You are on page 1of 12

.. Tajuk: Semangat kerja berpasukan bagi menjayakan konsep 1 Malaysia. ( Journal:Majalah Pelajar 12hb April 2011.pg.

34) Semangat kerja adalah penting dalam mengubah rancangan menjadi realiti. malah disiplin diri merupakan fakta penting dalam mencapai kejayaan peribadi manakala disiplin diri membantu kita menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang benarbenar penting dalam kehidupan seseorang.Peranan majikan amat penting sekali di sesebuah organisasi.Ia bertanggungjawab kepada semua kegiatan di sekolah.Majikan dan pekerjanya berupaya terhadap iklim kerja, tingkat profesionalisme, semangat dan rasa tanggungjawab terhadap pekerja. Sebagai seorang pentadbir hendaklah membuat

keputusan, merancang dan melaksana hasil kerja,mengawasi dan mempengaruhi kakitangan dalam pelaksanaan program,syarikat serta menyelaras pelbagai aktiviti kakitangan supaya mereka berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah pasukan dan dari semasa ke semasa menilai kemajuan dan prestasi institusi.Mengapa terdapat perbezaan persepsi terhadap sesuatu perkara atau isu dikalangan satu kumpulan pekerja berbeza antara satu sama lain.Selain mengkaji satu kumpulan individu, ahli psikologi juga berminat mengkaji seseorang individu secara terperinci dan menyeluruh.Mereka cuba memahami perhubungan yang kompleks bagi aspek-aspek yang berlainan yang ada pada diri seseorang. Perbezaan tersebut mempunyai hubungan dengan cara seseorang individu berfingsi secara keseluruhan.Kajian personality bukan sahaja memfokus kepada satu proses psikologi tertentu tetapi juga perhubungan antara beberapa proses yang berlainan dengan memahami bagaimana proses berkaitan antara satu sama lain.Biasanya akan 1

.. memberi gambaran yang lebih menyeluruh jika satu kehidupan manusia berfungsi atau bertindak secara menyeluruh dibandingkan dengan memahami setiap proses secara berasingan. Melalui ilmu psikologi, bidang personality memberi penumpuan kepada dua perkara, iaitu kepada diri seseorang secara keseluruhan dan kepada perbezaan antara individu .Ahli psikologi memang mengakui bahawa terdapat persamaan individu, namun dalam bidang personality, ahli psikologi memberi tumpuan mengapa terdapat perbezaan antara kalangan individu.Mereka cuba memberi jawapan kepada beberapa soalan seperti berikut;Contohnya: Mengapa terdapat individu yang lebih berjaya manakala terdapat pula satu golongan individu yang sentiasa gagal dalam kehidupan mereka. Sebagai pemimpin profesional,majikan diharap untuk menggerakkan, membimbing, menggalak dan menyelia pekerja untuk memperbaiki dan mengekalkan

kualitinya.Memimpin sebuah organisasi dalam alaf baru ini sangat mencabar kerana keadaanya sungguh kompleks. Kemajuan yang dicapai menjadikan manusia dan

persekitaran semakin canggih. Pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh majikan pada masa kini. Untuk memastikan keupayaannya memimpin maka majikan perlu memperkemaskan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran agar tugas yang dijalankan itu dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Disini akan dibincangkan masalah disiplin pekerja dalam menguruskan diri dan syarikat terhadap bidang tugas masing-masing. Ini bermakna jangan hanya mengharap untuk bekerja di sektor kerajaan semata-mata. Belia perlu sedar bahawa bekerja di sektor swasta juga menjamin masa depan. Kerana dalam era globalisasi ini tidak ada bezanya bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Keduaduanya menjanjikan gaji dan intensif yang sama seimbang. Bahkan bekerja di sektor swasta menjanjikan peluang naik pangkat yang kerap cuma syaratnya para belia perlu 2

.. komited, rajin, inovatif dan progresif dalam melakukan sebarang pekerjaan. Memilih pekerjaan, banyak mendatangkan kerugian itu, kikislah sikap memilih kerja dan bekerjalah menurut kelayakan dan kelulusan yang kita miliki. Janganlah malu untuk menceburi dalam pekerjaan 'blue collar' kerana pekerjaan itu juga sangat mulia dan boleh memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan dan kemajuan negara. Para belia yang menjadi pemangkin dan aset negara yang sangat penting di masa depan, perlulah sama sekali mengikis sikap tidak gemar dengan bidang kerjaya di sektor swasta dan sebaliknya digantikan dengan sikap dedikasi dan komited kepada kerja tanpa memilih siapa majikan sama ada kerajaan atau swasta. Insya-Allah dengan langkah sedemikian pengangguran yang kini meningkat hari demi hari akan dapat dikurangkan. Perubahan sikap individu dan budaya kerja Perubahan sikap dan mindset perlu ada pada diri para belia. Jangan hanya mengharap 'belanja' daripada ibu bapa. Berjinak-jinak dengan pekerjaan apa saja asalkan ianya halal di sisi agama Islam. Jangan merasa malu bekerja sebagai buruh kasar dan bekerja di tepi-tepi jalan, kerana ianya lebih mulia daripada melepak tidak tentu arah di jalanan. Selain itu, para belia perlu juga mempunyai sikap berdikari iaitu dalam erti kata lain bekerja sendiri dengan berjaja dan membuka perniagaan kecil-kecilan.Oleh yang demikian, para belia dari sekarang mustahak muhasabah diri dan merencanakan masa depan terutama sekali dalam meningkatkan pembangunan ekonomi diri sendiri dan keluarga dan dari situ akan dapat meningkatkan lagi ekonomi secra

keselruhannya. Dalam masa yang sama majikan juga menghadapi perkembangan teknologi maklumat. Ini kerana dunia pendidikan tidak statik tetapi sentiasa berubah walaupun dalam kadar yang perlahan selaras dengan perubahan dunia global kini. Era 3

.. teknologimaklumat menjanjikan pelbagai perubahan drastik kepada dunia pendidikan dan perubahan ini sekali gus mencabar para pendidik, para pekerja dan negara keseluruhannya.Kemahiran teknologi maklumat (IT) menjadi satu kemestian yang perlu ada pada diri seseorang ketua dan kemahiran ini tidak boleh datang begitu sahaja tanpa mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan yang semestinya memerlukan kos dan agak membebankan (Amidin & Musa 2000).Mengikut Alvin Tofler (1991) manusia perlu sedar bahawa era IT juga bakal membawa kesan besar dalam kehidupan manusia, bukan sahaja dari segi memberi manafaat tetapi tidak terlepas dari kemudaratannnya. Kepemimpina dan Teras Etika Kerja profesional Ciri-ciri yang dinyatakan berikut wajar dijadikan panduan yang dianggap sebagai teras "Etika Kerja Professional". a. Cemerlang Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan sambil lewa. Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mudah patah hati atau mengaku kalah.Untuk mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan baik dalam semua keadaan.

.. b. Sikap Berinisiatf Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkan berlakunya kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh dimaafkan tetapi jika dilakukan berulang kali akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain.Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja. Contohnya dalam bidang perniagaan pekerja akan berusaha untuk mengembangkan perniagaan syarikat dalam bidang-bidang baru seperti keluaran atau perkhidmatan yang baru. c. Niat Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya. Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup.Persepsi seorang pekerja itu terhadap kerjanya boleh disimpulkan dalam sebuah kisah pendek mengenai tiga orang pekerja binaan. Antara tiga pekerja binaan ini, siapakah yang paling berminat dan komited terhadap kerjanya ? Pastilah pekerja yang ketiga. Orang yang ketiga ini lebih memahami tujuan kerjanya itu dan lebih komited terhadap apa yang dilakukannya.2 Seseorang yang ingin bekerja dengan baik mestilah bekerja dengan niat yang ikhlas tidak kerana riak,

.. menunjuk-nunjuk, kerana terpaksa atau kerana tujuan lain. Kerja atau amalan yang kita lakukan bukan kerana niat yang betul akan mengurangkan kualiti kerja yang dilakukan.. Oleh itu, setiap kerja yang ingin kita lakukan hendaklah ikhlas. Ikhlas itu bermaksud murni atau bersih, tidak ada campuran. Ibarat emas yang tulen, bersih tanpa campuran daripada lain-lain bahan seperti perak, tembaga dan sebagainya. Maksud bersih di sini ialah, bersihnya sesuatu pekerjaaan dari campuran motif atau tujuan seperti ingin dipuji orang, ingin mendapat nama dan sebagainya. a.Kenalpasti isu Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tidak wajar mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan akibat pekerjaan tersebut kepada masyarakat dan alam sekitar. Sebagai contoh, sesebuah syarikat pemaju perumahan tidak wajar menggondolkan suatu kawasan hutan dengan sesuka hati demi apa yang dikatakan sebagai pembangunan. Perbuatan tersebut bukan sahaja menjejaskan alam sekitar, malah juga sumber pendapatan penduduk setempat.Tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana banyak projek-projek dewasa ini hampir melupakan faktor-faktor yang memberi kesan kepada masyarakat. Peranan ahli-ahli teknokrat amat penting dalam menekankan etika tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan; sebuah syarikat misalnya. Bayangkan jika seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah; segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat tersebut.Sifat amanah dalam kerja 6

.. yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan nilai-nilai keperibadian seorang pekerja yang baik. Peranan ketua-ketua bahagian atau majikan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam kerja. Pekerja-pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang diberi dan melaksanakan tugas itu dengan baik. Sifat ini bukan hanya melanda pekerja biasa sahaja, malah tidak kurang juga majikan atau ketua sendiri yang mengamalkan sifat tidak amanah ini. Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang diceburinya. Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang. Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih kecemerlangan dalam kerja. Pekerja akan sentiassa melihat da merebut peluang yang tercipta atau dicipta sendiri. Kata-kata hikmat dalam perniagaan yang sering dijadikan pegangan usahawan ternama iaitu, "Peluang mesti dicari, ianya tidak diberi". Ini merupakan faktor penting dalam mencapai kejayaan. b.Maklumat yang berkaitan Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang berpendidikan tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited dalam kerja. Banyak contoh yang dapat kita lihat dalam pentadbiran negara kita sendiri di mana ahli-ahli politik yang mengamalkan rasuah dan tidak kurangnya juga yang menerima 7

.. rasuah untuk meluluskan sesuatu projek. Malahan suatu gejala Poltik Wang pernah menggemparkan sebuah gergasi politik di negara kita. Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau pun dusta. Contoh tipu daya dalam pekerjaan ialah seorang peniaga yang suka menipu pelanggannya dengan tujuan melipatgandakan keuntungan. Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan yang diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Menjadi lumrah manusia, apabila ditimpa kesusahan mereka tabah menghadapinya dan keimanan mereka pada masa ini kuat sekali. Termasuk dalam golongan yang kufur nikmat ialah orang yang mengamalkan rasuah di dalam pekerjaan. Orang yang mengamalkan rasuah seolah-olah tidak bersyukur dan berasa cukup dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Rasuah dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya dan menguntungkan kedua-dua pihak (pemberi dan penerima rasuah) dengan cara yang mudah tetapi menyalahi undang-undang dalam bentuk imbuhan. Imbuhan rasuah pada masa kini berbentuk wang, saham, wanita cantik dan apa jua yang diatas nama sebagai hadiah. c.Penjelasan mengenai isu/skop Sejak beberapa dekad yang lalu, kepimpinan organisasi akan mengalami pelbagai perubahan.Misalnya, Hall dan Southworth (1997) menyifatkannya sebagai quantum change dengan merujuk kepada keadaan di Britain pada dekad yang lalu kerana. Isu sekarang ialah berhubung dengan sejauhmana majikan memainkan peranan sebagai 8

.. entrepreneur atau usahawan dan ini akan bercanggah dengan imej mereka sebagai ketua profesional dan aktiviti mereka dalam sistem kerja. Sejauhmana majikan berupaya secara berkesan menyumbang ke arah menjayakan syarikatnya atau bergantung kepada tafsiran peranan mereka dalam konteks keusahawanisme dan profesionalisme (Hall dan Southwall 1977). Namun begitu majikan seharusnya membuat pilihan mencapai keseimbangan antara kedua-dua dimensi ke arah mencapainya. Pada umumnya organisasi dalam alaf baru semestinya akan berubah selaras dengan tuntutan persekitaran, serangan teknologi dan nilai serta etika manusia (Murphy dan Hallinger 1992). Menurut Drucker (1993) pengetahuan kini menjadi sumber yang terpenting dan juga sebagai punca kepada transformasi yang sedang kita hadapi dalam alaf baru ini.Perubahan akan terus berlaku selagi manusia inginkan sesuatu yang berlainan dan selagi zaman beredar dan memerlukan penyesuaian dan kemajuan serta

penambahankemahiran tuntutan yang baru. Peters (1987) berpendapat:Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa kerana salah satu faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang berkesan. Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan beban tugas di samping memudahkan segala urusan kerja. Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan. Kita perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang telah kita lakukan sepanjang hari terutama dalam pekerjaan. Kita perlu menghisap diri di hujung minggu tentang apa yang telah kita laksanakan sepanjang minggu. Dan seterusnya kita perlu menghisap diri di akhir tahun untuk mempastikan apa sebenarnya yang telah kita lakukan (untuk diri kita, keluarga kita, bangsa kita, negara kita, agama kita) di sepanjang tahun.Penilaian diri (self-evaluation) ini tidak sama ertinya atau kurang bermakna jika 9

.. seorang itu pada awalnya tidak menggariskan, merancang atau menentukan apa yang ia hendak laksanakan dalam tempoh tertentu. Begitu juga penilaian diri ini juga bukan bermaksud agar kita menguji orang-orang lain dengannya, tetapi agar kita menguji diri sendiri, dan setelah mengetahui kekurangan dalam diri kita dan kesilapan strategi di dalam pekerjaan. d.Cadangan penambahbaikan Perubahan dalam pengurusan sangat penting malah pekerjaan adalah agen perubahan dan pembekal tenaga manusia untuk masa depan. Perubahan ini merupakan dilema yang harus ditangani secara proaktif, baik untuk menangani perubahan dalam organisasi mahupun yang dipengaruhi oleh anasir luar, adalah perlu disesuaikan oleh pihak pengurusan adalah sebahagian besarnya tanggunjawab majikan sebagai pemimpin dan agen perubahan yang utama. Walau bagaimanapun dalam sistem buruh yang

mengamalkan sistem berpusat , peranan majikan sebagai pemimpin syarikat ebih banyak dilihat sebagai pelaksana polisi dan melaksanakan arahan yang diterima. Majikan perlu mempertimbangkan struktur sistem penkerjaan dan menggunakan peranan yang ditentukan mengikut hiraki yang sedia ada. Kuasa majikan membuat keputusan untuk menentukan perubahan secara total kadangkala terhalang. Malahan peranannya seringkali lebih kepada membuat modifikasi atau menterjemah arahan untuk lebih mudah difahami oleh pekerjanya Seiring dengan itu pula ialah bagaimana visi itu diterjemahkan kepada strategi untuk merealisasikannya dan menentukan visi itu dikongsi bersama antara pengetua dengan stafnya. Penjelasan dan penerimaan visi oleh staf memerlukan komunikasi berkesan yang mencangkupi penyampaian dan penerangan serta maklumbalas staf sama ada mereka

10

.. memahami visi tersebut. Seterusnya Kotter (1996) mengenalpasti tiga pola untuk mengatasi maslah ini supaya ianya tidak memberi kesan yang menyusahkan kepada majikan iaitu ; i. Mengenalpasti dan mengatasi kekurangan komunikasi serta menentukan staf memahami apa yang hendak dicapai. ii. Penerangan hendaklah dilakukan secara terbuka.Oleh itu pemahaman dan penghayatan visi serta komitment kepada pekerja harus jelas. iii. Komunikasi hanya melalui bahan bercetak, yang menyebabkan ada yang tidak faham langsung dan membuahkan sikap sinis di kalangan staf dan mempengaruhi staf lain.Oleh itu segala arahan hendaklah jelas dan teratur serta mudah difahami oleh pekerja. Disebabkan perubahan menyeluruh memakan masa, pelaksanaannya

berkemungkinan hilang mendapat halangan daripadanya kurang minat, kerana tiada peneguhan kemajuan pelaksanaan. Oleh itu adalah penting segala kejayaan kecil diumumkan untuk memastikan rasa berjaya wujud di kalangan staf. Di samping itu, penghalang juga berlaku apabila sesuatu organisasi itu terlalu cepat mengisytiharkan kejayaan sedangkan pelaksanaannya belum menghasilkan hasil yang sebenar.Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional atau ahli teknokrat supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.

11

.. e.Peta minda

Sikap Berinisiatf

Cemerlang

Etika Kerja Professional Konsep 1 Malaysia

Jujur

Niat

Amanah

12

You might also like