You are on page 1of 10

KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 4 TAJUK : MASALAH MENGENAL PASTI PEMBOLEHUBAH-PEMBOLEHUBAH SAINS BAGI 10 ORANG MURID TAHUN

6 PENGENALAN Masalah kelemahan pelajar-pelajar dalam menguasai pengetahuan sains kerap dibicarakan. Biasanya perkara ini menjadi isu apabila terdapat perbezaan yang ketara di antara satu kelompok pelajar dengan satu kelompok pelajar yang lain; di antara mata pelajaran sains dengan mata pelajatan teras yang lain dan di antara satu tahun dengan tahun yang sebelumnya. Kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains telah mempengaruhi bilangan pelajar yang memperoleh keputusan 5 A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Canossian Convent, Segamat. Post mortem yang dilakukan oleh pihak sekolah telah mengenal pasti masalah sebenar murid berpunca dari tidak mahir mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah dalam sesuatu soalan eksperimen.Mereka gagal mengenal pasti pembolehubah sekaligus gagal menulis jawapan bagi bahagian B. Natijahnya murid-murid yang sepatutnya beroleh pangkat A tidak tercapai. Ramai yang telah memberi pandangan dan cadangan untuk mengatasi masalah kelemahan murid dalam menjawab Kertas Sains UPSR Bahagian B. Ada yang berpendapat bahawa kelemahan murid disebabkan persekitaran yang dialami oleh murid-murid. Pengalaman memainkan peranan yang penting bagi membantu penguasaan pelajaran. Murid-murid yang lemah dikatakan tidak terdedah kepada istilahistilah atau unsur-unsur sains sehingga kurang pengalaman bagi membantu pembelajaran mereka dalam mata pelajaran Sains ini. Satu lagi pendapat menyatakan bahawa masalah murid-murid yang lemah dalam penguasaan pengetahuan Sains adalah berpunca dari masalah sikap yakni sikap terhadap pembelajaran dan sikap terhadap mata pelajaran itu. Penguasaan Sains bergantung kepada sikap yang positif terhadap mata pelajaran itu. Murid harus menyedari dan menghayati kepentingan Sains; penguasaan pengetahuan adalah berpunca dari keinginan dan minatnya sendiri dan bukan disebabkan oleh faktor-faktor lain. Tanpa keazaman, kejayaan pasti tidak akan tercapai. Bagi mengatasi masalah ini, kami berpendapat bahawa guru memainkan peranan yang penting bagi mencetuskan minat pelajar terhadap sains melalui kepelbagaian kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran serta alat bantu mengajar yang berorentasikan teknologi maklumat dan komunikasi perlu ditekankan. Lantas, kami telah memperkenalkan Program Bijak Sains (Latinda Sains) setiap kali memulakan P&P selama 5 minit. Program ini boleh dilakukan dengan kaedah soal jawab atau menjawab lembaran kerja yang disediakan. Selain itu, lembaran kerja yang mengandungi soalansoalan mengenal pasti pembolehubah telah disediakan.

MASALAH KAJIAN Murid-murid belum mahir mengenal pasti pembolehubah dalam setiap eksperimen yang dijalankan. Oleh itu, mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan yang biasa disoal dalam bahagian B seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Nyatakan pembolehubah manipulasi, bergerak balas dan dimalarkan. Nyatakan pembolehubah yang perlu dikawal. Nyatakan 2 maklumat yang perlu dikumpul dalam eksperimen ini. Nyatakan tujuan penyiasatan ini. Tuliskan satu hipotesis berdasarkan eksperimen tersebut. Nyatakan hubungan antara dua pembolehubah. Berikan inferens. Berdasarkan hipotesis di atas, tuliskan satu kesimpulan. Jika murid-murid tidak mahir mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah, sudah pasti hampir semua soalan bahagian B tidak dapat dijawab. Fenomena ini menyebabkan pencapaian murid yang sepatutnya beroleh pangkat A menjadi pangkat B, C dan kadang-kadang menjadi gagal kerana tidak berupaya menjawab bahagiab B ini. Ketidakupayaan mereka mengenal pasti pembolehubah menyebabkan mereka tidak dapat menulis jawapan struktur Kertas Sains Bahagian B. Sekaligus menyebabkan bilangan pelajar yang sepatutnya berjaya memperoleh 5A berkurangan. 10 orang murid ini dipilih sebagai pelajar dalam kajian ini bagi merealisasi hasrat seramai 10 orang murid mendapat 5 A. Mereka terpilih kerana tidak konsistant dalam pencapaian mereka. Murid-murid ini selalu mendapat pangkat B dan sekali sekala mendapat A.

MATLAMAT KAJIAN 1. Murid-murid mahir mengenal pasti pembolehubah-pemboleh dalam setiap


eksperimen sains 2. Mereka dapat menulis jawapan bahagian B seperti pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah dimalarkan; menulis inferens, membuat hipotesis dan membuat kesimpulan. 3. Impaknya peratus keseluruhan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Sains akan meningkat sekaligus menambahkan bilangan pelajar memperoleh 5 A.

SKOP KAJIAN
10 orang murid 6 Amanah telah dipilih bagi merealisasi matlamat pencapaian ini sekaligus bilangan murid mendapat 5 A pada tahun 2011 seramai 10 orang, insya-Allah. Murid-murid itu ialah : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Mohd Ikwan Solehin b.Sauri Mohammad Al-Amin b.Ibrahim Khairul Zulfadli b. Ahmad Tamami Amirul b.Yusuf Sharul b.Mohd Nor Nur Nabila bt.Jamil Nurul Aina bt.Shamsol Kamal Nur Amira bt.Ramli Hayanie Asilah bt.Mahhadee Ika Nadhira bt.Razak

MATERIAL 1. Soalan-soalan latihan bahagian B : 10 X 4 helai X 6 set =240 helai (RM 24)
2. Buku-buku rujukan Sains 3. Kertas A4 / F4 - 2 rim 4. Stensil - 4 kotak JUMLAH RM 20 RM 40 RM 84

SENARAI SEMAK
NO 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10 11. 12. 13 14 AKTIVITI Pertemuan dengan pelajar kajian dan mengenal pasti masalah Merangka proposal Implimentasi TOV Implimentasi Soalan set 1 Impimentasi Soalan set 2 Implimentasi Soalan set 3 Analisis pencapaian murid Merangka strategi baru ( pengubahsuaian) Implimentasi Soalan set 4 Implimentasi Soalan set 5 Implimentasi Soalan set 6 Analisis pencapaian murid Menulis Laporan Menghantar proposal TARIKH Mac 2011 Akhir Mac 2011 Awal April Pertengahan April Akhir April Awal Mei Pertengahan Mei Akhir Mei Awal Jun Pertengahan Jun Akhir Jun Awal Julai Awal Julai Awal Julai

ANALISAS PENCAPAIAN MURID Bil


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Nama Pelajar

TOV
B B B B B B B B B B

Set 1

Set 2

Set 3

Set 4

Set 5

Set 6

KESIMPULAN
Dari huraian di atas, dapatlah dirumuskan bahawa di antara faktor-faktor sangat penting yang mempengaruhi keupayaan pelajar-pelajar mempelajari Sains ialah kesediaan mereka dalam pengetahuan asas yang perlu ada untuk mengikuti sesuatu mata pelajaran Sains. Kesediaan pengetahuan mengenai isi mata pelajaran yang akan diikuti mempunyai kesan yang signifikan dalam mata pelajaran tersebut. Kesediaan ini meliputi pengetahuan asas mengenai konsep yang bakal dikemukakan, kemahiran-kemahiran sains (KPS) dan kemahiran manipulatif sains (KMS). Implikasi dalam pengajaran sains ialah, guru perlulah terlebih dahulu mengenalpasti apakah pengetahuan-pengetahuan yang perlu ada untuk sesuatu topik yang akan diajarnya dan seterusnya mengambil langkah-langkah imbuhan yang sesuai sekiranya murid-murid didapati tidak mempunyai pengetahuan asas yang mencukupi. Kajian tindakan ini menggunakan formula satu putaran penyelidikan, seperti yang diperkenalkan oleh Cogan (1973) dan Goldhammer (1969). Ianya terdiri dari lapan langkah iaitu : Langkah 1 (Mengenal pasti masalah) langkah ini memulakan hubungan antara guru dan 10 orang murid yang dikaji. Pertemuan ini dirancang untuk menjelaskan tujuan kajian dibuat dan menyatakan fungsi guru bagi mengatasi masalah mereka yang tidak mengusai cara penulisan jawapan kertas sains bahagian B. Dengan cara ini murid-murid dapat memahami tujuan-tujuan dan matlamat kajian tindakan dilakukan kepada mereka. Langkah 2 (Perancangan Kajian) Guru merancang pelajaran dengan menetapkan objektif, menyenaraikan langkah-langkah pengajaran serta juga hasil yang diharapkan dari segi pembelajaran murid. Jadi perancangan ini meliputi juga strategi pengajaran yang akan dijalankan oleh guru dan bahan-bahan bantu belajar bagi setiap pembelajaran yang menjadi tumpuan iaitu bahagian B. Langkah 3 (Perancangan Pemerhatian) Guru merancang strategi pemerhatian yang hendak dijalankan. Ini meliputi kegiatan-kegiatan yang akan difokuskan, teknik pengajaran dan bagaimana pemerhatian itu akan direkodkan atau bagaimana data akan dikutip. Langkah 4 (Pemerhatian) Langkah ini adalah penting. Guru menjalankan pemerhatian terhadap murid yang dinilai dengan menggunakan segala yang dipersetujui dalam langkah 2 dan 3 tadi sebagai kayu pengukur. Langkah 5 (Analisis) Guru menganalisis semua hasil pembelajaran murid. Tujuan langkah ini ialah memastikan matlamat kajian menuju kea rah sasaran tercapai. Langkah 6 (Post Mortem) Guru berbincang dengan murid tentang pencapaian mereka setakat ini dan membuat pengukuhan / pengayaan / penilaian bagi murid-murid yang memerlukan. Dengan cara ini matlamat pasti dapat dicapai.

Langkah 7 (Penilaian dan Perancangan Semula) - Setelah guru menganalisis dan membuat post mortem, satu tindakan atau perancangan semula perlu dilakukan bagi mengatasi segala masalah yang telah dikenal pasti pada langkah 6. Perubahan perlu dibuat, memulakan putaran yang baru dengan teknik atau strategi yang baru dan pengubahsuaian yang diperlukan.

SET 1 BAHAGIAN B Jawab semua soalan. KOLAM A KOLAM B

40 cm Rajah 1

20 cm

1. Pada tahun 2004, 500 ekor anak-anak ikan tilapia yang sama saiznya telah dilepaskan di dalam kolam A dan kolam B. Setahun kemudian didapati purata saiz ikan tilapia dalam kedua-dua kolam tersebut adalah seperti Rajah 1.

a) Nyatakan pembolehubah-pembolehubah berikut : i) ii) iii) Pembolehubah malar Pembolehubah manipulasi :___________________ :___________________

Pembolehubah bergerak balas : ___________________

b) Nyatakan 2 maklumat yang perlu dikumpukan dalam penyiasatan ini. i) ___________________________________________ ii) ___________________________________________ c) Berikan satu inferens tentang perbezaan saiz ikan dalam kolam A dan kolam B. _____________________________________________________________________ ___ d) Nyatakan hubungan antara dua pembolehubah dalam penyiasatan ini. _______________________________________________________________________ _ e) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan ini. _______________________________________________________________________ SET 2 _ BAHAGIAN B Jawab semua soalan.

Rajah 2

2. Rajah 2 menunjukkan dua ketul ais yang berlainan saiz diletakkan di dalam dua buah bikar kaca. Kedua-dua ais tersebut dibiarkan melebur. Keseluruhan ais dalam bikar A melebur pada minit ke-8 manakala ais pada bikar B melebur pada minit ke-4. a) Nyatakan pembolehubah-pembolehubah berikut : i) ii) iii) Pembolehubah malar Pembolehubah manipulasi :___________________ :___________________

Pembolehubah bergerak balas : ___________________

b) Nyatakan 2 maklumat yang perlu dikumpukan dalam penyiasatan ini. i) ___________________________________________ ii) ___________________________________________ c) Berikan satu inferens tentang perbezaan masa ais melebur pada bikar A dan bikar B. _____________________________________________________________________ ___ d) Nyatakan hubungan antara dua pembolehubah dalam penyiasatan ini. _______________________________________________________________________ _ e) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan ini. _______________________________________________________________________ _ SET 3 BAHAGIAN B Jawab semua soalan.

Beban (gram) Panjang Spring (cm)

500 10

600 12

700 14

80 0 16

900 17

1000 17

1100 17

Jadual 3

3. Sebuah radas yang menggunakan spring telah diletakkan berbagai-bagai beban yang berbeza beratnya. Jadual 3 menunjukkan hubungan antara berat beban dengan panjang spring. a) Nyatakan pembolehubah-pembolehubah berikut : i) ii) iii) Pembolehubah malar Pembolehubah manipulasi :___________________ :___________________

Pembolehubah bergerak balas : ___________________

b) Nyatakan 2 maklumat yang perlu dikumpukan dalam penyiasatan ini. i) ___________________________________________ ii) ___________________________________________ c) Berikan satu inferens tentang panjang spring ketika berat beban 1000 1100 gram. _____________________________________________________________________ ___ d) Nyatakan hubungan antara dua pembolehubah dalam penyiasatan ini. _______________________________________________________________________ _ e) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penyiasatan ini. _______________________________________________________________________ _ f) Apakah pola perubahan panjang spring dari beban 500gram hingga 900 gram? _______________________________________________________________________ _

You might also like