatkan elektrod bumi adalah menghampiri nilai 10

5.2 Ujian Peranti Arus Baki Tujuan Pengujian: Memastikan Peranti Arus Baki (PLBB / ELCB) terpelantik dalam masa yang ditetapkan apabila berlaku kebocoran arus ke bumi Alat Pengujian ELCB / PLBB tester Alat ini lengkap dengan satu palam 13A yang boleh disambung kepada soket alir keluar 13A. Pilih kepekaan ELCB supaya sama dengan kepekaan ELCB yang hendak diuji, untuk menentukansama ada ELCB boleh terpelantik. Masa yang diambil untukterpelantik mestilah tidak melebihi 40 milisaat.

6.0 Ujian Rintangan Penebatan


Tujuan Pengujian: i. Untuk mengetahui ketahanan penebatan sesuatu kabel pada pemasangan yang dibuat apabila ia digunakan. ii. Memastikan sama ada kabel pendawaian bebas dari arus bocor di antara pengalir itu sendiri dan juga diantara pengalir dengan bumi. Alat Pengujian: Alat penguji penebatan (megger meter)

6.1 Ujian Penebatan antara pengalir Pendawaian 1 fasa = antara fasa (life) & neutral Pendawaian 3 fasa = Antara fasa & fasa Antara fasa & neutral
Tujuan Pengujian: i. Untuk menguji ketahanan penebatan antara pengalir dan mengetahui pada pengalir-pengalir tersebut berlakunya sebarang litar pintas ataupun kebocoran.

Cara Pengujian: i. Beban perlu ditanggalkan atau suis di OFF kan. ii. Punca penguji diletakkan kedua-duanya pada bahagian keluaran suis utama (iaitu pada neutral dan hidup). iii. Bacaan yang diperolehi oleh penguji mestilah tidak kurang daripada 1M. Ini menunjukkan bahawa litar berkendali dengan baik dan kebocoran/litar pintas tidak berlaku kerana penebatan pengalir adalah sempurna

Rajah Pengujian: pengujian penebatan antara pengalir

6.3 Ujian Penebatan pada peralatan elektrik


Tujuan Pengujian: i. Untuk menguji ketahanan penebatan antara pengalir pada perkakasan elektrik mudah alih Cara Pengujian:

i.

Kedua-dua punca penguji menyentuh ke dua-dua punca kabel beban. ii. Bacaan penguji mestilah tidak kurang dari 0.5 M. Jika ianya kurang, maka alat tersebut mungkin akan mengalami kebocoran /litar pintas apabila ianya digunakan. .

Rajah Pengujian: pengujian penebatan peralatan EK

6.3 Ujian Penebatan antara pengalir dengan bumi


Tujuan Pengujian:

i. Untuk mengetahui kekuatan penebatan pengalir-pengalir supaya tidak membocorkan arus ke bumi yang boleh membawa kepada kemalangan dan kecederaan yang tidak diingini.
Cara Pengujian:

i. Kedua Beban perlu ditanggalkan atau suis di OFF kan. Pengalir neutral dan hidup di suis utama dicantumkan bersama di punca penguji. ii. Satu punca penguji diletakkan di bumi kotak agihan. iii.Bacaan tidak kurang dari 1M diperolehi.

Rajah Pengujian: pengujian penebatan pengalir & bumi

7.0 Turutan pengujian


Tujuan Pengujian:

i. ii. iii. iv. v.

Untuk pemerhatian Ujian keterusan Ujian rintangan elektrod bumi Ujian Rintangan penebatan Ujian Keketuban

You might also like