You are on page 1of 5

Pantun Teka-Teki Dan Jawapan

Sabtu, Disember 05, 2009

Terbang tinggi si burung helang Hinggap di atas pohon meranti Anak ramai ibunya seorang, Bila bergesel berapi-rapi? Jawapan: Mancis Ada tubuh ada tangan, Tiada kepala tiada kaki; Sangat berguna waktu hujan, Apakah dia yang dimaksudkan ini. Jawapan: Baju Hujan Buah budi bidara mengkal Masak sebiji di tepi pantai Hilang budi bicara akal Buah apa tidak bertangkai? Jawapan: Buah Hati Budak-budak ramai di pekan Hari raya membakar petas Kalau adik pandai kiasan Apakah buah gugur ke atas? Jawapan: Buah Melaka Tinggi duduk di atas sekali, Bukan bulan bukan matahari; Bila malam ia berseri, Bila siang ia berganti. Jawapan: Bintang Tarik pukat dari pangkalan, Gula Melaka dibuat inti; Bila diikat ia berjalan,

Bila dibuka ia berhenti? Jawapan: Kasut Bertali Cik Limah bersama anak lelaki Duduk makan keropok lekor Yang mengejar tidak berkaki, Yang dikejar tiada berekor? Jawapan: Ular Dan Katak Pergi umrah setiap tahun, Moga sentiasa murah rezeki Dalam batang ada daun, Dalam daun ada isi? Jawapan: Lemang Bila kecil boleh ditiup, Sudah besar janganlah lagi, Kalau tercucuk ia meletup, Kalau terlepas terbangnya tinggi. Jawapan: Belon Mulut manis hati nak baik, Itulah amalan turun temurun; Benda apa yang akan naik, Apabila saja hujan turun. Jawapan : Payung Walau dibungkus bukan kiriman, Sudah takdir tuhan yang satu, Meski ditanam bukan tanaman, Cubalah teka apakah itu? Jawapan: Mayat Hidup aman di dalam kota, Ada pemimpin bernama raja;

Buruh-buruh rajin bekerja, Askar bertugas setiap masa. Jawapan: Anai-anai/Semut

Kalau Tuan pergi ke kedai Belikan saya buah keranji Kalau tuan bijak pandai Apa binatang keris di kaki? Ada sebiji roda pedati Bentuknya bulat daripada besi Bila bermain diikat sekuat hati Dilempar hidup dipegang mati? Buah budi bedara mengkal Masak sebiji di tepi pantai Hilang budi bicara akal Buah apa tidak bertangkai? Burung nuri burung dara Terbang ke sisi taman kayangan Cubalah teka wahai saudara Semakin diisi makin ringan? Bunga orkid indah warnanya Penyeri taman dan juga hutan Ramai orang datang bertanya Bintang apa hidup di lautan? Pak Pung Pak Mustafa Encik Dollah dirumahnya Ada tepung ada kelapa Gula Melaka jadi intinya Kelip-kelip kusangka api Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib disangkakan mati Kalau mati mana kuburnya? Budak-budak bermain batu Batu dikira satu persatu Badannya lurus bermata satu Ekornya tajam apakah itu? Jika tuan membeli tikar Tikar anyaman dari mengkuang Kalau Tuan bijak pintar Ular apa membelit pinggang?

Masak tumis sambal petai Makan kenyang sambil sendawa Anda menziarah sahabat handai Buah apakah yang akan dibawa? Pokoknya bulat dan juga rendang Masam dan hijau ketika muda Buahnya berbentuk seperti bintang Sudah masak, kuninglah ia Belayar perahu dari Bentan Menyusur tepi Selat Melaka Lebar kepala dari badan Apakah ikan cubalah teka? Mak Minah menanak minyak Kemenyan dibakar dengan setanggi Dua peha beranak banyak Untuk mendaki tempat yang tinggi? Orang bekerja diberikan upah Hidangan disaji dalam talam Gajah putih ditengah rumah Layar terkembang di waktu malam? Gigi berduri tatah bersigai Pembelah kayu ia berguna Jika tuan orang yang pandai Benda apakah makannya dua cara? Jika ke kedai pergi berbelanja Belikan saya sudu dan senduk Jika pandai katakan ia Semakin berisi semakin menunduk? Kalau tuan pakai lencana Pakailah songkok di atas kepala Kalau Tuan bijak laksana Binatang apakah tiada kepala? Pisau lipat dimainnya kera Tangannya luka lalu terjun Makan kuat tidak terkira Kenyangnya tidak tahi bertimbun? Minah ketawa terjerit-jerit Melihat koyak pada seluar Orang putih duduk sederet Pagar didalam tebing diluar? Tuan puteri belajar menari Tari diajar oleh Pak Harun Kalau Tuan bijak bestari Apa yang naik tak pernah turun?

Senarai Jawapan Jawapan 1 : Ayam Jawapan 2 : Gasing Jawapan 3 : Buah Melaka Jawapan 4 : Belon Jawapan 5 : Tapak Sulaiman Jawapan 6 : Buah Melaka Jawapan 7 : Kilat Jawapan 8 : Jarum Jawapan 9 : Tali Pinggang Jawapan 10: Buah Tangan Jawapan 11: Belimbing Jawapan 12: Ikan Pari Jawapan 13: Tangga Jawapan 14; Kelambu Jawapan 15: Gergaji Jawapan 16: Padi Jawapan 17: Ketam Jawapan 18: Api Jawapan 19: Gigi Jawapan 20: Umur SK...
Orang bekerja diberikan upah Hidangan disaji dalam talam Gajah putih ditengah rumah Layar terkembang di waktu malam? kelambu

Kelip-kelip kusangka api Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib disangkakan mati Kalau mati mana kuburnya? kilat di langit

You might also like