You are on page 1of 2

Soalan 1-Permainan Tradisional semakin dilupakan dan dipinggirkan.

Nyatakan langkah-langkah bagi menghidupkan permainan tradisional


tersebut .
Setiap rakyat di dunia ini ada permainan tradisional masing-masing .Begitu

juga rakyat Malaysia .Permainan tradisional seperti wau ,gasing dan congkak yang

popular suatu ketika dahulu kini semakin dipinggirkan dalam arus perdana .Pelbagai

langkah telah dilakukan bagi mengembalikan kegemilangan permainan tradisional

agar tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas .

Bagi mendekatkan rakyat dengan permainan tradisional , pelbagai langkah

dapat diadakan . Antaranya ,Kementerian Kebudayaan , Kesenian dan Warisan

mengadakan kempen dan promosi melalui media cetak dan media elektronik .

Lembaga Penggalak Pelancongan termasuk pihak pengurusan hotel disaran

mengedarkan brosur dan buku panduan tentang permainan tradisional kepada para

pelancong yang menginap di hotel berkenaan .

Usaha seterusnya ialah menyediakan kawasan atau tapak khas kepada rakyat

untuk melakukan aktiviti permainan ketika hujung minggu atau semasa cuti sekolah .

Dengan adanya kawasan khas tersebut , golongan remaja dapat mempersembahkan

permainan tradisional sekali gus dapat menarik minat pelancong tempatan dan

pelancong asing mempelajari kaedah permainan berkenaan .

Untuk menyebarluaskan permainan tradisional Malaysia di peringkat global ,

peranan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dapat membantu pihak kerajaan .

Sebagai contoh , MAS telah menggunakan permainan wau sebagai logo korporat

syarikat berkenaan . Langkah ini tentulah dapat mmembantu mempromosi keunikan

tradisional rakyat Malaysia .


Usaha-usaha mengetengahkan permainan tradisional memerlukan kerjasama

daripada semua pihak . Tanpa sokongan daripada pelbagai pihak , permainan

tradisional ini mungkin akan berkubur dan lupus ditelan zaman .

1.Permainan tradisional – permainan tradisi masyarakat


2.arus perdana – setiap bidang utama
3.brosur – risalah
4.mempersembahkan – mempertontonkan
5.kaedah – cara-cara ; langkah-langkah
6.global – meliputi seluruh dunia
7.logo – lambang khas yang mempunyai maksud
8.luput – hilang ; luput

You might also like