You are on page 1of 4

SKOP TUGAS: Pengacara Majlis

Skop tugas pengacara majlis adalah menghebahkan kepada majlis mengenai aturcara dan perkara perkara yang perlu diumumkan selama majlis sedang berlangsung. Pengacara malis bertanggungjawab memastikan kelancaran majlis. Kebijaksanaan dan kepetahan berbicara amatlah penting bagi memastikan majlis menjadi hidup dan meriah.

Memastikan majlis mengikut turutan jadual acara majlis agar tidak lari dari masa yang telah ditetapkan. Mengumumkan acara acara sukaneka yang dijalankan, mengumumkan pemenang,pemenang cabutan nombor bertuah, mengumumkan kehadiran Adun Kajang, Mengumumkan penyertaan pihak yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis seperti Majlis Perbandaran Kajang, Jabatan Kerja Raya, Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Kementerian , Kesihatan Malaysia, pihak polis serta beberapa pihak penaja.

Analisa SWOT

Kelebihan

Seperti mana lazimnya setiap program yang dijalankan tidak semuanya mengikut rancangan. Yang menariknya semasa program ini sedang berjalan penduduk setempat disini mennerima arahan pengacara majlis dengan sporting dan

baik

sekali. Mereka kelihatannya begitu enjoy dengan suasana hari itu . Sistem

bunyi yang digunakan bukan setakat satu set malah ada dua set iaitu satu set disewa dan satu set lagi diperolehi dari penaja yang didatangkan bersama dengan Rostrum, Penggunaan mikrofon yang berwayar panjang membolehkan pengacara malis berjalan dari khemah majlis sehinggalah ke gelanggang sukaneka yang berlangsung.

Cuaca amat baik hari itu. Muzik yang dimainkan tiada sangkut dan tanpa henti. Yang Berhormat Encik Lee Kim Sin, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang juga begitu sporting meniupkan wisel menandakan majlis sudah bermula. Biro Sukan memberikan kerjasama yang cukup baik dengan pengacara malis dengan memaklumkan sukan sukan yang bakal dilangsungkan lebih awal agar pengumuman berjalan dengan lancar.

Begitu juga semasa mengumumkan hadiah bagi pemenang acara sukaneka dan cabutan bertuah. Peserta peserta menunggu sehingga majlis selesai bagi membolehkan mereka menerima hadiah cabutan bertuah. Tidak keliahatan peserta meninggalkan majlis lebih awal mungkin kerana inilah peluang mereka mengeratkan silatulrahim pada hari itu.

Kelemahan

Dalam setiap kelebihan itu pasti ada kelemahan. Mahu atau tidak ianya pasti berlaku. Begitu juga seperti yang berlaku pada majlis ini. Tetapi ianya bukanlah kelemahan yang besar sehingga mampu melumpuhkan acara majlis bahkan ianya mampu diselindungkan oleh semua biro-biro yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Antara kelemahan yang dihadapi oleh Pengacara majlisadalah apabila sudah tiba ditapak program seawal jam 6.45 pagi tetapi peralatan yang diperlukan seperti sistem bunyi , mikrofon dan rostrum masih belum kelihatan. Makluman diterima memberitahu bahawa tiada bekalan air semalaman dikawasan program mengakibatkan mereka yang terlibat berasa tidak selesa dan tindakan menjadi agak perlahan.

Satu lagi kelemahan adalah semasa mengumumkan gotong royang sudah bermula, AJK Penduduk minta ditangguhkan sehingga Jemputan khas iaitu YB ADUN Kajang tiba walhal ramai penduduk sudah bersedia dengan plastik sampah dan parang untuk memulakan acara. Sebahagian mendesak agar acara gotong royong bermula dan sebahagian lagi minta agar majlis menunggu sehingga VIP tiba agar menghormati jemputan. VIP tiba lewat 1 jam daripada jadual. Pengacara majlis terpaksa membuat Pengumuman agar gotong royong terus dimulakan dan

berhenti ketika tetamu jemputan tiba dan menyambut beliau beramai ramai sambil

beramah mesra. Ini bagi memastikan majlis tidak menjadi keliru dan berjalan dengan lancar.

Begitu juga kecelaruan timbul apabila Pengacara majlis menjadi keliru semasa mengumumkan acara sukaneka samada acara dewasa dimulakan dahulu ataupun acara kanak kanak. Ini adalah disebabkan gelanggang sukaneka telah dipenuhi kanak kanak sedangkan ketika itu acara dewasa harus dimulakan dengan segera.

Selain daripada ini Pengacara majlis tidak menghadapi apa-apa masalah lagi yang boleh diangap sebagai kelemahan. Alhamdulillah selain daripada kelemahan ini tugas pengacara majlis berjalan dengan baik dan lancar.

Opportunity Peluang yang diambil oleh pengacara majlis dalam menjayakan majlis ini bagi memantapkan kemahiran berkomunikasi di khalayak ramai. Menangani rasa mengawal panik semasa terpaksa membuat keputusan diketika itu dan belajar keadaan agar suasana sentiasa meriah dan riang.

Treat Tiada sebarang ancaman diterima baik sebelum, semasa dan selepas majlis dijalankan. Segalanya berjalan dengan lancar dan mengikut seperti yang dirancangkan.

You might also like