You are on page 1of 2

Peranan Sastera

Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan sejak tahun 1957.


Matlamatnya untuk membolehkan pelajar atau rakyat Malaysia khususnya menjiwai
unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan,
kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta akan tanah
air dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai. Dengan
adanya pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat mencerminkan masyarakat
kesenian yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai
kemahiran berbahasa bahasa Melayu.

Peranan sastera terutamanya sastera Melayu dapat membina insaniah dalam


kehidupan manusia. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina ‘modal
insan’ yang diharap-harapkan oleh pemimpin negara. Kita tidak mahu melahirkan
satu bangsa seperti robot yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan ketika
bertindak atau mengambil keputusan. Apa yang kita boleh lihat sekarang, ramai
bijak pandai dalam bidang sains dan teknologi tetapi sayang mereka gagal dalam
usaha melahirkan pemimpin yang bermoral, berjati diri dan mempunyai nilai-nilai
kemanusiaan. Pemimpin yang tidak berjiwa seperti di atas, merupakan manusia
yang hilang pertimbangan ketika bertindak. Akibat daripada itu, masalah rasuah,
keruntuhan moral sehingga membawa kepada kemusnahan alam dan manyusahkan
masyarakat. Justeru mengembalikan nilai sejagat yang bersifat kemanusiaan
sebenarnya terkandung dalam sastera.
Di peringkat sekolah Kesusasteran Melayu memainkan peranan sebagi satu cabang
ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin
ilmu sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Sementara itu di
peringkat pengajian tinggi pelajar didedahkan dengan teknik penulisan ilmiah,
rencana dan penulisan kreatif dan pelajar juga diberikan pengetahuan tentang
dunia penerbitan dan penyiaran selaras dengan matlamat pembudayaan bahasa
Melayu melalui sistem pendidikan.

Selain itu, sastera juga berperanan dalam usaha pengayaan khazanh ilmu dan
persuratan bahasa Melayu wajar dipertingkatkan kepada semua peringkat usia
pembelajaran dan pengajarn. Dengan cara ini, proses pembentukan jati diri dan
cinta akan khazanah negara dapat diatur, dilentur, dibentuk dengan sebaik-baik
mungkin. Proses pengayaan ini merupakan proses yang berterusan dan menjadi
agenda utama dasar pentadbiran negara.
Shahnon Ahmad (1997: 25) menyatakan bahawa kesusasteraan berperanan sebagai
satu cabang kesenian yang berteraskan cinta. Cinta di sini maksudnya cinta kepada
keindahan dan cinta kepada kebenaran. Karya kesusasteraan dicipta oleh para
sasterawan untuk membangunkan peribadi manusia supaya cinta akan keindahan
dan cinta akan kebenaran. A. Samad Said (1997: 35) pula menyatakan bahawa
peranan sastera sebagai rakman dan renungan interaksi insan seni dengan
masyarakat dan masalah mereka. Setiap karya yang tercipta, sedikit sebanyak
mendekatkan insan seni itu kepada sebahagian kecil cakerawala Tuhan yang luas,
di samping menggarapkannya dengan sesam makhluk yang sama-sama mencari dan
sama-sama menikmati dan sama-sama terhukum oleh getir-getar kehidupan. Oleh
latar dan pengaruh itu, sastera mestilah berkhasiat untuk batiniah dan minda
manusia. Manakala Usman Awang (1997: 41) menjelaskan bahawa peranan sastera
meliputi semua aspek kehidupan manusia secara luas. Tiada sesiapapun yang boleh
mendakwa bahawa dia mempunyai monopoli terhadap budaya Malaysia. Budaya
bersama kita hanya akan lahir daripada penghidupan bersama semua rakyat bukan
contoh angkuh daripada sebilangan kecil golongan kaya dan istimewa.

You might also like